Aplikasi Baja N pada Padi
Baja N merupakan elemen yang menjadi batasan pada hampir semua jenis tanah pertanian yang dikaitkan dengan kesuburan tanah. Oleh itu pemberian baja N yang tepat sangat penting untuk meningkatkan pertumbuhan dan hasil tanaman padi khususnya dalam sistem pertanian intensif. Kekurangan baja N atau cara aplikasi baja N yang tidak sesuai akan memberi kesan buruk pada tanaman seperti padi dan persekitarannya. Strategi dalam mengaplikasi Baja N yang optima ditujukan pada keserasian pemberian baja N dengan berpandukan kepada keperluan sebenar oleh tumbuhan sehingga kadar serapan oleh tanaman terhadap N adalah pada tahap paling maksima dan mengurangkan kehilangan N ke udara yang disebabkan oleh pelbagai faktor semulajadi.
Simptom dan Akibat Kekurangan N.
Kajian oleh para saintis menunjukkan jika tanaman kekurangan unsur baja N, maka tanaman akana jadi kecil, kerdil atau daun menguning dan jumlah bilangan anakpadi yang kurang sedikit. Kesannya hasil padi akan menjadi rendah disebabkan oleh jumlah tangkai buah atau bilangan biji padi yang kurang. Ini disebabkan oleh kerana kekurangan N memberikan kesan tanah yang akan menjadi masam yerutama jika tekstur tanah jenia kasar (coarse) dan dimana kandungan bahan organik rendah (kurang dari 0.5 % organik C). Kesan tanah masam (pH tinggi) ini juga menyebabkan kesan saliniti juga mungkin disebabkan oleh sistem saliran buruk, jenis tanah kurang subur dan sebagainya. Kajian juga mendapati akan berlaku pemeluhwapan amonia keudara (Amonia evaporation) dengan mudah jika tidak dikawal dengan baik. Akibatnya berlaku proses pembebasan N keudara yang sepatutnya N tersebut sepatutnya boleh diambil oleh tanaman padi.
Faedah Azolla pada baja N

Dari beberapa kajian oleh para saintis mendapati, pertumbuhan Azolla adalah sangat cepat sekitar 0.355 – 0.390 gram per hari (Pemerhatian di dalam makmal) dan sekitar 0.144 – 0.860 gram per hari (Jikan dibuat di kawasan sawah) dan sesuai digunakan bagi mengatasi masaalah kekurangan N dalam sawah padi. Kemampuan tumbuhan ini yang mengikat N dan simbiosisnya dengan bakteria menyebabkan Azolla berpotensi dijadikan baja mesra alam dan cara pertanian organik. . Pada umumnya biomass Azolla yang mencapai tahap maksima akan tercapai setelah 14 –28 hari setelah proses penanaman atau proses inokulasi dijalankan. Hasil pemerhatian dan analisa penelitian oleh pihak penyelidik mendapati, dengan cara menginokulasikan sebanyak 200 gram Azolla segar per m2 hasilnya didapati setelah 3 minggu maka Azolla tersebut akan menutupi seluruh permukaan sawah tempat Azolla tersebut dibiakkan. Anggaran mata kasar dan rekod menunjukkan azolla dalam keadaan ini dapat menghasilkan sebanyak 30 – 45 kg N/ha iaitu satu kadar yang dikira sama dengan 100 kg baja urea. Didapati juga bahawa Azolla yang tumbuh subur dan berkembang dengan cepat terutama semasa musim hujan berbanding dengan kadar pertumbuhan pada musim kemarau. Lapisan Azolla di atas permukaan air sawah padi dapat menjimatkan penggunaan urea sebanyak 50 kg urea/ha dan kadangkala bila musim sangat baik Azolla dapat menjimatkan sehingga 100 kg baja urea sehektar.
Cara Menggunakan Azolla
Penggunaan Azolla ada beberapa cara yang boleh dijalankan. Saya membaca beberapa buku dan artikel mengenai cara aplikasi azolla serta pemerhatian persendirian. Cara asas yang paling mudah adalah dengan menebar semasa proses penyediaan kawasan atau semasa kerja-kerja pembajakan tanah kali kedua dijalankan. Kemudian setelah permukaan sawah padi penoh dengan azolla, tanah sawah perlu dibajak putar agar azolla terbenam didalam tanah dan pastikan tumbuhan azolla terbenam. Kemudian baru dilakukan kerja penaman padi (Tabur terus atau Mencedung) dan Azolla yang tidak terbenam perlu dibiarkan tumbuh. Azolla yang tumbuh di permukaan ini dapat mengambil N yang hanyut dan akan berlaku proses pengikatan N serta mampu menahan pertumbuhan rumpai yang tidak diingini. Aktiviti Amalan Pertanian Baik (Good Agriculture Practices - GAP) seterusnya dari proses menanam padi , membaja, mengawal air, mengawal musuh dan penyakit, memeriksa batas dan sebagainya. Kajian menunjukkan faedah dari pada azolla sebagai baja hijau semulajadi dalam tanah sawah. Selamat Mencuba!

TUMBUHAN AZOLLA...NITROJEN HASILNYA....
CEPAT MEMBIAK.... MUSIM HUJAN CEPATNYA....
DITABUR AWAL...DIBAJAK PUTAR AKHIRNYA....
SUBURKAN TANAH...PADI NAIK HASILNYA....
By,
M Anem
Sawah Kesang Tasek, Merlimau,
Melaka, Malaysia.
(5 Syawal 1433H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.