Support My Blog

Showing posts with label SEMBANG BURUNG KAKAK TUA. Show all posts
Showing posts with label SEMBANG BURUNG KAKAK TUA. Show all posts

Sunday, March 9, 2025

SEMBANG BURUNG KAKAK TUA (PART 4)

BURUNG KAKAK TUA (PARROT) merupakan salah satu spesis burung yang sangat disukai ramai dan dipelihara sebagai haiwan peliharaan (pets). Burung Kakaktua terdiri daripada 21 spesies burung yang tergolong dalam keluarga Cacatuidae iaitu selain dari keluarga Psittacidae (parrot sebenar) yang membentuk dibawah order Psittaciformes. Apa yang penulis blog tahu dimana burung kakak tua mampu hidup agak lama berbanding burung peliharaan yang lain jika diuruskan dengan baik. Berbeza dengan haiwan yang tidak menentu yang hidup dalam kurungan dimana selalunya burung kakak tua dilihat sangat sesuai dibela kerana ia mampu hidup lebih lama. Dilaporkan dimana spesis burung nuri macaw dia boleh mencecah sehingga 20 - 60 tahun. Bagi spesis burung kakak tua kelabu dan Amazon biasanya boleh hidup selama 50 tahun sementara bagi jenis Conures dilaporkan ia boleh hidup selama 30 tahun. Bagaimana pun disebabkan habitat dan persekitaran burung kakak tua yang tinggal di kawasan bandar atau semi-urban maka biasanya lebih 70% tidak mencapai umur hidup yang panjang lagi. Pada penulis blog memang seronok melihat burung kakak tua yang cantik, aktif, menghiburkan dengan pergerakannya dan bunyinya. Itulah sebabnya burung kakak tua adalah burung yang palng awal dipelihara oleh manusia diseluruh dunia sejak lama dulu. Secara umum boleh dikatakan ciri-ciri burung kakak tua memang berlainan akan tetapi secara umumnya boleh dikatakan ia mempunyai ukuran badan diantara 30 - 40 cm dengan mempunyai ciri paruhnya yang melengkung cantik dan saiz kepala yang besar. Pernah dilaporkan sebagai juga 'Burung Paling Bijak' disebabkan gelagatnya apabila didekati oleh pemiliknya. Dalam dunia bebas lazimnya burung kakak tua mampu terbang dengan baik dan mudah pula hinggap diatas dahan pokok. Kemudian uniknya burung kakak tua ini boleh memanjat pokok dengan kaki yang ada kuku tajam. Artikel hari saya sembang dengan menulis dalam blog "Anim Agro Technology" berkaitan beberapa fakta menarik iaitu mengenai burung kakak tua untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Kalau sudah hobi dan minat maka 'Belanja RM30,000 kemaruk kakaktua' pun tidak mejadi bebanan. Kisah ini adalah dari Kuala Terengganu dimana kalau terlalu kemaruk dengan burung kakaktua mendorong seorang pemuda membelanjakan lebih RM30,000 wang simpanannya bagi mendapatkan pelbagai jenis baka kakaktua selain membina sangkar burung itu untuk tujuan penternakan sejak 12 tahun lalu. Bagi Mohd Aliff (32) dari Kampung Buluh Gading sanggup membelanjakan lebih RM500 sebulan bagi memastikan 30 burung kakaktua pelbagai spesies termasuk Macau, Greater Sulphur, Ducorps dan Medium Sulphur-Crested mendapat makanan dan penjagaan yang sepatutnya. Dia mula menternak burung Budgerigar dan Lovebird kerana ia mendapat sambutan menggalakkan sehingga mampu meraih RM1,500 sebulan hasil menjual anak daripada burung berkenaan. Kini sambutan terhadap burung itu dilihat ia kian berkurangan lalu saya cuba berjinak-jinak membela burung kakaktua dan burung pertama yang dibela adalah Parrot Kelabu Afrika (African Grey) dan ia dibiak sebelum saya mendapatkan spesies burung kakaktua lain. Dakwanya bukan senang untuk menternak burung kakaktua kerana proses dan cara pembiakannya berbeza berbanding burung biasa, malah semua burung yang dipelihara mempunyai lesen yang dikeluarkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Dia terpaksa mencipta suasana hutan yang sebenar di dalam sangkar bagi memastikan ia membiak seperti di habitatnya dan paling lama sepasang burung kakaktua itu bertelur selepas empat tahun diternak. Dia juga terpaksa membelanjakan wang yang banyak bagi tujuan mendapatkan sepasang induk kakaktua yang berkualiti dan pernah membeli sepasang Macau dengan harga RM18,000. apa pun dakwanya bukan saja duit banyak dihabiskan untuk menternak burung kakaktua tetapi tenaga dan masa juga perlu dikorbankan bagi memastikan ia membiak dengan baik. Dia yang mula menguruskan ternakan seawal jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari setiap hari dengan membersihkan najis burung di dalam sangkar terlebih dulu sebelum memberi makanan dan minuman kepada ternakan.


Sembang kali ini macam hendak ketawa membacanya apabila ada kes dimana '5 burung kakak tua kuat menyumpah dipindahkan' yang berlaku di London.  Spesies buruk kakak tua African Grey yang tinggal di sebuah taman hidupan liar Britain terpaksa memindahkan lima burung kakak tua spesies African Grey berkongsi sebuah sangkar selepas haiwan berkenaan terus mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengunjung. Taman Hidupan Liar Lincolnshire mengambil kesemua burung kakak tua itu kira-kira enam minggu lalu dan meletakkan haiwan terbabit dalam kuarantin. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) taman terbabit, Steve Nichols, berkata sepanjang tempoh itu, burung berkenaan saling berkongsi kebolehan untuk mencarut dan berbahasa kesat. Dia digelar 'Si Gemuk' setiap kali saya lalu dimana sejak 25 tahun lalu dia sudah menerima burung kakak tua yang gemar menggunakan bahasa kesat dan sudah biasa dengan keadaan ini. APa pun kini setiap kali akan ada seekor yang berkelakuan sedemikian dan ia agak menggelikan hati sebenarnya. Dakwanya hanya pada kali ini secara kebetulan mereka menerima lima burung kakak tua dalam minggu yang sama dan kesemuanya saling 'menyumpah' antara satu lama lain. Apa pun lebih kerap anda ketawa mendengar kata-kata itu, lebih banyak sumpah seranah dihamburkan.


Dalam kes lain 'Warga Singapura seludup 11 burung kakak tua' apabila ada pihak  Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor merampas 11 burung kakak tua yang cuba diseludup seorang daripada warganegara Singapura. Rampasan itu hasil hasil dari pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan milik seorang warganegara Singapura di laluan pemeriksaan kereta masuk Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI). PERHILITAN menemukan 11 ekor burung daripada lima lima spesies, antaranya empat ekor Burung Ara spp, Blue and Gold Macaw (Ara ararauna) (tiga ekor), Yellow-headed Amazon (Amazona oratrix) (seekor) dan Scarlet Macaw (Ara macao) (tiga ekor). Lelaki itu juga tidak memiliki sebarang dokumen sah untuk memiliki 11 ekor spesies kakak tua, spesies haiwan yang dilindungi. Turut disita dalam operasi itu ialah 10 kotak kayu, sebuah sangkar yang menempatkan burung, kenderaan, telefon bimbit dan tempat burung bertenggek. Lelaki terbabit dijatuhkan hukuman penjara tujuh hari dari tarikh tangkapan dan didenda sebanyak RM80,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru. Kes siasatan dibuat mengikut Seksyen 60 (1)(a) dan Seksyen 68 (1)(a) di Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (pindaan) 2022 [Akta A1646]. Adalah diminta orang ramai menyalurkan aduan dimana maklumat berhubung jenayah hidupan liar kepada Jabatan PERHILITAN melalui talian hotline. Artikel ini dituli dalam 4 segme iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Apa pun diharap semua pembaca blog ani agro technology mendapat manafaat membaca artikel kali ini. Wasallam!!!...

BURUNG KAKAK TUA... UNIK CIRINYA...
BOLEH BERCAKAP...TIRU IKUT MANUSIA..
RAMAI BERMINAT ...BURUNG DIPERLIHARA..
BACA ARTIKEL...SERONOK JUGA CERITA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,

Melaka,
Malaysia.
(3 Ramadan 1446H).

Saturday, March 8, 2025

SEMBANG BURUNG KAKAK TUA (PART 3)

BURUNG KAKAK TUA (PARROT)
merupakan salah satu spesis burung yang sangat disukai ramai dan dipelihara sebagai haiwan peliharaan (pets). Burung Kakaktua terdiri daripada 21 spesies burung yang tergolong dalam keluarga Cacatuidae iaitu selain dari keluarga Psittacidae (parrot sebenar) yang membentuk dibawah order Psittaciformes. Apa yang penulis blog tahu dimana burung kakak tua mampu hidup agak lama berbanding burung peliharaan yang lain jika diuuruskan dengan baik. Berbeza dengan haiwan yang tidak menentu yang hidup dalam kurungan dimana selalunya burung kakak tua dilihat sangat sesuai dibela kerana ia mampu hidup lebih lama. Dilaporkan dimana spesis burung nuri macaw dia boleh mencecah sehingga 20 - 60 tahun. Bagi spesis burung kakak tua kelabu dan Amazon biasanya boleh hidup selama 50 tahun sementara bagi jenis Conures dilaporkan ia boleh hidup selama 30 tahun. Bagaimana pun disebabkan habitat dan persekitaran burung kakak tua yang tinggal di kawasan bandar atau semi-urban maka biasanya lebih 70% tidak mencapai umur hidup yang panjang lagi. Pada penulis blog memang seronok melihat burung kakak tua yang cantik, aktif, menghiburkan dengan pergerakannya dan bunyinya. Itulah sebabnya burung kakak tua adalah burung yang palng awal dipelihara oleh manusia diseluruh dunia sejak lama dulu. Secara umum boleh dikatakan ciri-ciri burung kakak tua memang berlainan akan tetapi secara umumnya boleh dikatakan ia mempunyai ukuran badan diantara 30 - 40 cm dengan mempunyai ciri paruhnya yang melengkung cantik dan saiz kepala yang besar. Pernah dilaporkan sebagai juga 'Burung Paling Bijak' disebabkan gelagatnya apabila didekati oleh pemiliknya. Dalam dunia bebas lazimnya burung kakak tua mampu terbang dengan baik dan mudah pula hinggap diatas dahan pokok. Kemudian uniknya burung kakak tua ini boleh memanjat pokok dengan kaki yang ada kuku tajam. Artikel hari saya sembang dengan menulis dalam blog "Anim Agro Technology" berkaitan beberapa fakta menarik iaitu mengenai burung kakak tua untuk dijadikan bahan rujukkan semua.



Kisah dari luarnegara bertajuk 'Ribuan burung kakak tua ceroboh bandar' yang berlaku di Bueonos Aires, 
Argentina amat wajar di sembangkan. Bandar Hilario Ascasubi iaitu sebuah bandar di selatan wilayah Buenos Aires, Argentina, 'diceroboh' puluhan ribu burung kakak tua tebing setiap tahun yang dilaporkan ia menyebabkan kerosakan bernilai jutaan dolar. Portal lokal Oddity Central melaporkan dimana penduduk Hilario Ascasubi 'dikuasai' oleh kumpulan burung kakak tua selama beberapa tahun dan ramai yang mengadu keadaan semakin buruk setiap tahun. Populasi burung kakak tua itu didakwa semakin meningkat dan tahap kerosakan harta benda yang berlaku disebabkan haiwan itu. Burung berkenaan gemar menggigit wayar elektrik dan Internet hingga penyedia perlu sentiasa memastikan rangkaian berfungsi. Najis burung di kaki lima dan jalanan turut menjadi masalah besar, begitu juga dengan bunyi bising berterusan dari siang hingga malam. Keadaan itu juga mengundang rasa kurang senang kepada kira-kira 5,000 penduduk Hilario Ascasubi yang buntu dengan masalah itu dan mendakwa mereka tidak boleh terus hidup dengan gangguan burung. Masalah burung kakak tua di bandar itu bukanlah sesuatu yang baru, dan pihak berkuasa berusaha untuk menanganinya, tetapi tiada yang berhasil. Bom bunyi dan lampu laser digunakan untuk menghalau burung itu, tetapi haiwan berkenaan sudah terbiasa dan kini tidak terjejas dengannya. Oleh kerana burung kakak tua tebing adalah spesies yang dilindungi di Argentina, langkah lebih keras untuk menanganinya adalah dilarang sama sekali, jadi penduduk tempatan tiada pilihan selain bersabar dengan gangguan haiwan itu. Menurut laporan dari Universidad Nacional del Sur (UNS) di Bahía Blanca sekurang-kurangnya 70,000 spesis burung kakak tua tebing terdapat di Hilario Ascasubi dan apabila senja tiba, haiwan itu berkumpul di atas pokok dan tiang elektrik.


Apa sebenarnya kisah 'Salam dari dalam sangkar' apabila seawal jam 7 pagi dimana di kediaman milik Noor Azimah Yusof sudah kedengaran bunyi riuh-rendah dari lima ekor burung kakaktua yang masih berada di dalam sangkar. Sebaik melihat Noor Azimah maka kesemua burung kakaktua itu dilihat mula tidak duduk diam dengan mengeluarkan pelbagai bunyi meminta perhatian.  Sudah menjadi kebiasaan pada setiap pagi semua akan mengeluarkan semua burung itu daripada sangkar untuk dimandikan sebelum dijemur di bawah cahaya matahari pagi. Apa pun sambil membersihkan sangkar dia yang selesa membahasakan dirinya sebagai Mama dengan haiwan peliharaannya akan mengambil kesempatan berbual dengan burung kakaktua yang memiliki kebolehan mengajuk semua percakapannya. Perkataan 'Assalamualaikum,' 'Hello,' Buat apa tu? akan di ajuk Deigo salah seekor burung kakaktua peliharaannya. Rutin harian yang dilalui suri rumah berusia 49 tahun bersama ahli keluarganya pada setiap hari sejak mula memelihara lima burung kakaktua sejak enam tahun lalu. Apa pun bagi Noor Azimah, keluarganya dan jiran-jiran sudah lali dengan gelagat burung kakaktua yang cukup mencuit hati. Apapun lima burung kakaktua yang dipelihara terdiri daripada spesies Blue and Gold Macaw (Luna), dua Green cheek (Hejo dan Apple), Alexandrian (Chopper) dan Congo african grey (Deigo). Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, dia mula memelihara burung kakaktua sejak 2019 kerana tertarik dengan kemampuan spesies itu mengajuk percakapan dan bijak. Semua burung ini saya beli daripada pembiak yang berdaftar dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kecuali Luna yang saya peroleh daripada pemiliknya selepas melalui proses menukar nama dan nombor lesen pemilik. Burung ini dibeli ketika masih lagi berada pada fasa 'anak suap' kerana ia lebih mudah dijaga dan jinak dengan pemiliknya. Semua burung kakaktua dilayan seperti anak sendiri, kerana spesies ini sentiasa memerlukan perhatian daripada pemiliknya. Setiap burung kakaktua ini mempunyai karakter berbeza, ada yang sentiasa inginkan perhatian, ada yang manja, nakal dan ada jenis tidak kisah. Dia perlu pastikan semua burung dibawa keluar daripada sangkar dan bersembang dengan mereka. Sekiranya pada sebelah pagi, saya mempunyai urusan dan tidak dapat keluarkan mereka dari sangkar, saya akan jumpa dahulu dan minta maaf sebelum keluar daripada rumah. Burung kakaktua memiliki karakter yang sentiasa inginkan perhatian dan komitmen daripada pemiliknya setiap hari. Sekiranya dua perkara ini diabaikan, burung akan mudah stres dengan mencabut bulu di badannya. Apabila bulunya sudah tiada, burung akan mencederakan diri sendiri sehingga boleh menyebabkan kematian. Setiap hari saya perlu bersihkan sangkarnya untuk elakkan sebarang jangkitan penyakit. Selain itu air perlu ditukar setiap hari dan untuk makanan saya berikan sayur, buah-buahan segar, pallet dan kekacang. Dia juga menasihati kepada sesiapa yang ingin memelihara burung kakaktua supaya membuat kajian mendalam terhadap keperluan haiwan berkenaan. Dia akui memang seronok pelihara burung kakaktua. Tapi kena tanya kepada diri sendiri, adakah anda bersedia untuk peruntukan masa dengan memberi perhatian terhadap burung ini di rumah dimana selain itu dipastikan anda mengikut peraturan yang ditetapkan dengan mendapatkan lesen daripada Perhilitan.


Agak kurang enak apabila membaca kes 'Jurugambar sambilan didakwa simpan, pamer burung kakak tua tanpa lesen' yang berlaku di Melaka dimana tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas tiga tuduhan mengendalikan pameran dan menyimpan pelbagai spesies burung kakak tua tanpa permit dan lesen. Tertuduh, Hazmi Afandi (28), membuat pengakuan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam selepas dibaca dan diterangkan pertuduhan oleh jurubahasa mahkamah. Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa mengendalikan pameran hidupan liar membabitkan 12 ekor burung kakak tua tanpa permit di Gerai Pesta Jom Makan Dataran MITC, Lingkaran MITC. Ia membabitkan dua burung Blue-and-gold Macaw (Area ararauna), Black-headed Parrot (Pionites melanocephala) dan Green-cheeked Conure (Pyrrhura molinae) serta masing-masing seekor burung, Medium Sulphurcrested Cockatoo (Cacatua galerita eleonora), Crimson Rosella (Platycercus elegans), Grey Parrot (Psittacus erithacus), Chestnut-fronted Macaw (Ara severus), Sun Conure (Aratinga solstitialis) dan Hahn's Macaw (Diopsittaca nobilis). Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut 66 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (APHL) 2010 (Akta 716) yang membawa hukuman hukuman denda maksimum RM70,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Bagi pertuduhan kedua dan ketiga tertuduh didakwa menyimpan masing-masing dua ekor burung Green-cheeked Conure dan seekor Black-headed Parrot, iaitu spesies hidupan liar yang dilindungi di bawah Jadual Pertama APHL 2010, pada tarikh, masa dan di tempat sama. Kes ini adalah pertuduhan adalah mengikut Seksyen 60(1)(a) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 60(1) akta sama, sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.  Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Suhainariddah Abd Rashid dan Siti Hajar Atiqah Razali manakala tertuduh diwakili peguam Zulkifli Omar. Pendakwaan mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis sekali sebulan. Peguam merayu jaminan dikurangkan kepada RM6,000 kerana tertuduh hanya bekerja sebagai jurugambar sambilan dan baharu berkahwin. Kes pihak mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin RM9,000 berserta syarat dipohon pendakwaan dan menetapkan sebutan semula kes pada 24 Mei depan untuk serahan dokumen. 
Artikel ini dituli dalam 4 segme iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Apa pun diharap semua pembaca blog ani agro technology mendapat manafaat membaca artikel kali ini. Wasallam!!!...

BURUNG KAKAK TUA... UNIK CIRINYA...
BOLEH BERCAKAP...TIRU IKUT MANUSIA..
RAMAI BERMINAT ...BURUNG DIPERLIHARA..
BACA ARTIKEL...SERONOK JUGA CERITA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,

Melaka,
Malaysia.
(3 Ramadan 1446H).

Friday, March 7, 2025

SEMBANG BURUNG KAKAK TUA (PART 2)

BURUNG KAKAK TUA (PARROT)
merupakan salah satu spesis burung yang sangat disukai ramai dan dipelihara sebagai haiwan peliharaan (pets). Burung Kakaktua terdiri daripada 21 spesies burung yang tergolong dalam keluarga Cacatuidae iaitu selain dari keluarga Psittacidae (parrot sebenar) yang membentuk dibawah order Psittaciformes. Apa yang penulis blog tahu dimana burung kakak tua mampu hidup agak lama berbanding burung peliharaan yang lain jika diuuruskan dengan baik. Berbeza dengan haiwan yang tidak menentu yang hidup dalam kurungan dimana selalunya burung kakak tua dilihat sangat sesuai dibela kerana ia mampu hidup lebih lama. Dilaporkan dimana spesis burung nuri macaw dia boleh mencecah sehingga 20 - 60 tahun. Bagi spesis burung kakak tua kelabu dan Amazon biasanya boleh hidup selama 50 tahun sementara bagi jenis Conures dilaporkan ia boleh hidup selama 30 tahun. Bagaimana pun disebabkan habitat dan persekitaran burung kakak tua yang tinggal di kawasan bandar atau semi-urban maka biasanya lebih 70% tidak mencapai umur hidup yang panjang lagi. Pada penulis blog memang seronok melihat burung kakak tua yang cantik, aktif, menghiburkan dengan pergerakannya dan bunyinya. Itulah sebabnya burung kakak tua adalah burung yang palng awal dipelihara oleh manusia diseluruh dunia sejak lama dulu. Secara umum boleh dikatakan ciri-ciri burung kakak tua memang berlainan akan tetapi secara umumnya boleh dikatakan ia mempunyai ukuran badan diantara 30 - 40 cm dengan mempunyai ciri paruhnya yang melengkung cantik dan saiz kepala yang besar. Pernah dilaporkan sebagai juga 'Burung Paling Bijak' disebabkan gelagatnya apabila didekati oleh pemiliknya. Dalam dunia bebas lazimnya burung kakak tua mampu terbang dengan baik dan mudah pula hinggap diatas dahan pokok. Kemudian uniknya burung kakak tua ini boleh memanjat pokok dengan kaki yang ada kuku tajam. Artikel hari ini saya sembang dengan menulis dalam blog "Anim Agro Technology" berkaitan beberapa fakta menarik iaitu mengenai burung kakak tua untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Menarik kisah bagaimana ada peminat yang '
Sanggup membelanjakan RM150,000 demi burung kakak tua' untuk disembangkan. En Samsu sanggup membelanjakan RM150,000 bagi memiliki seekor burung kakak tua disebabkan minat terlalu mendalam terhadap burung tersebut. Program Pameran Burung Kakak Tua di Mini Zoo Taman Teruntum, Kuantan menemukan ramai peminat burung itu yang tidak melepaskan peluang berkongsi idea penjagaan burung berkenaan. Bagi seorang peminat, Datuk Samsu Anuar (51) dakwa pelaburan RM150,000 bagi memiliki burung jenis itu langsung tidak dianggap merugikan sebaliknya berbangga kerana sudah memiliki tiga burung kakak tua spesies Parrot Kelabu Afrika dan Sun Parakeet berusia antara lima bulan hingga setahun. Sifat manja burung itu yang jinak dan kebolehan bercakap menjadi pendorong Samsu memelihara haiwan berkenaan. Dia membeli burung kakak tua yang dibekalkan oleh seorang rakan yang sudah lama terlibat dengan aktiviti membiak burung ini dan mengakui terhibur dan tenang kerana haiwan itu petah bercakap selain mudah dijaga dan mempunyai jangka hayat yang panjang. Apa pun penat bekerja seharian akan hilang apabila saya dapat bercakap dengan burung ini. Biasanya saya akan meluangkan antara 15 -30 minit bermain dengannya. Burung kakak tua perlu sentiasa dibelai bagi memastikannya sentiasa manja dan mesra dengan pemilik termasuk ahli keluarga dan burung ini juga tidak mudah dijangkiti penyakit kerana memiliki ketahanan daya melawan penyakit yang tinggi. Burung terbabit dibeli pada harga lebih RM3,000 bagi setiap seekor dan dia juga beruntung kerana suami turut memiliki hobi yang sama dan yang istimewa kerana akan kembali kepada pemilik setiap dilepaskan dimana antara kelebihan lain yang terdapat pada burung kakak tua ialah warna bulunya yang terang dan menarik. Bagi spesies Sun Parakeet memiliki bulu berwarna kuning, merah, hijau dan oren. Warna itu membuatkan kami berdua sanggup berhabis ribuan ringgit. Setiap hari kami akan mengajar burung menyebut beberapa perkataan yang mudah seperti selamat pagi, tidur, makan, apa khabar dan memberi salam. Dia terhibur setiap kali melihat burung peliharaan yang aktif dan sihat, hati saya tenang dan gembira melihat gelagatnya.


Menarik juga aktiviti 'Hobi bela burung kakak tua mampu tarik pelancong' apabila kerajaan Perak mahu menjadikan aktiviti memelihara burung kakak tua sebagai tarikan baharu pelancongan di negeri itu. Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak dakwa dan melihat potensi dari sudut eko-pelancongan kerana pemilik burung kakak tua akan membawa burung masing-masing untuk diterbangkan secara bebas di kawasan tertentu terutama persekitaran alam semula jadi. Aktiviti tersebut secara tidak langsung dimana berjaya bagi dapat mempromosikan tempat-tempat eko-pelancongan yang ada di negeri ini. Perak mempunyai liputan hutan yang luas. Jadi peminat burung kakak tua ini bukan sahaja di Perak tetapi di seluruh negara. Kita harap mereka datang ke negeri Perak untuk sama-sama dalam aktiviti ini selepas beliau selesai menyempurnakan Perasmian Persatuan Kakak Tua Perak di Iskandar Polo, Ipoh. Sehubungan itu pada hujung tahun ini akan diadakan satu program khas menghimpunkan peminat burung tersebut secara besar-besaran. Program tersebut sudah pun dimasukkan ke dalam Kalendar Pelancongan Negeri Perak. Bagi Penaung Persatuan Burung Kakak Tua Perak Rozamir dakwa persatuan tersebut julung kali ditubuhkan bertujuan mengumpulkan peminat-peminat haiwan tersebut. Komuniti peminat burung kakak tua itu memang sudah lama wujud namun dengan wujudnya persatuan, ia akan menjadi platform untuk merancakkan lagi aktiviti. Persatuan ini diwujudkan sebagai tanda kasih sayang terhadap haiwan kerana bukan sesuatu yang mudah untuk memelihara haiwan ini kerana perlu ada lesen dimana mereka mengalu-alukan sesiapa sahaja peminat burung kakak tua untuk menyertai persatuan. Kini sudah ada seramai 150 ahli yang berdaftar dengan persatuan berkenaan dan jumlah tersebut dijangka bertambah.


Kisah bagaimana ada 'Pemilik burung kakak tua tawar ganjaran RM6,000' unik apabila seorang pemilik burung menawarkan ganjaran kepada mana-mana individu yang menemui burung kakak tua miliknya selepas hilang sejak enam hari lalu. Bagi Mohd Haziq (30) dakwa burung kakak tua miliknya itu hilang selepas dikejar burung helang ketika aktiviti terbang bebas yang dilakukan di kawasan sawah padi berhampiran kilang beras di Changkat Lada, Seberang Perak. Ketika kejadian, burung tersebut terbang ke arahnya namun melarikan diri selepas panik dikejar seekor burung helang yang berada di lokasi berkenaan. Secara tiba-tiba burung ini pergi ke arah lain sebelum menghilang dan dia amat bimbang kerana masih tidak ditemui sehingga ini. Burung ini amat sensitif dan memerlukan penjagaan rapi. Burung ini baru empat bulan saya pelihara. Sesiapa yang menemui burung ini tolonglah pulangkan sebab kalau tidak dijaga dengan baik ia akan mati. Hubungi saya jika terjumpa burungnya. A
ktiviti terbang bebas itu bukanlah pertama kali dilakukan kerana lebih 20 kali dibuat untuk melatih burung itu pulang sendiri selain memberi kebebasan kepada haiwan tersebut. Bagi pemilik ladang kelapa sawit itu, pada kaki burung kakak tua tersebut diletakkan penanda yang tertera nombor telefonnya supaya mudah dihubungi sesiapa yang menemuinya. Burung kakak tua yang diberi nama Ujin itu merupakan satu-satunya burung yang dipelihara kerana minat dan menjadikan aktiviti bersama haiwan tersebut sebagai hobi. Dia menjelaskan hebahan mengenai kehilangan haiwan tersebut sudah pun dibuat menerusi pelbagai platform media sosial selain turut mendapat bantuan daripada rakan-rakan yang memelihara burung jenis tersebut. Setakat ini laporan polis terhadap kehilangan tersebut belum dibuat dan jika masih belum ditemui dalam masa terdekat, laporan tersebut akan dibuat.  Artikel ini dituli dalam 4 segme iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Apa pun diharap semua pembaca blog ani agro technology mendapat manafaat membaca artikel kali ini. Wasallam!!!...
BURUNG KAKAK TUA... UNIK CIRINYA...
BOLEH BERCAKAP...TIRU IKUT MANUSIA..
RAMAI BERMINAT ...BURUNG DIPERLIHARA..
BACA ARTIKEL...SERONOK JUGA CERITA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,

Melaka,
Malaysia.
(3 Ramadan 1446H).

Thursday, March 6, 2025

SEMBANG BURUNG KAKAK TUA (PART 1)

BURUNG KAKAK TUA (PARROT) merupakan salah satu spesis burung yang sangat disukai ramai dan dipelihara sebagai haiwan peliharaan (pets). Burung Kakaktua terdiri daripada 21 spesies burung yang tergolong dalam keluarga Cacatuidae iaitu selain dari keluarga Psittacidae (parrot sebenar) yang membentuk dibawah order Psittaciformes. Apa yang penulis blog tahu dimana burung kakak tua mampu hidup agak lama berbanding burung peliharaan yang lain jika diuuruskan dengan baik. Berbeza dengan haiwan yang tidak menentu yang hidup dalam kurungan dimana selalunya burung kakak tua dilihat sangat sesuai dibela kerana ia mampu hidup lebih lama. Dilaporkan dimana spesis burung nuri macaw dia boleh mencecah sehingga 20 - 60 tahun. Bagi spesis burung kakak tua kelabu dan Amazon biasanya boleh hidup selama 50 tahun sementara bagi jenis Conures dilaporkan ia boleh hidup selama 30 tahun. Bagaimana pun disebabkan habitat dan persekitaran burung kakak tua yang tinggal di kawasan bandar atau semi-urban maka biasanya lebih 70% tidak mencapai umur hidup yang panjang lagi. Pada penulis blog memang seronok melihat burung kakak tua yang cantik, aktif, menghiburkan dengan pergerakannya dan bunyinya. Itulah sebabnya burung kakak tua adalah burung yang palng awal dipelihara oleh manusia diseluruh dunia sejak lama dulu. Secara umum boleh dikatakan ciri-ciri burung kakak tua memang berlainan akan tetapi secara umumnya boleh dikatakan ia mempunyai ukuran badan diantara 30 - 40 cm dengan mempunyai ciri paruhnya yang melengkung cantik dan saiz kepala yang besar. Pernah dilaporkan sebagai juga 'Burung Paling Bijak' disebabkan gelagatnya apabila didekati oleh pemiliknya. Dalam dunia bebas lazimnya burung kakak tua mampu terbang dengan baik dan mudah pula hinggap diatas dahan pokok. Kemudian uniknya burung kakak tua ini boleh memanjat pokok dengan kaki yang ada kuku tajam. Artikel hari saya sembang dengan menulis dalam blog "Anim Agro Technology" berkaitan beberapa fakta menarik iaitu mengenai burung kakak tua untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Bagi penulis blog melihat dimana burung kakak tua merupakan salah satu jenis burung hias yang mempunyai warna bulu cantik sekaligus suara hebat yang sangat nyaring. Ciri khas yang boleh ia dilihat dimana burung kakak tua adalah ia ada mahkota atau jambul yang ada iaitu 
di bahagian atas kepala dengan pelbagai warna seperti warna kuning terang, merah, biru dengan bentuk bervariasi. Burung kakak tua mempunyai paruh membengkok sehingga ia sering juga disebut dengan 'Burung paruh bengkok'. Melihay pada bentuk kaki burung kakak tua bersusun menyilang dan 2 jari mengarah kehadapan dan 2 jari lainnya dilihat ia mengarah kebelakang sehingga burung kakak tua lebih mudah untuk mencengkam atau memanjat sesuatu dahan. Untuk jenis burung kakak tua banyak jenisnya dan variasinya seperti kakak tua jambul kuning, kakak tua gofini, kakak tua Maluku, kakak tua raja dan lain sebagainya. Seperti halnya burung yang lain dimana kegunaan atau manfaat burung kakak tua juga cukup beragam dan beberapa diantaranya adalah sebagai berikut. Ia adalah sebagai Hawan Jinak Menarik dimana ia memang menjadi salah satu jenis burung yang sangat terkenal dengan kemampuan dan kecerdasan tinggi. Sebab itulah ramai orang yang sering melatih burung kakak tua ini untuk digunakan sebagai haiwan peliharaan dirumah atau di taman zoo atau dalam majlis hiburan atau pertunjukan. Paling unik mengenai burung ini dimana ia Boleh Dilatih ikut sesuatu tunjuk ajar seperti berckap atau membuat gerakan tertentu. Hebatnya burung kakak tua dimana ia merupakan sejenis burung boleh dilatih yang memiliki suara kuat dan nyaring mengeluarkan suara seakan suara manusia apabila sudah di latih sejak masih kecil. Bagi penulis blog keunikan ciri ini membuatkan burung kakak tua menjadi haiwan yang sering di pelihara ramai peminatnya. Paling hebat mengenai burung ini dimana ia selalu dijadikan Sebagai Burung Hiburan dimana ia bila sudah jinak akan menjadi hiburan tersendiri bagi pemiliknya sebab burung ini merupakan jenis burung yang sangat pintar bercakap, beraksi, manja dan berbunyi sehingga boleh mencairkan suasana persekitaran akan ebih menjadi lebih hangat. Kalau ada tetamu datang maka burung kakak tua akan menjadi objek paling di sukai tetapu.


Paling hebat sama seperti jenis haiwan pelihaarab lain dimana jika ada burung kakak tua ia boleh 
Menghilangkan Stres pemiliknya selepas seharian bekerja. Ada kala dimana suara burung kakak tua boleh didengar dengan cukup nyaring akan tetapi untuk sebahagian orang dimana bunyi suara burung ini boleh menjadi cara menghilangkan stres sebab ia kadang-kadang bercakap dengan bunyi kelakar atau jenaka yang menghiburkan. Apa lagi kalau ia petah bercakap-cakap dan ada respon setiap kali ada orang mendekatinya. Burung kakak tua mampu untuk memberikan suasana seperti menjadi hiburan tersendiri sebab ia selalu ada aksi yang aktif ini dan ia sangat memberikan hiburan tersendiri bagi pemiliknya. Keberadaan burung ini di kawasan rumah membolehkan ia akan Menambahkan Lagi Kenyamanan Rumah dimana salah satu alasan mengapa ada orang sering berjalan-jalan keliling kawasan rumahnya adalah sebab wujud suasana alam selesa, aman yang boleh memberikan ketenangan kerana ianya penuh dengan kicauan burung liar dan suasana lingkungan yang nyaman. Ini boleh ia  diciptakan juga dalam halaman dan persekitaran rumah apa lagi kalau ada haiwan peliharaan seperti burung kakak tua yang mana ini akan membuat suasana rumah jauh lebih hebat dimana suara khas yang dihasilkan dari burung kakak tua tersebut akan mengembirakan. Paling hebat apabila bela burung kak tua adalah kesan ia Boleh Menurunkan Risiko Demensia atau menurunnya fungsi otak seringkali dialami oleh mereka yang lanjut usia atau warga emas. Masalah kesihatan nyanyuk ini sebenarnya boleh dihindari dengan melakukan beberapa aktiviti atau kesibukan seperti dengan cara memelihara burung kakak tua. Kicauan dan tingkah laku dari burung ini dikatakan akan memberi rangsangan dan juga kesenangan tersendiri sehingga otak warga emas ini akan terpacu untuk terus aktif. Ada dakwaan jika najis burung kakak tua ini sesuai di kumpulkan dan dijadikan baja tanaman tidak seperti najis burung walit yang mana ia tidak boleh digunakan langsung. Kajian mendapati jika didalam najis burung kakak tua memiliki kandungan unsur Nitrogen (N), Kalium (K) dan juga Phosfat (P) yang sangat tinggi dimana ini sangat baik untuk meningkatkan kadar pertumbuhan dari tanaman sebaha baja organik. Burung Kakak Tua yang mempunyai suara nyaring boleh menjadi Jaga Keselamatan Semulajadi sebab selalunya ia yang ada ciri atau sifat tidak mudah akrab dengan orang asing dengan suara kuatnya sesuai ia gunakan untuk peringatan apabila ada orang asing yang masuk ke rumah anda. Burung kakak tua akan bersiul dengan kuat dan kerapjika ada orang yang tidak dia kenal datang dekatnya.


Kehebatan bagi burung k
akak tua adalah mengethui apakah jenis makan sesuai di sajikan agar ia terus sihat dan panjang umur serta bertenaga. Burung ini adalah antara jenis burung peliharaan yang sangat popular dengan kepribadian yang menarik dan dinamik. Burung yang berjambul ini merupakan haiwan endemik Australasia (Australia, New Zealand dan Papua Ne Guineai) dimana ia memang ada ditemui di Malaysia, Indonesia dan Kepulauan Solomon. Selaunya ada peminat burung yang menjadikan burung kakak tua sebagai haiwan peliharaan (pets). Jika ingin memeliharanya adalah penting terlebih dulu mencari tahu mengenai informasi penting dalam memberikan makanan serta cara merawatnya. Bagi penulis blog yang dulu pernah memelihara burung ini melihat diana faktor utama yang menentukan kesihatan burung kakak tua adalah apa yang dimakan sebab memang sangat penting untuk memantau pola makan peliharaannya tersebut dengan cermat. lazimnya dalam internet burung kakak tua yang dipelihara biasanya diberi makanan berupa biji-bijian. Namun ia juga perlu banyak tenaga dikeluarkan dalam sangkar berbeza dengan jika ada brung sama yang terbang bebas di alam. Dilaporkan dimana jika hanya diberi makan biji-bijian sahaja maka ia berisiko terkena penyakit jantung sebab tubuhnya akan dipenuhi dengan bahan lemak. Menurut Dr. Rick Axelson sebagai pakar burung dimana makanan biji-bijian seharusnya hanya menjadi sebahagian sahaja dari menu makanan burung kakak tua dan ia bukan sebagai makanan utama. Dikongsikan info beberpa jenis makanan disyorkan untuk burung ini yang bernutrisi dan selamat. Pertaman adalan Makanan Pelet yang ada banyak dijual mengandungi formulasi khas. Pelet akan memenuhi unsur sekitar 75 - 80% dari makanan yang diperlukan burung dan ini jelas ideal untuk diberikan. Pemilik kakak tua pemakan biji-bijian perlu melatih burungnya untuk beralih kepada makanan pelet komersil dipasaran yang ada tersedia dalam berbagai rasa, warna dan bentuk. Makanan Buah dan Sayuran Hijau juga perlu diberikan sekadar 20 - 25% dari diet atau menu makanan sehari-hari kakak tua. Buah dan sayuran yang diberikan juga perlu diperhatikan sebab ada beberapa jenis sayuran dan buah beracun dan kandungan zat sedikit.  Contohnya adalah jenis sayuran warnanya pucat atau sayur yang mana ada kandungan komposisi air yang tinggi seperti selada atau seledri yang nilai zat keduanya sangat rendah. Selain itu pemberan buah avocado juga tidak sesuai sebab ada kes ia beracun bagi burung kakak tua. Amalkan sebelum diberikan yang buah dan sayuran harus dibask dulu sehingga bersih untuk menghilangkan bahan kimia. Potonglah menjadi beberapa bahagian agak kecil sesuai bagi dimakan dengan ukuran burung tanpa perlu mengupas kulitnya. Sajikan buah dan sayuran di bekas yang berasingan dimana jika terlihat burung kakak tua ini hanya menyukai satu jenis makanan maka disyorkan mengurangkan jumlahnya  kurangi atau hentikan pemberian makanan tersebut untuk sementara waktu agar mau makan makanan lainnya.


Burung ini sesuai juga di berikan jenis Makanan 
Kacang-kacangan dimana ia ada kadar protein tinggi yang penting bagi burung kakak tua. AMemberikan Kacang almond ksesuai sebab ia merupakan sumber protein yang sangat baik sama ada yang mentah ataupun dipanggang. Apa pun elakkan berikan kacang bitter almond seba ia akan menjadi racun. Selain almond boleh diberikan pistachio yang kaya akan protein dan vitamin. Kandungannya dapat meningkatkan pertumbuhan mereka tetapi elakkan dari menyajikan dalam jumlah berlebihan sebab dapat kemudian ia mengganggu sistem pencernaan kakak tua. Pelik bunyinya jika burung ini diberikan Makanan Seafood atau makanan laut yang sesuai seperti ikan waluau asalnya ia mungkin tidak menyukai ikan yang masih mentah. Boleh di proses ikan ini terlebih dahulu dengan cara direbus atau dipanggang dimana kandungan protein dalam ikan sangat baik untuk kesihatan burung kakak tua. Boleh juga diberikan Udang dimana makanan ini kaya dengan bahan protein yang bagus untuk pertumbuhan burung kakak tua. Udang juga mengandungi unsur mineral penting yang mencegah kakak tua terkena beberapa penyakit kronik. Paling mudah adalah memberikan jenis Makanan Manusia seperti roti basah dimana ia baik untuk pertumbuhan mereka karena memiliki teksturnya yang lembut, mudah dicerna, dan mengandung protein. Namun, gizi roti tidak terlalu tinggi. Sesuai juga diberikan jem kacang iaitu makanan yang kaya akan protein, lemak dan mineral akan tetapi awas agar tidak memberikannya dalam jumlah yang berlebihan. Baik di jelaskan apakah dia Makanan yang Tidak Sihat sebagai makanan burung kakak tua. 
Makanan ini termasuk coklat,roti kering, keju, bawang dan alpukat. Coklat adalah jenis makanan yang terlalu manis tidak baik untuk kakak tua. Ia menjadi makanan yang dilarang untuk diberikan sebab ia mengandungi gula yang banyak walau pun cua diberikan sedikit tidak digalakkan. Roti Kering tidak sama dengan roti basah diperbolehkan sebab roti kering akan mengembang di dalam perut dan menyebabkan masalah pencernaan bahkan akan membuatkan kakak tua tersedak. Makanan Keju tidak sesuai debab bururng kakak tua tidak toleran terhadap laktosa dan tidak hadam keju sebab ia akan mengalami masalah pencernaan. Elakkan berikan Bawang yang mana ia menjadi racun bagi kakak tua menyebabkan anemia dan keradangan dan jangan mencampurkan bawang ke dalam makanan kakak tua. Buah Alpukat dilaporkan ia akan menyebabkan masalah jantung dan hati yang boleh menyebabkan kes kematian bagi burung kakak tua. Artikel ini dituli dalam 4 segme iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Apa pun diharap semua pembaca blog ani agro technology mendapat manafaat membaca artikel kali ini. Wasallam!!!...

BURUNG KAKAK TUA...IA UNIK CIRINYA...
BOLEH BERCAKAP...TIRU IKUT MANUSIA..
RAMAI BERMINAT ...BURUNG DIPERLIHARA..
BACA ARTIKEL...SERONOK JUGA CERITA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,

Melaka,
Malaysia.
(3 Ramadan 1446H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...