Support My Blog

Tuesday, September 25, 2012

JENIS RUMPAI DI LADANG SAWIT

RUMPAI merupakan tumbuhan yang hidup dan tidak dikehendakki dikawasan penanaman Kelapa Sawit (Elaeis guineensis) kerana persaingan untuk nutrien, ruang, air, cahaya matahari dan juga merupakan perumah kepada serangga perosak dan penyakit. Terdapat pelbagai spesis rumpai yang tumbuh sendiri dikawasan ladang kelapa sawir sebaik sahaja kerja-kerja penyediaan kawasan selesai sehingga pokok dewasa. Peringkat awal penanaman kelapa sawit memerlukan kawalan rumpai dengan sistematik agar anak benih pokok kelapa sawit dapat di jaga peringkat tumbesarannya. Beberapa jenis rumpai yang tidak di kawal mampu merencatkan pertumbuhan pokok kelapa sawit terutama diperingkat awal penanaman malahan mampu membunuhnya seperti rumput Selaput Tunggul (Mikania spp),  Lalang (Imperata cylindrica) dan sebagainya. Penting bagi kita tahu akan beberapa jenis rumpai yang tumbuh didalam kawasan tanaman kelapa sawit di negara kita agar kita mampu dan tahu bagaimana teknologi untuk mengawalnya. Kajian menunjukkan kos kawalan rumpai diladang kelapa sawit mencecah 17 - 27% daripada jumlah kos pengeluaran iaitu kedua tertinggi selepas kos pembajaan. Artikel petang Sabtu ini saya menulis beberapa jenis rumpai yang sering di jumpai di ladang kelapa sawit dalam 'Anim Agro Technology' untuk bacaan anda semua. 


Rumput jenis Resam
Rumpai didalam Ladang Kelapa Sawit lazimnya boleh dibahagikan kepada 4 kumpulan. Jenis-jenis tersebut adalah JENIS RUMPUT, JENIS MENJALAR, JENIS RENEK dan juga PAKU -PAKIS DAN RESAM. Kehadiran jenis-jenis rumpai ini dikawasan ladang kelapa sawit bergantung kepada jenis tanah, iklim, taburan hujan, kelembapan, punca benih dan ruangaan yang ujud.  Ada sesetangah kawasan yang dipenuhi dengan sejenis sahaja rumpai, ada yang mempunyai kombinasi beberapa jenis rumpai diladang. Pengkelasan jenis rumpai ini dibuat berdasarkan kepada gabungan bentuk marfologi dan ciri-ciri pertumbuhan rumpai tersebut dengan sistem pengkelasan sedia ada. Mungkin nama-nama dan jenis rumpai berbeza antara satu lokaliti dengan lokaliti yang lain. Kemampuan rumpai untuk membiak dengan cepat bergantung kepada kaedah pembiakan seperti melalui angin , stolon, biji benih di hanyutkan air, letupan biji benih atau pergerakan haiwan dan sebagainya. Benih lalang contohnya mampu terbang jauh kekawasan baru dalam ladang sawit untuk bercambah dan terus membiak dikawasan baru tersebut. 


Rumput Gajah (P. polystachion)
RUMPAI JENIS RUMPUT (Grasses) merupakan jenis rumput yang mempunyai daun berbentuk tirus, memanjang serta akan kelihatan urat daunnya yang Selari. Rumpai jenis ini selalunya membiak melalui bijibenih yang akan disebarkan oleh angin, haiwan atau aktiviti oleh manusia itu sendiri. Terdapat beberapa spesis rumput yang membiak melalui dengan cara Pembiakan Tampang seperti melalui Stolon, Rizom, pemecahan rumpun pokok dan juga melalui umbisi.  Diantara spesis rumpai yang dijumpai di Ladang Kelap Sawit di Malaysia yang agak popular adalah seperti Rumput Dawai (Ischaemum musticum), Lalang (Imperata cylindrica) dan juga  Rumput Gajah (Pennisetum polystachion). 


Rumput - Selaput Tunggul
RUMPUT MENJALAR (Creepers) pula merupakan jenis rumput yang mempunyai daun lebar dan lazimnya urat daunnya berbentuk jaring (Netted leaf vein). Jenis ini mempunyai batang yang lembut serta kecil dan tumbuh menjalar atau merayap dipermukaan tanah. Kadang-kadang rumput ini memanjat tunggul kayu atau batang pokok sawit atau apa juga tumbuhan yang ada. Pembiakan rumpai ini melalui bijibenih  walau pun ada yang melalui cara pembiakan lain.  Apa yang saya perhatikan jenis rumput ini adalah jika tunas di potong atau dibiarkan diatas tanah yang sesuai atau lembab akan menyebabkan terbit pokok baru diantara ruas batang.  Contoh rumput menjalar adalah seperti Selaput Tunggul (Mikania micranta) dan Timun Padang (Passiflora foetida). Tanaman penutup bumi yang digunakan diladang kelapa sawit juga boleh menjejaskan pertumbuhan kelapa sawit jika menjalar dan menuutupi anak pokok kelapa sawit. Ini akan berlaku jika ladang tersebut tidak dirurskan dengan baik.


Rumput Kapalterbang
RUMPUT JENIS RENEK (Shrubs) merupakan jenis rumpai yang tumbuh merimbun, agak besar dan mempunyai banyak ranting kecil-kecil. Ada sesetengah rumpai jenis ini yang mempunyai batang yang tinggi dan keras dan ada juga yang mempunyai batang yang lembut juga.  Cara pembiakan rumpai ini adalah melalui bijibenih pengeluaran tunas daripada setiap ruas yang bersentuh atau tertimbus dengan tanah lembab.   Diantara beberapa jenis rumput jenis renek yang banyak terdapat di ladang kelapa sawit  adalah Akar Ruas (Asystasia intrusa ), Pokok Kapal Terbang ( Chromolaena odorata ), Senduduk  (Melastoma  malabraticum) dan Senduduk Bulu (Clidermia hirta). Hanya kaedah kawalan yang betul mampu memusnahkan rumpai jenis ini jika sampai tahap kritikal. 


Rumput jenis PAKU LARAT
RUMPUT JENIS PAKUPAKIS DAN RESAM (Ferns) merupakan jenis rumput yang sering tumbuh dikawasan tanah yang kurang subur. Rumpai jenis ini lazimnya mempunyai sistem pengakaran yang cetek dan kurang menjejaskan dengan serius pertumbuhan akar kelapa sawit. kalau kita lihat pada pokok kelapa sawit berumur, akan kelihatan rumpai  pakupakis yang hidup pada EPIFIT iaitu dicelah-celah pelepah lama. Pokok resam pula terdapat dikawasan pokok muda dan pokok tua yang menerima cahaya matahari yang sesuai. Adalah penting untuk kita faham yang pembiakan rumpai ini seringkali melalui SPORA yang terdapat pada bahagian bawah permukaan daun dan juga melalui rizom. Diantara beberapa jenis rumpai dalam kumpulan ini adalah seperti Paku Larat (Nephrolepis  bisserata), Resam (Dichranopteris linearis), Paku Rawan (Stenochlaena polustris)  dan Ribu-ribu Gajah (Lygodium lexuosum). Jenis rumpai ini sering mengganggu pergerakan diladang sawit jika tidak dikawl dengan baik.


Ladang Kelapa Sawit - rumpai dikawal baik.

TANAM SAWIT.... BANYAK RUMPUTNYA... 
JENIS2 RUMPUT...MUDAH KAWALANNYA....
JENIS MENJAKAR...NAIK PUCUK AKIBATNYA...
PERLU DIKAWAL... KURANG ANCAMANNYA....

By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia
(22 September 2012)


Monday, September 24, 2012

CYTOKININ

CYTOKININ (CK)  adalah sejenis unsur hormon tumbuh-tumbuhan (phytohormones) yang penting untuk pertumbuhan  pokok. Cytokinin merupakan salah satu daripada 4 jenis hormon utama tumbuhan selain daripada Auxin, Gibberallin, ABA dan Ethylene. Fungsi utama hormon cytokinin adalah untuk menjalankan aktiviti pembahagian sel atau di panggil sebagai 'Cytokinesis' terutama berlaku dibahagian Pucuk dan Hujung Akar tumbuhan. Kompoun cytokinin merupakan unsur yang dihasilkan secara semulajadi oleh tumbuh-tumbuhan seperti pokok kelas tinggi, bakteria, lumut dan juga kulat serta boleh disintesis secara tiruan di makmal. Hormon ini menyerupai unsur 'ardenine-type cytokinin' yang terdapat pada bahan seperti zeatin, kinetin dan juga 6-benzilaminopurine. Saya masih ingat hormon ini ketika belajar mengenai subjek biokimia di universiti dahulu dan memang skor gred baik dalam peperiksaan semester kerana memang berminat subjek ini.  Kajian menunjukkan terdapat lebih dari 200 jenis cytokinin yang diperolehi secara semulajadi pada tumbuh-tumbuhan dan yang disintesis di makmal untuk pelbagai kegunaan. Saya akan menmbentangkan sejenis hormon tumbuhan yang penting iaitu Cytokinin dalam 'Anim Agro Technology' untuk tatapan anda semua.


Bahan hormon ini telah di temui pada tahun 1913 oleh seorang saintis dimana bahan ini didapati aktif dalam membantu dalam pembahagian sel terutama pada bahagian Phloem tumbuh-tumbuhan. Cytokinin bergerak dari bahagian akar tumbuhan kebahagian pucuk melalui xylem untuk membantu dalam proses pembahagian sel dipucuk dan menghalang pengeluaran dahan-dahan pokok lain yang lateral. Bentuk struktur kimia cytokinin adalah agak kompleks seperti pada rajah diatas dimana rantaian bersambungan antara N,H dan CH amat jelas dinyatakan.  Cytokinin mudah didapati dibahagian kawasan merismetik (merismetic region) dan pertumbuhan tisu (growing tissues). Ada kajian menunjukkan CK ini dihasilkan di bahagian akar sebelum dihantar kepada bahagian pucuk melalui xylem. 


Walaupun fungsi cytokinin merupakan satu daripada 4 hormon tumbuh-tumbuhan, keujudannya sangat signifikan dengan tindakan secara bersepadu seperti permaianan satu pasukan orkestra. Secara umumnya peranan cytokinin adalah seperti dibawah walau pun cara tindakannya berbeza mengikut kepekatan cytokinin, jenis tumbuhan, faktur alam sekitar dan sebagainya. Berikut adalah peranan cytokinin pada tumbuh-tumbuhan :-

  • Menggalakkan pembahagian sel (Stimulates cell division)
  • Membantu dalam proses marphogenenis atau pembentukan pucuk bagi kultur tisu (Stimulates morphogenesis shoot initiation/bud formation) in tissue culture)
  • Menggalakan pertumbuhan pertumbuhan tunas lateral di bahagian apikal (Stimulates the growth of lateral buds-release of apical dominance) 
  • Mengalakkan perkembangan daun hasil daripada pembesaran saiz sel ( Stimulates leaf expansion resulting from cell enlargement). 
  •  Membantu pembukaan stomata bagi spesis tertentu  (May enhance stomatal opening in some species)
  • Menggalakan pertukaran etioplas kepada kloroplast melalui sintesis klorofil (Promotes the conversion of etioplasts into chloroplasts via stimulation of chlorophyll synthesis). 

Diharap artikel ini memberikan maklumat berguna kepada anda. Bahan hormon cytokinin ada yang dikomersilkan untuk kegunaan perubatan, pertanian dan sebagainya yang dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan atau diekstrak dimakmal secara sintesis. Sekian.

NAMA CYTOKININ... SEDAP MAKNANYA....
PEMBAHAGIAN SEL ... ANTARA KERJANYA....
KEGUNAAN LAIN... PERLU KAJIANNYA...
DAH TAHU SEDIKIT... LUASKAN ILMUNYA...

By,
M Anem
Room 214, Hotel Season's View,
Kuantan, Pahang,
Malaysia
(4 Zulkaedah 1433H)

Sunday, September 23, 2012

VARIETI KELEDEK

KELEDEK (Impomea batatas) merupakan sejenis tanaman kontan dari keluarga Convulvulaceae yang kaya dengan zat Karbohiderat dan Vitamin A. Bagi mendapatkan hasil tinggi, ubi keledek memerlukan keadaan panas yang berpanjangan iaitu sekurang-kurangnya 3 bulan. Ia dapat hidup dengan subur sekiranya mendapat cukup kelembapan tetapi tidak tahan kepada keadaan air yang bertakung. Jika ia ditanam di tanah yang agak basah dan lembab, biasanya ubi segar yang dihasilkan tidak empuk isinya. Namun ia tahan terhadap keadaan cuaca kemarau. Tanah yang paling sesuai ialah tanah gembur berpasir, mengandungi banyak bahan organik dan kadar penyerapan air yang baik. Tanah yang terlalu berpasir akan menyebabkan ubi yang dihasilkan berbentuk memanjang. Tanah liat juga kurang sesuai kerana kekurangan bahan organik dan tidak gembur untuk pertumbuhan ubi yang optima. Ia juga sesuai ditanam ditanah gambut yang telah matang dan mempunyai sistem perparitan yang baik. Artikel kali ini sambil menonton Berita jam 8.00 malam, saya menulis beberapa jenis varieti keledek di Malaysia yang telah didaftarkan dan perlu diketahui oleh kita semua dalam blog teknologi pertanian iaitu  'Anim Agro Technology' untuk bacaan dan rujukkan pembaca.

Keldek Goreng dan Sambal Kicap
Kajian saya daripada beberapa sumber termasuk daripada website Jabatan Pertanian dan pengalaman peribadi menujukkan, terdapat 10 jenis varieti keledek yang telah didaftarkan didalam 'National Listing'. Bagaimana pun didapati dilapangan, saya hanya jumpa dua (2) jenis keledek yang sangat popular ditanam dikalangan petani di Malaysia iaitu Keledek Gendut (MSP 94) dan juga Keledek Cina. Pada beberapa buku rujukkan ada menyatakan ubi keledek boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu UBI JENIS BERAIR dan sejenis lagi ialah UBI JENIS KERING. Jenis Ubi Berair adalah dimana ubi ini akan menjadi lembut apabila di rebus atau digoreng dan lazimnya jenis ini mempunyai kulit yang berwarna merah dan mampu memberikan hasil yang tinggi. Contoh jenis ubi berair adalah seperti Keledek Cina. Jenis Ubi Kering adalah jenis keledek yang tidak mudah lembut apabila direbus atau digoreng. Jenis ini lazimnya mempunyai kulit yang berwarna putih walau pun hasilnya agak kurang seperti varieti Keledek Gendut. Terdapat 10 jenis keledek yang boloeh kita tahu di Malaysia iaitu Keledek 57 Tainung, Keledek Banting, Keledek Biru Jepun, Keledek Biru Johor, Keledek CH Purple, Keledek CH Red, Keledek Guan, Keledek Hao Pao/ Kuala Bikam, Keledek Indonesia dan Keledek Jalomas. Ramai diantara kita yang saya percaya, tidak berapa kenal akan varieti-varieti ini. Oleh itu mari kita lihat foto varieti keledek ini agar dapat kenal akan rupanya.

1. Keledek :  57 Tainung / Taiwan


2. Keledek :  Banting


3. Keledek : Biru Jepun


4. Keledek :  Biru Johor


5. Keledek : CH Purple


6. Keledek :  CH Red


7. Keledek : Guan


8. Keledek : Hao Pao / Kuala Bikam


9. Keledek : Indonesia



10. Keledek : Jalomas 


Setelah mengenali akan varieti keledek di Malaysia, kita mungkin ingin menanamnya. Persoalannya, dimanakah kita boleh mendapatkan bekalan keratan benih keledek tersebut?. Satu cara adalah bertanya dengan pegawai Jabatan Pertanian Daerah terdekat dimana punca bekalan benih, kedua dengan pergi tanya penjual dipasar yang ada menjual keledek dimana bekalan boleh didapati dan ketiga dengan meyebarkan melalui internet yang kita hendak bekalan benih keledek. Pastikan mendapat pengesahan varieti kedek daripada Jabatan Pertanian dulu (Bahagian Kawalan Kualiti) kerana dengan lihat daun dan benih kita mungkin kurang kenal varieti tersebut. Selamat menanam keledek!. 

BELI KELEDEK... TIDAK TAHU VARIETINYA...
KELEDEK GENDUT...PETANI GEMARINYA... 
UBI BERAIR...UBI KERING PILIHANNYA....
DI BUAT KUIH....JADI KEREPEK ENAKNYA....

By,
M Anem
Rom 106, Sri Impian Hotel,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor
Malaysia
(2 ZulKaedah 1433H)

Saturday, September 22, 2012

HORMON TUMBUHAN

HORMON TUMBUNAN (Plants hormone) adalah bahan kimia yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan yang membantu dalam proses tumbesaran. Bahan ini juga dikenali sebagai 'Phytohormones' boleh dihasilkan didalam makmal atau secara semulajadi dimana pada tumbuhan lazimnya berada dalam kadar kepekatan yang rendah sesuai untuk menggalakkan proses tumbesaran dan dihasilkan pada bahagian khusus. Hormon tumbuhan banyak membantu pembentukan bunga, batang, buah dan akar tumbuhan untuk terus hidup dan membesar. Apa yang saya belajar dulu, menyatakan tumbuh-tumbuhan tidak seperti haiwan yang mempunyai banyak organ (Glands) untuk mengeluarkan hormon bagi kehidupan. Fungsi dan peranan hormon tumbuh-tumbuhan sangat penting dan signifikan kerana ianya menentukan didalam tumbesaran tumbuhan, memanjangkan umur tumbuhan, menentukan jantina bunga, proses penghasilan bunga-bungaan dan buah-buahan. Kajian mengenai bahan kimia tentang hormon tumbuhan ini sebenarnya telah dijalankan secara saintifik mulai tahun 1948 oleh para saintis berkaitan biokimia. Kali ini saya menulis satu artikel berkaitan dengan hormon tumbuhan untuk pengetahuan semua pembaca dalam blog 'Anim Agro Technology'.

Kajian-kajian oleh para saintis menunjukkan terdapat beratus-ratus hormon yang ada dan semasa belajar di universiti pun pensyarah ada memberitahu akan hormon2 tumbuhan. Pensyarah juga menyatakan hanya 5 jenis hormon tumbuh-tumbuhan yang paling popular dan penting untuk dipelajari. Hormon-hormon tersebut adalah AUKSIN (Auxins - IAA) , CYTOKININ (Cytokinins) , GIBBERELLIN (Gibberallins - GA), ETILIN (Ethylene) dan ASID ABASIC (Absisic acid atau ABA). Beberapa jenis fitohormon lain yang mungkin kita kena tahu mungkin seperti hormon jenis Asid Jasmonat, Steroid (Brain steroids), Salisilate dan juga jenis Poliamina. Merujuk kepada laman web Wikipedia terdapat info menyatakan bahawa fungsi hormon-hormon diatas berfungsi sebagai penggalak perumbuhan, pengawal pertumbunan dan sebagainya mengikut kumpulan masing-masing. Kumpulan 3 pertama iaitu Auxin, Gibberellin dan Saitokinin merupan hormon bersifat positif iaitu menggalakkan pertumbuhan (Regulator), sementara kumpulan Etilin dan ANA amat berbeza fungsinya iaitu ianya dengan menghalang proses pertumbuhan (Inhibator).

Apa yang saya belajar mendapati fungsi Hormon Pada Tumbuhan ada 9 seperti senarai berikut :-

1. Hormon ini berfungsi dengan signifikan didalam mempengaruhi  proses pernambahan pemanjangan batang, pertumbuhan batang, pembezaan (diferentiation) juga proses pertumbuhan akar tumbuhan.

2. Hormon tumbuhan akan mempengaruhi pertumbuhan dan proses pembiakan bahagian akar, mengalakan pembelahan sel-sel dan membantu menggalakan proses percambahan dan melambatkan proses penuaan tumbuhan.

3. Selain dari aktiviti membantu dalam proses perkembangan biji, perkembangan kuncup bunga, pemanjangan batang dan pertumbuhan daun ianya juga dikenalpasti didalam menggalakkan proses pengeluaran bunga dan proses pembentukan buah, mempengaruhi pertumbuhan dan pertumbuhan sistem akar.

4. Menlambatkan proses pertumbuhan pokok dengan aktiviti untuk merangsang penutupan stomata pada waktu dimana tanaman pada tahap kekurangan air dan ini akan mempertahankan taraf dormansi.

5. Menggalakkan proses pematangan buah.

6. Merangsang dalam pertumbuhan akar.

7. Merangsang pertumbuhan batang.

8. Merangsang pertumbuhan daun.

9.Merangsang pertumbuhan bunga


Mempelajari akan hormon tumbuhan akan dapat membantu kita dalam meneruskan aktivivi pertanian diladang. Adakah kit telah faham akan semua 5 jenis hormon tanaman yang ada dipasaran?. Saya rasa mungkin ramai petani kita yang kurang mengetahui akan peranan Auxin, Gibberellin, Cytokinin dan sebagainya dalam kehidupan mereka.

HORMON TUMBUHAN...PENTING FUNGSINYA...
HORMON ADA 5 JENIS... ITU JENIS UTAMANYA...
AUXIN, CYTOKININ, GIBBERELLIN..NAMANYA...
TELAH BACA BLOG...FAHAM AKAN ISUNYA...

By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia
(Hari Raha Akhir Tahun ini 29 Syawal 1533H)
1.Hormon ini berfungsi untuk mempengaruhi pertambahan panjang batang, pertumbuhan, diferensiasi dan percabangan akar.2.mempengaruhi pertumbuhan dan diferensiasi akar, mendorong pembelahan sel, dan pertumbuhan secara umum, mendorong perkecambahan, dan menunda penuaan.3.Mendorong perkembangan biji, perkembangan kuncup, pemanjangan batang dan pertumbuhan daun, mendorong pembungaan dan perkembangan buah, mempengaruhi pertumbuhan dan diferensiasi akar.4.Menghambat pertunbuhan, merangsang penutupan stomata pada waktukekurangan air, mempertahankan dormansi.5.Mendorong pematangan6.Merangsang pertumbuhan akar.7. Merangsang pertumbuhan batang.8. Merangsang pertumbuhan daun.9.Merangsang pertumbuhan bunga
Fungsi Hormon Pada Tumbuhan1.Hormon ini berfungsi untuk mempengaruhi pertambahan panjang batang, pertumbuhan, diferensiasi dan percabangan akar.2.mempengaruhi pertumbuhan dan diferensiasi akar, mendorong pembelahan sel, dan pertumbuhan secara umum, mendorong perkecambahan, dan menunda penuaan.3.Mendorong perkembangan biji, perkembangan kuncup, pemanjangan batang dan pertumbuhan daun, mendorong pembungaan dan perkembangan buah, mempengaruhi pertumbuhan dan diferensiasi akar.4.Menghambat pertunbuhan, merangsang penutupan stomata pada waktukekurangan air, mempertahankan dormansi.5.Mendorong pematangan6.Merangsang pertumbuhan akar.7. Merangsang pertumbuhan batang.8. Merangsang pertumbuhan daun.9.Merangsang pertumbuhan bunga
  

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...