Support My Blog

Showing posts with label TANAH - KEASIDAN TANAH. Show all posts
Showing posts with label TANAH - KEASIDAN TANAH. Show all posts

Monday, May 6, 2013

TANAH - FAKTOR KEASIDAN TANAH (Part 2)

KEASIDAN TANAH (Soil acidity) merupakan satu perkara penting yang perlu diukur untuk mempastikan tahap kesuburan tanah. Kesuburan tanah yang sesuai untuk tumbuhan lazimnya adalah sekitar pH 4.5 hingga pH7.5. Keasidan tanah dan pengapuran tanah adalah satu perkara penting dalam aspek kesuburan tanah terutamanya untuk pertumbuhan tanaman makanan. Keasidan tanah yang terlalu tinggi atau terlalu rendah menjejaskan pertumbuhan tanaman kerana akar-akar tanaman tidak dapat tumbuh dengan baik bagi meyerap zat-zat makanan dalam tanah. Ini disebabkan nutrien tersebut terikat pada tanah dan ianya tidak dapat diambil oleh akar atau pun nutrien tersebut tidak ujud didalam keasidan yang tinggi atau keasidan yang sangat rendah. Pengetahuan ramai petani serta agen-agen pengembangan terhadap kaedah mengenalpasti keasidan tanah menggunakan peralatan yang betul dan pengiraan yang tepat pengapuran sangat kritikal. Lazimnya apa yang sering disyorkan untuk meningkatkan kesuburan tanah perlu dibuat PENGAPORAN. Tanah yang sangat masam perlu dijalankan Pengapuran (Liming) untuk mengurangkan kemasaman tersebut mengikut kadar yang disyorkan. Artikel pada petang Ahad ini, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanah dan keasidan faktor yang menyebabkan keasidan tanah adalah oleh berbagai sebab.

1. Kandungan bahan induk
Bahan induk pembentukkan tanah merupakan faktur utama didalam mempengaruhi keasidan tanah. Lazimnya bahan induk seperti Batu Granit mengandungi aluminium yang agak tingi. Unsur Aluminium akan mengalami tindakbalas hidrolisis keluarkan ion hidrogen dalam tanah. Ini akan menjadikan tanah tanah yang berasal dari bahan induk batu granit adalah berasid. Kalau anda hendak membeli tanah atau menyewa tanah untuk pertanian, pastikan memilih tanah yang tidak menghadapi masaalah keasidan kerana ia akan perlukan kos untuk pengaporan.

2. Larutresapan
Tekstur tanah akan mempengaruhi kadar larutresap dalam tanah. Apabila berlaku kadar larutresap tinggi maka akan banyak berlaku kehilangan bahan unsur nutrien dalam tanah. Contohnya kesan larutresap adalah keehilangan ion Ca, Mg dan K melalui larutresapan digantikan oleh ion hidrogen. Kehadiran ion hidrogen menyebabkan tanah berasid dan kurangkan kesuburan tanah.

3. Penggunaan baja kimia
Pada masa ini dalam pembajaan cara konvensional, pemilihan baja kimi adalah sering diamalkan kerana ianya murah, mudah, praktikal dan ekonomik. Bagaimana pun penggunaan baja kimia yang banyak dan tidak terkawal terutamanya baja seperti baja Amonium sulfat yang akan hasilkan ion NH+n yang meningkatkan keasidan tanah. Bentuk ion adalah Amonium Sulfat (NH+ NO3- + H+) serta ion H+ akan menurunkan pH tanah.

4. Pereputan bahan organik
Tanah yang mengandungi bahan organik banyak akan menjalankan pproses pereputan bahan organik. Proses pereputan ini biasanya akan menghasilkan asid organik yang akan merendahkan pH tanah atau menyababkan tanah berasid. Oleh itu tanah yang mempunyai bahan organik seperti tanah gambut perlu dijalankan pengaporan untuk menyuburkan tanah tersebut. 

5. Penambahan Asid karbonik/ Asid nitrik
Sering juga dberlaku peningkatan keasidan dalam tanah apabila berlaku perlepasan gas Karbon dioksida (CO2) dan juga Gas Nitrogen oksida (NO) serta Nitrogen dioksida (NO2) di atmosfera yang larut dalam air hujan dan membentuk asid lemah. Asid tersebut ialah Asid karbonik dan Asid nitrik yang akan masuk kedalam tanah dimana ini akan menyebabkan peningkatan keasidan tanah.

6. Respirasi akar / organisma tanah
Akar tumbuhan didalam tanah berfungsi dalam menyerap air dan nutrien untuk proses fotesintesis. Selain itu akar  tersebut juga menjalankan proses respirasi yang mana karbon dioksid (CO2) akan dihasilkan. Selain itu proses respirasi akar dan organisma dalam tanah juga akan bertindakbalas dengan air menghasilkan asid karbonik. Asid ini juga menyumbang kepada keasidan tanah walau pun kesannya sedikit.

7. Penghasilan gas Nitrogen dioksida dan Nitrogen
oksida
Didalam keadaan biasa, tindakan kilat semasa hujan akan menggabungkan gas nitrogen dioksida dan oksigen di atmosfera yang kemudiannnya bertindakbalas dengan air untuk menghasilkan Asid nitrik. Asid nitrik ini akan turun bersama hujan, dimana kemudian akan masuk ke dalam tanah dan menyebabkan tanah akan menjadi berasid. Bagaimana pun keadaan ini berlaku dengan ketara dikawasan dimana ada banyak kawasan perindustrian yang melepaskan gas toksik dimana ia sering kita panggil sebagai 'Hujan asid'.

Skala keasidan dengan pH tanah.
Apa yang saya ingin nyatakan adalah, kesan pH tanah kepada tanaman yang memberi kesan kepada ketersediaan nutrien dimana terdapat beberapa jenis nutrien mudah larut dalam larutan tanah pada pH tertentu.  Apablia keadaan pH rendah makan akan berlaku pembebasan ion ferum dan magnesium sementara bila pH tinggi pula akan berlaku pembebasan ion Kalsium dan Magnesium. Seterusnya akan berlaku ion-ion itu bertindakbalas dengan fosfat membentuk fosfat tidak larut dimana ini menyebabkan fosfat kurang tersedia jika pH terlalu tinggi atau rendah. Kesan seterusnya adalah kaitan antara keasdian tanah dengan aAktiviti mikrob dalam tanah. kajian menunjukkan mikroorganisma bermanfaat (Beneficial microbes)  akan sesuai untuk hidup pada pH 5.5 – pH 7.8. Kajian-kajian juga mendapati mikroorganisma yang jalankan proses penitratan terjejas bila pH kurang 5.5. sementara itu bila pH rendah pula akan merencatkan aktiviti cacing tanah. Kaitan keasidan tanah dalam kejadian penyakit tumbuhan juga ada kaitan, Lazimnya jika pH rendah menyebabkan kulat mudah membiak, tumbuhan sukar memperoleh nutrien dan pertumbuhan akar terjejas apabila pH tanah terlalu tinggi atau rendah.

pH TANAH... BERAPA NILAINYA...
PELBAGAI FAKTOR...PUNCANYA...
BAHAN INDUK... LARUTRESAP JUGA...
ASID HUMIK... BANYAK KESANNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Putrajaya
Malaysia
(28 JamadilAkhir 1434H)

Sunday, May 5, 2013

TANAH - KEASIDAN TANAH (Part 1)

KEASIDAN TANAH (Soil acidity) merupakan satu perkara yang diajar ketika di universiti dahulu dan sehingga kini masih penting untuk saya bincangkan. Keasidan tanah dan pengapuran tanah adalah satu perkara penting dalam aspek kesuburan tanah terutamanya untuk pertumbuhan tanaman makanan. Keasidan tanah yang terlalu tinggi atau terlalu rendah menjejaskan pertumbuhan tanaman kerana akar-akar tanaman tidak dapat tumbuh dengan baik bagi meyerap zat-zat makanan dalam tanah. Ini disebabkan nutrien tersebut terikat pada tanah dan ianya tidak dapat diambil oleh akar atau pun nutrien tersebut tidak ujud didalam keasidan yang tinggi atau keasidan yang sangat rendah. Pengetahuan ramai petani serta agen-agen  pengembangan terhadap kaedah mengenalpasti keasidan tanah menggunakan peralatan yang betul dan pengiraan yang tepat pengapuran sangat kritikal. Lazimnya apa yang sering disyorkan untuk meningkatkan kesuburan tanah perlu dibuat PENGAPORAN. Tanah yang sangat masam perlu dijalankan Pengapuran (Liming) untuk mengurangkan kemasaman tersebut mengikut kadar yang disyorkan. Artikel petang Ahad ini sempena Hari Mengundi PRU13, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanah dan keasidan serta aktiviti pengaporan. 


Tanah boleh dikategorikan sebagai Tanah Masam (Berasid), Tanah Neuteral dan juga Tanah Beralkali (Rujuk Rajah diatas). Nilai keasidan tanah ini boleh kita di ukur dengan menggunakan alat konvensional atau elektronik dengan skala 'pH' iaitu satu skala yang digunakan untuk mengukur dalam lingkungan julat 1 - 14. Perlu difahami dimana pada bacaan skala 7 adalah di panggil Neuteral. Air bersih atau air tulin mempunyai bacaan 7 jika ianya neuteral, kurang daripada nilai 7 adalah berasid dan lebih tinggi dari nilai 7 adalah beralkali. Tanah yang berada di Malaysia ada yang mempunyai tahap keasidan pada skala 3 pada tanah berasid (Seperti tanah asid sulfat) dan berada pada skala 
8 - 9 iaitu tanah beralkali iaitu tanah yang berada dikawasan batu kapor. Kebanyakan tanah pertanian yang berada di atas muka bumi mempunyai pH antara 4.5 hingga 7.5 dimana pada skala ini banyak jenis tumbuhan yang sesuai hidup dengan penambah-baikan tahap keasidan tanah. Jadi dengan pengapuran adalah satu kaedah untuk memperbaiki pH tanah dengan meningkatkan skala pH tanah daripada rendah kepada lingkungan pH 6.5 (atau skala pH5.8 untuk tanah gambut).

Cara untuk menguji kemasaman dan keasidan tanah mudah dijalankan dengan menggunakan alat khas elektronik seperti kon (Lihat foto sebelah) yang mudah dibawa, cepat mendapat keputusan dan praktikal. Bagaimana pun kaedah konvensional seperti menggunakan kertas litmus yang akan berubah warna apabila di kenakan dengan larutan atau pada sampel tanah. Bacaan keasidan akan diperolehi dengan mempadankan warna kertas litmus tersebut dengan carta indek bacaan (Standard colour chart - Munsell Color Chart) sama ada ianya tanah berasid, tanah neuteral atau tanah beralkali. Kini kaedah untuk mengetahui pH tanah sangat mudah dibuat dengan Alat Eletronik pH Meter yanh murah dan mudah. Kita hanya perlu cucukan alat pH meter tersebut (Berbentuk Kon atau lain2 bentuk) kedalam sampel tanah dan bacaan akan didapati serta merta dengan ketepatan yang jitu. Bagaimana pun perlu dibuat beberapa kali untuk menghasilkan ketepatan bacaan terutama untuk tanah agak kering.

Ramai kurang faham dengan masaalah kenapa tanah berasid?. Ini memerlukan perbincangan secara teknikal kerana jika kita kurang faham akan keliru. Apa yang saya belajar mendapati iaitu tanah berasid kerana ion Al+++ dan H+ dalam tanah. Keujudan ion ini berlaku apabila air mengalir celah kumin tanah domana ion Na+, Mg++, Ca++, K+ akan mengganti dengan ion H+pH pada partikel tanah. Secara teknikal keasidan diukur oleh kepekatan ion dengan formula iaitu H+PH = Log 1 / [ H+] atau [ H+ = Mol/ l]. Lazimnya dalam subjek Sains Tanah, kita boleh kelaskan atau kategorikan Keasidan Tanah kepada dua iaitu Keasidan Aktif (Kepekatan H+ dalam larutan tanah) dan juga Keasidan Simpanan (Jumlah H+ dan Al+++ yang dipegang oleh koloid tanah). Anda faham ke dengan penjelasan tersebur?. Mungkin kurang faham kalau tidak belajar mengenai subjek tersebut.

Kesan keasidan tanah atau Kesan pH Tanah sangat kritikal terhadap tahap kesuburan tanah. Sering dikatakan, jika ada perubahan pada nilai pH akan mempengaruhi kuantiti atau kedapatan (Kesediaadaan) zat pemakanan didalam tanah. Contohnya jika nilai pH tinggi ini akan menyebabkan berlaku pengurangan unsur Fe, Mn, Zn, Cu, Co. Jika nilai keasidan atau pH 6 - 8.5 maka unsur Ca dan Mg adalah tinggi manakala jika nilai keasidan atau pH 6 - 6.5 pula unsur K dan Mo akan tinggi. Perkara lain berkait dengan keasidan tanah adalah pengikatan kandungan unsur Fosfat (Phosphate) dalam tanah.

Unsur Fosfat adalah sensitif kepada pH tanah dimana unsur ini sangat penting untuk pertumbuhan pokok (Lihat struktur Fosfat disebelah). Lazimnya unsur ini (H PO4) adalah tersedia dalam pH tinggi (Alkali), begitu juga ia akan tersedia dalam keadaan berasid (iaitu dalam bentuk H PO4 dan H2 PO4 tersedia). Sementara itu dalam pH sangat berasid hanya bentuk H2 PO4 sahaja yang akan tersedia). Fosfat (P) boleh terikat dengan berbagai cara iaitu ia  bersatu dengan ion Ca++, Mg++, Al+++ dan Fe+++ (Sebatian tidak larut), terikat dengan hidupan seni,  bersatu dengan sebatian organik (Komplek) atau pun ia diserap dipermukaan tanah. Antara faktor yang mempengaruhi pengikatan fosfat dalam tanah yang  saya belajar adalah kerana Nilai pH, Unsur P Terikat dalam pH terlampau tinggi atau rendah, Tempoh P dalam tanah dimana lebih lama P dalam tanah lebih tinggi pengikatan. Ia juga disebabkan oleh kandungan liat dalam tanah dimana selalunya lebih tinggi kandungan liat lebih tinggi pengikatan P. Seterusnya adalah kerana jumlah P dalam tanah dimana lebih banyak kandungan P tersedia lebih kurang pengikatan P. Faham ke dengan penjelasan diatas?. Seterusnya faktur kandungan bahan organik dimana bahan organik mencepatkan kelarutan fosfat dan menguraikan fosfat terikat. Akhir sekali adalaj kena maksimakan penggunaan baha fosfat dengan kita menabur baja P secara berperingkat dan perlu di tabur dengan kadar yang rendah bagi setiap penaburan. Begitulah tulisan saya pada kali ini. Bersambung Part 2.
Wasallam!

KEASIDAN TANAH...PERLU DIBACA...
TANAH BERASID...DISEBABKAN APA...
TANAH BERALKALI...NILAI pH BERAPA...
KANGUNGAN FOSFAT...BAGAIMANA PULA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Putrajaya
Malaysia
(5 Mei 2013 - Hari mengundi PRU 13!)



THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...