



Pokok mata kucing yang matang lazimnya berbunga dalam bulan Julai-Ogos setiap tahun dan berbuah pada bulan Januari-Febuari tahun berikutnya di Kg Redong Segamat, Johor. Jangkamasa dari pembungaan untuk menjadi buah selama 5-7 bulan. Perubahan cuaca yang berlaku masa kini telah mengubah jadual penghasilan buah mata kucing dan tidak menentu. Cuaca yang panas dan kering yang agak panjanag (lebuh 5-7 hari) perlu bagi menggalakan (induce) pengeluaran bunga mata kucing. Semburan racun kulat pada bunga membantu kerosakan bunga akibat serangan kulat. Bagi pokok mata kucing yang telah terlalu tinggi tidak banyak pengurusan yang dapat dijalankan kecuali menggunakan amalan IPM (Intergrated Pest Management) dan penghasilan Buah Mata Kucing Organik.
Antara musuh tanaman mata kucing adalah seperti Ulat Pengorek Buah (Canopormopha sinensis) dan Hamama Thrips (Thrips spp). Perosak lain adalah serangan Lalat Buah (Bactocera spp) dan juga Ulat Web (Crossidosema spp). Ketika buah masak serangan kelawar dan keluang memang sangat kritikal. Semasa perbincangan saya dengan En Ibrahim Siman iaitu Pembantu Pertanian Mukim Bekoh dan Tn Hj Osman iaitu ahli JKKK Kampong Redong, paling ditakuti penanamn buah mata kucing dikampongnya ialah serangan Keluang yang mampu memusnahkan 80-90% buah dalam satu malam dengan memakan dan menjatuhkannya yang lain. Jika ini berlaku maka tidak ada apa-apa lagi yang tinggal untuk di tuai oleh pemilik pokok. Kaedah kawalan ialah dengan memasang Jaring atau Pukat Ikat di kawasan pokok, memetik awal sebelum terlalu masak, menembak keluang pada malam hari dan berdoa sahaja.
Pemerhatian dan kajian saya di Labis mendapati pokok yang sederhana mampu menghasilkan sebanyak 200 kg hingga 250 kg buah sepokok setahun bagi pokok dewasa dengan anggaran hasil sebanyak 15,000 - 18,000 kg sehektar setahun. Ini jika buah tidak 'dirontokan' oleh Keluang atau Kelawar. Harga ladang mata kucing di Labis masa itu sekitar RM 2.00 - RM 3.00 sekilogram (Mungkin sekarang dah lebih tinggi). Buah ini tidak tahan lama apabila dipetik terlalu masak kerana akan berair (Paling elok 1-3 hari) mesti habis di jual. Agaknya pokok yang telah saya berikan kepada petani pada tahun 2000-2001 telah pun berbuah sekarang jika pokok tersebut hidup subur dan dijaga dengan baik oleh petani di Kg Redong, Labis, Segamat. Sebanyak lebih dari 2,500 anak pokok mata kucing telah saya edarkan dikawasan tersebut. Stesyen Pertanian Labis dan Jementah juga ada menanam pokok mata kucing dan pokok longan sebagai petak pemerhatin ketika saya bertugas di Segamat. Pokok tersebut telah pun mengeluarkan hasil dan direkodkan.
Buah Mata Kucing dilaporkan mampu mengubati pelbagai penyakit diimana terdapat amalan meminum buah mata kucing kering untuk menyejukkan badan. Kegunaan dan Khasiat Buah Mata Kucing ini banyak sekali digunakan sebagai obat tradisional. Dengan semakin majunya teknologi pemprosesan maka buah ini banyak dibuat dalam bentuk minuman jus seperti sirap dan banyak diekspot ke Eropah dan Amerika. Mata Kucing dan spesis Longan mengandungi Asid Phenolic terutama pada bijinya sama seperti Asid Gallic, Corilagin dan Asid ellagic yang bertindak sebagai antioksidan.
Daun dari pohon mata kucing didapati mengandungi bahan iaitu Quercitrin dan quercetin yang memiliki sifat antioksidan dan juga antivirus sehingga dilaporkan mampu dimanfaatkan untuk mengubati masaalah Alahan (alergi), Penyakit kanser, masalah diabetes serta penyakit kardiovaskular. Kajian juga menunjukkan biji mata kucing mengandungi bahan Saponin, Tannin dan Lemak dan sering dipakai sebagai bahan untuk membuat shampo dan mengatasi masaalah peluh badan yang berlebihan. Selain itu, bijinya juga banyak digunakan untuk menghentikan pendarahan. Daging atau isi buahnya mata kucing secara tradisional dipakai untuk mengubati sakit perut (alat pencernaan) dan menyembuhkan demam dan juga mampu membunuh cacing dalam perut serta juga menstabilan racun. Air rendaman isi buah mata kucing yang dikeringkan merupakan penyegar dan ubat untuk masaalah insomnia, Lelah yang kronik, perasaan lemah, tidak dapat konsentrasi, tidak nafsu makan.
Di Vietnam, biji mata kucing dihancurkan dan digunakan untuk mengubati luka akibat gigitan ular kerana diyakini dapat menyerap bisa ular. Juga kerap digunakan untuk mengatasi luka. Buah mata kucing ini disebut juga penghasil tenaga yang baik dan dapat meningkatkan stamina kerana banyak mengandungi sukros, protein, lemak, glukos dan asid tartaric. Oleh itu buah ini juga baik untuk digunakan bagi wanita hamil yang lemah atau setelah melahirkan anak tetapi dalam jumlah yang tidak berlebihan. Manfaat lain yang dapat diperolehi bila kita makan buah mata kucing segar secara teratur yang segar adalah keupayaannya mengurangkan demam, menambah nafsu makan, mencegah anemia dan pemutihan rambut. Diharap artikel ini memberikan ilmu pengetahuan berguna kepada anda semua. Wasallam!
BUAH BULAT ...MACAM MATA KUCING...
POKOK SAKA....BUAH TERGANTUNG...
KELAWAR SERANG...TIDAK UNTUNG...
PERINGKAT AWAL....KAWALAN PENTING....
By,
M Anem
Senior Agronomist
Jalan Istana, Bukit Beruang,
Melaka,
Malaysia
(Kemaskini pada 8 Jun 2013- Sabtu)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.