Support My Blog

Showing posts with label HERBA - TEA TREE. Show all posts
Showing posts with label HERBA - TEA TREE. Show all posts

Thursday, August 13, 2015

HERBA - TEA TREE (Part 3)

TEA TREE (Melaleuca alternifolia Cheel) merupakan sejenis tanaman herba yang diimport dari luar negara khususnya dari Australia untuk ditanam di Malaysia sebagai sejenis herba yang berguna. Nama lain herba ini adalah Gelam wangi, Tea Tree (lnggeris) iaitu sejenis tumbuhan renek daripada keluarga Myrtaceae. Kali pertama saya melihat tumbuhan ini semasa melawat projek tersebut di Selangor dan mendapati ia sesuai ditanam di negara kita untuk tujuan komersil.  Antara ciri tumbuhan ini atau juga dipanggil sebagai pokok gelam wangi Australia atau juga dikenali dengan panggilan komersialnya sebagai pokok tea tree merupakan pokok tumbuhan berkayu dengan ketinggian mencapai 4-7m. Kulitnya seakan-akan kertas dan boleh disiat dalam bentuk kepingan yang memanjang dengan mudah. Saiz daunnya yang kecil dan berbentuk 'lanceolate' itu tersusun secara susunan berlingkar (spiral) di sepanjang ranting. Pada permukaan bawah daun terdapat dua baris bintik kecil sel minyak tersusun memanjang dari hujung hingga ke pangkal daun. Di beberapa kawasan di utara Semenanjung Malaysia dilaporkan ada jenis liar dimana bunganya yang berwarna putih itu kembang ketika bulan Mac hingga April. Penulis dapat info mendapati tumbuhan 'Tea tree' ini yang ditanam komersil kini adalah tumbuhan jenis saka yang berasal dari benua Australia. Sehingga kini terdapat sebanyak 230 spesies Melaleuca telah dikenal pasti. Daripada jumlah banyak bilangan spesis ini yang terdapat di Australia, hanya tiga spesies sahaja iaitu jenis Melaleuca alternifolia, M.linarifolia dan M. dissitifloria yang mempunyai komposisi kimia yang tepat terkandung di dalam minyaknya, iaitu mengandungi terpinen-4-ol yang tinggi dan kineole yang rendah. Minyak tea tree di hasilkan dengan cara menyuling daun segar selepas sahaja dituai. Artikel subuh 27 Ramadan ii saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman 'tea tree' untuk tujuan mendapatkan info dengan baik.


Keperluan air adalah kritikal bagi bulan pertama selepas ditanam di ladang. Sistem pengairan dengan menggunakan' rain gun' didapati sesuai bagi tujuan menjimatkan kos. Bagi tujuan pembajaan sebaiknya anak tea tree memerlukan pembajaan yang rapi untuk memulakan pertumbuhan dengan kadar yang cepat pada peringkat awalnya. Berdasarkan kajian yang dijalankan, pembajaan pada kadar 150-200 kg N/ha, 50 kg P20S' 70 kg K20/ha disyorkan bagi memperoleh pertumbuhan dan hasil daun yang tinggi. Kadar ini bersamaan dengan baja sebatian NPK sebanyak 1.125 t/ha. Baja boleh ditabur di antara baris dalam 4 pecahan sama terdiri daripada baja sebatian 15:15:15 sebanyak 250 kg/ha dan baja sebatian 12:12:17:2 + Te sebanyak 313 kg/ha diselang-seli iaitu pad a bulan pertama, ketiga, keenam dan kesembilan selepas ditanam di ladang bagi tanaman utama. Manakala pembajaan untuk ratun seterusnya kadar yang sama diberi daripada dua jenis sebatian yang sama dan diselang-seli (Sila rujuk jadual 1 dibawah).

Jadual1 : Kadar pembajaan tanaman 'Tea Tree'

Kawalan rumpai boleh dilakukan dengan semburan racun rumpai jenis pracambah (pre-emergence) seperti Lasso. Semburan ini dilakukan selepas penyediaan tanah bagi mencegah benih rumpai tumbuh. la boleh disembur sebelum tea tree ditanam di ladang dan didapati berkesan dalam mengawal percambahan rumpai sehingga 1-11/2 bulan. Kawalan rumpai selanjutnya boleh dilakukan dengan penggunaan mesin memotong rumput dengan kekerapan lebih kurang 4 bulan sekali. Masih belum terdapat sebarang laporan tentang musuh perosak dan penyakit yang serius terhadap tanaman tea tree di negara kita. Walau bagaimanapun melalui pengalaman, kerosakan pada tanaman tea tree kerap berlaku akibat serangan anai­anai pad a pangkal pokok ketika awal penanaman. la dapat dikesan dari rupa bentuk daun yang menjadi kuning dan kemudian menjadi perang dan kering. Kawalan anai-anai ialah satu kemestian bagi kawasan yang telah mempunyai perosak ini.

Penuaian hasil bagi tanaman tea tree boleh dituai selepas 11-12 bulan ditanam di ladang. Penuaian dilakukan mudah iaitu secara memotong batang pokok lebih kurang 15 cm dari tanah. Pertumbuhan tunas baru dari batang yang tinggal adalah merupakan hasil ratun. Hasil tuaian akan dikumpulkan dalam bekas khas sebelum diproses selanjutnya (Sila lihat foto disebelah). Penuaian hasil ratun dapat dilakukan dalam tempuh 6 bulan sekali. Potensi hasil utama adalah sebanyak 20 tan basah sehektar. Hasil bagi ratun pertama dan kedua pula masing-masing sebanyak 25 tan dan 30 tan sehektar. Dijangkakan dengan pengurusan tanaman yang baik selalunya hasil yang ekonomik boleh mencapai selama lebih kurang 10 tahun. Lazimnya selepas dituai menggunakan mesin, seluruh pokok tea tree diraeik terlebih dahulu supaya mudah dimasukkan ke dalam bekas penyuling. Proses penyulingan bagi tea tree mengambil masa selama 3 jam. Kandungan minyak pati yang diperoleh ialah 0.7% hingga 1 %. Bagi sehektar penanaman tea tree ia boleh menghasilkan 150 hingga 200 kg minyak pati bagi setiap pusingan tanaman dan boleh dituai dua kali setahun.

Daripada analisa kewangan  anggaran kos pengeluaran sehektar tanaman tea tree bagi tahun pertama, kedua dan ketiga hingga ke-1 0 adalah masing-masing RM18,730, RM15,600 dan RM15,550. Jumlah kos pengeluaran ini adalah berdasarkan harga benih, kos tenaga kerja, kos memungut hasil dan pengendalian lepas tuai. Berdasarkan potensi hasil basah tanaman herba  tea tree sebanyak 20 mt/ha, 25 mt/ha dan 30 mt/ha masing-masing bagi tahun pertama, kedua dan ketiga hingga tahun ke-10. Analisa dan jumlah kos pengeluaran tea tree basah sekilogram masing-masing dikira sebanyak RM0.90/kg, RM0.60/kg dan RM0.50/kg. Seterusnya kos untuk dapat menghasilkan sekilogram minyak pati pula dianggarkan antara RM83/kg hingga RM111/kg berdasarkan hasil minyak pati antara 150 - 200 kg setiap pusingan tuaian. Harga minyak pati ini mempunyai nilai pasaran yang tinggi diperingkat antarabangsa. Semuga anda mendapat info berguna dan boleh dijadikan bahan rujukkan. Kita usahawan di Malaysia telah mempunyai beberapa lokasi menanam tea tree walau pun belum luas seperti tanaman herba yang lain. Wasallam!.
NAMA 'TEA TREE'...APAKAH DIA...
POKOK HERBA...DARI AUSTRALIA...
MUDAH DITANAM...MUDAH DIJAGA...
BOLEH PROSES... AMBIL PATINYA...

By,
M Anem,
Senuir Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(27 Ramadan 1436H)

Wednesday, August 12, 2015

HERBA - TEA TREE (Part 2)

TEA TREE (Melaleuca alternifolia Cheel) merupakan sejenis tanaman herba yang diimport dari luar negara khususnya dari Australia untuk ditanam di Malaysia sebagai sejenis herba berguna. Nama lain herba ini adalah Gelam wangi, Tea tree (lnggeris) iaitu daripada keluarga Myrtaceae. Kali pertama saya melihat tumbuhan ini semasa melawat projek tersebut di Selangor dan mendapati ia sesuai ditanam di negara kita untuk tujuan komersil. Antara ciri tumbuhan ini atau juga dipanggil sebagai pokok gelam wangi Australia atau juga dikenali dengan panggilan komersialnya sebagai pokok tea tree merupakan pokok tumbuhan berkayu dengan ketinggian mencapai 4-7m. Kulitnya seakan-akan kertas dan boleh disiat dalam bentuk kepingan yang memanjang dengan mudah. Saiz daunnya yang kecil dan berbentuk 'lanceolate' itu tersusun secara susunan berlingkar (spiral) di sepanjang ranting. Pada permukaan bawah daun terdapat dua baris bintik kecil sel minyak tersusun memanjang dari hujung hingga ke pangkal daun. Didapati tanaman ini yang tumbuh baik kawasan utara Semenanjung Malaysia akan mengeluarkan bunganya yang berwarna putih itu kembang ketika bulan Mac hingga April. Penulis dapat info mengenai tumbuhan 'Tea tree' ini iaitu ia adalah tumbuhan jenis saka yang berasal dari benua Australia. Sehingga kini sebanyak 230 spesis Melaleuca telah dikenal pasti. Daripada jumlah banyak bilangan spesis ini yang terdapat di Australia dan hanya tiga spesies sahaja iaitu Melaleuca alternifolia, M.linarifolia dan M. dissitifloria yang mempunyai komposisi kimia yang tepat terkandung di dalam minyaknya  iaitu bahan dikenali sebagai Terpinen-4-ol yang tinggi dan kineole yang rendah. Minyak tea tree di hasilkan dengan cara menyuling daun segar selepas sahaja dituai. Artikel subuh 27 Ramadan ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman 'tea tree' untuk mendapatkan info dengan baik.

Tanaman tea tree memerlukan iklim tropika yang panas dan lembap bagi pertumbuhan yang baik. Julat suhu yang sesuai ialah 18-31 C. Kawasan tanaman sebaiknya mempunyai taburan hujan 1,200-1,600 mm setahun. Tumbuhan ini boleh juga ditanam di kebanyakan jenis tanah yang mempunyai saliran baik serta kapasiti memegang air yang baik. Tanah yang lembap dan kesuburan tanah yang optimum membantu pertumbuhan akar dan mempercepat proses pertumbuhan pokok. Tea tree yang ditanam di tanah yang subur lebih cepat membentuk kanopi yang lebat. Aktiviti penyediaan tanah yang baik adalah mustahak dan merupakan titik mula menjamin kejayaan penanaman tea tree. Penyediaan kawasan untuk tanaman haruslah bermula dengan membersihkan dan juga memusnahkan segala halangan anak kayu dan tunggul kayu sekiranya terdapat dalam kawasan tanaman. Sebaiknya sistem perparitan untuk penyaliran air perlu diadakan untuk mengelakkan kemungkinan air bertakung ketika hujan lebat. Pembajakan tanah dilakukan dengan satu pusingan bajak piring sedalam 25 cm. Ini diikuti dengan satu pusingan bajak putar 14 hari kemudian untuk memecahkan ketulan tanah supaya menjadi lebih halus dan gembur. Pembajakan ini perlu disusuli dengan satu pusingan bajak sisir untuk tujuan meratakan tanah. Pemilihan jenis tanah yang rata diperlukan untuk penggunaan jentera kemudian. Kawasan bekas tanah sawah padii sesuai dipilih untuk tujuan penanaman herba jenis ini seperti yang dilakukan di Selangor dan Kedah.


Penyediaan bahan tanaman tea tree atau pengeluaran anak benih dimulakan dengan menyediakan batas semaian yang berukuran 1.0 m x 10m dengan ketinggian 10 cm. Campuran medium pengakaran ialah pasir sungai dan tanah gambut pada nisbah 1:1. Lapisan permukaan atas batas ditambah dengan lapisan tanah gambut sahaja setebal biji benih. Untuk mengelakkan risiko penyakit akar adalah disyorkan rawatan secara fumigasi pada batas yang telah tersedia. Bahan kimia seperti Dazomet pada kadar 40 g per meter persegi didapati berkesan membasmi patogen yang menghuni dalam tanah. Semaian biji benih di permukaan batas dilakukan dengan kadar 0.5 g per meter persegi. Biji benih lazimnya akan bercambah selepas 7-10 hari . Lakukan semburan dengan racun kulat dimana ia digalakkan pada masa tersebut bagi mengelakkan kejadian jangkitan penyakit melecuh. Anak benih yang telah mempunyai 5-7 peringkat daun perlu dipindahkan ke dalam polibeg (10 cm x 15 cm) atau dulang polistirena (Sila lihat foto disebelah). Teknik penanaman ke ladang boleh dilakukan selepas anak benih berumur tiga bulan di dalam polibeg. Penanaman anak benih tea tree sebaiknya dilakukan pada permulaan musim hujan atau boleh dilaksanakan pada bila-bila masa sekiranya infrastruktur pengairan dapat disediakan. Penanaman boleh dilakukan dengan menggunakan jentera penanaman atau secara manual. Jarak tanaman bagi amalan dua baris dan berlorang ialah 0.6 meter di antara baris dan 0.4 meter dalam baris. Jarak di antara lorong ialah 1.5 meter. Sistem jarak tanaman memberi kepadatan populasi tanaman sebanyak 23,810 pokok sehektar. Kepadatan ini adalah sesuai sebagai komersil.

Pengurusan tanaman tea tree ini termasuk pengurusan air, Pembajaan, Kawalan perosak dan juga penyelenggaraan ladang secara keseluruhannya. Lazimnya keperluan air adalah kritikal bagi bulan pertama selepas ditanam di ladang. Kekurangan air ini terutama jika menanam ditanah bris atau berpasir akan melambatkan pertumbuhannya. Oleh itu lazimnya sistem pengairan dengan menggunakan sistem pengairan dengan 'rain gun' yang didapati sesuai bagi tujuan menjimatkan kos.  Program pembajaan perlu dilakukan mengikut jadual dan kadar ditentukan. Anak tea tree memerlukan pembajaan yang rapi untuk memulakan pertumbuhan dengan kadar yang cepat pada peringkat awalnya. Berdasarkan kajian yang dijalankan, pembajaan pada kadar 150-200 kg N/ha, 50 kg P20S' 70 kg K20/ha disyorkan bagi memperoleh pertumbuhan dan hasil daun yang tinggi. Kadar ini bersamaan dengan baja sebatian NPK sebanyak 1.125 t/ha. Baja boleh ditabur di antara baris dalam 4 pecahan sama terdiri daripada baja NPK sebatian 15:15:15 sebanyak 250 kg/ha dan juga baja NPK Sebatian 12:12:17:2 + Te sebanyak 313 kg/ha diselang-seli iaitu pada bulan pertama, ketiga, keenam dan kesembilan selepas ditanam di ladang bagi tanaman utama. Manakala untuk cara pembajaan tanaman ratun seterusnya kadar yang sama diberi daripada dua jenis sebatian yang sama. Artikel ini akan bersambung pada Part 3. Wasallam!.  
NAMA 'TEA TREE'...APAKAH DIA...
POKOK HERBA...DARI AUSTRALIA...
MUDAH DITANAM...MUDAH DIJAGA...
BOLEH PROSES... AMBIL PATINYA...

By,
M Anem,
Senuir Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(27 Ramadan 1436H)

Tuesday, August 11, 2015

HERBA - TEA TREE (Part 1)

TEA TREE (Melaleuca alternifolia Cheel) merupakan sejenis tanaman herba yang diimport dari luar negara khususnya Australia untuk ditanam di Malaysia sebagai sejenis herba berguna. Nama lain herba ini adalah Gelam wangi, Tea tree (lnggeris) iaitu daripada keluarga Myrtaceae. Kali pertama saya melihat tumbuhan ini semasa melawat projek tersebut di Selangor dan mendapati ia sesuai ditanam di negara kita untuk tujuan komersil. Antara ciri tumbuhan ini atau juga dipanggil sebagai pokok gelam wangi Australia atau juga dikenali dengan panggilan komersialnya sebagai pokok tea tree merupakan pokok tumbuhan berkayu dengan ketinggian mencapai 4-7m. Kulitnya seakan-akan kertas dan boleh disiat dalam bentuk kepingan yang memanjang dengan mudah. Saiz daunnya yang kecil dan berbentuk 'lanceolate' itu tersusun secara susunan berlingkar (spiral) di sepanjang ranting. Pada permukaan bawah daun terdapat dua baris bintik kecil sel minyak tersusun memanjang dari hujung hingga ke pangkal daun. Di kawasan utara semenanjung Malaysia, bunganya yang berwarna putih itu kembang ketika bulan Mac hingga April. Penulis dapat info mendapati tumbuhan 'Tea tree' ini ialah tumbuhan jenis saka yang berasal dari benua Australia. Sehingga kini sebanyak 230 spesies Melaleuca telah dikenal pasti. Daripada jumlah banyak bilangan spesis ini yang terdapat di Australia, hanya tiga spesies sahaja iaitu Melaleuca alternifolia, M.linarifolia dan M. dissitifloria yang mempunyai komposisi kimia yang tepat terkandung di dalam minyaknya, iaitu mengandungi terpinen-4-ol yang tinggi dan kineole yang rendah. Minyak tea tree di hasilkan dengan cara menyuling daun segar selepas sahaja dituai. Artikel subuh 27 Ramadan ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman 'tea tree' untuk mendapatkan info dengan baik.

Tanaman ini memang kurang popular dahulu kerana ia bukan tanaman herba komersil. Bagaimana pun tanaman awal di peringkat ladang telah dimulakan di kawasan utara semenanjung Malaysia pada tahun 1993. Sehingga kini pertumbuhannya amat baik dengan potensi hasilnya boleh mencapai dua kali ganda daripada tempat asalnya iaitu di Australia. Pokok ini boleh matang di sekitar bulan November dan Disember. Kuntum bunga yang sesil itu terdapat pada akhir ranting dahan  (Sila lihat foto disebelah). Bunga Melaleuca alternifolia adalah dari jenis dwiseks dan bersifat dulu jantan (protendous flower). Stigmanya reseptif lebih lewat daripada debunganya yang telah berkembang lebih awal. Oleh itu pendebungaan sesama sendiri pada satu bunga adalah minimum. Spesis seperti Melaleuca alternifolia serta banyak spesis dan famili Myrtaceae yang lain untuk mengeluarkan bunga yang banyak dalam sesuatu pokok ketika musim berbunga yang puncak. Perkembangan bunga ini mengambil masa yang agak panjang dan dengan cara demikian pendebungaan antara satu bunga dengan yang lain boleh berlaku dengan sempurna. Lenggai yang matang saiznya adalah sebesar 2 mm garis pusat dan panjangnya 3 mm. Setiap lenggai mempunyai tiga ruang. Pada amnya, terdapat antara 100 hingga 150 biji benih yang kedl dan keras berwarna eoklat bagi setiap lenggai.

Berapa ramai dikalangan orang biasa yang kenal dan tahu akan khasiat daripada 'tea tree' ini?.Sebenarnya minyak tea tree yang diekstrak melalui penyulingan daun adalah digunakan dalam barangan penjagaan kesihatan terutama penjagaan kulit. la merupakan agen bagi antikulat dan antibakteria yang mujarab dalam penyediaan barangan untuk penjagaan kulit. Tindakan minyak tea tree terhadap sel epitelium manusia adalah rendah dari segi ketoksikannya. Produk farmaseutikal yang dikeluarkan seeara komersial dengan menggunakan formulasi minyak tea tree adalah bagi rawatan penyakit jerawat, kelemumur dan masalah tinea. Sebenarnya memang sudah sejak lama produk tea tree oil digunakan di Australia untuk menyembuhkan luka dan bekas luka. Namun, masyarakat setempat segera mengetahui bahwa minyak semulajadi ini ternyata memiliki berbagai kegunaan. Salah satunya dalam rawatan untuk kecantikan. Bagaimana pun didakwa terdapat banyak lagi khasiat khusus yang didakwa hasil daripada tanaman herba ini. 

Pertama sekali adah kerana ia mampu mengurangkan jerawat pada bahagian muka. Tea tree oil dapat melawan jerawat dan juga mengurangkan aktiviti sebum kulit yang membuatkan kulit berminyak. Anda juga dapat membuat masker wajah dengan tea tree oil dan lidah buaya untuk kulit yang rentan jerawat disebabkan kedua ekstrak ini boleh membantu menyembuhkan jerawat. Kedua adalah ia mampu unyuk melembapkan kulit muka bagi mereka yang memiliki kulit kering. Sapukan minyak pada kulit secara teratur dengan tea tree oil untuk membantu melembapkan kulit. Tea tree oil boleh membuat kulit terasa lebih lembut dan kenyal. Ada orang suka mencampurnya dengan minyak jojoba atau minyak zaitun untuk memaksima kesannya. Minak ini mampu mencegah rambut  gugur. Sapukan rambut dan kulit kepala dengan tea tree oil dimana ini dapat membantu untuk meningkatkan kesihatan rambut dan mengurangkan dari rambut gugur. Ada juga orang yang suka mencampurkan tea tree oil dengan telur, yogurt dan madu untuk membuat masker rambut. Anda dapat menerapkan masker ini sekali seminggu dan membiarkan selama sekitar setengah jam sebelum kemudian membilasnya. Bagi tujuan melawan infeksi kulit maka penggunaan tea tree oil sangat efektif dalam mengubati dan menyembuhkan berbagai infeksi di kulit seperti kutil, panau dan kurap. Bagi mengatasi masaalah kelumumur, anda canpurkan tea tree oil dengan dengan shampo dan gunakan untuk basuk rambut.  Artikel mengenai penanaman dan pemprosesan serta cashflow dalam Part 2 dan Part seterusnya. Wasallam!.
NAMA 'TEA TREE'...APAKAH DIA...
POKOK HERBA...DARI AUSTRALIA...
MUDAH DITANAM...MUDAH DIJAGA...
BOLEH PROSES... AMBIL PATINYA...

By,
M Anem,
Senuir Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(27 Ramadan 1436H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...