Tuesday, December 5, 2023

KANGAROO - FAKTA MENARIK SEMASA

KANGAROO
atau Kanggaru ialah sejenis haiwan jenis marsupial yang tergolong dalam keluarga Macropodidae. Kalau di Malaysia pembaca blog boleh saha pergi ke zoo tertentu untuk melihat haiwan kangaroo tetapi kini sudah tidak diketahui dimana zoo yang masih ada haiwan kangaroo ini. Pada penulis blog pernah melihat kangaroo ini beberapa kali semasa pergi keluar negara dahulu semasa bertugas. haiwan kangaroo merupakan haiwan paling unik didunia kerana ia bergerak pantas dengan menggunakan dua kakinya dan menyimpan anakn didalam kantung di perutnya semasa bergerak. Kangaroo dalam kajian sains diletakkan sebagai antara spesies terbesar dalam keluarga tersebut yang terdiri daripada jenis Kanggaru merah, Kanggaru antelop, Kanggaru kelabu timur dan Kanggaru kelabu barat iaitu dalam genus Macropus. Semua orang tahu dimana haiwan kangaroo ini adalah haiwan endemik kepada benua Australia. Kerajaan Australia menganggarkan dimana ada sebanyak 42.8 juta ekor kanggaru hidup dalam kawasan pertanian mereka yang mampu merosakan tanamnnya bagi tuaian komersil negara tersebut pada tahun 2019 bagaimana pun kemudian dilaporkan ianya menurun daripada sebanyak 53.2 juta ekor pada tahun 2013 (dalam masa 6 tahun berkurang sebanyak 10.4 juta). Kangaroo adalah haiwan yang mempunyai kaki belakang yang besar dan kuat untuk melompat dengan saiz ekor yang besar dan berotot untuk mengimbangkan diri dan kepala kecil. Kanggaru betina mempunyai kantung iaitu ia dinamakan 'marsupium' untuk melengkapkan perkembangan posnatum anak. Secara amnya dimana kanggaru yang lebih besar lebih mampu menyesuaikan diri kepada perubahan yang dibawa ke landskap Australia oleh manusia, sementara kebanyakan saudaranya yang lebih kecil pula sudah diancam kepupusan. Kanggaru merupakan satu ikon bagi negara Australia apabila haiwan ini sering ditampilkan pada jata negara ini dan bentuk matawangnya dan juga digunakan oleh kebanyakan pertubuhan Australia dimana ini termasuk oleh syarikat penerbangan Qantas gunakan logo haiwan ini. Memang ada banyak pasukan sukan Australia yang dinama sempena kanggaru. Kanggaru juga banyak ditemui dalam filem, televisyen, mainan dan cenderamata di seluruh dunia. Kanggaru liar diburu sebagai sumber daging serta bulu dan selain juga untuk mempertahankan padang ragut. Artikel pada pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan maklumat mengenai kangaroo untuk dijadikan sumber rujukkan pembaca blog semua.


Pada penulis blog persoalan pertama yang selalu dikepala adalah 'kenapa kangaroo melompat dan tidak berlari?'. Ini kerana k
anguru termasuk dalam kelompok haiwan yang disebut marsupial. Mereka membesarkan anak mereka dalam kantong kecil yang ada terdapat di tubuh mereka. Namun bukan hanya itu saja yang unik akan tetapi haiwan ini juga bergerak dengan cara melompat tanpa terlihat penat atau kelelahan. manusia sesekali melompat untuk senaman akan keletihan atau penat akan tetapu kangaroo melompant dengan pantan sehingga jarak jauh tanpa penat tentunga ada yang penting membantu ia mampu bergerak sebegitu. Bagaimana kanguru menghabiskan begitu banyak tenaga untuk melompat-lompat sementara haiwan lain telah berevolusi menjadi lebih hebat dengan berjalan atau berlari diatas tanah sahaja yang menjimat tenaga. Apa pun merujuk kepada beberapa sumber rujukkan termasuk didalam jurnal Science ABC dimana walau pun kangaru ini dilihat mengeluarkan banyak tenaga untuk melakukan perjalanan di dataran Australia namun pada kenyataannya gerakan melompat sebenarnya cukup menjimatkan tenaga. Faktor yang perlu diihat dalam kajian ini adalah dimana habitat kanguru hidup di padang rumput dikawasanyang sangat uas dimana lazimnya mereka tidak perlu bergerak ke atas dan ke bawah melainkan di seluas semya dataran disepanjang tanah luas. Semasa kanguru melompat-lompat walau pun mereka menggunakan banyak tenaganya tetapi masih ada banyak lagi tenaganya yang tersimpan seakan sejenis elastiknya getak dalam permainan kanak-kanak sebagai gelang getah. Ia dilihat rengang dan mengecut dengan kapasiti yang kuat dan tahan lama sama dengan lompatan kangaroo pada kakinya. Kangaroo dilaporkan mampu menjimatkan tenaganya dengan melompat sejauh dan setinggi atau secepat mana pergerakannya dalam habitatnya. Cara bagaimana kanguru melompat adalah mekaisma dimana haiwan ini mempunyai bahagian tubuh yang mana dibawahnya sangat berbeza dibandingkan dengan haiwan lain. Padahal nenek moyang mereka dulunya juga dipercayai masih boleh berlari dengan dua kaki akan tetapi seiring waktu evolusi dimana mereka kemudian telah kehilangan struktur tertentu (otot dan ligamen) akan tetapi mendapatkan yang lain. Kanguru modern tidak memiliki otot gluteal yang berkembang seperti pada haiwan lain yang boleh mereka berlari. MKangaroo juga tidak memiliki flensa-struktur di pergelangan kaki yang memberikan stabiliti ekstra. Namun hilangnya bahagian tersebut menghasilkan otot kaki yang lebih kuat. Selain itu mereka mengembangkan organ lain iaitu organ di ekor yang kuat dan berotot. Kanguru merah dilihat  mampu melompat dimana mereka akan menggunakan ekor berotot mereka seperti anggota tubuh ekstra. Ekor kangaroo sebenarnya bertindak seperti anggaot khas dan memberikan sebahagian besar kekuatan otot yang diperlukan untuk setiap lompatan. Perkara ini memungkinkan makhluk kangaroo ini menakjubkan apabila ia melompat dengan kecepatan hingga 56 kilometer per jam dan melompat setinggi 1.8 meter diatas udara semasa bergerak.


Menarik bagaimana '
Hukum makan kangaroo dalam islam' untuk isu ini dikongsikan maklumatnya. Penulis blog setakat ini memang belum pernah lagi memakan daging kangaroo mahu pun daging sperti zirafah, kuda dan unta. Ada dakwaan dimana hukum memakan daging kangaroo adalah halal kerana dilaporkan tidak ada nash Al-Qur'an ataupun As-Sunnah yang menjelaskan secara khusus tentang hukum daging kangaroo sama ada halal atau haram untuk dimakan kerana pada zaman Rasulullah haiwan ini tidak dikenali dan tiada di negeri Arab. Apa pun dengan menggunakan kaedah umum dimana haiwan kangaroo ialah haiwan darat yang tidak tergolong dalam binatang buas dan bertaring atau binatang yang sunat untuk membunuhnya dimana ia tidak mencengkam dan tiada unsur yang menyebabkannya menjadi haram. Kangaroo juga ialah haiwan herbivor yang hanya makan tumbuhan sahaja bukan dan bukan haiwan karnivor yang makan daging. Dalam surah al-A'raf ayat 157 yang bermaksud 'Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, danmengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk' dan dalam Surah Ai-baqarah ayat 168 bermaksud 'Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik'. Kesimpulannya dilaporkan daging kangaroo ini dikategorikan dalam makanan halal lagi baik yang bersifat suci dan bersih daripada najis dan perkara haram dan juga perlumemastikan ia disembelih dengan nama Allah. Keterangan diatas dikutip bagi menjawab mereka yang bertanya tentang hukum daging kangaroo. Kangaroo adalah haiwan mamalia dari spesies marsupialia (haiwan yang berpoket) haiwan dari keluarga makropodidae yang berkait dengan arnab pada phylum chordata dalam pokok keluarganya. Kangaroo hanya terdapat di beberapa negara seperti Australia, Tasmania dan New Guinea. Ia adalah haiwan herbivor (makan tumbuhan) yang hanya makan benda baik dan tidak makan kotoran. Walaupun ia berasal dari haiwan yang dikatakan buas atau liar namun ia kini telah mula diternak dan menjadi daging alternatif untuk dimakan berikutan khasiatnya yang tersendiri. Dalam Islam, khususnya mazhab Shafei berpegang kepada kaedah asal pada sesuatu itu harus sehingga ada dalil mengharamkannya. Manakala dalil Al Quran hanya menyebut babi yang haram dimakan dan manakala hadis-hadis menyebut binatang buas bertaring dan burung berkuku mencengkam juga haram dimakan. Makanan yang baik-baik adalah jadi asas kepada menilai binatang itu makan benda kotor atau bersih bagi menentukan hukum. Berasaskan kepada ini maka ramai ulama dari kalangan Sunni menghalalkan makan daging kangaroo asalkan disembelih secara syara'. Bahkan Majlis Ulama Indonesia (MUI) setelah mengemukan dalil dan hujah  juga menetapkan daging Kangaroo adalah halal dimakan. Demikian Darul Ifta' Australia tempat asal Kangaroo hidup telah mengatakan ianya halal berikutan tiada dalil yang qat'ie mahupun zanni yang mengharamkannya. Sedangkan ulama dari Syiah memandang haram daging Kangaroo. Antaranya Khamenei, Al Sistani, Nuri Al-Hamdani, Golpaygani dan lain-lain manakala Al Syirazi menghalalkannya.


Menarik kisah 'Keunikan Citarasa daging kangaroo' dari portal mediapermata.com untuk dikongsi dan ditulis semula. Ia laporkan dimana kabinet kaca dalam kedai daging Dean Cooper di Central Market Adelaide, Australia ada dipenuhi dengan stik, bebola daging, kebab dan sosej yang disusun rapi. 
Tidak seperti kedai daging lain di negara tersebut atau di seluruh dunia, kedai Dean Cooper hanya menjual daging kanggaru. Ia daging yang sihat, rendah lemak, penuh zat besi, bebas pencemaran dan organik. Ia lebih sedap apabila dinikmati secara separuh masak dakwa pemiliknya Dean Cooper. Salah seorang pelanggannya ada memberitahu dimana dia telah membeli daging di kedai tersebut sejak ia dibuka kira-kira tiga dekad lalu. Daging kanggaru jauh lebih baik daripada daging kambing atau lembu dimana ia cantik dan dagingnya akan cair di dalam mulut anda. Pengguna lebih suka sup ekor kanggaru dan selalu pada malam hari mereka akan akan menyediakan hidangan lasagne menggunakan daging kanggaru cincang. Itu juga merupakan satu pendapat positif disuarakan oleh Cooper dan Wyld dalam sebuah laman web tempatan itu masih gagal mempengaruhi minat penduduk Australia menikmati daging kanggaru. Baru-baru ini dilaporkan kerajaan negara Australia telah menyeru supaya rakyatnya meningkatkan pengambilan daging kanggaru dalam diet harian mereka. Seruan tersebut dilakukan bagi mengurangkan populasi kanggaru yang kini dianggarkan mencecah 45 juta ekor pada tahun lalu. Jumlah itu adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding jumlah penduduk Australia pada tahun 2016 iaitu seramai 25 juta orang. Menurut pakar kes peningkatan tersebut didorong pertambahan kadar hujan sekali gus membantu menyuburkan rumput yang merupakan sumber makanan kanggaru. Salah seorang penternak kambing organik berhampiran Broken Hill, Garry Hannigan memberitahu dimana dia melihat sendiri ledakan jumlah kanggaru. Dua atau tiga minggu lalu dimana jumlah kanggaru di sini dianggarkan ribuan ekor. Ia sentiasa berlegar-legar di kawasan ini sehingga ada yang dilanggar kereta. Kanggaru ini makan apa sahaja termasuk akar rumput sekali gus menyebabkan hakisan di sepanjang pagar. Ini kerana akar rumput yang mencengkam tanah sudah tiada. Selalunya sewaktu musim kemarau akan ada berjuta-juta ekor kanggaru akan mati akibat kelaparan. Jelasnya negara Australia pernah mengalami kemarau teruk bermula pada tahun 2000 hingga tahun 2007. Bagaimanapun, populasi kanggaru hanya turun kepada 23 juta ekor dimana jumlah populasi haiwan mamalia itu kembali melonjak pada tahun 2011 kepada 34 juta ekor. Pakar tempatan menyeru orang ramai supaya memburu dan menikmati lebih banyak daging kanggaru. Kangaroo adalah sejenis haiwan perosak seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Pembangunan Lestari dan Alam Sekitar Victoria dimana haiwan ikonik Australia itu dianggap sebagai haiwan perosak. Ia dilaporkan pernah merosakkan pagar dan tanaman serta ia menjadi pesaing kepada haiwan ternakan dari aspek makanan dan air. Kanggaru juga turut mengancam nyawa manusia terutamanya yang mendiami kawasan kediaman penduduk. Seorang pemburu di New South Wales, Andrew Wall memberitahu dimana dia tidak ada insentif yang baik untuk menarik penembak profesional memburu kanggaru. Kesukaran menarik pemburu itu adalah disebabkan harga daging kanggaru yang sangat rendah dalam pasaran iaitu sekitar AUS$1 sekilogram. Pasaran daging kangaroo di Malaysia masih kelihatan sepi sehingga kini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog ani agro technology kali ini. Wasallam!!..
NAMA KANGAROO... IA BERKAKI DUA...
TIDAK BERLARI... IA MELOMPAT SAHAJA...
SUDAH KEMPEN... DIMAKAN DAGINGNYA...
BERJUTA EKOR... ENDEMIK DI AUSTRALIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Rabiulakhir 1445H).
Posted from
Hotel 101, JB.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.