Support My Blog

Saturday, January 10, 2015

KELAPA - KELAPA MGD


KELAPA MGD (Malayan Green Dwarf) merupakan satu varieti kelapa renek yang kurang dikenali dan sedikit ditanam di Malaysia sebagai tanaman untuk menghasilkan biji kelapa. Penulis blog semasa membuat tinauan rambang mendapati kelapa jenis ini sering dijadikan tanaman landskap yang mana ia juga mampu mendatangkan hasil. Kelapa varieti ini (Cocos nucifera) dipercayai natif di Malaysia berdasarkan kepada nama diberikan iaitu Malayan Green Dwarf atau Kelapa Renek Hijau (KRH).  Kelapa ini masih lagi belum didaftarkan didalam senarai varieti tanaman Malaysia (National variety listing) tetapi dua lagi kelapa renek telah didaftarkan iaitu Kelapa Renek Merah (MRD - CN4) dan juga Kelapa Renek Kuning (MRD - CN5). Mungkin ada dikalangan pembaca rupa-rupanya ada menanam sepokok dua pokok MGD ini dikawasan keliling rumah terutama mereka yang duduk dikawasan kampong tradisional. Mendengar namanya tentu kita boleh mengagak bahawa pokok kelapa ini adalah jenis renek berbanding dengan jenis kelapa tinggi. Kelapa boleh dibahagikan kepada dua kategori mudah iaitu jenis KELAPA RENEK (Dwarf) dan juga KELAPA TINGI (Tall). Antara varieti kelapa renek yang ada dinegara kita seperti Malayan Green Dwarf (MGD), Malayan Yellow Dwarf (MYD), Malayan Red Dwarf (MRD) dan juga Malayan Brown dwarf (MBD).  Jenis kelapa tinggi pula adalah seperti Malayan Tall (MT), Tagnanan (TAG) dan West African Tall (WAT). Bagaimana pun kini terdapat gabungan diantara kelapa renek dengan kelapa tinggi yang dipanggil sebagai kelapa kacukan (Hibrid) seperti MAWA (Antara Malayan Tall dengan WAT), MATAG (Antara MRD/MYD dengan Kelapa Tagnanan) dan beberapa lagi. Memang banyak varieti kelapa yang ujud diseluruh dunia terutama dikawasan negara yang berpulau-pulau sebagai tanaman penting menjadi sumber ekonomi mereka. Ini kerana tanaman kelapa adalah dari jenis yang lasak dan mempunyai jenis benih yang 'keras kepala' atau 'recalcitrant seeds'. Apa pun artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman kelapa varieti Malayan Green Dwarf untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Pokok Kelapa Renek Hijau atau dalam bahasa Inggeris sebagai (Malayan Green Dwarf - MGD) ini selalu tumbuh menegak dengan ketinggian antara 15-25 kaki pada keadaan biasa. Bentuk kanopi pokok sama dengan kelapa lain iaitu menegak dan berdaun dibahagian pucuk. Ia mempunyai kadar pertumbuhan secara sederhana. Kelapa ini mempunyai susunan daun berputar (Spiral) dengan jenis daun kompoun pinat. Uniknya kelapa MGD ini adalah kerana ia mempunyai warna daun, pelepah dan buah yang hijau cerah. Panjang etial helai daun sekitar 16 -18 inci dengan susunan daun bertentangan pada pelepahnya. Selain earna hijau kadang-kadang ia bercampur dengan warna seperti kekuningan sedikit. Kelapa MGD mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan yang keluar secara spiral mengikut susunan sekali sebulan. Ia menjalankan kaedah pendebungaan berbantu atau oleh agen semulajadi eperti serangga, lebah madu, kumbang dan juga angin. Oleh kerana ia jenis 'pure line' maka buah kelapa yang dihasilkan oleh pokok MGD dalam keadaan terkawal boleh dijadikan benih (walau pun diperingkat semaian kita boleh melalkukan penakaian benih yang tidak sesuai). Pemilihan pokok yang subur dengan buar lebih 80 biji sepokok setahun membolehkan ia amat sesuai untuk di kolersilkan.


Buah Kelapa MGD ini berbentuk Oval atau Bulat dengan warna hijau ketika muda dan akan menjadi coklat kehitaman apabila masak dan gugur (Sila lihat foto disebelah). Buah ini berukuran antara 6 - 12 cm ukurlilit dengan ada lapisan sabut sederhana tebal. Pokok kelapa MGD cepat berhasil berbanding dengan pokok kelapa jenis tinggi (seperti Malayan Tall dan Tagnanan) iaitu hanya mengambil masa 3-4 tahun sahaja. Kebanyakan kelapa tinggi akan mengeluarkan bual selepas 6-7 tahun ditanam. Satu tandan pada umur pokok 5-6 tahun mampu menghasilkan sebanyak 18 - 30 biji kelapa (nuts) bergantung kepada penjagaan tanaman dan amalan agronomi. Walau pun saiz kelapa ini agak kecil daripada kelapa tinggi Malaysn Tall, tetapi beberapa biji yang dibuang dari tandan diperingkat awal (penakaian) membolehkan ia menghasilkan buah kepala MGD yang besar. Kelapa ini boleh digunakan untuk menghasilkan santan dan produk lain berasaskan santan. Air kelapa MGD walau pun tidak seenak kelapa pandan masih boleh diminum sebagai air kelapa.


Penanaman Kelapa MGD dilakukan sebagai tanaman tunggal atau secara intergrasi dengan tama,am lain. Sistem penanaman yang sesuai adalah secara Sistem Tigasegi atau Sistem Empat Segi.  Bagaimana pu teknik menanam secara tigasegi lebih sesuai dilakukan dikawasan kebun petani untuk mendapatkan bilangan kepadatan pokok lebih tinggi. Jarak penanaman adalah 6.5 meter x 6.5 meter untuk memberikan kepadatan sebanyak 272 pokok sehektar. Bagaimana pun jika hendak menanam secara intergrasi adalah dengan nenas disyorkan menanam kelapa dengan jarak 7 meter x 7 meter untuk memberikan kepadatan 204 pokok sehektar. Cara ini membolehkan petani menanam sebanyak 10,790 pokok nenas sehektar. Nenas ditanam dengan jarak 60 cm x 60 cm sama ada secara 6 baris selorong (sebanyak 166 pokok sebaris untuk 12 lorong) atau 5 baris selorong (sebanyak 166 pokok sebaris untuk 13 lorong sehektar). Penanaman secara intergrasi dengan nenas akan memberikan pendapatan lebih kepada petani dan cepat berhasil. Penanaman kelapa MGD boleh juga digalakan dikalangan penduduk kampong sama ada secara komersil atau juga untuk dijadikan pokok hiasan dikawasan rumah atau sepanjang kampong. Ia mudah dijaga dan mampu memberikan hasil kelapa. Wasallam!...
KELAPA MGD... HIJAU WARNANYA...
POKOK RENDAH...LEBAT BUAHNYA...
CEPAT BERHASIL...BENIH DIMANA...
TANAM MGD...  BERBALOIKAH DIA....

By,
M Anem,
Senior Agronomit,
Pusat Pertanian Parit Botak,
Senggarang, Batu Pahat,
Johor, Malaysia,
(13 RabiulAwal 1436H)

Friday, January 9, 2015

KELAPA - KELAPA MRD


KELAPA MRD (Malayan Red Dwarf) merupakan satu varieti kelapa renek yang banyak ditanam di Malaysia sebagai tanaman untuk menghasilkan biji kelapa disamping menjadi tanaman landskap yang mendatangkan hasil. Kelapa varieti ini (Cocos nucifera) dipercayai natif di Malaysia berdasarkan kepada nama diberikan iaitu Malayan Red Dwarf atau Kelapa Renek Merah (KRM).  Mungkin ada dikalangan pembaca rupa-rupanya ada menanam sepokok dua pokok MRD ini dikawasan keliling rumah terutama mereka yang duduk dikawasan kampong tradisional. Mendengar namanya tentu kita boleh mengagak bahawa pokok kelapa ini adalah jenis renek berbanding dengan jenis kelapa tinggi. Kelapa boleh dibahagikan kepada dua kategori mudah iaitu KELAPA RENEK (Dwarf) dan juga KELAPA TINGI (Tall). Antara varieti kelapa renek yang ada dinegara kita seperti Malayan Green Dwarf (MGD), Malayan Yellow Dwarf (MYD), Malayan Red Dwarf (MRD) dan juga Malayan Brown dwarf (MBD).  Jenis kelapa tinggi pula adalah seperti Malayan Tall (MT), Tagnanan (TAG) dan West African Tall (WAT). Bagaimana pun kini terdapat gabungan diantara kelapa renek dengan kelapa tinggi yang dipanggil sebagai kelapa kacukan (Hibrid) seperti MAWA (Antara Malayan Tall dengan WAT), MATAG (Antara MRD/MGD/MYD dengan Tagnanan) dan beberapa lagi. Memang banyak varieti kelapa yang ujud diseluruh dunia terutama dikawasan negara yang berpulau-pulau sebagai tanaman penting menjadi sumber ekonomi mereka. Ini kerana tanaman kelapa adalah dari jenis yang lasak dan mempunyai jenis benih yang 'keras kepala' atau 'recalcitrant seeds'. Apa pun artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai jenis tanaman kelapa varieti Malayan Red Dwarf untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Pokok Kelapa Renek MRD/KRM ini tumbuh menegak dengan ketinggian antara 25-50 kaki pada keadaan biasa. Bentuk kanopi pokok sama dengan kelapa lain iaitu menegak dan berdaun dibahagian pucuk. Ia mempunyai kadar pertumbuhan secara sederhana. Kelapa ini mempunyai susunan pengeluaran daun yang berputar (Spiral) dengan jenis daun kompoun pinat. Uniknya kelapa MRD ini adalah kerana ia mempunyai warna daun hijau kekuningan, warna pelepah kining kehijauan dan buah yang berwarna kuning pekat kemerahan. Panjang setiap helai daun sekitar 16 -18 inci dengan susunan daun bertentangan pada pelepahnya. Selain buah MRD warna kuning pekat kemerahan kadang-kadang ia bercampur dengan warna seperti kekuningan sedikit. Kelapa MRD mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan yang keluar secara spiral mengikut susunan sekali sebulan. Ia menjalankan kaedah pendebungaan berbantu atau oleh agen semulajadi eperti serangga, lebah madu, kumbang dan juga angin. Oleh kerana ia jenis 'pure line' maka buah kelapa yang dihasilkan oleh pokok MRD dalam keadaan terkawal boleh dijadikan benih (walau pun diperingkat semaian kita boleh melalkukan penakaian benih yang tidak sesuai). Pemilihan pokok yang subur dengan buar lebih 80 biji sepokok setahun membolehkan ia amat sesuai untuk di kolersilkan.


Buah Kelapa MRD ini berbentuk Oval atau Bulat dengan warna hijau ketika muda dan akan menjadi warna coklat kehitaman apabila masak dan gugur (Sila lihat foto disebelah). Buah ini berukuran antara 6 - 12 cm ukurlilit dengan ada lapisan sabut sederhana tebal. Pokok kelapa MRD cepat berhasil berbanding dengan pokok kelapa jenis tinggi (seperti Malayan Tall dan Tagnanan) iaitu hanya mengambil masa 3-4 tahun sahaja. Kebanyakan kelapa tinggi akan mengeluarkan bual selepas 6-7 tahun ditanam. Satu tandan pada umur pokok 5-6 tahun mampu untuk ia menghasilkan sebanyak 18 - 30 biji kelapa (nuts) bergantung kepada penjagaan tanaman dan amalan agronomi. Walau pun saiz kelapa ini agak kecil daripada kelapa tinggi Malaysn Tall, tetapi beberapa biji yang dibuang dari tandan diperingkat awal (penakaian) membolehkan ia menghasilkan buah kepala MRD yang besar. Kelapa ini boleh digunakan untuk menghasilkan santan dan produk lain berasaskan santan. Air kelapa MRD walau pun tidak seenak kelapa pandan masih boleh diminum sebagai air kelapa. 


Penanaman Kelapa MRD dilakukan sebagai tanaman tunggal atau secara intergrasi dengan tama,am lain. Sistem penanaman yang sesuai adalah secara Sistem Tigasegi atau Sistem Empat Segi.  Bagaimana pu teknik menanam secara tigasegi lebih sesuai dilakukan dikawasan kebun petani untuk mendapatkan bilangan kepadatan pokok lebih tinggi. Jarak penanaman adalah 6.5 meter x 6.5 meter untuk memberikan kepadatan sebanyak 272 pokok sehektar. Bagaimana pun jika hendak menanam secara intergrasi adalah dengan nenas disyorkan menanam kelapa dengan jarak 7 meter x 7 meter untuk memberikan kepadatan 204 pokok sehektar. Cara ini membolehkan petani menanam sebanyak 10,790 pokok nenas sehektar. Nenas ditanam dengan jarak 60 cm x 60 cm sama ada secara 6 baris selorong (sebanyak 166 pokok sebaris untuk 12 lorong) atau 5 baris selorong (sebanyak 166 pokok sebaris untuk 13 lorong sehektar). Penanaman secara intergrasi dengan nenas akan memberikan pendapatan lebih kepada petani dan cepat berhasil. Penanaman kelapa MRD boleh juga digalakan dikalangan penduduk kampong sama ada secara komersil atau juga untuk dijadikan pokok hiasan dikawasan rumah atau sepanjang kampong. Ia mudah dijaga dan mampu memberikan hasil kelapa. Wasallam!.



KELAPA MRD... KEMERAHAN WARNANYA...
POKOK RENDAH...LEBAT BUAHNYA...
CEPAT BERHASIL...BANYAK HASILNYA...
TANAM MRD... PASTIKAN ASAL BENIHNYA....

By,
M Anem,
Senior Agronomit,
Pusat Pertanian Parit Botak,
Senggarang, Batu Pahat,
Johor, Malaysia,
(13 RabiulAwal 1436H)

Thursday, January 8, 2015

BENIH KELAPA MATAG - PROSES SEMAIAN


BENIH KELAPA MATAG (Cocos nucifera) kini merupakan jenis benih kelapa hibrid yang dihasilkan melalui proses pendebungaan silang (Cros pollination) diantara Bunga betina Kelapa Rendah Malaya (MRD atau MYD) dengan bunga jantan daripada Kelapa Tinggi Tagnanan. Kelapa ini mendapat permintaan yang tinggi dikalangan penanam kelapa di Malaysia kerana kemempaunnya menghasilkan buah kelapa yang tinggi dan cepat berhasil berbanding dengan Kelapa Tinggi malaya (Malayan Tall Variety) yang banyak ditanam selama ini. Walau pun kini benih ini agak sukar diperolehi, namun penulis medapat info menyatakan kapasiti pengeluaran benih kelapa Matag dalam negara sekitar 150,000 - 180,000 pada tahun 2014 dan akan meningkat lagi. Pengeluaran benih kelapa hibrid ini hanya boleh dihasilkan oleh Kebun Benih Terpilih yang telah dikhususkan untuk pengeluaran benih hibrid ini. Ini kerana benih kelapa Matag F2 yang dihasilkan darii pokok Matag F1 tidak boleh dijadikan benih tanaman kelapa matag kerana ia mungkin akan menjadi pokok induk asalnya atau dalam bahasa mudah bukan kelapa matag lagi. Terdapat beberapa usahawan nurseri swasta yang mendakwa mempunyai benih kelapa matag ini tetapi perlu disiasat kerana hanya ada 5 pengeluar benih kelapa Matag di Malaysia yang dijamin ketulinannya. Pengeluar tersebut adalah 3 kebun benih iaitu oleh Jabatan Pertanian (Jorak di Johor, Lekir di Perak dan Menumbok, di Sabah), United Plantation Estates di Teluk Intan dan NLFCS Estates di Sg Siput, Perak. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai proses penyediaan penuaian hasil dan semaian untuk membuat benih hibrid kelapa Matag untuk pengetahuan dan rujukan pembaca semua.


Penulis dapati penuaian buah kelapa yang telah dikacukan boleh dilakukan selepas 11-12 bulan pendebungaan. Antara kriteria buah kelapa yang sesuai untuk dijadikan biji benih adalah seperti buah kelapa tersebut telah kering dan berwarna perang kehitaman sama ada gugur atau melekat pada tangkai. Buah tersebut mestilah bebas dari serangan penyakit dan perosak. Pastikan ia berkocak semasa biji kelapa digoncang dan pastikan bentuknya adalah normal atau tiada kecacatan yang ketara. Buah yang baik lazimnya mempunyai ukurlilit tidak kurang dari 40 cm garispusat. Kumpulkan semua buah kelapa ini dan bawa kelokasi yang sesuai untuk dibuat pemilihan sebelum proses menyemai. Sebaiknya ia disimpan dibawah kawasan berteduh dengan 50% cahaya dengan tempoh penyimpanan tidak boleh melebihi 30 hari. Peratus percambahan akan berkurangan jika benih tersebut disimpan terlalu lama atau ia akan mengeluarkan tunas jika dikumpulkan. Sediakan tempat semaian sesuai mengikut spesifikasi tapak semaian kelapa. Sebelum biji kelapa disemai, sebaiknya tampuk buah perlu dibuang bagi mempercepatkan percambahan. Pada musim kemarau, sabut kelapa hendaklah dipotong bahagian mata bagi memudahkan penyimpanan air. Pada musim hujan pula benih kelap tidak dipotong bagi mengel;akkan serangan kulat.



Tapak Percambahan kelapa Hibrid Matag dikhususkan dimana ia sebaiknya disemai diatas media pasir sungai dengan ketebalan 15 - 30 cm. Media pasir ini hendaklah ditukar setiap 3 pusingan semaian. Pasangkan rumah teduhan dengan memasang jaring hitan bagi 50% cahaya telus untuk melindungi biji kelapa dari panas terik matahari.  Biji benih hendaklah disusun rapat 10 biji sebaris (lebar) dan panjang mengikut kesesuaian tapak semaian. Jika ada 10 biji sebaris dengan 50 biji panjang maka kita mudah menira ada 500 biji satu kelompok ata petak. Jarak petak kepetak lain adalah 1 meter untuk urusan amalan agronomi. Posisi benih diletakkan hendaklah permukaan yang lebar menghala disebelah bawah (lebih stabil). Biji hendaklah dimasukkan 10 cm dalam pasir dan ditimbus 2/3 bahagian dalam pasir. Jangkamasa maksima untuk biji benih kelapa ditapak percambahan adalah selama 3 bulan sebelum dipindahkan ketapak semaian atau kedalam polibeg. Aktiviti ini penting dilakukan oleh pekerja mahir agar peratus percambahan pada tahap tinggi. Wasallam.!

KELAPA MATANG... 12 BULAN...
DIPETIK... PERANG KEHITAMAN...
DIBUANG TAMPUK...IKUT SUSUNAN...
BOLEH PINDAH...LEPAS 3 BULAN....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat pertanian Lekir,
Manjung, Perak,
Malaysia.
(11 RabiulAwal 1436H) 

Wednesday, January 7, 2015

BENIH KELAPA MATAG - PENAKAIAN

BENIH KELAPA MATAG (Cocos nucifera) kini merupakan jenis benih kelapa hibrid yang dihasilkan melalui proses pendebungaan silang (Cros pollination) diantara Bunga betina Kelapa Rendah Malaya (MRD atau MYD) dengan bunga jantan daripada Kelapa Tinggi Tagnanan. Kelapa ini mendapat permintaan yang tinggi dikalangan penanam kelapa di Malaysia kerana kemempaunnya menghasilkan buah kelapa yang tinggi dan cepat berhasil berbanding dengan Kelapa Tinggi malaya (Malayan Tall Variety) yang banyak ditanam selama ini. Walau pun kini benih ini agak sukar diperolehi, namun penulis medapat info menyatakan kapasiti pengeluaran benih kelapa Matag dalam negara sekitar 150,000 - 180,000 pada tahun 2014 dan akan meningkat lagi. Pengeluaran benih kelapa hibrid ini hanya boleh dihasilkan oleh Kebun Benih KelapaTerpilih yang dikhususkan untuk pengeluaran benih hibrid ini. Ini kerana benih kelapa Matag F2 yang dihasilkan darii pokok Matag F1 tidak boleh dijadikan benih tanaman kelapa matag kerana ia mungkin akan menjadi pokok induk asalnya atau dalam bahasa mudah bukan kelapa matag lagi. Terdapat beberapa usahawan nurseri swasta yang mendakwa mempunyai benih kelapa matag ini tetapi perlu disiasat kerana hanya ada 5 pengeluar benih kelapa Matag di Malaysia yang dijamin ketulinannya. Pengeluar tersebut adalah 3 kebun benih iaitu oleh Jabatan Pertanian (Jorak di Johor, Lekir di Perak dan Menumbok, di Sabah), United Plantation Estates di Teluk Intan dan NLFCS Estates di Sg Siput, Perak. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai proses penakaian dan pengurusan di tapak semaian untuk membuat benih hibrid kelapa Matag bagi pengetahuan dan rujukan pembaca semua.


Proses PENAKAIAN anakbenih kelapa Matag dibuat selepas 120 hari bijibenih disemai ditapak semaian. Anak benih yang sihat dan tulin sahaja akan digunakan sebagai benih hibrid kelapa Matag untuk dijual atau diedarkan kepada peserta projek tanaman kelapa tajaan Jabatan Pertanian Malaysia. Benih yang baik dan disahkan ketulinannya dipilih dan diasingkan dengan benih kelapa matag yang tidak normal. Antara ciri benih kelapa Matag yang tidak normal adalah benih dimana warna pelepahnya adalah selain daripada warna hijau, Keemasan atau Jingga Kemerahan. Jika benih tersebut mempunyai Lai Daun yang pendek, jarang, berlingkar atau berputar juga perlu ditakai dan diasingkan. Seterusnya periksa benih kelapa yang mempunyai tangkai pelepah yang panjang, menegak atau kecil kerana ia adalah tidak normal. Anak benih yang berkembar juga perlu ditakai (Sila lihat foto disebelah). Benih hibrid kelapa matag tilin yang normal mempunyai 5-6 helai daun setelah berumur 120 hari dalam semaian dengan ketinggian sekitar 45 cm keatas. Benih hibrid kelapa matag yang tidak normal lazimnya hanya punyai sebanyak 2-4 helai daun dengan ketinggian yang kurang daripada 45 cm.  Penakaian ini mesti dilakukan oleh pekerja yang mahir sahaja dan berpengalaman. Ini kerana jika tersalah pilih dimana benih yang elok dan sihat ditakai, maka rugilah kerana ia mengambil masa lebih 1.5 tahun untuk mendapatkan benih hibrid dari mula proses penyediaannya. 


Semasa penjagaan di Tapak Semaian, penyiraman air yang secukupnya adalah amat penting semasa peringkat biji atau anakbenih disemai di tapak percambahan atau tapak semaian. Kerja penyiraman perlu dijalankan dua kali sehari iaitu pada pagi dan waktu petang. Kekurangan air akan menjejaskan pertumbuhan biji atau anakbenih tetapi jika dilakukan penyiraman berlebihan akan menyebabkan kepada serangan penyakit.  Sistem pengairan dalam tapak semaian yang disyorkan adalah dengan sistem pengairan renjis (Sprinkler System). Pastikan pekerja melakukan kerja dengan baik terutama pada musim panas dan kering. Kawalan rumpai dalam tapak semaian dilakukan sebulan sekali dengan menggunakan tangan atau kaedah lain. Kawalan perosak dan juga penyakit dilakukan mengikut jadual dan berdasarkan kepada pemeriksaan. Pembajaan perlu dilakukan selepas merumpai dimana cara pembajaan yang disyorkan adalah dengan semburan baja foliar yang dibuat bermula 30 hari selepas semaian dan diulangi setiap 15 hari selepas itu. Baja Sebatian NPK 15:15:15 diberikan sebanyak 10 gram sepokok selepas 90 hari selepas disemai dan diulangi setiap bulan.  Pastikan keadaan pelindung dengan jaring hitam sentiasa dalam keadaan baik dan jika rosak ianya perlu diperbaiki. Proses menjaga tapak semaian boleh dijadualkan kepada pekerja yang mahir. Sebaiknya kawasan tapak semaian abakbenih kelapa Matag dipagar dengan chainlink untuk mengelakan sebarang gangguan dari haiwan perosak mahu pun manusia yang cuba mencurinya. Ini kerana benih kelapa hibrid Matag merupakan banih yang paling mahal dikalangan benih tumbuhan dimana harga runcit dijual diantara RM 30.00 - RM 35.000 sebiji.


Anak benih kelapa hibrid Matag yang cukup umur boleh dijual atau diedarkan kepada petani untuk ditanam setelah berumur 4 - 12 bulan. Pilih benih yang normal dan seragam saiznya dan juga warna pelepah yang sama (Ini kerana akan ada kekeliruan jika dicampurkan kesemua tiga varieti CN13, CN14 dan CN15) yang mungkin menyusahkan pemahaman oleh petani. Kalau anakbenih itu hijau nanti dikatakan petani atau pembeli anakbenih kerana ia subur sementara jika ia kuning atau jingga kemerahan dikatakan ia berpenyakit atau tidak sihat. Asingkan mengikut blok dimana warna pelepah ini dikumpulkan dan ditandakan dengan jelas. Proses pengeluaran untuk jualan atau pengedaran kepada petani mengambil masa semala 1 tahun 4 bulan lamanya. Setiap proses pengeluaran perlu dilakukan dengan teliti dan SOP yang betul agar tidak berlaku peratus kejayaan proses ini rendah. Hasil sebenar anakbenih kelapa Matag tidak menentu kejayaannya kerana ia akan menjadi 3 jenis sama ada jadi Benih Kelapa Hibrid Matag, Benih Kelapa Induk Renek (MYD/MYD) atau menjadi Benih Kelapa Tinggi (Induk Jantan). Jika pekerja yang mahir dan cuaca elok maka kadar peratus kejayaan adalah tinggi sebaliknya jika kurang cekap dan cuaca tidak elok kadar kejayaan adalah rendah. Permintaan untuk anakbenih kelapa hibrid Matag adalah kerana ia berpotensi menghasilkan sebanyak 25,000 biji sehektar setahun jika dijaga dengan baik. Kajian penulis dibeberapa lokasi dan penanam kelapa matag di Johor, Perak dan selangor mendapati purata hasil dicapai oleh pekebin kecil dikawasan tersebut diantara 14,000 - 18,000 biji sehektar setahun. Ini merupakan pencapaian amat baik jika dibandingkan dengan hasil kelapa Malayan Tall sekitar 5,000 - 7,000 biji sehektar setahun sahaja. Semuga artikel dalam "Anim Agro Technology" ini mampu memberikan info berguna untuk rujukan anda. Wasalam!.



BENIH MATAG... DITAPAK SEMAIAN...
PERLU DISIRAM... PAGI DAN PETANG...
BILA 120 HARI... BUAT PENAKAIAN...
CUKUP UMUR... SESUAI UNTUK JUALAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Petak Pembiakan Kelapa,
United Plantation Estates,
Teluk Intan, Perak,
Malaysia.
(12 RabiulAwal 1436H)

Tuesday, January 6, 2015

BENIH KELAPA MATAG - PEMILIHAN MATAG

BENIH KELAPA MATAG (Cocos nucifera) kini merupakan jenis benih kelapa hibrid yang dihasilkan melalui proses pendebungaan silang (Cros pollination) diantara Bunga betina Kelapa Rendah Malaya (MRD atau MYD) dengan bunga jantan daripada Kelapa Tinggi Tagnanan. Kelapa ini mendapat permintaan yang tinggi dikalangan penanam kelapa di Malaysia kerana kemempaunnya menghasilkan buah kelapa yang tinggi dan cepat berhasil berbanding dengan Kelapa Tinggi malaya (Malayan Tall Variety) yang banyak ditanam selama ini. Walau pun kini benih ini agak sukar diperolehi, namun penulis medapat info menyatakan kapasiti pengeluaran benih kelapa Matag dalam negara sekitar 150,000 - 180,000 pada tahun 2014 dan akan meningkat lagi. Pengeluaran benih kelapa hibrid ini hanya boleh dihasilkan oleh Kebun Benih Terpilih yang telah pun dikhususkan untuk pengeluaran benih hibrid ini. Ini kerana benih kelapa Matag F2 yang dihasilkan darii pokok Matag F1 tidak boleh dijadikan benih tanaman kelapa matag kerana ia mungkin akan menjadi pokok induk asalnya atau dalam bahasa mudah bukan kelapa matag lagi. Terdapat beberapa usahawan nurseri swasta yang mendakwa mempunyai benih kelapa matag ini tetapi perlu disiasat kerana hanya ada 5 pengeluar benih kelapa Matag di Malaysia yang dijamin ketulinannya. Pengeluar tersebut adalah 3 kebun benih iaitu oleh Jabatan Pertanian (Jorak di Johor, Lekir di Perak dan Menumbok, di Sabah), United Plantation Estates di Teluk Intan dan NLFCS Estates di Sg Siput, Perak. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai proses penyediaan debunga jantan Tagnanan untuk membuat benih hibrid kelapa Matag untuk pengetahuan dan rujukan pembaca semua.


Proses Pemilihan Benih Matag ini merupakan poses Paling Kritikal dalam penyediaan benih hibrid Kelapa Matag. Oleh kerana kelapa matag terhasil daripada pendebungaan silang maka pemilihan benih tulen perlu dilakukan diperingkat tapak percambahan sebelum dipindahkan ketapak semaian. Pemilihan benih perlu dilakukan dalam mas 2 minggu sehingga 3 bulan selepas ia disemai. Kepakaran pegawai dan pekerja dalam menentukan sama ada benih kelapa tersebut tulen atau tidak adalah berdasarkan kepada kriteria dan kemahiran. Mengikut amalan, kini terdapat 3 jenis kelapa Matag yang telah didaftarkan selaras dengan kriteria warna tunas dan buah kelapa. Kelapa matag CN13 (Matag Green), CN14 (Matag Orange) dan CN15 (Matag Gold) akan dihasilkan bergantun kepada sumber kedua-dua induk jantan dan betina yang digunakan. bagaimana pun kajian penulis dibeberapa lokasi penanaman kelapa matag komersil di beberapa lokasi mendapati warna ini tidak memberikan perbezaan signifikan dalam penghasilan, penjagaan dan faktur lain. 


Kelapa Matag Hijau (CN13) merupakan jenis kelapa kacukan diantara Kelapa Rendah Kuning (MYD) dengan Kelapa tagnanan Hijau. Kelapa matag Oren (CN14) pula adalah hasil kacukan diantara Kelapa Rendah Kuning (MYD) dengan Kelapa Tagnanan Jingga atau Kelapa Rendah merah (MRD) dengan Kelapa Tagnanan Hijau. Begitu juga kelapa Matag Gold merupakan hasil kacukan diantara Kelapa Rendah Merah (MRD) dengan Kelapa Tagnanan Jingga. Selepas pemilihan melalui beberpa cili pada tunas, maka benih kelapa ini boleh dipindahkan ketapak semaian. Anakbenih ini perlu disemai diatas tanah pasir dengan kedalaman 15-30 cm dimana ia juga perlu ditukar setiap 3 kali pusingan semaian. Pasangkan jaring hitan 50% ketelusan cahaya. Susun benih dengan jarak 45 cm x 45 cm dan ditimbus 2/3 dalam tanah pasir. Susunan benih adalah 5 barisan satu petak dan jika dala 20 pokok panjang maka jumlahnya adalah 200 pokok. Anak pokok sesuai diedarkan kepada petani atau dijual selapas 4 bulan dalam semaian. maksimum umur pokok hibrid matag dalam semaian adalah 12 bulan.  Ada juga pihak tertentu yang menyemao anakbenih kelapa hibrid dalam polibeg besar. 


Semua benih yang disemai perlu direkodkan dengan sistematik. Tuliskan tarikh semaian, blok atau buah yang dikait serta bilangan anakbenih yang disemai setiap petak. PENAKAIAN anakbenih adalah proses yang dibuat 120 hari berada ditapak semaian. Anakbenih yang ditakai adalah anakbenih yang tidak normal. Antara benih yang perlu ditakai adalah mempunyai warna pelepah selain daripada hijau, oren atau keemasan (Jingga kemerahan). Buang juga anakbenih yang mempunyai laidaun yang pendek, jarang, berlingkar dan berputar. Juka ditakai pokok yang tangkai pelepahnya panjang, tegak atau kecil saiznya. Anak benih yang kembar juga perlu ditakai. Anakneih normal lazimna mempunyai 5-6 helai daun sementara yang tidak normal cuma ada 2-4 helai daun. Ketinggian anakbenih normal sekitar 45 cm sementara yang tidak normal kurang dari 45 cm. Sila baca artikel berkaitan selepas ini . Wasallam!.



BENIH MATAG... HIBRID ASALNYA...

ADA 3 JENIS... HIJAU, OREN DIA...
JENIS GOLD... CN15 DAFTARNYA...
JANGAN KELIRU...SEMUA SAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Pertanian Teluk Baru,
Teluk Intan, Perak,
Malaysia.
(12 RabiulAwal 1436H)

Monday, January 5, 2015

BENIH KELAPA MATAG - PROSES EMASKULASI


BENIH KELAPA MATAG (Cocos nucifera) kini merupakan jenis benih kelapa hibrid yang dihasilkan melalui proses pendebungaan silang (Cros pollination) diantara Bunga betina Kelapa Rendah Malaya (MRD atau MYD) dengan bunga jantan daripada Kelapa Tinggi Tagnanan. Kelapa ini mendapat permintaan yang tinggi dikalangan penanam kelapa di Malaysia kerana kemempaunnya menghasilkan buah kelapa yang tinggi dan cepat berhasil berbanding dengan Kelapa Tinggi malaya (Malayan Tall Variety) yang banyak ditanam selama ini. Walau pun kini benih ini agak sukar diperolehi, namun penulis medapat info menyatakan kapasiti pengeluaran benih kelapa Matag dalam negara sekitar 150,000 - 180,000 pada tahun 2014 dan akan meningkat lagi. Pengeluaran benih kelapa hibrid ini hanya boleh dihasilkan oleh Kebun Benih KelapaTerpilih yang dikhususkan untuk pengeluaran benih hibrid ini. Ini kerana benih kelapa Matag F2 yang dihasilkan darii pokok Matag F1 tidak boleh dijadikan benih tanaman kelapa matag kerana ia mungkin akan menjadi pokok induk asalnya atau dalam bahasa mudah bukan kelapa matag lagi. Terdapat beberapa usahawan nurseri swasta yang mendakwa mempunyai benih kelapa matag ini tetapi perlu disiasat kerana hanya ada 5 pengeluar benih kelapa Matag di Malaysia yang dijamin ketulinannya. Pengeluar tersebut adalah 3 kebun benih iaitu oleh Jabatan Pertanian (Jorak di Johor, Lekir di Perak dan Menumbok, di Sabah), United Plantation Estates di Teluk Intan dan NLFCS Estates di Sg Siput, Perak. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai proses Emaskulasi bunga jantan pokok induk betina untuk membuat benih hibrid kelapa Matag bagi pengetahuan dan rujukan pembaca semua.


Proses EMASKULASI (Emasculation) adalah satu kerja yang penting dilakukan iaitu dengan membuang bunga jantan pokok induk betina MYD/MRD pada setiap mayang. Ini dibuat bagi kita mempastikan tidak ada pencemaran berlaku dalam proses pendebungaan bagi menghasilkan benih kelapa hibrid Matag. Beberapa peralatan yang perlu disediakan untuk proses ini adalah Tangga Aluminium, Alas Plastik Hitam, Pisau Cantuman dan Gunting Pemangkas (Scateurs). Kerja ini perlukan kemahiran (skill) dan kesabaran serta keberanian untuk memanjat pokok yang tinggi (dengan tangga aluminium). Langkah pertama adalah memilih pokok induk yang telah ditanda sebagai induk untuk dijalankan pendebungaan bagi menghasilkan kelapa hibrid Matag. Penulis telah beberapa kali membuat kerja amali emaskulasi di Jorak dan Lekir untuk memehirkan skill yang ada. Panjat pokok kelapa induk dengan tangga dan pilih seludang yang telah matang (Tandanya adalah ia telah membengkak dan merekah - ada bonnjolan). Toreh dengan pisau cantuman dan buang seludang. Kemudian potong bahagian tangkai yang mengandungi bunga jantan (spikelet) dengan berhati-hati agar tiada debunga jatuh pada pelepah atau tanah. Pemotongan adalah 5 - 10 cm daripada bunga betina. Bersihkan dan kumpulkan baki bunga jantan yang berada ditangkai, dicelah-celah pelepah dna diatas tanah kerana ditakuta ada serangga (semut) akan membawanya kelak. 


Seterusnya adalah proses memasukkan semua bunga jantan yang telah dipotong kedalam plastik dan bawa keluar dari kebun benih. Rekodkan tarikh emaskulasi, jumlah bunga betina, nombor mayang bagi tahun semasa dengan mnoreh pada pelepah kelapa. Proses emaskulasi ini dilakukan dengan cermat oleh pekerja yang ada kemahiran. Kegagalan membuat emaskulasi yang betul membolehkan berlaku gangguan debunga asal pokok induk betina MRD/MYD diterima oleh bunga betina. Ini menyebabkan ia akan menghasilkan kelapa renek sama seperti pokok induknya. Peranan cuaca penting semasa menjalankan emaskulasi dimana jika hujan elakkan dari membuat aktiviti ini. Kebun benih induk betina seperti artikel sebelum ini sebaiknya terasing )isolated) dengan mempunyai jarak lebih dari 1 km daripada keujudan pokok kelapa lain agar tidak berlaku pendebungaan silang dari pokok kelapa lain setelah proses emaskulasi. Proses membuat benih kelapa hibrid Matag merupakan satu proses yang rumit, mengambil masa lama (1.5 tahun) dan kos yang agak tinggi. Itulah sebabnya harga benih hibrid Matag mahal dijual dengan harga RM30.00 sepokok bagi benih yang tulin. Wasallam!.

EMASKULASI... PROSES UTAMA...
BUNGA JANTAN... BUANG SEMUA...
BERSIH ... DITANAH PUN TIADA...
KETULINAN... PASTI DIJAGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Pertanian Jorak,
Pagoh, Muar,
Johor, Malaysia.
(11 RabiulAwal 1436H)  

Sunday, January 4, 2015

BENIH KELAPA MATAG - PENDEBUNGAAN BERBANTU

BENIH KELAPA MATAG (Cocos nucifera) kini merupakan jenis benih kelapa hibrid yang dihasilkan melalui proses pendebungaan silang (Cros pollination) diantara Bunga betina Kelapa Rendah Malaya (MRD atau MYD) dengan bunga jantan daripada Kelapa Tinggi Tagnanan. Kelapa ini mendapat permintaan yang tinggi dikalangan penanam kelapa di Malaysia kerana kemempaunnya menghasilkan buah kelapa yang tinggi dan cepat berhasil berbanding dengan Kelapa Tinggi malaya (Malayan Tall Variety) yang banyak ditanam selama ini. Walau pun kini benih ini agak sukar diperolehi, namun penulis medapat info menyatakan kapasiti pengeluaran benih kelapa Matag dalam negara sekitar 150,000 - 180,000 pada tahun 2014 dan akan meningkat lagi. Pengeluaran benih kelapa hibrid ini hanya boleh dihasilkan oleh Kebun Benih Terpilih yang dikhususkan untuk pengeluaran benih hibrid ini. Ini kerana benih kelapa Matag F2 yang dihasilkan darii pokok Matag F1 tidak boleh dijadikan benih tanaman kelapa matag kerana ia mungkin akan menjadi pokok induk asalnya atau dalam bahasa mudah bukan kelapa matag lagi. Terdapat beberapa usahawan nurseri swasta yang mendakwa mempunyai benih kelapa matag ini tetapi perlu disiasat kerana hanya ada 5 pengeluar benih kelapa Matag di Malaysia yang dijamin ketulinannya. Pengeluar tersebut adalah 3 kebun benih iaitu oleh Jabatan Pertanian (Jorak di Johor, Lekir di Perak dan Menumbok, di Sabah), United Plantation Estates di Teluk Intan dan NLFCS Estates di Sg Siput, Perak. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai proses pendebungaan berbantu untuk membuat benih hibrid kelapa Matag untuk pengetahuan dan rujukan pembaca semua.


Pendebungaan Berbantu adalah teknik menyediakan benih hibrid kelapa matag yang kritikal. Aktiviti ini memerlukan kemahiran pekerja yang tinggi kerana ia akan menentukan peratus kejayaan proses pendebungaan dan menjadi kelapa hibrid. Peralatan yang diperlukan untukkerja ini adalah Puffer, Serbuk Talkum, Debunga Jantan Tagnanan, Racun serangga berasaskan air, Berus dan Tangga Aluminium. Sebelum  kerja penyemburan dilakukan, kawasan bunga induk betina pada induk MYD/MRD hendaklah disembur dengan racun serangga berasaskan air untuk menghalau serangga. Pendebungaan dilakukan keatas bunga betina yang telah matang sahaja. Waktu yang sesuai untuk melakukan proses pendebungaan adalah pada waktu pagi daintara jam 7.00 - 10.00 pgi kerana bunga betina reseptif pada waktu tersebut. Bunga betina yang matang boleh dikenalpasti dengan melihat pada hujungnya stigma terbuka dan ia mengeluarkan cairan jernih. Aktiviti ini tidak dilakukan jika hujan berlaku.


Pendebungaan pada pokok masih rendah dilakukan dengan menggunakan berus yang lembut. Teknik pendebungaan dilakukan dengan menyapukan debunga jantan tagnanan pada bunga betina MYD/MRD yang telah matang dan pada waktu yang betul. Proses pendebungaan ini perlu dilakukan setiap hari untuk selama 5 - 7 hari berturutan atau sehingga stigma akan menjadi warna kehitamanan. Aktiviti mendebunga ini berlainan untuk pokok induk yang telah tinggi dimana ia dilakukan dengan menggunakan 'puffer'. Campurkan debunga jantan tagnanan dengan serbuk bedak talkum pada kadar 1:10 (1 debunga:10 Talkum) dan ia disemburkan (semprot) pada mayang bunga betina dari bawah (ada galah panjang bertali) atau panjat pokok gunakan tangga. Proses ini diulangi bagi setiap mayang induk betina setiap hari sehingga  semua stigma telah menjadi warna hitam. Kebiasaannya proses ini mengambil masa sehingga 28 hari.  Setiap aktiviti pendebungaan hebdaklah direkodkan pada pelepah kelapa untuk tujuan kawalan rekod. Antara maklumat yang perlu dicatit adalah No Mayang tahun semasa, catitan tarikh emaskulasi, bulan dan bilangan bunga betina (Slia lihat foto sebelah). catitan ini sangat penting untuk menentukan jumlah jangkaan hasil kelapa, tarikh penuaian dan rekod aktiviti pengeluaran. Bersambung pada aktiviti penuaian dan proses semaian kelapa hibrid matag. Wasallam!.

PENTING...PROSES MENDEBUNGA...
ADA KEMAHIRAN... PERLU DIJAGA...
DISEMBUR DIBERUS... DEBUNGA...
PADA PELAPAH...PERLU DITANDA...

By,
M Anem,
Ladang Kelapa NLFCS,
Sungai Siput, Perak,
Malayssia.
(11 RabiulAwal 1436) 

Saturday, January 3, 2015

BENIH KELAPA MATAG - PENYEDIAAN DEBUNGA

BENIH KELAPA MATAG (Cocos nucifera) kini merupakan jenis benih kelapa hibrid yang dihasilkan melalui proses pendebungaan silang (Cros pollination) diantara Bunga betina Kelapa Rendah Malaya (MRD atau MYD) dengan bunga jantan daripada Kelapa Tinggi Tagnanan. Kelapa ini mendapat permintaan yang tinggi dikalangan penanam kelapa di Malaysia kerana kemempaunnya menghasilkan buah kelapa yang tinggi dan cepat berhasil berbanding dengan Kelapa Tinggi malaya (Malayan Tall Variety) yang banyak ditanam selama ini. Walau pun kini benih ini agak sukar diperolehi, namun penulis medapat info menyatakan kapasiti pengeluaran benih kelapa Matag dalam negara sekitar 150,000 - 180,000 pada tahun 2014 dan akan meningkat lagi. Pengeluaran benih kelapa hibrid ini hanya boleh dihasilkan oleh Kebun Benih Terpilih yang dikhususkan untuk pengeluaran benih hibrid ini. Ini kerana benih kelapa Matag F2 yang dihasilkan darii pokok Matag F1 tidak boleh dijadikan benih tanaman kelapa matag kerana ia mungkin akan menjadi pokok induk asalnya atau dalam bahasa mudah bukan kelapa matag lagi. Terdapat beberapa usahawan nurseri swasta yang mendakwa mempunyai benih kelapa matag ini tetapi perlu disiasat kerana hanya ada 5 pengeluar benih kelapa Matag di Malaysia yang dijamin ketulinannya. Pengeluar tersebut adalah 3 kebun benih iaitu oleh Jabatan Pertanian (Jorak di Johor, Lekir di Perak dan Menumbok, di Sabah), United Plantation Estates di Teluk Intan dan NLFCS Estates di Sg Siput, Perak. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology"  mengenai proses penyediaan debunga jantan Tagnanan untuk membuat benih hibrid kelapa Matag untuk pengetahuan dan rujukan pembaca semua.


Debunga Tagnanan untuk dikacukan dengan mayang induk dengan pokok induk betina MYD atau MRD perlu disediakan daripada  pokok induk tagnanan yang terpilih. Proses yang perlu dijalankan ada enam peringkat iaitu dari proses Pengambilan Mayang, Peleraian Bunga Jantan, Pengeringan Bunga Jantan, Pengasingan Debunga, Penyimpanan Debunga dan akhirnya adalah proses Ujian Kesuburan debunga Jantan. Pertama sekali adalah proses pengambilan mayang dari pokok kelapa tagnanan matang yang terpilih dari pokok induk. Mayang yang cukup matang kebiasaannya telah terbuka sepenohnya dari seludang iaitu lebihkurang 21 - 25 hari dari pembentukkan seludang. Mayang perlu dikait pada bahagian pangkal dengan menggunakan sabit yang tajam dan dijatuhkan kebawah. Setiap mayang yang telah dikait kemudian dikutip dan dimasukkan kedalam beg plastik yang berukuran 0.6 mm (tebal) dan 90 cm panjang serta 60 cm lebar. Bawa balik kepejabat atau makmal memproses debunga jantan kepala tagnanan untuk proses meleraikan bunga jantan.


Peleraian bunga jantan dari tangkai dilakukan dengan cara melurutnya dengan gunakan tangan yang ada sarung tangan (Sila lihat foto disebelah). Bunga jantan tagnanan yang dileraikan dikumpul pada bekas kertas atau plastik dan kemudian ditimbang untuk mendapatkan berat basah bagi setiap mayang. Bunga jantan tagnanan yang telah ditimbang kemudian perlu dimasukkan kedalam dulang aluminium berukuran 90 cm panjang x 90 cm lebar degan ketinggian 2.5 cm dan ketebalan 1 mm. Bunga jantan ini perlu dikeringkan dalam bilik pengeringan pada suhu 33 - 36 celcius  selama 36 jam untuk mendapatkan peratus kelembapan diantara 46 - 50%. Pastikan disediakan rak-rak besi pengeringan (Sila lihat foto disebelah) dan juga alat Dehumidifier yang sesuai. Debunga yang cukup kering akan di proses untuk pengasingan debunga. Pertama sekali debunga kering ini perlu dipecahkan dengan menggunakan alat penggelek kayu bagi tujuan mengeluarkan debunga. Kemudian kumpulkan debunga tersebut dan diayak bagi mengasingkan debunga dengan bahan lain. Saiz ayak tembaga adalah 48 - 54 mesh/cm2 dan kumpulkan debunga. Timbang debunga itu dengan penimbang digital dan rekodkan.


Proses penting berikutnya adalah proses penyimpanan debunga jantan. Peralatan diperlukan untuk penyimpanan debunga adalah tabung uji, rak-rak tabung uji dan juga peti sejuk beku (Freezer). Debunga jantan tagnanan yang telah diayak perlu dimasukkan dalam tabung uji bertutup sebanyak 4.5 gram setiap tiub. Kemudian ia perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu dibawah -10 Celcius bagi mengekalkan kesuburannya. Lazimnya debunga jantan ini tahan tidak melebihi 6 bulan dalam penyimpanan. Selepas itu peratus kesubiran (fertility) debungan jantan tagnanan akan berkurangan. Ujian kesuburan debunga jantan perlu dilakukan untuk mengetahui peratus kesuburannya. Antara peralatan perlu bagi ujian ini adalah PDA yang tersedia dalam piring petri, Mikroskop dan Sterile Swab. Mula-mula letakkan debunga dalam piring perti (petri disc) dengan ada media PDA menggunakan sterile swab. Tutup petri disk dalam suhu bilik selama 3 jam dan periksa dibawah mikroskop. Hanya debunga tagnanan jantan yang melebihi 80% kesuburan sahaja boleh digunakan sebagai bahan agen pendebungaan pokok kelapa  hibrid Matag. Sila baca artikel berikutnya iaitu proses emaskulasi dalam "Anim Agro Technology" bagi menambah ilmu anda. Wasallam!.



DEBUNGA JANTAN... LAIN POKOKNYA....
TAGNANAN... DIPOTONG MAYANGNYA...
DILERAI BUNGA ... DIKUTIP DEBUNGA...
DISIMPAN LAMA... 6 BULAN MAKSIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Stesyen Kelapa Menumbok,
Kuala Penyu, 
Sabah, Malaysia.
(9 RabiulAwal 1436H)

Friday, January 2, 2015

BENIH KELAPA MATAG - POKOK INDUK

BENIH KELAPA MATAG (Cocos nucifera) kini merupakan jenis benih kelapa hibrid yang dihasilkan melalui proses pendebungaan silang (Cros pollination) diantara Bunga betina Kelapa Rendah Malaya (MRD atau MYD) dengan bunga jantan daripada Kelapa Tinggi Tagnanan. Kelapa ini mendapat permintaan yang tinggi dikalangan penanam kelapa di Malaysia kerana kemempaunnya menghasilkan buah kelapa yang tinggi dan cepat berhasil berbanding dengan Kelapa Tinggi malaya (Malayan Tall Variety) yang banyak ditanam selama ini. Walau pun kini benih ini agak sukar diperolehi, namun penulis medapat info menyatakan kapasiti pengeluaran benih kelapa Matag dalam negara sekitar 150,000 - 180,000 pada tahun 2014 dan akan meningkat lagi. Pengeluaran benih kelapa hibrid ini hanya boleh dihasilkan oleh Kebun Benih Terpilih yang dikhususkan untuk pengeluaran benih hibrid ini. Ini kerana benih kelapa Matag F2 yang dihasilkan darii pokok Matag F1 tidak boleh dijadikan benih tanaman kelapa matag kerana ia mungkin akan menjadi pokok induk asalnya atau dalam bahasa mudah bukan kelapa matag lagi. Terdapat beberapa usahawan nurseri swasta yang mendakwa mempunyai benih kelapa matag ini tetapi perlu disiasat kerana hanya ada 5 pengeluar benih kelapa Matag di Malaysia yang dijamin ketulinannya. Pengeluar tersebut adalah 3 kebun benih iaitu oleh Jabatan Pertanian (Jorak di Johor, Lekir di Perak dan Menumbok, di Sabah), United Plantation Estates di Teluk Intan dan NLFCS Estates di Sg Siput, Perak. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pemilihan kebun benih dan pokok induk untuk membuat benih hibrid kelapa Matag untuk pengetahuan dan rujukan pembaca semua.


Pemilihan Kebun Benih Kelapa Hibrid Matag adalah berbeza dengan kebun benih biasa. bagi menjamin ketulinan benih mMatag, kawasan kebun benih hibrid ini hendaklah terasing daripada kawasan kelapa sekurang-kurang 1 km radius. Kawasan sebaiknya bertanah rendah yang tidak berbukit dan mempunyai sistem saliran yang baik. Keujudan pokok kelapa lain yang kurang 1 km dikhuatiri akan menyebabkan berlaku sumber bekalan debunga lain selain daripada Tagnanan dan pokok induk dan menjejaskan ketulinan Matag. Jika tapak pokok induk MRD (Malayan Red Dwarf ) atau MYD (Malayan Yellow Dwarf) itu rendah, sebaiknya dibuat sistem 'camber' atau batas untuk mengelakan pokok terendam dalam air pada musim tengkujuh. Jenis tanah lom berpasir adalah sesuai dijadikan kebun benih induk betina. Pastikan kebun benih mempunyai bekalan sumber air mencukupi terutama dimusim kemarau. Pengairan adalah satu faktor penting untuk kebun benih dalam menentukan peratus kejayaan proses pendebungaan. Pastikan kebun benih bebas dari serangan haiwan perosak seperti babi hutan, kera dan tikus serta kemungkinan kes kecurian oleh manusia kerana harganya mencecah RM30.00 sebiji. 


Pemilihan pokok induk betina yang baik adalah penting kerana ia akan menentukan hasil benih yang berkualiti. Beberapa kriteria pokok induk betina dari jenis MRD atau MYD yang telah mencapai umur lebih daripada 5 (lima) tahun. Ianya akan menghasilkan benih hibrid Matag yang berkualiti berbandung dengan pokok muda. Pilih pokok induk yang memberikan hasil yang tinggi dengan kadar pengeluaran buah kelapa seragam sepanjang tahun dan ditandakan pokok tersebut. Sebaiknya periksa rekso ladang kerana pokok induk betina tersebut mesti mencapai hasi melebihi 80 biji sepokok setahun. Periksa selalu untuk mempastikan pokok induk dalam keadaan sihat dan bebas dari sebarang penyakit. Pokok induk betina yang tidak menepati ciri-ciri pokok induk seperti diatas hendaklah ditebang bagi mempastikan hanya pokok induk yang telah dipilih dalam kebun benih yang akan disimpan. Ini penting kerana sumber pokok induk betina terpilih sahaja yang mampu menghasilkan beinh hibrid Matag berkualiti.


Pemilihan pokok induk Jantan Tagnanan juga amat dititikberatkan dalam menentukan debunga jantan yang berkualiti. Pokok jantan tagnanan mesti telah mencapai tahap matang iaitu melebihi umur lapan (8) tahun ditanam dan telah berbuah. Pada masa ini lazimnya pokok terpilih adalah seragam. Pokok induk Jantan ini adalah jenis kelapa tinggi sama ada ia berbuah dengan buah warna hijau atau kuning.Pilih pokok induk jantan yang berhasil tinggi daripada rekos pengeluaran hasil selama 8 tahun. Pokok ini juga mampu menghasilkan lebih dari 80 biji sepokok setahun dengan kualiti buah yang baik. Pokok induk jantan mestilah sihat dan bebas dari sebarang serangan perosak dan penyakit dan diberikan baja dengan kadar mrncukupi. Pokok induk jantan terpilih ini mestilah ditandakan dengan cat terang (merah atau putih) disapu atau dipangkah pada batangnya sekadar ia boleh dilihat pekerja untuk proses pengambilan mayang dan debunga. Pastikan pokok induk ini juga sesuai keadaan sekeliling untuk kerja mengambil debunga. Bersambung. Wasallam!.


POKOK INDUK... ADA CIRINYA...
KELAPA RENEK.. PILIH MANA..
KEBUN TERASING...JAUHNYA...
POKOK JANTAN...AMBIL DEBUNGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Kebun Benih kelapa,
Stesyen Pertanian Jorak,
Muar, Johor,
Malaysia.
(10 RabiulAwal 1436H) 

Thursday, January 1, 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015


SELAMAT TAHUN BARU 2015!.  
HAPPY NEW YEAR 2015!

Penulis Blog "Anim Agro Technology"  mengucapkan selamat tahun baru kepada pembaca blog ini yang telah mencecah seramai 4.33 juta orang semenjak ia ditulis pada 5 Julai 2009. Artikel pertama ditulis dan dibuat posting adalah bertajuk "Anim Tunelling The World" mengisahkan penulis yang mengembara diberapa negara dan masuk dalam terowong seperti di Pyramid Giza, di Mesir dan Terowong Vietcong di Vietnam serta undersea tunnel dalam Selat Inggeris Keretapi Eurostar London ke Paris. Artikel ini adalah artikel ditulis ke 3,065 yang ditulis sempena malam untuk menyambut kedatangan tahun baru 2015 hari ini. Sebanyak 1,808 artikel telah dibuat 'posting' sementara bakinya masih dalam simpanan menunggu giliran untuk dibuat posting. Posting artikel dalam blog ini dilakukan hanya satu artikel sehari dan kadang-kadang dihantar dua (2) artikel sehari mengikut kesesuaian. Kebanyakan artikel dalam blog ini berkisar mengenai teknologi pertanian sama ada digarap untuk dirujuk dalam negeri atau luar negara. Artikel pendek 3 - 7 perenggan ini ditulis dengan font yang besar untuk mudah dibaca dan difahami. Banyak foto dan juga illustrasi yang diletakkan disetiap perenggan untuk mengukuhkan maksud penulisan. Semua artikel disesuaikan dengan teknologi pertanian untuk dijadikan bahan rujukan lebih 200,000 pembaca setiap bulan. Artikel malam ini saya sempat menulis dalam "Anim Agro Technology" untuk saya sama mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada pembaca semua.




Blog ini menerima followers seramai 968 orang dengan sebanyak 1,876 komen-komen (comments) yang diberikan semenjak ia ditulis 7 tahun dahulu. Komen ini ada banyak mengutarakan soalan, penjelasan, hendak tumpang iklan dan sebahagian besar memohon untuk mendapatkan email penulis atau nombor HP. Blog pertanian ini telah dijadikan bahan rujukkan ilmiah kepada ramai pengguna ICT seperti pegawai pengembangan, penyelidik, pelajar sekolah, mahasiswa, peniaga, petani, usahawan dan banyak kumpulan lagi. Mereka menggunakan Desktop, Laptop malahan kini hampir 65% menggunakan Smartphone untuk capaian. Semuga tahun 2015 penulis akan terus menulis dan buat posting setiap hari dan kekal satu daripada blog teknologi pertanian yang memberi informasii berguna. Sehingga akhir tahun 2014 dan awal tahun 2015, blog ini mendudukki ranking ke 4,945 mengikut Alexa Rank di Malaysia (Angka rendah menunjukkan lebih tinggi tahap populariti). Kedudukan blog ini dalam dunia pula adalah pada 425,667mengikut www.statscrop.com/www/animhosnan.blogspot.com.. 
Semuga saya akan terus diberi kesihatan dan tenaga serta pemikiran yang lebih baik sepanjang tahun 2015. Amin.



SELAMAT TAHUN BARU 2015...

Oleh,
M Anem,
Senior Agronomis,
Precint 11,
Putrajaya,
Malaysia.
(12.01 pagi, 1 Januari 2015

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...