Memang ada ramai yang pembaca blog ini dan rakan-rakan yang bertanya penulis blog iaitu bagaimana untuk hendak menanam nanas di rumah?. Soalan ini memang ditanya melalui pertanyaan verbal, facebook, blog dan juga melalui whatsapp serta telefon. Pokok nanas merupakan jenis tumbuhan yang sesuai ditanam diladang luas (estet nanas), kebun skala komersil (lebih 10 ekar) serta kebun skala kecil dan juga ia sesuai ditanam dalam kawasan disekeliling rumah. Sebenarnya pokok nanas seperti kebanyakan ahli keluarga tumbuhan dibawah keluarga Bromeliad dimana pokok nanas adalah sejenis tumbuhan yang popular yang boleh ditanam di rumah sama ada didalam pot, polibeg, pasu atau diatas tanah. Ramai lebih suka menanam Bunga Cantik Jenis Bromeliads yang berwarna warni serta harga benih dan pasu yang agak mahal juga dibeli di nurseri atau di pasar malam. Paling tidak dikawasan rumah penulis blog di Melaka sudah terbukti menanaman nanas MD2 dan Nanas Jambul MAs kini disudah berjaya berbuah dan di makan saban masa. Pokok ini mudah dijaga jika memenuhi ciri-ciri amalan agronomi penanaman nanas bermula daripada aktiviti iaitu proses penyedianan media tanaman, mendapatkan benih, cara meletakan tanaman nanas dilokasi sesuai dan jadual pembajaan, pengairan serta aktiviti menghorman dan menjaga perosak dan penyakit. Penulisjuga kempen jiran-jiran dengan memberikan anakbenih dan imlu bagaimana keseronokkan dalam menanam nanas didalam polibeg dan dalam pasu yang disusun dikawasan keliling belakang rumah seakan-akan rasanya macam menanam nanas secar akomersil juga. Sebanyak lebih dari 10-25 polibeg dan pasu ditanam nanas dan disusun dibelakang rumah ditanam dengan varieti MD2 dan Jambum Mas sudah berjaya menghasilkan buah nanas premium dalam masa lebih singkat dan kualiti buah yang baik untuk di makan sendiri. Paling suka sebab setelah buah di petik maka pokok induk terus di jaga untuk menghasilkan anakbenih sulur nanas yang akan di jadikan asa untuk aktiviti penambahan penanaman nanas dan di berikan kepada jiran. Ada juga jiran yang menanam didalam pasu atau polibeg bersaiz sederhana besar yang kemudiannya disusun diatas lantai simen disekeliling rumahnya (Sila lihat foto disebelah). Apa pun yang penting kesemua pokok nanas ini mendapatkan semaksima mungkin cahaya matahari daripada pagi sehingga petang untuk pertumbuhan pokok yang optimum. Usaha ini bagi penulis blog bukan sahja dapat menuai dan makan nanas segar yang ditanam sendiri malahan ada dilaporkan usahawan yang berjaya menjualnya sebagai pendapatan tambahan juga.
Terdapat beberapa cara untuk menanam nanas disekeliling rumah boleh dilakukan asalkan ada kemahuan, modal dan paling penting ilmu pengetahuan asas didalam cara menanam dan menjaga serta cara menghormon pokok nanas (aruhan bunga). Daripada suka menanam pokok bunga yang tidak berhasil walau pun cantik adalah lebih baik pasu tersebut dibongkar dan diisikan media tanaman dan kemudian dimasukan benih nanas (Sila lihat foto disebelah). Bagi penulis blog tidak susah untuk dapatkan anakbenih nanas ini sama ada membeinya terus dari petani yang menaam nanas dan menjual sulurnya atau menggunakan Banij Jambul buah nanas yang di beli di pasar sebagai sumber benih. Pengalaman teknikal penulis blog mendapat jika meanam menggunakan banih sulur adalah lebih cepat tumbesaran berbanding jika menanam dengan gunakan benih jambul nanas (biasanya 2.5 - 3 bulan lewat). Pilih benih nanas jeni premium seperti nanas MD2 atau Josapine atau Nanas Jambul Mas (ia daunnya berduri) yang sihat dengan mempunyai latarbelakang pokok induk yang telah dilihat buahnya sama ada dari benih sulur tanah atau pun benih daripada jambul nanas. Setiap pasu diisikan dengan media tanaman sepeti tanah campuran dengan cocopeat dan baja organik pada kadar 3:1:1 atau guna cocopeat (dicampur media lain). Benih ditanam ditengah pasu dimana hanya sepokok bagi setiap pasu. Pokok Nanas mempunyai sistem akar yang cetek dimana sebaiknya pastikan pasu memberikan ruang mencukupi ia berkembang dimana jika menggunakan pasu atau polibeg kecil maka buahnya pasti akan kecil juga seperti pengalaman penulis blog. Jika saiz pasu besar makan penulis blog pernah capai sehingga 1.5 kg sebiji buah nanas MD2. Pastikan bahagian bawah pasu ada lubang saliran air keluar dari pasu kerana jika ada air tergenang dalam pasu boleh menyebabkan pokok nanas akan mati lemas. Susun pasu dengan pokok nanas di lokasi yang mendapat cukup cahaya matahari dari pagi sehingga petang. Elakkan terkena naungan kerana ia menjejas pertmbuhan dan kualiti buah. Pastikan untuk selalu menyiram terutama pada musim panas terik kerana sebaiknya air harus sentiasa berada dalam roset daun. Penyiraman boleh air paip atau air hujan dengan kekerapan minima 2-3 atau paling lama seminggu sekali. Pembajaan pokok nanas dalam polibeg atau didalam pasu memang perlu disesuaikan dengan kuantitinya dan kekerapannya dimana penulis blog ada menggunakan Jenis Baja Folira (disembur pada daun nanas) dan baja butiran NPK di tabur di pangkal pokok nanas. Avcaman paling ketara adalah pertumbuhan rumput didalam polibeg atau dalam pasu yang perlu di buang secara rutin dan rumput di sekelilig pasu (sebaiknya polineg ini di letaakan diatas lantai Weedmat. Penggunaan lantai weedmat amat signifikan didaam menentukan kejayaan tanam nanas di keliling rumah.
Beberapa amalan agronomi tanaman nanas dikawasan rumah boleh dilakukan sendiri pada waktu santai pada bila-bila masa. Jika ada rumpai atau daun tua yang telah kering maka ia perlu dipotong dengan teliti. Periksa keliling tanaman tanas sebeb kebanyakan tanaman nanas amat sensitif trhadap kehadiran rumpai didala pasu dan juga di sekelilinf polineg/pasu dimana pokok nanas akan 'kalah' dengan persaingan akar didalam polibeg. Setahun kemudian dengan penjagaan baik maka pokok nanas dilihat ia membentuk sistem akar kuat dimana jika boleh ia perlu lakukan aktiviti dipindah pasu ke dalam bekas yang lebih luas jika pasu sedia ada agak kecil. Itulah pentingnya memilih saiz pasu atau pot atau polibeg dari awal agar ia lebih sesuai dengan saiz pokok nanas yang hendak ditanam apa lagi kalau ia dari jenis Queen yang pokok induknya besar seperti jenis nanas Jambu MAs, Nanas Sarawak dan sebagainya. Apa pun sebaiknya bagi jenis nanas jenis lama seperti Nanas Sarawak, Nanas Yankee, Nanas Madu Kaca, Nanas Moris Gajah ia agak kurang disyorkan untuk ditanam dalam pasu kerana pokoknya besar, berduri dan kurang sensitif dengan aplikasi aruhan pembungaan. Apa pun apabila pokok sudah cukup umur (bergantung kepada varieti) maka ia boleh diberikan hormon untuk aruhan pembungaan. Penulis blog dapati ada banyak pokok nanas dalam pasu atau polibeg berbunga dan berbuah tanpa ianya perlu dihormon (Sila lihat foto disebelah). Buah nanas yang matang boleh dipetik dengan mengira dari tarikh membubuuh hormon atau melihat ciri-ciri fizikal pada buah nanas tersebut. Bagi penulis blog akan mencatit tarikh embur cecair hormon nanas iaitu selihat 3 bula sebelum buah nanas sedia di petik. Cara memetik buah nanas mudah di buat iaitu dengan memotong tangkai bua nanas dan sedia untuk dimakan setelah membuang kulitnya. Kemudian daun pokok nanas dicantas dengan pisau tajam dan dibaja semula agar ia mampu untuk mengeluarkan sulur benih. Apabila 2 - 5 sulur sudah keluar maka medium tanah boleh dibongkar untuk penanaman semula pokok baru. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
LETAK DI RUMAH... PANAS TEMPATNYA...
CUKUP MASA ...DI HORMON POKOKNYA...
BUAH TERHASIL... SEGAR DI MAKAN JUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(19 Safar 1448H).





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.