Sunday, December 3, 2023

KENAPA TANAM TIMUN TUA?

KENAPA TANAM TIMUN TUA?
. Itu adalah persoalan bagi petani yang ingin mengetahui apan potensinya. TIMUN TUA (Old cucumber) merupakan satu hasil tanaman daripada pokok timun (Cucumis sativus) varieti tertentu yang sengaja dipetik tua. Timun Tua berbeza penggunaanya dari timun muda kerana timun tua biasanya dibuat sup sementara timun muda adalah untuk dijadikan ulaman. Penanaman timun biasa memerlukan masa selama 3 bulan dari menanam sehingga habis semua buah timun dituai tetapi sebaliknya buah timun dibiarkan lebih lama dipokok sehingga kulitnya akan bertukar daripada warna hijau kepada warna coklat kekuningan (Sila lihat foto diatas). Timun tua ini paling disukai oleh kaum Cina yang memasaknya sebagai sup timun tua bersama ramuan lain yang dicampurkan didalam sup. Memakan sup timun tua dipercayai mampu menurunkan suhu badan, menambah tahap kesihatan dan beberapa khasiat lainnya. Dikhabarkan kini orang kaum lain termasuk rang Melayu dan India sudah kenal akan kehebatan khasiat timun tua dan membelinya utuk dijadikan makanan berkhasiat. Penulis blog yang beberapa kali lawat kebun timun tua mendapati sebenarnya rasa timun matang tawar. Lazimnya hidangan timun tua yang dijadikan halwa seperti ini disediakan pada masa berbuka dalam bulan puasa. Dari segi rupanya timun tua agak kurang menarik mungkin antara penyebab timun ini kurang dikenali dan diminati. Timun Tua atau Old cocumber juga dikenali dengan panggilan timun masak atau timun bendang. Bagi masyarakat Cina ia lebih dikenali dengan nama Old Chinese Yellow Cucumber yang sering digunakan dalam ramuan membuat sup. Di kalangan masyarakat melayu pula timun tua ini memang popular digunakan mereka dalam masakan tempoyak ikan patin dan masak lemak cili api. Timun ini juga mempunyai khasiat membantu menyejukkan badan. Artikel mlm ini say amenulis mengenai khasiat timun tua dan testimoni usahawan menanam timun tua dalam ''Anim Agro Technology'' mengebai potensi menanam timun tua sebagai saah satu pilihan terbaik untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda.


Beberapa media tempatan laporkan bagaimana 'Siswazah usaha tanaman timun tua' yang berkait dengan tajuk artikel kali ini. Apa pun keyakinan terhadap sektor pertanian yang sememangnya ia mampu memberi pendapatan lumayan mendorong siswazah iaitu Mohd Zuhri (26) untuk dia menceburkan diri dalam bidang berkenaan sejak enam tahun lalu. Bagi pemegang Diploma Pengurusan Ladang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka, Pahang ini dimana dia tidak menoleh ke belakang dengan mengusahakan pelbagai projek tanaman. Antara tanaman yang diusahakan secara bergilir-gilir ialah tembikai wangi (rock melon), timun, timun tua, cili dan terung mini menggunakan kaedah sistem fertigasi. Dia yang menyewa tapak di Pusat Pertanian Temin, Jerantut dan setakat ini menanam 4,000 beg semaian timun tua di bawah rumah pelindung hujan (RPH). Kini dia berhasrat menambah kepada 10,000 beg semaian kerana timun tua mendapat permintaan tinggi di pasaran selain harga yang baik. Bagi dia menghadapi pelbagai dugaan seperti harga jatuh dan pokok tidak menjadi, namun itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus maju dalam bidang pertanian ini. Jatuh bangun adalah asam garam dalam apa jua bidang yang diceburi bukan pertanian saja. Dakwanya apa yang penting perlu terus berusaha dan segala masalah itu dianggap sebagai cabaran. Dia yang memulakan projek tanaman lada merah secara fertigasi dalam skala kecil di tapak Pertanian Temin dengan modal pusingan RM5,000 pada 2013. Berasal dari Batu Balai, Jerantut ini berjaya dalam percubaan pertamanya kerana projek itu memberi pendapatan lumayan sekali gus mencetus semangat untuk terus aktif dalam bidang pertanian. Menanam timun tua memerlukan perhatian rapi khususnya kelembapan tanah dalam beg semaian. Setiap dua jam pokok perlu disiram supaya timun mengeluarkan hasil yang berkualiti. Jika air atau baja tidak mencukupi akibatnya daun menjadi kekuningan dan buah akan menjadi bengkok sekali gus menyebabkan grednya rendah. Selalunya hanya buah timun yang berkualiti saja digred tinggi dan dijual pada harga yang tinggi sementara buah yang bengkok digredkan rendah serta sukar untuk dipasarkan. Penggunaan teknologi moden seperti fertigasi dapat mengurangkan penggunaan kawasan yang luas, banyak tenaga buruh dan pengurusan masa yang teratur. Lazimnya semua hasil timun tua dihantar ke Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Jerantut dan Pasar Borong Selayang selain dijual secara runcit.


Timun Tua merupakan sumber terbaik unsur Kalium iaitu mempunyai sekitar 442 mg kalium. Unsur kalium yang disyorkan setidaknya adalah 4,700 mg seorang sehari. Dalam testimoni lin penulis blog anim agro technology mendapati timun tua sangat baik untuk membantu untuk ia mengurangkan berat badan atau obesiti. Ini adalah disebabkan faktor darah tinggi anda mungkin kerana akibat kegemukan. Jika kita berjaya untuk menurunkan berat badan menjadi normal maka ada kemungkinan besar darah tinggi yang dialami juga akan pulih. Sebiji timun tua bersama kulitnya mempunyai anggaran berat 301 gram hanya mengandung sebanyak 45 kalori sahaja. Lebih dari 95 peratus dari berat timun adalah air iaitu yang merupakan unsur pemakanan bebas kalori yang dapat menahan nafsu makan secara semulajadi. Cara-cara penyediaan maknn timun tua dengan memilih timun yang berkualiti. Anda boleh mendapatkan beberapa biji untuk keperluan beberapa hari tetapi perlu disimpan di dalam peti sejuk. Jika anda merasa bosan dengan jus timun dengan citarasa yang sama setiap hari dinasihatkan agar mencampurkannya dengan buah sayuran lain sebagai jus seperti Lobak merah. Jus minuman ini didakwa adalah jenis sayuran yang baik untuk tujuan bagi menurunkan darah tinggi anda. Bagaimana pun jika dimasak sup ia mudah disediakan dan enak dimakan (Sila lihat foto disebelah). Resepi membuat sup timun tua ada pelbagai ramuan mengikut citarasa masing-masing.


Kalangan masyarakat Melayu di laporkan mereka dulu agak kurang menggunakan timun tua sebagai sayuran utama yang diambil harian. Bagaimana pun penulis blog dapati timun tua ada digunakan didalam masakan tradisional Tempoyak Ikn Patin yang menjadi ikon di Temerloh, Pahang (Sila lihat foto disebelah). Apa pun sebenarnya rasa timun atau timun tua matang ini memang tawar. Rasanya pula adalag tidak manis seperti timun muda atau timun biasa akan tetapi isinya adalah padu dan sesuai dimakan sebagai sayuran. Lazimnya hidangan yang menggunakan timun tua ada banyak jenis terutama di kalangan kaun Cina yang suka akan timun tua.  Penulis blog kongsikan makanan kesukaan sendiri iaitu Resepi Patin Ikan Tempoyak yang dipelajari semasa berugas di Pahang dahulu. Sediakan bahan seperti Seekor Ikan Patin (pilih yang segar atau hidup) dan di
basuh dengan air asam jawa untuk ianya hilangkan hanyir, 2-3 batang serai yang diketuk, 1/2 sudu makan gula, 1/2 sudu makan garam, sedikit bahan perasa, air secukupnya (terpulang nak kuah banyak mana), 1 cawan tempoyak dan sebatang timun tua (di belah dua, buang empulur dan di potong serong). Bagi bahan tumbuk dimana perlu ada 10 biji cili padi, 2 biji cili merah, 5 ulas bawang putih,
1 biji bawang besar, sedikit kunyit hidup atau boleh juga guna serbuk kunyit dimana semuanya ditumbuk jangan sampai terlalu lumat. Cara Memasak dengan menyatukan semua bahan (kecuali ikan dan timun) ke dalam periuk. Renehkan hingga betul-betul mendidih.  Kemudian masukkan timun tua dan dimasak hingga lembut. Seterusnya masukkan ikan dan biarkan hingga ikan masak sepenuhnya. Perasakan dengan perasa dengan secukupnya. Padamkan api dan jika mahu rasa yang lebih beraroma, boleh masukkan daun kesum. Enak dimakan dengan nasi putih dan ulam-ulaman dan sayur. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
MENANAM TIMUN... JENIS TIMUN TUA...
BERBEZA TIMUN BIASA... IA LEBIH LAMA...
BUAH CANTIK.. COKLAT KUNING  WARNA...
HARGA STABIL... KUANTITI PULA DI JAGA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Jamadilawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.