Menarik fakta dari negara jiran Indonesia iaitu daripada portal kaltengekpres.com dengan tajuknya 'Membuat Gula Merah dari Batang Kelapa Sawit' yang belum pernah saya tahu sebelum ini. Ada foto dalam portal tersebut yang menunjukkan bagaimana seorang petani sedang membuat atau lakukan proses dari batang pokok kelapa sawit untuk dijadikan gula merah. Kisah dari Pangkalan Bun, di Kalimantan Tengah menyatakan kelapa sawit merupakan salah satu komoditi hasil perkebunan yang mempunyai peranan penting dalam perekonomian nasional masa ini dimana ia merupakan salah satu komoditi eksport dan penghasil KDNK negara selepas minyak dan gas. Kini dengan ada banyaknya kebun kelapa sawit yang sudah tidak lagi ia menghasilkan buah atau istilahnya tanaman sudah pun tidak menghasilkan tandan atau memasuki tahap penanaman semula telah menjadi salah satu kekuatan bagi usaha industri rumah tangga dalam menghasilkan gula merah dari nira kelapa sawit. Batang sawit dapat menghasilkan nira sawit untuk dijadikan gula merah yang memiliki nilai ekonomi. Oleh kerana itu ada sebahagian kelompok petani di Kobar mulai melakukan usaha pembuatan gula merah dari bahan asas batang kelapa sawit ini. Perkara ini diakui oleh Kepala Dinas Pemberdayaan Masyarakat dan Desa (DPMD) Kobar, Yudhi Hudaya. Menurutnya aktiviti ini setelah selesai beberapa kajian atau penyelidikan dalam pembuatan gula merah dengan memanfaatkan bahan asas nira dari pokok kelapa sawit tua di Pulau Jawa beberapa dahulu. Para petani dari beberapa buah desa di Kobar mulai membuat usaha ini walau pun ia agak unik tetapi pokok sawit ini adalah dari keluarga Arecaceae dan biasa dimanfaatkan buahnya untuk diproses menjadi minyak goreng, margarin, biosolar, bahan asas buat kosmetik dan produk lainnya. Idea membuat gula merah berasaskan nira kelapa sawit berpunca dari jumlah banyaknya batang kelapa sawit tua yang selalu dibuang sebagai sisa yang tidak digunakan. Sebab memang ada banyak batang sawit tua dibiarkan terbuang setelah tidak berbuah. Peranan kerajaan bagi kemasyarakatan desa dan kelompok tani serta koperasi boleh mencuba yang nantinya boleh mengumpulkan nira dari pucuk sawit dan kemudian dimasak sehingga ia akhirnya menjadi gula merah sedia untuk diguna atau dujual menambah pendapatan petani. Proses pembuatan gula merah berbahan asas nira kelapa sawit ini hampir sama seperti membuat gula merah berbahan asas dari nira aren, kelapa, lontar, mahupun dari tanaman tebu. Hanya bezanya adalah pembuatan gula merah dari nira kelapa sawit selalu hanya menggunakan pokok sawit berusia di atas 15 tahun dimana selalunya ia sudah tidak lagi produktif berbuah. Walau pun sebenarnya boleh sahaja mengambil nira dari tanaman sawit muda akan tetapi dilaporkan kualiti gula merah dan rasa manis yang dihasilkan tidak sebaik kelapa sawit tua. Dalam pada itu sayang jika mengorbankan tanaman sawit muda hanya untuk diambil niranya saja kerana harga buah sawit cenderung lebih mahal dibandingkan gula merah. Mengenai proses pembuatan gula merah dari kelapa sawit itu sendiri dimana caranya adalah dengan pokok kelapa sawit yang telah tumbang (di kawasan tanah gambut) akan dibelah bahagian pucuknya. Kemudian pada bahagian pucuknya ini akan keluar cecari seperti getah yang sebenarnya ia adalah air nira dan akan menitis dengan sendirinya dan dikumpulkan didalam bekas khas (Sila lihat foto disebelah). Dalam keadaan cuaca dan pokok ideal dimana nira kelapa sawit boleh ia terus menetes hingga 30 hari dan lazimnya ia mampu setelah habis menghasilkan tiga liter nira dalam sehari. Dari situ kemudian air nira ini ditapis untuk menghilangkan kotoran dan kemudian ia di masak dalam kuali besar sehingga menjadi gula. Ada laporan kalangan masyarakat tempatan menyatakan rasa gula merah kelapa sawit lebih enak daripada gula merah lainnya kerana ia lebih manis dengan aromanya yang lebih wangi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BATANG SAWIT... DIAMBIL AIR NIRANYA...
PROSES MUDAH.. SEMUA BOLEH CUBA...
GULA MERAH... RM271 SEPOKOK HASILNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Jamadilakhir 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.