Support My Blog

Showing posts with label AZOLLA. Show all posts
Showing posts with label AZOLLA. Show all posts

Sunday, August 26, 2012

AZZOLA - Peranan dalam tanaman

AZOLLA (Azolla sp) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Azollaceae iaitu tumbuhan akuatik yang terapong diatas permukaan air serta berwarna hijau dan sering kita jumpa dalam sawah padi atau kolam. Tumbuhan ini telah dikenalpasti memberikan menafaat unggul untuk tanaman padi dan juga aktiviti ternakan serta ternak air (Perikanan). Kesan paling nyata oleh tumbuhan azolla ini adalah berkaitan penghasilan unsur Nitrojen (N). Nitrojen merupakan salah satu unsur penting dalam pertumbuhan tanaman seperti padi. Nitrogen adalah antara unsur utama tanaman dan ia juga merupakan komponen terdiri dari asid amino, asid nukleid, nudeotides, klorofil, enzim serta dan hormon. Nitrojen membantu dalam pertumbuhan tanaman dimana ia cepat bertindak dalam memperbaiki kesuburan pokok seterusnya dapat tingkatkan hasil dan kualiti padi melalui peningkatan jumlah bilangan anak (Tillering), mengembangkan saiz luas daun, pembentukan biji padi, proses pengisian padi serta menjalankan aktiviti sintesis protein. N juga dilaporkan sangat mudah bergerak atau 'mobile' di dalam tanaman dan pada tanah. Artikel petang ini saya menulis mengenai peranan azolla dalam aktiviti penanaman padi di negara kita yang masih kurang diketahui oleh ramai pesawah.

Aplikasi Baja N pada Padi 

Baja N merupakan elemen yang menjadi batasan pada hampir semua jenis tanah pertanian yang dikaitkan dengan kesuburan tanah. Oleh itu pemberian baja N yang tepat sangat penting untuk meningkatkan pertumbuhan dan hasil tanaman padi khususnya dalam sistem pertanian intensif. Kekurangan baja N atau cara aplikasi baja N yang tidak sesuai akan memberi kesan buruk pada tanaman seperti padi dan persekitarannya. Strategi dalam mengaplikasi Baja N yang optima ditujukan pada keserasian pemberian baja N dengan berpandukan kepada keperluan sebenar oleh tumbuhan sehingga kadar serapan oleh tanaman terhadap N adalah pada tahap paling  maksima dan mengurangkan kehilangan N ke udara yang disebabkan oleh pelbagai faktor semulajadi.

Simptom dan Akibat Kekurangan N.
Kajian oleh para saintis menunjukkan jika tanaman kekurangan unsur baja N, maka tanaman akana jadi kecil, kerdil atau daun menguning dan jumlah bilangan anakpadi yang kurang sedikit. Kesannya hasil padi akan menjadi rendah disebabkan oleh jumlah tangkai buah atau bilangan biji padi yang kurang. Ini disebabkan oleh kerana kekurangan N memberikan kesan tanah yang akan menjadi masam yerutama jika tekstur tanah jenia kasar (coarse) dan dimana kandungan bahan organik rendah (kurang dari 0.5 % organik C). Kesan tanah masam (pH tinggi) ini juga menyebabkan kesan saliniti juga mungkin disebabkan oleh sistem saliran buruk, jenis tanah kurang subur dan sebagainya. Kajian juga mendapati akan berlaku pemeluhwapan amonia keudara (Amonia evaporation)  dengan mudah jika tidak dikawal dengan baik. Akibatnya berlaku proses pembebasan N keudara yang sepatutnya N tersebut sepatutnya boleh diambil oleh tanaman padi.

Faedah Azolla pada baja N
Dari beberapa kajian oleh para saintis mendapati, pertumbuhan Azolla adalah sangat cepat sekitar 0.355 – 0.390 gram per hari (Pemerhatian di dalam makmal) dan sekitar 0.144 – 0.860 gram per hari (Jikan dibuat di kawasan sawah) dan sesuai digunakan bagi mengatasi masaalah kekurangan N dalam sawah padi. Kemampuan tumbuhan ini yang mengikat N dan simbiosisnya dengan bakteria menyebabkan Azolla berpotensi dijadikan baja mesra alam dan cara pertanian organik. . Pada umumnya biomass Azolla yang mencapai tahap maksima akan tercapai setelah 14 –28 hari setelah proses penanaman atau proses inokulasi dijalankan. Hasil pemerhatian dan analisa penelitian oleh pihak penyelidik mendapati, dengan cara menginokulasikan sebanyak 200 gram Azolla segar per m2 hasilnya didapati setelah 3 minggu maka Azolla tersebut akan menutupi seluruh permukaan sawah tempat Azolla tersebut dibiakkan. Anggaran mata kasar dan rekod menunjukkan azolla dalam keadaan ini dapat menghasilkan sebanyak 30 – 45 kg N/ha iaitu satu kadar yang dikira sama dengan 100 kg baja urea. Didapati juga bahawa Azolla yang tumbuh subur dan berkembang dengan cepat terutama semasa musim hujan berbanding dengan kadar pertumbuhan pada musim kemarau. Lapisan Azolla di atas permukaan air sawah padi dapat menjimatkan penggunaan urea sebanyak 50 kg urea/ha dan kadangkala bila musim sangat baik Azolla dapat menjimatkan sehingga 100 kg baja urea sehektar.

Cara Menggunakan Azolla
Penggunaan Azolla ada beberapa cara yang boleh dijalankan. Saya membaca beberapa buku dan artikel mengenai cara aplikasi azolla serta pemerhatian persendirian.  Cara asas yang paling mudah adalah dengan menebar semasa proses penyediaan kawasan atau semasa kerja-kerja pembajakan tanah kali kedua dijalankan. Kemudian setelah permukaan sawah padi penoh dengan azolla, tanah sawah perlu dibajak putar agar azolla terbenam didalam tanah dan pastikan tumbuhan azolla terbenam. Kemudian baru dilakukan kerja penaman padi (Tabur terus atau Mencedung) dan Azolla yang tidak terbenam perlu dibiarkan tumbuh. Azolla yang tumbuh di permukaan ini dapat mengambil N yang hanyut dan akan berlaku proses pengikatan N serta mampu menahan pertumbuhan rumpai yang tidak diingini. Aktiviti Amalan Pertanian Baik (Good Agriculture Practices - GAP) seterusnya dari proses menanam padi , membaja, mengawal air, mengawal musuh dan penyakit, memeriksa batas dan sebagainya. Kajian menunjukkan faedah dari pada azolla 
sebagai baja hijau semulajadi dalam tanah sawah. Selamat Mencuba!

TUMBUHAN AZOLLA...NITROJEN HASILNYA....
CEPAT MEMBIAK.... MUSIM HUJAN CEPATNYA....
DITABUR AWAL...DIBAJAK PUTAR AKHIRNYA....
SUBURKAN TANAH...PADI NAIK HASILNYA....

By,
M Anem
Sawah Kesang Tasek, Merlimau,
Melaka, Malaysia.
(5 Syawal 1433H)


Tuesday, August 21, 2012

AZOLLA

AZOLLA (Azolla sp) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Azollaceae iaitu tumbuhan akuatik yang terapong diatas permukaan air berwarna hijau yang sering kita jumpa dalam sawah padi atau kolam. Terdapat 7 jenis tumbuhan Azolla ini dan kita boleh bahagikan kepada 3 kategori iaitu yang tumbuh di kawasan Asia (Azolla japonica, Azolla filliculoides dan Azolla pinnata), Kawasan Afrika (Azolla nilotica) dan Kawasan Amerika (Azolla caroliniana, Azolla mexicana dan Azolla microphylla). Jenis azolla yang banyak tumbuh sendiri di kawasan Asia Tenggara adalah dari jenis Azolla pinnata yang kaya dengan kandungan protin (diantara 25 - 30%) dari kandungan berat kering. Tumbuhan ini kurang mendapat perhatian di negara kita kerana tidak ramai yang mengusahakan tumbuhan ini kecuali untuk di letakkan dalam akuarium ikan dan dibiarkan dalam sawah padi. Artikel subuh 28 Ramadan ini saya menulis mengenai azolla dalam 'Anim Agro Technology' untuk dikongsi bersama.


Azolla yang sering kita jumpa di sawah padi adalah tumbuh sendiri yang mana benihnya masuk kedalam sawah melalui sistem bekalan air. Apabila mendapat baja dan cahaya matahari, azolla akan membiak dengan cepat dan memenuhi ruangan air didalam sawah sehingga menjadi permukaan air yang hijau (Foto sebelah). Azolla sebenarnya mampu bersimbiosis dengan sejenis bakteria Biru-Hijau yang dikenali dengan nama Anabaena azollae yang boleh mengikat Nitrojen terus dari udara. Kejadian ini membolehkan tumbuhan ini sesuai dijadikan baja asas hijau kepada sawah padi sama ada sawah berair atau sawah kering. Walau pun di negara kita kurang diperkatakan akan menafaat azolla, beberapa negara jiran telah mengaplikasikan dengan lebih sesuai.


Azolla dalam keadaan persekitaran yang sesuai (Optimum condition) mampu tumbuh dan membiak dengan cepat iaitu sekitar 35% setiap hari. Kajian saintis mendapati azolla mengandungi kandungan zat makanan tinggi dengan protin (25-30%), Asid Amino seperti Lisin (0.42%) iaitu jauh lebih tinggi daripada jagung, dedak dan byproduk beras. Ini menjadikan tumbuhan ini sangat sesuai untuk dijadikan bahan makanan kepada aktiti ternakan dan ternakair.  Dalam penanaman padi ianya memang tidak dinafikan sangat memberikan kesan baik. Dibeberapa negara seperti di China dan Vietnam, penggunaan amalan agronomi kombinasi azolla terbukati memberikan hasil yang tinggi kepada tanaman padi mereka. Azolla yang sesuai dipanggil sebahaj 'Baja Hijau Semulajadi' ini memberikan baja N tambahann kepada padi. 


Walaupun kita hanya kenal akan Azolla pinnata di sawah, kajian oleh para saintis mendapati jenis Azolla microphylla lebih baik digunakan kerana jenis ini tumbuh lebih tebaal, bertompok-tompok dan ianya mengandungi nitrisi yang lebih tinggi (Lihat foto sebelah). Jenis ini sanat sesuai untuk ditanam dan dijadikan bahan makanan untuk ternakan seperti ternakan ikan, lembu, ayam, kambing dan sebagainya. Cara menghasilkan tanaman azolla mudah sahaja iaitu dengan menyediakan kolam asas atau induk diisi dengan air. Pastikan ianya terdedah kepada cahaya metahari dan bubuh baja tahi kambing yang dibancuh didalamnya. Masukkan benih azolla didalamnya. Ianya akan membiak dengan cepat dan kutip hasilnya untuk diberi makan kepada ternakan. Mudah sahaja! Semuga artikel ini menambah ilmu pengetahuan kita. BERSAMBUNG!

NAMANYA AZOLLA...HIJAU DAUNNYA....
TUMBUH TERAPONG...BANYAK FAEDAHNYA...
TANAMAN PADI..NITROJAN DIBEKALNYA...
TINGGI PROTIN...TERNAKAN MAKANANNYA...

By,
M Anem
Sawah Ring, Muar,
Johor, Malaysia.
(2 Shawal 1433H)          

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...