Kawasan Sebenrang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara baru-baru ini telahpun diisytiharkan antara empat daerah di Semenanjung Malaysia yang mengalami cuaca panas pada tahap berjaga-jaga selepas mencatat suhu harian antara 35 - 37 darjah Celcius. Menurut kenyataan yang terbaru dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dimana paras lembangan Sungai Muda dalam kawasan sempadan Pulau Pinang yang mana ia membekalkan 80% air mentah bagi memenuhi keperluan asasi sekalian penduduk serta sektor pertanian dan penternakan. Pada awal pagi tadi (14 Februari 2024) hasil tinjauan wartawan dilapangan di Kampung Terus dan kawasan-kawasan sekitarnya yang dikatakan antara salah satu ‘jelapang padi’ negeri Pulau Pinang. Persoalan yang timbul dikalangan pesawah adalah adakah cuaca panas pada tahap satu ketika ini yang mungkin membawa pada musim kemarau akan menjejaskan pengeluaran hasil padi di sini?. Hasil tinjauan kawasan ‘jelapang padi’ Kampung Terus memang didapati tali air konkrit sedia ada di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah SPT dekat Kampung Padang Ibu masih membekalkan air ke petak sawah di sini. Kini petak-petak sawah dekat Kampung Padang Ibu hingga ke Kampung Permatang Ara di sini, masih berair; membayangkan mungkin akan mengambil sedikit masa lagi sebelum proses tuaian hasil padi. Dilporkan masih ada air yang mencukupii didalam tali air tetapi yang kurang jelas adalah sebab musabab cuaca kian panas sejak pertengahan bulan Januari 2024 lagi. Bagi seorang peswah dikenali sebagai L.H Tan dimana pada masa ini sepatutnya cuaca panas sebegini adalah sesuai untuk menuai hasil padi sebaliknya dia terpaksa menunggu kira-kira tiga minggu lagi dari sekarang untuk menanam semula. Ini kerana dakwanya kalau ikut jadual penanaman memang sepatutnya sebelum bulan Februari, tetapi proses serak benih padi pun kita mula lambat pada hujung tahun lepas disebabkan isu gangguan bekalan stok benih padi berkualiti pada bulan November tahun lepas (2023).
Mengerjakan sawah sejak lebih 40 tahun lepas. Pesawah lain dikampung ini iaitu Haharuddin pula memberitahu sekalian para petani di sini lebih bimbang akan risiko serangan makhluk perosak berbanding perubahan cuaca yang kian panas belakangan ini. Dakwanya pada pertengahan tahun 2016 dahulu ramai peswah di kampong ini menangguhkan aktiviti penanaman padi buat sementara waktu, sehinggalah musim kemarau panjang El Nino berakhir pada waktu itu. Kemudian musim menyerak (benih padi) sebenarnya mengikut jadual pengairan yang dicadangkan oleh JPS Daerah. Apa pun kesan perubahan cuaca ini tidaklah membimbangkan sangat berbanding risiko serangan makhluk perosak yang boleh dikatakan terpaksa dihadapi pada setiap musim. Dia juga memberitahu semua ketua ketua kelompok pesawah (KKP) lokal telahpun mengadakan perbincangan lanjut bersama-sama Jurutera JPS Daerah berhubung aspek pengairan pada musim baharu nanti serta isu-isu berkaitan perubahan cuaca yang kian panas belakangan ini. Hasil dari sesi temu bincang di Kampung Terus dimana kedua-dua pihak bersetuju dengan cadangan proses melepaskan air sempena musim baharu bermula pada 15 April 2024 iaitu selepas Hari Raya Aidilfitri. Adalah diharap agar pesawah yang terlewat buat proses serak pada musim ini dapat menyempurnakan kerja-kerja memugar, meratakan serta merawat tanah bendang masing-masing sebelum 15 April 2024. Ia disebebkan kerana sukar bagi menyeragamkan kembali proses penanaman mengikut jadual pengairan JPJ dengan mengambil kira faktor perubahan cuaca (kian panas sekarang ini). Diharapkan juga semuga aktiviti pertanian tidak lagi tertangguh macam waktu kemarau panjang ‘El Nino’ dulu. Apa pun diatas sebab penduduk lebih memerlukan air berbanding sektor pertanian berkaitan. Kini semasa cuaca kian panas seperti sekarang, pengairan bersepadu dan seragam perlu diberikan perhatian, tidak perlu lagi berperingkat-peringkat atas sebab ada lagi pesawah masih tak habis menuai padi. Kerajaan melalui jabatan terlibat dan agensinya wajar agar mengambil langkah proaktif bagi memastikan serangan makhluk perosak seperti ulat pengorek batang padi dan tikus di ‘jelapang padi’ Kampung Terus pada musim akan datang dapat diatasi.
Dilaporkan dimana MARDI telah ada cadangan kajian bagaimana untuk menangani risiko serangan makhluk perosak ini, tetapi pihak berkenaan perlu turun padang apabila dijemput untuk bertemu dengan pesawah baru tahu apa ‘masalah’ mereka. Aktiviti pembaikbakaan telahpun disyorkan oleh pihak MARDI bagi menghadapi serangan ‘’ulat batang’ yang tinggal lagi pesawah patut dibekalkan dengan kepelbagaian rintang dalam penanaman mereka, tetapi antara ‘masalah’ yang telahpun kami hadapi sejak awal musim ini adalah gangguan bekalan benih padi untuk memulakan penanaman pada bulan Oktober (2023). Bagi tanaman musim akan datang ini (bermula pada pertengahan bulan April 2024) dimana benih elok ada atau tidak ada pun dimana tidak ada pihak berwajib di atas sana yang berani dan mahu ke depan agar ‘masalah’ lama tidak berulang. Dilaporkan pada aaal musim ini (Nov 2023) sudah ada dalam kalangan petani dapat ‘benih tipu’ (iaitu) sama ada benih lama yang tak berkualiti atau benih yang terdedah pada virus seperti BPB (Hawar Bulir Bakteria). Kesan dari serangan makhluk perosak berlaku setelah pesawah dakwa ada gangguan bekalan (stok benih padi), harga benih meningkat, tiadanya langkah proaktif daripada pihak atas berwajib Umumnya jangkaan hasil tuaian pada musim ini merosot sampai 70% banyaknya. Dilihat memang ada perubahan cuaca panas sekarang, suatu kesyukuran buat saya sendiri adalah pada musim akan datang mungkin tidak lagi perlu menghadapi ‘masalah tanah jerlus’ seperti beberapa tahun sebelum ini iaitu keadaan tanah yang berair sampai payah traktor nak turun ke petak sawah untuk melaksanakan kerja-kerja memugar, meratakan, merawat tanah (sebelum proses menyerak benih padi dilakukan). Salah seorang pesawah iaitu Zakaria Ramli nyatakan ‘masalah’ serangan tikus sawah padi boleh ditangani sekiranya kerja-kerja memugar, meratakan dan memulihkan tanah sawah dilaksanakan secara selari atau linear. Dia beritahu dimana masa nini akan dapat lihat ada kawasan belum mula menuai dan ada kawasan tengah dipugar dan sebagainya. Akibat dari serangan tikus padi dimana kawasan petak sawah yang hendak dipugar ia akan berpindah ke kawasan yang masih ada padi dimana masalah sama tidak akan selesai. Kalau kerja-kerja memugar tanah dilakukan secara selari maka serangan tikus ini tidak boleh pergi mana dan lebih mudah ditangani.
Disebabkan cuaca panas pesawah masih tidak kisah sangat sebab bila air hendak dilepaskan ke tali air maka JPS akan memberitahu dan peswah sudah boleh mula kerja ‘menyerak’ (benih) selepas itu. Kalau hendak menyemai benih pun kena bergantung pada bila air dilepaskan (ke petak sawah) sebab itu penting kena pantau betul-betul paras air di lembangan sungai kita dan di Pintu Air Mengkuang Mak Sulung semasa cuaca panas ini. Bagi Baharuddin Abdullh (Sila lihat foto disebelah) dimana dia sudah pun menyemai 2 kali akan tetapi gagal dan tidak pulang modal disebabkan serangan tikus. Pada masa ini difahamkan yang harga lantai belian padi beras putih di Semenanjung Malaysia ditetapkan sebanyak RM1,300 per tan metrik yang berkuat kuasa 15 Februari tahun 2024 ini. Harga lantai itu sebenarnya belum mengambil kira 20% pemutuan beratan padi seperti kiraan padi basah, hampas dan sebagainya yang dilakukan semasa urus niaga pesawah dengan pengilang. Dakwanya kalau harga lantai RM1,300 maka kemudian para pengilang akan ambil atas dari harga lantai itu dan biasanya dalam nilai sekitar RM1,350 satu metrik tan. Biasanya harga tersebut belum kira 20% (pemutuan beratan) padi yang akan dipotong dari berat asal padi yang kita ‘tolak’ (jual). Sebagai contoh dimana jik aada 4 tan atau 4,000 kg (kilogram) ‘ditolak’, bayaran selepas ditolak beratan 20% (pemutuan padi) atau 800 kg dn akan menjadi 800kg itu pun kalau ikut harga lantai pun nilainya sebanyak RM1,040. Diharapkan agar potongan 20% pemutuan beratan padi wajar dikurangkan lagi bagi memastikan kelompok pesawah dapat pulangan setimpal. Dalam pada itu satu lagi ‘masalah’ malar segar yang perlu ditangani oleh pihak berwajib sebelum musim baharu nanti adalah menstabilkan harga beli padi. Ini kerana pada awal musim ini juga, ‘masalah’ yang terpaksa dihadapi adalah harga benih tak stabil, dari harga RM36 satu beg boleh melambung jadi antara RM50 hingga RM60 satu beg. Agensi kerajaan berkaitan perlu memonopoli benih padi pada peringkat pengeluaran dan pengagihan dimana cara baru boleh menstabilkan harga komoditi itu (yang mana) sekali gus menangani gangguan bekalan stok benih padi seperti pada Oktober tahun 2023 lepas. Dia dakwa Jabatan Pertanian serta agensi berkaitan senantiasa dikerahkan untuk mendapatkan maklum balas lanjut serta ‘masalah’ daripada pesawah di sekitar ‘jelapang padi’ Kampung Terus; sepatutnya perkara sebegitu dipergiatkan lagi sejak awal musim ini bermula. Apa pun sebelum habis musim padi ini sudah banyak bab lagi sebenarnya pesawah di Kampung Terus ini fikir selain isu cuaca panas macam yang MetMalaysia umumkan baru-baru ini. Lebih perit adalah dimana para pesawah akan menempuh bulan puasa Ramadan dan musim kembali ke sekolah dimana ini semua memerlukan duit ringgit tapi padi ‘tak menjadi maka parah jadinya. Pesawah ada memuji langkah proaktif pihak IADA Pulau Pinang dan JPS Daerah mengadakan sesi temu bincang dengan para pesawah lokal bagi meningkatkan lagi hasil padi negeri. Kini di kawasan sawah ini telah ada tali air konkrit yang sedia ada diselia oleh JPS akan ada pegawai IADA ada berbincang dengan pesawah supaya diwujudkan ‘parit gila’ iaitu parit tanah sementara yang digunakan untuk mempercepat proses nyah air dari petak sawah. Sebelum ini ada dilaporkan ‘jelapang padi’ sekitar Kampung Terus ini terdiri daripada 17 unit Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK). Apa pun di Kampung Terus sahaja ada ‘jelapang padi’ seluas 65 relung, di Guar Jering lebih besar kira-kira 215 relung, yang mana tidak termasuk kawasan sekitar yang lain seperti Padang Tembusu, Bukit Berangan, Permatang Buluh dan Labu Banting. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
JELAPANG PADI...DI P. PINANG SANA....
KAWASANNYA LUAS... KELOLAAN IADA...
MASAALAH KEMARAU.. SUHU PUN ADA...
MEMBACA ARTIKEL... FAHAMI ISINYA,...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Ramadan 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.