Support My Blog

Friday, December 22, 2023

BUAH NONA SERI KAYA - FAKTA MENARIK

BUAH NONA
(Annona squamosa) atau pun BUAH NONA SERIKAYA merupakan buah tropika yang kurang popular di Malaysia tetapi ianya mudah dikenali kerana bentuk buahnya dan namanya iaitu tumbuhan dari keluarga Annonaceae. Nama lain atau synonim bagi buah ini adalah seperti Annona reticulata sementara di negara jiran Indonesia buah ini dipanggil sebagai Mulwo, Binoa atau Manowa. Penulis blog ada mmembuat rujukkan yang menyatakan bahawa buah ini dipercayai berasal secara semulajadi dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Pada masa ini buah nona telah pun ianya diusahakan di banyak negara termasuk kawasan di Asia Tenggara dan seluruh kawasan tropika. Apa yang unik mengenai buah nona adalah bentuk buahnya yang dilihat ia berbonggol dan mempunyai banyak biji dan boleh didapati di sepanjang tahun (tidak bermusim). Apa pun buah ini juga dipanggil sebagai buah N
ona serikaya atau Bullock’s Heart (Inggeris), Mulwo, Binao, Manowo, Serikoyo (Indonesia), Noi Nong (Thailand), Sarikaya (Filipina), Ramphal (India), Coeur de Boeuf (Perancis), Coracao de Boi (Portugis) dan Kanowa (Jawa). Pokok nona mempunyai batang yang tingginya sekitar 3 - 7 meter dimana pada semua bahagian pokoknya selalu ia mempunyai bau yang kuat apabila ia di ramas, terluka atau lebam. Bentuk daunnya bujur memanjang dan agak lembik di hujung tepinya. Manakala bunganya dalam karangan yang pendek. Kelopak daun sewaktu kuncup tersusun secara tertutup dan bersatu pada pangkalnya. Di bahagian bawah bunga meninggi dan ia mempunyai banyak benang sari dan berwarna putih. Penghubung ruang sari di atas ruang sari melebar dan menutup ruangnya. Bila ia berputik buahnya banyak dimana dikepala putik boleh dikatakan seakan duduk. Buahnya majmuk dan lebih kurang berbentuk bola. Anak buahnya khusus dengan hujung mendatar, juga pada waktu masak masih berhubungan. Saiz buahnya pelbagai iaitu ada yang berbentuk simetri kepada bentuk hati, bujur atau sfera dengan ukuran saiznya berukuran daripada 5 -12 cm. Apa pun sellaunya ada terdapat pelbagai jenis Buah Nona dimana diantara yang sering dijumpai adalah buah nona yang mana ia mempunyai kulit berwarna Kulit Hijau dan  Kulit Merah. Rasa buahnya manis dan sedap walau pun biji buah nona amat keras dan jika tertelan tidak akan memberikan kesan sakit tetapi bahagian isi rong biji ini dilaporkan ia mengandungi racun. Artikel pada petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai buah nona seri kaya untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Menyentuh mengenai buah nona ini dimana bahagian b
ijinya pula berwarna coklat kehitaman. Isi buah berwarna putih dan seakan kotor apabila cukup masak (Sila lihat foto disebelah). Bahagian yang banyak digunakan adalah bahagian biji, buah muda dan daunnya. Bijinya dikatakan mengandungi ia khasiat insektisida dan perlu elakan memakannya. Manakala pada bahagian daunnya pula dikatakan mengandungi khasiat anti inflamasi dan antelmintik. Sifat khas tanaman ini ialah ia ada rasa kelat dan beracun. Pada bahagian kulit kayu pokok ini ia mengandungi kira-kira 0.12% bahan dinakakan sebagai Anonaine. Dalam pada itu dilaporkan ada getah daripada dahan yang dipotong mengandungi akrid dan bahan ini boleh menyebabkan keradangan dan boleh memberi kecederaan teruk pada mata jika terkena. Kulit akar kayunya pula apa yang penulis blog tahu dimana ia dikatakan mengeluarkan tiga jenis alkaloid iaitu Anonaine, Liriodenine dan Reticuline. Apa pun dilaporkan dimana buah nona dikatakan rendah dalam lemak tidak tepu, tidak mempunyai kolesterol, rendah kandungan sodium, tiada ada gula, tinggi dalam potassium, tinggi dalam vitamin B6 dan amat tinggi dalam vitamin seperti vitamin C serta mengandungi kalsium dan fosforus. Ini bererti buah nona mengandungi bahan-bahan penting dalam usaha menghasilkan sel darah merah (erytrocyte), membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu pertumbuhan kanak-kanak. Penulis blog agak jarang jumpa buah nona kulit merah tetapi lebih kerap jumpa buah nona kulit hijau. Lazimnya dimana apabila buah nona seri kaya ini masak sepenuhnya maka ia amat lembut untuk dipegang dari luar dan juga bahagian dalamnya lebih mudah isinya dikeluarkan. Isinya boleh dimakan dengan cara mencungkil dengan sudu iaitu cara sama seperti mana semasa memakan buah avokado dan buah kiwi. Selalunya isi buahnya sesuai untuk ia dihancurkan dan ditambahkan dengan susu kocak ataupun air krim bagi menambah keenakan rasanya.


Terdapat beberapa laporan dimana pada s
etiap bahagian pokok nona ini juga dikatakan boleh dijadikan sebagai ubat alternatif. Air rebusan daun dari pokok buah nona seri kaya ini dikatakan boleh digunakan sebagai ubat untuk ianya menghapuskan masaalah cacing iaitu terutamanya yang terdapat di dalam usus. Ðaun yang telah dihancurkan pula ia juga dikatakan boleh digunakan sebagai ubat tampal pada bisul dan juga ulser. Ðaunnya juga dikatakan boleh dijadikan penawar bagi merawat luka daripada dikerumuni lalat, penyakit cirit-birit, radang usus (najis berdarah), masalah mual-mual, sengal-sengal tulang, batuk dan selesema. Buah yang belum masak pula dikatakan kaya dengan tannin dimana jika dikeringkan boleh diguanakan sebagai ubat menentang diarrea dan disenteri. Dalam kes lain ada laporan dimana pada bahagian kulit pokok nona pula dikatakan mempunyai sifat astringen dan air rebusannya yang diambil sebagai tonik juga dikatakan mempunyai khasiat untuk mengubat diarrea dan disenteri. Caranya ialah dengan mengambil sedikit kulit bersaiz lebih kurang dua jari dan dimasak dengan 400 cc air sehinggalah air itu tinggal hanya 50% dan di minum sebanyak tiga kali. Ðalam kes yang teruk, daun, kulit kayu dan buah hijau dikatakan boleh direbus bersama selama lima minit dalam seliter air dan dijadikan sebagai air rebusan yang berkhasiat. Akar kulit kayu pula dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat tampal di sekeliling gusi untuk melegakan sakit gigi. Biji buahnya beserta daun pokok nona dikatakan boleh ditumbuk bagi mengatasi masalah sakit sendi dan dijadikan sebagai ubat untuk membunuh kutu kepala. Perlu awas dimana walau bagaimanapun pada bijinya mempunyai kesan toksik dan tidak boleh dimakan.  Kajian makmal menunjukkan dimana kandungan nutrisi yang terdapat di dalam sebiji buah nona yang bersaiz sederhana (81.2g) terdiri daripada bahan tenaga (63 kcal), Karbohidrat (13.64 g), Protein (1.62 g) dan Lemak (0.24 g). Ini menunjukkan dimana setiap 1 biji buah nona yang bersaiz sederhana dapat membekalkan komponen penting yang lain seperti kalsium dan zat besi. Buah nona turut mengandungi kadar kalium yang tinggi dan kandungan sodium yang rendah.


Pokok yang kurang popular di tanam di Malaysia ini dlaporkan memang banyak kegunaan dan khasiatnya. Penulis blog kongsikan 10 kegunnan buah nona untuk dijadikan bahan rujukkan. Pertama ia didakwa mampu m
elancarkan sistem pencernaan dimana ada individu yang mempunyai massalah sembelit perlu tahi aka perkara ini. Sembelit merupakan antara masalah penghadaman yang sering dihadapi kerana kekurangan air atau serat di dalam diet. Kekurangan komponen ini akan mengeraskan najis dan menyulitkan proses untuk membuang air besar. Buah nona tinggi dengan sumber serat yang mampu untuk menggalakkan proses peristalsis iaitu proses didalam pergerakkan usus dan sekaligus mencegah masalah sembelit. Kedua dimana buah nona akan meningkatkan sistem imuniti badan kerana apabila tubuh badan akan mudah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit yang mudah berjangkit apabila badan mempunyai tahap imuniti yang rendah. Buah nona mengandungi kadar vitamin C yang tinggi yang mampu untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Hal ini kerana vitamin C mampu untuk membantu mengaktifkan sel darah putih untuk melawan virus, bakteria dan patogen asing yang menyerang tubuh badan. Ketiga dimana buah nona yang kaya dengan antioksida akan mencegah tekanan oksidatif. Buah nona kaya dengan kandungan antioksida yang tinggi kerana ianya mempunyai kandungan vitamin C yang dapat bertindak sebagai antioksida yang dapat mencegah kerosakkan sel yang disebabkan tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas. Ke empat dimana ia mampu untuk mengawal paras tekanan darah kerana diketahui masaalah tekanan darah tinggi merupakan antara penyakit yang membelenggu rakyat Malaysia. Tekanan darah yang tidak terkawal akan menyebabkan salur darah untuk pecah dan mengakibatkan serangan angin ahmar. Buah nona mengandungi kalium yang tinggi yang dapat mengurangkan paras tekanan darah dengan menyebabkan salur darah untuk mengembang. Pengembangan salur darah dapat membantu mengurangkan tekanan yang dikenakan pada salur darah. Ke lima ia dipercayai mampu mencegah kanser kerana kanser adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh pembahagian sel yang tidak terkawal lalu mengganggu sel-sel sihat disekitarnya. Buah nona mengandungi komponen anti kanser dan antioksida yang dapat mencegah sel daripada rosak. Ke enam dimana buah nona mampu memberikan tenaga  kerana ianya mengandungi vitamin B di mana vitamin B diperlukan untuk penghasilan tenaga. Buah nona juga turut mengandungi karbohidrat yang merupakan sumber tenaga utama untuk badan. Ke tujuh dimana ia baik untuk kesihatan tulang kerana cara pemakanan yang sihat dan seimbang penting untuk pembentukkan tulang yang sihat dan kuat. Kekurangan pengambilan kalsium akan menyebabkan masalah tulang rapuh ataupun dikenali sebagai osteoporosis. Buah nona mempunyai kandungan kalsium yang dapat membantu di dalam penghasilan tulang yang kuat dan padat. Ke lapan adalah buah nona yang kaya dengan asid folik baik untuk wanita hamil dan yang cuba untuk hamil pasti tahu apa itu asid folik dan kepentingan pengambilan asid folik. Asid folik penting untuk pembentukkan sistem saraf tunjang bayi yang sempurna dan juga diperlukan untuk pembentukkan sel baru. Kesembilan dimana ia mampu mencegah skurvi iaitu sejenis penyakit sejenis penyakit yang disebabkan oleh kekurangan asid askorbik atau lebih dikenali dengan nama vitamin C. kekurangan vitamin ini di dalam badan akan menyebabkan symptom-simptom seperti keletihan, anemia, gusi yang mudah berdarah dan lain-lain. Buah nona mengandungi kandungan vitamin C dan pengambilannya dapat mencegah masalah kesihatan ini. Akhirnya ke sepuluh dimana buah nona mampu menjaga kesihatan kulit kerana ianya mengandungi bahan atau komponen antioksida yang dapat mencegah tekanan oksidatif yang dapat menyebabkan kerosakkan sel. Ianya turut mengandungi vitamin C yang dapat membantu untuk meningkatkan penghasilan kolagen pada kulit. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
BUAH NONA...NONA SRI KAYA SAMA...
JARANG DI TANAM... DI MALAYSIA....
BOLEH DI BELI... CARINYA DIMANA...
BANYAK KHASIAT... HEBAT RUPANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 Jamadilakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...