Support My Blog

Thursday, June 13, 2024

BLACK SOLDIER FLY - FAKTA DI MEDIA (PT 1)

MENTERNAK BLACK SOLDIER FLY
(Hermetia illucens) atau pun BSF kini merupakan satu industri yang sudah dilakukan dibeberapa negara untuk pelbagai tujuan. Dilaporkan dalam alam semulajadi dimana kewujudan haiwan serangga secara semulajadi yang punya manfaat penting dalam rantaian ekosistem. Terdapat banyak spesis serangga dimana peranan mereka tidak boleh diremehkan walaupun saiznya mungkin sangat kecil atau lemah. Faktanya hampir 80% populasi fauna yang menduduki keseluruhan ekosistem di bumi didominasi oleh bangsa serangga ini. Dalam pada itu dengan jumlah sebanyak ini kelas serangga (insecta) itu mewakili hampir keseluruhan 90% kehidupan fauna di muka bumi dan boleh dijumpi pada setiap ruang ekosistem yang berbeza-beza seperti di lautan, daratan dan udara. Salah satu kategori serangga adalah LALAT (Fly) yang boleh dijumpai dipelbagai lokasi dengan julat kawasan yang amat luas. Antara ciri fisiologi lalat yang jadi pembeza dengan serangga lainnya adalah dimana lalat ada sepasang sayap yang memang berfungsi untuk terbang juga adanya organ 'halter' sebagai sambungan daripada sayap pada bahagian belakang pada tubuhnya. Lalat adalah dari ordo Diptera didominasi dengan kewujuan serangga yang biasa dipanggil dengan sebutan lalat (Fly) yang menganggu kesihatan jika membawa wabak. Terdapat jenis lalat dikenalpasti menjadi pembawa kepaa kes penyebaran penyakit serta masalah gangguan kesihatan lainnya. Ini merupakan salah satu ciri utama yang banyak dimiliki serangga dari ordo diptera. Dalam pada itu selain lalat terdapat pula beberapa anggota ordo ini iaitu Kupu-kupu dan Rama-rama, Nyamuk, Agas dan lainnya yang mencapai hingga 240,000 spesies banyaknya. Serangga Black Soldier Fly (BSF) atau Lalat Soldadu Hitam atau Lalat Askar Hitam secara umum bahkan membawa lebih banyak manfaat bagi kehidupan. Artikel lewat malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa fakta mengenai BSF dalam media tempatan bagi dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Menarik laporan dari astroawani.com yang bertajuk 'Perluas biak Black soldier fly (BSF) sebagai makanan alternatif haiwan ternakan' sebagai bahan rujukkan pertama. Portal ini laporkan dimana persoalanbenarkan m
enternak lalat menjadi satu industri?. Barangkali ada kalangan pembaca blog ini yang menganggap itu kerja kurang waras, sementelah lalat diketahui umum sebagai "pengotor" dan pembawa penyakit. Apa pun pada penulis blog merujuk akhbar ini jangan salah sangka kerana lalat yang dimaksudkan ialah lalat askar hitam atau Black Soldier Fly (BSF) yang dibuktikan secara saintifik bukan vektor penyakit dan sama sekali tidak mendatangkan bahaya kepada kesihatan manusia. Sebaliknya dilaporkan dimana larva BSF merupakan sumber protein yang tinggi dan amat sesuai dijadikan makanan ternakan seperti ayam dan ikan, sekali gus berpotensi menjadi alternatif utama bagi industri ternakan negara yang pada masa ini terlalu bergantung pada makanan ternakan import. Apatah lagi zaman ini dimana dunia kini sudah mengalami peningkatan harga barangan termasuk makanan ternakan iaitu dilaporkan menurut kenyataan media dimana harga satu beg dedak ayam seberat 50 kilogram (kg) kini mencecah RM102 berbanding RM85 sebelum ini iaitu satu kadar peningkatan sebanyak 18 peratus sejak Oktober tahun 2022. Justeru itu kini mahu tidak mahu penternak juga perlu menaikkan harga jualan ternakan mereka dan ini akan juga menyaksikan impak melata sepanjang rantaian bekalan hingga ke peringkat pengguna yang kini terpaksa membayar harga yang mahal untuk seekor ayam bagi hidangan keluarga. Kini perlua ada sumber alternatif dan inovasi dimana kalangan penternak sudah sedar akan perlunya industri ternakan negara mengurangkan kebergantungan pada makanan import iaitu perlu ada penglibatan pelbagai pihak mengetengahkan sumber alternatif termasuk larva BSF. Merujuk kepada pakar seperti dari Pensyarah kanan di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM) Dr Norhidayah Mohd Taufek berkata laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2013 mengenal pasti serangga itu sebagai antara sumber protein yang baik untuk haiwan ternakan. Kini melalui aktiviti membiak serangga, terutamanya lalat didakwa ia mungkin sesuatu yang pelik bagi masyarakat kita namun daripada maklumat yang berdasarkan kajian yang dijalankan bersama pemain industri ada fakta dimana penghasilan larva BSF mampu mengurangkan kos pembelian makanan ternakan seperti dedak.


Hasil kajian mendapati dimana apa ya
ng menariknya dimana  satu gram telur BSF berharga sekitar RM10 yang mana ini dilihat ia mampu menghasilkan tiga hingga empat kilogram larva yang boleh terus digunakan atau diproses sebagai makanan alternatif ternakan. 
Bernama juga sudah melaporkan dari Norhidayah yang mana dia mengetuai pasukan penyelidik Universiti Malaya (UM) yang aktif menjalankan penyelidikan bagi mencari sumber protein alternatif tempatan sejak tahun 2022 dimana ia bertujuan dalam usaha mengurangkan kebergantungan pada sumber import seperti jagung bijian dan soya. Universiti Malaya juga amat yakin penternakan BSF secara meluas dapat membantu menstabilkan industri ternakan negara memandangkan kini harganya jauh lebih kompetitif berbanding makanan ternakan haiwan konvensional yang diimport. Dilaporkan dimana jika ada ramai penternak ayam ternak sendiri BSF dan kemudian ia akan gantikan penggunaan dedak dalam lingkungan purata antara 30-40% dengan larva BSF maka pastinya kos makanan ayam akan berkurang. Teknologi dan penternakan dalam usaha pengunaan BSF bukan setakat untuk hanya makanan ternakan tetapi juga dalam bidang lain seperti farmaseutikal, biodiesel, pengurusan sisa organik dan dunia kosmetik. Hasil dari beberapa penyelidikan dimana mentarnak lalat BSF atau nama saintifiknya Hermetia Illucens mempunyai kitaran hidup yang singkat iaitu sekitar 45 hari dan serangga dewasa akan bertelur ketika berusia 30 hingga 35 hari, manakala larva boleh dituai dalam tempoh 15 hingga 18 hari sahaja selepas menetas. Didakwa dimana diantara kelebihan BSF ialah serangga ini mudah dijumpai di seluruh dunia dan senang membiak dalam cuaca panas dimana justeru itu ia amat sesuai diternak di Malaysia. Dilaporkan untuk menternak hanya perlu sediakan sisa organik bersesuaian contohnya dan kemudian ia diletak kira-kira satu gram larva BSF di dalam sebuah besen bersama sisa makanan dan tutup dengan kelambu. Biarkan ia membesar hingga saiz pra-pupa iaitu kira-kira seinci (2.54 cm). APa pun pada masa ini begitu mudah untuk mendapatkan telur BSF termasuk menerusi platform secara moden seperti melalui aplikasi e-dagang. Larva BSF juga kini boleh diberikan terus kepada ayam atau diproses kepada bentuk palet berprotein tinggi dimana sementara untuk makanan ikan biasanya larva BSF akan diproses menjadi tepung yang kemudian dimasukkan ke dalam adunan palet. Larva BSF juga memainkan peranan menguraikan sisa bahan organik (sisa tanaman dan sayuran dan sisa dapur) untuk pembentukan kompos. Diseluruh dunia dimana antara negara yang mengamalkan penternakan BSF secara meluas dengan skala komersial ialah Belanda (Netherland).


Laporan media ini menyatakan fakta dimana industri ternakan lalat BSF memang berpotensi besar untuk di komersilkan dan dikembangkan di Mslaysia. Dilaporkan aktiviti penternakan larva BSF di Selangor dan di Johor sudah berkembang sejak beberapa tahun lepas dan usaha itu dan kini diperluaskan kebeberapa negeri lain seperti Kelantan menerusi kerjasama penyelidik UM dengan sebuah pusat pembenihan dan asuhan ikan marin, Ain Aquaculture Sdn Bhd, yang berpangkalan di Kampung Gajah, Pengkalan Chepa.
Di laporkan menerusi kerjasama itu dikalangan penduduk setempat dan kawasan sekitar didedahkan kepada penternakan larva BSF dimana menurut Pengurus Ain Aquaculture Mohamad Akib Baharom dakwa buat masa ini kebanyakan peserta adalah Orang Asli dan mereka diajar cara dalam membiakkan BSF untuk ianya dijadikan makanan ternakan ikan. Projek ini yang dimulakan pada 2020 sudah memberikan pulangan positif kepada usahawan Orang Asli terbabit seperti laporan Bernama. Dalam kes ini jenis ikan yang di gunakan dalam kajian berfasa ini ialah ikan siakap yang diternak di dalam kolam seluas 0.2 ekar dalam kolam. Kos permulaan bagi projek BSF dilaporkan ia hanya membabitkan pembelian telur BSF dan yang selebihnya untuk melengkapkan fasiliti yang sudah ada di tapak projek iaitu sekitar RM10,000 sahaja. Selain itu dilaporkan kalangan pererta turut bekerjasama dengan usahawan di bawah Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia Kelantan denga cara membangunkan fasiliti ternakan BSF di Kok Lanas dengan mengubah suai kandang lembu yang sudah lama terbiar.  Menurut Mohamad Akib, penternakan larva BSF yang turut mewujudkan industri hiliran seperti penjualan telur dan larva BSF serta baja organik yang mampu memberikan pendapatan agak lumayan kepada peserta industri. Apa pun kajian yang mendapati projek ini perlu di perbanyakkan berasaskan kepada hasil temuan kajian. Pakar UM di ketuai Norhidayah berkata usaha memperluas pembiakan BSF perlu dipergiatkan lagi dengan memperbanyak penyelidikan selain menaik taraf fasiliti penghasilan BSF menggunakan teknologi automasi.  Menurutnya lagi walaupun Malaysia mempunyai iklim yang cukup sesuai untuk penternakan larva BSF namun buat masa ini tidak ramai usahawan yang terlibat sedangkan permintaan dari dalam dan luar negara terhadap sumber protein itu amat tinggi. Kini sebahagian besar pengusaha BSF di Malaysia adalah syarikat luar negara yang mengeksport larva BSF ke negara lain seperti rantau Eropah kerana harganya lebih tinggi. Selain itu dimana di sebalik permintaan domestik yang tinggi dimana industri penternakan BSF tidak dikawal selia. Ini kerana sekiranya Malaysia dapat tingkatkan kadar jumlah pengeluaran domestik serta menambah lebih ramai usahawan dalam industri BSF ini pasti impaknya ialah harga yang lebih kompetitif dan menguntungkan semua pihak yang berkenaan. Penuis blog ada menulis lebih dari 10 artikel mengenai Lalat Askar Hitam ini dengan antara pautannya adalah (Sila Klik DIsini) dan beberapa lagi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
SEJENIS LALAT... HITAM WARNANYA...
CEPAT MEMBIAK...MEMAKAN SISA...
MENGANGGU KELULUT...KISAHNYA...
MENJADI INDUSTRI...POTENSI ADA...
KAYA PROTIN...BOLEH KOMERSIL DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Dzulhijjah 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...