Support My Blog

Monday, December 19, 2011

Family Day

SALAM SEMUA!
Dua hari ini tidak ada entry kerana makan angin di Cameroon Highland, Pahang bersama hampir 45 ahli keluarga di Country Lodge, Brinchang untuk program Family Day. Mereka datang dari Johor Bahru, Putrajaya, Kuala Lumpur, Ipoh dan Senai untuk bersama-sama dalam program 'Hari Keluarga Hj Hosnan'. Aturcara dimulakan dengan Bacaan Yassin dan diikuti dengan Sukaneka dalam pelbagai acara kanak-kanak, remaja dan golongan dewasa. Acara di adakan di Bilik Apartment yang luas dan mampu menjalankan aktiviti sukaneka dengan cemerlang. Sebanyak 7 hamper disediakan bagi pemenang-pemenang acara sukaneka. Pada 16-18 December 2011 merupakan hari cuti Sabtu dan Ahad yang mana bilangan pengunjung ke pusat peranginan tanah tinggi Cameroon Highland memang sangat padat sekali. Jalan menjadi sesak dan 'jam' di laluan utama selama  beberapa jam ketika hendak sampai di Tanah Rata dan puncak berhampiran Hotel Equatorial. Sabar sahajalah....


Lawatan ke Ladang Teh dan Kebun Strawberry merupakan agenda yang tidak dilupakan. Penulis bersama-sama rombongan melawat ladang teh di pagi hari dimana memang kali ini ramai sekali pengunjung ke ladang teh sehingga juga sesak diladang tersebut. Walau pun penulis telah berpuloh kali ke Cameroon Highland tetapi kesesakan kali ini memang amat dirasakan. Hujan yang turun sepanjang 3 hari juga menyebabkan cuaca dan suhu sejuk amat terasa terutama pada waktu malam dan pagi. Apa lagi angin yang sentiasa bertiup kencang. Minggu lepas penulis berada di Beijing dengan suhu -7 darjah celcius pun masih dapat bertahan lagi bagaimana pun rasa sejuknya agak lain sangat kali ini di Cameroon Highland.


Penulis dan ahli keluarga selesa tinggal di Country Lodge Hotel yang amat dekat dengan kedai makan, kaedai runcit dan Pasar Malam serta Pasar Tani. Amat ramai pelancong yang pergi ke pasar minggu dengan pelbagai produk tempatan dan produk impot dijual. Rasanya harga jualan pakaian sejuk dan accessories amat murah sekali berbanding dengan kelengkapan yang saya beli di Kompleks Sogo, Kuala Lumpur sebelum melancong ke Beijing, China cuma bezanya ialah kualiti. Sayuran segar, lebah madu, strawberry segar, key chain, kasut, baju sejuk, mafla, sarung tangan, teh kotak, buah-buahan segar (Limau, Apel, Jagung dll), makanan tradisional, produk IAT dan macam-macam lagi dijual. Walau pun hujan gerimis turun bersilih ganti dengan tiupan angin tetapi pelancong tetap mengunjungi tempat ini.


Acara BBQ diadakan di Restoran Mutiara di Kg Setia, Tanah Rata dengan nyanyian karaoke dan penyampaian hadian kepada pemenang-pemenang acara sukaneka. Daging Rusa, Ayam, Lembu, Hotdog, udang dan sotong dibakar dikalangan ahli keruarga dimakan bersama nasi goreng kampong dan nasi goreng cina. Pusat ini yang di punyai oleh En Faizal menyediakan kemudahan karaoke dan tempat BBQ dengan kadar yang sangat berpatutan. Acara yang bermula dari jam 7.30 malam tamat jam 10.00 malam. Sessi mengambil foto ahli keluarga diadakan selepas majlis perpisahan tersebut. Program ini sangat berjaya merapatkan silatulrahim dikalangan ahli-ahli keluarga yang dapat hadir pada tahun 2011!


KETANAH TINGGI...JUMPA KELUARGA....
CUACA DINGIN...SUBUH HARI TERASA....
PELBAGAI ACARA...SEMUA GEMBIRA...
TAHUN HADAPAN...HARAP BERJUMPA...


By,
M Anem
Room 304A, Country Lodge,
Brinchang, Cameroon Highland,
Pahang, Malaysia.    

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...