Support My Blog

Showing posts with label IKAN SEPAT - KAEDAH PEMBIAKAN. Show all posts
Showing posts with label IKAN SEPAT - KAEDAH PEMBIAKAN. Show all posts

Wednesday, December 25, 2013

IKAN SEPAT - KAEDAH PEMBIAKAN (Part 2)

IKAN Sepat Siam (Trichogaster pectoralis) sejenis ikan yang berasal dari Thailand. Ikan ini dibawa masuk oleh petani di negeri Kedah dan Perlis dan dilepaskan di sawah padi. Populasinya yang banyak ketika itu tersebar luas di seluruh negara. Penyebarannya terus ke perairan, seperti tali air, kawasan paya dan bekas lombong. Dewasa ini, taburannya semakin berkurangan akibat keadaan persekitaran alam sekeliling, seperti perubahan cuaca, penggunaan racun serangga, pencemaran air, dan ancaman daripada musuh, seperti memerang, ular, burung, serta penyakit yang memusnahkan kehidupannya. Antara cara mengatasi masalah kekurangan ikan sepat siam termasuklah dengan melakukan pembiakan di dalam kolam.Sebelum pembiakan dilakukan, induk sepat dipilih daripada sepat yang beratnya antara 80 – 100 gram seekor. Umurnya pula, antara enam hingga lapan bulan. Induk yang paling baik berumur 18 bulan bagi induk betina dan 12 bulan bagi induk jantan. Jantina induk ikan sepat siam dikenali pada warna, sirip dorsal, dan bentuk badan. Warna induk jantan, hijau kekuningan yang lebih terang dan menarik berbanding dengan induk betina yang pudar (lebih cerah). Sirip dorsal induk jantan melebihi kaudal pedunkel, sebaliknya sirip dorsal induk betina tidak melebihi kaudal pedunkel. Badan induk jantan leper dan memanjang serta bersaiz kecil sedikit berbanding dengan induk betina yang lebih besar dan lebar. Artikel malam Isnin ini sempena cuti panjang hujong tahun 2013, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu teknologi yang jarang kita bincangkan iaiatu bagaimana untuk membiakan ikan sepat siam secara komersil. Tulisan ini disesuaikan dari teknologi terbitan Jabatan Perikanan Malaysia dan lawatan penulis ke Thailand tidak lama dulu.

Sambungan dari Part 1:

Apa yang saya perhatikan dan membuat rujukkan, proses persenyawaan antara sperma dan terlur berlaku (iaitu ia berlaku diluar tubuh badan ikan atau proses persenyawaan diluar). Induk jantan akan mengeluarkan sperma yang akan bersenyawa (fertilization process) dengan telur induk betina semasa proses pengovitpositan. Lazimnya kebolehidupan sperma (Sperms lifespan) dalam air adalah terhad atau tidak menentu (Sekitar beberapa saat atau minit sahaja) maka jaraak kedudukan sperma dengan telur betia akan menjadi penentu kejayaan. Ini akan menjadikan ada telur yang 'sambang' atau mudahnya saya katakan telur tidak menetas. Proses seterusnya ialah telur yang tersenyawa akan terapong di permukaan air dan ikan induk jantan akan memungut dengan mulutnya dan dikumpulkan pada buih yang jantan disediakannya dan terapong dipermukaan air.

Telur sepat yang disenyawakan terapung di permukaan air dan dipungut oleh induk jantan dengan mulutnya dan diperangkap di dalam buih yang disediakan. Telur yang berwarna perang kelihatan di dalam buih tersebut. Air yang terlampau keruh perlu dielakkan kerana air ini mengandungi banyak bahan terapung dan bahan terampai yang menyaluti telur dan menghalang penetasan Dalam masa lebih kurang dua hingga tiga hari, telur ini menetas, tetapi bergantung pada faktor suhu dan cuaca. Dianggarkan bahawa seekor induk betina mengeluarkan telur antara 500 – 1500 biji mengikut saiz dan berat ikan tersebut. Kadar kemandirian ialah 60 peratus disebabkan tindak balas dengan rangsangan alam sekeliling, seperti suhu, jangka masa cahaya (fotokala), hujan, dan musuh. Dalam jangka masa satu bulan setengah, anak ikan sepat siam (peringkat benih) dapat mencapai saiz 2.5 – 3.5 sentimeter. Untuk mendapatkan pengeluaran yang tinggi, kolam ternakan sepat perlu disanitasi dengan cara menaburkan campuran minyak masak dan sabun, bertujuan membunuh serangga air, kutu air, anak berudu, dan anak ikan yang biasanya mengancam kehidupan anak sepat yang bersaiz kecil. 

Minyak yang ditabur menutup ruang udara dan mematikan serangga pemangsa Saiz ikan sepat siam yang dipelihara di dalam kolam dalam tempoh enam hingga tujuh bulan dapat mencapai ukuran 10 hingga 15 sentimeter kerana lazimnya makanan     utamanya ialah plankton. Kadar pembesarannya bertambah sekiranya diberikan makanan tambahan, seperti dedak padi. Ikan sepat siam yang mencapai saiz pasaran dijual dalam bentuk basah atau kering dan dijadikan sebagai produk hiliran, seperti pekasam. Kepentingan sepat siam bukan sahaja untuk dikomersialkan, tetapi dapat mengawal pembiakan nyamuk. Penternak Cina menternak ikan sepat siam untuk dijadikan pemangsa kepada serangga perosak yang merosakkan sejenis tumbuhan berupa tebu berwarna putih yang dipanggil “lingau” yang ditanam di bekas lombong berlumpur. Sekian Wasallam!



SEPAT SIAM...BOLEH DIBIAKKAN...
INDUK BETINA...ADA INDUK JANTAN...
IA DIASINGKAN... SELAMA 2 - 3 JAM...
WAKTU PETANG...IA MENGAWAN...
LEPAS SENYAWA...DIKUMPULKAN...
DALAM BUIH.. PROSES PENETASAN...

By,
M Anem,
Senior Agrologist,
Pusat Pembiakan Benih Ikan,
Alor Setar, Kedah, 
Malaysia.
(28 Safar 1435H)

Tuesday, December 24, 2013

IKAN SEPAT - KAEDAH PEMBIAKAN (Part 1)

IKAN Sepat Siam (Trichogaster pectoralis) adalah sejenis ikan air tawar yang berasal dari Thailand dan ia dibawa masuk ke Malaysia sejak lama dulu terutama di negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia petani di Kedah dan Perlis. Kini ikan sepat siam ada dilepaskan di sawah padi dan diternak secara komersil dibanyak lokasi di negara kita. Populasi ikan sepat siam kini tidak begitu banyak seperti zaman dahulu kerana kebanyakan sawah padi telah menggunakan racun kimia dan mengamalkan sistem tanaman padi cara tabur terus dengan jangkamasa penanaman padi yang pendek. Ikan sepat siam tersebar luas sehingga ke seluruh negara diusahakan oleh usahawan. Proses penyebarannya terus berlaku dalam sistem perairan sawah, seperti dalam tali air kawasan lain seperti di kawasan paya dan bekas lombong. Saya dapati masa kini, taburannya semakin berkurangan akibat keadaan persekitaran alam sekeliling, seperti perubahan cuaca, penggunaan racun serangga, pencemaran air, dan ancaman daripada musuh, seperti memerang, ular, burung, serta akibat seraangan beberapa jenis penyakit yang memusnahkan kehidupannya. Antara cara mengatasi masalah kekurangan ikan sepat siam termasuklah melakukan pembiakan di dalam kolam.Sebelum pembiakan dilakukan, induk ikan sepat siam yang dipilih adalah daripada sepat yang beratnya antara 80 -100 gram seekor. Secara teknikalnya di antara berumur diantara enam hingga lapan bulan (Sila lihat foto diatas). Induk sepat siam yang paling baik berumur 18 bulan bagi induk betina dan 12 bulan bagi induk jantan. Jantina induk ikan sepat siam dikenali pada warna, sirip dorsal, dan bentuk badan. Warna induk jantan, hijau kekuningan yang lebih terang dan menarik berbanding dengan induk betina yang pudar (lebih cerah). Sirip dorsal induk jantan melebihi kaudal pedunkel dan sebaliknya sirip dorsal induk betina tidak melebihi kaudal pedunkel. Badan induk jantan leper dan memanjang serta bersaiz kecil sedikit berbanding dengan induk betina yang lebih besar dan lebar. Artikel malam Isnin ini sempena cuti panjang hujong tahun 2013, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu teknologi yang jarang kita bincangkan iaiatu bagaimana untuk membiakan ikan sepat siam secara komersil. Tulisan ini disesuaikan dari teknologi terbitan Jabatan Perikanan Malaysia dan Lawatan penulis ke Thailand. 

Sebelum pembiakan Sepat Siam dilakukan, kolam perlu dibersihkan terlebih dahulu. Rumpair dimusnahkan dan dibuang, kolam dikeringkan kemiduan ia diikuti dengan pengapuran (Lihat foto sebelah). Cara ini adalah bertujuan membunuh anak ikan pemangsa, serangga air dan sebagainya yang mengancam agar ianya tidak mengganggu anak ikan sepat siam yang menetas nanti. Organisma lain seperti yang hidup (biotic organism) dan tidak hidup (abiotic organism) juga dapat dihapuskan melalui pengapuran. Kolam yang dikapur perlu didedahkan kepada cahaya matahari antara tujuh (7) hingga sepuloh (10) hari. Selepas aktiviti pengapuran, ambil hampas kacang soya ditabur di tepi sekeliling kolam yang bertujuan untuk mempercepatkan kemasaman air kolam. Teknik ini dipercayai mampu menurunkan kadar pHnya mencapai antara lima hingga enam. Adalah dinasehatkan agar air bersih dan tidak tercemar dimasukkan ke dalam kolam sedalam dua kaki (0.6 meter). Baja kimia (superfosfat ganda tiga) dengan tambahan baja asli (najis ayam atau itik) dibubuh untuk membantu perkembangan plankton yang menjadi makanan anak ikan nanti. Penggunaan baja najis ayam juga dapat meningkatkan suhu air di dalam kolam dan mempengaruhi atau mempercepatkan proses  perkembangan embriologi telur ikan sepat. Dalam teknik membiakan ikan sepat siam, jerami padi perlu dibubuh di dalam kolam untuk menghasilkan asid tanik yang memasamkan air kolam. Keadaan ini merangsang induk sepat jantan dan betina melakukan pembiakan. Jerami padi ditaburkan di sekeliling kolam di bahagian tepi sahaja. Cara ini bertujuan supaya induk jantan menghasilkan buih berwarna putih di celah jerami padi yang menjadi sarang penyimpan telur. Jerami padi yang reput pula menjadi baja.

Keladi bunting boleh kita digunakan sebagai pengganti jerami padi. Benih ikan sepat yang baik dapat dihasilkan bergantung pada kualiti sepat induk yang baik dan meliputi faktor kematangan, keaktifan, ketidakcederaan dan warna yang menarik mengikut jantina ikan tersebut. Saya dapati ikan sepat siam tidak sesuai dibiakkan pada musim hujan kerana buih atau busanya akan rosak pada musim hujan. Bagaimana pun kita boleh buat bumbung jika mempunyai modal besar untuk mengelakan hujan. Infrastruktur asas untuk aktiviti membiakkan ikan sepat siam adalah kolam yang berukuran 0.2 hektar iaitu saiz yang mampu memuatkan sebanyak 100 ekor induk sepat siam (Kadarnya adalah 50 ekor sepat siam betina dan 50 ekor sepat siam jantan). Pengalaman dan pemerhatiah yang saya buat bersama usahawan di Kedah mendapati, untuk merangsang pembiakan dan mengawan, ikan sepat siam jantan dan betina perlu diasingkan selama 2-3 hari. Sebaiknya masa untuk pelepasan ikan sepat induk betina dan jantan dilakukan pada waktu petang kerana ia akan aktif mengawan pada waktu tersebut. Air yang kaya dengan oksijen dan kadar suhu air pada 26 - 32 darjah celsius merangsang pasangan untuk pembiakan. Biarkan selama 5-6 jam untuk ikan sepat suam jantan dan betina berkejaran dan bercumbuan. 
Bersambung pada artikel Pembiakan Ikan Sepat Siam - Part 2 (Sila klik disini).
Ikan sepat kering dipasarkan.
SEPAT SIAM...BOLEH DIBIAKKAN...
INDUK BETINA...ADA INDUK JANTAN...
IA DIASINGKAN... SELAMA 2 - 3 JAM...
WAKTU PETANG...IA MENGAWAN...
LEPAS SENYAWA...DIKUMPULKAN...
DALAM BUIH.. PROSES PENETASAN...

By,
M Anem,
Senior Agrologist,
Pusat Pembiakan Benih Ikan,
Alor Setar, Kedah, 
Malaysia.
(28 Safar 1435H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...