PAPAIN adalah sejenis bahan hormon yang dihasilkan atau dikeluarkan oleh buah betik muda (Carica papaya) secara semulajadi apabila ia dicederakan atau dipotong pada bahagian kulitnya. Papain juga didapati pada buah betik gunung yang banyak ditanam dikawasan tanah tinggi (Vasconcellea cundinamarcencis). Kita di Malaysia sering dengar akan perkataan 'papain' ini yang dikatakan mampu melembutkan masakan daging daging yang liat seperti otot-otot yang banyak urat jika dicampurkan kedalam masakan. Sebenarnya banyak kajian telah dijalankan bahawa papain merupakan enzim penghadaman yang berkesan (powerful digentive enzyme) yang juga dipanggil sebagai 'papaya proteinase'. Apa yang berlaku sebenarnya adalah dimana enzim papain telah memecahkan fiber protein dalam proses penghadaman dan telah digunakan semenjak beribu tahun dahulu dikawasan Amerika Selatan. Membalut daging dengan daun betik atau daun lain yang mengandungi juga merupakan satu cara masakkan yang dibuat untuk melembutkan daging serta mendapatkan aroma yang sesuai. Artikel subuh ini sambil melihat burung walit keluar dari sarangnya melalui tingkap bilik hotel, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai papain iaitu getah putih yang dikeluarkan oleh pokok papaya untuk dijadikan bahan rujukan dan menambah imlu kepada pembaca blog saya.
Bagaimana kita hendak mengumpulkan getah papain dari buah betik?. Caranya memang amat mudah dimana semua orang boleh membuatnya. Kita hanya perlu melukakan kulit buah betik muda dengan objek keras dan getah putih iaitu papain akan keluar mengalir iaitu getah pekat berwarna keputihan dari kulit (Lihat foto sebelah). Kita boleh kutip getah ini dan kumpulkan dalam bekas dengan menggunakan sudu plastik atau pisau. Pilih buah muda yang sesuai untuk mendapatkan getah (latex) papain dan semua buah yang dilukakan akan mengeluarkan getah tersebut. Getah papain boleh terus digunakan untuk tujuan masak daging dengan memasukkan terus dalam masakan pada kadar yang bersesuaian kerana rasanya adalah PAHIT sedikit.
Apa yang saya belajar dan buat rujukkan, papain sebenarnya mempunyai banyak kegunaan. Faedah papain yang paling asas adalah merupakan bahan pelembut masakan daging dan juga sebagai agen penghadaman untuk protin yang cekap. Kajian menunjukkan papain didalam usus mampu membantu didalam proses penghadaman makanan serta menggalakan sokongan enzim pelembut dalam usus, perut dan juga pankreas. Faedah kedua adalah kegunaan papain sebagai bahan menyembuhkan luka dan membaiki bahagian kulit. Ini kerana papain adalah bahan antiseptik serta sebagai bahan 'anti-inflamatory' yang berkesan. Ia banyak digunakan sejak dulu secara tradisional untuk merawat pecah bibir (mouth ulcers), kebakaran dan juga luka-luka. Bisa serangan sengatan (lebah atau gigitan semut api) boleh dikurangkan dengan menyapu papain kepada bahagian yang sakit atau bengkak. Kegunaab ketiga papain adalah sebagai bahan untuk mencegah serangan kulat (Resistant to fungus). Kajian menunjukkan jika papain disembur pada tanaman mampu mengurangkan serangan kulat yang menyebabkan berlakunya reput buah.
Kajian juga menunjukkan getah papain merupakan bahan hormon yang membantu dalam mengurangkan serangan sel kanser. Papain telah dibuktikan didalam rawatan pesakit kanser dimana ia mengandungi bahan enzim proteolaitik yang dikatakan menyebabkan kekebalan kepada sel-sel leukocytes. Papain juga merupakan bahan anti-tumor yang berkesan. Kajian juga mendapati papain mampu mengurangkan kesan pembengkakkan (inflamation) yang berkesan seperti bengkak prostate dan juga bengkak pada anggota lain. Papain juga merupakan bahan anti-oksidan yang sangat berkesan dan boleh digunakan sebagai pengawet makanan. Sifatnya yang anti-bakteria dan anti-kulat juga akan membolehkan kita makan makanan yang sihat. Pada masa ini terdapat produk papain yang dijual dipasaran dalam bentuk pil atau kapsul (Lihat foto sebelah) untuk dijadikan makanan kesihatan. Cubalah!
GETAH 'PAPAIN'...DARI PAPAYA...
KULIT LUKA....DARI BUAH MUDA....
IA MENGALIR...PUTIH WARNANYA...
KALAU DIKUMPUL...BANYAK GUNA...
MELEMBUT DAGING...BOLEH CUBA...
BACA ARTIKEL...HATI GEMBIRA...
By,
M Anem
Room 726, Hotel Classic,
Jalan Tun Ali,
Muar, Johor,
Malaysia
(13 JamadilAkhir 1434H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.