LINTAH (Hirudo medicinalis) merupakan sejenis haiwan analid dari subklas Hirudenea yang terdapat di negara kita dan ramai orang takut kena gigitan lintah. Lintah atau dipanggil sebagai 'Leech' dalam bahasa Inggeris merupakan haiwan yang boleh hidup pada air tawar, air laut dan juga dikawasan daratan (Mungkin anda tahu haiwan seperti lintah iaitu 'pacat' dikawasan hutan). Lintah mampu menghisap darah sebanyak 5-15 ml iaitu sebanyak 4-5 kali ganda dari berat badan lintah setiap kali makan. Ini yang ajaib mengenai lintah yang dulu liar dan kini mula di ternak untuk tujuan komersil menghasilkan minyak lintah dan juga dijadikan bahan perubatan serta kesihatan dengan teknik berbekam yang juga menggunakan lintah. Kalau dahulu saya cukup takut dan geli kena gigitan lintah ketika kerja dalam sawah padi di Sawah Ring, Muar tetapi kini ternakan lintah telah pun di komersilkan oleh ramai usahawan di Malaysia. Artikel subuh ini saya 'post' mengenai haiwan lintah berdasarkan maklumat dari pelbagai sumber dan pengalaman penulis ketika menjalankan tugas di seluroh Negeri Johor selama 14 tahun.
Lintah merupakan golongan Olegochaeta iaitu haiwan yang mempunyai kulit analid sebagai organ badan yang mampu mengembang dan merembeskan cecair. Lintah seperti juga cacing merupakan haiwan Hemaprodit iaitu mempunyai kedua-dua organ pembiakan Jantan dan Betina setiap ekor yang cepat membiak dengan sendiri. Saiz badan lintah bergantung kepada spesis lazimnya sekitar 5.0 - 10.0 cm dengan warna kulit coklat kehitaman atau hitam atau kekuningan bergantung kepada keadaan keliling. Bahagian kepala mempunyai mulut dan bergigi untuk menghisap darah daripada mangsa sehingga kenyang. Setelah kenyang maka lintah lazimnya akan melepaskan gigitan dan akan meneruskan proses penghadaman melalui 34 segmen yang terdapat pada badan lintah.
Lintah yang diternak memerlukan kawasan khusus seperti keperluan menggunakan tangki fiberglass, tangki kanvas, kalbat atau tangki konkrit (Lihat foto sebelah). Tangki tersebut perlu diisikan dengan air bersih dan selalunya dimasukan dengan tumbuhan terapong seperti Kiambang atau lain-lain tumbuhan yang sesuai untuk berfungsi sebagai tempat lintah berlindung dan lintah bersembunyi. Bahagian atas perlu ditutup dengan jaring untuk mengelakan lintah merayap keluar dari tangki penternakan. Induk lintah yang berkualiti dimasukkan dan diberi makan mengikut jadual. Makanan lintah adalah ikan keli atau belut yang dimasukkan kedalam tangki. Lintah akan melekap pada badan ikan keli atau belut kemudian menyedut darahnya sehingga kenyang dan terus membiak dengan cepat. (Banyak syarikat yang menganjurkan kursus ternakan lintah di negara kita). Terdapat juga makanan lintah alternatif yang dibekalkan oleh syarikat swasta dengan harga RM 10.00 - RM 20.00 setiap 5 kg bagi meningkatkan proses pembesaran.
Benih lintah dijual selalu dengan harga RM 1.00 - RM 2.00 iaitu bergantung kepada spesis, saiz dan sama ada ada sistem penternakan Kontrak Farming atau tidak. Induk Lintah juga perlu dibeli dengan anggaran harga RM 1.50 - RM 2.80 seekor dan mampu membiak dengan cepat. Keperluan lain dalam penternakan lintah adalah bahan seperti Belut atau Ikan Keli (Harga tawaran RM 15.00 - RM 18.00 sekilogram) dan juga agen rawatan air (Lazimnya yang sesuai adalah larutan EM - pada Harga RM 20.00 satu bekas). Keperluan makanan untuk 100 kg lintah perlukan sebanyak 30-40 ekor belut. Pengurusan ternakan lintah perlu dipelajari dengan menghadiri kursus menternak lintah kerana tanpa ilmu yang sempurna pelaburan akan sia-sia. Pemasaran hasil lintah tidak mudah seperti selalu dinyatakan ketika berkursus. Walau pun ada sistem pasaran kontrak tetapi ramai usahawan yang telah menghadapi masaalah untuk menjual lintah hidup. Kajian mendapati harga jualan lintah di Malaysia sekitar RM 60.00 - RM 180.00 sekilogram bergantung kepada kualiti lintah dan perjanjian dalam pasaran kontrak farming. Permintaan lintah dipasaran dunia adalah sangat tinggi untuk produk kesihatan dan juga untuk produk kecantikan.
Lintah boleh diproses untuk dijadikan minyak lintah setelah melalui pelbagai proses untuk menghasilkan 'minyak lintah'. Rujukan maklumat yang dibuat dalam beberapa website menunjukkan khasiat minyak lintah dikaitkan dengan organ seks lelaki. Minyak lintah juga ada disebut dalam kitab 'Rawd' karangan Sheikh Nefzawi dan Ibnu Yusuf mengenai khasiat dan cara menggunakan secara lengkap. Kepada para lelaki yang belum tahu akan 'keajaiban' minyak lintah boleh buka beberapa website berkaitanuntuk mendapatkan minyak lintah. Harga minyak lintah juga tidak murah antaranya 'Minyak Lintah Tapa' dijual diinternet dengan harga RM 39.90 satu botol. Mungkin pembaca perlu mendapatkan minyak lintah yang telah mendapat sijil QC (Kualiti Kontrol) yang dikeluarkan oleh pihak-pihak berkuasa bagi mengelakan barang tiruan.
Dalam dunia moden sekarang kaedah rawatan berbekam dengan gigitan lintah telah menjadi satu kaedah rawatan untuk meningkatkan kesihatan (Lihat foto sebelah). Ramai para usahawan dan Kedai SPA yang menyediakan teknologi rawatan menggunakan lintah di Malaysia dan di Indonesia dengan harga yang berpatutan. Rawatan menggunakan 10 ekor lintah mampu menyedut sebanyak 150 ml darah dari badan pesakit selama beberapa minit/jam dan lintah akan melepaskan gigitan apabila telah kenyang. Dipercayai lintah menyedut 'darah kotor' dan selepas itu pening kepala atau migrain akan hilang. Gigitan lintah 'tidak rasa sakit' hanya seperti saya rasa macam gigitan nyamuk sahaja dan kadang-kadang rasa gatal selepas digigit. Cecair yang dikeluarkan oleh gigitan lintah menyebabkan darah lambat membeku selepas digigit. Kaedah berbekam menggunakan lintah membantu meningkatkan kesihatan seperti masaalah peredaran darah, pening kepala, masalah sengugut, haid dan banyak lagi yang tidak dapat disebutkan. Ternakan lintah mampu meningkatkan pendapatan pengusaha asalkan mahu berusaha.
MENTERNAK LINTAH...TAKUT DAN GELI...
MAKANAN UTAMA...BELUT & IKAN KELI...
HARGA TINGGI...KALAU ADA PEMBELI...
MINYAK LINTAH...KHUSUS UNTUK LELAKI...
By,
M Anem
Jalan Istana, Air Keroh,
Melaka, Malaysia.
(30 Muharam 1433H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.