Support My Blog

Saturday, December 2, 2023

PROSES GULA MERAH DARI POKOK SAWIT

SIAPA SANGKA GULA MERAH
boleh dihasilkan daripada pokok kelapa sawit (Elaeis guineensis) yang sudah tidak produktif lagi?. Pada penulis blog GULA MERAH atau GULA MELAKA atau GULA JAWA adalah sejenis gula yang di hasilkan daripada tumbuh-tumbuhan seperti dari keluarga Arecaceae termasuk pokok lelapa, nipan dan terkini daripada kelapa sawit pula. Bagi orang Malaysia dimana Gula Merah atau sering juga disebut sebagai Molases yang ada dijual dipasaran 
merupakan satu produk hasil sampingan daripada proses membuat gula tebu yang memang sering digunakan dalam penyediaan makanan, serta sektor pertanian lain seperti penternakan dan banyak lagi. Ramai orang mungkin agak keliru antara Gula Merah, Molases, Gula Melaka, Gula Melaka Tiruan, Gula Kabong, Gula Arem, Gul Jawa dan beberapa produk lagi. Gula merah merupakan bahan yang banyak tenaga (energy) yang diperlukan kaya dengan tenaga. Sila baca tulisan saya mengenai gula merah yang di posting pada tahun April 2015 dengan pautan berikut (Sila Klik Disini)
Gula merah dari gula tebu mengandungi 25-40% sukros yang boleh dijadikan sumber tenaga tetapi rendah kandungan protein iaitu sekitar 3% sahaja. Kajian makmal menunjukkan kandungan abu adalah sebanyak 8-10% yang terdiri daripada Kalium (K), Kalsium (Ca), Klorin dan juga garam Sulfat. Walau pun ia nampak lembap tetapi lazimnya kandungan air dalam gula merah sekitar 25% sahaja. Nama gula mesti dikaitkan dengan kemanisan yang boleh diukur dengan unit Brix (diunit dalam % kemanisan). Bergantung kepada kualiti kadar kemanisan gula melaka sekitar 7 - 16 %Brixs dan sering digunakan sebagai penyedap makanan seperti kuih muih atau makanan untuk ternakan haiwan (ruminan). Bagaimana pun kadar kemanisan dan kualiti gula merah sangat berbeza mengikut sumber asas semasa pembuatan gula merah. Kita di Malaysia sering kenal dengan gula merah daripada kilang tebu dan agak jarang jumpa molases dari jagung, soya, beet, citrus dan bijirin lain. Gula Merah atau Molases yang dihasilkan daripada tebu mengandungi antara 25 0 40% kandunga gula sukrosa dan kandungan protin hanya 3% tetapi mempunyai kandungan bakteria sekitar 8 - 10%. Lazimnya kandungan air pula sekitar 25% sahaja. Ia merupakan sumber bahan mineral yang baik seperti kandungan Ca, K, Cl dan Garam Sulfat tetapi kandungan vitamin yang rendah sahaja. Tahap kemanisan molases ini berbeza-beza mengikut sumber bahan tetapi untuk molases dari tebu adalah sekitar 15% Brix (Unit digunakan untuk mengukur tahap kemanisan). Bagi molases daripada bahan lain seperti jagung dsb julat perbezaan adalah sekitar 1.5 - 1.9% sahaja. Molases ini merupakan sumber terbaik didalam penyediaan makanan ternakan dimana ia memberikan rasa manis kepada Silaj (silage) yang disediakan dan haiwan ternakan terutamanya jenis ruminan amat menyukainya. Ia diberikan kepada ternakan seperti lembu, kambing , arnab, ayam dan sebagainya. Ia juga digunakan sebagai makanan haiwan dalam bentuk pelet sekitar 15% kandungan dalam formulasi tersebut. Kilang memproses makanan haiwan memang menjadikan molases sebagai salah satu bahan penting dalam penyediaan makanan haiwan. Apa pun kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan inovasi membuat gula merah daripada batang (tunggul) pokok kelapa sawit untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua. 


Inovasi membuat gula merah daripada batang atau tunggul kelapa sawit yang di tebang memang bekum di dengar ia di lakukan di Malaysia. Bagaimana pun inovasi ini telah di pelopori di Indonesia apabila beberapa pekebun kecil sawit di Acheh, Riau dan Kalimantan Tengah (KalTeng) dilaporkan belum lama mereka mengusahakan inovasi ini bagi menjana pendapatan mereka. Penulis blog ada menulis inovasi ini yang dopaparkan dalam media di Indonesia untuk dibaca bersama artikel ini (Sila Klik Disini). Penulis blog dapati inovasi ini libatkan 5 langkah atau cara membuat Gula Merah daripada batang kelapa sawit. Secara umumnya memang tanaman kelapa sawit merupakan tanaman yang paling luas di tanam di Malaysia dimana ada seluas 5.4 juta hektar tanaman ini dan menjadi tulang belakang kepada ramai orang untuk bekerja dan menyumbang nilai eksport yang besar kepada negara. Setiap tahun juga ada ribuan ekar pokok kelapa sawit tua yang tidak produktif untuk di tebang dan di tanam semula sama ada dalam sektoe pekebun kecil atau sektor estet atau perladangan. Di negara jiran Indonesia yang merupakan negara terluas menanam sawit dan pengeluar minyak sawit terbesar didunia terutama di kawasan Kalimantan dan Sumatra memang sangat signifikan. Jumlah sisa sawit yang banyak di negara tersebut sudah di manafaatkan untuk pelbagai kegunaan sama dengan apa yang di lakukan di Malaysia juga. Penebangan pokok kelapa sawit tua yang sudah tidak ekonomik dilaporan mencapai ribuan hektar dimana batang atau tunggul pokok sawit akan dibiarkan begitu sahaja sedangkan kini sudah ada inovasi untuk mengutip air niranya dan diproses sehingga boleh menjadi gula merah yang ada nilai ekonomi. Dahulu setiap kali penebangan pokok sawit tua ia akan dijual batangnya tetapi lebih banyak yang di biarkan mereput begitu sahaja dan kemudian menjadi perumah kepada kumbang badak atau kulat yang boleh menjadi punca kepada masaalah serangan Ganoderma. Sudah ada inovasi dan dilaksanakan agar batang sawit ini memberikan pendapatan baru dan nilai tambah kepada pekebun. Ini kerana hasil dari batang sawit yang baru ditebang ini boleh diambil air niranya untuk djadikan gula merah (atau gula melaka atau gula aren) dimana kajian mendapati semakin tua batang sawit lazimnya kandungan niranya akan semakin tinggi.


Langkah asas yang perlu dilakukan adalah menyebarkan ilmu atau teknologi bagaimana untuk membuat gula merah daripada batang kelapa sawit. Pada penulis blog dilihat teknologi ini sangat mudah di fahami dan mudah dilakukan kerana ia menyamai dengan cara membuat gula melaka dari pokok kelapa (Cocos nucifera) suma sumber air nira yang diambil agak berlainan tekniknya. Antara peralatan yang perlu ada seperti  Mesin Pemotong batang sawit, Parang (untuk membersihkan pelepah sawit), Pisau Menghiris (Pisau Sadap yang tajam), Bekas Pemungut Nita (Baldi atau Besen Plastik), Tong Plastik Berpenutup, Kuali Besar untuk memasak air nira, Senduk Besar untuk mengacau semasa memasak, Dapur atau Sabak, Pencetak Gula Merah (Selinder Buluh atau Aluminium) dan juga bahan ramuan lainnya. Seterusnya perlu ada batang kelapa sawit (batang pokok sawit tua atau tidak produktif lagi yang sedia ditebang), Air Nira di kumpulkan, Kapur sirih dan juga Gula pasir. Ada 5 langkah untuk membuat gula merah daripada batang kelapa sawit yang perlu difahami. Pertama adalah Menebang Pokok Kelapa Sawit yang man aia dianggap sudah tidak lagi produktif. Batang kelapa sawit di tebang lebih rendah lebih bagusnya di tebang di pangkalnya. Pokok kelapa sawit yang berumur 15 tahun ke atas dapat menghasilkan nira 3-15 liter perhari dan mampu untuk ia mengeluarkan air niranya selama 2 - 3 bulan yang bermakna dalam satu batang sawit bisa menghasilkan sekitar 300 liter air nira sepanjang masa tersebut. Kemudian seterlah batang sait ditebang maka mesti dibersihkan pelepahnya hingga tertinggal batang sawit hingga bahagian hujungnya Bahagian umbut). Kemudian dibahagian hujung umbutnya perlu dipotong sedikit sampai terlihat inti mudanya atau sering disebut umbut dimana dari situlah akan keluar air nira. Semua air nira yang keluar menitis di kumpulkan didalam bekas seperti baldi atau besen yang sesuai dan di kutip untuk dimasukkan kedalam tong plastik pada setiap pagi dan petang. Disebabkan prrses pengambilan nira berjalan lama atau seharian penuh dimana dikhuatiri air nira menjadi basi maka sebaiknya ia ditambahkan larutan kapur sirih 10ml saja atau sekitar 2 senduk kapur sirih dalam air nira dan kayu nangka (hati batang nangka). Kemudian air nira yang sudah dikumpulkan di bawa ke tempat masak air nira. Di sana air nira ini dimasukkan dalam kuali besar di atas bara api yang di kawal secara sederhana. Proses memasak ini dilakukan hingga air nira berwarna merah dan sudah mengental. Agar proses pengerasan menjadi gula merah yang berkualiti maka sebaiknya di tambahkan gula pasir sebanyak 1kg dalam 20 liter air nira. langkah terakhir (ke 5) ada proses untuk Menetak Gula Merah. Ini dilakukan dengan menyediakan alat cetak disusun atas meja kerja dimana ketika gula nira sudah mengental merah dan siap dicetak dilihat dengan bila menurunkan senduk ia terus bergelemubung hilang dan adunan menjadi benar-benar lembut. Tuangkan dalam cetakan secara merata lalu dibiarkan sampai adunan padat dan kemudian menjadi kering. Keluarkan gula merah ini dan di bungkus sebelum ia di pasarkan. Baik penulis blog kongsikan pengiraan dan analisis keuntungan gula merah dari satu batang sawit. Jika satu batang sawit tua besar dapat menghasilkan hingga 300 liter air nira, dan setiap 5liter menghasilkan 1kg gula merah siap pasar, maka 300liter nira menghasilkan 60kg gula merah. Kemudian jika harga pasaran Rp15,000/kg (RM4.52/kg), maka pendapatan kasar yang dihasilkan adalah sekitar Rp900,000 (RM271). Secara kasarnya sebatang pokok kelapa sawit ini mampu untuk ia menghasilkan sebanyak RM271 sepokok/3 bulan atau sekitar RM90.33 sebulan sepokok. Wow ini memang satu idea baik untuk dilakukan di Malaysia juga!.


Menarik fakta dari negara jiran Indonesia iaitu daripada portal kaltengekpres.com dengan tajuknya 'Membuat Gula Merah dari Batang Kelapa Sawit' yang belum pernah saya tahu sebelum ini. Ada foto dalam portal tersebut yang menunjukkan bagaimana seorang petani sedang membuat atau lakukan proses dari batang pokok kelapa sawit untuk dijadikan gula merah. Kisah dari Pangkalan Bun, di Kalimantan Tengah menyatakan kelapa sawit merupakan salah satu komoditi hasil perkebunan yang mempunyai peranan penting dalam perekonomian nasional masa ini dimana ia merupakan salah satu komoditi eksport dan penghasil KDNK negara selepas minyak dan gas. Kini dengan ada banyaknya kebun kelapa sawit yang sudah tidak lagi ia menghasilkan buah atau istilahnya tanaman sudah pun tidak menghasilkan tandan atau memasuki tahap penanaman semula telah menjadi salah satu kekuatan bagi usaha industri rumah tangga dalam menghasilkan gula merah dari nira kelapa sawit. Batang sawit dapat menghasilkan nira sawit untuk dijadikan gula merah yang memiliki nilai ekonomi. Oleh kerana itu ada sebahagian kelompok petani di Kobar mulai melakukan usaha pembuatan gula merah dari bahan asas batang kelapa sawit ini. Perkara ini diakui oleh Kepala Dinas Pemberdayaan Masyarakat dan Desa (DPMD) Kobar, Yudhi Hudaya. Menurutnya aktiviti ini setelah selesai beberapa kajian atau penyelidikan dalam pembuatan gula merah dengan memanfaatkan bahan asas nira dari pokok kelapa sawit tua di Pulau Jawa beberapa dahulu. Para petani dari beberapa buah desa di Kobar mulai membuat usaha ini walau pun ia agak unik tetapi pokok sawit ini adalah dari keluarga Arecaceae dan biasa dimanfaatkan buahnya untuk diproses menjadi minyak goreng, margarin, biosolar, bahan asas buat kosmetik dan produk lainnya. Idea membuat gula merah berasaskan nira kelapa sawit berpunca dari jumlah banyaknya batang kelapa sawit tua yang selalu dibuang sebagai sisa yang tidak digunakan. Sebab memang ada banyak batang sawit tua dibiarkan terbuang setelah tidak berbuah. Peranan kerajaan bagi kemasyarakatan desa dan kelompok tani serta koperasi boleh mencuba yang nantinya boleh mengumpulkan nira dari pucuk sawit dan kemudian dimasak sehingga ia akhirnya menjadi gula merah sedia untuk diguna atau dujual menambah pendapatan petani. Proses pembuatan gula merah ber­bahan asas nira kelapa sawit ini hampir sama seperti membuat gula merah berbahan asas dari nira aren, kelapa, lontar, mahupun dari tanaman tebu. Hanya bezanya adalah pembuatan gula merah dari nira kelapa sawit selalu hanya menggunakan pokok sawit berusia di atas 15 tahun dimana selalunya ia sudah tidak lagi produktif berbuah. Walau pun sebenarnya boleh sahaja mengambil nira dari tanaman sawit muda akan tetapi dilaporkan kualiti gula merah dan rasa manis yang dihasilkan tidak sebaik kelapa sawit tua. Dalam pada itu sayang jika mengorbankan tanaman sawit muda hanya untuk diambil niranya saja kerana harga buah sawit cenderung lebih mahal dibandingkan gula merah. Mengenai proses pembuatan gula merah dari kelapa sawit itu sendiri dimana caranya adalah dengan pokok kelapa sawit yang telah tumbang (di kawasan tanah gambut) akan dibelah ba­hagian pucuknya. Kemudian pada bahagian pucuknya ini akan keluar cecari seperti getah yang sebenarnya ia adalah air nira dan akan menitis dengan sendirinya dan dikumpulkan didalam bekas khas (Sila lihat foto disebelah). Dalam keadaan cuaca dan pokok ideal dimana nira kelapa sawit boleh ia terus menetes hingga 30 hari dan lazimnya ia mam­­pu setelah habis menghasilkan tiga liter nira da­­lam sehari. Dari situ kemudian air nira ini ditapis untuk menghilangkan kotor­­an dan kemudian ia di masak dalam kuali besar sehingga menjadi gula. Ada laporan kalangan masyarakat tempatan menyatakan rasa gula merah kelapa sawit lebih enak daripada gula merah lainnya kerana ia lebih manis dengan aromanya yang lebih wangi.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

INOVASI BARU... SUDAH DI INDONESIA...
BATANG SAWIT... DIAMBIL AIR NIRANYA...
PROSES MUDAH.. SEMUA BOLEH CUBA...
GULA MERAH... RM271 SEPOKOK HASILNYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Jamadilakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...