Friday, December 1, 2023

AKAR POKOK SERUNTUN - APA GUNA?

POKOK SERUNTUN
atau POKOK PATAWALI atau pun BAKAWALI (Tinospora crispa Linn atau Tinospora rumphii Boerl) atau Brotowali (Bahasa Jawa) atau Akar Aliawali dari keluarga Menispermaceae yang menpunyai ciri batang, akar dan daun yang sangat pahit. Bagaimana pun dikampong saya tumbuhan ini dipanggil bakawali sahaja. Tumbuhan ini yang di percayai berasal dari kawasan India, Sri Lanka atau Myanmar juga di panggil juga sebagai 'Guduchi' dikalangan penduduk negara tersebut. Tanaman jenis herba ini tumbuh menjalar atau merayap atau melilit diatas kayu atau pokok sokongan. Saya memang mengenali tumbuhan ini sejak kecil lagi kerana memang ada di tanam di keliling rumah dikampong di Muar, Johor dahulu. Tumbuhan ini mengandungi adaptogenik dan Asid Tinoporik serta kandungan Tinoporone yang sangat pahit. Terdapat kepercayaan penduduk tempatan dengan mengigit batang bratawali boleh menyebabkan nyamuk tidak suka gigit. Pokok seruntun merupakan tumbuhan herba yang mengandungi khasiat perubatan terutama dalam perubatan tradisional India dan China. Kandungan kompaun seperti cordifoliosides A-E, Syringen, Alkoloid Kuning, Berberine, Giloin, Giloininand Mentah didapati untuk tujuan perubatan. Kandungan Glokisol Pahit seperti Polisaccaride termasuk arabinogalactan polysachararide (TSP) , Picrotene dan Bergenis juga ada dalam bratawali. Komponen ini digunakan dalam perubatan AYURVERDA dan pembuatan JAMU TRADISIONAL. Kegunaan tumbuhan ini untuk mengatasi masaalah penyakit hati (Hepar) dari akibat Toksin. Belum ada anyak kajian yang dijalankan untuk tumbuhan herba ini yang sememangnya digunakan dalam perubatan tradisional sejak zaman dahulu. Artikel kali ini saya menulis dan berkongsi maklumat dalam blog teknologi "Anim Agro Technology" mengenai tanaman bratawali berdasarkan pemerhatian, pengalaman untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan pembaca blog diseluruh dunia.


Pokok Akar Seruntuk atau Pokok Patawali atau dikenali juga sebagai Akar Patawali atau nama saintifiknya Tinospora crispa dari famili Menispermaceae merupakan tanaman menjalar berbatang berkerutu dan berdaun lebar seperti daun sirih. Biasanya banyak didapati tumbuh menjalar di pagar-pagar dan kawasan rumah terbiar di kampong-kampong atau tumbuh liar di pinggir hutan. Penulis blog banyak kali jumpa pokok seruntun ini tumbuh subur ditempat bersuhu panas dimana dilihat perdunya memanjat dengan batangnya sebesar jari kelingking, berbintil-bintil rapat dan boleh mencapai ketinggian sehingga 2.5 meter pada atiang (Sila lihat foto disebelah). Daun pokok seruntuk dilihat ia adalah jenis tunggal, bertangkai, berbentuk seperti jantung atau bundar seperti telur dengan hujung lancip sepanjang 7-12 cm, lebar 5-10 cm, bunga kecil, berwarna hijau muda. Apa yang penulis blog pasti dimana pokok seruntun ini amat mudah untuk dibiakkan iaitu menggunakan keratan batang. Pokok Seruntun ini boleh dikategorikan sebagai pokok herba kerana ianya banyak digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu serta India dan China dinegara mereka. Air rebusan keseluruhan tumbuhan ini terasa 'sangat pahit' dan dijadikan sebagai ubat reumatik yang dikatakan mampu didalam mengurangkan kandungan gula dalam darah. Ia jug didakwa mampu untuk menurunkan suhu panas badan dan membantu mengurangkan gejala kencing manis kepada mereka yang ada masaalah tersebut. Apa yang penulis blog faham dimana dikalangan masyarakat Melayu dahulu juga percaya dengan pengambilan air rebusan pokok seruntun ini dan ia dapat menghindar dari gigitan nyamuk. Rasanya yang pahit ini juga apabila disapu pada bahagian payudara ibu juga dilaporkan ia akan memudahkan bayi bercerai susu (apa tidaknya kerana rasa pahit itu yang menyebabkan anaknya tidak mahu menyusu lagi!).
 Tanaman ini kaya dengan bahan iaitu kandungan kimia antara lain termasuk Alkaloid (berberina dan kolumbina yang terkandung di akar dan batang, damar lunak, pati, glikosida pikroretosid, zat pahit pikroretin, hars, berberin, palmatin, kolumbin (akar), kokulin (pikrotoksin).


Dilaporkan dimana di Indo-Cina ada laporan iaitu keseluruhan bahagian dari pokok seruntun atau pokok patawali diguna sebagai ubat demam yang dapat menggantikan 'Quinine'. Manakala bagi kalangan masyarakat di Filipina pula menganggap pokok seruntun ini adalah sebagai ubat serba guna sehinggakan dapat digunapakai untuk merawat penyakit mental atau masaalah gila. Melihat batangnya yang pahit itu mempunyai kandungan air yang tinggi. Tumbuhan ini biasa dijadikan bahan yang dicampur dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional. Bunganya berwarna hijau muda yang mempunyai enam mahkota yang berupa tunas. Bunganya kemudian akan berubah warna menjadi merah dan putih apabila matang. Buahnya pula berwarna merah muda, kulit batangnya mengandungi alkaloid dan damar manakala akarnya mengandungi berberin dan kolumbin. Selalunya apa yang penulis blog tahu dimana bagi tujuan perubatan perlu gunakan batangnya yang menggerutu adalah bahagian utama yang mengandungi khasiat. Batang seruntun ini digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinngi, kencing manis dan juga penyakit kelamin atau juga dikenali sebagai 'Gonorea'. Dilaporkan dimana tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka. Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil jattrorrhizine yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria. Selain daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera makan. Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat menurunkan suhu panas badan (mengubat demam). Air rebusan ini juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-sengal (boleh dicampur dalam minyak urut). Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang. Kajian saintifik menunjukkan hasil ekstrak rebusan tumbuhan herba akan mengandungi pelbagai bahan termasuk bahan aktif yang akan menghasilkan pelbagai kesan perubatan. Namun dari kajian yang dijalankan juga dipercayai terdapat bahan yang merbahaya atau toksik. Pengambilan air rebusan patawali dalam jangka masa yang panjang dan berlebihan boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang. Oleh itu dalam apa jua keadaan, pengambilan ekstrak dari sebarang tumbuhan, perlulah mendapatkan pandangan dari pakar perubatan atau pharmasuetikal terlebih dahulu terutama cara pengambilan, kaedah, had dan tempoh pengambilannya agar ianya benar-benar menjadi penyembuh dan bukan pembunuh.


Dalam portal hmetro.com dengan kisah bertajuk '
Hasilkan ubatan farmaseutikal' dari FRIM Kepong amat sesyuai dirujuk faktanya. Pokok patawali atau dikenali juga dengan pokok akar seruntun atau akar patawali dengan nama saintifiknya Tinospora crispa daripada keluarga jenis Menispermaceae ada dikaji di FRIM. Ia adalah tanaman menjalar mempunyai jenis batang berkerutu dan berdaun lebar seperti daun sirih. Biasanya banyak didapati tumbuh menjalar pada pagar dan kawasan rumah terbiar di kampung atau tumbuh liar di pinggir hutan. Hasil kajian FRIM dimana herba ini membantu untuk mengawal kadar kolesterol dalam darah. Secara tradisinya, air rebusan diminum sebagai minuman kesihatan. Ia dipercayai dapat menghindarkan gigitan nyamuk kerana rasa pahit yang terdapat di dalam tumbuhan ini menyebabkan rasa pahit pada darah. Di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Kepong ini dimana telah dijalankan kajian untuk menghasilkan ubatan farmaseutikal bernilai perubatan tinggi setanding ubat-ubatan sintetik. Ketua Program Inkubasi Teknologi, Bahagian Inovasi dan Komersialisasi FRIM Mohd Shahidan Mohamad Arshad berkata, melalui pengetahuan tradisi turun-temurun, banyak tumbuhan yang berpotensi untuk dikaji bagi dijadikan ubat (Sila lihat foto disebelah). Penyelidikan masa ini di peringkat ekstrak, bahan tanaman serta bahan mentah. Untuk memastikan kemampanan dalam penghasilan produk siap, FRIM menyediakan beberapa kepakaran bagi menghasilkan bahan tanaman dan bahan mentah berkualiti dengan adanya klon patawali. Beberapa kriteria digariskan pakar FRIM untuk menghasilkan klon terbaik ini. Antaranya kajian kimia, genetik, propagasi, sivilkultur dan teknologi pasca tuai. Kriteria ini melengkapkan rantaian untuk penghasilan produk siap yang berkualiti,” katanya ketika ditemui di FRIM, Kepong, baru-baru ini. Mohd Shahidan nyatakan dimana daripada hasil kajian ekstrak menunjukkan ia selamat sehingga 1,000 miligram setiap kilogram. FRIM menyasarkan untuk menghasilkan produk tradisional dengan kerjasama antara FRIM, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Syarikat Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga). Dilaporkan dalam jangka masa 10 tahun hasil dari kerjasama ini menyasarkan untuk menghasilkan produk fitoubatan yang dapat menembusi pasaran antarabangsa. Dilaporkan hasil kajian yang dilakukan mendapati pokok ini mudah tumbuh di kawasan semak dan di kawasan penempatan penduduk kerana dipercayai ditanam untuk kegunaan sendiri. Penyelidik FRIM telah menubuhkan plot germplasma apabila 200 lokasi di seluruh negara dikumpulkan untuk kajian seterusnya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK SERUNTUN... PATAWALI SAMA...
MUDAH DITANAM... DIMANA-MANA SAJA...
RASANYA SANGAT PAHIT...IA BERGUNA...
PERLU BANYAK KAJIAN... DI MALAYSIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(14 Jamadilawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.