
BUAH LIMAU BALI (Citrus grandis syn Citrus maxima) merupakan sejenis buah tropika yang sesuai ditanam di negara kita Malaysia dimana ia merupakan sejenis buah-buahan dari keluarga Rutaceae. Limau bali merupakan antara jenis limau yang paling besar dalam keluarga limau (citrus family) dimana iaitu nama sinonim bagi buah limau bali ini adalah juga sebagai Citrus maxima. Nama lain limau bali adalah seperti Limau Kepala Besar, Limau Tambun, Limau Pomelo dan sebagainya. Saya memang suka akan memakan limau bali dan terlibat dalam penananam limau ini secara meluas ketika bertugas di Melaka dahulu semasa proses perlaksanaan projek MIADP. Beratus ekar tanaman Limau Bali telah dimajukan di kawasan tanah terbiar sekitar tahun 1988 dan berjaya menghasilkan beratus tan buah limau bali. Pada masa ini dilaporkan seluas 1,044 hektar limau bali di tanam di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 15,500 metrik tan (Sumber: Laporan Booklet Ststistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, 2024). Kawasan utama dengan penanaman dan pengeluaran limau bali adalah di Sabah diikuti dengan Johor (Khususnya dalam Jementah, Daerah Segamat) dan Perak (Kawasan Ipoh-Tambun) serta beberapa daerah di Kedah. Penanaman limau bali ini dijalankan secara komersial iaitu tanaman monokrop dan juga sebagai tanaman selingan dikawasan dusun atau pun dikawasan keliling rumah. Benih limau bali mudah disediakan melalui aktiviti mengetut (marcotting) dan pokoknya memang cepat membesar setelah ditanam. Pokok limau bali juga merupakan antara jenis pokok limau yang dilapor sederhana tahan dari serangan Penyakit Citrus Greening Disease (CGD) berbanding dengan jenis limau manis yang lain. Pengeluaran musim limau bali adalah berada dipuncak (peak season) sekitar bulan Ogos setiap tahun walau pun ia mampu berbuah sepanjang tahun. Saya ada menulis artikel sebelum ini mengenai Limau Bali (Sila klik disini), (Melomas - Sila klik disini) dan (Sila Klik disini). Artikel subuh Khamis ini saya sembang dengan menulis didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kisah menarik dan fakta hasil limau bali yang berdasarkan kepada beberapa laporan media untuk dijadikan bahan rujukkan para pembaca blog semua.

Akhirnya terjumpa kisah bagaimana 'Penyelidik UPM cipta alat pengekstrak pisah jus dan sari buah' yang berkait dengan dapat cipta Mesin Basuh Limau Bali' dan alat pengekstrak pisah jus dan sari buah Dilaporkan yang lazimnya limau bali atau nama saintifiknya citrus grandis hanya dimakan segar. Jarang sekali ia diolah dalam bentuk jus atau diberi nilai tambah kepada produk lain. Mendapat nama seperti pomelo, limau besar, limau abung, limau tambun atau limau betawi, tumbuhan itu bermanfaat kepada kesihatan. Di Malaysia dimana limau bali banyak ditanam di beberapa negeri seperti Perak, Kedah, Melaka, Kelantan, Johor dan Sabah. Namun, kawasan utama penanaman dan pengeluaran limau bali adalah di Jementah, Johor dan Tambun, Ipoh, Perak. Penggunaan limau bali yang terhad dan berunsurkan keagamaan bagi masyarakat Cina menarik minat sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta mesin pengekstrak jus limau bali. Projek dibangunkan penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan Proses dan Makanan sejak tahun lalu. Ia diketuai Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan UPM Prof Madya Dr Rosnah Shamsudin. Inovasi terbaru dikenali 'Pomelo Juice Extractor' dipertontonkan buat pertama kali sempena Pameran Reka Cipta Penyelidikan dan Inovasi (PRPI 2014) UPM. Dr Rosnah berkata, penciptaan mesin itu memberi nilai tambah kepada industri limau bali di negara ini. "Idea penciptaan mesin ini untuk menghasilkan jus daripada buah limau bali. Kami mahu memberi pilihan dan nilai tambah kepada pengusaha limau bali," katanya. Penciptaan mesin itu katanya, memberi alternatif baru kepada penggemar jus tempatan untuk menikmati jus limau bali. Ketika ini tiada mesin seperti itu di pasaran, malah mesin jus biasa tidak sesuai dengan saiz tumbuhan itu yang besar. Jus yang dikeluarkan menerusi mesin itu katanya, mengeluarkan sari lebih kering daripada jus biasa. Mesin itu katanya, mengandungi komponen utama iaitu pemecah dan pemutar. Seterusnya ia membabitkan dua komponen lain seperti pengeluar jus dan dulang. Bahagian roda direka bentuk sangat istimewa yang boleh memecahkan sari. Biasanya jus akan duduk dalam kantung dan ia terpercik keluar apabila kantung berkenaan pecah. Mesin dibangunkan itu menggunakan konsep mesin basuh yang akan memisahkan antara jus dan sari. Ini bermakna jus akan keluar dan sari buah dibuang sebagai hampas. Didapati 80 - 90% jus dihasilkan dan ia sesuai untuk industri minuman.

Antara produk proses yang boleh dibuat dari buah limau bali adalah 'Jeruk Limau Bali' yang mudah disediakan dan enak pula di makan. Kalau selalunya buah limau bali akan di belah dan isinya dimakan segar aj=kan tetapi tengok nasib juga sebab ada isi yang rasanya manis, ada yang masam dan kerap kali rasania agak masam dan ada rasa kelat juga. Bahagian kuit limau bali yang tebal memerlukan kemahiran membuang kulitnya. Bagi mereka dikampong yang mempunyai beberapa pokok matang limau bali selalunya tidak termakan apabila muimnya tiba. Hendak jual pun jumlahnya sedikit dan sudah puas memberikan kepada jiran sekampong. Penulis blog pernah ujirasa akan keenakan Jeruk Limau Bali beberapa kali dulu semasa di kampong dimana ia mudah sahaja disediakan. Resepi Jeruk Limau Bali perlukan bahan-bahan iaitu Buah limau bali, hirisan daun limau, perahan air limau kasturi atau limau nipis, 1 sudu besar serbuk asam boi dan 1 - 2 tangkai hirisan cili padi (Bagi yang suka peda maka di tambah tetapi jika ada anak-anak atau yang tak tahan pedas nak makan boleh di abaikan bahan cili padi ini). Cara-cara penyediaan pertama sekali mengopek kulit limau bali yang tebal diasingkan. Sesiapa yang rajin bolehlah buat manisan kulit limau bali (guna kulit dalam yang spongy berwarna putih tersebut) dan kalau malas maka boleh dibuang sahaja. Kemudian disiat pula kulit bahagian dalam. Pecah-pecahkan isi limau bali dan masukkan hirisan daun limau, perahan air limau, serbuk asam boi dan cili padi dan kemudian di gaul rata. Seterunya ia di sejukkan didalam peti sejuk dan apabila sudah sejuk boleh dikeluarkan dan dimakan dengan menikmati keenakannya.

Produk lain yang penulis blog pernah ujirasa di Pahang dulu adalah 'Halwa Kulit Limau atau Candy Kulit Limau' yang enak sekali rasanya. Selain limau bali boleh gunakan limau lain seperti Limau MAndarin, Tangerine dan sebagainya asalkan saiznya memadai untuk dijadikan cemilan. Bagi membuat sendiri perlu disediakan bahannya iaitu 3 biji buah limau mandrin (ambil kulitnya atau pomelo), 1.25 cawan gula pasir, secubit garam dan juga 45 ml air. Cara-ra membuatnya dengan mencuci bersih limau bali atau mandrin. Kopekkan kulit limau dan kemudian ambil kulitnya sahaja. Isinya boleh dimakan begitu saja atau sesuai juga dibuat jus. Kemudian dihiris kulit limau memanjang dan langkah seterunys adalah memasukkan kedalam kuali bersama gula juga garam dan digaul rata. Hidupkan api dapur dan masak hingga gula larut. Api dapur jangan besar guna api sederhana sahaja. Bila guna dah mula mencair, masukkan air. Kacau hingga rata dan gula juga air bersatu. Kacau hingga nampak gula menjadi pekat. Kemudian ditutup api dapur dan terus kacau hingga gula timbul dan melekat dikulit limau (macam buat kuih keria). Jika ada kulit limau yang melekat kita leraikan dan sentiasa dikacau. Biar ia lerai satu-satu baru cantik. Bila gula dan nampak membeku cantik melekat di kulit limau biarkan ia seketika. Nanti gula jadi lagi cantik dan memutih. Bila sudah sejuk masukkan kedalam balang dan diujirasa memang ia sedap sangat.

Resepi Jus Belimbing Buluh dangan Limau Bali yang ini mudah membuatnya dimana memang agak jarang sekarang ini dapat buah segar berbanding semasa bekerja dahulu. Ia boleh dibuat dalam masa 10 minit sahaja asalkan smeua bahannya ada tersedia. Bahan diperlukan adalah 1 biji limau bali sunquick (saiz sederhana), 3 biji belimbing buluh, 1 sudu teh gula, 200 ml air dan juga ais secukupnya. Cara-cara membuatnya dengan kupas buah limau bali da di ambil isinya (buang pulpanya). Kemudian semua bahan ini di masukkan ke dalam pengisar separuh isi limau bali, belimbing buluh dan air dan dikisar halus. Langkah seterunya adalah menapis dan dimasukkan gula. Kemudian perlu dikacau sebati dimana hidangan ini sudah sedia untuk dihidangkan sama ada dengan ais mahupun begitu sahaja. Isi limau bali separuh lagi dimasukkan ketika ini. Artikel ini ditulis dalam lima (5) segman iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai disyor baca semuanya. Semuga tulisan ini berikan maklumat berguna kepada semu apembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..LIMAU BALI..BUAH POMELO IA SAMA...
BERSAIZ BESAR.. ORANG CINA SUKA...
DUA VARIETI POPULAR...APAKAH DIA...
MEMBACA ARTIKEL...ILMUNYA DI TERIMA...
By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Ramadan 1446H).Bersamaan 13 Mac 2025.

BUAH LIMAU BALI (Citrus grandis) merupakan sejenis buah tropika yang sesuai ditanam di negara kita Malaysia dimana ia merupakan sejenis buah-buahan dari keluarga Rutaceae. Limau bali merupakan antara jenis limau yang paling besar dalam keluarga limau (citrus family) dimana iaitu nama sinonim bagi buah limau bali ini adalah juga sebagai Citrus maxima. Nama lain limau bali adalah seperti Limau Kepala Besar, Limau Tambun, Limau Pomelo dan sebagainya. Saya memang suka akan memakan limau bali dan terlibat dalam penananam limau ini secara meluas ketika bertugas di Melaka dahulu semasa perlaksanaan projek MIADP. Beratus ekar tanaman Limau Bali telah dimajukan di kawasan tanah terbiar sekitar tahun 1988 dan berjaya menghasilkan beratus tan buah limau bali. Pada masa ini dilaporkan seluas 1,044 hektar limau bali di tanam di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 15,500 metrik tan (Laporan Booklet Ststistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, 2024). Kawasan utama penanaman dan pengeluaran limau bali adalah di Sabah diikuti dengan Johor (Khususnya di Jementah, Daerah Segamat) dan Perak (Kawasan Ipoh-Tambun) serta beberapa daerah di Kedah. Penanaman limau bali ini dijalankan secara komersial iaitu tanaman monokrop dan juga sebagai tanaman selingan dikawasan dusun atau pun dikawasan keliling rumah. Benih limau bali mudah disediakan melalui aktiviti mengetut (marcotting) dan pokoknya memang cepat membesar setelah ditanam. Pokok limau bali juga merupakan antara jenis pokok limau yang dilapor sederhana tahan dari serangan Penyakit Citrus Greening Disease (CGD) berbanding dengan jenis limau manis yang lain. Pengeluaran musim limau bali adalah berada dipuncak (peak season) sekitar bulan Ogos setiap tahun walau pun ia mampu berbuah sepanjang tahun. Saya ada menulis artikel sebelum ini mengenai Limau Bali (Sila klik disini), (Melomas - Sila klik disini) dan (Sila Klik disini). Artikel subuh Khamis ini saya sembang dengan menulis didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kisah menarik dan fakta hasil limau bali yang berdasarkan kepada beberapa media untuk dijadikan bahan rujukkan semua.
Sejarah bagaimana 'Pelombong China popularkan limau Tambun' dilaporkan dalam portal bhnews.com sesuai di kongsikan. Serarah bagaimana lebih 80 tahun lalu Tambun di Ipoh, Perak antara kawasan untuk aktiviti perlombongan bijih dengan kedatangan pelombong China. Ia secara tidak langsung dimana kedatangan pelombong itu turut membawa identiti baharu kepada pekan kecil di bandaraya Ipoh apabila mereka turut menanam beberapa pokok limau bali di sekitar kawasan berkenaan. Disebabkan keistimewaan buah itu dari segi rasa dan juga kesesuaian tanah di Tambun menjadikan ia banyak ditanam di pekan kecil itu sehingga kini. Malah ia sinonim dengan kawasan Tambun dan dijadikan 'buah tempatan'. Sehingga kini, Tambun menjadi pengeluar utama limau bali dan buahnya juga terkenal di seluruh pelosok tanah air dengan rasa dan kualiti yang lebih baik berbanding di tempat lain, sekali gus ia dikenali sebagai 'Limau Tambun'. Adalah tidak lengkap jika kunjungan anda ke Tambun atau Ipoh tanpa membeli limau Tambun sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. Buah berkenaan juga menjadi antara antara tarikan di Ipoh yang menawarkan agropelancongan yang sering mendapat tumpuan terutama kepada mereka yang minat pertanian. Bagi pemilik Gochin Tambun Pomelo Agro Farm, Tan Swee Kong, (54) dakwa ladangnya seluas lebih 1.2 hektar dengan 80 pokok limau bali menjadi tumpuan pelancong selepas ramai pelanggannya berminat dengan tanaman itu sejak 15 tahun lalu. Dia menampilkan konsep ladang dalam taman sambil berkongsi ilmu pertanian bersama pelancong yang datang ke ladangnya dan mereka juga boleh membeli buah terus serta menikmatinya di ladang dan melihat sambutan itu dia telah mengambil keputusan untuk menaik taraf infrastruktur dan kemudahan di ladang bagi membuka peluang kepada pelancong 'meneroka' ladang limau bali termasuk memberi pendedahan kepada mengenai tanaman itu. Dia juga sudah mendapat slot kunjungan pelancong dari 70 negara sejak mula membukanya kepada pelancong dan mereka suka melihat tanaman seperti ini, malah mereka mengakui limau bali di Tambun lebih sedap berbanding di negara mereka. Pomelo Agro Farm lebih 1.2 hektar dengan 80 pokok limau bali jadi tumpuan pelancong di Ipoh. Apa yang lebih menarik ada dalam ladangnya juga mempunyai lebih 30 pokok buah-buahan lain seperti manggis, durian, pelbagai jenis jambu, pisang dan rambutan termasuk tanaman herba tetapi bukan untuk dijual sebaliknya untuk tarikan tambahan apabila melalui trek pejalan kaki. Tambun memang terkenal dengan limau bali dan kawasan berkenaan diwartakan sebagai kawasan tanaman itu. Antara faktor yang menjadikan buah itu sesuai ditanam di Tambun kerana kawasan itu dikelilingi gunung batu kapur yang mempunyai kalsium karbonat tinggi. Di ladang ini kita ada dua jenis limau bali iaitu jenis manis yang berwarna putih merah jambu, manakala satu lagi masam manis dan isinya berwarna merah. dan tidak dinafikan jenis buah manis lebih mendapat permintaan tetapi sejak kebelakangan ini jenis masam manis juga sudah mula digemari sebab lebih banyak khasiat. Ladangnya mampu mengeluarkan hasil anggaran biasa untuk 80 pokok mencecah 15 tan dengan Januari dan September mendapat permintaan tinggi terutama pada Tahun Baru Cina. Harga jualan mengikut saiz buah dan biasanya kita jual sebiji antara RM15 hingga RM18. Buah ini perlu matang dan cukup masak, isinya akan lebih sedap dan berjus tetapi kalau terlebih masak pula isinya kering dan keras.
Agak unik kisah 'Tempuh perjalanan 200 km 'COD' limau bali ke rumah pelanggan' demi buah limau bali. Kisah dari Setiu Terengganu dimana seorang bekas jurujual memanfaatkan pengalaman yang ada dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran limau bali di sekitar daerah di Terengganu dan Kelantan. Bagi Mohd Sanusi Ibrahim (39) dakwa dia mula cuba menyediakan perkhidmatan bayaran tunai semasa penghantaran (COD) itu selepas berhenti kerja sejak 2019. Tempahan diterima amat menggalakkan selepas dia menumpukan kerja sebagai penghantar buah tersebut dimana dia dapati permintaan terhadap buah limau bali ini amat tinggi lebih-lebih lagi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Biasanya buah limau bali ini dijual di gerai-gerai sepanjang jalan, jadi apabila dia membuat khidmat COD banyak tempahan saya terima antaranya di Marang, Setiu, Besut dan daripada pelanggan dari Kelantan. Apa pun dia yang berhenti kerja sebagai jurujual di ibu kota dan menetap di daerah Kuala Nerus berkata, setiap hari dia menunggang motosikal Yamaha Nouvo LC dari rumahnya untuk ke rumah pelanggan. Menurut bapa kepada dua anak itu, dia memilih untuk menaiki motosikal bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Dia mengambil tempahan dua atau tiga hari sebelum COD dan harga ditawarkan pula adalah RM10 bagi satu kilogram limau bali, yang mana harga sebiji buah adalah bergantung kepada berat buah tersebut dan biasanya diambil tempahan kira-kira 40 biji buah bali dengan mengenakan bayaran penghantaran serendah RM0.50 hingga RM10 mengikut jarak perjalanan. Kini walaupun persekitaran pekerjaan sekarang tidak lagi sama seperti dulu, dia masih mampu menjana pendapatan hampir RM400 setiap kali melakukan COD. Kebanyakan bekalan limau bali saya peroleh dari negara jiran iaitu Thailand dan juga dari Ipoh serta Kuala Kurau, Perak. Selain limau bali, saya turut membuat penghantaran pelbagai jenis keropok di negeri lain berdasarkan permintaan pelanggan.
Apa pula kisah bertajuk 'Limau Bali' yang dipaparkan media lokal untuk di tulis semula. Dilaporkan ada seorang peniaga buah-buahan Selamat Ali Amat, (38) suka melayani pelanggannya di Lebuh Pasar Seremban ketika tinjauan sambutan Tahun Baharu Cina. Dakwanya dia dapat bekalan Limau Bali tersebut diambil dari Johor kemudian dijual di sini dengan harga RM20, Rm15 serta RM10 satu biji bergantung kepada saiz buah. Limau Bali juga dikenali sebagai Limau Tambun atau Limau Besar (Pamelo) sangat popular dan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Cina terutamanya menjelang kedatangan Tahun Baru Cina yang bakal disambut. Dalam portal sama di laporkan tajuk 'Limau Tambun' dimana ada penanam dan pemilik Go Chin Tambun Pamelo Agro Farm, Tan Swee Kong yang setiap kali tiba musim perayaan Tahun Baharu Cina dimana limau adalah antara yang wajib ada sebagai hidangan atau buah tangan bagi menyerikan sambutan itu. Dakwanya kalangan masyarakat Tionghua percaya buah limau membawa rahmat atau tuah sepanjang tahun buat mereka, apatah lagi jika diterima sebagai hadiah. Tentang saiz buah ini dimana lebih besar buah limau tersebut maka lebih besar tuah yang akan diperoleh si penerima. Artikel ini ditulis dalam lima (5) segman iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai disyor baca semuanya. Semuga tulisan ini berikan maklumat berguna kepada semu apembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
LIMAU BALI..BUAH POMELO SAMA...
BERSAIZ BESAR.. ORANG CINA SUKA...
DUA VARIETI POPULAR...APAKAH DIA...
MEMBACA ARTIKEL...ILMUNYA DI TERIMA...
By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Ramadan 1446H).Bersamaan 13 Mac 2025.
BUAH LIMAU BALI (Citrus grandis atau Citrus maxima) merupakan sejenis buah tropika yang sesuai ditanam di negara kita Malaysia dimana ia merupakan sejenis buah-buahan dari keluarga Rutaceae. Limau bali merupakan antara jenis limau yang paling besar dalam keluarga limau (citrus family) dimana iaitu nama sinonim bagi buah limau bali ini adalah juga sebagai Citrus maxima. Nama lain limau bali adalah seperti Limau Kepala Besar, Limau Tambun, Limau Pomelo dan sebagainya. Saya memang suka akan memakan limau bali dan terlibat dalam penananam limau ini secara meluas ketika bertugas di Melaka dahulu semasa menjalankan perlaksanaan projek MIADP. Beratus ekar tanaman Limau Bali telah dimajukan di kawasan tanah terbiar sekitar tahun 1988 dan berjaya menghasilkan beratus tan buah limau bali. Pada masa ini dilaporkan seluas 1,044 hektar limau bali di tanam di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 15,500 metrik tan (Sumber: Laporan Booklet Ststistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, 2024). Kawasan utama dirujuk ada penanaman dan pengeluaran limau bali adalah di Sabah diikuti dengan Johor (Khususnya di Jementah, Daerah Segamat) dan Perak (Kawasan Ipoh-Tambun) serta beberapa daerah di Kedah. Penanaman limau bali ini dijalankan secara komersial iaitu tanaman monokrop dan juga sebagai tanaman selingan dikawasan dusun atau pun dikawasan keliling rumah. Benih limau bali mudah disediakan melalui aktiviti mengetut (marcotting) dan pokoknya memang cepat membesar setelah ditanam. Pokok limau bali juga merupakan antara jenis pokok limau yang dilapor sederhana tahan dari serangan Penyakit Citrus Greening Disease (CGD) berbanding dengan jenis limau manis yang lain. Pengeluaran musim limau bali adalah berada dipuncak (peak season) sekitar bulan Ogos setiap tahun walau pun ia mampu berbuah sepanjang tahun. Saya ada menulis artikel sebelum ini mengenai Limau Bali (Sila klik disini), (Melomas - Sila klik disini) dan (Sila Klik disini). Artikel subuh Khamis ini saya sembang dengan menulis didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kisah menarik dan fakta hasil limau bali yang berdasarkan kepada beberapa laporan media dijadikan bahan rujukkan semua.
Menarik kisah bertajuk 'Kongsi buah limau ertinya kongsi kemakmuran' untuk disembangkan berkait dengan buah limau. Di Malaysia yang mempunyai kepelbagaian kaum dan agama memang unik terutama semasa hari-hari perayaan disambut saban tahun. Selalunya sesiapa yang ke Stesen Petronas, ada kenderaan pacuan empat roda berhenti dan kelihatan di belakang tempat barang akan ada satu pokok limau Cina atau dikenali limau kasturi yang dibawa pulang oleh pemandu. Limau kasturi, limau Mandarin, Limau Bali dan buluh hiasan menjadi satu hiasan yang paling dicari oleh masyarakat Tionghua untuk menghiasi pejabat, rumah dan restoran kerana buah-buahan itu adalah lambang kemakmuran. Mereka percaya buah limau daripada kulit sehingga isinya berwarna kuning adalah lambang emas. Ada dua jenis limau yang dijadikan hiasan satu untuk makan dan satu lagi sebagai perhiasan dan yang hiasan itu tidak akan disentuh sehingga buahnya gugur. Dalam bahasa Kantonis, sebutan limau ini sama dengan emas sehinggakan ada pihak yang percaya lagi banyak orang makan buah-buahan itu, bertambah-tambah kayalah mereka. Sebab ia satu kewajiban bagi setiap rumah membeli dan menghidangkan buah-buahan ini sepanjang musim perayaan. Promosi membeli belah keperluan raya sudah dilancarkan pada Disember tahun lalu dan sehari dua ini, keluarga Cina itu lebih tertumpu kepada membeli keperluan segar untuk menyediakan hidangan malam makan besar itu. Tidak kurang juga mendapati ada keluarga yang beraya di bandar raya membuat persiapan terakhir memilih hamper, buah limau yang ditawarkan dengan harga promosi sambil meninjau makanan dalam tin serta biskut yang akan dihidangkan pada tetamu. Tahun Baharu Cina adalah masa terbaik untuk berhimpun bukan saja dengan keluarga, malah sepupu dan saudara maranya. Tahun Baharu Cina adalah perayaan agama yang dipercayai bermula pada Dinasti Shang 1766 BC - 1122 BC. Selalunya malam makan besar mengutamakan menu ikan sebagai sajian utama keluarga kerana ikan yang dimasak dengan mengekalkan kepala dan ekornya adalah lambang kemkmuran dan rezeki melimpah ruah sepanjang tahun. Mengekalkan ekor ikan dengan kepala juga sebagai lambang satu permulaan kerja yang harus dibuat dimana anggota keluarga akan makan di bahagian tengah ikan itu, manakala ekor dan kepala akan dibiarkan untuk dihabiskan hari esok. Sebagai petua orang tua, lebihan itu supaya rezeki tidak putus malah melimpah ruah untuk sepanjang tahun ini. Tahun Baharu Cina adalah masa terbaik untuk berhimpun bukan saja dengan keluarga.Selain menu itu, keluarga juga akan menyajikan ladu, ayam, popia, mihun, pulut (kuih bulan), bebola pulut yang diisi dengan pelbagai perasa daripada kurma, kacang merah dan kacang tanah. Apa pun memakan ladu itu macam lambang mata wang yang pernah digunakan masa pemerintahan raja di China, ayam pula sebagai ikatan kekeluargaan. Manakala spring roll merujuk kepada musim perayaan tahun baharu itu, mihun Cina melambangkan panjang umur. Memakan kuih pulut atau kuih bulan pula untuk mendapatkan kekayaan, kesihatan malah yang berangan mahu tinggi pun bolehlah mencubanya. Apa pun buah oren sangat popular kepada orang Cina kerana kulitnya yang keemasan itu macam daya penarik kekayaan, manakala sebutan oren ini (cheng) sama bunyinya kepada kekayaan. Perkataan lain juzi juga sama dengan ayat untuk tuah.
Di Sabah dilaporkan dimana 'Potensi Limau Bali di Sabah perlu terus di terokai petani' menarik disembangkan. Kisah dari Sabah berjaya merekodkan jumlah pengeluaran limau bali (pamelo) sebanyak 134,000 kilogram (kg) dengan nilai RM527,000 pada tahun 2024. Apa pun menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, jumlah yang direkodkan dan secara tidak langsung mencerminkan potensi dalam pertanian limau bali untuk diterokai oleh para petani di negeri ini. Sabah merupakan salah satu daripada pengeluar limau bali utama di Malaysia selain dari negeri Perak. Pada tahun lalu, industri limau bali (pamelo) di negeri ini mencatatkan hasil sebanyak 268,000 kg bersamaan dengan RM966,000. Dia berpendapat bahawa satu standard atau piawaian dalam kalangan petani dan pengeluar limau bali tempatan harus diwujudkan selaras dengan konsep PINTAR yang menjadi hala tuju kementerian pada tahun ini. Ini adalah bagi mengukuhkan lagi kedudukan negeri ini dalam pengeluaran serta pengeksportan buah limau bali. Dia berkata demikian ketika berucap merasmikan Kursus Amalan Pemasaran Baik, Standard Dan Kualiti Buah Limau Bali dalam program yang dianjurkan bersama FAMA Sabah dengan kerjasama Jabatan Pertanian Sabah; Bahagian Kawalan Racun dan Perosak Baja, Jabatan Pertanian Malaysia serta MARDI Sabah.
Menarik bagaimana 'Musim panas jejas hasil limau bali' seperti laporan bhnews.com untuk disembangkan. Dari Segamat dilaporkan dimana cuaca panas berpanjangan menjejaskan pelbagai hasil pertanian di sini, termasuk pengeluaran pekebun limau bali bagi keperluan perayaan Tahun Baharu Cina. Menurut Penasihat Persatuan Usahawan Tani Jementah, Wong Keat Soon, 57, berkata musim panas berpanjangan dan kekurangan hujan menjejaskan jumlah serta kualiti pengeluaran hasil tanaman buah limau bali tahun 2023. Kesan panas sepanjang tahun lalu, menyebabkan banyak putik buah itu gugur selain kekurangan hujan turut merencatkan pengeluaran produktiviti hasil. Apabila musim panas mula melanda tahun ini, tanaman limau bali kali ini terus terjejas,” katanya ditemui di kebun limau balinya di Jementah, Johor. Para pekebun limau bali terpaksa mengimbangi keperluan permintaan pasaran buah-buahan kegunaan tempatan bagi Tahun Baharu Cina kali in, sebelum bakinya di eksport ke Singapura. Kini permintaan limau bali di sini terus meningkat termasuk dari Melaka, Negeri Sembilan dan Lembah Klang, namun penanam termasuk saya bimbang kualiti serta kuantiti hasil tanaman ini akan terus mengalami kemerosotan. Limau bali di Jementah antara terbaik di negara ini sejak dahulu lagi tetapi cuaca panas menyebabkan kira-kira 30 peratus hasil pengeluaran berkurangan. Cuaca kering itu menyebabkan isi limau bali warna putih menjadi masam dan kehijauan, tidak seperti kebiasaan berwarna sedikit kekuningan. Setiap kilogram limau bali seberat antara 1.5 kilogram sehingga dua kilogram kini dijual pada harga RM6 sehingga mencecah belasan ringgit, mengikut kualitinya. Terdapat seramai 120 ahli pelbagai kaum menyertai Persatuan Usahawan Tani Jementah dengan sebahagian besarnya menanam limau bali berkeluasan kira-kira 40 hektar.
Apa yang berlaku di Majlis Rasmi di Negeri Sembilan dimana ada 'Limau bali Jelebu diperkenalkan' menarik juga kisah ini bagi disembangkan. Kisah dari Jelebu NS dimana selepas ini orang ramai akan berpeluang menikmati limau bali Jelebu apabila Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) menanam pelbagai jenis pokok buah-buahan ditanah seluas 250 hektar miliknya di Simpang durian, Jelebu. Ketua Pengarah Mardi, Datuk Dr Zabawi nyatakan ada pelbagai jenis pokok buah-buahan tempatan antaranya durian dan rambutan akan ditanam dimana MARDI akan cuba menanam limau bali di kawasan berkenaan. Limau bali yang dihasilkan Mardi mempunyai kualiti terbaik dan setanding dengan yang ditanam di Kuala Kangsar. MARDI mahu limau bali menjadi simbol bagi Jelebu dan berharap usaha ini akan menjadi kenyataan berikutan kita akan menanam benih yang dihasilkan Mardi sendiri. Apa pun dilaporkan kajian mendalam akan dilakukan terlebih dahulu berikutan tanah di sini tidak rata dan sedikit berbukit jadi perlu lihat mana kawasan yang sesuai seperti dinyatakan dalam MAjlis MAFI Prihatin dan Penyerahan Benih Buah - Buahan Tempatan di Stesen Mardi Jelebu. Majlis dirasmikan Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmah Hamzah dan dilaporkan MARDI akan membekalkan benih buah-buahan antaranya rambutan, kelapa, durian serta kopi, keledek kepada petani seluruh negara yang mempunyai tanah untuk diusahakan. Kalangan petani yang mempunyai kawasan sekurang- kurang 0.4hektar tanah akan dikenal pasti sebelum diberi bimbangan oleh Mardi bagi mengusahakan tanaman yang menjadi pilihan mereka. Petani bagaimanapun perlu mengikut SOP ditetapkan Mardi seperti amalan membaja mengikut masa ditetapkan. Sasaran bagi projek berkenaan pada tahun ini adalah 200 hektar dan menjelang 2025, seluas 8,000 hektar tanah akan ditanam dengan pelbagai jenis tanaman oleh petani terbabit. Artikel ini ditulis dalam lima (5) segman iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai disyor baca semuanya. Semuga tulisan ini berikan maklumat berguna kepada semu apembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..LIMAU BALI..BUAH POMELO IA SAMA...
BERSAIZ BESAR.. ORANG CINA SUKA...
DUA VARIETI POPULAR...APAKAH DIA...
MEMBACA ARTIKEL...ILMUNYA DI TERIMA...
By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Ramadan 1446H).Bersamaan 13 Mac 2025.

BUAH LIMAU BALI (Citrus grandis atau Citrus maxima) merupakan sejenis buah tropika yang sesuai ditanam di negara kita Malaysia dimana ia merupakan sejenis buah-buahan dari keluarga Rutaceae. Limau bali merupakan antara jenis limau yang paling besar dalam keluarga limau (citrus family) dimana iaitu nama sinonim bagi buah limau bali ini adalah juga sebagai Citrus maxima. Nama lain limau bali adalah seperti Limau Kepala Besar, Limau Tambun, Limau Pomelo dan sebagainya. Saya memang suka akan memakan limau bali dan terlibat dalam penananam limau ini secara meluas ketika bertugas di Melaka dahulu semasa berjaya bagi perlaksanaan projek MIADP. Beratus ekar tanaman Limau Bali telah dimajukan di kawasan tanah terbiar sekitar tahun 1988 dan berjaya menghasilkan beratus tan buah limau bali. Pada masa ini dilaporkan seluas 1,044 hektar limau bali di tanam di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 15,500 metrik tan (Sumber: Laporan Booklet Ststistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, 2024). Kawasan utama dilapor ada penanaman dan pengeluaran limau bali adalah di Sabah diikuti dengan Johor (Khususnya di Jementah, Daerah Segamat) dan Perak (Kawasan Ipoh-Tambun) serta beberapa daerah di Kedah. Penanaman limau bali ini dijalankan secara komersial iaitu tanaman monokrop dan juga sebagai tanaman selingan dikawasan dusun atau pun dikawasan keliling rumah. Benih limau bali mudah disediakan melalui aktiviti mengetut (marcotting) dan pokoknya memang cepat membesar setelah ditanam. Pokok limau bali juga merupakan antara jenis pokok limau yang dilapor sederhana tahan dari serangan Penyakit Citrus Greening Disease (CGD) berbanding dengan jenis limau manis yang lain. Pengeluaran musim limau bali adalah berada dipuncak (peak season) sekitar bulan Ogos setiap tahun walau pun ia mampu berbuah sepanjang tahun. Saya ada menulis artikel sebelum ini mengenai Limau Bali (Sila klik disini), (Melomas - Sila klik disini) dan (Sila Klik disini). Artikel subuh Khamis ini saya sembang dengan menulis didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kisah menarik dan fakta hasil limau bali yang berdasarkan kepada beberapa laporan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.
Penulis blog banyak kali membuat tinjauan ke kebun penanaman limau bali komersil seperti di Jementah, Segamat dan Tambun di Perak dimana berkongsi maklumat teknikal dengan penanam. Apa pun ilmu dalam pengeluaran Limau Bali Berkualiti Tinggi adalah ia berkait dengan kualiti buah limau bali amat ia dipengaruhi oleh banyak faktor. Selain daripada keadaan cuaca dan tanah, pengurusan ladang juga memainkan peranan penting dalam menentukan mutu buah. Pengurusan harian yang baik dapat menampung kekurangan dari segi cuaca dan keadaan tanah, seperti menggunakan baja organik dan menyesuaikan tahap keasidan dan kealkalian tanah. Langkah-langkah ini dapat memperbaiki tanah yang tandus, seterusnya meningkatkan kualiti buah. Ada juga isu sama ada kaitan umur pokok dengan kualiti buah limau bali sering di bincangkan. Secara amnya ada ramai penanam percaya bahawa semakin tua umur pokok limau bali, semakin baik kualiti buahnya. Namun begitu saya ada merujuk beberapa pakar yang telah menjalankan kajian mengenai kesan umur pokok terhadap kualiti buah. Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa buah yang dihasilkan oleh pokok berusia 20 tahun tidak menunjukkan perbezaan yang ketara berbanding buah dari pokok berusia 40 tahun, dari segi ketebalan kulit, kandungan jus, tahap kemanisan, dan keasidan. Ini menunjukkan bahawa umur pokok limau bali tidak memberi kesan yang signifikan terhadap kualiti buah. Mereka berpendapat bahawa pengurusan pengeluaran adalah kunci dalam menentukan kualiti buah limau bali. Selain daripada memperkukuh pengurusan pengeluaran, tiada strategi lain yang berkesan dalam meningkatkan kualiti buah. Amalan agronomi dimana apabila pucuk baru limau bali mula tumbuh dan masuk ke fasa buah muda selepas gugur bunga, penyemburan racun serangga pada waktu yang tepat amat penting untuk mengurangkan populasi thrips, hama labah-labah merah, dan afid, serta mencegah kerosakan pada buah muda. Apa pun aktiviti pengurusan tanaman limau bali adalah kerja yang berterusan dimana ia perlu disesuaikan terbaik yang berdasarkan pertumbuhan pokok, hasil buah, serangan penyakit dan perosak, serta keadaan cuaca sepanjang tahun bagi memastikan pengeluaran yang berkualiti tinggi. Antara caranya dengan pengawalan Serangga Perosak Secara Tepat Masa diman disepanjang proses pertumbuhan limau bali, tempoh pertumbuhan tunas baharu perlu diurus dengan baik. Pada peringkat ini, tindakan pengurusan yang tepat adalah kunci kepada kejayaan. Apabila tunas baharu limau bali mula memanjang dan memasuki fasa buah muda selepas gugur bunga, penyemburan racun serangga secara tepat masa adalah sangat penting. Ini dapat mengurangkan kepadatan serangga perosak seperti thrips, hama merah, dan afid, sekali gus mencegah kerosakan pada buah muda. Pada masa yang sama, penanam juga perlu menangani telur dan larva serangga perosak untuk mengatasi masalah serangga dengan lebih berkesan. Selain itu petani perlu memasang perangkap serangga di ladang untuk membunuh serangga dewasa secara lebih menyeluruh. Jika ada penyakit seperti kudis dan bintik hitam mudah dijangkiti oleh kulat semasa musim hujan, oleh itu, langkah pencegahan perlu diambil tepat pada masanya. Hasil kajian dari luar negara telah menjalankan kajian mengenai kesan umur pokok terhadap kualiti buah. Hasil kajian menunjukkan tiada perbezaan ketara antara buah yang dihasilkan oleh pokok berusia 20 tahun dengan pokok berusia 40 tahun. Sebaiknya ketika buah-buah kecil mula membesar, adalah penting untuk melakukan pembajaan tambahan dengan menggunakan baja kalium. Pembajaan ini perlu dilakukan dengan jumlah sekitar 30-40% daripada jumlah tahunan bagi mempromosikan pertumbuhan dan perkembangan buah. Apabila buah kecil mula membesar, pembajaan dengan baja kalium perlu dilakukan. Pada peringkat ini, jumlah baja yang digunakan adalah sekitar 30–40% daripada keseluruhan penggunaan tahunan, bagi menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan buah.
Bagi petani komersil dimana dalam proses penanaman limau bali, disebabkan iklim panas di Malaysia, buah akan membesar dengan cepat. Oleh itu, penanam perlu meningkatkan kekerapan pemeriksaan ladang untuk mengenal pasti buah yang cacat atau tidak normal, dan segera membuangnya bagi mencegah kejadian 'sunburn' (terbakar matahari) pada buah. Ketika tempoh kemarau panjang tanpa hujan, perhatian khusus harus diberikan kepada kerja-kerja pengairan untuk memastikan tanah sentiasa lembap sedikit, bagi memastikan pokok mendapat air yang mencukupi untuk mengekalkan pertumbuhan yang sihat. Apabila memasuki musim penuaian limau bali, disyorkan untuk menjalankan kerja penuaian pada cuaca yang cerah dan apabila kulit buah dalam keadaan kering. Selepas penuaian, baja kompaun perlu digunakan untuk menambah nutrien yang diperlukan oleh pokok. Masa musim penuaian limau bali adalah disarankan untuk memetik buah pada hari yang cerah dan memastikan kulit buah dalam keadaan kering. Selepas menuai buah perlu buat kerja-kerja pembersihan rumpai perlu dilakukan, dan memanfaatkan cuaca kering untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan kebun. Ini termasuk membuang dahan kering, beg baja, botol dan tin kosong serta sampah lain. Ini juga merupakan masa terbaik untuk menjalankan kerja-kerja pemangkasan menyeluruh pada pokok limau bali. Dahan yang kering, dijangkiti penyakit, dahan yang tidak normal dan tunas yang tumbuh terlalu panjang perlu dipotong. Bagi pokok yang dijangkiti penyakit racun atau penyakit Huanglongbing (HLB), ia perlu ditebang segera. Pada masa yang sama, baja asas yang mencukupi termasuk nitrogen, fosforus, dan kalium harus digunakan, dan racun serangga disembur untuk mencegah serangan serangga perosak. Kebun yang mempunyai tanah berasid, penanam boleh menambah kapur untuk tujuan menyeimbangkan pH tanah. Di samping itu, penggunaan baja organik perlu ditingkatkan untuk memperbaiki struktur tanah dan menyediakan asas yang kukuh untuk tanaman limau bali seterusnya.
Menarik kisah dalam hmetro.com bertajuk 'Buah Tak Cukup' yang dilaporkan dari Segamat, JOhor. Penulis blog pernah melawat kebun limau bali terbesar di Malaysia di kaki gunung Ledang semasa bertugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah Segamat dari tahun 2000-2004. Dilaporkan isu lokal kekurangan bekalan limau bali terutama jenis merah atau Lee Min P058 dan putih P051 menyebabkan pengeluarannya untuk dieksport ke negara jiran berkurangan daripada 10,000 kepada 300 metrik tan saja pada musim ini. Bagi pengerusi Koperasi Pekebun Jementah Wong Keat Soon (56) berkata keadaan itu menyebabkan pekebun terpaksa mengehadkan pasarannya bagi memastikan warga tempatan membeli buah berkenaan sempena sambutan Tahun Baru Cina (Sila lihat foto disebelah). Kedua-dua jenis buah limau bali itu sangat digemari masyarakat Tionghua kerana buahnya amat berkualiti dan dihidangkan kepada tetamu serta keluarga sempena Tahun Baharu Cina. Memang tidak hairan buah dari Jementah ini menjadi buruan kerana ia antara jenis terbaik di negara ini. Wong berkata kini lebih 20 petani mengusahakan tanaman kedua-dua jenis limau berkenaan dengan jumlah keluasannya membabitkan ratusan hektar. Jumlah permintaannya sentiasa tinggi terutama pada musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Festival Kuih Bulan pada setiap September dimana sekarang ini jumlah eksport ke negara jiran hanya 300 metrik tan berbanding 10,000 metrik tan tahun lalu. Apa pun langkah mengurangkan eksport itu bagi mengimbangi kekurangan bekalan di pasaran tempatan dan mengehadkan jumlah buah berkenaan untuk pasaran luar, Mendakwa yang pokok limau bali P058 dan P051 memerlukan keadaan cuaca panas terik serta konsisten ketika berputik. Kes hujan tidak menentu di sekitar Jementah menjejaskan kuantiti dan hasil pengeluarannya serta memerlukan tempoh enam bulan untuk matang. Faktor kekurangan bekalan menyebabkan petani terpaksa mengehadkan jualan kepada pelanggan beberapa biji saja selain harganya sedikit tinggi. Artikel ini ditulis dalam lima (5) segman iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai disyor baca semuanya. Semuga tulisan ini berikan maklumat berguna kepada semu apembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
LIMAU BALI..BUAH POMELO IA SAMA...
BERSAIZ BESAR.. ORANG CINA SUKA...
DUA VARIETI POPULAR...APAKAH DIA...
MEMBACA ARTIKEL...ILMUNYA DI TERIMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Ramadan 1446H).Bersamaan 13 Mac 2025.

BUAH LIMAU BALI (Citrus grandis) merupakan sejenis buah tropika yang sesuai ditanam di negara kita Malaysia dimana ia merupakan sejenis buah-buahan dari keluarga Rutaceae. Limau bali merupakan antara jenis limau yang paling besar dalam keluarga limau (citrus family) dimana iaitu nama sinonim bagi buah limau bali ini adalah juga sebagai Citrus maxima. Nama lain limau bali adalah seperti Limau Kepala Besar, Limau Tambun, Limau Pomelo dan sebagainya. Saya memang suka akan memakan limau bali dan terlibat dalam penananam limau ini secara meluas ketika bertugas di Melaka dahulu semasa perlaksanaan projek MIADP. Beratus ekar tanaman Limau Bali telah dimajukan di kawasan tanah terbiar sekitar tahun 1988 dan berjaya menghasilkan beratus tan buah limau bali. Pada masa ini dilaporkan seluas 1,066 hektar limau bali di tanam di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 15,590 metrik tan (Laporan Booklet Ststistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, 2024). Kawasan utama penanaman dan pengeluaran limau bali adalah di Negeri Sabah diikuti dengan Johor (Khususnya di Jementah, Daerah Segamat) dan Perak (Kawasan Ipoh-Tambun) serta beberapa daerah di Kedah. Penanaman limau bali ini sudah dijalankan secara komersial iaitu tanaman monokrop dan juga sebagai tanaman selingan dikawasan dusun atau pun dikawasan keliling rumah. Benih limau bali mudah disediakan melalui aktiviti mengetut (marcotting) dan pokoknya memang cepat membesar setelah ditanam. Pokok limau bali juga merupakan antara jenis pokok limau yang dilapor sederhana tahan dari serangan Penyakit Citrus Greening Disease (CGD) berbanding dengan jenis limau manis yang lain. Pengeluaran musim limau bali adalah berada dipuncak (peak season) sekitar bulan Ogos setiap tahun walau pun ia mampu berbuah sepanjang tahun. Saya ada menulis artikel sebelum ini mengenai Limau Bali (Sila klik disini), (Melomas - Sila klik disini) dan (Sila Klik disini). Artikel subuh Khamis ini saya sembang dengan menulis didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kisah menarik dan fakta hasil limau bali yang berdasarkan kepada beberapa laporan media untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Pada penulis blog awalnya perlu dikongsi dan disembangkan akan khasiat Limau Bali (Pomelo) yang mungkin masih ramai belum tahu. Limau bali (pomelo) dikenali dengan nama saintifiknya sebagai Citrus maxima atau Citrus grandis. merupakan tanaman agak popular di kalangan beberapa petani di Malaysia. Ia adalah dari kumpulan buah-buahan sitrus seperti limau, oren, dan limau gedang (grapefruit). Apa pun seperti di atas dimana di Malaysia dimana limau bali banyak ditanam di Perak, Kedah, Melaka, Kelantan dan Johor manakala di luar negara ia ditanam secara meluas di China Selatan, Thailand Selatan, Selatan Jepun, Taiwan, India Selatan, Papua New Guinea, Indonesia dan Tahiti. Pokok limau ini merupakan spesies yang tumbuh tegak setinggi 15 meter dengan mahkota bulat. Pokok ini apa yang penulis blog lihat ia mempunyai daun berbentuk elips dengan berukuran 4 hingga 8 inci. Bentuk buahnya bervariasi dari bentuk bulat hingga bentuk pir. Buahnya berukuran diameter 30 cm dan berat sekitar 9 kg. Warna isinya berwarna kuning kehijauan, merah jambu, kuning atau merah dan terbahagi dari 11 hingga 18 segmen. Buahnya mempunyai rasa manis hingga agak berasid. Selain dimakan buahnya, limau bali sering diolah dalam bentuk jus. Limau bali merupakan buah yang sangat popular terutamanya ketika musim Tahun Baru Cina. Kaum cina mempercayai limau bali membawa tuah kepada rumah tangga serta melambangkan perpaduan keluarga. Limau ini di sasarkan keluar pada bulan tersebut dimana di jual di pasaraya, kedai runcit, on-line, tepi jalan dan juga di pasar besar. Bagi penulis blog memang agak kurang membeli limau bali sebab selelu diberikan percuma oleh petani semasa tinjauan ke lokasi penanaman. Paling seronok apabila pokok limau bali ini boleh berbuah sepanjang tahun akan tetapi bagi kalangan petani komersial mereka akan membuat program agar limau ini di hasilkan pada bulan-bulan tertentu sahaja setiap tahun seperti pada Jan-Feb dan Julai-Ogos saban ikut musim perayaan kaum Cina.

Perlu tahu apakah dia beberapa khasiat dan hebatnya dari limau bali yang sesuai di sembangkan. Pertama dimana khasiat limau bali atau Pomelo untuk kesihatan sebab ia Tinggi Vitamin C sama seperti buah-buahan sitrus yang lain, buah limau bali amat sinonim dengan Vitamin C yang diperlukan oleh tubuh manusia. Vitamin C merupakan sumber utama asid askorbik yang digunakan untuk meningkatkan sistem imun. Vitamin C juga adalah antioksidan yang dapat mendorong aktiviti sel darah putih dan mecegah radikal bebas yang boleh merosakkan organ tubuh. Ia mengurangkan gejala batuk, selesema, demam dan gejala serius atau jangkitan virus, mikrob dan bakteria kerana fungsinya yang membantu menguatkan semula sel-sel imun dan juga antibodi. Bagi penulis blog dimana ini dapat melindungi tubuh dari ancaman gangguan bakteria serta virus yang menjadi penyebab kepada penyakit. Limau Bali dilaporkan ia adalah buah yang Baik Untuk Kesihatan Jantung dimana ia adalah sumber kalium yang hebat di mana sebiji buah menyediakan 37% dari keperluan harian. Unsur zat Kalium (K) pada limau bali akan bertindak membantu melepaskan ketegangan pada saluran darah dan melancarkan peredaran darah dan pengoksigenan organ. Ia berpotensi menurunkan tekanan pada jantung dan juga mengurangkan kemungkinan serangan jantung, aterosklerosis dan strok. Memakan buah Limau Bali akan membantu Mengurangkan Kekejangan juga berpunca daripada kandungan kalium pada limau bali mampu untuk mengimbangi cairan dalam badan yang merupakan aspek penting untuk mengurangkan kekejangan otot dan juga kes kekakuan. Kes kekejangan juga biasanya disebabkan oleh kekurangan cecair dan elektrolit seperti magnesium, kalium dan natrium dimana zat natrium juga terdapat dalam jumlah yang banyak dalam buah limau bali. Di laporkan sama seperti juga buah-buahan sitrus lain, buah limau bali juga amat kaya dengan serat. Pengambilan serat dalam diet membantu sistem pencernaan yang baik dimana ini sekaligus didakwa akan membantu mengawal berat badan dan mencapai berat badan impian atau berat yang ideal.

Buah limau bali ini terutama yang buah segar dan berkualiti dilaporkan dapat Membantu Penyerapan Zat Besi dimana ada risiko untuk mendapat anemia kekurangan zat besi boleh dikurangkan dengan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi. Apa pun memang amat digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C kerana vitamin C dapat membantu badan menyerap zat besi dengan lebih baik. Bahan zat besi (Fe) mudah di serap setelah di makan buah limau bali. Apa pun khasiat seterusnya memakan limau bali akan menjadi Awet Muda ia bersifat anti-penuaan. Kandungan Vitamin C yang tinggi yang terdapat pada limau bali mempunyai aktiviti antioksidan yang menghapuskan radikal bebas yang dilihat ia berbahaya. Apa pun radikal bebas adalah penyebab dimana berlaku penurunan isu kulit yang mengakibatkan tanda-tanda penuaan pramatang seperti kulit kendur, kedutan dan bintik-bintik usia. Pembaca blog semua di syorkan agar lebih rajin memakan buah-buahan yang tinggi Vitamin C antaranya adalah BUah Limau Bali yang mudah di dapatkan di Malaysia. Ini kerana pengambilan buah ini yang sering dan kadar tinggi memang ada pengambilan Vitamin C yang optima bagi dapat mengelakkan masalah ini. Seterunya buah ini akan Menjaga Kesihatan Gigi dan Gusi sebab ia menjadi sumber Vitamin C yang hebat, buah limau bali dapat membantu menjaga kesihatan gigi dan juga gusi. Kes kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan pendarahan gusi dan gigi longgar. Ia dilihat bermanfaat untuk mengatasi gusi berdarah kerana kolagen yang terdapat pada buah ini berguna untuk mewujudkan keseimbangan dan kesihatan gigi dan gusi serta akan dapat melindungi gigi dan gusi dari jangkitan bakteria. Paling banyak setiap biji limau bali adalah Kulitnya yang Tebal dan perlu di buang sebelum mengambil isinya. Apa pun kajian saintis mendapati jika Kulit Buah Limau Bali Bersifat Antibakteria dimana selalunya selain khasiat limau bali yang didapati secara oral, kulit limau bali juga mungkin mempunyai sifat antibakteria dan antifungal. Lazimnya kulit limau bali sering digunakan dalam essential oil untuk membantu meningkatkan kesihatan luaran di samping memberi aroma yang mampu untuk menenangkan. Kulit limau bali juga sesuai digunakan sebagai pewangi semulajadi. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segman iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Par4 4 yang sesuai disyor baca semuanya. Semuga tulisan ini berikan maklumat berguna kepada semu apembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..LIMAU BALI...BUAH POMELO IA SAMA...
BERSAIZ BESAR...ORANG CINA SUKA...
DUA VARIETI POPULAR...APAKAH DIA...
MEMBACA ARTIKEL...ILMUNYA DI TERIMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Ramadan 1446H).Bersamaan 13 Mac 2025.