Monday, December 4, 2023

KUAT BURUNG KERANA SAYAP

Peribahasa berkaitan dengan burung ada beberapa yang menarik dimana pilihan penulis blog kali ini adalah 'KUAT BURUNG KERANA SAYAP ' dimana ia sesuai untuk dibincangkan dalam aspek teknikal dibidang pertanian. Dalam carian lain ada sebenarnya kepanjangan peribahasa ini iaitu 'Kuat Ketam Kerana Penyepit' dan 'Kuat Burung Kerana Sayap' sebagai peribahasa selengkapnya yang memberi makna yang sama. Dalam membuat semakan dimana peribahasa ‘kuat burung karena sayap’ ini bermaksud sebagai 'Setiap orang memiliki kekuatan serta kemampuannya masing-masing'. Burung umumnya adalah sejenis haiwan yang terbang walau pun ada banyak jenis burung yang tidak terbang seperti burung unta, burung puyuh dan sebagainya. Burung yang tidak mempunyai sayap memang tidak mampu terbang tetapi mampu berlari dengan laju atau pandai untuk bersembunyi dari pemangsa. Bagi memahami akan maksud peribahasa ini sememangnya setiap orang adalah ia memang mempunyai kemampuan, keupayaan, kapasiti, pengetahuan, keterampilan yang berbeza-beza. Ini kerana fitrah dimana masing-masing memiliki aspek kekuatan dan juga aspek kelemahan tersendiri. Namun begitu jika semua perkara kekuatan ini di gabungkan maka akhirnya ia akan menjadi satu kekuatan yang jauh lebih besar. Manakala manusia sebenarnya memang boleh mensinergikan semua ilmu pengetahuan, kemampuan dan keterampilan yang ada dan berbeza-beza itu dimana kemudian ia akan membantu mendatangkan manfaat dan keberkahan yang jauh lebih besar. Dalam masyarakat dimana memang sudah menjadi kebiasaan 
bagi orang-orang untuk membandingkan diri sendiri dengan orang lain yang berada dikalangan keluarga dan masyarakat keliling untuk merasa lebih tinggi atau lebih rendah terhadap mereka berdasarkan faktur kekuatan dan kelemahan mereka. Masalahnya adalah setiap orang itu jelas mereka memang berbeza dan setiap individu akan berfungsi berdasarkan keperibadian masing-masing. Bagaimana pun memang sangat penting untuk setiap orang menilai serta mampu mengetahui siapa diri dan kemampuannya yang ada untuk digunakan. Sebaiknya ciri kekuatan (strength) yang dimiliki seseorang itu boleh dipraktikkan dalam menghadapi semua cabaran dan kehidupan harian agar boleh digunakan untuk mendorong agar berjaya ke tahap lebih jauh. Di sisi lain dimana aspek kelemahan (weakness) individu bukanlah ciri kehancuran seseorang akan tetapi ia merupakan sebahagian sifat yang perlu sentiasa ditingkatkan (improvement). Ini bukan suatu kekurangan kekal sebaliknya ia adalah sesuatu yang perlu sentiasa di perbaiki dan di kembangkan. Dilaporkan dimana hasil kajian pakar psikologi dimana kebanyakan orang sebenarnya tidak tahu apa kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri mereka. Adalah dipercayai dimana individu manusia seharusnya mengambil tahu apa yang dia miliki dalam usaha untuk mereka dapat menilai diri mereka sendiri dan kemudian dimanafaatkan ciri-ciri tersebut. Hasil pemikiran yang kuat membolehkan individu berfikiran positif seperti kebolehan didalam berkomunikasi dengan orang lain terutama orang yang baru dikenali. Ilmu dan skill didalam berkomunikasi (communication skill) ini sebenarnya boleh di pelajari secara formal dan dipraktikkan dalam kehidupan harian. Sesuai dengan peribahasa dimana kuat burung kerana sayapnya sebagai panduan untuk sesiapa juga meningkatkan kekuatan demi kejayaan dimasa akan datang. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas peribahasa berkaitan haiwan burung ini dalam aspek ilmu pertanian untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Sayap Burung (Bird Wing) adalah salah satu dari bahagian tubuh burung yang paling menonjol dan berbeza dengan haiwan terbang lainnya. Penulis blog tahu dimana memang ada banyak jenis burung yang mempunyai sayap cantik sebagai perhiasan dimana ada juga yang menggunakan sayap sebagai kekuatan (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog akan jelaskan bagaimana aspek kehebatan bagaimana fakta menarik kebolehan burung terbang untuk dijadikan rujukkan. Pertama adalah dimana Burung Terbang Tanpa Bunyi dimana ia merupakan ciri khas bagi sesetengah burung seperti Burung Hantu (Owl). Ini kerana burung hantu (Tyto alba) ternyata dapat terbang tanpa bunyi langsung di malam hari kerana ia adalah haiwan nokturnal (aktif malam) yang berburu pada malam hari dan berlaky tanpa mengeluarkan suara (musuh dan mangsa tidak menyedari kehadirannya). Hasil kajian mendapati dimana rekabentuk sayap dan bulu burung hantu mempunyai sejenis kesesuaian yang membuat burung hantu boleh terbang bebas tanpa diketahui oleh mangsanya seperti tikus. Dilaporkan dimana sayap utama burung hantu tersebut berbentuk bergerigi seperti 'sikat' atau 'sisir' yang berfungsi untuk ianya memecahkan turbulen di udara sehingga tidak menimbulkan apa bunyi ketika terbang. Dalam pada itu bulu pada sayapnya memiliki tekstur yang sangat lembut sehingga ianya akan dapat menyerap bunyi atau suara desiran dari sayap utamanya. Dalam pada itu kemampuan terbang burung hantu juga tidak dapat diremehkan kerana ia mampu terbang sejauh 64 kilometer tanpa bunyi sekalipun dimana ciri ini yang membolehkan burung hantu boleh berburu dengan mudah. Sila baca banyak tulisan saya mengenai burung hantu dengan pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi.  Percayakan pembaca blog Anim Agro Technology kalau dikatakan dimana burung mampu Terbang Lebih Cepat dari Cheetah kerana dilaporkan yang haiwan Cheetah terkenal sebagai haiwan yang tercepat berlari di dunia dengan kadar kecepatan berlari dengan diantara 96 - 112 km/jam (macam kelajuan memandu kereta di lebuhraya). Dalam pada itu cheetah juga mampu berlari sprint 100 meter dalam waktu 5.95 saat sahaja (Rekod tercepat sukan olimpik pada 13 April 1996 yang dicatit oleh Obadele Thompson dari Texas dalam masa 9.69 saat). Terdapat spesis burung terbang dengan menggunakan sayapnya dengan cara menakjubkan dimana ada burung yang panjang ukuran sayapnya seperti burung Helang Emas (Goledn Eagle) jika apabila dibentangkan mampu saiz mencapai 220 meter. Meskipun ukuran tubuhnya helang jenis ini adalah besar sebenarnya helang emas boleh ia terbang dengan cepat. Burung ini boleh terbang diudara dengan kelajuan 322 km/jam dimana burung helang emas ini didakwa merupakan salah satu spesis burung yang terbang terpantas didunia bahkan ia lebih cepat daripada cheetah.


Pernahkah pembaca blog anim agro technology berpeluang melihat burung terbang secara mengundur?. Burung Humming Bird dan Burung Kelicap diantara spesis burung yang mempunyai kebolehan untuk terbang pelbagai arah termasuk terbang mengundur. Sila baca artikel mengenai burung kelicap dengan pautan berikt (Sila klik disini). Apa pun pergerakan ini adalah unik dimana burung ini menghampiri bunga bagi mendapatkan nektar atau manisan dalam bunga sebagai makanannya. Burung seperti 'humming bird' ini memang berkebolehan untuk menggerakan sayapnya menyerupai gerakan angka lapan sehingga ianya akan membolehkan burung ini untuk bergerak lebih mudah. Sayap yang berkepak pada burung ini mampu mencapai 80 kali sesaat dan degupan pada jantung mencapai 1,260 kali seminit. Disebabkan dengan kecepatan kepakan sayap ini akan ia menghasilkan sebuah bunyi yang menjadikannya seperti  berdengung. Kehebatan burung terbang secara berkumpulan juga dilihat amat jarang berlanggar atau pun ia terbang berterabur terutama bagi pesis burung yang bermigrasi atara benua. Hasil penyelidikan saintis melaporkan dimana setiap burung-burung akan bermigrasi selalunya hanya akan melalui laluan atau jalur yang sama dengan laluan yang mereka gunakan pada laluan musim penghijrahan yang sebelumnya. Menurut kajian dilaporkan dimana burung kakak tua atau burung parakeet 10 ekor burung ini diatur berlawanan untuk terbang dilokasi sempit untuk terbang sebanyak 102 pusingan penerbangan dimana didapati yang burung-burung ini mampu terbang sebanyak 102 kali tanpa ada kes mereka berlanggar diantara satu sama lain. Ini kerana dilaporkan ia akan beralih laluan sebelah kanan apabila ada burung lain datang dari arah bertentangan beberapa saat sebelum berlaku pertembungan. Kekuatan sayapnya membolehkan mereka beralih agar tidak berlanggar. Uniknya selain ia mengubah arah terbang kekanan didakwa burung ini juga mampu untuk mengubah ketinggian terbang (keatas atau kebawah) agar tidak berlanggat jika pada tahap ketinggian yang sama dengan burung mendatang. Burung kakak tua (Parrot) boleh dilatih terbang sehingga mampu untuk datang kearah tuannya. Apa pun s
alah satu latihan asas dalam melatih burung kakak tua ini adalah perlu diketahui teknknya. Latihan ini sebaiknya dilakukan dari kecil lagi dengan letakkan burung ini dari arah utara an pemiliknya berdiri di selatan. kemudian ditiupkan alat bunyi seperti wise untuk burung itu terbang mendekati tuannya dan apabila bear dengan sayap yang kuat pastinya ia akan mudah di panggil dengan meniup wisel sahaja. Apa pun jika mula melatih kepada burun dewasa maka prosesnya agak sukar lagi. Caranya dengan membiarkan burung tidak diberi makan selama 4 jam (tetapi pastikan diberi air minuman dalam sangkar) dan pemilik memegang makanan ditangannya untuk burung tersebut datang mendekati. Burung dewasa yang lapar ini lama kemudia akan jinak kepada tuannnya setelah dilatih berulang kali.


Dalam mengaitkan akan ilmu sains mengenai persoalan bagaimana burung dengan sayapnya boleh terbang diudara sudah lama di kaji dan akhirnya manusia dapat mencipta kepalterbang dan helikopter dan seumpamanya. Saintis mendapati dimana 
burung didapati memiliki ilmu aerodinamik atau gaya gerak badan dan sayap serta ekornya yang jarang sekali ada pada makhluk lainnya. Idea asas kepada cara penerbangan itu kemudian ditiru sebagai model dalam penciptaan pengangkutan udara seperti kapal terbang. Lain burung mempunyai keupayaan yang berbeza-besa seperti peribahasa 'Kuat Burung Kerana Sayap'. Walaupun manusia sudah mampu mencipta pesawat untuk terbang namun dilaporkan ia masih belum mampu menandingi akan keupayaan penerbangan burung sebenar. Ini kerana burung memiliki banyak ciri fizikal yang bekerjasama semasa ia berada di udara yang bermula dari bulu, tulang kecil dan ringan serta otot dada dan sayap yang kuat. Burung juga dilaporkan mempunyai organ paru-paru ekstra yang lebih efisien sehinggalah pergerakan sayap dan organ lain semuanya dilengkapi ciri khusus yang membolehkan burung untuk terbang. Pada awal penerbangan lazimnya burung mampu terbang kerana menggunakan kakinya untuk melonjakkan tubuh dari tanah ke udara. Seterusnya ia akan kemudian mengepakkan sayap bagi membolehkan melayang di udara yang disebut sebagai 'gaya angkat'. Sayapnya yang berbentuk melengkung seperti senduk terbalik pula akan membuatkan burung boleh terbang ke atas, ke bawah dan membantunya tetap terbang di udara. Ada kajian mengenai burung terbang dikaitkan dimana yang ia sebenarnya ‘sudah diprogramkan’. Selain kesempurnaan aerodinamik dalam penerbangan burung dilaporkan dimana ia bermula dalam kumpulan sejak muda. Kajian menunjukkan terdapat bukti bahawa burung muda dilengkapi dengan satu program migrasi endogen iaitu sejenis tenaga yang berasal dari dalam bumi. Dengan adanya tenaga tersebut maka ia dapat memberi isyarat kepada burung untuk terbang selama mana dan menuju ke arah mana. Sebagai contoh dimana burung spesis Shearwater biasanya terbang dari pantai Australia menuju ke Lautan Pasifik seterusnya belok ke utara dan terbang di sepanjang pantai Jepun sehingga tiba ke Laut Bering iaitu lokasi atau tempat di mana ia berehat. Kemudian dari situ makan ia akan memulakan perjalanan lagi menuju ke selatan semula dengan melintasi pantai barat Amerika sebelum tiba di California. Selang beberapa hari kemudian dilihat burung ini akan melintasi semula Lautan Pasifik untuk kembali ke tempat asalnya. Jarak perjalanan sejauh 24,000 kilometer selama enam bulan itu dilakukan setiap tahun tanpa pernah mengubah laluannya. Kajian oleh saintis Profesor Peter Berthold telah mengkaji proses migrasi burung selama 20 tahun memberitahu bahawa sebanyak 50 juta ekor burung muda akan bermigrasi setiap tahun. Ia menempuh perjalanan puluhan ribu kilometer, melintasi benua, padang pasir, lautan luas, pergunungan tertinggi dan dataran ais sebelum berjaya tiba ke titik mula tanpa panduan burung dewasa. Perjalanan migrasi ini jelas menunjukkan burung telah diprogramkan dengan kemampuan genetik yang luar biasa. Mengagumkan, bagaimana haiwan terbang itu tahu arah laluan dan tempat untuk bermigrasi secara tepat tanpa sesat?. Burung memiliki banyak adaptasi dalam penerbangan diman ia mampu bagi mengepakkan sayap di udara dan kadangkala melipatnya sebelum dikembangkan semula. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BURUNG TERBANG...GUNA SAYAPNYA...
TERBANG JAUH...BERKUMPULAN DIA...
SETIAP ORANG... ADA KEKUATANNYA...
PERBAIKI DIRI... BERJAYA HIDUPNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 322, Darul Makmur Hotel,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(20 RabiulAkhir 1445H)
Posted from:
Hotel 101, JB

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.