Support My Blog

Thursday, June 27, 2024

LIST VARIETI KELAPA DI DAFTAR DI MALAYSIA (Pt 4)

TANAMAN KELAPA
(Cocos nucifera) iaitu tumbuhan dari keluarga Arecaceae di Malaysia merupakan komoditi yang keempat terpenting selepas tanaman Kelapa Sawit, Getah dan Padi. Merujuk kepada statistik dimana pada tahun 2022 ada seluas 81,898 hektar tanaman kelapa mampu dalam ia menghasilkan sebanyak 561,780 metrik tan kelapa. Penulis blog dapati kawasan tanaman kelapa yang paling luas berada di Sabah iaitu seluas 12,258 hektar diikuti oleh Johor seluas 12,381 hektar, Kelantan (10,340 ha), Selangor (9,120 ha) dan Perak (7,568 ha) dimana negeri-negeri lain dilaporkan kurang keluasannya (Sumber: Booklet Statistik Keluasan tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Hasil penelitian penulis blog dimana Kelapa Tinggi Malayan Tall (CN1) adalah varieti kelapa yang paling luas di tanam terutama semasa Program Pembangunan Semula Kawasan Kelapa oleh Jabatan Pertanian Malaysia yang di tamatkan program tersebut pada awal tahun 1980'an dahulu. Varieti kedua yang popular dan luas di tanam adalah kelapa hibrid Kelapa Matag (CN13, CN14 dan CN15) yang mana ia dipromosikan oleh Jabatan Pertanian Malaysia semenjak tahun 2005 dahulu. Jenis ketiga adalah Kelapa Pandan (CN6) yang meluas di tanam di merata tempat sama ada oleh sektor perladangan atau pun oleh pekebun kecil. Jabatan Pertanian selaku pandarfar varieti tanaman di Malaysia sudah menjalankan kerja-kerja pendaftaran banyak jenis tanaman di Malaysia termasuk Kelapa. Sehingga artikel ini ditulis sudah ada sebanyak 29 varieti kelapa yang berjaya didaftarkan didalam senarai ini dimana maklumat ini boleh diakses dalam website yang sesuai iaitu http://pvpbkkt.doa.gov.my/NationalList/. Apa pun pihak urusetia masih sentiasa kemaskini senarai ini saban tahun untuk mendaftarkan varieti tanaman di negara ini dengan baik. Artikel ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan semua 28 varieti kelapa untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


(16) VARIETI SUNGAI GULANG-GULANG (CN16)

Varieti Kelapa Sungai Gulang-Gulang ini didaftarkan CN18 pada Mac oleh Encik 13 Mac 2013 oleh Ismail bin Tahir beralamat di Lot 160, Batu 5 1/2, Kg. Sg Gulang-gulang, Tanjong Karang, Selangor. Antara info dalam sistem pvp adalah seperti panjang Petiol: 98 cm, Lebar Petiole: 8.0 cm, Panjang Rachis: 330.3 cm, Jumlah anak daun: 206 helai, Panjang anak daun 115.0 cm, Lebar anak daun: 4.0 cm, Warna bahagian atas lai daun: Yellow Green Group 147A, Panjang central axis: 27 cm, Diameter tangkai bunga pada bahagian tengah: 83 cm. Juga dikenali dengan nama Sungai Gulang-Gulang. Apa pun pembaca boleh buka artikel tulisan saya dengan pautan berikut untuk membacanya (Sila Klik Disini) dan (Sila Klik DIsini). memang kelapa ini agak popular suatu masa dulu dimana permintaan dikalangan petani agak tinggi. Kelapa SGG ini sangat popular di kalangan petani suatu masa dulu sehingga sekarang. Pokok induk yang berada di lokasi awal dilaporkan sudah tua dimana pemilik asalnya sudah meninggal dunia akan tetapi pengeluaran anakbenih kelapa SGG ini masih berterusan dan masih mendapat permintaan dikalangan penanam kelapa. Bagaimana pun ia telah di daftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia dibawah Nasional Plant Variety Listing dan pokok dewasanya sudah banyak yang berhasil dikawasan pekebun kelapa.


(17 )  VARIETI TACUNAN

Varieti Kelapa Renek Tacunan atau Tacunan Dwarf Variety didaftarkan dengan nombor daftar CN17. Kelapa ini didaftarkan oleh Jabatan Pertanian Sabah dan ditanam di Stesen Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun, Sandakan, Sabah. Saya ada menulis keterangan mengenai varieti ini dengan pembaca semua membuat pautan kepada artikel saya (Sila Klik Disini) dan beberapa artikel lain. Sila baca akan beberapa keterangan didalam artikel tersebut. Penanaman kelapa Tacunan ini dilaporkan agak meluas di Sabah dimana Jabatan Pertanian Sabah masih aktif mengeluarkan benih kelapa Tacunan kepada penanam kelapa di Sabah daripada beberapa pusat pertanian seperti di Pusat Pertanian Uku Dusun Sandakan (UDARS) dan beberapa pusat pertanian lain. Penghasilan kelapa tacunan di Sabah kurang di ketahui akan jumlahnya kerana maklumat tersebut tidak di laporkan. Di Semenanjung Malaysia pula ada sebuah pusat pertanian iaitu di Kongkong, Johor Bahru, Johor yang mempunyai sekitar 100 pokok Tagnanan (saya yang telah membawa masuk dari Sabah pada tahun 2014) dan sudah berhasil serta mula menghasilkan anakbenih. Ada beberapa pengusaha nurseri swasta yang mendakwa ada menjual benih Tacunan Thailand akan tetapi benih ini masih perlu di kaji kaan ketulinsnnya kerana Jabatan Pertanian masih belum memperakukan benih tacunan dari Thailand ini.


(18) VARIETI TRR (CN18)

Varieti Kelapa dengan nama TRR ini didaftarkan dengan nombor CN18 pada 30 April 2020. Puas penulis blog mencari pencirian varieti kelapa ini tetapi ia tiada didalam laporan tersebut. Apa pun maklumat yang ada cuma pendaftarnya adalah Wan Najib Sabri bin Wan Ali beralamat di Kg. Mentua, Pengkalan Kubor, 16080 Tumpat, Kelantan. Saya kurang pasti bagaimana varieti ini boleh di luluskan pendaftarannya kerana belum pernah melihat ciri varieti TRR ini dan ciri-ciri khas kehebatannya. Varieti kelapa ini belum jelas akan status pendaftarannya kerana ia hanya dilaporkan oleh pegawai Jabatan Pertanian Terengganu dan tidak popular langsung di kalangan petani. Varieti ini mungkin sesuai di semak semula status pendaftarannya di Jabatan Pertanian kerana ia masih kuran penjelasan dan pokok induknya di percayai masih belum ada dalam simpanan bankbenih di Jabatan Pertanian atau MARDI juga. 


(19) VARIETI SAMPOORNA GREEN  (CN19)

Varieti kelapa Hijau Sampoorna atau pun (Sampoorna Green) ini didaftarkan pada 6 Oktober 2022 dengan kelapa jenis public domain. Kela ini didaftarkan oleh Maleya Trading (M) Sdn. Bhd. yang beralamat di Lot 1465, Simpang 3 Rungkup, Batu 24.5, Rungkup, 36100 Rungkup Perak. Saya ada menulis sedikit info mengenai kelapa ini dengan pautan seperti berikut (Sila klik disini). 
KELAPA VARIETI SAMPOORNA merupakan sejenis varieti kelapa yang baru diluluskan pendaftarannya didalam senarai varieti tanaman di Jabatan Pertanian Malaysia dimana mungkin masih ramai petani yang belum mengetahuinya. Penulis blog ada menerima banyak pertanyaan mengenai varieti ini dan udah berhubung dengan Jabatan Pertanian Malaysia untuk mendapatkan maklumat kelapa ini yang didaftarkan pada Oktober 2022 lalu (sudah setahun lebih ia didaftarkan). Dalam membuat rujukkan kepada suyarikat pendaftar kepada kelapa ini iaitu di lamanweb iaitu pada https://deejayfarm.com/ dimana mereka dilihat ada mendakwa Deejay Sampoorna® Hybrid Coconut merupakan hasil biakbaka mereka selama 25 tahun. Penanaman kelapa ini sangat terhad di Malaysia dimana benihnya semakin sukar di perolehi masa kini. Ada berita (belum pasti kesahihannya) dimana syarikat pembekal sudah sukar dalam mereka untuk mendapatkan anakbenih benih kelapa ini daripada pembekal induk dari India. 


(20) VARIETI SAMPOORNA GOLDEN (CN20)

Varieti kelapa Sampoorna Golden ini didaftarkan dengan nimbor CN20 dimana ia di daftarkan oleh pemiliknya iaitu Maleya Trading (M) Sdn. Bhd.Lot 1465, Simpang 3 Rungkup, Batu 24.5, Rungkup, 36100 Rungkup Perak.  
aya ada menulis sedikit info mengenai kelapa ini dengan pautan seperti berikut (Sila klik disini). KELAPA VARIETI SAMPOORNA merupakan sejenis varieti kelapa yang baru diluluskan pendaftarannya didalam senarai varieti tanaman di Jabatan Pertanian Malaysia dimana mungkin masih ramai petani yang belum mengetahuinya. Penulis blog ada menerima banyak pertanyaan mengenai varieti ini dan udah berhubung dengan Jabatan Pertanian Malaysia untuk mendapatkan maklumat kelapa ini yang didaftarkan pada Oktober 2022 lalu (sudah setahun lebih ia didaftarkan). Dalam membuat rujukkan kepada suyarikat pendaftar kepada kelapa ini iaitu di lamanweb iaitu pada https://deejayfarm.com/ dimana mereka dilihat ada mendakwa Deejay Sampoorna® Hybrid Coconut merupakan hasil biakbaka mereka selama 25 tahun. Sma dengan varieti diatas dimana kelapa ini sedikit sahaja di tanam di Malaysia dan kini ada isu pembekalan benihkelapa ini. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 5 dan Part 6 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini menjadi bahan rujukkan berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN KELAPA... PENTING DI MALAYSIA...
BANYAK VARIETI.. 29 JUMLAH SEMUANYA...
DARI CN 1 KE CN29...PELBAGAI CIRINYA...
BOLEH DI RUJUK... BLOG INI SUMBERNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Jamadilawal 1445H).
Posted from:
Room 701, Hotel Ciputra Cibubur,
Jakarta, Indonesia 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...