CHRYSANTHEMUM (Chrysanthemum coronarium Linn) atau 'Tangho' dari keluarga COMPOSITAE merupakan sejenis tanaman renek yang berasal dari kawasan Asia khususnya di China dan Kawasan Eropah serta Meeditrenean. Terdapat lebih dari 30 spesis chrysanthemum yang terdapat diseluroh dunia dengan pelbagai warna, rupabentuk dan kegunaan. Nama lain bagi tanaman ini ialah seperti crown daisy ; tangho (English), Shungiku (Japan), chop suey green (US), tango (Filipina), phaktango (Thailand) dan saruni walanda (Indonesia). Di Malaysia tanaman ini di tanam di Tanah Tinggi Cameroon Highland dan sedikit di Kundasang Sabah untuk kegunaan 'cut flower' dengan keluas lingkungan 30-35 hektar setiap tahun. Artikel ini saya membentangkan tekologi tanaman chrysanthemum berdasarkan pembacaan dari beberapa buku teknikal dan pengalaman penulis melawat tanaman ini di China pada tahun 2006.
Chrysanthemum di tanam di China secara komersial semenjak kurun ke 15 dulu dan kebanyakannya digunakan sebagai 'Teh Chrysanthemum' atau Teh Herba yang menjanjikan kesihatan. Daun muda dan pucuk mudanya menghasilkan aroma kuat begitu juga bunganya. Bahagian bunga sering dikeringkan untuk dijadikan teh secara komersial dan mendapat pasaran yang mekuas diseluruh Asia. Syarikat pengeluar minuman air kotak di Malaysia telah menghasilkan air kotak "Teh chrysanthemum" (seperti Yeo Hiap Seng dll). Tanaman ini juga dijadikan industri ornamental atau 'cut flower' yang popular di Malaysia dimana terdapat lebih 30 syarikat yang menghasilkan tanaman ini di Cameroon Highland. Chrysanthemum juga digunakan dalam menyembuhkan penyakit VD di Thailand, menyejukan tubuh badan dan sebagai 'insect repelent' yang sangat berkesan (Kandungan bahan Pyrethroids). Negara pengeluar utama chrysanthemum di Asia adalah China, Jepun dan Taiwan tetapi tiada statistik dikeluarkan. Negara lain yang luas menanam chrysanthemum ialah seperti USA, Australia, Jerman dan India.
Chrysanthemum adalah tanaman renek yang tumbuh menegak dan bercabang dengan ketinggian mencapai 20 - 60 cm semasa tampang dan setinggi 90 cm ketika berbunga bergantung kepada varieti dan kesuburan tanah. Daunnya berbentuk oblong atau ovate yang bersilang dengan ukuran 3-13 cm panjang dan 1-4 cm lebar. Bunganya berangkai dengan ukuran 3-6 diameter kelopak bersusun 2 lapisan kebanyakannya berwarna kuning. Setiap 100 g bahagian tanaman chrysanthemum yang boleh di makan terdapat 94 g air, protin (2.7 g), Vitamin A (0.4-3 mg), Vitamin B1 (0.15 mg), Vitamin B2 (0.30 mg), Vitamin C (17-45 mg) dan Kalsium (75 mg). Berat 1,000 biji benih chrysanthemum adalah 1.5 gram.
Penanaman chrysanthemum atau tangho lazimnya menggunakan biji benih (foto sebelah) tetapi terdapat juga pembiakan dengan kaedah keratan batang. Kaedah keratan batang akan mengambil masa 30 hari untuk berakar. Benih tangho tahan disimpan selama 2 tahun dan boleh ditabur teus keladang atau di semai dalam kotak semaian. Anak benih tangho yang setinggi 3-4 cm boleh di ubah keladang. Jarak penanaman bergantung kepada keadaan menanam tetapi paling sesuai pada jarak 5-15 cm x 5-15 cm. Penuaian tangho boleh dibuat selepas 4-5 minggu disemai dimana ketinggian pokok 5-10 cm. Menuai dengan mencabut keseluruhan pokok atau dengan memotong batang dalam masa satu bulan. Kaedah lain menuai adalah dengan membiarkan pokok di tuai berperingkat2 sehingga 3 bulan dengan ketinggian pokok 15-15 cm.
Kadang-kadang cantasan pucuk dijalankan untuk menggalakkan pengeluaran cabang baru dan mengekalkan fasa tampang pokok. Pengeluaran bunga yang terlalu awal akan menyebabkan kualiti tangho menurun kerana kurang aroma dan citarasa. Tanaman chrysanthemum juga sesuai ditanam secara 'intercropping; kerana ia boleh dan sesuai ditanam dibawah teduhan. Pemerhatian dan rujukan mendapati tanaman tangho tidak menpunyai banyak masaalah serangan serangga dan penyakit. Masaalah dihadapi adalah persaingan dengan rumpai yang berlawan dengan tangho untuk tumbuh dikawasan terbuka. Tanaman ini mudah layu selepas di tuai dan tahan hanya 2 hari sahaja selepas di potong dan di bungkus dengan baik. Jika dijadikan bunga keratan seperti di Cameroon Highland dan dimasukkan dalam pasu/vase di rumah mampu bertahan sehingga 5-7 hari sahaja.
Penanaman chrysanthemum di Malaysia pada tahap kecil dan hanya untuk tujuan ornamental bagi menghasilkan bunga keratan. Potensi tanaman ini untuk di kembangkan lagi banyak bergantung kepada kesediaan teknologi dan permintaan pasaran. Benih tanaman ini 100% diimpot dari luar negara dan banyak varieti yang boleh ditanam di negara kita. Tanaman chrysanthemum untuk dijadikan makanan kesihatan dan teh masih perlu dikaji kesesuaiannya.
CHRYSANTHEMUM, TANGHO....NAMA DI BERI...
DI MALAYSIA DITANAM....DI TANAH TINGGI...
BENIH DIIMPOT...DARI LUAR NEGERI....
BERMINAT NAK TANAM...CUBA SENDIRI....
By,
M Anem
Pct 11
Putrajaya
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.