Support My Blog

Tuesday, April 16, 2013

BUKU TEKNIKAL (Part 1)

MEMBACA BUKU TEKNIKAL berkaitan teknologi pertanian memang menyeronokkan. Lagi banyak kita membaca dan mencari ilmu, lebih banyak maklumat berguna mengenai teknologi pertanian yang  kita akan dapat. Buku-buku ini kebanyakannya di tulis didalam bahasa Inggeris oleh pakar-pakar pertanian dan saintis yang berpengalaman dan tinggi kelulusannya. Seorang rakan saya iaitu seorang Pegawai Pertanian dalam Bidang Teknikal, ada membaca buku-buku ilmiah semenjak lebih 25 tahun dulu dimana beliau amat cepat didalam membaca dan memahami isi kandungan buku yang dibaca. Kini, selain daripada membaca buku yang meletihkan, kita mudah mendapatkan ilmu daripada 'SIFU' segala gedung maklumat iaitu Lamanweb di internet. Kelebihan sistem internet ini amat canggih sekali masa kini kerana ianya amat mudah dicapai, murah, mudah, pantas disokong dengan gambar dan grafik sekali. Lebih menarik kerana kita boleh tengok dokumentasi bersama suara dan aksi yang hampir menyerupai keadaan sebenar. Bagaimana pun dengan membaca buku kita mempunyai kelainan tersendiri. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" beberapa buah buku yang sedang saya baca untuk dijadikan bahan penulisan dalam blog tulisan saya. Lagi banyak membaca, rasanya lagi seronok kita menimba ilmu.



Buku berjudul 'Mango - 2nd Eddition - Botany, Production and Uses' adalah sebuah buku yang agak tebal dikalangan buku-buku yang saya sedang baca. Buku setebal 680 mukasurat ini berharga RM 600 senaskah dengan kulit tebal mengandungi banyak maklumat tentang tanaman mangga dan amalan agronomi secara terperinci. Buku ini disusun dan dikarang oleh Richard E. Litz dari Tropical Research and Education Center and Center for Tropical Agriculture, USA. Sebanyak 18 tajuk yang diterangkan dalam buku ini daripada tajuk berkaitan maklumat botani, Genetik, Fisiologi, Pengurusan Tanaman,Penyakit, Perosak, Proses lepas tuai sehingga kepada aspek Bioteknologi. Paling menarik pada saya dalam buku ini adalah mengenai penjelasan varieti mangga yang popular diseluruh dunia dan bagaimana kaedah untuk cepatkan proses pembungaan pokok mangga dan juga pengurusan perosak. Mukasurat 374  memberi maklumat mengenai Kaedah Pembiakan Mangga Vegetatif dengan pelbagai teknologi yang diamalkan diseluruh dunia. Ini termasuk teknik 'shield budding', 'Patch buddings', Modified patch budding, Fokert budding, Modifies fockert budding, H-budding, Chip budding, modofoed chip budding, flap budding dan juga window budding. Buku ini juga banyak laporan hasil kajian mengenai tanaman mangga oleh beberapa saintis dari seluruh dunia. Buah mangga merupakan antara jenis buah yang popular didunia untuk dimakan segar, diproses untuj dijadikan jus, halwa, kordial dan sebagainya.




Buku bertajuk "Controlled Atomosphere Storage For Fruits and Vegetables" terbitan CABI 2011 mempunyai banyak maklumat mengenai kaedah penyimpanan buah-buahan dan sayur-sayuran. Buku ini disusun oleh A. Keith Thomson yang diulang cetak di United Kingdom pada 2010 dan berharga RM 480.00 sebuah. Buku ini setebal 272 mukasurat dengan mempunyai 10 chapter (bab) dimana ia mempunyai kulit tebal yang menarik. Buku ini menjelaskan apakah dia "Controlled Atomosphere Technology - CAT" dan perkara yang berkaitan den teknologi tersebut. Banyak tajuk yang berkisar mengenai pengendalian lepas tuai (post harvest technology) yang dikaitkan dengan aktiviti rawatan lepastuai, Kualiti dan Fisiologi produk, Penyakit dan perosak lepas tuai, Modified atomosphere packaging, keadaan kesesuaian penggunaan teknologi CAT dan juga mengenai pengangkutan. Terdapat lebih dari 50 jenis produk sayuran buah-buahan dan bunga-bungaan yang sesuai untuk kita menggunakan teknologi didalam buku ini yang boleh dipelajari. Buku ini disusun dalah bahasa saintifik yang mudah difahami.   


Buku berjudul "Temperate and Subtropical Fruit Production - 3rd Edition" terbitan CABI International merupakan sebuah buku yang saya dapati memberikan maklumat mengenai banyak jenis buah-buahan temperate dan subtropika (Sila lihat buku diatas). Buku setebal 327 mukasurat ini berharga RM 520.00 dicetak pada tahun 2011 sesuai dibaca sebagai buku rujukkan yang sesuai untuk Agronomis Pertanian dan pensyarah. Buku ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Bab 1- General points on Fruit Husbandary dan Bab 2 - Cultivation of specific fruits. Dalam buku ini terdapat 12 tajuk mengenai distribusi buah-buahan yang berkaitan dengan iklim dan cuaca. Ia juga menyentuh mengenai marfologi pokok buah-buahan serta beberapa amalan agronomi seperti cantasan, pengunaan bahan seperti bio-regulator, kesesuaian tanah serta perlindungan tanaman. Kaedah pembiakan dan penggunaan jentera untuk industri buah-buahan juga dinyatakan dengan jelas.  Bagi penanaman buah khusus, beberapa tajuk utama dipecahkan kepada Stone Fruits, Pome Fruits, Grapes, Berry Fruits, Citrus Fruits, Kiwifruits, Warm temperate and Subtropical fruits.  Tajuk berkaitan Buah kekacang (edible nuts) dan buah pelbagai (miscellaneous fruits) juga ada pelbagai jenis. Banyak maklumat dari buku ini yang saya telah rujuk untuk menulis beberapa jenis buah-buahan temperate untuk blog "Anim Agro Technology"." Arios amigos..Wasallam!. 
  
MEMBACA BUKU.... BANYAK ILMUNYA...
BUKU DIBELI ... DIPINJAM PUN ADA...
BUAT RUJUKKAN... TAMBAH ILMUNYA...
DAPAT ILMU..SEBARKAN SENTIASA...

By
M Anem
Precint 11,
Putrajaya
Malaysia
(5 JamadilAkhir 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...