Support My Blog

Showing posts with label SEMBANG FAKTA KAKI AYAM. Show all posts
Showing posts with label SEMBANG FAKTA KAKI AYAM. Show all posts

Wednesday, April 16, 2025

SEMBANG FAKTA KAKI AYAM (PART 4)

KAKI AYAM
atau 'Ceker Ayam' atau 'Chicken Feet' kini ia merupakan sepasang anggota kaki yang terdapat pada seekor ayam dimana kini sudah viral gara-gara khasiatnya. Kaki ayam merupakan bahagian paling tidak popular di kalangan pembeli ayam dulu tetapi kini ia sudah dijual dan mendapat permintaan yang baik dikalangan peminatnya. Kalau dibuat bancian tentu ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak menyukainya tetapi kalau sudah ujirasa resepi khusus mama ramai akan suka makan kuliner kaki ayam.. Banyak alasan yang diberi oleh pengguna tidak suka kaki ayam di antaranya sebab rasa jijik (ayam pijak tahi), tidak ada isi, kotor kononnya kerana kaki ayam itu diguna untuk mencakar segala macam benda dan berbagai alasan lagi. Bagaimana pun kini kajian dapati jika disebalik tidak popularnya kaki ayam itu ia mengandungi khasiat yang tidak ketahui ramai. Bagi penulis blog sejak dulu memang suka makan kaki ayam tetapi bagi pengguna mulai sekarang jangan lagi dibuang kaki ayam. Jadikan ia satu dari sumber makanan yang menyumbang ke arah kesihatan yang baik. Hasil kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya kes kesihatan termasuk kes ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Masalah tulang ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari. Apa pun dilaporkan bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur. Pengambilan minuman atau makanan yang mengandungi kalsium tinggi adalah satu cara mengelak serangan osteoporosis. Kaki ayam didakwa mampu elakkan kes tulang rapuh dimana tanpa disedari dimana kaki ayam juga dikatakan memainkan peranan penting mengelak tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia. Ada kajian yang menyatakan 'hydroxyapatite' adalah makanan untuk tulang yang berasal dari tulang makanan. Kini makanan tepat untuk tulang adalah tulang dimana kaki ayam dikatakan satu daripada makanan yang kaya dengan zat itu. Pembaca blog ini tidak perlu lagi memperkecilkan kaki ayam kerana ia kaya dengan khasiat protein yang ada pada kulit, otot, tulang dan kolagen iaitu sejenis protein jaringan ikatan liat dan bening berwarna kekuningan. Kaki ayam mengandungi bahan unik iaitu Hydroxyapatite sebagai bahan makanan untuk tulang berasal dari tulang makanan yang kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia selain ia kaya dengan khasiat protein pada kulit, otot, tulang dan kolagen. Subuh dingin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis mengenai fakta dan kisah tentang kaki ayam untuk dijadikan rujukkan.


Resepi kali ini merupakan salah satu resepi dari koleksi masakan kaki ayam yang digemari oleh peminatnya. Kaki ayam masak kicap ini tidaklah sukar untuk disediakan dan bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini juga adalah bahan-bahan yanh biasa digunakan didalam masakan dirumah anda. Hanya memasak kaki ayam ini memerlukan masa yang lama kerana ia amat sedap direbus empuk. 
Baiklah bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. Bahan-bahan adalah 200g kaki ayam, 2 biji bawang merah, 2 biji bawang putih (tumbuk pecah), 1 biji bawang besar-dipotong bulat, 1 inci halia, Kicap manis, Kicap masin, Sos tiram, 1/2 sudu makan lada putih, sedikit garam dan kunyit serbuk serta minyak untuk menggoreng. Cara membuatnya dengan menggoreng kaki ayam dengan minyak penuh sehingga garing (tutup ketika goreng kerana ia akan meletup-letup). Awalnya perlu direndam kaki ayam tadi dalam air sejuk selama 2 jam dimana pertama sekali kaki ayam direbus hingga matang didalam kuali masukkan sedikit minyak masak. Kemudian ditumiskan bawang kecil, bawang putih dan halia hingga naik bau. Seterusnya di masukkan bahan bertanda kicap-kicap mengkiut sukatan yang anda suka. Masukkan kaki ayam yang telah bergoreng dan masak sehingga kaki ayam menjadi empuk. Perlu di tambah air jika dimana proses ini mengambil masa hingga kaki ayam empuk dan kuah pula pekat. Apabila sudah masak di matikan api dan sedia untuk di hidangkan dan di makan dengan nasi putih atau kaki ayam di ratah dalam mulut terus. Bagi peminat kaki ayam dimana resepi masakan seperti ini pasti akan digemari. Ia bagi penulis blog memang sedap dimakan bersama nasi ataupun diratah begitu sahaja. Bukan hanya sedap namun begitu sebenarnya kaki ayam juga adalah salah satu sumber kolagen yang baik untuk badan semua terutama dikalangan orang dewasa khususnya kaum wanita. 


Ada bermacam jenis kerabu di Malaysia tetapi kini resepi makanan KERABU KAKI AYAM adalah yang paling diminati ramai.
Makanan ini ada pelbagai cara dan rasa mengikut kehendak anak tekak kalau membuatnya sendiri. Perlu ada bahan-bahan iaitu 12 ketul kaki ayam perlu dibersihkan dan dipotong dua dan rebus (ada yang suka buang tulang kaki ayam ini supaya senang semasa makan), 1 biji bawang besar yang dihiris nipis, 11 biji cili api yang mesti dihiris bulat nipis kaknoor lebihkan cili dan tumbuk, 2 biji tomato juga dihiris, 2 batang serai yang dihiris nipis, 1 biji limau nipis - diambil jusnya, 3 sudu makan sos ikan (nampla), 1.5 sudu makan gula, 1 pokok daun sup - dihiris halus, 1 pokok daun bawang dihiris halu, soon, bunga kantan, garam dan gula sikit. Cara-caranya dengan memasukkan air, kaki ayam dan sedikit garam ke dalam periuk. Rebus hingga kaki ayam empuk dan kemudian disejatkan kaki ayam. Seterusnya di masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan perlu digaul rata sehingga sebati. Makanan enak ini hidangkan dan dimakan terus atau dengan basi panas. Kalau boleh digaulkan agar lebih sedap untuk diratah. Apa pun bagi penulis blog yang suka ujirasa memang apabil memakannya boleh habis semangkok kerabu kaki ayam ini. Apa pun kalau membuatnya sendiri boleh di adjust rasanya yang lebih pedas dan mengenyangkan. 


Pernah juga penulis blog ujirasa 'K
aki Ayam Goreng Tepung' semasa berkunjung kerumah boss semasa bertugas di Melaka. Sajian makanan iaitu makanan kaki ayam dilaporkan ia memang menandungi banyak kolagen. Apa pun jika hendak memasknya kaki ayam goreng tepong disediakan bagi bahan dikisar iaitu bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam, lada putih, garam, serbuk kari dan juga bahan perasa Adabi (atau guna stock ayam). Bahan lain adalah termasuk tepung kering, 1 cawan tepung bestari pedas serta 2 cawan tepung gandum dan minyak masak. Langkah awal dimana kaki ayam di perap dengan ramuan dan bahan basah. Kemudian di golek ayam dengan tepung kering (salut tipis) dan seterusnya dimasukkan kaki ayam dalam bahan basah (double dipped). Perlu di golek semula pada tepung kering.. ramas sedikit supaya tepung lebih melekat dan berkelopak. Seterunya adalah menggoreng dengan jumlah minyak yang banyak (kaki ayam tenggelam). Penggunaan api sederhana besar dimana bila ayam sudah nampak lebih garing dan warnanya keemasan maka masakan ini boleh angkat dan hidangkan. Apa pun kaki ayam goreng tidak sama macam kaki ayam masak sup atau kaki ayam dalam tomyam sebab ia dilihat tak liat dan tak perlu masa yg lama pun untuk memasakknya dimana tk dimasak. Ini kerana kalau semua pembaca blog ini tidak cukup bahan memadai dengan gunakan kaki ayam, serbuk kunyit da n garam pun sudah cukup sedap dimakan.


Remaja zaman kini lebih banyak suka makanan dripada Korea dan Jepun. Antaranya adalah 'Resepi Korean Chicken Feet' atau 'Dakbai' untuk di kongsikan dan di ujirasa atau di sediakan sendiri di rumah. Resepi ini merupakan sebuah resepi masakan Korea yang sememangnya menjadi kegemaran orang Malaysia sejak kebelakangan ini. Masakan ini menggunakan bahan-bahan yang sedikit berbeza terutama pada sosnya, walaupun begitu sebenarnya ianya tidaklah sukar untuk disediakan. Kaki ayam merupakan sejenis bahan masakan yang sebenarnya mempunyai khasiat yang baik kerana ia dikatakan tinggi kolagen. Negara-negara seperti Korea, China dan Jepun sememangnya mempunyai banyak resepi yang menggunakan kaki ayam ini. Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah 500gm isi kaki ayam, air secukupnya dan ia direbus isi kaki ayam sehingga empuk dan toskan sehingga betul-betul kering.Sedikit minyak bijan. Bahan lain adalah biji bijan, 1 sudu besar bawang putih cincang, 5 sudu besar madu, 1 sudu besar sos Korea Adabi, 3 sudu besar kicap cair, 3 sudu besar serbuk cili, bijan putih serta segenggam daun bawang. Apa pun bijan putih perlu di sediakan. Mulakan dengan menggoreng kaki ayam menggunakan tepung goreng ayam dan bila masak di angkat serta di toskan dan diketepikan. Kemudian di masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih berserta semua bahan sos dan bahan-bahan lain dan di kacau agar sebati. Kemudian masukkan isi kaki ayam dan ditaburkan bijan putih 1 sudu besar. Kacau lagi dan tutup api bila telah sebati dan seterusnya dikeluarkan dan hias dengan bijan putih dan hirisan daun bawang. Makanan ala korea ini sedia di hidangkan dan di nikmati. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yag sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini berikan maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologi. Wasallam!!!...
KAKI AYAM... CEKER KATA ORANG JAWA...
SEEKOR AYAM...CUMA ADA DUA SAHAJA...
BANYAK KHASIAT...PELBAGAI RESEPINYA...
MEMBACA ARTIKEL...ADA INFO DI TERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(14 Syawal 1446H).

Tuesday, April 15, 2025

SEMBANG FAKTA KAKI AYAM (PART 3)

KAKI AYAM
atau 'Ceker Ayam' atau inggerisnya 'Chicken Feet' merupakan sepasang anggota kaki yang terdapat pada seekor ayam dimana kini sudah viral gara-gara khasiatnya. Kaki ayam merupakan bahagian paling tidak popular di kalangan pembeli ayam dulu tetapi kini ia sudah dijual dan mendapat permintaan yang baik dikalangan peminatnya. Kalau dibuat bancian tentu ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak menyukainya tetapi kalau sudah ujirasa resepi khusus mama ramai akan suka makan kuliner kaki ayam.. Banyak alasan yang diberi oleh pengguna tidak suka kaki ayam di antaranya sebab rasa jijik (ayam pijak tahi), tidak ada isi, kotor kononnya kerana kaki ayam itu diguna untuk mencakar segala macam benda dan berbagai alasan lagi. Bagaimana pun kini kajian dapati jika disebalik tidak popularnya kaki ayam itu ia mengandungi khasiat yang tidak ketahui ramai. Bagi penulis blog sejak dulu memang suka makan kaki ayam tetapi bagi pengguna mulai sekarang jangan lagi dibuang kaki ayam. Jadikan ia satu dari sumber makanan yang menyumbang ke arah kesihatan yang baik. Hasil kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya kes kesihatan termasuk kes sperti ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Masalah tulang ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari. Apa pun dilaporkan bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan kaedah iaitu meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur. Pengambilan minuman atau makanan yang mengandungi kalsium tinggi adalah satu cara mengelak serangan osteoporosis. Kaki ayam didakwa mampu elakkan kes tulang rapuh dimana tanpa disedari dimana kaki ayam juga dikatakan memainkan peranan penting mengelak tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia. Ada kajian yang menyatakan 'hydroxyapatite' adalah makanan untuk tulang yang berasal dari tulang makanan. Kini makanan tepat untuk tulang adalah tulang dimana kaki ayam dikatakan satu daripada makanan yang kaya dengan zat itu. Pembaca blog ini tidak perlu lagi memperkecilkan kaki ayam kerana ia kaya dengan khasiat protein yang ada pada kulit, otot, tulang dan kolagen iaitu sejenis protein jaringan ikatan liat dan bening berwarna kekuningan. Kaki ayam mengandungi bahan unik iaitu Hydroxyapatite sebagai bahan makanan untuk tulang berasal dari tulang makanan yang kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia selain ia kaya dengan khasiat protein pada kulit, otot, tulang dan kolagen. Subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis mengenai fakta dan kisah tentang kaki ayam untuk dijadikan rujukkan.


Dilaporkan diantara menu popular yang menjadi kegemara ramai diperbuat dari kaki ayam adalah 'Kerabu Kaki Ayam' yang wajar di kongsikan kisahnya. Kisah bagaimana ada kes gerai belum dibuka tetapi sudah ramai pelanggan yang beratur menunggu. Itulah penangan 12 jenis kerabu warisan hasil air tangan Rohaida Mustafa (53) yang dijual di Bazar Ramadan Medan Gopeng, Perak saban tahun. Media laporkan dimana apa yang lebih istimewa apabila kesemua 12 jenis kerabu yang mana resipinya diwarisi daripada arwah ibu itu hanya boleh didapati setahun sekali iaitu khusus dijual sepanjang Ramadan. Memang ada aneka kerabu yang disediakan ialah kerabu jantung pisang, pegaga, mangga, selom, bayam brazil, kacang botol dan kerabu som tam betik. Dia menjual aneka 12 kerabu yang dijual Rohaida di Bazar Ramadan Medan Gopeng dimana selalunya ia mendapat sambutan menggalakkan hinggakan pengunjung sanggup beratur sementara menunggu jualan bermula. Dakwanya dimana ia turut menjual, kerabu pucuk paku tauge perut, pucuk paku tauge kerang, kerabu kaki ayam, acar buah dan pecal. Dia sengaja memilih bulan Ramadan untuk menjual 12 jenis kerabu itu bagi memberi lebih rasa nostalgia kepada pengunjung. Kini bila melihat aneka kerabu yang tersedia dimana ramai pengunjung bukan sahaja kecur air liur, malah rambang mata untuk memilih sebagai pelengkap berbuka puasa. Dakwanya ini tahun keempat saya berniaga kerabu di bazar Ramadan dimana kadar sambutannya sangat luar biasa hinggakan pengunjung sanggup beratur panjang sementara menunggu jualan bermula. Menambah jika boleh dikatakan pembeli yang datang adalah pelanggan sama seperti tahun-tahun sebelumnya, kebiasaannya tak sampai dua jam dimana jualan sudah licin.
Apa pun ibu kepada dua anak itu berkata, kerabu memang sering dijadikan hidangan pembuka selera atau sampingan ketika menikmati juadah utama. Rasa masam dan pedas selain disediakan secara segar serta mentah membuatkan selera seseorang bertambah, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berpuasa. Menu kerabu paling laris dan menjadi pilihan pembeli sudah tentulah kerabu pucuk paku tauge perut, pucuk paku tauge kerang dan kerabu kaki ayam. Mungkin kerana kerabu ini agak sukar untuk diperoleh pada hari-hari biasa,. Dia pohon agar  berkata, penyediaan kerabu tidak semudah disangka kerana perlu setiap bahan yang digunakan perlu segar. Bahan-bahan asasnya pula seperti hirisan bawang merah, cili api, asam limau, kerisik dan belacan perlu cukup bagi menjamin kualiti dan rasa yang enak dan untuk kerja menyediakan kerabu ini, saya gunakan lebih 3kg bawang setiap hari selain bahan lain, 3kg pucuk paku, 2kg daun pegaga dan 6kg kaki ayam. Selalunya setiap pagi dia akan ke Pasar Borong Menglembu untuk mendapatkan keperluan ini. Ada juga bahan-bahan saya dapatkan terus daripada penduduk kampung. Meskipun harga bahan mentah naik, Rohaida tetap mengekalkan harga jualan kerabunya iaitu antara RM5 hingga RM10 dan dia masih mampu meraih jualan hingga RM1,200 sehari.


Paling suka makan untuk disediakan bagi penulis blog adalah masak kaki ayam dengan resepi 'SUP KAKI AYAM TUMIS DARAT' yang enak dan mudah. Resepi ini popular di kampong di Gerik, Johor dan selalu di hidangkan ketika makan tengahari, majlis rewang dan sebagainya. Memasak sup ini perlu disediakan bahan iaitu 2 kg kaki ayam, halia sebesar ibu jari, 1 biji (besar) bahan bawang merah, daun sup secukupnya, 5 tangkai cili api merah, bawang goreng secukupnya serta bahan perasa makanan (agak-agak sahaja). Cara memasaknya dengan memanaskan air dalam periuk yang sesuai dimana jumlahnya setakat boleh rendam semua kaki ayam sahaja. Kemudian apabila air sudah mula mendidih boleh di masukkan kaki ayam yang telah dibuang kuku dan dibersihkan. Jika ada leher ayam pun boleh letak juga dan sebaiknya menggunakan api yang sederhana waktu memasak. Dalam masa sama di tumbuk halia dalam besar ibu jari dan di masukkan terus ke dalam kuah sup. Perlu mereneh kaki ayam hingga mula nampak isi melerai sedikit kulitnya dari tulang. Kemudian di masukkan bahan secukup rasa dengan secukupnya. Jumlahnya agak-agak selera dan jangan masin dan jangan terlalu hambar. Seterusnya di masukkan juga cili api merah yang ditumbuk terlebih dahulu dan ia ditumbuk kasar sahaja. Dalam kuali lain, panaskan minyak masak dan nila minyak sudah agak panas, masukkan bawang besar yang telah dihiris halus. Masak bahan ini sampai layu dan bertukar warna keemasan dan kemudian ditutup api kuali. Kemudian di tuang bawang goreng tadi ke dalam kuah sup dan terus tutup dengan tudung periuk. Perlu ditutup dalam 5-10 minit macam tu baru buka semula. Nanti bau dan rasa dari tumisan bawang merah tadi akan menyerap ke dalam sup dan rasa sup pun akan bertambah sedap dimana makanan ini ramai yag panggil tumis darat. Akhir sekali boleh di taburkan hirisan daun sup dan bawang goreng jika suka dan hidangan ini sudah siap dinikmati begitu sahaja atau dengan nasi panas atau dengan roti.


Penulis blog suka makan kaki ayam masak kari dimana ia merupakan kuliner kaki ayam yang popular di jual di premis restoren. Resepi Kari Kaki Ayam ini paling sedap dimakan kalau dicicah dengan makanan roti canai yang di jual di beberapa gerai. Membuat makanan ini dirumah juga mudah disediakan dengan sediakan bahan-bahan asas iaitu 300g kaki ayam (perlu di rebus dulu), 3 ulas Bawang Putih, 2 Biji Bawang Merah, 2 Inci Halia, 3 Sekawan Kayu Manis, Buah Pelaga, Bunga Lawang, Daun Kari, Daun Pandan, 3 Sudu Besar Serbuk Kari Daging (Dibancuh dengan Air), 1 Kotak Kecil Santan Kelapa, mnyak masak kelapa, gula dan juga bahan garam. Cara untuk membuatnya dengan memasukkan minyak masak ke dalam kuali dan tunggu sehingga minyak cukup panas. Tumiskan kesemua bahan-bahan ke dalam Kuali sehingga naik bau. Kemudian di masukkan Rempah Kari yang telah dibancuh dengan air dan biarkan sehingga rempah tersebut dimasak. Seterusnya dimasukkan Kaki Ayam Ayam yang telah direbus beserta dengan Asam Keping. Akhir sekali adalah perlulah memasukkan santan beserta perasa gula dan garam secukup rasa. Enak dimakan terus secara meratah kaki ayam berkari atau dijadikan lauk memakan nasi atau dijadikan cicah makan roti canai kosong. 
Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yag sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini berikan makluma berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologi. Wasallam!!!...
KAKI AYAM... CEKER KATA ORANG JAWA...
SEEKOR AYAM...CUMA ADA DUA SAHAJA...
BANYAK KHASIAT...PELBAGAI RESEPINYA...
MEMBACA ARTIKEL...ADA INFO DI TERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(14 Syawal 1446H).

Sunday, April 13, 2025

SEMBANG FAKTA KAKI AYAM (PART 1)

KAKI AYAM
atau 'Ceker' atau 'Chicken Feet' merupakan sepasang anggota kaki yang terdapat pada seekor ayam dimana kini sudah viral gara-gara khasiatnya. Kaki ayam merupakan bahagian paling tidak popular di kalangan pembeli ayam dulu tetapi kini ia sudah dijual dan mendapat permintaan yang baik dikalangan peminatnya. Kalau dibuat bancian tentu ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak menyukainya tetapi kalau sudah ujirasa resepi khusus mama ramai akan suka makan kuliner kaki ayam.. Banyak alasan yang diberi oleh pengguna tidak suka kaki ayam di antaranya sebab rasa jijik (ayam pijak tahi), tidak ada isi, kotor kononnya kerana kaki ayam itu diguna untuk mencakar segala macam benda dan berbagai alasan lagi. Bagaimana pun kini kajian dapati jika disebalik tidak popularnya kaki ayam itu ia mengandungi khasiat yang tidak ketahui ramai. Bagi penulis blog sejak dulu memang suka makan kaki ayam tetapi bagi pengguna mulai sekarang jangan lagi dibuang kaki ayam. Jadikan ia satu dari sumber makanan yang menyumbang ke arah kesihatan yang baik. Hasil kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya kes kesihatan termasuk kes ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Masalah tulang ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari. Apa pun dilaporkan bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur. Pengambilan minuman atau makanan yang mengandungi kalsium tinggi adalah satu cara mengelak serangan osteoporosis. Kaki ayam didakwa mampu elakkan kes tulang rapuh dimana tanpa disedari dimana kaki ayam juga dikatakan memainkan peranan penting mengelak tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia. Ada kajian yang menyatakan 'hydroxyapatite' adalah makanan untuk tulang yang berasal dari tulang makanan. Kini makanan tepat untuk tulang adalah tulang dimana kaki ayam dikatakan satu daripada makanan yang kaya dengan zat itu. Pembaca blog ini tidak perlu lagi memperkecilkan kaki ayam kerana ia kaya dengan khasiat protein yang ada pada kulit, otot, tulang dan kolagen iaitu sejenis protein jaringan ikatan liat dan bening berwarna kekuningan. Kaki ayam mengandungi bahan unik iaitu Hydroxyapatite sebagai bahan makanan untuk tulang berasal dari tulang makanan yang kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia selain ia kaya dengan khasiat protein pada kulit, otot, tulang dan kolagen. Subuh dingin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis mengenai fakta dan kisah tentang kaki ayam untuk dijadikan rujukkan.


Ada banyak maklumat nyatakan adalah u
ntung sesiapa yang suka makan Kaki Ayam sebab ia kaya dengan kolagen yang semakin ramai peminatnya. Ada juga yang kata jika sesetengah individu menyatakan tidak elok membuang bahagian-bahagian tertentu ayam yang boleh dimakan untuk mengelakkan pembaziran. Ia sangatlah benar memandangkan banyak kumpulan etnik yang memakan makanan ini adalah secara tradisinya berasal daripada kumpulan masyarakat yang berpendapatan rendah. Aktiviti pembuangan kaki ayam diibaratkan sebagai satu pembaziran memandangkan ia boleh dijadikan sebagai lauk dan hidangan untuk dimakan oleh ahli keluarga yang lain dimana salah satu faedah positif yang berkaitan dengan khasiat memakan ceker ayam adalah disebabkan oleh kandungan kolagen ceker ayam tersebut. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Sains Haiwan Universiti Kebangsaan Chung-Hsing di Taiwan menunjukkan bahawa kaki haiwan ini mengandungi banyak kolagen. Kolagen pula seperti yang anda ketahui adalah bahan yang membantu kulit anda untuk kelihatan muda. Penyelidikan di Universiti Taiwan ini mengesahkan makanan ini adalah sumber alternatif yang baik untuk mendapatkan kolagen. Sumber yang menjadi kebiasaan manusia untuk mendapatkan kolagen adalah daripada lembu, babi dan ikan laut. Tetapi kos pengeluaran daripada sumber-sumber ini ternyata adalah sangat mahal. Apa pun Kaki ayam bukan sahaja kaya dengan kolagen tetapi juga sumber asid hyaluronik, dan chondroitin sulfat. Bahan Asid hyaluronik turut digelar sebagai ‘fountain of youth’ kerana ia boleh menghalang kesan-kesan penuaan. Chondroitin sulfate pula adalah baik untuk osteoarthritis dan bermanfaat untuk individu yang mengalami masalah sendi. Makanan ini sememangnya mengandungi kolagen lebih daripada 20% kolagen dimana kebanyakan kolagen ini akan terhidrolisis membentuk gelatin jika mencapai suhu 60-65 darjah Celsius. Perlu di ketahui memandangkan suhu memasak kaki ayam yang pastinya mencapai tahap air mendidih (lebih dari 100 darjah Celsius disebabkan sifat colligative) maka sudah tentulah kolagen telah bertukar kepada gelatin. Walaupun gelatin dikategorikan sebagai protein kualiti rendah kerana kandungan amino asid utamanya telah pun ianya termusnah (denatured) namun kajian saintifik telah membuktikan bahawa pengambilan gelatin mampu menumbuhkan rambut dan kuku, merawat penyakit sendi termasuk osteoarthritis.


Fakta bagaimana pertanyaan apakah kolagen dan apakah manfaatnya sering di bincangkan. Kolagen dilapor ia boleh digambarkan sebagai protein yang berfungsi sebagai gam yang ‘memegang badan kita bersama’. Faedahnya bukan hanya untuk kesihatan kulit tetapi juga untuk kesihatan jantung, bahkan dapat meningkatkan prestasi atlet. Kajian melaporkan dimana diantara faedah lain daripada pengambilan kolagen adalah termasuk kesan kepada bahagian Kulit yang lebih sihat dan muda sebab kalogen 
kaya dengan kalsium dan protein, tanpa karbohidrat. Ia mampu meningkatkan bekalan darah dengan menguatkan saluran darah. Ia membantu badan dalam metabolizing lemak, oleh itu ia baik untuk penurunan berat badan, melambatkan kesan arthritis serta akan mengurangkan rasa sakit dan bengkak (keradangan). Bagaimana pun kajian menyatakan jika kebanyakan kolagen sebagai suplemen kurang terjangkau sebab harga kolagen adalah mahal. Apa pun mengapa perlu membayar dengan jumlah yang mahal jika anda mempunyai alternatif yang amat murah atau hampir percuma iaitu dengan mengambil ceker ayam. Untuk dapat menikmati faedah kolagen dalam ceker ayam, masukkan kaki haiwan ini ke dalam sup, rebusan, stew atau dalam sebarang masakan. Maklumat mengenai sama ada minuman kolagen kaki ayam benar-benar berkesan dikaji oleh Dr Stefanie Williams, seorang Ahli Pakar Kulit & Pengarah Perubatan European Dermatology London yang dakwa bahawa beberapa minuman kolagen sebenarnya memenuhi tuntutan mereka untuk mendapatkan kulit yang lebih baik. Info Kaki Ayam dilaporkan ia Baik untuk Arthritis sebab ceker ayam terdiri daripada tulang, kulit, dan tendon, tetapi tidak mempunyai otot. Apa pun bahagian makanan ini kaya dengan protein, kalsium, mineral, kolagen, dan tulang rawan yang mudah diserap oleh badan. Apa pun ini adalah nutrien penting yang diperlukan untuk pergerakan sendi yang baik untuk mengurangkan arthritis dan sakit sendi. Daripada anda membeli makanan tambahan dengan kandungan glucosamine dan chondroitin, adalah lebih baik untuk anda menggunakan kaki haiwan ini di dalam sup atau renehan anda dan nikmati pilihan yang lebih murah untuk kesihatan bersama. Inilah sebabnya mengapa pakar seni pertahanan diri China menggunakan kaki haiwan ini sebagai sebahagian daripada rutin diet mereka. Makanan ini bukanlah bahan makanan yang boleh dipandang sepi apatah lagi dibuang. Ia adalah sumber makanan yang murah, tetapi kaya dengan kandungan khasiat terutamanya kolagen yang tinggi. Semua orang tidak perlu melaburkan wang untuk berusaha mendapatkan produk kolagen yang berharga mahal, cukup sekadar mempelbagaikan hidangan ceker ayam dalam menu sendiri. Kalau tidak terbiasa dengan tekstur kaki ayam tersebut maka kemudian lama kelamaan akan terbiasa setelah kerap mencubanya.  


Dalam satu laporan tempatan bertajuk '
Apa Kebaikan Kaki Ayam Untuk Kesihatan?' oleh Dr Rizal Abu Bakar amat wajat disembangkan faktanya. Mereka yang menggemari kaki ayam seperti dibuat sup amat beruntung sebab bernutrisi padat bagus untuk tubuh. Bagaimana pun masih ramai yang ‘geli’ sebab makan kaki ayam 'tidak pakai selipar' dan asasnya macam kotor. Dilaporkan dimana didalam buku perubatan Cina karya Ben Jin, kurma merah bagus untuk seimbangkan tenaga di limpa dan usus dan ia adalah bagus untuk hati sebab dengan vitamin C yang tinggi, pengambilan kurma merah juga dapat tingkatkan sistem imun, remajakan semula kulit. Makanan kaki ayam diperbuat daripada tisu penghubung dengan ada kulit, tulang rawan, tendon dan tulang dimana ada kira-kira 70% kandungan protein dalam kaki ayam yang menjadikannya padat dengan kandungan kolagen. Kolagen selalunya boleh dikenalpasti melalui teksturnya yang lembut dan chewy dimana apabila ia digigit ada rasa kenyal sebab kolagen adalah sejenis protein berstruktur. Ia akan memberi kekuatan serta bentuk kepada kulit, otot, ligamen dan tulang kaki ayam. Kolagen sering dikaitkan dengan kesihatan kulit serta rambut namun kaki ayam juga bagus untuk kesihatan usus. Kolagen juga turut dikenali kerana fungsinya seperti ia melindungi saluran pencernaan agar tidak terkena Leaky Gut Syndrome. Leaky Gut Syndrome adalah sindrom usus bocor di mana sel-sel pada dinding usus menjadi longgar. Ia berpunca dari antigen iaitu sejenis toksin dan bakteria jahat boleh memasuki saluran darah melalui ruang ruang bocor. Sudah semestinya kaki ayam juga tinggi kolagen dimana menjadikan kulit tampil lebih awet muda, sihat dan glowing dimana kalangan penduduk di negara Asia lain seperti Vietnam, Korea, Taiwan, Cina mereka mempunyai kulit yang berkualiti dan kebanyakannya dilihat  mempunyai kulit halus mulus dan cantik. Ia sering dijuluki ‘glass skin’ ataupun ‘porcelain skin’ dimana pPori muka hampir tidak kelihatan. Apabila kolagen berkurang kesannya maka timbul masalah seperti kulit kasar, kering dan bersisik. Orang di negra ini memang mereka gemar makan sup kaki ayam dimana ia menggabungkan bahan-bahan power seperti kurma merah, goji berries, ginseng dan herba lain yang kaya folat iaitu vitamin B9 untuk lindungi ibu hamil. Ada laporan khasiat lain adalah untuk elak kecacatan pada kandungan dimana kalau hendak makan kaki ayam pastikan kulit yang berwarna kuning tu dibuang terlebih dahulu sebab kebanyakan lemak datang daripada kulit tersebut. Hasil kajian dalam Journal of Medicinal Food pada tahun 2015 di mana kajian telah dibuat ke atas 105 peserta wanita selama 6 bulan. Mereka dilihat mempunyai selulit dan mendapati memakan kaki ayam mengurangkan kesan selulit serta kulit berlipat lipat terutama pada bahagian tengkuk dan pinggul. Selain itu kaki ayam juga dikatakan mampu redakan sakit bahagian sendi dimana hasil kajian yang dibuat pada tahun 2016 libatkan 191 peserta yang ada masalah osteoarthritis lutut mendapati dengan cara memakan kaki ayam secara berkala selama 3 bulan dimana ini memberikan kesan memberangsangkan terutama dari segi pengurangan rasa sakit serta tegang pada lutut. Kajian yang dibuat pada tahun seterusnya melibatkan 139 atlet selama 3 bulan yang juga menunjukkan hasil yang serupa sebab kolagen dalam kaki ayam sangat bagus untuk urat dan arteri darah dimana kolagen dan elastin (sejenis protein untuk kelenturan) perlulah seimbang. Dalam pada itu untuk pastikan organ seperti jantung, hati, limpa berada dalam keadaan baik dan ini sekali gus mencegah berlakunya penyakit kronik disebabkan pengerasan pada dinding organ. Kolagen memenuhi jumlah protein dalam badan lebih kurang 25% ke 35% yang selari dengan peningkatan umur. Jumlah kolagen semakin berkurang jadi amatlah penting untuk dapatkannya melalui pemakanan dimana struktur protein dalam kaki ayam adalah yang paling serupa dengan protein dalam badan manusia. Ia juga cepat diserap ke dalam badan manusia dan menjadikannya ideal untuk dimakan dimana jangan dipandang sebelah mata akan khasiat kaki ayam.  


Dalam portal bharian.com ada tajuk '
Kaki ayam tinggi kandungan kolagen' yang wajar diembangkan bersama. Digalakkan agar jangan mbazir wang membeli makanan tambahan mengandungi kolagen bagi mendapatkan kulit tegang kerana khasiatnya boleh diperoleh daripada sumber makanan semula jadi. Kaki ayam sebagai contoh mungkin kurang menarik dimakan tetapi mengandungi paling tinggi kandungan kolagen selain kulit kaki ketam. Bagaimanapun, kulit kaki ketam tidak boleh dimakan kerana keras berbanding kaki ayam yang boleh dibuat sup atau kerabu seperti yang terkenal di Thailand. Pensyarah Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Razinah Mohd Sharif, berkata kolagen dalam bentuk makanan tambahan dan pil hanya mendatangkan mudarat kepada kesihatan jika diambil atau dimakan sebarangan. Kolagen daripada sumber makanan kata beliau, adalah lebih baik dan selamat berbanding dalam bentuk lain selain mudah didapati dan murah. Jadikan makanan sebagai 'pakar kecantikan' kita, bukannya makanan tambahan mahupun suntikan. Hasil dari penyelidikan sekumpulan pakar Jabatan Sains Haiwan Kebangsaan, Universiti Chung-Hsing di Taiwan, mendapati kaki ayam mengandungi banyak kolagen. Kajian itu juga membuktikan kaki ayam adalah sumber alternatif untuk kolagen, selain lembu dan ikan marin. Kaki ayam terdiri daripada tulang, kulit dan tidak ada otot yang penuh dengan protein, kalsium, kolagen dan rawan yang mudah diserap oleh badan. Rumpai laut kaya anti oksidan dimana selain kaki ayam, sumber makanan lain yang kaya dengan kolagen adalah rumpai laut yang banyak terdapat di Sabah. Selain kolagen, sumber makanan tambahan baik untuk kulit adalah yang mengandungi glutathione yang bertindak sebagai anti oksidan dan detox semula jadi. Sumber makanan glutahione antaranya bayam, bayam merah, brokoli dan kacang dal. Sumber makanan ini berupaya meningkatkan tahap imun dan memperlahankan radang dalam tubuh. Bagaimanapun, setakat ini tiada bukti saintifik mengaitkan sebarang jenis makanan yang berupaya memutihkan kulit. Kolagen bagi mendapatkan kulit yang tegang boleh diperoleh daripada sumber makanan semula jadi. Kolagen lazimnya terdapat di bahagian tulang, Otot, Kulit dan Tendon. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yag sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini berikan makluma berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologi. Wasallam!!!...
KAKI AYAM... CEKER KATA ORANG JAWA...
SEEKOR AYAM...CUMA ADA DUA SAHAJA...
BANYAK KHASIAT...PELBAGAI RESEPINYA...
MEMBACA ARTIKEL...ADA INFO DI TERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(14 Syawal 1446H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...