CILI (Capsicum annum) merupakan sejenis sayur buah yang sangat popular ditanam di Malaysia dari keluarga Solanaceae. Gred Cili menentukan nilai harga pasaran yang di perolehi hasil daripada amalan aronomi yang dijalankan di ladang sepanjang proses pengeluaran cili. Terdapat seluas 2,850 hektar tanaman cili ditanam pada tahun 2010 (Laporan Ststistik Jabatan Pertanian) dengan anggaran hasil sebanyak 32,480 metrik tan yang bernilai sebanyak RM 206.56 juta. Kawasan penanaman cili utama di Malaysia adalah di Negeri Johor, Kelantan, Selangor dan juga Pahang. Beberapa varieti yang popular di tanam adalah dari Varieti Cili Kulai, Cili Ipoh, Cili Solok (Khususnya Kelantan) dan Cili MC11. Kajian dan juga pemerhatian yang saya jalankan mendapati, kebanyakan varieti cili ini ditentukan oleh kehendak pasaran dan pelbagai nama varieti diberikan oleh petani dan pemasar dimana kadang-kadang mengikut lokaliti seperti Cili Minyak (Batu Pahat), Cili Besar, Cili Bangi, Cili Ipoh, Cili Merah dan sebagainya. Artikel subuh ini selepas bersahur saya akan mempaparkan INDEKS KEMATANGAN cili merujuk kepada varieti Cili Kulai dalam 'Anim Agro Technology' untuk bacaan dan rujukkan anda. Maklumat ini dirujuk dari beberapa buku terbitan Jabatan Pertanian dan FAMA.
Antara faktur yang di gunakan dalam menggred cili adalah tahap kematangan buah selain daripada saiz, tahap kecacatan, warna, kerosakan akibat penyakit dan perosak serta 'appearance keseluruhan' buah tersebut. Cili yang dijual di bahagikan kepada dua jenis iaitu CILI HIJAU dan CILI MERAH. Cili hijau di petik apabila buah cili cukup matang pada peringkat hijau dimana kulit cili mencapai warna hijau pekat dan kulitnya telah licin seakan berlilin. Ramai petani memilih untuk menuai dan menjual cili hijau kerana pasaran terjamin dan ketahanan buah tersebut walau pun harganya agak rendah berbanding dengan cili merah. Petani yang saya temui iaitu En Nazri daripada Kg Tengah , Air Hitam, Johor yang mana telah menanam 2 hektar Cili Ipoh dan berpengalaman menanam cili lebih 18 tahun, memilih untuk memetik cili hijau dan dijual di Yong Peng dengan harga sekitar RM 2.00 - RM 2.50 sekilogram. Katanya cili merah dijual dengan harga RM 4.00 - RM 5.00 sekilogram dan mengambil masa lebih lama untuk dituai dan mempunyai banyak gred kematangan.
Secara mudahnya cili besar di Malaysia boleh di gredkan mengikut tahap kematangan kepada 6 gred iaitu dari Gred 1 sehingga Gred 6. Tahap kematangan cili boleh diperhatikan melalui perbezaan warna yang terdapat pada buah cili yang lazimnya berkait rapat dengan umur buah selepas proses pendebungaan. Berikut adalah keterangan mengenai tahap kematangan cili sebagai panduan untuk kita tahu mengikut bahan rujukkan yang saya baca:
Amalan agronomi diladang seperti penggunaan bijibenih berkualiti, pengurusan rumpai dan air, kawalan musuh dan penyakit dan cara memberi baja menentukan kualiti buah cili yang akan dihasilkan. Penanam cili akan memberikan keperluan optima untuk pokok cili yang mampu hidup dengan jangkamasa lebih dari 9 bulan jika dijaga dan di kawalselia dengan baik. Serangan penyakit dan perosak yang berlaku mungkin menyebabkan kualiti buah menurun malahan mampu menyebabkan pokok rosak atau mati. Semuga pembaca menerima sedikit ilmu membaca artikel ini. Wassalam!
WARNA HIJAU... INDEKS 1 KATANNYA....
INDEKS 6.... TERLALU MASAK TANDANYA....
MENGENAL WARNA...CIRI UTAMANYA....
HARGA TINGGI... PASTI BANYAK UNTUNGNYA....
By,
M Anem
Galeri Perdana, Langkawi,
Kedah, Malaysia.
(19 Ramadan 1433H)

Indeks Kematangan 1 (TIDAK MATANG)
Keseluruhan buah masih mempunyai kulit hijau.
Mempunyai kulit licin dan hijau berkilat.
Dipetik dan dijual sebagai 'Cili Hijau'.
Tahan agak lama dipasaran walau harganya agak rendah.
Indeks Kematangan 2 (MATANG)
Kulir cili berwarna hijau tua dan berkilat.
Kadang-kadang ada warna sedikit coklat dan gelap.
Dipetik dan dijual sebagai 'Cili Hijau'.
Indeks Kematangan 3 (CUKUP MATANG)
Warna kulit kelihatan merah bercampur hijau.
Keadaan kulit kelihatan kilat dan berlilin.
Dipetik dan dijual sebagai 'Cili Merah'.
Indeks Kematangan 4 (CUKUP MATANG)
Kulit cili berwarna banyak merah dan ada sedikit warna hijau bertompok.
Kulit agak berkilat dan sangat licin.
Dipetik dan dijual sebagai cili merah dan harga tinggi.
Indeks Kematangan 5 (CUKUP MATANG)
Warna kulit telah mencapai warna merah 100%.
Tidak mempunyai warna hijau langsung.
Kelihatan kulit seperti berkilat dan licin.
Dipetik dan dijual sebagai Cili Merah.
Indeks Kematangan 6 (AMAT MATANG)
Kulit cili berwarna merah tua gelap atau merah kehiyaman.
Keadaan kulit mula berkerekot dan aedikit layu atau kecut.
Boleh di petik dan dijual tetapi gred yang rendah.
Boleh dijadikan benih jika sesuai.
Amalan agronomi diladang seperti penggunaan bijibenih berkualiti, pengurusan rumpai dan air, kawalan musuh dan penyakit dan cara memberi baja menentukan kualiti buah cili yang akan dihasilkan. Penanam cili akan memberikan keperluan optima untuk pokok cili yang mampu hidup dengan jangkamasa lebih dari 9 bulan jika dijaga dan di kawalselia dengan baik. Serangan penyakit dan perosak yang berlaku mungkin menyebabkan kualiti buah menurun malahan mampu menyebabkan pokok rosak atau mati. Semuga pembaca menerima sedikit ilmu membaca artikel ini. Wassalam!
WARNA HIJAU... INDEKS 1 KATANNYA....
INDEKS 6.... TERLALU MASAK TANDANYA....
MENGENAL WARNA...CIRI UTAMANYA....
HARGA TINGGI... PASTI BANYAK UNTUNGNYA....
By,
M Anem
Galeri Perdana, Langkawi,
Kedah, Malaysia.
(19 Ramadan 1433H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.