Support My Blog

Friday, February 4, 2011

HISKA Pembeku Getah

Teknologi Pembekuan Cecair Getah (Rubber latex) kini menerima kemajuan dengan pengenalan sejenis cuka yang di siarkan oleh Berita Utama TV3 pada 4 Febuari 2011 jam 8.30 malam. Menurut berita tersebut satu botol cecair HISKA dijual dengan RM 30.00 sebotol dan boleh di gunakan untuk 1 hektar getah selama 3 hari. Cecair tersebut juga dapat membekukan susu getah dalam masa 3-5 minit sahaja. Wow! berita ini mengembirakan rakan-rakan saya yang menoreh getah di Muar Johor kerana 'Getah Buku" atau 'Getah Lantun' yang dihasilkan lebih berat dan kurang berbau. Kemudian saya buka internet untuk dapatkan maklumat mengenai teknologi tersebut untuk di baca bersama. Artikel ini saya paparkan mengenai maklumat berkaitan teknologi tersebut untuk bacaan dan makluman semua.


PENGENALAN PRODUK
* Syarikat Hiska Padu Sdn Bhd telah menjalankan ujikaji selama hampir 3 tahun bagi menghasilkan produk Pemberat Susu Getah Hiska.
* Hasil getah dari penggunaan produk Hiska telah diuji oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Felda Rubber Industries Sdn Bhd.
* Hasil ujian tersebut menunjukkan kualiti getah yang terhasil melalui penggunaan produk Hiska tidak terjejas.



KELEBIHAN PRODUK HISKA
1) Mempercepatkan pembekuan susu getah kepada kurang daripada 3 minit.
• Ini dapat mengelak kes kecurian.
• Getah yang telah beku tidak rosak walaupun hujan lebat
2) Menjimatkan masa kerana hasil susu getah tidak perlu di kacau
• Penoreh mempunyai masa yang lebih bagi melakukan aktiviti – aktiviti lain.
3) Menjimatkan kos
• Penggunaan sebotol produk Hiska boleh digunakan sehingga 400 batang pokok dan kosnya adalah sebanyak RM 0.025 sen bagi setiap pokok. Jumlah ini sadalah mengikut kadar torehan sebanyak 3 kali.
4) Menambah berat susu getah
• Hasil penggunaan produk Hiska akan meningkatkan berat susu getah tersebut di antara 8% hingga 25%.
5) Menambah berat Kandungan Getah Kering (KGK)
• Hasil ujian di Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Felda Rubber Industries Sdn Bhd mendapati Kandungan Getah Kering dengan menggunakan produk Hiska adalah lebih tinggi daripada penggunaan produk lain di pasaran.
6) Tidak merosakkan kulit serta akar pokok getah.
7) Tidak membahaya kepada kulit dan tubuh badan manusia.
8) Penggunaan produk Hiska mampu menghilangkan bau busuk getah.
9) Produk Hiska sudah digunapakai oleh FELCRA di Pahang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Johor dan Kelantan.
hiska.blogspot.com
KOMEN: DAKWAAN PENGELUAR HISKA INI AMAT MEYAKINKAN SAYA KERANA TELAH PUN LIHAT KESANNYA SETELAH MENCUBA.

Teknologi ini boleh meningkatkan pendapatan penoreh getah jika digunakan. Semasa saya menireh dulu pun kadang2 kecewa kerana hujan turun dan tidak dapat hasil seperti diharapkan. Kini dengan cecair HISKA saya percaya yang pendapatan akan dapat ditingkatkan lagi. Harga getah yang sangat baik masa kini merupakan masa terbaik mungkin bagi syarikat tersebut membuat promosi. Terdapat beberapa produk lain yang mungkin membantu meningkatkan pendapatan penoreh getah masa kini. Penoreh getah perlu menjaga pokok getah agar dapat bertahan lama dan menjadikan sumber pendapatan ekonomi keluarga dan negara.


By,
M Anem
Melaka
Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...