Support My Blog

Sunday, February 15, 2026

BURUNG SERINDIT - APA DIA?

BURUNG SERINDIT
(Loriculus galgulus) ialah burung paruh bengkok bersaiz kecil iaitu berukuran sekitar 13 cm dimana ia erupakan sejensi brueung yang dominan berwarna hijau dengan ekor pendek da ia sering ditemui di hutan-hutan Asia Tenggara. Ia terkenal dengan pelbagai nama dan Burung Serindit Melayu adalah yang paling popular sebagai haiwan terlindung yang tidur dalam keadaan terbalik (kepala di bawah) dan merupakan maskot fauna bagi wilayah Riau di negara Indonesia. Mengenali akan Burung Serindit dimana ia juga mempunyai saiz fizikal yang bersaiz kecil, dominan hijau, paruh bengkok dan ekornya juga pendek. Ada kalangan pembaca blog yang tidak pernah melihat burung ini iaitu terutamanya ciri uniknya iaitu ia akan tidur dengan posisi tergantung terbalik. Apa pun habitat asalnya ia berada di kawasan hutan tropika atau jenis hutan dataran dimana burung ini memang di Malaysia ia dilindungi dan sesiapa yang ingin mendapatkannya atau membelanya dimana ia memang memerlukan lesen untuk pemburuan. Apa pun dari segi kumpulan dimana spesies burung ini juga ia termasuk dalam genus Loriculus (parrot kecil) yang mempunyai bulu berwarna hijau terang dengan tompok merah pada bahagian dada (bagi jantan) dan pangkal ekor. Bersaiz kecil yang  mungil dan ia biasanya burung ini mempunyai cara tidur yang pelik iaitu bergantung terbalik seperti kelawar dan sebab itulah ia juga digelar sebagai 'Blue-crowned Hanging Parrot' dalam bahasa Inggeris. Ia gemar tinggal di kawasan hutan dataran rendah, kawasan pinggir hutan, dan kadangkala di kebun buah-buahan seperti belimbing. Dalam laporan dinyatakan yang mana ia juga Serindit Melayu atau Burung Serindit Riau ia juga dikenali sebagai 'Burung Bayan Kecil' sebagai jenis haiwan yang juga berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang akan diselubungi bulu pelepah dan paruh tanpa gigi. Burung Serindit adalah sejenis burung yang terdapat di dalam genus burung serindit Loriculus. Sebahagian besar bulunya berwarna hijau dengan bulu ekor berwarna merah. Burung Serindit Jenis jantan dan Jenis Betina mempunyai warna yang serupa. Burung Serindit jantan memiliki bercak kepala berwarna biru dan bercak tenggorokan berwarna merah semantara bagi jenis burung betina ia berwarna lebih kusam dibanding jantan. Apa yang unik juga jantung burung ini terdiri daripada empat unit bahagian atau kamar seperti manusia dimana bahagian kamar atas dikenali sebagai atrium sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel. Taburan bagi populasi burung serindit ini dilaporkan ia tersebar di hutan dari permukaan laut sampai ketinggian 1,300m di negara Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand.  Burung Serindit hidup berkelompok dimana ia pada kebiasaan aktif memanjat dan aktif berjalan daripada terbang. Ketika beristirahat dimana burung serindit ini akan menggantungkan badan ke bawah. Makanannya terdiri daripada sayuran hijau, buah-buahan, padi-padian dan aneka serangga kecil. Burung Serindit membiak dengan cara bertelur dimana telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya. Burung Serindit jenis betina biasanya bertelur antara tiga hingga empat biji telur dan akan mengeram selama 18 - 20 hari sehingga menatas. Artikel pada tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas menulis mengenai apakah dia burung serindit untuk bahan bacaa dan rujukkan semua.


Dilaporkan dimana 
Burung Serindit juga dikenali dengan nama 'Malay Hanging-Parrot' adalah spesis kakak tua bersaiz kecil yang hidup di kawasan tropika Asia Selatan dimana penulis blog yang beberpa kali ke Sabah di beritahu jika disana burung ini dikenali dengan nama 'Teripus' untuk Sabah Barat manakala bagi kawasan Sabah Timur masih tetap menggunakan nama Burung Serindit. Bagi suku kaum lain (Ida'an) atau dusun dimana burung ini akan kenali sebagai 'Silong'. Apa pun burung serindit ini boleh didapati di banyak tempat berlainan negara dimana disetiap jenis itu memiliki ciri-ciri unik tersendiri terutama pada warna dan saiznya. Bagi jenis BUrung Serindit Biasa (Loriculus galgulus) adalah yang biasa terdapat di banyak lokasi di Malaysia dan Indonesia. Memang secara umumnya burung ini berwarna hijau akan tetapi untuk dapat mengenali jantina Serindit aatau burung Teripus ini agak mudah iaitu pada jantina burung jantan terdapat warna biru pada dahinya dan warna merah pada leher dan kuning pada punggung dimana ciri ini adalah untuk memikat burung serindit betina. Manakala burung betina warnanya tidak terang dan kebiasaannya hanya hijau sahaja. Burung Serindit menjadi kegilaan peminat burung adalah kerana kicaunya yang amat di sukai peminatnya dan biasanya digunakan untuk menjadi 'master player' kepada jenis Burung Murai Batu dan juga burung kicau yang lain. Kalangan pembaca blog dan orang kebanyakan mungkina pada mulanya akan mendengar ia memang berdesing ditelinga tapi kalau dan biasa akan menjadi sedap pulak jadinya. Ramai kurang tahu jika uniknya burung ini adalah apabila tidur atau berehat akan terbalik macam kelawar dimana  kaki di atas atau tidur terbalik. Dilaporkan dimana burung serindit jantan pada usia muda hanya berwarna hijau akan tetapi bila ia semakin matang maka mulalah munculnya warna biru dan merah di tempat tertentu (ekornya) dan bila semakin dewasa warna ini akan lebih terang. APa pun kalangan peminat burung serindit dimana warna merah tersebut akan semakin terang dan besar selari dengan umurnya dan ia menjadi satu perhatian bila warna merah itu telah melilit di leher yang bergabung dengan warna biru di dahi. Didakwa dimana bila burung ini tua ia akan bertukar warna kepada warna kuning seluruh badan dan ciri ini kalangan peminatnya akan menjadi kegilaan dan mahal sebabnya susah hendak dapatkannya. Kalangan mereka yang ada bela di laporkan makanan bagi burung serindit ini mudah saja iaitu di berika buah pisang sebagai salah satu makanan kegemarannya.  


Mengenali burung serindit ini boleh tengok youtube dan mudah memahaminya. Apa pun k
ebiasaan habitat serindit yang mana bagi burung serindit biasa boleh ditemui msih banyak disekitar hutan, belukar, kampung atau di kawasan perumahan luar bandar. Ini kerana selalunya burung serindit tidak hidup sendiri dan ia biasanya akan ada koloni besar dan akan menetap di satu pokok besar. Biasanya ia dilihat cuma nampak 2 - 3 ekor yang berterbangan dari arah yg sama kerana ianya berasal dari koloni yang sama. Dalam satu kumpulan atau sebuah koloni ia boleh mencapai 10 ekor dan lebih. Cuma ia tidak bergerak secara kumpulan bila keluar mencari makan seperti memakan buah mangga di Melaka (Sila lihat foto di sebelah). Burung Serindit akan keluar secara pasangan atau berkumpulan skala kecil(2 - 4 ekor) dan ia memang bersifat pemalu dan bergerak dengan cara akat berhati-hati yang sangat tinggi dimana ini juga menyebabkan gerakan berkumpulan itu seolah-olah mereka akan terlindung seperti yang pemikat selalu nampak serta menganggap ianya bergerak solo. DIlaporkan gerakan burung paling maksima yang  terbanyak dalam kumpulan adalah sekitar 7 ekor bergerak berkumpulan yang amat jarang di lihat pemburunya. Sebenarnya burung serindit ini seakan bermusim sebab ia akan selalu bergerak dalam kumpulan dimana ia juga spesis berpindah pindah mengikut keadaan sesuatu tempat (atau mengikut musim buah atau sumber makanan didapatkan). Ciri ini yang mungkin memyebabka ia kadangkala disangka hanya ada burung serindit bermusim dan sebenarnya ia memang tidak bermusim dan sentiasa ada sepanjang tahun. Hasil kajian dimana diantara faktor burung serindit berpindah randah adalah disebabkan oleh faktur sumber makanan, cuaca yang ekstrim, berpunca dari ancaman pemangsa seperti burung helang, burung enggang, ancaman beruk dan sebagainya. Ia juga akan berpindah apabila jumpa habitat sesuai yang lebih memikat dan selesa seperti ada kawasan hutan lapang atau di disempadan pokok kelapa sawit atau ada rumah (pemikat burung serindit yang tinggal dikampung) atau kawasan yang berbukit atau kawasan yangberlembah. Kalangan peminat burung serindit akan mencari lokasi seperti dikawasan berbukit kerana sebab pemburunya tidak perlu memasang jebak tinggi dan dapat melihat secara jelas burung serindit masuk ke jebak semasa menangkapnya.


Mungkin kalangan peminat bela burung akan membeli burung serindit sebagai salah satu haiwan peliharaan di rumah. Memang sesapa yang ada minat bela burung akan sanggup membelanjakan wang untuk hobi kegemarannya dan tidak takut berbelanja. DIlaporkan dimana h
arga burung serindit (Blue-crowned Hanging Parrot) di Malaysia bergantung kepada status burung tersebut iaitu sama ada ia adalah adalah dari Jenis Burung Serindit Hutan yang baru ditangkap atau Jenis Burung Serindit moden yang sudah naik taraf sebagai jenis Burung Serindit Pemikat yang hebat sebagai 'Burung Pikat' untuk di gunakan semasa berburu. Dilaporkan anggaran harga pasaran terkini pada Febuari 2026 dimana bagi jenis Burung Serindit Hutan atau Burung Serindit Liar dimana harganya jualannya adalah disekitar RM30 - RM80 seekor. Harga ini biasanya adalah untuk burung serindit yang belum jinak atau belum mahir berkicau dan masih belun dapat dipastikan akan ciri-ciri kehebatannya kelak. Berlainan pula dengan Jenis Burung Serindit yang sudah dikenalpasti sebagai 'Burung Serindit Pemikat' yang handal dimana harganya ia boleh mencecah sehingga RM300 ke atas bergantung kepada kualiti suaranya, gaya permainan dan tahap kejinakannya. Dalam pada itu ada juga ketegori ketiga mengenai harga burung serindit iaitu Jenis Burung Serindit Anak (Hand-raised) dimana ia biasanya dijual pada harga yang lebih tinggi kerana sifatnya yang jinak dan mesra manusia, seringkali dalam julat RM150 hingga RM250 keatas (Sila  lihat foto disebelah). Ada kalangan peminat burung lebih suka membeli jenis ini sebab ada masa untuk dia menjinakan burung serindit tersebut sehingga menjadi burung dewasa kelak. DIkongsikan akan beberapa maklumat penting mengenai undang-undang akta perhilitan di Malaysia. Apa pun memang Burung Serindit merupakan spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). Sesiapa yang ingin terlibat perlukan ambil Lesen Perhilitan dan wajib mempunyai lesen atau permit sah iaitu daripada Jabatan PERHILITAN untuk menyimpan atau memelihara burung ini. Apa pun risiko memelihara tanpa lesen boleh menyebabkan burung dirampas dan pemilik sesiapa memang dia boleh didenda ribuan ringgit atau dipenjarakan.


Dalam portal hmetro.com dilaporkan kes '
Bela burung makan diri' apabila ada burung bayan serindit yang dirampas dari seorang lelaki tempatan susulan serbuan dilakukan pegawai Perhilitan di Kahang, Johor. Hobi yang akhirnya mengundang bala. Itu yang terjadi apabila seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun diberkas pihak berkuasa kerana memelihara tiga ekor burung bayan serindit secara haram. Kegiatan suspek memelihara hidupan liar dilindungi itu dibongkar susulan tindakan sepasukan lapan anggota Subtak Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Zon Selatan Siri 11/2025 memeriksa kediaman suspek oleh pihak PERHILITAN Semenanjung Malaysia dimana dalam operasi jam 11.30 pagi dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan penyimpanan burung liar tanpa dokumen sah. Ketika pemeriksaan dimana para pegawai penguatkuasa menemui tiga ekor burung bayan serindit dalam sangkar di kediaman itu. Kemudian pemilik premis gagal menunjukkan sebarang lesen pemilikan sah daripada PERHILITAN, sekali gus melanggar peruntukan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) pindaan 2022. Dilaporkan susulan itu tiga ekor burung serindit dan dua unit sangkar burung dianggarkan bernilai hampir RM700 itu disita. Kemudian suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kluang untuk tindakan lanjut. Semua burung dan barang rampasan dibawa ke Pejabat PERHILITAN Daerah Kluang untuk tindakan susulan, manakala siasatan diteruskan bagi mengenal pasti kemungkinan rangkaian atau pembekal lain yang terbabit dalam permintaan burung hiasan eksotik ini. Dilaporkan dimana harga burung seperti serindit meningkat di pasaran gelap berikutan permintaan pengumpul dan pemilik yang sanggup membayar mahal untuk spesies itu. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
BURUNG SERINDIT... APAKAH DIA...
WARNA MENARIK...SUKA LIHATNYA...
JANGAN DI BURU..ADA AKTANYA...
BANYAK KISAH ...DI KONGSIKANNYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman BAlai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(24 Syaaban 1447H).

Saturday, February 14, 2026

BURUNG TERKUKUR DAN FAKTANYA (Part 2)

BURUNG TERKUKUR
(Streptopelia chinensis) atau 'Spotted Dove' ialah sejenis burung merpati yang amat diminati oleh penghobi menternak burung di negara kita dan ia adalah burung yang disukai kerana bunyinya. Burung cantik ini tergolong dalam famili Columbidae. Bagaimana pun terbaru adalah dimana burung terkukur telah dimasukkan ke dalam genus Stigmatopelia oleh sebilangan saintis dunia. Penulis kenal akan burung terkukur ini yang sering didapati liar dikawasan belukar dan kampong dan dijadikan burung diletakkan dalam sangkar dirumah jiran. Burung Tekukur merupakan burung pembiak tempatan di kawasan yang natif atau terdapat dari India dan Sri Lanka di Asia Selatan tropika hingga ke China selatan dan Asia Tenggara di timur. Burung ini juga merupakan spesis burung yang sebahagian besar taburannya terdiri daripada kawasan hutan tropika dimana tumbuhan agak jarang atau terbuka dan dikawasan tanah ladang. Dari segi penyebarannya, dilaporkan bahawa saintis dan penggemar burung terkukur telah dibawa masuk ke USA iaitu dikawasan Los Angeles, California di Amerika Syarikat, serta juga ke Indonesia utara, Australia dan New Zealand. Dilaporkan bahawa di Australia burung ini dibawa masuk ke Melbourne pada dekad 1860-an dan sejak dari masa itu maka burung ini telah tersebar luas dan menggantikan burung-burung merpati asli. Di benua tersebut, burung ini boleh didapati di jalan raya, taman, kebun bunga, kawasan seperti pertanian serta tanah semak samun dari Hobart, Tasmania ke Cooktown, Queensland sehinggaPelabuhan Lincoln, Australia Selatan. Burung Tekukur juga dapat dilihat sekitar di Perth, Pemberton, Kalgoorlie, dan Esperance di Australia Barat, dengan taburan spesies ini semakin berkembang. Bagi penulis blog dimana burung terkukur (atau tekukur) ialah sejenis burung merpati kecil yang sangat popular di Asia Tenggara, termasuk Malaysia dan Indonesia. Nama burung ini diambil daripada bunyinya yang kedengaran seperti sedang menyebut 'te-ku-kur' secara berulang. Ia mempunyai corak bintik-bintik putih di atas dasar hitam pada bahagian belakang leher, yang kelihatan seperti 'berkalung mutiara' dimana tubuhnya selalu ia berwarna coklat merah jambu dengan ekor yang agak panjang. Habitatnya ia mudah dijumpai di kawasan terbuka, kawasan kampung, kebun, taman dan kawasan pinggir hutan dan ia sering kelihatan mencari makan di atas tanah. Apa pun penulis blog sering melihat jika ia gemar memakan biji-bijian, gandum, rumput dan buah-buahan kecil yang jatuh ke tanah. Dalam aspek keistimewaan burung terkukur dimana selain rupanya yang cantik memang ramai peminat burung membela terkukur kerana suaranya yang merdu dan menenangkan. Artikel subuh pada pagi Khamis ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai fakta penting bagi jenis burung terkukur untuk dijadikan bahan bacaan.


Harga burung terkukur di Malaysia sangat berbeza bergantung kepada jenis, suara, keunikan dan tahap kejinakannya diman ia bermula serendah RM15 seekor sehingga mencecah ribuan ringgit. Penah ada berita viral apabil seekor burung terkuru yang hebat ini dijual dengan harga setinggi RM9,000 ke Indonesia disebabkan ada pembelinya. Selalunya jenis Burung Terkukur Kampung atau Burung Terkukur Jawa biasa dijuab atau ia berharga antara RM15 - RM100 seekor dimana bergantung kepada beberapa faktur seperti umur, kecantikan, keunikan dan yang pali hebat adalah berkaitan cara ia bersuara (Sila lihat foto disebelah). Manakala dilaporkan bagi jenis burung terkukur pemikat atau yang mempunyai suara khas boleh mencecah harga tinggi iaitu sekitar RM400 hingga RM1,500 seekor yang mana ciri utamanya ia mampu keluarkan suara memikat  Ada jenis burung Terkukur Kampung atau Jenis Terkukur Jawa (Biasa) yang sederhana harganya sekitar RM15 - RM40 seekor. Apa pun boleh di reingkkaskan dimana kes harga burung terkukur ini  dimana Gred Burung Terkukur Anak atau Masih Di Suap julat harganya adalah sekitar  RM30 - RM150 seekor. Ada dilaporkan dimana bagi Jenis Burung Terkukur Kacukan atau Buurung Pesom atau Burung Som ia dijual dengan harga sekitar RM100 - RM250 ke bawah. Dalam pada itu dalam jualan atas talian di laporkan dimana harga bagi Jenis Burung Terkukur Pemikat yang mempunyai jenis suara Padu boleh di jual dengan harga sekitar RM400 - RM1,500 seekor. Menarik mengetahui akan alat memburung burung ini di jual di Malaysia antaranya Bagi Alat Jebak (Sangkar) jenis burung terkukur berharga sekitar RM190 - RM300 satu unit dimana sealalunya harga ini boleh berubah berdasarkan populariti dan keunikan burung tersebut. Bagi pemain baru memelihara burung terkukur perlukan ilmu untuk memulakan hobi tersebut dengan berkawan kepada mereka yang sudah puluhan tahun memelihara dan pakar dalam bidang ini.


Burung terkukur paling sedap dimasak secara adalah Resepi Burung Terkukur Digoreng Berempah dimana ia memang enak dan rangup di makan sehinga boleh kunyah tulangnya yang enak. Burung ini di goreng sama dengan hidangaj jenis burung seperti Burung Puyoh yang paling mudah dibuat perbandingan. Bahan rempah yang perlu disediakan seperti jenis kunyit atau kari untuk mendapatkan tekstur rangup di luar dan empuk di dalam. Teknik utama adalah sebaiknya daging burung terkukur ini di rebus dulu dan d bubuh ramuan sesuai atau bumbu terlebih dahulu untuk menghilangkan bau hanyir dan ini akan juga melembutkan daging sebelum digoreng. Perlu di sediakan bahan dimana disiapkan beberapa ekor Burung terkukur yang siap di sembelih dan dibersihkan dan ditoskan kering, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup (dikisar halus), rempah kari daging, serbuk jintan manis atau jintan putih, ketumbar, daun kari, tepung jagung (untuk kerangupan), telur (sebagai pengikat), garam dan gula secukup rasa. Cara membuatnya dengan memerap dulu seua daging burung ini dengan menggaulkan daging burung terkukur ini dengan bahan kisar, rempah ratus, garam dan gula. Perap sekurang-kurangnya 1-2 jam (atau semalaman) untuk rasa meresap. Kemudian boleh ia di salut dengan tepong dan sebelum digoreng, masukkan telur dan tepung jagung ke dalam perapan burung dan di gaul rata. Proses menggoreng dengan memanaskan minyak yang banyak. Kemudian menggoreng burung dengan api sederhana sehingga garing dan berwarna coklat keemasan. Apabila masak di angkat dan di toskan dan boleh di bubuh daun kari ketika hampir garing untuk aroma wangi. Setelah di angkat mesti di toskan minyaknya dan enak di makan semasa masih panas lagi bersama nasi putih atau di ratah begitu sahaja. Tips yang dikongsikan dimana jika daging liat, rebus dulu (ungkep) dahulu burung dengan serai, daun salam dan lengkuas sehingga empuk sebelum digoreng.


Dalam portal hmetro dilaporkan kisah bagaimana 'Lima jam jinak tekukur' oleh peminatnya bernama Nazri yang menjadikan kerja memikat burung tekukur sebagai sumber pendapatan utama. DI Seremban dimana aktiviti memikat burung tekukur bukan mudah kerana ada ketika memerlukan sehingga lebih lima jam untuk mendapatkan seekor burung. Namun, ia tidak mematahkan semangat Nazri Hassan (42) kerana kerja itu menjadi sumber pendapatan utama lelaki berkenaan menyara keluarga. Pada mulanya dimana aktiviti memikat dan menjual burung dilakukan secara sambilan sejak 2009 namun dia mengambil keputusan menjadikannya sumber pendapatan tetap selepas kilang paip tempatnya bekerja di Nilai ditutup tiga tahun lalu. Dia yang lebih dikenali sebagai Amat Tekukur berkata, permintaan terhadap burung tekukur sentiasa ada dalam kalangan peminat tempatan atau luar negara seperti Singapura, Thailand dan Kemboja. Biasanya burung yang dipikat habis dijual kerana mendapat permintaan ramai pembeli tempatan dan luar negara dimana ada ketika dia terpaksa mendapatkan bantuan rakan yang juga pemikat burung kerana stok burung tidak mencukupi. Kini walaupun pendapatan tidak lumayan berbanding perniagaan lain akan tetapi dia masih bersyukur dan puas hati mampu menyara keluarga. Bapa kepada empat anak berusia tiga hingga 12 tahun itu berkata, dia sudah menjual 120 tekukur termasuk kepada pembeli luar sejak Januari lalu. Harga burung tekukur atau pemikat lebih tinggi dan mampu mencecah RM1,500 seekor berbanding burung biasa yang dijual antara RM400 sehingga RM1,000. Dalam bulan Januari 2026 ini dia sudah menjual empat burung dengan dua dibeli peminat dari Kemboja dan selebihnya pelanggan tempatan. Dia pergi ke kampung dan pinggir bandar di sekitar daerah ini serta Rembau, malah pernah ke Bera, Pahang dan Tangkak, Johor semata-mata untuk memikat burung. Selalu juga dia sering menyertai pertandingan memikat tekukur di negeri ini termasuk di Sabah dan Sarawak serta beberapa kali memenangi pertandingan berkenaan. Apa pun melalui aktiviti berkenaan peminatnya akan dapat berkumpul dan merapatkan hubungan silaturahim antara peminat dan pengumpul burung tekukur di seluruh negara.


Dalam portal nstp.com pula di laporkan fakta bagaimana 'Pikat burung cara dulu-dulu' apabila peminat burung 
bernama Hafzul dan rakan meronda sekeliling kampung mencari tempat meletakkan galah khas menangkap merbuk da burung tekukur. Kisah dari Kota Bharu, Kelantan ini laporkan hobi memikat burung merbok dan tekukur akan ia mendorong peniaga ikan menghabiskan wang beratus ringgit menempah sebatang galah khas yang digunakan untuk memikat unggas itu. Bagi Hafzul dimana dia berbelanja RM400 menempah alat galah jebak burung itu daripada pembuat galah tempatan. Dia akan menggunakan seekor burung pemikat dan akan membawa galah itu ke sekeliling kampung menaiki motosikalnya untuk mencari pokok yang sesuai bagi meletakkan galah itu. Apa pun bapa kepada dua anak itu kebiasaannya melakukan aktiviti berkenaan pada hujung minggu bersama tiga rakan karib. Mereka akan mula melakukan aktiviti memikat burung merbok dan tekukur sejak beberapa bulan lalu. Ada ramai yang kurang mengetahui cara memikat burung merbok dan tekukur menggunakan cara lama ini iaitu meletakkan seekor burung pemikat di dalam sangkar kecil di hujung galah dan kemudian meletakkan galah berkenaan di atas pokok. Dia sanggup menghabiskan wang beratus ringgit hanya untuk menempah sebatang galah `khas' yang digunakan memikat unggas itu dengan meletakkan seekor burung penjinak di dalam sangkar kecil di hujung galah itu ketika ditemui di Kampung Raja Dewa. Burung pemikat akan memikat burung lain dan apabila burung ini mendekatinya, ia akan melekat pada gam yang diletakkan berhampiran sangkar berkenaan yang tinggak di Kampung Raja Dewa, Kota Bharu. Dia yang berniaga ikan secara bergerak antara kampung berkata, mereka biasanya mendapat 10 - 12 burung merbok atau tekukur sehari dan akan melakukan aktiviti ini sebagai hobi pada hujung minggu kerana masing-masing sudah ada pekerjaan tetap. Selain memikat burung merbok dan tekukur, burung pemikat ini juga boleh menarik perhatian burung liar lain. Sementara itu, ramai kaki burung yang ditemui mengaku boleh membuat sendiri peralatan memikat burung seperti racik, jebak, bakul burung dan tali pengikat. Walaupun jenis dan peralatan itu boleh dibeli dan harganya tidak mahal, namun ramai memilih untuk membuatnya sendiri mengikut kesesuaian serta kehendak mereka.


Portal sama juga melaporkan 'Tekukur makan RM4 sehari' memang wakar dokongsikan faktanya. Bagi Abdul Malek dimana dia akan menyediakan kambu (millet) untuk tekukur peliharaannya di Kampung Lekok, Masjid Tanah, Melaka. Aaa pun di laporkan makanan ruji burung tekukur dan merbuk saya lebih mahal daripada belanja seharian makanannya. Dia akan memberikan burungnya makan nasi dengan beras harga RM2.50 sekilogram (kg) sedangkan burung tekukur dan merbuk peliharaannya makan kambu (bijirin) harga RM4 kg. Dia juga adalah tuannya tetapi ia (burung) makan makanan lebih mahal daripada dirinya sebag ini semua adalh demi minat dan cinta terhadap kedua-dua jenis burung itu apabila dia sanggup berbelanja lebih membeli bahan makanan yang seakan-akan bijan itu daripada sekadar memberikan makanan biasa seperti padi. Kerjanya sebagai petani di Kampung Lekok, Masjid Tanah di sini memang dia tiada apa yang mampu dan dapat menghalangnya daripada membelanjakan RM40 untuk mendapatkan kambu seberat 10kg yang diimport dari negara Thailand semata-mata untuk memastikan lapan tekukur dan lima merbuk peliharaannya sentiasa kenyang. Makanan  Kambu 10kg itu mampu menampung makanan 13 burung saya selama tiga bulan. Ia tidak makan beras, nasi atau gandum. Dakwanya cuma kambu dan padi yang boleh dimakan tetapi sekarang sukar mendapatkan padi kerana kebanyakan sawah bertukar menjadi taman perumahan. Dakwanya kalau tiada kambu maka dia akan rasa amat bimbang burung peliharaan jatuh sakit kerana enggan makan beras atau jagung yang diberikan. 
Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Seuga tulisan ini memberi naklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BURUNG TERKUKUR...CANTIKNYA...
BANYAK JENIS...PERLU KENALINYA...
\BOLEH DI MASAK...BERKHASIAT IA...
MEMBURU BURUNG.. . ADA CARANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(25 Syaaban 1447H).

Friday, February 13, 2026

BURUNG TERKUKUR DAN FAKTANYA (Part 1)

BURUNG TERKUKUR
(Streptopelia chinensis) atau 'Spotted Dove' ialah sejenis burung merpati yang amat diminati oleh penghobi menternak burung di negara kita dan ia adalah burung yang disukai kerana bunyinya. Burung cantik ini tergolong dalam famili Columbidae. Bagaimana pun terbaru adalah dimana burung terkukur telah dimasukkan ke dalam genus Stigmatopelia oleh sebilangan saintis dunia. Penulis kenal akan burung terkukur ini yang sering didapati liar dikawasan belukar dan kampong dan dijadikan burung diletakkan dalam sangkar dirumah jiran. Burung Tekukur merupakan burung pembiak tempatan di kawasan yang natif atau terdapat dari India dan Sri Lanka di Asia Selatan tropika hingga ke China selatan dan Asia Tenggara di timur. Burung ini juga merupakan spesis burung yang sebahagian besar taburannya terdiri daripada kawasan hutan tropika dimana tumbuhan agak jarang atau terbuka dan dikawasan tanah ladang. Dari segi penyebarannya, dilaporkan bahawa saintis dan penggemar burung terkukur telah dibawa masuk ke USA iaitu dikawasan Los Angeles, California di Amerika Syarikat, serta juga ke Indonesia utara, Australia dan New Zealand. Dilaporkan bahawa di Australia burung ini dibawa masuk ke Melbourne pada dekad 1860-an dan sejak dari masa itu maka burung ini telah tersebar luas dan menggantikan burung-burung merpati asli. Di benua tersebut, burung ini boleh didapati di jalan raya, taman, kebun bunga, kawasan pertanian, serta tanah semak samun dari Hobart, Tasmania ke Cooktown, Queensland sehinggaPelabuhan Lincoln, Australia Selatan. Burung Tekukur juga dapat dilihat di Perth, Pemberton, Kalgoorlie, dan Esperance di Australia Barat, dengan taburan spesies ini semakin berkembang. Bagi penulis blog dimana b
urung terkukur (atau tekukur) ialah sejenis burung merpati kecil yang sangat popular di Asia Tenggara, termasuk Malaysia dan Indonesia. Nama burung ini diambil daripada bunyinya yang kedengaran seperti sedang menyebut 'te-ku-kur' secara berulang. Ia mempunyai corak bintik-bintik putih di atas dasar hitam pada bahagian belakang leher, yang kelihatan seperti 'berkalung mutiara' dimana tubuhnya selalu ia berwarna coklat merah jambu dengan ekor yang agak panjang. Habitatnya ia mudah dijumpai di kawasan terbuka, kawasan kampung, kebun, taman dan kawasan pinggir hutan dan ia sering kelihatan mencari makan di atas tanah. Apa pun penulis blog sering melihat jika ia gemar memakan biji-bijian, gandum, rumput dan buah-buahan kecil yang jatuh ke tanah. Dalam aspek keistimewaan  burung terkukur dimana selain rupanya yang cantik memang ramai peminat burung membela terkukur kerana suaranya yang merdu dan menenangkan.  Artikel subuh pada pagi Khamis ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai fakta penting bagi jenis burung terkukur untuk dijadikan bahan bacaan.


Seperti dinyatakan dimana Burung 
Tekukur (Spotted Dove - Streptopelia chinensis) ialah spesies burung merpati kecil daripada famili Columbidae yang popular dengan bunyi 'ko-ko-kruuh'. Ia mempunyai ciri fizikal tirus, ekor panjang, dan tompok hitam berbintik putih pada leher, sering didapati di padang, taman, atau kawasan pertanian makan bijirin. Ciri fizikal dengan ukuran panjang badan sekitar 28 - 32 cm, berwarna perang pucat di belakang dan merah muda di bahagian dada. Ia banyak terdapat di Asia Tenggara dan India dan hidup berpasangan atau kumpulan kecil dan popular dibela kerana suaranya. Fakta mengenai spesis burung ini di Malaysia ada Jenis Terkukur Merbok Balam (Spotted Dove), Terkukur Jawa (Ringneck Dove), Terkukur Api dan Burung Terkukur Api Gunung. Burung ini sinonim dengan bunyi anggukan yang unik dan sering ia jadi haiwan dipelihara. Ciri Burung  Terkukur Merbok Balam (Spilopelia chinensis atau Streptopelia chinensis) atau selalu juga dikenali sebagai 'Spotted Dove' atau 'Chinese Turtle Dove' dilihat ia mempunyai tompok-tompok hitam putih seperti mutiara di leher dan merupakan jenis yang paling biasa di kawasan terbuka dan pertanian. Kedua Jenis Burung Terkukur Jawa (Ringneck Dove atau  Streptopelia risoria) yang mana ia terkenal dengan tanda ada 'cincin' di leher dan variasi warna yang banyak (sehingga ada sebanyak 40 jenis warna bulu). Bagi Jenis Burung Terkukur Api (Macropygia ruficeps) dimana ia bersaiz kecil dengan warna coklat kemerahan diman ia juga sering ditemui di kawasan hutan atau belukar. Bagi Jenis Burung Terkukur Api Gunung (Macropygia spp) ia adalah salah satu variasi terkukur api yang mendiami kawasan tanah tinggi. Kemudian ada jenis Burung Terkukur Oriental Turtle Dove (Streptopelia orientalis) dilaporkan yang jenis ini adalah spesies yang lebih besar daripada tekukur biasa dari segi ukuran badannya. Selain itu di laporkan ada jenis Burung 
Terkukur Madagascar Turtle Cove dimana ia ada ditemui di kawasan tertentu. Ada juga Jenis Burung Terkukur Pacific Dove iaitu jenis yang sering ia ditemui di rantau Pasifik. Secara umumnya, burung terkukur adalah pemakan bijirin, buah-buahan kecil dan pasir. Dalam pada itu dalam kajian laporan lain di mana burung ini mempunyai beberapa variasi dan spesies berkaitan yang popular di Malaysia dan Asia Tenggara. Jenis-Jenis Utama Burung Terkukur Kampung (Spotted Dove) iaitu jenis paling biasa ditemui di kawasan perumahan dan sawah padi. Ciri utamanya ialah bintik-bintik putih pada kolar hitam di bahagian belakang leher. Ada jenis BUrung Terkukur Merah (Red Turtle Dove) yang mempunyai warna badan yang lebih kemerahan atau coklat merah berbanding terkukur biasa. Jenis Burung Terkukur Jawa dimana ia sering dikaitkan dengan variasi yang mempunyai suara yang lebih merdu dan saiz badan yang sedikit berbeza, sering dijadikan burung hiasan atau untuk pertandingan seni suara. Jenis Burung Terkukur Akar (Barred Cuckoo-Dove) pula ia adalah spesies ini mempunyai ekor yang lebih panjang dan corak belang-belang pada badannya, biasanya mendiami kawasan hutan atau tanah tinggi. Bagi jenis Burung Terkukur Api (Little Cuckoo-Dove): Terbahagi kepada Tekukur Api Biasa dan Tekukur Api Gunung dan spesies ini lebih gemar berada di kawasan hutan tebal.


Kalangan peminat dan pemburu burung termasuk burung terkukur mempunyai banyak cara menangkapnya. Salah satu kaedah yang biasa digunakan untuk menangkap terkukur liar iaitu merupakan sejenis perangkap yang dipelajari kaedahnya daripada orang terdahulu. Penggunaan Jebak juga memerlukan seekor Pikat atau Denak yang dijadikan umpan memanggil terkukur liar. Pikat atau Denak adalah panggilan kepada seekor terkukur yang telah dilatih atau diajar berbunyi dan kaedah ini adakalanya mengambil masa sehingga 2 tahun. Kenapa 2 tahun? Kerana hanya terkukur yang telah jinak dan telah dilatih berbunyi boleh dijadikan Denak atau Pikat yang berkualiti. Memang bukan mudah untuk memilih Pikat atau Denak yang berkualiti. Keadaan fizikalnya, lenggok irama bunyinya, angin sikapnya, semuanya diambil kira. Pemburu (pemikat) burung akan meletakkan seekor terkukur Pikat atau Denak dalam jebak digunakan untuk memikat atau menggoda dan menipu terkukur liar yang berkeliaran di kawasan belukar atau hutan. Semasa dibawa ke kawasan tersebut jebak mesti ditutup dengan kain. Apabila tiba di kawasan yang telah dikenalpasti mempunyai burung, jebak akan diletakkan sama ada di atas pokok renek atau pun di atas tanah di mana penutup dan pintu jebak akan dibuka. Mata jerat dipasang dalam satu lengkaran atau bulatan di hadapan jebak. Pemikat akan memerhatikan dari jauh. Suara (bunyi) burung dalam jebak dapat memikat burung-burung di situ untuk menghampiri dan masuk ke dalam jebak atau terkena jerat yang dipasang. Apabila burung masuk dan terpijak jerat yang dipasang maka pintu jebak akan tertutup. Burung ini akan dipelihara oleh pemikat sama ada untuk hiasan, pertandingan dan ada juga yang menjualnya kepada kawan-kawan dan peminat burung. Cara kedua adalah Menggunakan Alat Racik dimana ia juga  merupakan sejenis perangkap untuk menangkap burung. Racik diperbuat daripada beberapa bahan seperti potongan tembaga, tali tangsi, benang dan getah. Tembaga halus sepanjang kira-kira 3 inci dijadikan tiang racik. Tali tangsi sepanjang 6 inci bagi satu mata racik. Hujung tali tangsi disambung dengan benang nilon halus yang dipilin atau dipintal supaya kejap dan disimpai dengan tembaga halus berbentuk seperti nombor 8 atau pin pancing ikan. Bagi racik yang matanya sedikit pemberat seperti timah ladung yang kecil digunakan. Ini membentuk satu mata racik. Antara satu mata dengan mata yang lain disambung dengan tali kajar yang dibuat dari tali precut supaya racik tidak tercabut dibawa lari oleh burung. Terdapat beberapa saiz racik iaitu sama ada 37, 32, 27, 24, 17 15 dan 11 mata bagi satu rawan racik. Racik yang mempunyai mata yang banyak digunakan untuk meracik di atas tanah iaitu mata 37, 32, 27 atau 24. Manakala racik dengan mata 17 dan 15 digunakan di atas tunggul atau batang kayu lapuk. Bagi racik yang dipasang di atas dahan pula adalah dengan mata 15 atau 11. Selepas digunakan racik perlu dicabut dan disimpan dengan rapi. Mencabut racik perlu dimulakan dari hujung di mana tiga jari digunakan untuk memasukkan gelung racik satu demi satu sehingga sampai kepada tali kajar. Racik dikemaskan dan dimasukkan ke atas gelungan getah dan diurut supaya rapi dan hujung tali kajar disisipkan ke dalam gelungan getah. Sekiranya racik dijaga dan disimpan dengan rapi ianya boleh tahan sehingga 20 tahun dan jika tidak dijaga ianya akan rosak dalam tempoh yang singkat lebih kurang 1 hingga 3 tahun. Cara ketiga adalah dengan Alat Jaring dimana ia biasanya diperbuat daripada benang atau tali yang disirat untuk tujuan tertentu. Besar dan lebar mata jaring tersebut bergantung kepada kegunaannya. Untuk burung terkukur biasanya menggunakan mata jaring bernombor 7 atau 8. Ada juga yang menggunakan jaring berbentuk bintang mengikut kesesuaian.  Jaring juga boleh digunakan sebagai alat untuk memerangkap ikan atau kelawar. Jaring biasanya akan dipasang di kawasan lapang dan semak yang tidak mempunyai pokok tinggi dan menjadi temapat burung terkukur terbang. Bagi yang mahir, satu alat bunyi akan digunakan untuk membuat bunyi seperti burung terkukur. Alat ini dinamakan 'pendekut' dan diperbuat daripada buluh dengan tebukan lubang tertentu, dan diberi muncung yang mempunyai lidah bagi mengeluarkan bunyi apabila ditiup. Selepas menegakkan jaring pada dua tiang buluh atau berlindung disebalik pokok dan meniup pendekut. Pemikat burung terkukur akan meniup pendekut ini dengan bunyi yang mirip seperti burung terkukur. Burung terkukur liar yang mendengar bunyi ini akan menghampiri kawasan di mana terdapat bunyi dan apabila melalui jaring akan tersangkut. Cara keempat yang penulis blog juga mahir adalah dengan Menggunakan Alat Lastik iaitu sejenis alat untuk memburu burung dan alat untuk pertahankan diri. Kelebihan alat ini iaitu tidak mencemarkan alam sekitar kerana ia menggunakan bahan semulajadi dari hutan dan bahan terbuang. Apa pun kini kebanyakan alat ini dijadikan sebagai alat mainan oleh kanak-kanak atau remaja kampung untuk melastik burung dan buah-buahan. Bahan utama dalam proses pembuatan lastik adalah cabang ranting anak kayu yang berbentuk 'Y', getah lastik, kulit sebagai tempat meletakkan batu peluru dan getah bulat/gelang sebagai getah pengikat. Biasanya tiub basikal yang sudah tidak digunakan digunting untuk dijadikan laras lastik.


Menarik fakta mengenai situasi dimana secara tradisi, daging burung terkukur dipercayai mempunyai khasiat untuk meningkatkan stamina, menyihatkan badan dan memperbaiki sel-sel tubuh. Ia dianggap sebagai salah satu daripada sumber protein yang baik dimana ia memang berpotensi menguatkan otot. Ada laporan di mana memakan daging burung termasuk burung terkukur akan dapat membantu menjaga kesihatan kulit. Selain itu dimana ia juga dipercayai meningkatkan selera makan dan daya tahan penyakit. Perkara khasiatnya yang boleh meningkatan Stamina dan juga Tenaga disebabkan ia mempunyai kandungan nutrisi yang padat membantu dalam membekalkan tenaga yang lebih kuat dan menjadikan tubuh lebih tahan lasak. Bagus dalam memberikan kesihatan semua sebab makan burung ini ia diipercayai dapat memperbaiki dan menjaga kerosakan sel-sel hati serta menjaga kulit agar kekal sihat. Ia di kairkan kekayaan dari segi sumber zat protein dimana kebanyakan jenis burung sama seperti daging burung dara dilaporkan ia agak kaya dengan zat yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan dan kekuatan otot. Apa pun di laporkan yang khasiat ini sebahagian besarnya berasaskan kepercayaan tradisional dan pemakanan berasaskan bahan semula jadi. Burung terkukur (spesies merpati atau dara) secara amnya merupakan sumber protein yang baik yang mana ia kaya dengan vitamin B kompleks, zat besi dan zat kalsium yang membantu membina otot, kesihatan saraf, serta menguatkan tulang. Dagingnya yang rendah lemak kalau hendak dibanding dengan jenis daging merah menjadikannya alternatif sihat. Kandungan unsur nutrien di dalamnya sangat berpotensi mempercepat penyembuhan luka dan mampu dalam meningkatkan stamina. Sebagai makanan yang mempunyai sumber Protein Tinggi selalunya ia akan dapat juga membantu membina dan memperbaiki tisu badan. Ia juga dilaporkan kaya dengan zat Vitamin B Kompleks iaitu termasuk Vitamin B1 sehingga vitamin B12 yang penting untuk tenaga dan fungsi saraf yang sihat. Menyihatkan tulang dengan bahan kalsium dan mineral yang selalu ia membantu kepadatan tulang. Daging burung terkukur yang lazumnya ia rrndah lemak dan rendah kolesterol amat sesuai untuk diet seimbang berbanding daging merah seperti daging lembu. Ada di laporkan yang ia akan dapat mempercepat penyembuhan kes luka sebab kandungan nutrien membantu merangsang kolagen untuk menutup luka. Apa pun perlu pastikan burung ini mesti dimasak dengan sempurna untuk mendapatkan khasiat maksimum dan kebersihan. 
Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Seuga tulisan ini memberi naklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BURUNG TERKUKUR...CANTIKNYA...
BANYAK JENIS...PERLU KENALINYA...
\BOLEH DI MASAK...BERKHASIAT IA...
MEMBURU BURUNG.. . ADA CARANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(25 Syaaban 1447H).

Thursday, February 12, 2026

POKOK DOA -APA HEBATNYA?

POKOK DOA
adalah sejenis pokok hiasan untuk teduhan daripada genus Bucida terutamanya jenis Bucida buceras atau jenis Bucida variegata yang popular sebagai jenis pokok hiasan yang popular untuk lanskap kerana dahannya yang melebar dan daunnya yang rimbun. Ia sering ditanam yang bertujuan untuk mencantikkan persekitaran, memberikan teduhan dan boleh membesar tinggi (10m-20m) serta mudah di jaga. Pokok Doa kini antara tanaman hiasan yang popular di Malaysia dimana ia di tanam dikawasa taman-taman rekreasi, taman perumaham, kawasan premis sekolah dan pejabat serta di kawasan rumah milik persendirian sebagai sejenis pokok teduhan dan pokok hiasan lanskap. Penulis blog suka melihat pokok doa ini yang mana ia memainkan peranan penting dalam memberi sentuhan estetika kepada keadaan dan keindahan dan persekitaran. Terdapat di taman-taman awam, halaman rumah atau bahkan dalam ruang dalaman hebatnya fakta tanaman hiasan memperkaya akan ruangan dengan keindahan, warna dan tekstur serta landskap menarik. Terkini salah satu tanaman hiasan yang kian mendapat tempat di hati peminat tanaman adalah jenis Bucida molineti atau ada yang menyebutnya sebagai sejenis Pokok Doa. Jenis pokok doa seperti Bucida molineti antara yang paling viral dimana ia juga dikenali sebagai pokok 'Black Olive Tree' atau pokok 'Spiny Black Olive' dimana ia dilaporkan berasal dari kawasan Carribean dan Amerika Tengah. Meskipun namanya seakan ia menyerupai pokok zaitun namun ia sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan pokok zaitun yang menghasilkan buah zaitun. Pokok Spiny Black Olive tumbuh dengan rendah dan mempesona, mencapai ketinggian lebih dari 5 kaki. Apa pun melihat pokok ini dimana ciri keindahan jensi Bucida molineti dimana ia berdaun Hijau Tua dimana ia mempunyai ukuran daun yang kecil, tebal dan berwarna hijau tua yang dapat memberikan kontras dengan tanaman lain di sekitarnya. Warna hijau tua daunnya memberikan rasa kedamaian dan kesejukan kepada mata. Pokok ini unik sebab ia mempunyai struktur dahan dan ranting yang menarik dimana apabila ia dipangkas dengan betul maka akan membentuk rekabentuk yang menarik. Pokok ini memang jenis yang tahan lasak dan boleh hidup dalam pelbagai jenis tanah dan iklim. Ini antara sebab ia menjadikannya pilihan yang ideal untuk pelbagai lokasi dan keadaan. Artikel tengahari Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai fakta dan ciri pokok doa sebagai tumbuhan pokok hiasan dan teduhan untuk di jadikan bahan rujukkan semua.
Penanaman pokok doa dilaporkan memang semakin popular dimana pokok seperti jenis Bucida molineti iaitu ia sebagai sejenis tanaman hiasan yang membentuk keindahan dalam hiasan landskap (Sila lihat foto disebelah). Struktur pokoknya yang unik dan ia sering dan sesuai untuk digunakan sebagai elemen fokal dalam reka bentuk landskap. Ia dapat menarik perhatian orang ramai serta dapat untuk memberikan sesi yang mendalam kepada taman. Pokok yang membesar dengan dahan melebar adalah penyedia teduhan kategori sederhana apabila mencapai tahap pertumbuhan daunnya yang lebat. Pokok jenis Bucida molineti adalah pilihan yang baik untuk menyediakan bayangan di taman atau dsekitar halaman rumah datu premis bangunan. Ada yang berusaha unutk menanam pokok doa didalam pasu meskipun ia boleh membesar menjadi pokok besar sebagai tanaman hiasan untuk balkoni atau teres dengan di buat cantasan selalu. Salah satu tanaman atau pokok 'pemecah angin' sebab struktur pokok ini adalah ia kukuh menjadikannya pilihan yang baik sebagai pemecah angin di kawasan yang terdedah kepada angin kencang. Dilaporkan ciri keindahannya yang semula jadi serta tahap ketahanan yang tinggi dan sifat kepelbagaian dari segi fungsinya pokok doa memang ia pasti layak mendapat tempat dalam setiap taman atau kawasan taman. Sebagai tambahan penulis blog percaya dimana dengan sedikit usaha dalam pengurusan penanamn pokok doa ini boleh menjadi bintang dalam seni pertamanan semua. Baik sebagai elemen fokal, penyedia bayangan atau hanya sekadar sebagai salah satu tumbuhan untuk penambah estetika, pokok doa ini pasti akan memukau siapa saja yang memandangnya. Apa pun ia boleh dikenalpasti apabila spesies ini mungkin mudah pada pandangan pertama. Namun begitu penulis blog dapati jika cuba mencari gambar Bucida buceras (var.) atau Terminalia mantaly ‘Tricolor’, mungkin akan rasa agak kebingungan bagi tujuan membezakan antara keduanya. Cara mudah untuk membezakannya adalah dengan memeriksa batang pokoknya dimana jika terdapat duri maka besar kemungkinan itu adalah jenis Spiny Black Olive (Bucida molineti). Manakala pokok jenis yang lain mempunyai batang yang licin tanpa duri. Pokok Doa merupakan sejenis pokok teduhan yang terdiri daripada beberapa spesies seperti seperti Jenis Bucida molineti, Bucida angustifolia, Bucida Buceras, Bucida comintana, Bucida corelliana dan juga jenis Bucida niitida. Apa pun perlu di ketahui jika jeni spokok doa )Jenis B. bucida dan B. terminalia mantaly) sebenarnya ia ada dua jenis, satu jenis yang daun hijau dan jenis satu lagi adalah berdaun berbelang putih (variegated). Jenis yang berdaun hijau biasanya ia mempunyai jenis kanopi lebih besar dan pertumbuhannya agak cepat serta harganya adalah lebih murah. Bagaimana pun bagi jenis yang berdaun berbelang putih (variegated) dimana ia mempunai jenis kanopi lebih kecil dan pertumbuhan sangat perlahan kerana jeis ini ia kurang klorofil tetapi di jual dengan harga lebih mahal. Dipasaran di laporkan terdapat dua pilihan yang popular iaitu jenis hijau sepenuhnya atau Bucida Variegated (putih atau kuning-hijau). Antara ciri kelebihan dimana dari segi bentuknya yang rimbun dan dahan yang mendatar menjadikannya sangat sesuai untuk berfungsi sebagai pokok teduhan dan mencantikkan halaman. Aspek penjagaannya pula ia lebih mudah dijaga dan boleh membesar dengan cepat dengan penjagaan yang betul.


Di laporkan dimana pokok doa sama ada jenis Bucida molineti atau Bucida Variegated adalah pokok hiasan lanskap yang popular dengan dahan berlapis (rendang) berdaun kecil berwarna hijau atau putih kekuningan dimana ia juga selalu mempunyai kadar pertumbuhan menegak atau melebar (Sila lihat foto disebelah). Jenis pokok ini ia sangat sesuai sebagai peneduh, tahan panas matahari penuh dan memerlukan penjagaan sederhana sahaja. Apa pun ciri-ciri penting bagi pokok doa dari jenis Bucida dimana daunnya mempunyai warna yang berlainan antara monelrti dan variegated yang saiznya kecil, lebat dan berkilat. Terdapat pokok doa yang dari jenis hijau gelap (Bucida Hijau) dan ada dari jenis yang variegata (Bucida Putih atau Jenia Bucida Kuning) yang daunnya berwarna putih atau berwarna kuning bersinar apabila terkena terus dengan cahaya matahari. Dari segi bentuk pokok dimana selalunya cara pertumbuhan dahan yang berlapis-lapis dan melebar dimana ini memberikan gaya estetik yang eksklusif dan jenis teduhan yang baik. Ketinggian pokok ini yang di jaga baik ia boleh mencapai ketinggian sederhana sebagai pokok renek, atau membesar sehingga 7-20 meter jika tidak dipangkas. Ada jenis yang batangnya berduri dan ada yang tidak berduri dimana selalunya batangnya berkayu keras dan mempunyai duri yang kuat pada bahagian dahan. Ia sesuai tumbuh dengan bail dan memerlukan cahaya matahari penuh (full sun) dan penyiraman sederhana. Sesuai ditanam di halaman rumah, taman, atau kawasan taman rekreasi dimana sesuai untuk dijadikan sebagai pokok hiasan landskap (landscaping) untuk mencantikkan persekitaran. Bagi penulis blog selalu di fahamkan jika pokok ini juga dikenali dengan kebolehannya memberikan suasana segar dan nyaman di sekeliling rumah. APa pun 'Pokok Doa' ia biasanya merujuk kepada dua jenis tumbuhan yang berbeza sama ada jenis Maranta leuconeura (tumbuhan hiasan dalaman) atau Bucida molineti (pokok landskap luar). Jenis Maranta leuconeura (Prayer Plant) adalah pokok dimana tumbuhan ini mendapat nama 'Pokok Doa' kerana pergerakan daunnya yang unik. Pergerakan Daun (Nyctinastic) dimana daunnya akan terbuka mendatar pada waktu siang untuk menyerap cahaya dan melipat tegak ke atas pada waktu malam iaitu ia menyerupai tangan yang sedang berdoa. Dari segi corak daun ia mempunyai daun yang eksotik dengan corak berwarna-warni, seperti urat merah atau topok gelap di atas latar hijau.  Tumbuhan tropika ini sesuai pada habitat yang sukakan kelembapan tinggi dan cahaya tidak terus (separa teduh). Berbanding dengan Jenis Bucida molineti (Pokok Doa atau Bucida Putih) dimana di Malaysia, nama ini juga sering dikaitkan dengan pokok landskap yang mempunyai struktur berlapis. Keunikan ciri 'Bentuk Berlapis' yang mana ia mempunyai dahan yang tumbuh mendatar secara bertingkat-tingkat selalunya ia memberikan imej yang kemas dan formal. Ia mempunyai saiz daun yang kecil dan rimbun. Ad a terdapat variasi 'Variegated' (Bucida Putih) yang mempunyai campuran warna hijau dan putih. Ia sesuai ditanam sebagai pokok naungan di kawasan jalan raya atau taman kerana batangnya yang lurus dan silara yang tegak.


Di kongsikan fakta menanam pokok doa yang sesuai ditanam menggunakan tanah campuran berliang atau ada sistem saliran baik di persekitaran lembap dengan ada cahaya matahari langsung. Pokok ini suka pada kawasan bersuhu panas tetapi ia memerlukan siraman sederhana ditanah lembap tapi tidak bertakung dan dibaja sebulan sekali untuk daun cerah dan sihat. Elakkan ookok kekeringan panas matahari terus untuk mengelak daun layu. Cara Menanam Pokok Doa sebaiknya pilih lokasi sesuai dengan meletakkan di tempat yang terang tetapi tidak terkena cahaya matahari langsung sebab kepanasan melampau ia boleh membakar daun. Sebaiknya menggunakan campuran tanah yang ringan dan mempunyai saliran yang baik untuk mengelakkan reput akar. Dari awal menanam dimana ia perlukan kelembapan tinggi dan mesti disiram secara sederhana supaya tanah sentiasa lembap (bukan basah sehingga menganggu akarnya). Sama dengan jenis tanaman hiasan lain dimana dipastikan persekitaran dibersihkan daun yang rosak atau daun tua dengan membuangnya. Bagi mereka yang mahir dimana penanaman boleh di lakukan menggunakan bijibenih yang boleh di beli secara atas talian dengan harga RM10 satu paket dalam Shoopee dan Lazada. Benih ini perlu di rendam dahulu sebelu di semai didalam polibeg yang berisi media semaian. Ia akan tumbuh dalam beberapa hari dan sesuai di pindahkan selepas mempunyai biangan daun yang sesuai bergantung meaamnya didalam pasu atau terus di atas tanah. Kaedah kedua adalah dengan menggunakan keratan dahan yang di semai dalam polibeg dan di jaga sehingga sesuai di pindahkan juga. Di ulang jika pokok ini dinamakan 'pokok doa' sebab daunnya yang akan menguncup ke atas seperti tangan berdoa pada waktu malam. Media tanaman sebaiknya ia menggunakan tanah berasaskan gambut (peat-based) atau campuran tanah pasu yang kaya dengan nutrien serta mempunyai saliran yang baik. Pernah cuba menanam dimana cara paling mudah melalui keratan batang (pastikan ada nod atau ada buku pada keratan) atau pembahagian rumpun akar dimana keratan boleh berakar dalam air dahulu sebelum dipindahkan ke tanah. Pokok doa ini sukakan kelembapan tinggi dimana ia sesuai disemburkan air (mist) pada daun atau letakkan pasu di atas dulang berisi batu kerikil dan air.


Membuat tinjauan mengenai harga benih pokok doa (juga dikenali sebagai pokok Bucida) di Malaysia dimana ia biasanya dijual dalam paket mengikut jumlah biji dimana harganya adalah sekitar RM10 - RM15 satu paket. Dalam pada itu ada anakbenih yang dijual di nurseri dengan harga sekitar RM15 - RM50 sepokok bergantung kepada jenisnya, saiz pokok, kualiti dan jumlah yang di beli. Apa pun ada beberapa pilihan semasa hendak membeli benih Pokok Doa (Bucida) yang ada dijual di pasaran sama ada di nurseri swasta atau membeli didalam talian seperti Shopee dan Lazada. DIlaporkan biji Benih Benih Pokok Doa jenis Bucida dengan jumlah sekitar 100 Biji dalam paket akan menjadi pilihan yang lebih ekonomik untuk penanaman dalam skala yang lebih besar atau untuk hiasan rumah yang mahu akan meredupkan panas matahari. Apa pun jenis biji benih bagi jenisPokok Bucida Hijau atau jenis Pokok Payung (50 Biji) yang mana ia dikenali juga dengan nama saintifik Terminalia mantaly dimana jenis benih ini sering dicari untuk tujuan landskap kerana bentuknya yang berlapis-lapis seperti payung. Berlainan dengan cara pemilihan abak pokok doa atau anakbenih di nurseri. Ini kerana jika tidak mahu bermula dari benih dimana terdapat juga pilihan anak pokok yang sudah hidup dimana di Melaka penulis blog berkunjung ke beberapa nurseri swasta bagi anak Pokok Bucida Hijau (Pokok Doa Hijau) ia boleh didapati pada harga sekitar RM10-RM20 bergantung kepada saiz ketinggian anak pokok tersebut. Bagi jenis anakbenih Bucida Batik atau jenis lain seperti Variegated (Pokok Doa Putih) dimana jenis ini selalu akan mempunyai daun berwarna hijau keputihan dan biasanya dijual pada harga yang sedikit lebih tinggi, contohnya sekitar RM16.00 sehinga semahal RM20.00 untuk saiz kecil sehingga kepada saiz yang besar. 


Media tempata berminat mengenai laporan pokok doa dimana dalam hmetro dilaporkan 'Tanam pokok doa sempena Hari Bumi' yang melibatkan murid sekolah yang menanam pokok di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway, Subang jaya wajar di kongsikan. Ia sempena menyambut Hari Bumi Sedunia pada 22 April ini, Pallas Malaysia melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menanam sebanyak 12 pokok Bucida atau dikenali ‘pokok doa’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Sunway. Mengiut Eksekutif Jenama Pallas Eppie Lee dimana objektif program itu adalah untuk memberi kesedaran mencintai alam sekitar dalam kalangan pelajar. Melalui penanaman pokok ini, ia secara langsung dapat mendidik pelajar untuk menghargai alam sekitar dan mengajar mereka cara menanam pokok dengan betul. Syarikat Pallas akan meneruskan misi dalam menanam pokok di sekolah terpilih di seluruh negeri dan menyasarkan negeri di bahagian selatan seperti Melaka dan Johor untuk projek CSR akan datang. Sementara itu dakwa Pengetua sekolah Norjah Yusop berkata, aktiviti penanaman pokok itu diharap dapat menghijaukan lagi kawasan sekolah supaya lebih selesa. Melalui program ini diharap pelajar dapat meneruskan usaha memupuk kesedaran mengenai bertapa pentingnya menjaga alam sekitar dan mengekalkan aspek kebersihan dalam kawasan sekolah. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
POKOK DOA..DARI JENIS BUCIDA...
BEBERAPA JENIS...ADA BERBEZA...
MENJADI TEDUHAN...CANTIKNYA...
TANAM DIRUMAH... SUKA LIHATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(23 Syaaban 1447H).

Wednesday, February 11, 2026

KOBIS CINA DAN FAKTA PENTINGNYA

KOBIS CINA
(
Brassica rapa L. subsp. pekinensis.) atau dipanggil 'Chinese Cabbage' atau 'Napa Cabbage' atau 'Kobis Panjang' adalah sejenis sayur berdaun daripada keluarga Brassicaceae yang berasal dari China dimana cirinya ia dilihat mempunyai kepala berbentuk silinder, padat dan berwarna hijau muda ke putih. Apa pun sebenarnya ia popular dalam masakan Asia dengan cara masakan sama ada ia sering digoreng, dibuat sup atau dijadikan kimchi. Ia juga dikenali sebagai 'Sayur putih' atau 'Wong nga pak' yang luas di tanam. Melihat foto diatas dilihat dimana rupa bentuk kobis ini adalah ia berdaun lebar, hijau muda di bahagian hujung dan putih di bahagian batang kemudian ia membentuk bahagian kepala yang panjang atau silinder. DI Malaysia ia di minati ramai sebab memberikan rasa yang agak manis dan teksturnya rangup ketika di makan. Ia sangat versatil untuk tujuan sama ada digoreng, dimasak sup, dikukus atau dimakan mentah begitu sahaja. Apa di lapangan dimana selain jenis kepala padat (napa cabbage) yang di paparkan dimana ada terdapat juga jenis seperti Jenis Bok Choy (Jenis Sawi Cina) yang tidak membentuk kepala. APa yang penulis blog tahu dimana di Malaysia sayur ini memang ia banyak ditanam di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands, Pahang dan di jual dalam negara malahan ada di eksport ke SIngapura juga. Ia di minati sebab mempunyai nilai nutrisi termasuk dalam nilai perubatan, tinggi kandungan air dan juga tinggi bahan serat. Jenis yang paling biasa ditemui di pasar raya ialah 'Jenis Napa Cabbage yang mana ia berdaun kerinting sedikit, kepala padat) dan bok choy (batang putih, daun hijau licin). Kalangan surirumah pula sayur ini sangat serba guna dan boleh dimasak dengan pelbagai cara termasuk digoreng Kilas (Stir-fry) iaitu cara memasak pantas dengan bawang putih atau sos tiram. Selalu juga di buat sup dan menjadi bahan utama dalam sup sayur atau steamboat kerana teksturnya yang lembut bila direbus. Makanan Kimchi ia digunakan sebagai bahan asas yang paling utama membuat kimchi (jeruk tradisional Korea). Dalam pada itu sayur segar ini boleh dihiris halus untuk dijadikan salad atau coleslaw. Artikel petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa fakta penting sejenis sayur iaitu Kobis Cina sebagai bahan rujukan pembaca semua.


Dilapangan dimana sayur daun jenis  Kobis cina secara umumnya terbahagi kepada dua kumpulan utama berdasarkan bentuk dan cara pertumbuhannya. Jenis pertama adlah Jenis Kumpulan Pekinensis (Kobis Berkepala) dimana jenis ini akan  membentuk 'kepala' yang padat seperti kobis biasa tetapi berbentuk lebih lonjong. Apa pun jenis ini juga di panggil sebagai Jenis Kobis Napa (Napa Cabbage) iaitu ia adalah jenis yang paling popular, berbentuk seperti tong (barrel-shaped) dengan daun berwarna hijau pucat yang berkedut dan batang putih lebar. Jenis ini sangat sesuai untuk membuat kimchi atau masakan hot pot. Bagaimana pun ada Jenis Silinder (Michihili) dimana ia lebih berbentuk lebih panjang, ramping dan lebih menegak berbanding napa. Daunnya lebih gelap di bahagian atas dan sering digunakan dalam salad atau tumisan. Jenis yang kedua adalah Jenis Kumpulan Chinensis (Kobis Tidak Berkepala) dimana jenis ini tidak membentuk kepala yang padat dan daunnya tumbuh secara terbuka atau dalam rumpun. Sayur Bok Choy (Pak Choi) berlainan sebab ia mempunyai batang putih atau hijau yang tebal dan rangup dengan daun hijau gelap yang licin 
 (Sila lihat foto disebelah). Terdapat juga variasi atau jenis 'Baby Bok Choy' yang mana saiznya ia lebih kecil dan lebih lembut teksturnya. Ada juga jenis Choy Sum yang mana ia sering dikelirukan dengan sayur bok choy akan tetapi ia mempunyai batang yang lebih kurus dan panjang serta biasanya akan ia disertakan dengan bunga kuning kecil yang boleh dimakan. Apa pun jenis ini memberikan rasanya lebih manis dan berlemak. Bagus mengetahui akan fakta perbezaan ringkas dimana ciri bagi Jenis Ciri Kobis Napa dengan Bok Choy iaitu napa mempunyai bentuk kepala lonjong dan padat sementara Bok Choy ia adalah rumpun terbuka. Jenis Napa bertekstur daunnya berkedut dan nipis tetapi bok choy ia berbatang tebal dan rangup. Jenis napa memberikan rasa lembut dan manis serta segar sedangkan bok choy ia ada rasa sedikit pahit. Persamaannya dimana kedua-dua jenis ini sangat berkhasiat kerana kaya dengan vitamin C, vitamin K dan asid folik.


Fakta bagaimana cara m
enanam kobis cina (napa cabbage) sebenarnya tidak terlalu rumit jika kena dengan caranya. Sayuran ini boleh mula dituai dalam masa kira-kira 50 hari selepas disemai. Langkah-langkah untuk menanam kobis cina di mulakan dengan proses penting iaitu penyemaian biji benih yang perlu ia disemai biji benih dalam dulang semaian (seeding tray) yang menggunakan media peat moss. Pastikan tanah sentiasa lembap tetapi tidak terlalu basah untuk mengelakkan akar reput. Proses memindahkan anakbenih apabila anak pokok sudah mempunyai 2 - 4 helai daun atau daunnya sudah sebesar bola pingpong sesuai untuk dipindahkan ia ke dalam pasu besar (diameter sekitar 50 cm) atau batas tanaman di kebun yang disediakan. Aktiviti penyediaan kawasan di dalam pasu dilakukan dengan mana tanah menggunakan campuran tanah yang kaya dengan nutrisi sama seperti campuran tanah nursery, baja kandang ayam dan kompos. Nisbah yang disyorkan adalah 2 bahagian kompos kepada 1 bahagian pasir. BAgi tanam luas di kebun disediakan batas tanaman dan di bubuh baja asas. Tanaman kobis cina memerlukan banyak nutrisi dan air diman sebaiknya ia diberi baja secara rutin dan pastikan ia mendapat cahaya matahari yang sangat mencukupi. Pembaca blog ini juga boleh menggunakan air cucian beras sebagai baja tambahan untuk menyuburkan tanaman di kawasan keliling rumah. Tanaman ini sangat di sukai oleh serangga perosak dan juga ancaman penyakit. Bagi kawalan perosak perlu di perhatikan ancaman dan diberi perhatian kepada ancaman semut, lintah bulan dan siput yang boleh merosakkan tanaman terutama apabila malam hari. Lazimnya dengan penjagaan yang baik maka kobis cina ini ia biasanya sedia dituai apabila kepalanya terasa padat dan pejal apabila ditekan lembut.


Fakta khasiat kesihatan sayur k
obis cina bukan sahaja sedap di makan malahan ia kaya dengan nutrisi tersendiri. Kobis Cina di laporkan ia rendah kalori yang mana ini amat sesuai untuk mereka yang ingin menjaga berat badan. Ia juga memang ada zat vitamin dan zat mineral iaitu ia kaya dengan Vitamin C, Vitamin K, asid folik dan serat. Ia mempunyai bahan antioksidan yang akan dapat membantu meningkatkan sistem imuniti badan dan baik untuk kesihatan kulit. Dilaporkan sayur kobis cina iaitu termasuk jenis pak choy dan jenis sawi putih ia sangat berkhasiat kerana kaya dengan vitamin A, C, dan serat yang bertindak sebagai sumber untuk antioksidan kuat untuk kesihatan mata, kulit, serta membantu dalam meningkatkan imuniti. Ia juga membantu dalam sistem pencernaan, dapat menurunkan kolesterol, mengawal tekanan darah dalam badan dan menyokong proses detoksifikasi hati.
Kehebatan kobis Cina adalah ia akan dapat Meningkatkan Kesihatan Mata sebab kandungan vitamin A yang tinggi, beta karotena, lutein dan zat zeaxanthin membantu mencegah katarak dan meningkatkan penglihatan terutamanya pada waktu malam. Ia bagus untuk kesihatan Sistem Pencernaan dan juga Kesihatan Kulit sebab bagan serat yang tinggi membantu melancarkan sistem penghadaman dan ia juga dilaporkan akan menyokong kulit yang sihat dan berseri. Sayur ini sebagai bahan Detoksifikasi Hati sebab ia mampu dalam mempercepatkan proses detoksifikasi fasa II hati, membantu badan membuang toksin. Tidak hairan juga jika ia mampu untuk dapat Menurunkan Kolesterol dan Tekanan Darah sebab bahan serat larut dan fitosterol mengikat kolesterol jahat (LDL) di usus dan menghalang penyerapannya, di samping membantu menurunkan tekanan darah. Sayur Kobis Cina ini memang ia kaya nutrisi antaranya sumber vitamin C dan nutrien lain yang baik untuk imuniti dan kesihatan keseluruhan. Sayuran ini sangat baik untuk dimasak tumis, sup atau sesuai untuk dimakan mentah dalam salad. Bagaiman pun awas sebab memakan kubis Cina janganlah dalam jumlah terlalu banyak sebab ia boleh menyebabkan gangguan pencernaan seperti kembung perut, gas dan cirit-birit disebabkan potensi kandungan serat tinggi dan gula raffinose yang sukar untuk ia dihadam. Risiko lain termasuklah gangguan fungsi tiroid jika dimakan mentah dalam kuantiti besar serta ancaman bahaya karsinogenik jika dimasak sehingga hangus. Ada ancaman lain memakan kobis ini seperti ada gangguan pencernaan atau ada seimptim kembung atau bergas disebabkan oleh bahan serat yang tidak larut dan raffinose yang tinggi dimana kes ini ia boleh membebankan usus, menyebabkan perut kembung, bergas malahan akan berlaku kes cirit-birit terutamanya bagi penghidap IBS (sindrom usus merengsa). Ada juga risiko kanser terutama jika ia di masak hangus semasa digoreng terlalu lama sehingga hangus atau warna hitam (terbakar) mengandungi bahan karsinogenik yang boleh meningkatkan risiko kanser usus. Mengenai isu ancaman dan masalah Tiroid jika memakan kobis Cina mentah dalam kuantiti yang sangat banyak boleh mengganggu penyerapan iodin oleh tiroid. Cara bagi mengurangkan risiko ini dengan memasak kobis dengan cara rebus, kukus atau masak lemak, bukannya goreng sehingga hangus dan awas untuk menghadkan pengambilan dalam satu-satu masa jika mempunyai perut yang sensitif.


Harga kobis cina (atau kubis Beijing) di Malaysia sekitar RM3.20 - RM5.90 sekilogram yang bergantung kepada lokasi dan jenis (jenis panjang atau jenis bulat). Menarik di kongsikan kan fakta jenis resepi kobis cina untuk dijadikan panduan. Bagi penulis blog dimana kobis cina (juga dikenali sebagai kubis panjang atau napa cabbage) sangat versatil kerana teksturnya yang rangup dan rasa yang manis semulajadi. Pertama adalah Resepi Kobis Cina Masak Sos Tiram (Ala Restoran) dimana bagi penulis blog resepi ini memberikan rasa umami yang kuat dan sangat sesuai dipadankan dengan nasi putih panas (Sila lihat foto disebelah). Bahan-bahan untuk menyediakannya adalah ½ biji kobis cina (dihiris kasar), 2 ulas bawang putih (diketuk/dicincang), 2 sudu besar sos tiram, 1 sudu kecil kicap cair atau kicap manis, sedikit air dan juga ada bancuhan tepung jagung (untuk pekatkan kuah) dan juga bahan cili merah atau cili api (jika mahu pedas). Cara untuk memasaknya dengan menumis bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan. Kemudian di masukkan sos tiram, kicap, dan sedikit air dan di biarkan mendidih. Seterusnya di masukkan kobis cina serta digaul rata sehingga sayur sedikit layu tetapi masih rangup. Tuangkan bancuhan tepung jagung jika mahu kuah yang lebih pekat dan berkilat di dierasakan dengan sedikit gula atau garam (jika perlu) dan siap untuk dihidangkan. Kedua ada jenis Resepi Kobis Cina Tumis Air iaiau ia makanan sayg sangat simpel dan menyihatkan dimana ia sesuai untuk hidangan harian yang cepat dan menyegarkan. Bahan disediakan adalah kobis cina, bawang merah dan bawang putih (dihiris), lobak merah (dihiris nipis), suun yang sebagai pilihan, bebola ikan atau isi ayam dan sediakan air secukupnya. Cara memasak dengan menumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. Kemudian dimasukkan isi ayam atau bebola ikan dan dimasak seketika. Seterusnya di tuangkan air dan masukkan lobak merah dan dibiarkan untuk mendidih. Masukkan kobis cina dan suun yang dimasak sehingga sayur lembut mengikut citarasa dan diperasakan dengan garam atau serbuk perasa secukupnya. Petua lain jangan masak kobis terlalu lama supaya ia tidak menjadi terlalu lembik dan hilang rasa manisnya. Anda juga boleh menambah telur hancur di akhir tumisan untuk rasa yang lebih lemak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SAYUR KOBIS CINA...BANYAK JENISNYA...
IA DI TANAM..CAMEROON HIGHLAND ADA...
BERKHASIAT... PELBAGAI CARA MASAKNYA...
MENANAM SENDIRI..DALAM PASU SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai PAnjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(22 Syaaban 1447H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...