Support My Blog

Wednesday, November 5, 2025

KETAM BUNGA - KENALI DIA!

KETAM BUNGA
(
Portunus pelagicus) adalah sejenis ketam laut yang juga dikenali sebagai 'ketam renjong' atau 'ketam laut'. Ia terkenal kerana warnanya yang cerah dan menjadi kegemaran untuk dimasak dalam pelbagai cara dan harganya juga sederhana bergntung kepada musim. Ketam ini dilapor ia merupakan perenang yang hebat dan mendapat jolokan nama 'The Blue Swimmer' atau 'Flower crab' Apa yang penulis blog tahu dimana di Malaysia, spesies ketam  biasanya dipanggil sebagai ketam renjong atau ketam bunga dan ada juga yang memanggilnya sebagai 'ketam laut' sahaja. Ketam bunga ini merupakan haiwan krustasea yang berada dalam genus Portunos dan keluarga besar Portunidae. Spesies yang turut mendapat nama jolokan The Blue Swimmer ini merupakan makanan istimewa di negara-negara Asia dan ia boleh ditemui hampir di semua lautan dunia. Ada kelainan diantara ketam bunga jantan dengan ketam bunga betina. Spesies ketam bunga merupakan spesies ketam natif di Lautan India dan Pasifik, serta Laut Mediterranean. Antara lain ciri-ciri untuk pengenalan ketam bunga adalah chelipeds atau kaki sepit yang panjang, karapas atau cangkerang bulat yang boleh tumbuh dari 5-7cm hingga 20 cm lebar. Ketam bunga jantan berwarna biru terang dengan bintik-bintik putih dan dengan chelipeds panjang, sementara ketam betina berwarna coklat kehijauan dan memiliki karapas yang lebih bulat. Sementara itu spesis ketam bunga betina lazimnya memasuki estuari untuk mencari makanan dan tempat perlindungan. Kitaran hayatnya banyak berlegar di estuari sebagai larva dan ketam juvenil menggunakan habitat ini untuk pertumbuhan dan pembangunan. Sebelum menetas, ketam betina bergerak ke dalam habitat laut yang cetek, melepaskan telurnya dan larva yang baru menetas bergerak ke muara sungai. Apa pun dilihat dimana pada bahagian perut ketam bunga betina dan ketam bunga jantan (Sila lihat foto paing bawah sekali). Ketam bunga dikenali kerana tabiat mereka untuk tinggal di bawah lumpur atau pasir untuk jangka masa yang panjang, terutamanya pada siang hari dan mereka mempunyai toleransi yang sangat tinggi terhadap ammonia dan nitrat. Makanan ketam bunga adalah spesis microalgae dan ikan kecil dan mereka tidak dapat bertahan untuk jangka masa yang panjang apabila keluar dari air laut dan juga merupakan perenang yang benar-benar hebat. Ketam jantan ada sifat kewilayahan dalam air sejuk. Ini mungkin menjelaskan mengapa ketam jantan jarang dilihat dalam jarak dekat antara satu sama lain di perairan yang lebih sederhana. Ia juga boleh menjelaskan kenapa ketam betina kelihatan lebih produktif di kawasan tersebut. Kenali akan ciri-ciri fizikal ketam bunga jantan biasanya berwarna biru terang dengan bintik-bintik putih dan bentuk segitiga di belakangnya lebih tirus. Manakala ketam betina pula berwarna lebih coklat dan bentuk segitiganya lebih lebar. Apa pun ketam bunga juga boleh menjadi 'soft-shell crab' atau pun 'ketam lembut' apabila ketam yang baru sahaja dapat menggugurkan kulitnya dan masih memiliki cengkerang yang lembut seperti agar-agar dimana sekali gus membolehkannya dimakan bersama kulit. Di Malaysia ada banyak cara masakan seperti masak lemak cili api, kamheong, atau telur masin. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya ,enulis beberapa fakta mengenai ketam bunga untuk dibuat bacaan dan rujukkan semua.


Kalangan pengguna dan peminat ketam sesekali akan jumpa ketam bunga untuk dibeli di pasar atau di pasaraya. Memang ramai kurang mahir bagaimana cara untuk memilih semasa membeli ketam segar atas banyak sebab antaranya kurang tahu ciri ketam segar, ketam dijual sudah sejuk beku, pengeluaran ketam segar adalah ia bermusim dan sebagainya. 
Antara petua membeli Ketam Bunga Segar boleh ianya dibahagikan kepada beberapa kriteria seperti masa atau waktu membeli, jantina ketam, kulit ketam, anggota badan, mata ketam, berat ketam, bau ketam, insang ketam, isi ketam dan beberapa ciri lagi termasuk keadaan semasa membeli sama ada ia berstatus 'ketam hidup' atau 'ketam mati' dan harga yang di pamerkan. Pembaaca blog anim agro technology perlu faham waktu (timing) tepat semasa hendak membeli letam terutamanya untuk mendapatkan ketam segar. Ini kerana ramai faham petua dimana jika hendak membeli ketam sebaiknya semasa 'BULAN PENOH' atau 'fullmoon'. Ramai percaya jika bulan penoh maka keadaan dalam air akan lebih cerah membolehkan ketam mudah bergerak mencari makanan dan ini membolehkan ketam pada bulan penuh berisi daging. Dari beberapa testimoni di laporkan jika ketam lazimnya akan mencari mangsanya (makanan)  dengan menggunakan deria bau (organ sesungut) dan ada testimoni lain dakwa jika bila bulan terang dimana arus dalam air akan deras (sebenarnya arus dalam laut ikut pasang surut juga). Bagaimana pun nelayan yang menangkap ikan kurang percaya dengan kepercayaan ini sebab mereka sebagai nelayan akan pastikan bubu atau perangkap didalam laut di bubuh cukup umpan dan di letakkan lokasi tepat. Penulis blog tahu dimana semasa bertugas di Daerah Mersing yang selalu turun kelaut dan pergi ke pulau-pulau bersama nelayan dan faham jika ketam bunga segar berkualiti biasanya ditangkap menggunakan alat iaitu 'Pukat Hanyut'. Selain dari musim ribut dimana harga semua jenis ketam termasuk ketam bunga memang ia agak tinggi bila air laut mati. Ini kerana masa ini selalunya hasil tangkapan jenis ketam sangat kurang sedangkan permintaan tetap tinggi. Apa pi selain nelayan menggunakan pukat hanyut dimana nelayan mengikut lokasi akan menangkap ketam dengan cara menggunakan Alat Tangkul, Bubu (sesuai di kawasan perairan cetek) dan pukat tunda (kawasan laut dalam).


Ramai kalangan pembaca dan peminat makan ketam pun masih kurang kenal akan jantina atau j
enis ketam termasuk bagi ketam nipah. Perlu d teliti dimana bagi jenis Ketam Bunga Betina ia di lihat mempunyai warna corak kehijauan dan ia biasanya lebih berat serta mempunyai daging atau isi yang lebih padat dan selalu ada otak (Sila lihat foto disebelah dan foto paling bawah sekali). Bagaimana pun sesekali harga ketam bunga betina yang tidak bercampur dengan ketam jantan akan dijual dengan harga yang 'lebih tinggi' sebab peminat ketam ini akan sanggup membayarnya. Jantina Ketam Bunga Jantan pula dilihat ia mempunyai warna bercorak biru dimana kalangan masyarakat lokal ia juga dikenali sebagai 'Ketam Renjong'. Apa pun jangan keliru sebab ada jenis ketam diaut yang warna oren dimana namanya adalah Ketam Mara. Memeriksa akan kulit ketam atau cangkerang ketam dimana ketam bunga segar akan dilihat ia mempunyai warna yang cerah berseri sedangkan  ketam bunga kurang segar ia berwarna agak pucat. Semasa memilih ketam termasuk ketam bunga di pasar sebaiknya memeriksa dimana jenis ketam segar selalunya masih lengkap anggota badannya 'intact' pada badannya seperti aanggota semua bilangan kaki dan semua sepitnya, Periksa juga bahagian anggota badan dimana ketam bunga yang masih segar memang matanya masih dalam keadaan baik dan jernih. Peminat ketaam perlu faham dimana aspek 'Berat Ketam' juga menentukan kuaiti ketam dengan cara mudah iaitu pegang dan angkat dimana jika rasanya a'agak berat' maka maksudnya isi ketam agak padat. Pembeli juga boleh cuba menjentik-jentik sedikit (dengan kebenaran penjual) iaitu di bawah badan ketam tersebut dimana kalau ada kedengaran bunyi kosong bermaksa isinya kurang. Ada kelainan bagi jenis ketam yang sedang di peringkat 'Salin Kulit' atau ia juga di panggil sebagai 'Ketam Lembut' dimana selalunya ia adalah ringan. Selain itu semasa membei ketam cuba gunakan deria hidung mencium bau ketam sebab ketam segar masih ada bau air laut masin tetapi ketam kurang berkualiti baunya kurang enak. Ketam akan tahan lama jika di simpan dalam air batu sejak di tangkap nelayan dan proses penghantaran dan penjualan. Boleh juga di periksa ingsang ketam dimana ketam segar organ insangnya bersih iaitu ia selalu akan berwarna aagak kehitaman. Selalunya ketam segar mempunyai isi daging yang manis rasanya, kenyal, bertekstur padaan dan bertali serta ia tidak melekat pada kulitnya semasa di buka atau di ratah. Apa pun kalau dipotong kaki ketam akan kelihatan ada cecair biru kehijauan akan keluar. Fahamkan spesifikal gred ketam di pasaran dimana ada 4 kelas. Pertama adalah Ketam Saiz AA/Extra LArga (XL) iaitu beratnya adalah 2 ekor sekilogram, Ketam Saiz A/Large (L) pula beratnya adalah 3-4 ekor/kg, Ketam Gred B/ Medium (M) pula adalah 5-7 ekor selilogram sementara ketam gred C / Small (S) adalah bilangannya 8 ekor keatas sekilogram. Pastikan membeli ketam segar yang masih hidup dan bergerak dalam bekas jualan walau pun harganya agak tinggi sedikit.

Kehebatan khasiat ketam banyak di kaji dimana ketam umumnya didalam jenis makanan laut yang tinggi protin dan zat lain. Bagaimana pun bagi mereka yang ada masaalah memakan makanan laut (seafood) sehingga meninbulkan 'gout' perlu waspada dengan ancaman makan ketam berlebihan. Ketam bunga ia di laporkan memeng mempunyai pelbagai khasiat terutamanya sebagai sumber protein tinggi yang baik untuk pertumbuhan otot, pembaikan tisu dan sistem imun. Ia juga kaya dengan vitamin dan mineral seperti vitamin B12, Zink (Zn), Selenium (Se) dan Kuprum (Cu) yang penting untuk kesihatan saraf, pembentukan sel darah merah dan mengurangkan risiko anemia. Ada kajian tentang apakah khasiat utama ketam bunga yang memang Tinggi Protein dimana zat ini memang ia sangat penting untuk pembinaan dan pembaikan tisu badan serta menyokong pertumbuhan otot kanak-kanak. Ia juga akan dapat membantu kesihatan saraf apabila zat vitamin B12, selenium dan kuprum mampu menyokong fungsi sistem saraf. kehebatan ketam dengan kehebatan untuk mencegah anemia apabila zat Vitamin B12 dalam ketam membantu dalam proses penghasilan sel darah merah dan dapat membantu didalam usaha mengurangkan risiko anemia. Makan ketam dilaporkan ia sangat baik untuk membina sistem imunti dalam badan sebab kandungan mineral zink membantu menguatkan sistem imun badan. Khasiat paling di sukai ramai adalah dakwaan makan ketam menjaga kesihatan jantung seba ia kaya dengan pelbagai nutrien yang menyokong kesihatan jantung. Ketam juga di laporkan baik untuk kesihatan kulit, rambut dan kuku iaitu adanya bahan protein yang akan membantu didalam cara mengekalkan kulit, rambut, dan kuku yang sihat. Kandungan vitamin dan mineral dalam ketam juga akan membekalkan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh badan.


Ketam
bunga bukan sahaja cantik akan rupanya bahkan Ketam Bunga Yang segar mempunyai isinya yang lembut, lemak, rasa manis serta enak rasanya. Ia kaya dengan protein tanpa lemak dnan ia mempunyai vitamin dan mineral. Vitamin B12 sejenis nutrien untuk menghasilkan sel darah merah dan mencegah anemia serta dikatakan baik untuk masalah demam denggi. Khasiat protein dalam ketam ini membantu dalam meningkatkan tumbesaran kanak kanak menjadikan lebih kuat dan tinggi serta baik untuk rambut, kuku serta kulit yang menjadi sihat. Mempunyai kolestrol tidak baik yang tinggi bagaimanapun ia juga menghasilkan bekalan vitamin B yang juga menghasilkan kolestrol baik. Ketam Bunga jantan berwarna merah keunguan dan berbunga lebih besar. Ketam bunga betina berwarna coklat kehijauan dan corak berbunga cengkerangnya adalah lebih kecil. Di Malaysia ada beberapa musim ketam di tuai agak lumayan setiap tahun iaitu pada setiap bulan Novenber dan Disember. Bergantung kepada selera dimana selalunya di Malaysia ketam sedap dimasak lemak kuning, dibuat sup atau digoreng dan bagi penulis blog suka ketam bunga masak sambal dengan telur. Sebulan ada beberapa kali penulis menikmati sambal ini di rumah di Melaka. Bahan-bahan mudah di beli iaitu 2 kg ketam mesti dicuci bersih, 10 ulas bawang putih dicincang, 1 biji bawang besar di potong dadu, 2 cm halia dicincang, 7 - 9 sudu makan cili kisar, 2 helai daun limau purut, 1 batang serai yang diketuk, 1 biji tomato dipotong dadu, 4 biji telur, 2 sudu makan sos cili, 2 sudu makan sos tomato, 1 sudu makan sos ikan, 2 sudu makan sos tiram, 1 kiub pati ayam, 1 sudu teh serbuk belacan dan jika suka, Daun bawang,1 sudu teh garam, sudu makan gula (jika suka), minyak masak secukupnya dan 1 cawan air. Cara-cara untuk memasaknya dengan memanaskan minyak dalam kuali besar dan masukkan serai. Tumis dan biarkan aromanya naik. Kemudian di masukkan halia dan bawang putih dan di goreng rata dimana setelah kelihatan sedikit keperangan kemudian masukkan bawang besar dimasak seketika. Seterusnya masukkan cili kisar dan daun limau purut dan ditumis sehingga pecah minyak. Apabila sudah pecah minyak maka boleh dimasukkan serbuk belacan, garam, gula, kiub pati ayam dan tomato. Biarkan ianya masak seketika. Masukkan sos ikan, sos tomato, sos cili dan sos tiram dan digaul rata dalam kuali. Kemudian masukkan ketam dan 1 cawan air dan dikacau dan biarkan ketam masak dengan sempurna menggunakan api sederhana. Jika kuahnya kering jangan ditambah air lagi. Biarkan kerana nanti air ketam akan keluarkan sendiri. Akhir sekalu apabila sudah masak, masukkan telur dan gaul rata sehingga telur masak dan ditutup api dimana Resepi Ketam Sambal Telur Pecah siap untuk dihidangkan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro semua. Wasallam!!...
KETAM BUNGA... APAKAH BENDANYA....
ADA DI JUAL.... PASAR DAN PASARAYA...
MASA MEMBELI... PERLU WASPADA...
ENAK DI MAKAN... RESEPI DISEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 Jamadilawal 1447H).

Tuesday, November 4, 2025

BUAH BINJAI - APA ENAKNYA!

BUAH BINJAI
(Mangifera caesia) adalah sejenis tumbuhan tropika iaitu dari keluarga Anacardiaceae yang tumbuh di negara kita dikelaskan sebagai salah satu jenis buah nadir. Pokok Binjai (Juga di panggil Pokok Kemang) menghasilkan buah binjai dimana ia lazimnya mempunyai Rasa Masam walau pun didakwa ada varieti binjai yang Rasa Manis. Buah binjai boleh dimakan segar jika ianya manis dan kepada mereka yang suka makan tetapi paling sedap adalah untuk dibuat sambal buah binjai. Maklumat statistik asas oleh Jabatan Pertanian mengenai tumbuhan binjai di Malaysia tidak ada kepastian tetapi saya menganggarkan sekitar 70 - 80 hektar CHE sahaja. Penulis blog juga mendapati sehingga kini belum ada penanaman pokok binjai secara komersil monokrop yang dijumpai kerana kebanyakan pokok binjai ditanam dikawasan rumah dalam dusun bercampur atau tumbuh liar dihutan. Nama lain bagi buah binjai adalah Jack ; Malaysian Mango (English), BinYaa ; Lamyaa (Thailand), Bayuno (Filipina), Binglu ; Palong (Bahasa Indonesia), Belunu (Brunei), Asam Kembawang ; Beluno; Balunoh ; Binjai ; Ondo; Wanchi ; Dendahan (Borneo) dan banyak lagi. Buah ini dijual dipasar basah dan juga di gerai tepi-tepi jalanraya disekitar Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Berkemungkinan ralai dikalangan generasi muda yang tidak pernah melihat, memakan dan memanjat pokok binjai tetapi mungkin mereka melihatnya dari lamanweb sahaja. Pokok binjai yang tumbuh liar biasanya tinggi seperti sejenis pokok kayu balak. Pokok Binjai adalah jenis pokok saka yang tumbuh menegak dengan banyak cabang merimbun dan ketinggian maksima 35 - 40 meter. Batangnya berbentuk bulat besar dan mempunyai kulit tebal berwarna coklat kelabu dengan beralur-alur semakin pokok jadi tua. Batang pokok binjai yang cukup tua dan besar boleh dijadikan kayu keras untuk pembinaan rumah dan perabot. Seperti pokok Keluarga Anacardiaceae yang lain, kulit pokok akan mengeluarkan cecair berwarna putih apabila dilukai dan bertukar menjadi beku beberapa lama kemudian apabila terdedah diudara. Cecair ini penulis blog mendapati apabila terkena kulit akan menyebabkan rasa gatal-gatal atau bahagian mata dan perlu dibasuh dengan air sabun segera. Rasa gatal ini akan juga menyebabkan tidak selesa. Daun pokok binjai berwarna hijau terkumpul dibahagian hujung dahan dengan ukuran sekitar 1.0-12.0 cm panjang dan 4-5 cm lebar. Daun ini berkilat dibahagian atas tetapi agak pudar serta kasar dibahagian bawah daun dengan bentuk 'lanceolate'. Akar tujang kukuh masuk kedalam bumi. Belum ada kajian khusus mengenai kegunaan daun pokok binjai dari segi perubatan dan khasiat sebagai herba. Penulis blog kali ini akan membentangkan beberapa testimoni mengenai buah binjai seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar tempatan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan. 
Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" satu teknologi mengenai pokok binjai berpandukan kepada tinjauan penulis dan juga pengalaman penulis dalam bidang pertanian selama lebih dari 34 tahun untuk rujukkan anda semua.


Dalam banyak jenis sambal penuolis blog minat dengan sambal belacan buah binjai atau dipanggil sebagai Sambal Binjai atau Sambal Buah Kemang (Sila lihat foto disebelah). Dari segi sejarah dilaporkan sambal buah binjai ini adalah kegemaran turun temurun dalam masyarakat tempatan terutama di Melaka, Negeri Sembilan dan beberapa negeri lain. Pada masa ini buah bermusim ini sudah agak sukar didapati disebabkan pokoknya sudah berkurangan dan ia bermusim. Buah binjai yang masak lazimnya berbau kuat dimana jika dibuat sambal amat enak dengan kombinasi rasa sedikit masam manis dan juga masin bersama rasa pedas dan lembut. Hebaynya buah binjai ini adalah baunya yang harum dimana ini membuatkan masyarakat tempatan selalu terpaksa berebut-rebut makan ketika dihidangkan semakan makan bersama keluarga atau semasa jamuan kenduri.  Membuat sambal buah binjai atau sambal buah kemang ini amat mudah caranya asalkan semua bahan-bahan yang diperlukan ada. Sambal belacan buah binjai memang mudah disediakan walau pun ada yang kali pertama mereka mencubanya. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti 1 biji buah kemang (sebaiknya buah yang telah masak dan segar), 2 tangkai cili merah, 15 tangkai cili padi,  belacan,  garam dan juga gula. Kombinasi kesemua rasa dari bahan-bahan ini memang unik dengan kehebatan aromanya. Cara membuatnya dengan membersihkan semua bahan tersebut dan dikeringkan dahulu sebelum bahan cili merah, cili padi dan belacan tersebut di goreng seketika dengan gorengan tanpa minyak. Bahan ini kemudian perlu ditumbuk atau pun boleh juga di kisar menggunakan jenis blender kering. Buah kemang dibuang kulitnya dan dikeluarkan isinya dimasukkan kedalam stu bekas. Kemudian kesemua bahan ramuan digaulkan bersama isi buah binjai dengan ditambah sedikit garam dan gula. Sambal Buah Binjai ini sudah sedia untuk dihidangkan.


Buah Binjai merupakan sejenis buah khazanah negara iaitu kategori jenis buah nadir yang semakin diancam kepupusan disebabkan era globalisasi dan arus pemodenan negara yang semakin pesat sekali gus turut mengancam spesiesnya. apa yang penulis blog lihat kini generasi muda juga kurang mengambil tahu akan kewujudan buah binjai sebagai  ‘khazanah’ negara yang perlu dipertahankan. Buah binjai atau nama saintifiknya Mangifera caesia antara buah nadir yang semakin kurang dikenali dan diminati. Buah binjai berbeza dari segi saiz, warna kulit dan memiliki rasa manis, masam manis, masam serta lemak manis dimana ia kadang kala ada dijual dipasar atau gerai tepi jalan (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu Negeri Melaka antara negeri sinonim dengan buah berkenaan dan sentiasa mendapat permintaan apabila tiba musimnya terutama di Daerah Alor Gajah. Buah binjai yang biasanya ditanam di hutan atau dusun buah-buahan sejak kebelakangan ini mendapat pasaran menggalakkan apabilal lebih ramai diperkenalkan kepada generasi muda. Penulis blog singgah di sebuah gerai buah-buahan do Simpang Ampat, Alor Gajah, melaka dan menemubual penjual dikenali dengan nama Firdaus. Dakwanya buah binjai yang dijual digerainya ada dua jenis iaitu binjai masam dan binjai manis. Ditunjukkan kepada penulis blog dimana jika kulitnya berwarna coklat atau kuning bermakna ia sudah masak dimana didalamnya isinya berwarna putih dijual antara RM10 hingga RM15 sekilogramBuah binjai terutama yang jenis buah masam enak dimakan bersama sambal belacan atau dimasak asam pedas selain dibuat jeruk sebagai pembuka selera. Bagaimanapun kini ramai pengguna khususnya yang tinggal di kawasan bandar belum mengetahui khasiat dan keenakan masakan bercampur buah binjai itu. Kebanyakan pelanggannya adalah mereka dalam kalangan warga emas atau pun pertengahan umur kerana mereka yang lebih menggemari buah ini.


Buah Binjai ini adalah jenis buah yang bermusim iaitu berbuah setahun sekali. Buah ini semakin kurang dikenali terutama generasi muda kerana mungkin ia terlalu masam atau sukar ditemui. Kepada penduduk tempatan mereka ada yang membeli buah binjai untuk dijadikan jeruk binjai (Sila lihat foto sebelah). Jeruk binjai ini dibuat dengan menggunakan buah binjai masak yang dibuang kulit dan dicampur dengan garam (bahan pengawet) sebelum ianya disimpan didalam peti sejuk. Apabila perlu maka jeruk buah binjai ini boleh diambil untuk dijadikan bahan asas membuat sambal belacan buah binjai. Ini kerana buah binjai yang telah masak ranum tidak tahan lama disimpan dan teknologi membuat jeruk binjai dilihat sebagai simpanan. Dalam pada iitu terdapat juga kalangan pembeli buah binjai yang suka makan buah binjai segar dengan rasa masam. Kalau selama ini ada dikalangan masyarakat Melayu hanya mengenali pekasam, budu, cencaluk dan tempoyak saja akan tetapi agak kurang yang tahun khasiat serta keenakan resipi masakan bercampur buah binjai. Memang tidak mudah untuk membeli buah binjai kalau bukan dalam musim yang betul. Mungkin perlu ada pihak tertentu yang diberikan galakkan atau insentif untuk menanam buah binjai ini mengikut kesesuaian dan permintaan. Dakwa pelanggan dimana buah ini sedap dimakan segar sekiranya manis tapi jika masam ia sangat sesuai dibuat jeruk atau masakan. Dalam pada itu menurut Firdaun beliau kenal dengan seorang pemanjat pokok binjai yang dikenali sebagai Samad yang kerjanya mengambil upah memanjat pokok binjai apabila tiba musim walaupun tahu risikonya. Ini kerana saiz pokok ini sebesar sepemeluk dan tinggi menyebabkan ramai yang tidak sanggup menggadai nyawa untuk memanjatnya. Kini sudah beberapa tahun dia mengambil upah memetik buah binjai sebagai punca pendapatannya. Buah binjai jika jatuh ketanah akan rosak dan busuk. Buah ini biasanya akan dipetik bukannya menunggu ia gugur bagi menjaga kualiti dan keasliannya. Musim buah ini biasanya pada Jun hingga Ogos setiap tahun dan kadangkala ia berbuah lebat. Dalam sepokok binjai sebesar pemeluk yang ditanam di hutan itu dikatakan mampu menghasilkan sehingga setengah tan buah binjai jika musimnya sesuai.


Berbeza pula di Kelantan dimana ada laporan penduduk negeri pantai timur ini juga meminati buah binjai. Disini mereka akan membeli buah binjai sedap dimakan sebagai makanan dinamakan 'colek' atau dibuat jeruk dan sambal. Binnai di Kelantan banyak dijual di jajahan Machang apabila tiba musimnya. Buah yang mana rasanya yang masam manis dengan aroma harum menusuk sudah cukup membuatkan penggemarnya kecur air liur apatah lagi jika dibuat sambal atau jeruk. Sekali pun ada juga yang menganggap buah binjai sebagai makanan 'orang tua' akan tetapi masih ramai genarasi muda yang meminatinya. Pokok buah binjai atau nama saintifiknya Mangifera caesia mendapat sambutan yang masih mengalakkan di kalangan masyarakat sekali gus mendorong peniaga-peniaga yang mengusahakan perniagaan buah tersebut setiap kali tiba musim ditepi jalan utama di jajahan Machang. Lazimnya apa yang penulis blog pernah melalui jalan ini melihat dimana ada gerai-gerai menjual buah binjai di laluan Machang-Kuala Krai, Kampung Pangkal Petai di sini seolah-olah menjadi landskap bermusim di daerah ini. Mereka bukan sahaja menawarkan buah binjai segar sahaja akan tetapi terdapat juga jualan binjai jeruk bagi menarik lebih ramai pelanggan. Produk ini sebenarnya akan memberi kemudahan kepada penggemar untuk terus menikmatinya dengan membuat sambai dan sebagainya apabila tiba dirumah. Jeruk Buah Binjai ini diminati pelanggan kerana ada gemar memakannya begitu sahaja dan ada yang dibuat jeruk atau dijadikan ramuan masakan tradisi serta pelengkap sambal dan adunan tempoyak. Buah binjai yang mula gugur sejak sebulan lalu turut memberikan rezeki tambahan kepada penduduk Kampung Pangkal Petai di sini dengan menjualnya di gerai-gerai di tepi jalan. Buah ini bukan sahaja dari Machang tetapi peniaga turut mendapatkannya dari daerah-daerah lain memandangkan memang setiap tahun. Biasanya  gerai binjai akan dibuka di sini setiap kali musimnya dan ini akan memudahkan pelanggan akan datang. Kini memang buah binjai susah didapati kerana tidak lagi ditanam oleh golongan muda sebaliknya merupakan peninggalan orang tua atau nenek moyang dulu-dulu. Semuga artikel kali ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology semuanya. Wasallam!!!...
BUAH BINJAI... BUAH KEMANG SAMA...
BUAH NADIR... SUSAH MENDAPATNYA...
TIBA MUSIM.. CARILAH LOKASINYA...
DIBUAT SAMBAL... AMBOI ENAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putarjaya,
Malaysia.
(11 Ramadan 1440H).
Dikemaskini pada 11 Oktober 2025.

Monday, November 3, 2025

MINYAK SAWIT MERAH - POTENSINYA

MINUM MINYAK SAWIT MERAH (MSM)
anda akan awet muda?. Itulah yang diwar-warkan dalam banyak media di negara ini beberapa tahun kebelakangan dan menjadi berita viral dan juga menjadi bahan lelucon juga sesekali dikalangan masyarakat. Dilaporkan dimana minyak sawit merah terbukti menjadi minyak sayuran serba hebat berikutan kelebihan dan pelbagai manfaat kesihatannya bagi menangani masalah kekurangan vitamin, membantu jantung menangani stres biarpun terus menjadi sasaran serangan kumpulan di Eropah yang bimbang kehilangan bahagian pasaran kepada hasil komoditi itu seperti dilaporkan oleh MPOB. Minyak sawit itu berwarna merah daripada buah matang kelapa sawit (Elaeis guineensis) kerana kandungan beta karotenanya yang tinggi dikekalkan dalam usaha pemprosesannya. Hasil kajian saintifik membuktikan minyak sawit merah ini padat dengan tokotrienol - satu bentuk vitamin E dan A, kaya antioksidan serta fitonutrien lain yang membantu masalah kekurangan vitamin serta menyokong jantung menangani stres. Ia juga mampu mengawal tahap kolesterol, pengaliran darah serta mengurangkan tekanan darah. Namun begitu kumpulan antiminyak sawit merangkumi kalangan pembuat dasar serta kumpulan pengguna Perancis, Belgium serta Switzerland terus melemparkan tuduhan tidak berasas bahawa minyak sawit merah itu penyebab barah dan masalah jantung biarpun bukti kukuh menunjukkan sebaliknya. Malahan didakwa iaitu minyak sawit itu bebas lemak trans dan mengandungi asid lemak tepu dan tak tepu yang seimbang dan penggunaannya juga tidak dikaitkan dengan apa-apa bentuk barah. Tuduhan olwh kumpulan-kumpulan antiminyak sawit ini hanya cuba untuk menidakkan realiti bahawa masalah utama kesihatan lebih sinonim dengan amalan gaya hidup termasuk cara bagaimana pengambilan arak serta merokok yang memang dilaporkan ia membahayakan kesihatan. Ternyata, alasan sebenar mereka memburuk-burukkan minyak sawit merah adalah disebabkan kedudukannya sebagai saingan utama kepada minyak soya dan minyak biji sesawi serta peningkatan permintaan minyak sawit yang menjejaskan bahagian pasaran minyak makan lain. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi koleksi maklumat mengenai kehebatan minyak sawit merah (MSM) sebagai makanan kesihatan dan juga agen anti penuaan untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.


Didakwa dimana antara k
elebihan minyak sawit merah itu juga berasaskan bukti saintifik kajian di India pada pertengahan 1930-an yang mana khasiatnya sebagai sumber karotena bagi mengelak masalah kekurangan vitamin A.  Kehebatan minyak sawit itu diperkukuhkan lagi menerusi hasil kajian terbaharu Program Minyak Sawit Merah oleh PORTSIM iaitu Institut Perkhidmatan Teknikal dan Penyelidikan Minyak Sawit Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Gansu, China.  Apa yang menarik dimana program bertujuan meningkatkan pengambilan vitamin A dalam kalangan pelajar sekolah itu adalah menerusi pengagihan biskut diperbuat daripada lelemak minyak sawit. Dilaporkan seramai 2,000 pelajar sekolah terbabit dalam usaha menangani masalah iaitu kekurangan vitamin A yang boleh menjejaskan penglihatan, tulang yang lemah, daya tahan atau imuniti badan lemah serta merencatkan keupayaan pembelajaran serta fungsi mental. Kemudian hasilnya didakwa oleh MPOB pengambilan biskut itu menurunkan masalah kekurangan vitamin A itu daripada 21.6 peratus kepada 6.0 peratus serta memulihkan tahap penglihatan. Minyak sawit merah itu turut dikaji sebagai makanan tambahan serta bagi melengkapi usaha didalam meningkatkan paras vitamin A di kawasan pedalaman China.  Ia ternyata berkesan bagi melengkapi bekalan makanan di negara-negara berdepan masalah kekurangan vitamin A secara ketara iaitu khususnya seperti China yang mana masih ramai rakyatnya tidak mengetahui manfaat minyak sawit. Apa pun jika diamati dilakukan pelbagai usaha oleh pihak seperti Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, MPOB dan Majlis Minyak Sawit Malaysia bagi mengangkat hasil komoditi Malaysia itu kekal produk utama dalam industri minyak makan China termasuk menerusi peranan PORTSIM. Dilaporkan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi turut berkempen dan melawat pameran PORTSIM di Shanghai. Malaysia berpotensi mengeksport produk MSM ke China dan kepentingan pasaran negara itu dijaga bagi industri minyak sawit Malaysia. China merupakan pengguna minyak sawit Malaysia kedua terbesar selepas India. 


Menyedari prospek biskut berasaskan minyak sawit merah itu maka Malaysia berkempen supaya makanan biskut ini diedarkan ke sekolah China khususnya dikawasan pedalaman yang masih lagi berdepan masalah kekurangan vitamin. 
Jika semua berjalan lancar di China maka kempen ini dirancang untuk seterusnya diperluaskan promosi biskut minyak sawit merah ini ke Bangladesh, India dan negara-negara Afrika yang terjejas akibat masalah kekurangan vitamin A. Program Minyak Sawit Merah itu adalah antara inisiatif bagi dapat meningkatkan imej serta memberi gambaran tepat mengenai minyak sawit di China. Apa pun sehingga Jun 2016 sudah dibuat 31 projek dan mengkomersialkan 21 projek produk makanan berasaskan MSM dijalankan. Kerjasama MPOB juga merancang mendidik pengguna pasaran China mengenai manfaat pelbagai produk minyak sawit. Malaysia berharap minyak sawit tidak sekadar bertapak kukuh di pasaran global akan tetapi menjadi antara nutrien utama bagi membantu mengatasi masalah kekurangan vitamin dalam kalangan pelajar di pedalaman serta menjadi sebahagian penyumbang bagi amalan penjagaan kesihatan baik di serata dunia. Pembaca blog pastinya ingat dan mungkin merasa pelik kempen untuk meminum minyak sawit yang didakwa merupakan rahsia awet muda. Ia berikutan Menteri Industri Utama masa itu mengajak ahli-ahli Parlimen supaya mengambil minyak sawit merah untuk kekal awet muda. Orang ramai juga diminta oleh Perdana Menteri masa itu (Tun M) agar meminum sesudu minyak sawit sehari. Beliau juga menyeru rakyat Malaysia menjadi duta kepada produk minyak sawit negara terutamanya minyak sawit dara atau virgin.  Minyak sawit yang disarankan itu bukanlah minyak masak berwarna kuning untuk menggoreng itu sebaliknya minyak sawit merah. Fakta disokong oleh Profesor Dr. Lai Oi Ming dari UPM yng dakwa minyak kasar yang diekstrak daripada buah sawit menghasilkan minyak berwarna merah yang dilaporkan ia mengandungi karoten untuk pro-vitamin A serta tokoferol dan tokotrenol lebih kepada vitamin E. Pengambilan tokotrenol boleh membantu mengurangkan kesan penyakit eczema dan juga ia boleh bertindak sebagai antikanser, mengurangkan kolesterol dan penyakit berkaitan kardiovaskular. Begitu juga kandungan vitamin E dalam minyak sawit merah baik untuk kulit termasuk melambatkan penuaan. Beberala laporan dari oakar nutrisi di negara China mengatakan minyak sawit merah dapat membantu meningkatkan lagi penglihatan terutamanya kanak-kanak. Khasiat minyak sawit merah agak sama dengan minyak kelapa sawit dara yang banyak diproses di Afrika. Di Afrika, kanak-kanak diberi satu sudu sehari untuk diminum yang sudah cukup untuk memperoleh vitamin A dan E hariann yang diperlukan. Di Malaysia dimana minyak sawit merah tidak begitu terkenal untuk diamalkan kerana baunya yang pelik dan berwarna merah. Difahamkan ada kalangan syarikat kecil menghasilkannya untuk dieksport ke luar negara tetapi bukan untuk pasaran tempatan. Di Jepun pula jkalangan rakyatnya menggunakan minyak sawit ini untuk dimakan dengan salad dan di Amerika Syarikat pun sudah semakin terkenal. 


Paling ramai suka mendengan mengenai minum minyak sawit merah adalah ada dakwaan dimana ia me
lambatkan proses penuaan. Penulis blog agak pasti dimana kalangan masyarakat tempatan lebih  mengenali minyak sawit yang berwarna kekuningan yang selalu digunakan untuk memasak. Sebenarnya ada satu lagi jenis minyak sawit dijual dalam pasaran yang dipanggil minyak sawit merah kerana warnanya yang merah-kemerahan. Telah dibuat kempen dimana jika anda inginkan kesihatan yang lebih baik serta kecantikan yang asli maka minyak sawit merah mampu membantu anda. Terdapat pelbagai khasiat yang boleh diperoleh daripada minyak sawit merah yang boleh digunakan bukan sahaja sebagai minyak masak akan tetapi sebagai rumusan penting dalam mengekalkan kesihatan dan juga kecantikan. Minyak sawit merah mengandungi asid lemak dan mikronutrien penting yang larut dalam lemak seperti bahan karotenoid (termasuk pro-vitamin A), vitamin D, E dan K. Asid lemak adalah penting untuk membina membran setiap sel dalam badan anda termasuk tulang, saraf dan otak manakala mikronutrien pula memastikan sel-sel tubuh anda sihat dan berfungsi dengan baik. Kandungan karoten dalam minyak sawit merah ini pula adalah lebih tinggi berbanding yang dikandung tomato mahupun lobak merah. Karoten ialah sejenis antioksida yang membantu menguatkan sistem imun badan, dan dikaitkan dengan penurunan risiko kanser, penyakit jantung dan katarak. Ia turut membantu melindungi tubuh anda daripada panahan UV matahari umpama memakai krim pelindung dari dalam. Karoten ini tidak terdapat dalam minyak sawit biasa yang berwarna kekuningan. Minyak sawit merah juga mengandungi vitamin E tokotrienol. Vitamin E tokotrienol yang diperolehi daripada minyak sawit merah mampu melindungi diri anda daripada serangan strok serta mempercepatkan jangkamasa pemulihan akibat serangan strok. Vitamin E tokotrienol juga mampu melambatkan keupayaan badan membentuk sel lemak baru serta mampu membunuh sel lemak sedia ada dimana perkara ini pastinya satu perkembangan baru yang mampu menyelesaikan masalah kegemukan. Gabungan kedua-dua antioksida iaitu karotenoid dan vitamin E tokotrienol, memainkan peranan penting dalam mengurangkan kesan tindakbalas radikal bebas yang berbahaya dalam badan, sekali gus membantu dalam melambatkan proses penuaan lalu mengekalkan kesihatan otak. Sakwaan dimana MSM melambat proses penuaan dan juga sebarang penyakit penuaan sebenarnya membabitkan keradangan. Minyak sawit merah boleh melambatkan proses penuaan melalui kemampuannya dalam mengurangkan keradangan itu. Ada beberapa kajian awal menunjukkan potensi minyak sawit merah dalam menghalang sel kanser payudara daripada merebak. MSM didakwa mampu dalam melambatkan keupayaan badan membentuk sel-sel lemak baru. MSM juga mampu melindungi diri anda daripada serangan strok serta mempercepatkan jangkamasa pemulihan akibat serangan strok kerana ia juga mengandungi vitamin E tokotrienol. Semuga artikel ini emberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
MINYAK SAWIT... JENIS MERAH ADA...
MINYAK MASAK... KUNING WARNA...
BANYAK KHASIAT... LAMBAT TUA...
BACA ARTIKEL... FAHAM INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Syawal 1442H).
Dikemaskini pada 19 Rabiulakhir 1447H.

Sunday, November 2, 2025

TANAM NANAS DALAM PASU

BAGAIMANA MENANAM NANAS DALAM PASU atau POLIBEG?... Kini perkara ini sudah tidak menjadi pelik kerana sudah ramai yang telah melakukannya. Pokok Nanas (Ananas comosus) merupakan sejenis pokok buah tropika daripada keluarga Bromaliaceae sama dengan keluarga kaktus. Terkini terdapat banyak spesis nanas yang diusahakan sebagai tumbuhan untuk menghasilkan buah nanas dan ada jenis nanas yang dijadikan sebagai tanaman hiasan (Bromeliads). Tanaman nanas diusahakan secara komersil daripada pekebun kecil sehingga kepada perladangan nanas yang luas. Daripada laporan statistik FAO didapati laporan pengeluaran nanas dunia adalah sebanyak 25.8 juta metrik tan dengan negara Costa Rica mengeluarkan 2.9 juta mt diikuti negara Brazil (2.7 juta mt), Filipina (2.6 juta mt), Thailand (1.9 juta mt), India (1.9 juta mt) dan Indonesia (1.3 juta mt). Malaysia mendudukki tangga ke 9 dalam pengeluaran nanas dunia dengan jumlah penghasilan sebanyak 468,000 metrik tan pada tahun 2016. Nanas lazimnya ditanam diatas tanah sama ada dari jenis tanah gambut atau pun tanah mineral yang menerima cahaya matahari 100% untuk mempastikan pertumbuhan yang optimum. Bergantung kepada varieti nanas yang ditanam, lazimnya ia berhasil selepas 11 - 18 bulan dan ia perlu dihormon untuk aruhan pembungaan dan menentukan jadual penuaian buah nanas. Nanas varieti MD2 kini telah menjadi varieti nanas segar yang sangat popular di tanam di Malaysia untuk pasaran domestik dan eksport. Nanas MD2 ini juga dipanggil sebagai 'nanas madu' kerana ciri-ciri kemanisannya dan kualiti premium yang dimilikkinya. Penanaman nanas diatas tanah atau ditas batas lazimnya disesuaikan dengan kaedah pengurusan dan juga varieti nanas. Bagaimana pun terkini penulis blog dapati sudah ramai yang berminat menanam nanas didalam pasu atau dalam polibeg besar untuk hiasan dan juga penghasilan buah (Sila lihat foto paling atas). Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya berfikir untuk terus berkarya artikel ke 5,006 agar anda dapat jadikannya sebagai bahan rujukkan dan bacaan.


Cara untuk menanam nanas dalam pasu mesti memilih pasu besar dengan saliran yang baik dan media tanaman berpasir atau campuran tanah, pasir, dan bahan organik. Sediakan benih nanas yang sihat, tanggalkan akar di pangkalnya, dan tanam anak benih. Letakkan pasu di tempat yang menerima cahaya matahari sekurang-kurangnya 6 jam sehari dan menyiram sekadar membasahkan tanah sahaja dan jangan terlalu kerap, serta mula membaja selepas 45-50 hari selepas menanam. Apa pun proses penyediaan awal mengambil pasu dimana dengan menggunakan pasu bersaiz besar atau yang mempunyai saliran yang baik. Jenis media tanaman disyorkan adalah daripada campuran yang mempunyai saliran baik seperti 1 bahagian tanah dengan 1 bahagian pasir serta 1 bahagian bahan organik atau 1 tanah dicampur 2 organik dan juga 3 bahagian pasir. Media tanaman yang peroi dan poros adalah penting untuk mengelakkan reput pangkal pokok. Pilih sulur atau anakbenih nanas premium yang sihat dan cukup saiznya.Cara mendapatkan benih adalah dengan perlu menanggalkan semua akar yang ada di bahagian pangkal anak benih sebelum menanam. Bagi menanam mesti diisi dengan media tanaman hingga hampir penuh. Kemudian ia di tanam anak benih nanas ke dalam pasu pada bahagian tengahnya dan di padatkan. Meletakkan pasu di kawasan yang mendapat cahaya matahari sekurang-kurangnya 6 jam sehari adalah sangat penting sebab pokok nanas merupakan tanaman yang perlukan cahaya matahari 100%. Bagi aktiviti penjagaan dari peringkat awal menanam lakukan penyiraman tetapi menyiram adalah hanya untuk membasahkan tanah dan jangan terlalu kerap. Ini kerana jika terlalu banyak air boleh menyebabkan pokok reput. Aktiviti pembajaan dimulakan pembajaan selepas 45-50 hari menanam iaitu dengan cara meneggunakan baja NPK jenis larut air dengan cara menyiram atau menyembur di tengah pucuk. Pokok nanas yang sesuai ditanam di semua kawasan kecuali kawasan banjir atau air bertakung. Apa pun dengan penjagaan baik lazimnya tempoh matang: mungkin boleh menikmati hasil dalam masa 9 hingga 10 bulan apabila buahnya cukup besar dan ada tanda pada mata buah yang kekuningan dibawahnya.


Penanaman pokok nanas dalam pasu sering dilakukan oleh pihak LPNM dan beberapa usahawan nanas tempatan untuk tujuan tertentu seperti bagi dijadikan bahan dalam pameran dan bahan untuk berkursus. Apa yang penting adalah saiz pasu atau polibeg untuk tanaman nanas pilih daipada yang bersaiz besar untuk membolehkan pokok tumbuh dengan baik untuk zon pengakaran dan juga untuk kestabilan ianya berdiri tegak. Isikan media tanaman dalam pasu atau polibeg dengan tanah campuran atau cocopeat atau media lain yang sesuai sehingga hampir penuh. Sebaiknya baja organik atau kompos boleh dimasukkan dalam pot ini sebelum menanam. Bila pasu atau polibeg ini telah diisi tanah maka sebaiknya ia disusun diatas lantai simen atau tanah biasa. Lantai simen membolehkan tidak akan ada rumpai yang tumbuh diantara polibeg tersebut yang akan menganggu proses pertumbuhan nanas. Pilih benih tanaman berkualiti sama ada dripada benih sulur tanah (Ground suckers), Benih Sulur Tangkai (Aerial suckers) atau pun paling baik mengambil benih daripada bahagian jambul nanas. Pastikan benih dirawat dengan racun kulat seperti Benlate sebelum ditanam. Jika gunakan jambul sebaiknya pastikan daging isi buah telah bersih dan tinggalkan sedikit bonggolnya yang ditanda dengan bulatan warna putih kerna lazimnya isi atau daging buah yang tersisa akan  membusuk dan menyebabkan penyakit pada tanaman. Jambul nanas juga perlu dikeringkan dulu selama seminggu untuk jaga pertumbuhannya. Ada juga yang merendam jambul nanas dalam beberapa hari sehingga akarnya keluar senelum menanam dalam pasu.


Daripada pengalaman penulis blog, media tanaman amat penting untuk di sediakan gabungan tanah genbur dengan pasir dan baja organik dengan kadar 3:2:1. Dalam pada itu pastikan dibawah pasu atau polibeg ini ada lubang untuk membolehkan air keluar dan menghalang akar terendam jika hujan yang boleh menyebabkan masaalah reput pangkal atau akar. Biasanya dimasukkan bahan seperti batu bata atau arang atau batu kerikil pada bahagian bawah pot dengan ketinggian sekitar 2-3 cm untuk memperbaiki drainage. Drainage yang kurang baik dapat menyebabkan tanaman akan cepat membusuk. Bila media tanaman sudah diisi maka seterusnya perlu dibuat lubang penanaman betul-betul ditengahnya untuk dimasukkan benih nanas tersebut (sama ada sulur atau jambul nanas). Langah seterusnya adalah menyusun pasu atau polibeg tersebut dengan jarak 1.5 - 2 kaki diantara batas dan barisan (Sila lihat foto disebelah). Susunam pokok sebaiknya mengikut arah matahari tuurun dan naik agar agihan cahaya matahari 100% dapat diterima setiap pokok tersebut. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan cara membuat penyiraman secara rutin iaitu denga kekerapan setiap 3-7 hari sekali. Pastikan anda menghindari dari membuat penyiraman yang terlalu kerap dimana perkara ini akan menyebabkan tanaman nanas itu menjadi lebih cepat busuk. Jika hujan tidak perlu disiram lagi untuk beberapa hari.


Pokok nanas dalam pasu atau dalam polibeg amat perlukan aktiviti pembajaan dengan sistematik. Sebaiknya baja butir NPK 15:15:15 diberikan semasa mula menanam dengan kadar 60 gram sepokok untuk beberapa kali aplikasi. Bubuh baja ini disekeliling permukaan tanah dalam pasu atau polibeg. Bagi mereka yang ada kemahiran boleh membeli baja cecari atau baja foliar dan disemburkan kepada bahagian daun pokok mengikut sukatan yang ditulis pada label. Kekerapan untuk menyembur baja foliar ini membolehkan tanaman nanas dalam pasu ini cepat membesar. Apabila cukup umur sekitar 7-8 bulan bergantung kepada varieti nanas maka pokok boleh dihormon (disembur dengan bahan penggalak aruhan pembungaan) seperti etephon atau karbid dan sebagainya. Buang rumput yang tumbuh dalam pasu atau disekililng susunan pasu atau polibeg. Pokok yang dihormon akan menghasilkan buah selepas 120 -135 hari kemudian bergantung kepada amalan agronomi dan juga varieti nanas. Bagaimana pun oleh kerana nanas ini mempunyai ruang tanah yang kecil biasanya proses tumbesaran agak lambat berbanding dengan tanaman nanas diatas tanah yang mana ia terbuka. Ada yang boleh menghasilkan buah nanas dan sesuai dipetik dalam masa 12 bulan tetapi lazimnya nanas dalam pasu akan berbuah selepas 12 - 24 bulan selepas ditanam. Pokok nanas dalam pasu ini mudah dibawa kemana-mana untuk tujuan pameran, latihan dan juga analisa makmal serta amalan agronomi. Sebaiknya pilih jenis nanas yang tidak berduri diletakkan disekeliling rumah agar tidak merbahaya kepada kanak-kanak yang cuba untuk memegangnya. Bila buah nanas cukup matang ia boleh dituai dengan memotong tangkainya dengan pisau tajam. Buah nanas dari pasu ini biasanya sesuai untuk terus dikupas dan dimakan terutama jika nanas tersebut daripada varieti nanas premium MD2. Buah yang dipetik ini boleh dikumpulkan, dibuat penggredan dan juga dibersihkan sebelum ianya dihantar untuk pasaran domestik atau pasaran eksport untuk eksport.


Penanaman nanas dalam pasu besar atau polibeg besar ini juga sesuai dijadikan satu kaedah untuk menghasilkan benih nanas seperti nanas MD2.  Apabila buah nanas dipetik maka perlu ianya dijaga dengan mencantas daun nanas dan kemudian ia disembur dengan baja iaitu menggunakan baja foliar atau baja butir bagi tujuan untuk 'boost' tunggul nanas agar mengeluarkan sulur benih. Ia juga akan menghasilkan diantara 2-5 buah sulur bergantung kepada cara amalan agronomi yang disyorkan. Beberapa minggu kemudian tunas benih akan keluar dan boleh dikutip setelah ia mencecai saiz 12 inci panjang. Benih tersebut kemudian dikumpulkan dibersihkan dan diikat dalam kuantiti 50 sulur satu ikatan. Pada masa artikel ini ditulis dilaporkan harga anakbenih sulur nanas MD2 adalah diantara RM1.50 - RM2.50 sepokok kerana masih mendapat permintaan yang terlalu tinggi. Benih nanas MD2 boleh dikatakan akan terus kekal dengan harga yang agak lebih tinggi daripada pasaran tempatan atau untuk kilang nanas. Kepada anda pembaca blog anim agro technology boleh berhubung terus dengan beberapa usahawan atau yang mempunyai hobi tanam nanas boleh diberikan info melalui kursus yng diadakan LPNM secara berkala. Semuga anda semua mendapat info beguna untuk dibaca dan dirujuk. Wasallam!...
TANAM NANAS DALAM PASU.. TERSEDIA...
MEDIA DIMASUKKAN... BENIH DICARINYA...
DIBUBUH BAJA... IKUT PERATURANNYA...
BUAH DIHASILKAN... PETANI GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist
Jalan Padi Ria 11, Bandar Baru UDA,
Johor BAhru, Johor,
Malaysia.
(14 Rabiulakhir 1440H).
Dikemaskini pada 9 Jamadilawal 1447H.

Saturday, November 1, 2025

KICAP OH KICAP!


KICAP (soy souce)
adalah sejenis sos perisa yang dihasilkan daripada fermentasi biji soya, gandum, garam dan air. Kicap pada [enulis blog memang sejenis cecari yang wajib ada di rumah dimana banyak di gunakan setiap masa. Kicap juga ia merupakan bahan penting dalam masakan Malaysia dan Asia Tenggara untuk menambah rasa umami, warna dan aroma pada makanan seperti nasi goreng, mee goreng, ikan masak kicap, makan telur separuh masak dan pelbagai jenis lauk-pauk enak jika ada kicap. Terdapat pelbagai jenis kicap dengan rasa yang berbeza seperti Kicap manis, Kicap pekat, Kicap masin dan Kicap berperisa (contohnya kicap Sabah dan kicap Tong Nam di Sarawak). Lazimnya kicap tempatan adalah halal dan di sediakan atau di proses dengan menggunakan bahan asasnya daripada fermentasi biji soya, gandum, garam dan air. Apa pun fungsi dimana ia selslu digunakan untuk menambah rasa keenakan makanan, warna, dan aroma pada masakan sama ada resepi lama atau pun resepi baru. Selalu kicap di bubuh didalam makanan seperti makanan nasi goreng, laksa, mi kolok dan pelbagai jenis hidangan lauk-pauk lain termasuk ikan masak kicap. Di Malaysia jenis kicap paling popular adalah Kicap Masin dan Kicap manis dan juga kicap lemak manis. Dalam proses pembuatannya di laporkan ada pengusaha gunakan bahan ikan laut kadang-kadang juga dipergunakan sebagai salah satu bahannya. Menurut kajian di mana perkataan 'kicap' ini juga didakwa berasal daripada bahasa Hokkien 'kôechiap' atau 'kê-tsiap' dimana dari segi sejarah di laporkan makanan kicap pada asalnya merupakan produk sampingan daripada penyimpanan garam yang mana bahan tersebut mempunyai harga yang begitu tinggi pada zaman silam. Terdapat catatan yang dibuat pada zaman dinasti Zhou di Chima mengenai penggunaan pekasam ikan masin sebagai sos makanan dimana ikan sebegini turut mengandungi kacang soya sebagai bahan pengawet. Kaedah ini kemudiannya diolah pada zaman dinasti Han dengan penukaran kepada pes kacang soya sebagai bahan utamanya. Makanan Kicap turut diperkenalkan kepada orang Jepun pada kurun ke-7 melalui kedatangan sami-sami Buddha ke negara tersebut. Asasnya aktiviti pembuatan kicap di seluruh dunia adalah ia dibuat oleh perusahaan skala kecil dan sederhana tetapi kini sudah banyak produk kicap di jadikan industri kicap dimana masing-masing memiliki ramuan yang rahsia atau resepi yang khusus sehingga rasa kicap yang dihasilkan masing-masing memiliki nilai yang 'lebih enak' berbanding dengan yang lain dan aktiviti iklan mengenai kicap ada dimana-mana sahaja. Asas membuat kicap adalah agak serupa dimana kacang soya ditapaikan dengan kulapuk (Aspergillus sp dan Rhizopus sp) menjadi sejenis tempe soya. Produk 'tempe' ini ia kemudian dikeringkan dan direndam di dalam larutan garam. Garam merupakan sebatian yang selektif terhadap pertumbuhan mikrob. Hanya mikrob yang dapat bertahan daripada garam saja yang tumbuh di dalam larutan kacang soya tersebut dan pada umumnya terdiri daripada berbagai-bagai jenis ragi dan bakteria tahan garam seperti Zygosaccharomyces (ragi) dan Lactobacillus spp (bakteria). Mikrob-mikrob ini berfungsi dengan memecah-mecahkan protein menjadi asid-asid amino dan komponen-komponen perasa,serta menghasilkan asid. Penapaian tersebut terjadi sekadar garam cukup tinggi iaitu antara 15 hingga 20%. Bagi kebanyakan orsng Malaysia mereka suka dengan produk 'Kicap manis' apabila jenis kicap ini juga sejenis kicap mengandungi kandungan garam yang tinggi. Terdapat kes dilaporkan yang mana meminum sebotol kicap sekali gus boleh menyebabkan keadaan yang boleh membawa maut dimana kes atau keadaan yang dikenali sebagai 'hipernatremia' atau kes apabila berlaku bahan terdapat terlalu banyak garam di dalam darah. Selalunya kicap di gunakan dengan sedikit sahaja dalam makanan atau masakan laukpauk sehingga memberikan rasa enak berballor kepada pemakannya. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas dengan menulis mengebai kicap dan fakta menarik untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan pembaca blog ini semua.



Di Malaysia ada t erdapat pelbagai jenis kicap dengan rasa yang berbeza seperti Kicap manis, Kicap pekat, Kicap masin dan Kicap berperisa dan beberapa lagi. 
KICAP MASIN (soy sauce or light soy sauce)  adalah jenis kicap yang lebih cair dan kurang manis berbanding kicap manis. Warnanya juga lebih gelap dan ada rasa masin yang kuat. Kicap ini dibuat dari kacang soya yang diperam bersama garam, kemudian disaring untuk dapatkan cecair yang jernih kecoklatan. Kicap masin sangat sesuai digunakan dalam masakan jenis tumis dan stir-fry, seperti mi goreng mamak, kuetiau goreng atau dalam sup untuk memberikan rasa masin yang cukup. memang semua juga boleh menambah sedikit kicap masin dalam sup ayam atau sup sayur untuk memberikan rasa yang lebih 'kick'. Oleh kerana kicap masin ini agak masin, lebih baik menambahnya sedikit-sedikit agar masakan tidak terlalu masin. Biasanya diantara contoh masakan yang sesuai menggunakan kicap masin adalah sayur campur goreng, mi goreng basah dan sup ayam ringkas. Jenis kedua adalah KICAP LEMAK MANIS atau pun ia lebih dikenali sebagai ‘kicap kipas udang’ satu jenama popular di Malaysia yang merupakan gabungan kicap manis yang tidak terlalu pekat dengan rasa ‘lemak’ dan manis yang seimbang. Kicap ini sangat sesuai untuk mereka yang tidak suka kicap yang terlalu masin tetapi masih mahu menikmati rasa soya yang ada sedikit rasa manis. Jenis kicap ini boleh digunakan seperti kicap biasa, tetapi ia ada rasa yang lebih ‘lemak’ berbanding kicap manis yang biasa. Ia juga sedap dijadikan sos pencicah dengan cili padi atau bawang hiris, terutamanya untuk makan dengan sup tulang. Kalau nak cepat, tuang saja atas nasi panas bersama taburan bawang goreng yang simpel dan enak di makan. Diantara masakan yang boleh menggunakan kicap lemak manis adalah telur dadar campur bawang (dengan titisan kicap lemak manis), ayam kicap bersayur dan sambal kicap Johor (untuk rasa yang lebih berlemak). Penulis blog memang sentiasa membuat sambal kicap Johor dan dihidangkan diatas meja makanan untuk di nikmati. Jenis ketiga adalah KICAP KARAMEL ata di panggil juga sebagai 'Kicap Manis' atau dalam bahasa Inggeris dipanggil 'Thick soy sauce atau Sweet soy sauce'. Apa pun jenis kicap karamel atau kicap manis ini lebih pekat dan manis berbanding kicap masin. Kadang-kadang ia sedikit melekit kerana proses pembuatannya ada tambahan gula atau molases (karamel). Warnanya juga lebih gelap, hampir hitam dan di sesetengah tempat di Malaysia, kicap ini dikenali sebagai “kicap karamel” kerana rasa dan teksturnya. Kicap ini paling sedap digunakan dalam masakan seperti ayam masak kicap, daging masak kicap atau hanya untuk cicah dengan nasi panas dan telur goreng. Ia juga sangat sesuai untuk perapan ayam atau daging, memberi rasa manis yang seimbang dengan rempah-rempah dalam masakan. Selain itu, kicap karamel boleh dijadikan sos pencicah yang mudah untuk cucur udang atau cucur ikan bilis. Jenis keempat adalah KICAP CAIR atau 'Kicap Putih' dimana walaupun namanya “putih”, sebenarnya tidak betul-betul berwarna putih. Ia lebih jernih berbanding kicap masin biasa dan rasanya tidak terlalu masin. Teksturnya cair dan warnanya pula perang muda, memberikan rasa yang lebih ringan. Kicap putih sering digunakan dalam masakan Cina seperti ayam hainan atau sup-sup jernih. Selain itu, ia juga boleh menggantikan garam dalam masakan tumis sayur ala Chinese style untuk memberi rasa yang lebih sedap tanpa mengubah warna masakan. Apa pun diantara contoh masakan yang sesuai menggunakan kicap putih termasuk tumis sawi putih dengan udang, ayam hainan dan sup ikan merah, untuk memberikan rasa soya yang lebih ringan. Jenis kelima adalah KICAP BEREMPAH dimmana selalunya kicap ini ditambah dengan pelbagai rempah seperti bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan halia. Rasanya ada campuran manis, masin serta aroma rempah yang kuat. Walaupun kicap ini agak pekat tetapi ia tidak semanis kicap manis biasa. Kicap berempah sangat sesuai untuk masakan yang memerlukan gabungan rasa kicap dan rempah, seperti daging kicap berempah atau ayam kicap berempah. Ia juga boleh dilumur pada ayam sebelum ianya dipanggang atau dibakar dalam ketuhar, memberikan aroma yang sangat menggoda. Diantara contoh masakan yang menggunakan kicap berempah adalah ayam kicap berempah, daging masak kicap ala kenduri dan perapan kambing kicap.


Beberapa isu dan fakta mengenai khasiat kicap selalu di bincangkan di mana-mana sahaja. Bagi penulis blog dan ramai rakyat Malaysia memang suka makan telur ayam separuh masak dengan kicap terutama semasa sarapan pagi (Sila lihat foto disebelah). Makanan ini ada memang ia di sediakan di kebanyakan hotel dan restoren termasuk di restoren mamak. Apa pun memang ramai pengguna tahu dimana disebabkan bahan asas yang digunakan adalah kacang soya dam garam maka ia berikan kesan positif dan negatif kepada pengguna bergantung kepada cara dan kuantiti penggunaan. Kicap adalah perasa makanan yang amat biasa digunakan untuk masakan di negara kita dan juga banyak negara di Asia. Kicap boleh menambahkan rasa pedas, manis, masin dan apa jua rasa mengikut kreativiti untuk makanan anda. Terdapat banyak khasiat yang kita perolehi daripada kicap diantaranya adalah sumber Natrium (Na) yang merupakan salah satu mineral penting yang diperlukan untuk fungsi asas badan termasuk fungsi saraf yang mengawal tekanan darah. Apa pun kajian menyatakan jika bahan Natrium yang lebih rendah daripada garam dimana kicap mempunyai tahap kemasinan yang hampir sama dengan garam tetapi kandungan natriumnya jauh lebih rendah daripada jumlah natrium yang terdapat dalam garam. Kicap dapat menggantikan garam dalam makanan iaitu ia mengurangkan jumlah kandungan natrium sehingga 50%. Khasiat kedua kicap dimana ia adalah Sumber Anti-alergik apabila kajian saintis sudah membuat kesimpulan bahawa kicap mempunyai potensi besar dalam merawat sakit alahan. Dilaporkan khasiat ketiga dimana kicap merupakan salah satu Sumber antioksida dimana bahan antioksidan semulajadi yang terdapat dalam kicap dapat melindungi badan daripada kerosakan akibat radikal bebas pada badan secara semula jadi. Antioksidan dalam kicap membantu mengurangkan seperti kesan keradangan dan dapat menyelaraskan aktiviti pengeluaran asid gastrik yang membantu didalam proses penghadaman. Apa pun bahan kicap atau lebih dikenali sebagai sos soya dimana ia mempunyai beberapa khasiat yang bermanfaat. Antaranya yang dilaporkan ia kaya dengan antioksidan yang membantu melindungi tubuh daripada kerosakan radikal bebas, serta berpotensi dalam merawat alahan. Selain itu, kicap juga boleh meningkatkan rasa dan aroma masakan, menjadikannya lebih sedap dan mampu tambah menyelerakan aktiviti makan. Khasiat Kicap sebagai bahan Antioksidan bila ia mengandungi shoyuflavones iaitu sejenis antioksidan semulajadi yang melindungi tubuh daripada kerosakan radikal bebas. Kicap juga ada Potensi Antialergik apabila ada beberapa kajian menunjukkan kicap boleh membantu mengurangkan tindak balas alahan. Pasti dimana kicap akan Meningkatkan Rasa dimana kicap boleh menambah rasa masin, manis, dan umami pada masakan, menjadikannya lebih sedap dan beraroma. Kicap juag ia adalah bersifat Antimikrob yang boleh membantu melindungi tubuh daripada bakteria tertentu. Masyarakat fi Malaysia umumnya tahu akan keberadaan 3 jenis kicap popular di pasaran. Pertama adalah jenis Kicap Manis yang biasanya digunakan dalam masakan harian untuk memberikan rasa manis dan warna gelap pada masakan. Kedua adalah jenis Kicap Masin dan ia sering digunakan untuk menambah rasa masin pada masakan dan ketiga adalah jenis Kicap Sotong yang mana ia dikenali dengan rasanya yang unik dan aroma laut, sering digunakan untuk masakan ikan dan hidangan pan.


Menarik kisah dan fakta dalam metrotv dimana 'Kilang kicap guna botol kitar semula' juga berlku insiden ini di Pulau Pinang untuk di kongsikan. Dilaporkan kerana mahu menjimatkan kos maka ada sebuah kilang memproses kicap di Bagan Lebai Tahir yang mereka dipercayai menggunakan botol yang dikitar semula sebelum menjual produk itu kepada pelanggan. Ia susulan penemuan botol terpakai yang dipercayai diperoleh daripada pihak lain di kawasan terbuka kilang itu, ketika serbuan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, kira-kira 10 pagi hari ini. Pegawai Kesihatan BKKM Mohd Wazir Khalid berkata, botol itu dibersihkan sendiri oleh kakitangan kilang berkenaan sebelum digunakan semula, namun cara pembersihannya didapati tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Dalam pemeriksaan ada didapati banyak botol terpakai yang dipercayai kemudian ia akan digunakan semula dalam operasi hari ini. Cara yang di buat untuk kerja pembersihan botol dibuat secara manual yang mana pekerja akan mencuci dengan sabun biasa, kemudian diletakkan di kawasan yang boleh menyebabkan pencemaran pada produk yang dikeluarkan. Ada juga pelbagai kesalahan lain turut ditemui di kilang berkenaan diantaranya penggunaan peralatan yang menimbulkan keraguan pihak penguasa KKM dimana dilihat yang kilang ini juga didapati ada menggunakan gentian kaca (untuk proses perapan dan penyimpanan soya) yang berdasarkan temubual bersama pemilik, memaklumkan bahawa ia sudah diamal selama 20 tahun, manakala kilang pula sudah beroperasi 50 tahun. Hasil dari pemeriksaan pada gentian kaca itu didapati agak lama dan dikhuatiri reput yang kita risau berlaku pencemaran fizikal selain boleh sebabkan keracunan makanan dimana kelihatan juga dikesan ranting kayu, daun dan bulu burung di kawasan proses pemerapan. Di bahagian pengeringan soya juga menemui kulat yang boleh menyebabkan keracunan dan merisikokan kesihatan pengguna. Selain kilang itu pemeriksaan mendapati turut menyerbu premis membuat roti yang beroperasi selama enam tahun di Raja Uda, di sini selepas didapati mengabaikan kebersihan dan najis tikus turut ditemui di tempat penyimpanan dulang roti yang tidak digunakan. KKM juga mendapati terdapat kesan lapisan minyak pada troli dulang bertingkat dan dulang roti itu sendiri, yang boleh menitis ke atas roti mentah di bahagian bawah. Ini boleh menyebabkan pencemaran pada makanan dan keracunan. Dilaporkan jika pemilik kilang kicap dan roti didapati gagal mengamalkan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) dan sembilan kompaun berjumlah hampir RM9,000 dikeluarkan. Tindakan penutupan selama dua minggu dikenakan mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983 bagi membolehkan kedua-duanya menjalani proses pembersihan. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

MAKANAN KICAP...SEJENIS CECAIR DIA....
MUDAH DI BELI... DI MANA-MANA SAHAJA...
ADA KICAP MASIN... LEMAK MANIS JUGA...
LAZATKAN MAKANAN...KENA BERJAGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka, 
Melaka,
Malaysia.
(8 Jamadilawal 1447Hijrah).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...