Support My Blog

Showing posts with label SEMBANG TENTANG RACUN RUMPAI. Show all posts
Showing posts with label SEMBANG TENTANG RACUN RUMPAI. Show all posts

Wednesday, April 9, 2025

SEMBANG TENTANG RACUN RUMPAI (PART 3)

RACUN RUMPAI (Weedicide or Herbicide) merupakan satu campuran bahan kimia yang digunakan dalam mengawal dan membasmi pertumbuhan rumpai. Terdapat berbagai-bagai jenis racun rumpai di pasaran untuk petani gunakan iaitu terutamanya dalam bidang pertanian. Racun Rumpai secara ringkasnya dibahagikan kepada RACUN PRA-CAMBAH, RACUN SENTUH dan RACUN SISTEMIK. Antara jenis-jenis Racun ini diformulasi untuk tujuan khusus dengan cara penggunaan yang tidak sama. Biasanya Racun Pracambah digunakan dikawasan kebun yang akan disembur semasa kerja-kerja penyediaan tanah selesai untuk menghalang anak benih rumpai tumbuh sebelum penanaman. Racun jenis ini berkesan untuk tujuanan kawalan rumpai pada peringkat paling awal. Antara racun jenis ini seperti Atrazine dan lain-lain jenama. Racun Sentuh bertindak dengan sentuhan kepada bahagian tanaman (daun dan batang) dan akan matikan rumpai. Kesan racun sentuh adalah cepat dan dapat dilihat tumbuhan layu dalam beberapa jam sahaja selepas aktiviti penyemburan dijalankan. Racun Sistemik bertindak dengan diserap kedalam seluruh bahagian tumbuhan dam rumpai akan mati perlahan-lahan. Lazimnya proses racun ini lambat dilihat. Selepas 2-3 hari pun kesan racun jenis ini tidak dapat dikesan lagi. Keberkesanan racun ini agak lama berbanding dengan racun sentuh. Perkara paling penting adalah kita perlu tahu bahawa racun rumpai adalah bahan terkawal yang mebahaya dan perlu dikendalikan dengan baik. Telah ada beberapa artikel saya tulis mengenai apakah langkah keselamatan perlu diambil dan amalkan sebagai pengguna dan pekerja didalam perkara ini. Perlu diberitahu dimana sifat Racun Rumpai ada dua kategori iaitu Jenis Selektif (memilih) dan Tidak Selektif (tidak memilih). Jenis racun rumpai selektif hanya mematikan spesis rumpai tertentu sahaja manakala meninggalkan tanaman yang lain disekelilingnya masih didalam keadaan terkawal. Racun ini bertindak mengganggu pertumbuhan rumpai melalui 'peniruan' hormon tumbuhan. Pemilihan ini mungkin disebabkan oleh faktur translokasi, penyerapan berbeza, perbezaan fizikal (morfologi) atau fisiologi antara spesies tumbuhan. Antara contoh racun rumpai selektif adalah seperti 2,4-D dan imazapic. Racun 2,4-D bertindak khas membunuh rumpai berdaun lebar seperti melostoma. Racun seperti ini banyak digunakan ketika pokok padi sedang tumbuh. Sementara itu Jenis racun rumpai tidak selektif bertindak terhadap semua spesies tumbuhan tertentu. Mana-mana tumbuhan yang terkena racun ini akan mati. Ia sering digunakan untuk membersihkan tapak perindustrian, tanah sisa, kereta api dan benteng keretapi. Contoh racun rumpai ini adalah seperti paraquat, glufosinate dan glyphosate. Pembeli atau pengguna dimestikan untuk memilih jenis racun yang hendak digunakan semasa kekedai pertanian untuk membeli racun. Faktur jenis rumpai, jenis tanaman, tujuan semburan racun dan juga kos pembelian sering dijadikan asas untuk memilih jenis racun rumpai yang hendak digunakan. Walau pun akhirnya kebanyakan petani atau pengguna akan membeli berdasarkan kos akan tetapi berdasarkan kepada pengalaman semua faktur akan diambil kira. Artikel petang Raya Aidilfitri ke 3 1446H ini saya sembang dengan menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai racun rumpai untuk bahan rujukkan.


Rasa tidak puashati kalangan 'Pesawah tertekan harga racun naik dua kali ganda' di Kedah menjadi sorotan media sesuai disembangkan. Mereka dan ramai pesawah lain mengharapkan kerajaan memberikan perhatian kepada kenaikan harga racun yang meningkat mendadak di pasaran, sekali gus membebankan golongan petani. Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) memohon kerajaan memantau secara serius kenaikan harga racun rumpai yang meningkat dua kali ganda sehingga membebankan golongan pesawah. Pengerusi Pesawah, Mohd Fuad Yaacob berkata, pihaknya menerima rungutan daripada golongan tersebut dan kenaikan harga dikesan berlaku sejak pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada pertengahan tahun 2022. Menurutnya, pesawah perlu membeli racun tambahan di pasaran bagi mengatasi masalah rumput dan rumpai kerana racun subsidi yang dibekalkan kerajaan masih tidak mencukupi. Pesawah berharap kerajaan memandang serius masalah kenaikan harga racun rumpai di pasaran yang dihadapi oleh petani kerana kos meningkat ini ditanggung sendiri oleh mereka. Apa pun bagi penjual mendakwa mereka tidak dapat menghalang kenaikan harga disebabkan oleh bahan-bahan membuat racun yang diimport dari luar negara telah meningkat selain faktor kelemahan mata wang. Bagi Mohd Fuad yang mana mereka turut mencadangkan kepada kerajaan agar meningkatkan bantuan kepada pesawah daripada RM360 kepada RM500 setiap tan metrik bagi setiap padi bersih bagi membantu semua pesawah di seluruh negara. Pihaknya percaya harga racun yang meningkat dengan drastik tersebut akan menambah beban pesawah pada musim penanaman padi kali ini sekiranya kerajaan tidak mencari alternatif untuk dapat membantu. Negeri Kedah sebagai antara jelapang padi negara perlu diberikan perhatian oleh kerajaan. Bantuan kepada pesawah perlu ditingkatkan jika mahu pengeluaran padi untuk bekalan makanan tidak terjejas pada masa hadapan. Bagi seorang pesawah, Hashim Ismail (66) dari Kampung Besar mengakui tertekan dengan kenaikan harga racun tersebut. Dakwanya racun masih perlu dibeli agar tanaman padi yang diusahakan membuahkan hasil yang baik sebab dia mengusahakan kira-kira empat hektar tanaman padi dan memerlukan kira-kira lapan liter bersamaan dua tong racun racun. Kalau sebelum ini harga satu tong racun empat liter bernilai RM45 tetapi kini sudah meningkat kepada RM90 diman bahan racun rumpai perlu dibeli bagi dapat mengatasi masalah seperti rumput rumpai sekiranya mahu tanaman padi memberikan pulangan hasil yang baik. Pesawah lain pula iaitu Salleh Harun dari Kampung Tok Pulau yang mana dia ada mengusahakan satu hektar tanaman padi berkata, kos bagi mengusahakan kira-kira satu hektar dengan bantuan subsidi kerajaan kini sudah meningkat daripada RM100 kepada RM160. Dakwanya walaupun ada bantuan racun dan baja daripada kerajaan, namun pesawah masih perlu membeli racun dan baja tambahan. Kenaikan harga racun ini memang membebankan.


Di Sarawak pula dilaporkan oleh portal  utusanborneo.com dimana 'Baja dan racun tingkatkan 97.5% pengeluaran padi bukit' wajar di kongsikan isunya. Kisah di Tebedu dimana penggunaan baja dan racun untuk penanaman padi bukit terbukti mampu meningkatkan lagi pengeluaran hasil padi seperti yang telah dilaksana di Kampung Gahat Mawang dekat sini. Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang), Datuk Sylvester Entri Muran dakwa menerusi projek itu, ia berjaya mencatat peningkatan pengeluaran sebanyak 97.5% iaitu daripada 743 kilogram sehektar kepada 1,428 kilogram sehektar. Projek itu merupakan kajian terkini MARDI dan Jabatan Pertanian Sarawak. Projek ini bertujuan menghasil pakej teknologi untuk pengeluaran padi bukti di negeri ini. Teknologi ini diguna untuk membantu meningkat hasil padi bukit secara kekal tanpa perlu berpindah dimana dia beritahu pada majlis pelancaran program Skim Subsidi Baja Racun Padi Bukit atau Padi Huma bagi Sabah dan Sarawak di Kampung Gahat Mawang dekat sini semalam. Dia jjelaskan, kajian tersebut dibiayai MOSTI dan dimula pada 2009 dengan lokasi pertama di Kampung Gahat Mawang melibat keluasan penanaman seluas 15 hektar. Apa pun peserta dalam projek ini dalam kalangan petani yang mengusahakan tanaman padi bukit kekal. Kumpulan ini telah menanam di plot kawasan sama selama empat tahun tanpa berpindah randah. Dalam tempoh tiga tahun kajian, lokasi pertama di Kampung Gahat Mawang berjaya mencatat peningkatan hasil pengeluaran kesan daripada penggunaan baja. Ini ternyata membolehkan petani mengusaha tanaman secara kekal tanpa perlu berpindah randah ke kawasan baharu seperti yang mereka lakukan sebelum ini. Selain Kampung Gahat Mawang dimana lokasi kedua bagi projek ini ialah Kampung Sepadah, Bau seluas 4.5 hektar yang turut mencatat peningkatan hasil padi sebanyak 111.6 peratus iaitu daripada 1,200 kilogram sehektar kepada 2,781 kilogram sehektar. Berdasarkan kajian di kedua-dua lokasi projek ini, kata Entri, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mencadangkan supaya baja dan racun dijadikan input dalam pemberian subsidi skim baja dan racun padi bukit serta padi huma di Sabah dan Sarawak. Apa pun cabaran utama bagi penanaman padi bukit secara kekal ialah serangan rumpai dan kehilangan kesuburan tanah kerana petani tidak mampu untuk membeli baja dan racun rumpai. Justeru beliau berharap pemberian bantuan subsidi baja padi bukit ini akan menambah baik keadaan sosio ekonomi serta kehidupan para petani di Sarawak. Dari statistik pengeluaran padi bukit di Sarawak pada 2012 sebanyak 47,666 tan metrik dengan keluasan tanaman seluas 63,818 hektar. Pada 2013, pengeluaran padi bukit di Sarawak mencatat peningkatan kepada 48,027 tan metrik walaupun kawasan tanaman mengecil kepada 62,945 hektar.


Media sama juga laporkan jika 'Tindakan pengilang, pembekal racun manipulasi harga perlu ditangani' yang dilaporkan dari Sandakan, Sabah. Apa pun tindakan pengilang dan pembekal racun rumpai serta baja yang memanipulasi harga bahan itu secara mendadak perlu ditangani secara serius. Wakil Rakyat Kawasan Kuamut Datuk Masiung Banah berkata pihak pekebun kecil mengesa Kerajaan Negeri dan Persekutuan perlu campur tangan mengenai kemelut berkenaan harga bahan kimia yang melambung naik melebihi jangkaan. Katanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu mengambil tanggungjawab serius untuk menyiasat perkara itu. Bagi pengilang dan pembekal kini giat mencari alasan menaikkan harga bahan kimia untuk kegunaan industri pertanian itu ketika negara sedang dilanda musibah pandemik COVID-19. Kenaikan harga bahan itu juga didapati meningkat antara 25 hingga 40 peratus sedangkan harga komiditi semakin hari semakin merundum. Pihaknya menerima banyak aduan daripada pengusaha ladang termasuk Tongod yang mengatakan harga racun rumpai, baja dan bahan kimia pertanian meningkat melebihi jangkaan. Kenaikan harga secara mendadak terhadap racun rumpai iaitu weedicide dan herbicide boleh menjejaskan industri berasaskan pertanian jika kerajaan terlepas pandang. Dia juga bimbang permainan dalam industri pertanian menyebabkan kenaikan harga itu akan kekal pada tahap lebih tinggi. Diharapkan KPDNHEP tidak menerima sewenangnya alasan yang direka oleh pengilang dan pembekal yang meraih keuntungan berganda melainkan siasatan perlu dijalankan sehingga ke akar umbi bagi selesaikan isu ini. Dalam merujuk kes 'Kenaikan harga bahan kimia pertanian membebankan petani' menarik apabila dilaporkan harga racun rumpai, baja, dan bahan kimia pertanian telah meningkat sehingga 20% akibat bekalan terhad. Kes di Sabah walaupun Sabah mendapat sebahagian besar racun rumpai dan baja dari negara India dan China. Masalahnya ialah, akibat dari pelaksanaan PKP dimana mereka dilaporkan lambat menerima bekalan bahan berkenaan seterusnya menyebabkan harga tempatan naik. Kes kenaikan caj pengangkutan memburukkan lagi keadaan ini bila kos bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan tanaman juga meningkat dengan pesat. Sebilangan besar bahan mentah berkenaan juga berasal dari China dan India dimana situasi Malaysia mengalami kekurangan bekalan racun rumpai dan bekalan baja, bagaimanapun permintaan terhadap produk itu tidak menurun. Ada banyak aduan diterima mengenai kenaikan harga mendadak terhadap bekalan terbabit. Pihak KPDNKK diminta mengambil tindakan cepat untuk mengawal harga racun rumpai, baja, dan bahan kimia pertanian.


Isu 'Kemasukan racun perosak tidak berdaftar membimbangkan' juga pernah di laporkan mengenai isu ini. Pernah dilaporkan bagaimana isu kemasukan racun perosak tidak berdaftar dari negara jiran di tahap membimbangkan kerana penggunaannya boleh mengancam keselamatan bekalan makanan negara, kata Ketua Pengarah Pertanian. Apa pun penggunaan bahan larangan itu dilihat berlaku dengan serius dalam kalangan peladang dan pekebun khususnya di negeri-negeri di utara Semenanjung. Walaupun ramai yang telah didenda atau dikenakan tindakan undang-undang tetapi pihak berkenaan tidak serik, malah lebih berani untuk membawa masuk racun perosak tersebut. Bukan sahaja keselamatan makanan, malah petani atau peladang yang menggunakannya turut terdedah kepada kesan negatif tertentu. Ada kes susulan kejayaan Unit Serbuan Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja jabatan itu merampas pelbagai racun makhluk perosak tidak berdaftar bernilai RM1.146 juta di lima buah premis di Kinta dan Pengkalan Hulu, Perak. Jabatan Pertaian telah mengenal pasti beberapa premis di negeri-negeri yang dipercayai aktif dalam menjual, menyimpan dan mengilang atau membungkus semula bahan larangan tersebut untuk diambil tindakan. Apa pun mengenai serbuan di Perak itu racun makhluk perosak yang dipercayai mengandungi perawis aktif yang tidak berdaftar dan diharamkan penggunaannya di Malaysia itu digunakan untuk kawalan rumpai dan serangga. Rampasan turut melibatkan racun makhluk perosak yang disyaki mengandungi perawis aktif yang dihadkan penggunaannya seperti methamidhophos, monocrotophos dan paraquat di mana jualan serta penggunaannya memerlukan permit daripada Jabatan Pertanian. Produk ini mendapat permintaan tinggi kerana dijual 40 peratus lebih murah daripada harga pasaran,” katanya, dan menambah kes disiasat di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974 mengikut seksyen 13(1) iaitu mengilang racun makhluk perosak tidak berdaftar. Jika sabit kesalahan, mereka yang berkenaan boleh dipenjara selama lima tahun atau denda RM50,000. Jika produk yang hanya dibenarkan digunakan ke atas kelapa sawit di bawah umur dua tahun serta membunuh tunggul nanas itu tidak dikawal, ia dikhuatiri akan digunakan di ladang-ladang sayur dan pada tumbuhan lain. Isu Racun Paraquat sudah diharamkan penggunaannya oleh kerajaan bermula Januari 2020 merupakan sejenis racun perosak yang tidak mempunyai antidot dan jika digunakan di ladang sayur, ia tentunya akan memberi implikasi buruk kepada rantaian makanan. 
Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca semuanya. Semua]ga tulisa kali ini memberi maklumat sesuai untuk di gunakan dari blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!...
RACUN RUMPAI... BERFAEDAH DIA...
MENGAWAL RUMPAI...SEMBUR SAJA...
BANYAK JENIS... PELBAGAI JENAMA...
PETANI PENING...KENAIKAN HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(3 Syawal 1446H).

Tuesday, April 8, 2025

SEMBANG TENTANG RACUN RUMPAI (PART 2)

RACUN RUMPAI (Weedicide or Herbicide) merupakan satu campuran bahan kimia yang digunakan dalam mengawal dan membasmi pertumbuhan rumpai. Terdapat berbagai-bagai jenis racun rumpai di pasaran untuk digunakan iaitu terutamanya dalam bidang pertanian. Racun Rumpai secara ringkasnya dibahagikan kepada RACUN PRA-CAMBAH, RACUN SENTUH dan RACUN SISTEMIK. Antara jenis-jenis Racun ini diformulasi untuk tujuan khusus dengan cara penggunaan yang tidak sama. Biasanya Racun Pracambah digunakan dikawasan kebun yang akan disembur semasa kerja-kerja penyediaan tanah selesai untuk menghalang anak benih rumpai tumbuh sebelum penanaman. Racun jenis ini berkesan untuk tujuanan kawalan rumpai pada peringkat paling awal. Antara racun jenis ini seperti Atrazine dan lain-lain jenama. Racun Sentuh bertindak dengan sentuhan kepada bahagian tanaman (daun dan batang) dan akan matikan rumpai. Kesan racun sentuh adalah cepat dan dapat dilihat tumbuhan layu dalam beberapa jam sahaja selepas penyemburan dijalankan. Racun Sistemik bertindak dengan diserap kedalam seluruh bahagian tumbuhan dam rumpai akan mati perlahan-lahan. Lazimnya proses racun ini lambat dilihat. Selepas 2-3 hari pun kesan racun jenis ini tidak dapat dikesan lagi. Keberkesanan racun ini agak lama berbanding dengan racun sentuh. Perkara paling penting adalah kita perlu tahu bahawa racun rumpai adalah bahan terkawal yang mebahaya dan perlu dikendalikan dengan baik. Telah ada beberapa artikel saya tulis mengenai apakah langkah keselamatan perlu diambil dan amalkan sebagai pengguna dan pekerja didalam perkara ini. Perlu diberitahu dimana sifat Racun Rumpai ada dua kategori iaitu Jenis Selektif (memilih) dan Tidak Selektif (tidak memilih). Jenis racun rumpai selektif hanya mematikan spesis rumpai tertentu sahaja manakala meninggalkan tanaman yang lain disekelilingnya masih didalam keadaan terkawal. Racun ini bertindak mengganggu pertumbuhan rumpai melalui “peniruan” hormon tumbuhan. Pemilihan ini mungkin disebabkan oleh translokasi, penyerapan berbeza, perbezaan fizikal (morfologi) atau fisiologi antara spesies tumbuhan. Antara contoh racun rumpai selektif adalah seperti 2,4-D dan imazapic. Racun 2,4-D bertindak khas membunuh rumpai berdaun lebar seperti melostoma (Sila lihat foto disebelah - Racun Hextar). Racun seperti ini banyak digunakan ketika pokok padi sedang tumbuh. Sementara itu Jenis racun rumpai tidak selektif bertindak terhadap semua spesies tumbuhan tertentu. Mana-mana tumbuhan yang terkena racun ini akan mati. Ia sering digunakan untuk membersihkan tapak perindustrian, tanah sisa, kereta api dan benteng keretapi. Contoh racun rumpai ini adalah seperti paraquat, glufosinate, dan glyphosate. Pembeli atau pengguna dimestikan untuk memilih jenis racun yang hendak digunakan semasa kekedai pertanian untuk membeli racun. Faktur jenis rumpai, jenis tanaman, tujuan semburan racun dan juga kos pembelian sering dijadikan asas untuk memilih jenis racun rumpai yang hendak digunakan. Walau pun akhirnya kebanyakan petani atau pengguna akan membeli berdasarkan kos akan tetapi berdasarkan pengalaman semua faktur akan diambil kira. Artikel petang Raya Aidilfitri ke 3 1446H ini saya sembang dengan menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai racun rumpai untuk bahan rujukkan.


Sembang tentang '
Mudarat racun perosak berlebihan' sesuai dikongsikan juga kali ini. Di Malaysia sektor pertanian masih lagi ia memainkan peranan penting terhadap ekonomi Malaysia melalui sumbangannya kepada pendapatan negara, perolehan eksport, peluang pekerjaan serta mewujudkan keberdikarian bekalan makanan negara. Bagaimana pun bagi penulis blog mendapati jika diantara isu yang menjadi perhatian dalam sektor ini ialah penggunaan berlebihan dan tanpa kawalan racun makhluk perosak (RMP). RMP adalah bahan yang digunakan untuk mengawal, mencegah dan memusnahkan makhluk perosak yang menjejaskan pendapatan petani. Racun perosak terdiri daripada racun rumpai, racun kulat, racun serangga dan racun bakteria. Mengikut Konvensyen Stockholm Mengenai Pencemar Organik Berterusan, sembilan daripada 12 bahan kimia organik yang berbahaya dan bersifat kekal ialah racun perosak Paraquat dan Malathion. Dua jenis racun tersebut adalah antara RMP yang menjadi pilihan petani kerana memberi kesan yang cepat berbanding penggunaan racun organik. Namun ia membawa pelbagai kesan negatif seperti kesan keracunan makanan kepada manusia, komplikasi kepada kulit, saraf dan sistem badan manusia, selain memudaratkan alam sekitar dengan mencemari sumber air bersih dan udara. Muntah, perut memulas dan cirit birit adalah simptom yang biasa bagi keracunan RMP. Penggunaan RMP yang tidak selamat dari segi kaedah dan pengendalian, kepekatan dos, kekerapan dan masa semburan akan meninggalkan residu racun perosak kepada hasil tanaman dan persekitaran, selain mengancam kesihatan petani dan pengguna. Dilaporkan pada setiap tahun di seluruh dunia, dianggarkan seramai 25 juta orang mengalami keracunan racun perosak. Ancaman residu RMP bukan sahaja sebabnya bergantung pada kualiti dan spesifikasi racun perosak tetapi juga pengetahuan petani mengenai sisa-sisa RMP dan sikap pengguna. RMP menjejaskan kesihatan manusia melalui kesan akut, kronik atau kedua-duanya sekali bergantung kepada jenis racun yang digunakan. Ada sesetengah RMP mungkin berkarsinogen, boleh menjejaskan sistem endokrin atau hormon dalam tubuh, manakala yang lain mungkin menyebabkan kerengsaan kulit dan mata. Laluan paling biasa untuk keracunan RMP ialah penyerapan melalui kulit. Penyerapan ke dalam kulit boleh berlaku akibat daripada percikan atau tumpahan ketika petani mengendalikan racun. aktiviti kawalan biologi penting apabila kajian penggunaan racun perosak berklorin dalam kalangan petani yang berusia lebih daripada 50 tahun dan penggunaan racun perosak yang mengandungi metil bromida dikaitkan dengan risiko kanser prostat. Sesetengah RMP menyebabkan masalah kesuburan iaitu hormon pembiakan mengeluarkan sperma pada jumlah yang kurang atau menyebabkan kemandulan kaum lelaki atau wanita. Kesan paling membimbangkan ialah ia boleh meresap ke dalam janin dan kanak-kanak menyebabkan keracunan RMP. Kajian juga menunjukkan perkaitan antara pendedahan racun perosak terhadap golongan ibu dan kecacatan pada bayi, khususnya jika pendedahan terjadi dalam tempoh tiga bulan pertama kandungan. Tahap penggunaan RMP dalam kalangan petani di Malaysia masih tinggi. Malah, beberapa RMP yang tidak dibenarkan penggunaannya boleh didapati secara komersial terutama yang dibawa masuk dari negara jiran. Para petani turut disaran melaksanakan Amalan Pertanian Baik (GAP) seperti menggunakan kaedah kawalan biologi bagi menggantikan penggunaan RMP secara berlebihan. Agen Kawalan Biologi (AKB) adalah satu kaedah lestari bagi pengawalan serangga perosak untuk tanaman sayur-sayuran. Ia terbukti berkesan mengawal serangan serangga perosak. AKB yang dibiakkan di makmal seperti ‘tiger fly’ berkesan mengawal ulat pelombong daun (leafminer) yang menyerang sayuran berdaun. AKB juga berupaya dalam menjamin kualiti serta keselamatan makanan selain dapat bantu mengurangkan kos pengeluaran dan pencemaran alam sekitar. Kaedah itu mampu menjimatkan kos sebanyak RM2,000 semusim.


Menarik berita dimana 'JAS Kedah kesan acrolein dalam semburan racun' yang sesuai di kongsikan dengan ssemua pembaca blog ini. Operasi yang dibantu Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia semalam. Kidah dari Sungai Petani, Kedah dimana hasil pemantauan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesan 'acrolein' sebagai salah satu pencemar di tapak lokasi pencemaran di ladang kelapa sawit dekat Kampung Baru, Bedong. Bahan acrolein adalah salah satu bahan yang digunakan dalam racun herbicide atau racun rumpai dalam sektor perladangan. Siasatan awal juga mengesyaki terdapat pencemaran bau berpunca daripada kawasan kebun penanaman kelapa sawit berjarak anggaran 400 hingga 500 meter dari rumah penduduk. Masyarakat lokal diminta tidak panik kerana ia kes terpencil. Bagaimanapun orang awam adalah diingatkan agar semua pihak ambil langkah berjaga-jaga dan berhati-hati dalam membuat semburan racun perosak, ikut prosedur semburan dan penggunaan racun yang disarankan pengeluar. Kisah viral mengenai isu ini berhubung aduan pencemaran bau yang dilaporkan berlaku di ladang tersebut dan susulan aduan terbabit maka satu operasi telah dilaksanakan dibantu Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah di lokasi tapak semalam. Operasi yang bermula kira-kira 4.56 petang itu berakhir lebih kurang 9 malam semalam setelah sampel diambil dari kawasan seluas 148 meter persegi itu. Siasatan telah dijalankan termasuk merakam percakapan pemilik kebun selain dilaporkan tiga buah rumah terjejas, melibatkan seorang warga emas dan dua kanak-kanak yang muntah. JAS Kedah dilaporkan sudah mengesahkan telah mengambil sampel tumbuhan yang dipercayai disembur dengan bahan yang disyaki menyebabkan bau kepada penduduk berdekatan. Apa pun siasatan tersebut masih diteruskan dan ia turut menafikan ia memberi kesan sehingga tahap membahayakan kepada manusia.
Dalam kes lain dilaporkan dimana '35 tan racun makhluk perosak tidak berdaftar dirampas' yang sesuai di kongsikan dan disembangkan. edia laporkan ada kira-kira 35 tan racun makhluk perosak tidak berdaftar dirampas dalam serbuan di sebuah premis dekat Taman Industri Integrasi Rawang, Selangor. Racun makhluk perosak itu dirampas sepasukan penguat kuasa Seksyen Penguatkuasaan, Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja, Jabatan Pertanian yang dianggarkan bernilai RM476,760. Ketua Pengarah Pertanian berkata premis yang menyimpan 32 jenis racun makhluk perosak tidak berdaftar itu dijadikan hab penghantaran dan pengedaran di seluruh negara. Masih tiada tangkapan dibuat dalam serbuan itu bagaimanapun, pihaknya kini sudah mengenal pasti pihak terbabit dalam kegiatan berkenaan. Racun makhluk perosak dirampas itu antaranya bagi kegunaan kawalan rumpai dengan pelbagai jenama, disyaki mengandungi perawis aktif Paraquat Dichloride tidak berdaftar dan diharamkan di negara ini. Pelbagai racun serangga dikesan berlabel menggunakan tulisan negara jiran dan tidak berlabel, disyaki racun tiruan dirampas di tempat kejadian. Berkemungkinan besar label racun berkenaan dibuat dalam negara tetapi menggunakan tulisan Siam, selain tidak menolak kemungkinan racun terbabit dihasilkan di Malaysia. Siasatan lanjut akan dibuat bagi mengenal pasti beberapa elemen lain, termasuk pengilang racun terbabit serta sama ada kegiatan itu didalangi sindiket atau sebaliknya. Jabatan Pertanian yakin ia dapat dilakukan kerana pengedaran dan penghantaran mengikut pesanan dibuat secara terus kepada pengguna akhir, selain terdapat syarikat logistik turut terbabit dalam operasi premis ini. Jabatan juga mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Jabatan Pertanian sentiasa komited membanteras penjualan dan penggunaan racun makhluk perosak tidak berdaftar dengan orang ramai diminta menyalurkan maklumat jika mengenal pasti aktiviti sedemikian. Semua kes disiasat mengikut Seksyen 13 (1)(b) Akta Racun Makhluk Perosak 1974, Seksyen 20(3) akta sama dan Seksyen 53A(1)(a) akta berkenaan.


Agak unik kisah bagaimana ada orang yang cuma 'Gunakan Garam Untuk Kawal Rumpai' untuk di kongsikan. Bagi individu tertentu mereka gunakan garam sahaja untuk kawal rumpai di kawasan halaman rumah. Orang seperti ini dari kumpulan yang takut akan racun kimia khususnya racun rumpai sebab toksiknya dan kesan kesaihatan jika terkena. Terdapat petua atau tip bagi tujuan matikan rumput guna garam. Caranya adalah dengan membeli atau menyediakan garam kasar dimana boleh membeli atau cari garam yang harga murah saja. APa pun kemudian boleh di tabur saja garam ini atas rumput yang meliar sekeliling rumah dimana ia merapa di kawasan rumput tersebut di musim tidak hujan kuat. Boleh juga garam ini ditabur atas rumput tepi pasu yang malas hendak dicabut dan mesti ia merata. Kalau cuaca panas selalunya pada keesokan harinya rumput akan mula jadi kuning daunnya dan kemudian ia akan kering walau un dilihat garamnya masih ada. Apa pun kawasan yang ditabur dengan garam ini, rumputnya akan ambil masa yang lama untuk tumbuh semula. Rumput yang kering tadi akan mati dan reput hingga akan tiada kelihatan lagi. Bagusnya cara ini dimana selain rumput mati maka garam kasar ini juga akan menghindarkan masalah kehadiran siput babi, lipan dan juga ular. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca semuanya. Semua]ga tulisa kali ini memberi maklumat sesuai untuk di gunakan dari blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!...
RACUN RUMPAI... BERFAEDAH DIA...
MENGAWAL RUMPAI...SEMBUR SAJA...
BANYAK JENIS... PELBAGAI JENAMA...
PETANI PENING...KENAIKAN HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(3 Syawal 1446H).

Monday, April 7, 2025

SEMBANG TENTANG RACUN RUMPAI (PART 1)

RACUN RUMPAI (Weedicide or Herbicide)
merupakan satu campuran bahan kimia yang digunakan dalam mengawal dan membasmi pertumbuhan rumpai. Terdapat berbagai-bagai jenis racun rumpai di pasaran untuk petani gunakan iaitu terutamanya dalam bidang pertanian. Racun Rumpai secara ringkasnya dibahagikan kepada RACUN PRA-CAMBAH, RACUN SENTUH dan RACUN SISTEMIK. Antara jenis-jenis Racun ini diformulasi untuk tujuan khusus dengan cara penggunaan yang tidak sama. Biasanya Racun Pracambah digunakan dikawasan kebun yang akan disembur semasa kerja-kerja penyediaan tanah selesai untuk menghalang anak benih rumpai tumbuh sebelum penanaman. Racun jenis ini berkesan untuk tujuanan kawalan rumpai pada peringkat paling awal. Antara racun jenis ini seperti Atrazine dan lain-lain jenama. Racun Sentuh bertindak dengan sentuhan kepada bahagian tanaman (daun dan batang) dan akan matikan rumpai. Kesan racun sentuh adalah cepat dan dapat dilihat tumbuhan layu dalam beberapa jam sahaja selepas penyemburan dijalankan. Racun Sistemik bertindak dengan diserap kedalam seluruh bahagian tumbuhan dam rumpai akan mati perlahan-lahan. Lazimnya proses racun ini lambat dilihat. Selepas 2-3 hari pun kesan racun jenis ini tidak dapat dikesan lagi. Keberkesanan racun ini agak lama berbanding dengan racun sentuh. Perkara paling penting adalah kita perlu tahu bahawa racun rumpai adalah bahan terkawal yang mebahaya dan perlu dikendalikan dengan baik. Telah ada beberapa artikel saya tulis mengenai apakah langkah keselamatan perlu diambil dan amalkan sebagai pengguna dan pekerja didalam perkara ini. Perlu diberitahu dimana sifat Racun Rumpai ada dua kategori iaitu Jenis Selektif (memilih) dan Tidak Selektif (tidak memilih). Jenis racun rumpai selektif hanya mematikan spesis rumpai tertentu sahaja manakala meninggalkan tanaman yang lain disekelilingnya masih didalam keadaan terkawal. Racun ini bertindak mengganggu pertumbuhan rumpai melalui “peniruan” hormon tumbuhan. Pemilihan ini mungkin disebabkan oleh translokasi, penyerapan berbeza, perbezaan fizikal (morfologi) atau fisiologi antara spesies tumbuhan. Antara contoh racun rumpai selektif adalah seperti 2,4-D dan imazapic. Racun 2,4-D bertindak khas membunuh rumpai berdaun lebar seperti melostoma (Sila lihat foto disebelah - Racun Hextar). Racun seperti ini banyak digunakan ketika pokok padi sedang tumbuh. Sementara itu Jenis racun rumpai tidak selektif bertindak terhadap semua spesies tumbuhan tertentu. Mana-mana tumbuhan yang terkena racun ini akan mati. Ia sering digunakan untuk membersihkan tapak perindustrian, tanah sisa, kereta api dan benteng keretapi. Contoh racun rumpai ini adalah seperti paraquat, glufosinate, dan glyphosate. Pembeli atau pengguna dimestikan untuk memilih jenis racun yang hendak digunakan semasa kekedai pertanian untuk membeli racun. Faktur jenis rumpai, jenis tanaman, tujuan semburan racun dan juga kos pembelian sering dijadikan asas untuk memilih jenis racun rumpai yang hendak digunakan. Walau pun akhirnya kebanyakan petani atau pengguna akan membeli berdasarkan kos akan tetapi berdasarkan pengalaman semua faktur akan diambil kira. Artikel petang Raya Aidilfitri ke 3 1446H ini saya sembang dengan menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai racun rumpai untuk bahan rujukkan.


Pada pengalaman penulis blog yang dulu bertugas di sektor tanaman dan menulis banyak artikel mengenai racun rumpai sembang kali ini sangat berkaitan. 
Racun rumput adalah cara yang paling efektif untuk mengendalikan pertumbuhan rumput liar di areal perkebunan dan sawah padi. Dengan menggunakan racun ini, petani tak perlu lagi repot-repot menyianginya satu per satu menggunakan parang. Di sisi lain, racun yang biasa disebut paraquat ini ternyata juga sering dipakai untuk percobaan bunuh diri. Racun rumput adalah zat yang sangat beracun. Dalam dosis kecil sekalipun, menenggak racun ini dapat berakibat fatal. Penting untuk mengetahui apa efek racun pada tubuh dan bagaimana cara tepat menangani keracunan akibat paraquat, agar Anda dapat menyelamatkan nyawa. Apakah akibatnya pada tubuh ketika minum racun rumput diman jika meminum racun rumput dalam jumlah besar maka mangsa mungkin akan mengalami bengkak dan rasa sakit hebat pada mulut dan tekak serta lidah melepuh. Tanda-tanda lainnya dari keracunan racun rumput dos tinggi adalah degupan atau detak jantung cepat atau abnormal, berpeluh kuat, kelemahan otot, sakit perut, muntah-muntah (boleh berlaku kes muntah darah), susah bernafas, dan cirit birit (yang mungkin berdarah). Kerosakan yang terjadi pada buah pinggang dan organ hati dapat menyebabkan organ mata jadi kekuningan. Dilaporkan keracunan paraquat juga dapat menyebabkan dehidrasi, simptom terkejut tekanan darah rendah (hipotensi), paru-paru berisi cairan sehingga kegagalan fungsi jantung. Kesemua reaksi ini dapat berakibat fatal atau mati didahulio mangsa akan mengalami koma dan boleh mati sama ada cepat maupun lambat. Pada beberapa kes jika ada keracunan paraquat dimana mangsa hanya mampu bertahan hidup dalam satu hingga dua minggu sahaja namun biasanya berhujung pada kematian. Perlu tahu asas awal bagaimana cara menolong orang yang keracunan terkena minum racun rumput sama ada senghaja atau tidak sengaja menelan racunperlu di bantu dengan segera dengan melakukan usaha pertolongan dan yang pertama hubungi pihak hospital (999 - nombor kecemasan). Sebaiknya jangan tunggu lama untuk bantuan datang dan lebih baik segera larikan atau di bawa sendiri ke hospital atau klinik swasta berhampiran. Lihat sama ada simptom mangsa seperti tanda keracunan tampak macam mengantuk, longlai atau tidak sadarkan diri, susah bernafas atau berhenti bernafas. Tanda awal seperti mangsa hilang rasa semangat atau gelisah yang tidak terkendali dan badannya mengalami kekejangan. Boleh juga menyingkirkan sisa racun yang masih berada dalam mulut korban. Jika racun yang diduga merupakan pembersih rumah atau bahan kimia lainnya maka cari dan bacalah label pada botol racun dan ikuti panduan untuk keracunan yang tidak disengajakan. Bukalah kesemua pakaian yang telah terkontaminasi dan mesti di letakkan pakaian tersebut ke dalam plastik dan ikat kuat dan rapat agar tidak tersentuh oleh orang lain. Jika korban muntah boleh di sengetkan kepalanya ke samping untuk mencegah ia tersedak. Jika korban tidak menunjukkan tanda-tanda dia masih hidup seperti tidak bergerak, bernafas atau batuk maka jika faham boleh segera lakukan rawatan jantung (CPR). Jika racun mengenai kulit maka ia segera bilas menggunakan sabun dan air selama 15 minit. Jangan terlalu kuat semasa menggosoknya kerana ini akan dapat merosakkan bahagian kulit dimana ini malah menolak racun masuk lebih dalam ke tubuh. Jika racun masuk ke mata maka boleh disiram dengan air mengalir selama 15 minit atau boleh memberikan mangsa yang masih sedar dengan berikan air minum mengandungi bahan 'activated charcoal' untuk meneutralkan toksik racun dalam tubuhnya. Bila tiba di hospital perlu dipersiapkan maklumat untuk doktor tahu berkaitan tanda atau gejala, usia, berat badan, ubat-ubatan yang ia gunakan dan informasi lain yang di ketahui tentang penyebab keracunannya. Cuba pastikan jumlah racun yang telah ditelan dan sudah berapa lama sejak mangsa terjejas dari racun tersebut. Kalau boleh dibawa sekali botol racun untuk di tunjukkan kepada doktor dimana maklumat ini mungkin dapat menyelamatkan mangsa.


Dilaporkan '
FGV perkenal produk kawalan rumpai mesra alam' melalui anak syarikatnya iaitu FGV Agri Services Sdn Bhd (FGVAS) jenama Weed Solut-ioN satu produk kawalan rumpai mesra alam dan menjimatkan kos untuk sektor pertanian. Ia dirumus dengan 70% bahan bukan toksik dimana Weed Solut-ioN adalah bahan adjuvan yang boleh mengurangkan kadar penggunaan racun rumpai secara berkesan di samping meningkatkan kecekapan bahan berkenaan dengan tanpa meninggalkan sebarang kesan fitotoksisiti pada tanaman. Pihak FGV sentiasa berusaha ke arah menyediakan produk dan penyelesaian pertanian premium kepada pelanggannya, justeru sangat teruja untuk menawarkan inovasi mesra alam seperti itu kepada pasaran. Inisiatif penggunaan Weed Solut-ioN ini selaras dengan komitmen kami untuk mencipta lebih nilai untuk kumpulan dan pelanggannya melalui produk dan perkhidmatan yang mampan, menyokong prinsip Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) dan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO). Produk Weed Solut-ioN juga adalah salah satu inisiatif FGV dalam menangani kenaikan harga racun rumpai dan strategi penjimatan kos merumput yang lebih cekap di ladang kelapa sawitnya diman melalui produk itu, FGV menyasarkan penjimatan sehingga RM6 juta setiap tahun. Apabila digunakan bersama racun rumpai dalam nisbah yang ditetapkan, produk berkenaan mengurangkan kadar penggunaan racun rumpai sehingga 50% tanpa menjejaskan keberkesanan racun rumpai itu sendiri. Kajian membuktikan ia sesuai digunakan kepada hampir semua jenis racun rumpai dan mengurangkan kos merumput sehingga 20% seperti yang diuji di ladang kelapa sawit. Weed Solut-ion ialah produk yang diimport dan diuji oleh FGV R&D Sdn Bhd (FGV R&D) dengan kerjasama PT Pandawa Agri, syarikat berasaskan sains kehidupan yang beroperasi di Indonesia. Syarikat FGVAS telah diberi hak eksklusif untuk memasarkan produk Weed Solut-ioN di Malaysia dimana FGV menjangkakan jualan sejuta liter Weed Solut-ioN setahun pada masa hadapan, dengan anggaran pendapatan RM10 juta. FGVAS ialah peneraju industri dalam pengeluaran dan pembekalan bahan tanaman kelapa sawit berkualiti tinggi, racun tikus, biopestisid dan produk pertanian premium yang lain. Ia adalah pengeluar benih kelapa sawit terbesar di Malaysia dengan pegangan pasaran tahunan kira-kira 40 peratus.


Dalam kajian lain seperti dilaporkan 'Mahkamah dapati racun rumpai Roundup boleh sebabkan barah' amat wajar dikongsikan. Kisah di San Diego, USA dimana para juri di California telah mengarahkan bayaran ganti rugi sebanyak AS$332 (RM1.6 bilion) terhadap Bayer selepas produk keluarannya, Roundup, didapati boleh menyebabkan barah. Mahkamah memutuskan, racun rumpai itu menyebabkan seorang lelaki yang mana dia menggunakannya menghidap barah. Menurut laporan Law.com, keputusan itu termasuk AS$325 juta (RM1.5 bilion) ganti rugi punitif dan AS$7 juta (RM33.4 juta) ganti rugi pampasan diberikan kepada plaintif, Mike Dennis, yang didiagnosis pada usia 51 tahun dengan barah limfoma. Pihak juri di Mahkamah Tinggi Daerah San Diego mendapati Monsanto milik Bayer gagal memberi amaran berhubung risiko kesihatan Roundup. Bagaimanapun, mereka tidak mendapati bahawa pembuat benih pertanian dan racun perosak itu cuai dalam mereka bentuk produk mereka. Sementara itu, Bayer belum memberikan maklum balas, manakala peguam yang mewakili plaintif tidak dapat dihubungi di luar waktu pejabat. 
Ini menandakan kekalahan ketiga untuk Bayer bulan ini, selepas terpaksa membayar ganti rugi masing-masing AS$175 juta (RM835 juta) dan AS$1.25 juta (RM6 juta) dalam dua kes berasingan membabitkan Roundup. Sebelum ini, Bayer memenangi sembilan percubaan berturut-turut atas tuntutan seumpamanya. Tuntutan undang-undang berkaitan Roundup membebankan Bayer sejak ia memperoleh jenama itu sebagai sebahagian daripada pembelian Monsanto bernilai AS$63 bilion (RM300 bilion) pada 2018. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Pae=rt 2 dan Part 3 yang sesuai di baca semuanya. Semua]ga tulisa kali ini memberi maklumat sesuai untuk di gunakan dari blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!...
RACUN RUMPAI... BERFAEDAH DIA...
MENGAWAL RUMPAI...SEMBUR SAJA...
BANYAK JENIS... PELBAGAI JENAMA...
PETANI PENING...KENAIKAN HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(3 Syawal 1446H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...