Support My Blog

Showing posts with label ALATAN BERKEBUN. Show all posts
Showing posts with label ALATAN BERKEBUN. Show all posts

Friday, June 21, 2013

ALATAN BERKEBUN (Part 2)

ALATAN BERKEBUN (Gardening tools) merupakan satu keperluan didalam kita menjalankan aktivitii berkebun sama ada berskala komersil, separuh masa atau pertanian hobi. Ramai diantara kita yang membeli peralatan berkebun untuk kegunaan sendiri sama ada ia merupakan alatan mahal, sederhana atau pun yang murah dengan pelbagai jenama dan tujuan penggunaannya. Terdapat alatan berkebun yang amat perlu dan sering digunakan manakala terdapat beberapa alatan yang yang jarang-jarang digunakan tetapi kritikal pada waktu-waktu tertentu peringkat pertumbuhan pokok. Dalam membuat pemerhatian berkaitan peralatan berkebun, saya dapati terdapat sekitar 10 alatan yang lazimnya dikategorikan sebagai perlu. Antara peralatan tersebut adalah Cangkul, Tajak, Kereta Sorong, Secateurs, Sudip Tangan, Gunting, Penggembur Tangan, Pisau Cantuman Tunas, Alat Penyiram, Alat Pencungkil Rumpai, Penggembur Rak, Penggembur Tiga Mata, Sarung Tangan, Gergasi Cantasan , Kapak, Topi  dan sebagainya. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa peralatan pertanian yang saya fikirkan perlu untuk kita mengenalinya dan faham akan kegunaannya berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan pembacaan.

6. GUNTING (Scissors)
Gunting merupakan satu alatan kecil dalam bidang pertanian yang murah tetapi ianya amat perlu. Gunting duperbuat daripada bahan metal yang kuat dan tajam dimana ia sering digunakan untuk memotong guni baja, tali junjung, pucuk pokok, tunas pokok, tape cantuman, tali dan sebagainya. Jenis gunting yang sesuai digunakan adalah dari jenis yang tahan karat atau 'stainless' steel untuk elakan kecederaan serius pada pokok. Secateurs juga merupakan sejenis alatan pertanian kecil yang berfungsi sebagai gunting khusus untuk memotong sahab atau ranting pokok dikebun. 


7. PENGGEMBUR TANGAN (Hand throwel)
Alat penggembur tangan merupakan sejenis alat yang amat sesuai untuk menggembur tanah keliling pokok kecil dan juga mencakar tanah untuk penanam anak benih dan membuang rumpai kecil. Komponen pengembur tangan adalah mempunyai pemegang sering dibuat daripada kayu dan pencakar 3 cabang yang tajam dihujungnya daripada bahan metal atau logam (Sila lihat foto sebelah). Model besi yang tahan karat amat sesuai digunakan kerana ia tahan lama dan sesuai untuk mengorek tanah yang keras. Terdapat banyak bentuk pengembur tanah yang dijual dipasaran bergantung kepada negara pengeluar dan harga yang ditawarkan. Alat ini lazinya dijual dalam satu paket yang mengandungi 3 - 4 komponen dan sering digunakan khususnya untuk perkebunan keliling rumah seperti menanam bunga-bungaan atau pun 'edible landscape' dengan tanaman sayuran dan sebagainya.

8. PISAU CANTUMAN (Budding Knife)
Pisau cantuman merupakan alat penting dipunyai oleh pekebun terutama untuk aktiviti mencantum pokok bagi mendapatkan anakbenih (Sila lihat foto sebelah). Pisau cantuman mempunyai dua komponen iaitu bahagian pemegang sama ada daripada kayu atau plastik dan bahagian mata pisau diperbuat daripada logam yang tajam. Mata pisau dibahagian hujung adalah tajam untuk memotong kulit dahan pokok yang hendak dicantum dan sebelahnya tumpul untuk mengikis bahagian kambium pada batang pokok.  Terdapat juga jenis pisau cantuman mempunyai mata pisau dibahagian belakang yang sering digunakan untuk mengikis kambium pada batang.


9. ALAT PENYIRAM (Watering Can)
Alat Penyiram Air untuk pertanian merupakan sejenis alatan yang digunakan untuk menyiram air kepada tumbuh-tumbuhan atau tanaman dikebun atau dikawasan keliling rumah. Alat tong penyiram air terdiri daripada tong air yang mempunyai pemegang, corong penyiram berlubang dan juga bahagian atas tang terbuka untuk mengisi air (Sila rujuk foto disebelah). Alat ini diperbuat daripada bahan seperti logam, zink, plastik atau  lain-lain bahan. Saiz dan rupabentuk alat ini banyak jenis bergantung kepada keperluan pengguna. Bagi kegunaan keliling rumah untuk menyiram pokok bunga dan tanaman sayuran lazimnya bersaiz kecil 1-3 liter tetapi untuk kebun sayur tradisional menggunakan kapasiti lebih banyak. 


10. ALAT PENCUNGKIL RUMPAI (Grass digger)
Alat Pencungkil Rumpai adalah sejenis alat yang digunakan dalam kita mencungkil rumpai pada permukaan tanah terutamanya jenis rumpaibyang tumbuh pada tanah keras dan berakar panjang atau berduri. Terdapat banyak jenis alatan mencungkil rumput yang ada dijual dipasaran dan diantaranya adalah seperti 'spanar' yang lazim kita ada (Lihat foto disebelah). Komponen pencungkil terdiri daripada bahagian pemegang daripada bahan plastik dan bahagian pencungkil dari bahan metal dengan hujungnya pipih tajam. Pengalaman saya mendapati bagi mencabut Rumput Semalu (Mimosa indica) sering kita gunakan 'Playar' untuk menyepit pangkal batang rumput yang berduri dan dicabut bersama akarnya. 

Alatan pertanian kecil adalah merupakan satu keperluan dalam kita menjalankan aktiviti perkebunan. Pilihan untuk peralatan adalah penting sebelum kita membelinya kerana ia melibatkan kos, tempat penyimpanan, kekerapan penggunaan, kualiti alatan dan juga sama ada kita pinjam sahaja. Wasallam!
Bersambung pada - Part 3.

ALATAN PERTANIAN...BANYAK JENISNYA...
PENGEMBUR TANAH... MURAH HARGANYA...
PISAU CANTUMAN... MENCANTUM GUNANYA...
ALAT MENYIRAM... BERBAGAI BENTUKNYA...

By,
M Anem 
Senior Agronomist,
Bilik Tanjung 1, Glory Beach Resort,
Port Dickson,
Negeri Sembilan,
Malaysia.
(3 Syaaban 1434H)

Thursday, June 20, 2013

ALATAN BERKEBUN (Part 1)

ALATAN BERKEBUN (Gardening tools) merupakan satu keperluan didalam kita menjalankan aktivitii berkebun sama ada berskala komersil, separuh masa atau pertanian hobi. Ramai diantara kita yang membeli peralatan berkebun untuk kegunaan sendiri sama ada ia merupakan alatan mahal, sederhana atau pun yang murah dengan pelbagai jenama dan tujuan penggunaannya. Terdapat alatan berkebun yang amat perlu dan sering digunakan manakala terdapat beberapa alatan yang yang jarang-jarang digunakan tetapi kritikal pada waktu-waktu tertentu peringkat pertumbuhan pokok. Dalam membuat pemerhatian berkaitan peralatan berkebun, saya dapati terdapat sekitar 10 alatan yang lazimnya dikategorikan sebagai perlu. Antara peralatan tersebut adalah Cangkul, Tajak, Kereta Sorong, Secateurs, Sudip Tangan, Gunting, Penggembur Tangan, Pisau Cantuman Tunas, Alat Penyiram, Alat Pencungkil Rumpai, Penggembur Rak, Penggembur Tiga Mata, Sarung Tangan, Gergaji Cantasan, Kapak, Topi dan sebagainya. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa peralatan pertanian yang saya fikirkan perlu untuk kita mengenalinya dan faham akan kegunaannya berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan pembacaan.

1. CANGKUL
Cangkul adalah asas penting dalam bidang pertanian semenjak zaman dahulu dan ia adalah asas dalam sistem pertanian tradisional. Struktur cangkul terdiri daripada Mata Cangkul dan Pemegang atau Hulu Cangkul. Terdapat banyak jenis cangkul yang dijual dipasaran yang terdiri daripada cangkul berhulu panjang, hulu pendek dan pelbagai jenis mata cangkul. Kegunaan cangkul adalah untuk menggali tanah, membuat lubang, membuat parit, lubang penanaman dan sebagainya. Setiap pekebun wajib ada cangkul. Memang ada yang berkata pada zaman ini mesin menguasai semuanya, tetapi itu untuk skala besar sahaja yang beroperasi dikawasan luas. Bagi skala perkebunan kecil bagi pekebun di kawasan keliling rumah pula peranan cangkul penting untuk menggembur, merata dan memecahkan tanah, membuat batas, membuang rumpai, dan membuat lubang untuk tanam anak pokok. Anda boleh membaca mengenai artikel cangkul yang telam lama saya tulis (Sila - Klik disini). 

2. TAJAK
Tanaj adalah sejenis alat seperti cangkul tetapi mempunyai bentuk mata yang berbeza dan kegunaannya khusus untuk membuang rumput rampai. Komponen tajak adalah mata tajak yang diperbuat daripada besi berbentuk seperti kon dengan hulu yang diperbuat daripada kayu. Terdapat kayu huluu tajak yang dibuat membengkok dihujungnya untuk memudahkan ianya dipegang. Manajak rumpai lazimnya dijalankan disekeliling pokok dengan memutuskan rumpai dengan akarnya daripada tanah dan dikumpulkan. Kepakaran seorang petani yang pandai menajak penting dengan tidak memotong sangat dalam dalam tanah.

3. KERETA SORONG (Wheel barrow)
Kereta Sorong merupakan sejenis alatan penting dalam aktiviti perkebunan. Kereta sorong yang ada dipasaran dinegara kita lazimnya menggunakan bahan metal yang tahan dengan komponen pemegang, takung, tayar (ada angin atau tayar mati) dan besi penyokong (stands). Kereta sorong digunakan untuk mengangkut barang-barang berat dan dialihkan atau dibawa kedestinasi lain. Ia sering diisi dengan bahan seperti hasil tanaman, tahi ayam, baja, tanah, sisa buangan ladang, buah kelapa sawit dan sebagainya. Sila baca artikel saya mengenai kereta sorong (Sila klik disini).

4. SECATEURS 
Secateurs adalah alat seperti gunting yang mana ia amat berguna di kebun atau taman bunga yang digunakan untuk mencantas dan membuang ranting mati, membentuk rupa pokok, dan menuai tanaman seperti bunga-bungaan. Sepasang secateur boleh menjadi mahal mengikut jenis dan kualiti dan negara pengeluar. Buatan China lazimnya adalah murah berbanding dengan buatan dari Jepun dan USA.  Terdapat beberapa jenis secateur yang boleh dileraikan untuk kemudahan pembasuhan dan pengasahan. Pastikan juga anda juga selesa dengan pegangan tangan anda kerana anda akan kerap kali menggunakannya untuk mencantas di kebun anda. Sila rujuk artikel saya berkaitan secateurs dengan lebih terperinci (Sila - Klik Disini).

5. SUDIP TANGAN (Hand throwel)
Sudip Tangan adalah sejenis alat pertanian yang kecil yang mempunyai 2 komponen iaitu bahagian pemegang yang dibuat daripada kayu dan bahagian mata tang dibuat daripada metal (logam). Bentuk mata sudip tangan adalah tajam menirus dihujungnya (Lihat foto sebelah). Alat ini amat sesuai untuk digunakan dalam aktiviti penanaman tanaman kecil seperti herba dan sayur. Ia juga sesuai untuk penanaman dalam pasu, membuang rumpai dan mencampurkan tanah untuk pasu. Jika anda mempunyai wang lebih, seeloknya belilah sudip tangan keluli tahan karat. Ia tahan lasak dan selalunya tempat pemegang yang selesa.

ALATAN PERTANIAN...BANYAK JENISNYA...
CANGKUL, TAJAK... MURAH HARGANYA...
KERETA SORONG... PERLU DITOLAKNYA...
SECATEURS... BERBAGAI BENTUKNYA...

By,
M Anem 
Senior Agronomist,
Bilik Tanjung 1, Glory Beach Resort,
Port Dickson,
Negeri Sembilan,
Malaysia.
(3 Syaaban 1434H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...