
MALAYSIA adalah sebuah negara beriklim tropika yang menerima cahaya matahari sepanjang tahun dan juga hujan yang banyak serta suhu yang stabil sepanjang tahun. Selain daripada tanaman industri yang maju seperti tanaman Kelapa Sawit (Elais guineensis) dan Tanaman Getah (Hevea braziliensis) serta koko (Theobroma cacao) dan Kelapa (Cocos nucifera), terdapat hutan malar hijau yang menghasilkan kayu balak dan menyumbang pendapatan negara yang sangat signifikan. Tanaman makanan utama seperti tanaman Padi (Oryza sativa), Buah-buahan dan Sayur-sayuran juga memberikan nilai pulangan ekonomi yang tinggi kepada Malaysia. Sektor Bunga-bungaan atau Florikultur di Malaysia merupakan salah satu daripada industri yang berkembang dengan pesat dimana pada tahun 2010 sebanyak 2,421 hektar bunga-bungaan telah di tanam dengan menghasilkan sebanyak 468.148 juta bilangan keratan bernilai RM 290.078 juta. Artikel pagi Ahad ini saya berbicara mengenai status industri bunga di Malaysia berdasarkan bacaan kepada satu laporan terkini daripada MoA yang saya baca.


I
ndustri bunga di Malaysia di bahagikan kepada 4 kategori perusahaan iaitu ORKID, BUKAN ORKID, POKOK DAUN KERATAN dan POKOK BUNGA HIASAN. Pembahagian ini adalah berdasarkan kepada kesesuaian mengikut aktiviti industri bunga yang di laksanakan mengikut kesesuaian. Industri Orkid pada tahun 2010 di Malaysia melibatkan sebanyak 40,401,771 bilangan pokok yang di tanam berbanding hanya sebanyak 12,143,907 pokok orkid ditanam pada tahun 2005 (meningkat melebihi 3 kali ganda). Sebanyak 173,666,522 keratan atau pasu bunga orkid telah dihasilkan pada tahun 2010 bernilai sebanyak RM 104,119,913. Kawasan utama penanaman orkid adalah di Johor diikuti dengan Selangor, Perak dan Pahang. Kebanyakan keratan orkid yang dihasilkan adalah untuk pasaran ekspot.

Antara orkid yang banyak ditanam di Malaysia adalah seperti Noorah Aishagoff Pink, Orkid Mokara Chark Kuan, Orkid Mokara Red, Orkid Phalaenopsis, Pakis, Patthayya Beauty White, Peacock Pink, Peacock Purple, Peacock White, Sabine, Sharifah Fatimah Kuning, Solidago Golden Red, Sonia Bom Pink, Statice, Sumala dan Wah Chark Kuan. Orkid paling mahal dipasaran pada 2010 adalah Jenis Orkid Sumala dengan harga sebanyak RM 3.00 satu keratan. Ini diikuti dengan Jenis Orkid Mokara Chark Kuan dan Jenis Orkid Phalaenopsis dengan purata harga runcit RM 2.20 satu unit keratan diikuti dengan jenis Sharifah Fatimah Kuning dengan harga Runcit RM 2.05 satu keratan. Orkid Mokara Red adalah jenis paling murah dipasaran dengan purata harga runcit cuma RM 1.20 satu unit.

Kategori Pokok Bunga Daun Keratan melibatkan 38.7 juta pokok ditanam pada tahun 2010 dengan menghasilkn sebanyak 104.7 juta keratn atau pasu yang bernilai sebanyak RM 12.132 juta. Kebanyakan industri ini membekalkan produk untuk tujuan landskap di kawasan perbandaran dan hotel-hotel serta ketika diadakan perayaan keagamaan mengikut kaum di Malaysia. Bagi kategori Bunga Hiasan terdapat sebanyak 31.2 juta pokok di tanam pada tahun 2010 dengan pengeluaran sebanyak 14.04 juta keratan atau pasu dan bernilai sebanyak RM 44.15 juta. Pada keseluruhannya industri bunga adalah berkembang baik di Malaysia dengan penglibatan banyak sektar swasta yang menyuntik banyak modak dalam industri ini. Peranan kerajaan untuk majukan lagi sektaor ini perlu dengan memberikan insentif khas, perkhidmatan R&D dan pengembangan serta kemudahan untuk keperluan pasaran ekspot.
TANAM POKOK....POKOK BUNGA...
BUNGA ORKID....JOHOR TEMPATNYA...
DIEKSPOT KELUAR....UNTUNG AGAKNYA...
TOLONG MAJUKAN...INDUSTRI BERGUNA...
Related articles:
1. Bahan Tanaman di Malaysia (Klik disini)
2. Fruit Industry Status in Malaysia (Click here)
3. Pengeluaran Benih Sayur (Klik disini)
4. Tanam Pokok Buah2an dalam Pasu (Klik disini)
5. Tanam Mangga dalam Pot (Klik disini)
6. Floriculture in Malaysia (Click here)
By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia
(Cuti pagi Ahad )
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.