Pokok Buah Kundang adalah pokok besar jenis saka yang tumbuh menegak dengan banyak cabang dengan ketinggian antara 15 - 25 meter. Ia mempunyai daun yang rimbun dari banyak cabang-cabang. Daunnya berwarna hijau agak kilat dengan bentuk daun antara lanceolate atau epiliptik dengan susunan daun bertentangan (opposite) dan bilangan jumlah daun yang banyak (Lihat foto sebelah). Ukuran daun 13-30 cm panjang dan 5.0-7.6 cm lebar seakan juga bentuk daun pokok mangga (Mangifera indica). Bunga kundang adalah bersaiz kecil berwarna kuning krim malai dan keluar dari ketiak daun seperti juga bunga mangga. Pemerhatian menunjukkan di Malaysia dan Indonesia, lazimnya bunga akan keluar daripada bulan Jun hingga September. Buah Kundang berbentuk Bulat Lonjong (Ovoid) dan berukuran 7.5 - 10.0 cm garispusat dengan kulit licin. Kulit buah berwarna hijau ketika muda dan akan bertukar kepada kuning oren yang kuat apabila cukup masak (Lihat foto diatas dan sebelah). Buah ini mempunyai rasa yang masam, masam manis dan ada varieti komersil yang rasa isi nya manis. Selalunya kita makan buah kundang yang segar ini bersama kulitnya sekali. Ia mempunyai satu biji dibahagian tengah dengan isi biji (Kotilidon) berwarna ungu dan kadang-kadang ada yang kata ia boleh dimakan. Buah kundang muda dipetik untuk dijadikan rojak buah yang sedap dimakan dengan kuah rojak. Walau pun buah kundang muda masam, apabila dipotong dan dicecah dengan kuah rojak petis memang sedap dimakan.
Pokok kundang yang di tanam secara monokrop dan komersil ini dijalankan cantasan pembentukkan (Formation pruning). Tujuannya adalah untuk mendapatkan pokok kundang yang agak rendah untuk memudahkan pengurusan tanaman terutamanya aktiviti memetik buah. Kawalan rumpai dijalankan dengan menggunakan racun serangga. Kawalan serangga perosak dan penyakit hampir serupa dengan bagaimana kita menguruskan tanaman mangga. Walau pun begitu tanaman ini agak tahan dengan serangan ulat pengorek batang. Semasa buah hampir masak, sesetengah petani memasang jaring atau penutup khas untuk mengelakkan buah kundang dari dirosakkan oleh burung, kelawar atau Keluang (Flying bats). Kerosakan dan keguguran buah kundang yang hampir masak oleh keluang mampu merugikan petani dengan serius untuk buah kundang varieti manis. Belum banyak tanaman buah kundang yang dikomersilkan di Malaysia masa kini.
BERSAMBUNG dalam Buah Kundang (Part 2)...Wasallam!
Bunga pokok buah Kundang. |
HIJAU MASA MUDA...OREN CANTIKNYA...
ADA YANG MASAM...ENAK MANISNYA...
KINI DITANAM...KOMERSIL CARANYA...
By,
M Anem
Senior Agronomist
Taman Herba Perak,
Gopeng, Perak,
Malaysia
(8 JamadilAkhir 1434H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.