Stone fruit selepas 'thinning'. |
Bahan NAA (Napthalene Acetic Acid) merupakan bahan kimia yang telah lama digunakan untuk tanaman buah epal. Bahan ini disembur setelah 18-21 hari kelopak bunga epal gugur dimana bahan ini sebenarnya menggalakkan (stimulate) pengeluaran bahan etylene pada tisu buah seterusnya akan merencatkan pembesaran putik buah baru berbanding dengan buah epal besar yang lain. Buah ini akhirnya terencat dan akan dibuang dalam proses penjarangan buah epal. Kadar yang disyorkan adalah sebanyak 5 ppm larutan NAA dengan 2,000 liter/ha air dalam masa seminggu selepas bunga kembang bergantung kepada kultivar epal yang ditanam. Penggunaan bahan ini sering disembur bersama bahan carbaryl untuk meningkatkan lagi kesannya.
Bahan CEPA atau Ethepon merupakan bahan berasaskan ethylene yang digunakan untu penjarangan buah epal dibanyak negara. Penggunaan bahan ini sering bersama dengan bahan carbaryl dan banyak ditentukan oleh kultivar epal dan cuga suhu atau cuaca. Kultivar jenis 'Golden Delicious' dan beberapa kultivar lain sesuai mengguakan teknik ini dimana kultivar sering berlaku masaalah pengeluaran buah berselang tahun (binneal flowering problem). Keberkesanan ethepon untuk menjarangkan buah bergantung kepada suhu udara dimana kalau suhu panas akan menyebabkan buah banyak gugur sebaliknya jika suhu sejuk maka kurang buah akan gugur (Lihat foto sebelah). Aplikasi teknologi ini perlukan pengetahuan dan pengalaman yang tepat untuk menjalankan aktiviti penjarangan buah epal.
Bunga epal yang mekar. |
Bahan GA3 atau Giberallic Acid ini serupa dengan bahan semulajadi dalam pokok buah-buahan. Bahan ini mempengaruhi cara pembunggaan dan proses pembentukkan buah. Penggunaan bahan ini pada buah anggur dan 'stone fruit' amat berkesan bagi mengurangan tenaga buruh untuk membuat aktiviti penjarangan secara manual dengan tangan. Di Jepun jenis anggur 'Delawater' telah diaplikasikan teknik ini dan mempu menghasilkan anggur tanpa biji (seedless grape). kadar semburan sebanyak 20 - 75 ppm bahan ini dicampur dengan air sesuai digunakan. Jika disembur awal akan mengurangan pertumbuhan pucuk baru seterusnya akan memberikan kualiti hasil lebih baik. Kaedah terakhir didalam penjarnagan buah adalah dengan membuang pokok dari ladang kerana pokok tersebut 'off-type', hasil yang terlalu banyak tetapi tiada kualiti, jadual amalan agronomi berbeza, diserang penyakit dan perosak dan sebagainya.
TEKNIK PENJARANGAN... BANYAK CARA...
CARA MANUAL...GUNA TANGAN SAHAJA...
BAHAN KIIMIA PULA ... PILIH KAEDAHNYA...
JALANKAN 'THINNING'.. UNTUNG AKHIRNYA...
By,
M Anem
Ladang Epal, Beijing,
China
- Pernah ikut Lawatan Belajar di Beijing, China
(13 1434H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.