Sebaiknya mengenali akan apakah dia Ular yang mana ia merupakan sejenis haiwan reptilia karnivor yang panjang dan berkaki dalam suborder Serpentes. Seperti semua spesies Squamata dimana haiwan ular merupakan vertebrat amniot ektoterma yang berkulitkan sisik yang bertindan-tindih. Kebanyakan spesies ular mempunyai tengkorak yang lebih banyak sendinya berbanding lhaiwan seperti cicak supaya mudah untuk ular menelan mangsa yang lebih besar daripada kepalanya dengan rahang yang amat mudah gerak. Lazimnya untuk menampung badan ular yang sempit ada organ-organ yang berpasangan (seperti ginjal) tersusun secara bersusunsn dan bukan bersebelahan. Lazimnya kebanyakan ular hanya mempunyai sebatang paru-paru. Bagi sesetengah spesies ular ia mempunyai girdel pelvis dengan sepasang cakar vestij di sebelah kloaka. Ular tiada kelopak mata dan telinga luaran. Ular ditemui hidup di setiap benua (kecuali Antartika), Lautan Pasifik dan Lautan Hindi, serta kebanyakan daratan yang lebih kecil dimana diantara yang terkecuali ialah beberapa pulau besar seperti Ireland dan New Zealand serta kebanyakan pulau kecil di Lautan Atlantik dan tengah Lautan Pasifik. Lebih daripada 20 keluarga ular kini dikenal pasti yang mana ia terdiri daripada sekitar 500 genus dengan sekitar 3,400 spesies. Ular terdapat dalam pelbagai saiz iaitu daripada ular benang yang kecil iaitu hanya berukuran 10 cm sehingga ular sawa rendam yang boleh mencapai 8.7 meter (29 ka). Walau pun kebanyakan spesies ular adalah tidak berbisa tetapi masih banyak yang berbisa dimana ia akan menggunakan venomnya untuk membunuh dan melumpuhkan mangsa berbanding mempertahankan diri. Terdapat ular yang memiliki venom (bisa) yang cukup kuat untuk menyebabkan kesakitan yang teruk atau kematian terhadap manusia. Ular yang tidak berbisa pula selalunya akan terus menelan mangsa hidup-hidup atau menjerut mangsa hingga mati sebelum dimakan. Dalam sektor pertanian kehadiran ular berbisa didalam kebun selalunya akan mengganggu aktivitii petani.
Menarik kisah dari hmetro.com bertajuk 'Kenapalah buat jalan macam tu?' dimana ditunjukkan foto pembinaan jalan bengkak bengkok mengagumkan wujud di Wilayah Yunnan, China. Lihatlah bagaimana jalan bengkak bengkok 'seperti ular kena palu' telah dapat berfungsi menghubungkan dua kampung Jinxing dan Jinganshao tular di media sosial kerana benuk dan rekaannya memang mengkagumkan. Dipetik dari Twitter People's Daily dimanaada sebanyak 68 selekoh sepanjang 6.3 kilometer (km) membentuk jalan berliku di gunung daerah Yiliang Kunming, Wilayah Yunnan. Jalan itu dibina pada 1995 malah dikelilingi keindahan alam yang mempesona. Apa pun jik aditeliti keadaan jalan yang bengkak bengkok itu mungkin membuatkan pemandu mahupun penumpang pening kepala. Merujuk kepada foto dari udara yang dirakam pada 24 November 2018 menunjukkan jalan berliku sangat menarik namun menyeramkan jika tersasar ke dalam gaung. Video berdurasi 15 saat mendapat perhatian netizen kerana jalan itu jarang ditemui dan membuatkan mereka teruja untuk mereka mencuba jalan tersebut. Netizen Lance Holman juga kagum dan bertanya adakah wujud trek basikal di jalan berkenaan kerana jalan itu sangat cantik untuk diterokai. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasllam!!...
APABILA DIPALU... BENGKOK JADINYA...
PERIBAHASA LAMA.... MASIH BERGUNA...
MEMBACA ARTIKEL... INFO DITERIMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(12 Rabiulakhir 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.