Support My Blog

Tuesday, December 23, 2025

SOTONG KERING DAN FAKTANYA (Part 2)

SOTONG KERING (Dried squid) merupakan hasil dari laut dari sotong segar di keringkan dan ia telah melalui proses pengeringan untuk tujuan pengawetan dan tahan sangat lama. Ia merupakan bahan masakan yang popular dalam hidangan Asia terutamanya di kalangan rakyat Malaysia dan Singapura kerana dapat dan memberikan rasa yang enak, lemak dan lebih pekat dengan aroma yang unik berbanding sotong segar. Penulis blog paling suka makan sotong kering mentah (di ratah begitu sahaja) atau sotong kering panggang berempah atau sotong kering yang di masak sambal dan sotong kering di masak tumis. Teringat semasa pertama sekali berkunjung ke negara Korea sekitar tahun 1990 dimana setiap hari membeli dan memakan sotong kering sehinggakan gigi kepenatan mengunyah masa itu dimana sotongnya dihasilkan dari laut sejuk memang lembut dan manis. Lazimnya dimana tekstur sotong kering umumnya adalah ia sangat keras, liat dan nipis (sekeping) sebelum dimasak atau di rendam dengan air panas. Dari segi warna selalunya ia berwarna coklat atau coklat kemerahan atau coklat gelap bergantung kepada jenisnya, punca laut mana dan kaedah pengerinan di jalankan. Bagaimana pun memang ada juga jenis Sotong Kering Hitam yang mempunyai warna gelap yang menarik dan unik pula. Sotong kering yang tahan lama bertahun tahun ini mempunyai aroma khusus apabila di masak dimana aroma ini akan menaikkan lagi rasa hendak memakannya. Penulis blog pun suka memakan produk snek sotong atau pun cattlefich snack yang diperisakan dengan enak di jual di pasaran seperti di Langkawi, Pulau Pangkor, WP Labuan untuk mendapatkan produk yang fresh dan segar. Kepentingan sotong kering ini amat signifikan dan penting dala penggunaannya di dalam masakan masyarakat Malaysia dimana ia sering digunakan sebagai bahan utama atau perasa tambahan dalam pelbagai menu tempatan yang viral iaitu Menu Sotong Kering Sambal Tumis merupakan kuliner yang paling popular dimana ia paling sering dimakan bersama nasi lemak setiap hari di Malaysia. Makanan sotong kering sebagai snek pula sangat popular dimana ia boleh disediakan dalam uluhan menu daripada snek sotong kering berempah pedas sehingga sotong kering manis dan pedas. Dimana sahaja jika ada keramaian akan ada penjaja yang akan membakar sotong kering dengan pelbagai perisa dan menjadi snek untuk dimakan bersama minuman. Tidak ketinggalan juga sotong kering merupakan salah satu komponen penting dalam masakkan mee goreng, meehoon goreng, nasi goreng dimana penggunaannya sangat signifikan dalam memberikan citarasa 'seafood taste' kepada sebabnya kenapa ramai kedatangan pelanggan di premis jualan. Artikel petang Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai beberapa fakta dan kisah menarik mengenai fakta sotong kering untuk di jadikan bahan rujukkan semua sekali pembaca blog ini.


Harga sotong kering di Malaysia berbeza-beza mengikut saiz dan gred kualiti iaitu ia selalu di jual dengan banyak pilihan iaitu daripada saiz sederhana hingga premium besar. Harga sotong kering sebenarnya bervariasi dimana lazimnya berkisar antara RM26 hingga lebih RM90 setiap kilogram diman harga ini tentunya ia bergantung kepada siapa yang menjual, kesegaran, jenis atau spesis sotong, jumlah di beli serta sama ada membeli secara borong, runcit atau atas talian sahaja. Pertama sekali dengan merujuk tawaran sotong kering di talian Lazada dan Shopee yang memang ada banyak pakej di tawarkan mengikut jumlah, jenis dan juga aspek kualiti. Lazada menawarkan beberapa pakej dimana penulis blog pernah membeli pakej berukuran besar sebanyak 2 keping (2 ekor) iaitu dengan harga RM65.00 (Sila lihat foto disebelah). Sotong ini memang terbaik kualitinya sebab ia besr dan aromanya baik serta sesuai di masak sambal sotong dimakan dengan nasi lemak. Hasil laporan tinjauan pihak berkuasa di Malaysia di paparkan beberapa pilihan sotong kering yang terdapat di pasaran Malaysia dan berserta ciri-ciri utamanya. Bagi jenis Sotong Kering Saiz Sederhana selalunya jenis sotong ini dijual dengan harga yang masih berpatutan iaitu pada harga purata yang dilihat adalah sekitar RM97.57 untuk 1kg di pasar raya tertentu seperti Econsave. Walau bagaimanapun ada tinjauan mendapati jika ada harga serendah RM5.00 sekilogram yang juga pernah direkodkan di pasar awam pada tarikh tertentu. Bagaimana pun dilaporkan bagi jenis sotong Kering Gred AAA (1kg) atau sotong premium berkualiti tinggi, sering dijual oleh pembekal khusus dimana harga untuk 1kg produk ini dari jenama The Fisherman disenaraikan pada harga RM85.89 sekilogram (dikira balik berdasarkan harga borong 10kg). Jenis sotong Kering Keping Besar Premium ini dilaporkan ia adalah jenis kepingan sotong kering berdaiz yang lebih besar dimana ia biasanya mesti direndam sebelum dimasak (sering digunakan dalam Yong Tau Fu). Apa pun ada kes ddimana harga adalah berbeza mengikut saiz dan kualiti seperti kes satu keping besar (lebih kurang 250g) boleh berharga sekitar RM55.00 dan kes lain di laporkan bagi Sotong Kering Sayap (1/2 KG) Bahagian sayap sotong juga dijual berasingan iaitu dijual pada harga RM26.25 sekilogram yang penulis blog selalu sering membelinya dan enak di masak sambal nasi lemak.


Kalangan rakyat Malaysia tahu jika terdapat pelbagai cara untuk memasak sotong kering, namun dua resepi yang paling popular di Malaysia ialah Sambal Tumis Sotong Kering, Sambak Baby Sotong Kering dan Kerabu Mangga Sotong Kering. Pertama yang paling di sukai adalah Resepi Sambal Tumis Sotong Kering yang sangat digemari terutamanya apabila dimakan bersama nasi lemak. Langkah membuatnya adalah dengan sotong kering perlu dilembutkan terlebih dahulu supaya tidak liat dimana perlu di rendam sotong kering bersama sedikit soda bikarbonat (1-2 sudu kecil) selama 3-4 jam atau semalaman sehingga ia kembang dan lembut. Kemudian perlu di bersihkan dengan cara membasuh bersih dan rebus sebentar (sekitar 15 minit) untuk membuang bau ubat atau kapur sebelum dimasak. Apa pun kemudian sotong kering yang telah dikembangkan di simpan dulu. Menyediakan bahan kisar terdiri dari cili kering, bawang merah, bawang putih, dan sedikit belacan diman semuanya di kisar. Bagi bahan lain adalah air air asam jawa, gula (gula melaka lebih sedap) dan garam secukup rasa. Cara memasak adalah dengan menumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan garing. Kemudian di masukkan air asam jawa, gula, dan garam. Biarkan mendidih. Kemudian dimasukkan sotong yang telah dibersihkan dan dikacau rata sehingga kuah pekat dan meresap ke dalam sotong dan dimatikan api sedia untuk di hidangkan. Selain itu penulis blog suka juga membeli Baby Sotong atau cumi yang kecil untuk di buat Resepi Sambal Baby Sotong dimana bahannya adalah sotong cumi, cili kering (direbus dan dikisar dengan bawang merah), bawang merah (dikisar), bawang putih (dihiris), asam keping, garam, gula dan bahan perasa. Cara-cara memasaknya dimulakan dengan membasuh sotong cumi dengan bersih dan rendam dengan air selama 15 hingga 20 minit. Selepas itu boleh kisar cili kering dan bawang merah dan kemudian, panaskan minyak dan tumis bawang putih serta masukkan cili kering yang sudah dikisar tadi. Seterusnya perlu masak dengan menggunakan api sederhana sampai sambal masak dan pecah minyak. Boleh dimasukkan sotong, garam, gula dan perasa, tapi garam jangan letak banyak sangat sebab sotong itu sudah ada rasa masin dan terpulang nak ganti perasa dengan letak kiub ikan bilis pun boleh. Akhir sekali adalah dimasukkan asam keping dan kacau sekejap dan jika pekat sangat boleh tambah air. Tutup api dan ia siap untuk dihidangkan. Makanan ketiga yang penulis blog suka makan tetapi jarang buat sendiri adalah Resepi Kerabu Mangga Sotong Kering sebab hidangan ini lebih kepada pembuka selera yang mempunyai rasa masam, manis, dan pedas. Bahan-bahan disediakan adalah sotong dimana sebaiknya digunakan sotong kering yang nipis (biasanya jenis bergula dalam paket) atau sotong kering yang telah dibakar dan dicarik halus. Bahan sayuran atau buah pula adalah buah mangga muda (disagat), bawang besar (dihiris), cili padi, dan cili merah. Sediakan bahan sosnya dari perahan limau nipis, garam dan gula dan ada bahan tambahan lain iaitu kacang tanah goreng (ditumbuk kasar) dan udang kering. Cara membuatnya adalah dengan menggaulkan semua bahan hiris (mangga, bawang, cili) bersama sotong kering. Masukkan perasa (garam, gula, limau) dan bahan tambahan seperti kacang tanah. Gaul sehingga rata dan adunan sedia untuk dihidangkan. Ada petua melembutkan sotong kering dimana selain bahan soda bikarbonat sebenarnya boleh merendam sotong dalam air yang dicampur dengan air abu (abu chang) untuk kesan kembang yang lebih maksima seperti di kedai. Ada juga sotong kering juga boleh dimasak sebagai Kari Sotong Kering dengan menambah serbuk kari ke dalam tumisan bawang. 


Dalam portal berita sinarharian.com ada laporkan dimana '
Cuaca panas beri limpahan rezeki buat pengusaha sotong kering' bagi pengusaha dari Besut iaitu Fazil Zabidi jalankan proses pengeringan sotong di bengkel pemprosesan sotong di Kampung Air Tawar, Besut. Apa pun musim panas yang melanda turut memberi limpahan rezeki buat seorang pengusaha sotong kering di Kampung Air Tawar kerana dilaporkan ia mampu meraih pengeluaran hasil yang lumayan. Bagi Fazil Zabidi Zakaria (52) kata keadaan cuaca panas dan kering membantu mempercepatkan lagi proses pengeringan sotong sekali gus meningkatkan pengeluaran hasil produk tersebut. Limpahan cahaya matahari yang mencukupi membantu produk yang dihasilkan supaya lebih berkualiti berbanding menggunakan kaedah pengeringan lain. Tekstur sotong yang dikeringkan menggunakan cahaya matahari lebih cantik malah warnanya juga lebih putih berbanding dengan sotong yang dikeringkan menggunakan kaedah salai (Sila lihat foto paling bawah sekali). Selain itu, proses pembuatannya juga lebih cepat kerana ia dapat dihasilkan dalam tempoh setengah hari sahaja dengan menggunakan seratus peratus sinar matahari dan jika keadaan cuaca tidak mengizinkan, dia perlu menggunakan kaedah salai bagi memastikan sotong tersebut dapat dikeringkan dan produktiviti produk berkenaan tidak terbantut. Apabila guna cahaya matahari ini dia akan lebih berjimat kerana tak perlu keluarkan kos untuk untuk beli arang dan sebagainya dimana sotong yang dikeringkan menggunakan cahaya matahari lebih baik kerana sotong salai akan mempunyai bau arang. Dia akan jual pada harga RM180 setiap satu kilogram itu digemari oleh masyarakat Cina dan mendapat permintaan tinggi oleh pelanggan dari Kuantan, Ipoh dan Pulau Pinang. Setakat ini sebanyak 400 kilogram (kg) sotong kering telah dihasilkan dalam tempoh sebulan dengan menggunakan kira-kira 1,600kg sotong basah. Apa pun dakwanya secara purata, setiap satu kilogram sotong kering memerlukan kira-kira empat kilogram sotong segar atau nisbah 1:4. Sotong kering yang dihasilkan juga perlu melalui beberapa peringkat bermula daripada proses pembersihan sehingga pengeringan. Dia turut berdepan dengan masalah kekurangan bekalan sotong segar walaupun persaingan dalam kalangan pengusaha sotong kering agak berkurangan. Selalunya proses menghasilkan sotong kering akan dihentikan buat sementara sewaktu ketiadaan bekalan dan kembal beroperasi selepas memperoleh bekalan sumber protein itu. Proses pengeluaran sotong kering juga bergantung kepada bekalan, ada masa banyak sotong kita pernah dapat sehingga 300 kg sehari. Kalau masa tak ada kita akan rehat sehari dua dan kembali mendapatkan bahan mentah itu. Biasanya bekalan sotong segar saya peroleh daripada pembekal Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) atau daripada mereka yang mencandat sotong. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
SOTONG KERING... JADI KEGEMARAN...
DI BUAT SAMBAL...WOW ENAK RASANYA...
HARGA MAHAL... BAYAR SAHAJA NAK RASA...
BANYAK KHASIAT...SUKA DAPAT UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(1 Rejab 1447H).

Monday, December 22, 2025

SOTONG KERING DAN FAKTANYA (Part 1)

SOTONG KERING
(Dried squid) merupakan hasil dari laut dari sotong segar di keringkan dan ia telah melalui proses pengeringan untuk tujuan pengawetan dan tahan sangat lama. Ia merupakan bahan masakan yang popular dalam hidangan Asia terutamanya di kalangan rakyat Malaysia dan Singapura kerana dapat dan memberikan rasa yang enak, lemak dan lebih pekat dengan aroma yang unik berbanding sotong segar. Penulis blog paling suka makan sotong kering mentah (di ratah begitu sahaja) atau sotong kering panggang berempah atau sotong kering yang di masak sambal dan sotong kering di masak tumis. Teringat semasa pertama sekali berkunjung ke negara Korea sekitar tahun 1990 dimana setiap hari membeli dan memakan sotong kering sehinggakan gigi kepenatan mengunyah masa itu dimana sotongnya dihasilkan dari laut sejuk memang lembut dan manis. Lazimnya dimana tekstur sotong kering umumnya adalah ia sangat keras, liat dan nipis (sekeping) sebelum dimasak atau di rendam dengan air panas. Dari segi warna selalunya ia berwarna coklat atau coklat kemerahan atau coklat gelap bergantung kepada jenisnya, punca laut mana dan kaedah pengerinan di jalankan. Bagaimana pun memang ada juga jenis Sotong Kering Hitam yang mempunyai warna gelap yang menarik dan unik pula. Sotong kering yang tahan lama bertahun tahun ini mempunyai aroma khusus apabila di masak dimana aroma ini akan menaikkan lagi rasa hendak memakannya. Penulis blog pun suka memakan produk snek sotong atau pun cattlefich snack yang diperisakan dengan enak di jual di pasaran seperti di Langkawi, Pulau Pangkor, WP Labuan untuk mendapatkan produk yang fresh dan segar. Kepentingan sotong kering ini amat signifikan dan penting dala penggunaannya di dalam masakan masyarakat Malaysia dimana ia sering digunakan sebagai bahan utama atau perasa tambahan dalam pelbagai menu tempatan yang viral iaitu Menu Sotong Kering Sambal Tumis merupakan kuliner yang paling popular dimana ia paling sering dimakan bersama nasi lemak setiap hari di Malaysia. Makanan sotong kering sebagai snek pula sangat popular dimana ia boleh disediakan dalam uluhan menu daripada snek sotong kering berempah pedas sehingga sotong kering manis dan pedas. Dimana sahaja jika ada keramaian akan ada penjaja yang akan membakar sotong kering dengan pelbagai perisa dan menjadi snek untuk dimakan bersama minuman. Tidak ketinggalan juga sotong kering merupakan salah satu komponen penting dalam masakkan mee goreng, meehoon goreng, nasi goreng dimana penggunaannya sangat signifikan dalam memberikan citarasa 'seafood taste' kepada sebabnya kenapa ramai kedatangan pelanggan di premis jualan. Artikel petang Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai beberapa fakta dan kisah menarik mengenai fakta sotong kering untuk di jadikan bahan rujukkan semua sekali pembaca blog ini.


Penting di kongsikan fakta begaimana proses membuat sotong kering yang asalnya adalah sotong segar di tangkap dari laut daripada beberapa spesis. Apa pun bagi penulis blog mendapati jika antara s
pesis sotong kering terbaik biasanya bergantung pada jenis sotong asalnya dimana jenis sotong yang paling dicari adalah jenis Sotong Kering Victoria (Victoria Squid) atau jenis Sotong Kering Hantu (Ghost Squid) kerana ciri kelembutan dan rasanya yang padu dan juga ia adalah jenis  sotong dari perairan laut yang sejuk (seperti yang di makan di Korea). Ada pun jenis Sotong Putih (dari Laut Sabah dan laut Sarawak) juga menjadi kesukaan ramai orang Malaysia disebabkan jenis ini selalunya akan dijual dengan harga premium jika jatuh dalam gres Gred AAA atau sebagai 'Sotong Kembang' dimana ia lebih tebal dan manis. Bagaimana pun cara memproses sotong segar sehingga menjadi sotong kering menggunakan pelbagai jenis sotong. Di dunia dimana Jenis Sotong Victoria (Victoria Squid) di cari sebab ia adalah spesis premium sotong kering berpunca ia lebih lembut dan nipis serta amat mudah kembang apabila direndan untuk dimasak serta mempunyai rasa yang lebih manis. Walau pun ada jenis lain seperti Jenis Sotong Hantu yang ia juga sangat lembut, nipis dan mudah menyerap perisa namun ia hanya sesuai untuk beberapa resepi masakan tertentu sahaja. Cara mengeringkan sotong dibawah sinaran matahari merupakan teknik paling lumrah di lakukan di kawasan nelayan tepi laut dimana didakwa cara ini memberikan hasil sotong kering lebih enak, harum dan pastinya kos lebih murah. Penulis blog pernah di beritahu kalau hendak membeli sotong berkualiti sebaiknya pilih produk sotong kering yang warnanya cerah (kuning pucat ke putih) atau warnanya tidak terlalu hitam atau berbau tengik dimana kemudian berikan rasa teksturnya sedikit kenyal tapi mudah lembut bila direndam atau dimasak. Secara tradisional ada satu kaedah untuk melembut dan mengembangkan sotong kering iaitu menggunkan 'abu chang' semasa merendam sotong kering dimana ia akan hasilkan sotong kembang yang gebu dan lembut. Cara lain adalah dengan merendam sotong kering bersama bahan 'Soda Bikarbonat' yang mempercepatkan proses ini dalam masa antara sekitar 1-2 jam berbanding kaedah menendam dengan air biasa selama 5 - 15 jam baru jadi lembut.


Antara fakta menarik mengenai sotong kering adalah dimana s
otong kering yang terdapat di pasaran terbahagi kepada beberapa kategori utama berdasarkan jenis spesies sotong, kaedah atau cara pemprosesan dilakukan dan gred kualitinya. Apa yang penulis blog pernah tanya dengan penjual sotong di Langkawi, Pulau Pangkor, Kuala Kedah dimana ada beberapa jenis-jenis sotong kering yang biasa ditemui ada dijual mereka. Diberitahu dimana jenis pertama yang agak banyak di jual adalah Jenis Sotong Katak (Cuttlefish) dimana jenis ini adalah ia mempunyai badan yang lebar, tebal, dan tekstur yang lebih kenyal. Penilaian yang di buat mendapati jika ia adalah jenis yang paling popular untuk dijadikan sotong kering premium kerana isinya yang padat. Bagaimana pun penulis blog kurang suka dengan jenis sotong ini sebab rasanya kurang manis, isinya agak keras dan aromanya juga kurang hebat dimana harga pasaran juga dari yang murah sehingga sederhana sahaja. Jenis keuda adalah jenis Sotong Kering Sotong Jarum atau Jenis Sotong Torok (Needle or Arrow Squid) dimana ia berbadan langsing dan panjang dan ia biasanya dikeringkan dalam saiz yang lebih kecil dan sering digunakan dalam masakan seperti sambal tumis untuk di makan dengan nasi lemak atau sesuai di gunakan dalam masakan tomyam. Sotong yang di pilih selalunya bersaiz kecil-kecil sahaja dan di jemur lama sehingga ia akan menjadikan saiz kecil untuk di buat sambal tanpa memotongnya. Jenis ketiga adalah Sotong Kering dari Jenis Sotong Putih (Bigfin Reef Squid) yang mana kadangkala jenis sotong ini setelah ia dikeringkan akan menghasilkan produk sotong yang disukai ramai dan lebih popular dimakan segar sahaja. Ad laporan dimana ada produk lain berasaskan sotong yang di proses menjadi Sotong Kering Masin dimana sotong segar akan diawet dengan garam sebelum dikeringkan di bawah cahaya matahari. Ia perlu dicuci atau direndam dahulu untuk membuang garam didalamnya sebelum dimasak untuk mengurangkan rasa masin. Apa pun bagi penulis blog produk Sotong Kering Tanpa Bahan Tambahan (Plain) adalah jenis produk sotong kering yang berkualiti tinggi dimana ia dikeringkan secara semula jadi tanpa tambahan garam atau perasa dan hasilnya ia akan memberikan rasa keenakan sotong premium yang enak dan harum dari produk laut. Apa pun penulis blog ada beberapa kali membeli produk Sotong Kering Kembang yang dijual di pasaraya dimana ia merujuk kepada sotong kering (biasanya sotong katak) yang telah direndam dengan bahan tertentu (seperti abu kayu atau soda) supaya ia mengembang semula menjadi lembut dan kenyal dimana ia memang sesuai untuk di masak sambal sotong sahaja yang enak. Bagi penulis blog sambal yang gunakan sotong kering kembang sangat sesuai di makan oleh mereka yang ada masaalah gigi, kanak-kanak dan orang tua juga sebab ia lembut sehingga tidak perlu di kunyah terus di telan. Terakhir dilaporkan adalah produk popular di mana sahaja iaitu Snek Sotong Kering yang mana ia adalah sotong yang telah diproses, dicarik (shredded) atau disalut dengan perasa (seperti madu, pedas, atau gula) dan boleh terus dimakan pada bila-bila masa, berkhasiat dan tahan lama. Penulis blog paling sering membeli snek sotong kering sebab memang enak di makan sambil memandu jarak jauh. Apa pun kualiti sotong yang baik dimana digredkan sebagai  Gred Premium (AAA) yang selalunya berwarna putih cerah atau kekuningan bersih, seakan sotong segar dan penting diperiksa jika ia mengeluarkan bau manis air laut apabila direndam. Bagi sotong kering gred biasa selalunya ia bersaiz lebih kecil atau warnanya mungkin lebih gelap atau kusam.


Ilmu dan cara mengeringkan sotong selain daripada jenisnya dimana p
roses dalam pembuatan sotong kering iaitu secara tradisional dan cara komersial melibatkan beberapa langkah utama untuk dapat memastikan ketahanannya dan kualiti rasanya. Pertama adalah proses  Pembersihan dan Penyediaan awal dimana sotong segar yang baru ditangkap dibersihkan terlebih dahulu. Proses ini termasuk membuang bahagian dalam (organ), tulang plastik (gladius) dan kadang-kadang kulit luarnya bergantung kepada jenis sotong kering yang ingin dihasilkan. Tahap kedua adalah Proses Penggaraman (Opsional) dimana ada sesetengah pengeluar akan merendam atau membasuh sotong dengan air garam untuk membantu proses pengawetan dan memberikan rasa masin yang seimbang. Tahap ketiga adalah paling kritikan iaitu Proses  Penjemuran (Pengeringan) dimana sotong disusun di atas para-para atau jaring jemuran di bawah cahaya matahari yang terik (Sila lihat foto disebelah). Proses ini biasanya mengambil masa 1 hingga 3 hari bergantung kepada cuaca dan saiz sotong sehingga ia benar-benar kering dan keras. Dalam pada iitu dalam membuat makanan popular di seluruh dunia iaitu membuat snek dengan Teknik Giling (Untuk Sotong Bakar)  Bagi produk seperti 'sotong kering bakar' atau juhi selalunya sotong yang telah kering akan dibakar sebentar dan kemudian digiling menggunakan alat khas atau alat peleper agar kemudian teksturnya menjadi nipis, lembut dan mudah dicarik dan mudah di makan terus. Sebenarnya sotong kering dilaporkan ia merupakan sumber makanan yang kaya dengan nutrisi penting terutamanya zat protein dan mineral. Walaupun ia sering dijadikan snek atau bahan masakan selalunya ia akan menawarkan pelbagai manfaat kesihatan. Memakan sotong kering berkhasiat antaranya ia adalah Sumber Protein Tinggi yang ada mengandungi kandungan protein yang sangat tinggi (sekitar 60g setiap 100g) iaitu ia jauh lebih tinggi jika dibanding daging ayam dimana zat ini penting untuk tujuan seperti pembentukan otot dan pemulihan tisu badan. Sotong juga amat kaya dengan Omega-3 (DHA dan EPA) dimana ini akan membantu menjaga kesihatan jantung dan fungsi otak serta mengurangkan keradangan. Tidak kurang sotong memang ia banyak Vitamin B (terutama  b2 dan B12) sebab ia akan meningkatkan Fungsi Otak dengan membantu agar ia meningkatkan daya ingatan, fokus, dan mengurangkan risiko migrain. Ia dapat bantu kesihatan Tulang dan Gigi sebab ia kaya dengan mineral seperti kalsium, fosforus dan zink yang menguatkan struktur tulang. Kandungan zat besi (Fe) pula menjadikannua mencegah Anemia apabila sotong kering ini akan membantu penghasilan sel darah merah. Terdapat nutrien yang bantu menjaga kesihatan kulit dan kuku dan juga membantu mengekalkan kelembapan kulit. Walaupun sotong berkhasiat semua perlu berhati-hati dengan beberapa perkara asas menjaga kesihatan apabila ada bahan kandungan Natrium (Garam) Tinggi dalam sotong masin yang boleh meningkatkan tekanan darah jika dimakan berlebihan. Apa pun memang sotong secara semula jadi mempunyai bahan kolesterol dimana pengambilannya harus dikawal bagi mereka yang mempunyai masalah kolesterol tinggi. Sotong juga ia memang mengandungi bahan logam berat dimana perlu dipastikan sumber sotong kering adalah bersih, kerana terdapat laporan mengenai kandungan logam toksik (kadmium) dalam sesetengah produk yang tidak diproses dengan baik. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
SOTONG KERING...BANYAK JENISNYA...
DI BUAT SAMBAL...WOW ENAK RASANYA...
HARGANYA MAHAL... DIBAYAR SAHAJA...
BANYAK KHASIAT...SUKA DAPAT UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(1 Rejab 1447H).

Sunday, December 21, 2025

IKAN KALOI - KENALI DIA?

IKAN KALOI
(Osphronemus goramy) atau'Giant Gourami' ialah sejenis ikan air tawar besar dari Asia Tenggara dimana ia juga dikenali sebagai ikan untuk di jadikan makanan yang sihat dan penting tetapi ia juga di jadikan sejenis ikan ikan hiasan yang popular. Ikan ini di laporkan ia mampu bernafas udara terus dimana ia adalah spesis ikan herbivor pemakan tumbuhan air serta serangga kecil di habitatnya. Dilihat foto diatas dimana ikan ini mempunyai ciri bibir tebal, sisik perak keemasan dimana ia boleh dibela lama hingga pernah direkodkan selama 30 tahun. keluarga penulis blog ada membela dua ekor ikan kaloi ini dalam akuarium besar sehingga mencapai umur lebih 15 tahun lamanya di Muar Johor. Kajian mendapati jika i
kan kaloi ialah salah satu ikan asli di Malaysia dimana ia agak terkenal dalam pasaran ikan hiasan dan juga sebagai sumber makanan yang diminati ramai kepada manusia. Ikan kaloi tergolong dalam keluarga ikan iaitu Osphronemidae sama dengan jenis keluarga ikan sepat, ikan pelaga dan beberpa jenis lain juga. Ada yang kata dimana sebenanrya ikan kaloi itu adalah jenis spesis ikan sepat saiz terbesar di dalam keluarga ikan 'gourami' ini. Kajian mendapati dimana diseluruh dunia hanya ada 4 spesies kaloi dimana ada tiga (3) daripadanya wujud di Malaysia  iaitu Jenis Kaloi Hitam (Osphronemus goramy), Jenis Kaloi Sabah (Osphronemus laticlavius) dan juga Jenis Kaloi Manah (Osphronemus septemfasciatus). Penulis blog di beritahu jika jenis Ikan Kaloi Hitam adalah spesies yang paling banyak hidup dan dijumpai di Semenanjung Malaysia manakala jenis Ikan Kaloi Sabah dan Ikan Kaloi Manah hanya di temui di kawasan Borneo sahaja. Kesemua spesies ini ada mendiami sungai dan tasik di beberapa kawasan di Malaysia dan ia merupakan spesis ikan di minati pemancing. Seperti dinyatakan awal dimana kesemua spesis ikan kaloi ini adalah jenis herbivor iaitu makanan atau diet utamanya adalah tumbuhan dalam air namun pada peringkat tertentu ia juga boleh memakan benda selain tumbuhan seperti udang kecil atau sisa ikan yang lain. Ikan kaloi boleh membesar sehingga 20 inci namun bagi jenis ikan kaloi hitam ia kadang-kadang boleh membesar sehingga 28 inci panjangnya bergantung pada keadaan disekelilingnya seperti kualiti air dan faktor keberadaan makanan. Selain itu seperti di maklumkan dimana keunikan ikan ini adalah ia mempunyai jangka hayat kaloi juga agak lama dan ia boleh hidup sehingga sekitar 30 tahun.  Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai spesis Ikan Kaloi untuk menjadi bahan rujukkan pembaca semua.

 
Kajian mendapati jika kesemua spesies ikan kaloi pada masa kecil kelihatan memang ia tidak terlalu berbeza dengan anak ikan sepat (Trichopodus sp.) akan tapi ciri ini masih boleh dibezakan dengan mudah bagi para penternak terutamanya diteliti pada bentuk dan kedudukan sirip dorsal, sirip dubur dan juga bentuk dalam mulutnya (Sila lihat foto disebelah). Apa pun uniknya dimana apabila ikan kaloi ini ia semakin membesar dimana pada bahagian mulutnya menjadi semakin menebal dimana ini antara identitinya yang unik yang terdapat pada ikan kaloi. Dilapangan dimana keberadaan ikan kaloi dan ikan sepat yang mana mereka juga berada dalam keluarga yang sama iaitu Osphronemidae akan tetapi ada didalam genus yang berbeza. Antara ciri-ciri utama keluarga jenis ikan ini ialah ia memiliki sirip pelvik yang panjang dan halus seperti sesungut dimana ukuran kepanjangannya bagi sesungutnya dilat ia juga berbeza di bawah setiap genus akan tetapi masih keduanya dilihat ia masih mempunyai ciri-ciri yang sama. Selain ikan kaloi dan sepat beberapa jenis ikan lain yang berada di dalam keluarga Osphronemidae dan wujud di Malaysia ialah termasuk Jenis Ikan Pelaga (Betta sp.), Jenis Ikan Sepilai (Trichopsis vittata), Jenis ikan Kepar (Belontia hasselti),  Jenis IkanTembok Tebing (Luciocephalus pulcher), Jenis Ikan Gorami Kecil (Parosphromenus sp.), dan Jenis Ikan Biji Durian (Sphaerichthys osphromenoides). 
Diet bagi ikan kaloi ini terutamanya adalah tumbuhan air (herbivor) akan tetapi ia juga boleh juga makan serangga kecil atau sisa ikan (omnivor pada peringkat tertentu). Dilaporkan yang ia boleh bernafas di udara lembap dimana ini membolehkannya hidup lama di luar air. Ikan kaloi inii boleh membesar saiznya sehingga 70 cm panjang akan tetapi biasanya adalah sekitar 45 cm. Ia juga mempunyai warna badan yang pucat hingga keemasan, sisik perak, jalur biru pucat menegak, bibir tebal dan membuat sarang rumpai. Ikan ini adalah penting dalam industri ikan akuakultur dan sebagai sumber makanan komersial. Apa pun memang ikan kaloi ini ada beberapa jenis baka terpilih seperti Kaloi Hitam dan Kaloi Sabah (dengan sirip ekor merah) untuk pasaran ikan hiasan dengan harga baik. Dalam aspek pengawalan rumpai ada orang yang menggunakannya untuk mengawal pertumbuhan rumpai kerana selera makannya terhadap tumbuhan.


Dilaporkan dimana i
kan kaloi merupakan antara ikan yang dikatakan mempunyai rasa yang enak untuk dibuat hidangan makanan. Malah di beberapa buah negara termasuk di Australia dilaporkan yang spesies ikan ini merupakan antara spesies ikan yang penting dalam sektor akuakultur di mana spesies kaloi diternak secara besar-besaran untuk tujuan pasaran domestik dan eksport sebagai produk makanan. Apa pun di Malaysia selain sektor akuakultur dimana ikan kaloi juga mendapat tempat di kalangan peminat sektor ikan hiasan. Antara tarikan ikan kaloi ialah ikan kaloi ini merupakan spesies yang tidak mudah mati selain mempunyai jangka hayat yang panjang sehingga melebihi 20 - 30 tahun. Selain itu juga ikan kaloi juga mempunyai personaliti yang unik di mana dalam satu jangka masa dibela dimana spesies ini mampu mengenal pemilik yang membelanya. Dalam aspek taksonomi, ikan kaloi dikelaskan berada dalam keluarga besar Osphronemidae iaitu berada di bawah genus Osphronemus dengan nama saintifik Osphronemus goramy. Membawa nama umum 'Giant gourami' ayau 'Ikan kaloi' menurut panggilan tempatan dan ia adalah merupakan spesies ikan natif Asia Tenggara iaitu memang berasal dari kawasan perairan Asia Tenggara. Secara amnya pola taburan spesies kaloi banyak tertumpu di negara Asia Tenggara didapati di Lembangan Mekong hingga ke Mae Khlong di Thailand, sepanjang perairan di Semenanjung Malaysia dan Indonesia. Dalam morfologi luaran spesies kaloi, ikan ini mempunyai bentuk badan agak leper atau disebut perciform atau perch like. Jumlah sirip dorsal berduri antara 12 hingga 14 manakala sirip anal berduri pula antara 9 hingga13. Bagi juvenil O. goramy dimana fasa warna badan biasanya mempunyai 8 hingga 10 bar menegak yang berwarna hitam dan warna ini akan hilang apabila mencapai tempoh matang. Melihat akan sirip dorsal lembut spesies ini memanjang dan berbentuk bulat menirus atau truncate, memanjang hingga ke atas bahagian sirip kaudal. Begitu juga dengan sirip anal ikan ini yang semakin melebar atau membuka ke belakang. Sirip pektoralnya agak bulat sementara bentuk sirip kaudalnya pula agak bulat atau disebut 'obtusely rounded'. Spesies ini merupakan spesies ikan gourami yang mampu membesar melebihi spesies gourami yang lain. Spesies ikan kaloi sebenarnya mampu hidup dalam keadaan air tawar dan air payau. Begitu pun, spesies ini dilihat lebih cenderung untuk memilih kawasan perairan air tawar sebagai habitat hidupnya. Dalam ekosistem habitat semula jadi ikan kaloi biasanya di kawasan paya, terusan, tasik dan juga sungai. Habitat kaloi sering kali tertumpu di kawasan yang berarus perlahan. Selain itu, kawasan perairan yang dipenuhi dengan tumbuhan vegetatif akuatik juga menjadi pilihan kepada spesies ikan kaloi untuk dijadikan habitatnya.


Di Malaysia lazimnya spesies ikan kaloi boleh ditemui di kawasan sungai-sungai besar dan sederhana utama seperti di negeri Perak dan Pahang. Biasanya kawasan sungai atau habitat yang mempunyai banyak struktur kayu dan tumbuhan akuatik termasuk kawasan saliran yang agak kotor. Ikan kaloi juga mampu untuk mengambil udara secara terus seperti spesies ikan snakehead. Oleh itu biasanya spesies ikan kaloi ini juga ia mampu hidup agak lama biarpun di luar kawasan air. Ikan di namakan '
Giant gourami' atau ikan kaloi merupakan spesies ikan omnivor dimana ikan ini memakan apa sahaja seperti rumpai air, ikan kecil, katak, cacing, organisma akuatik yang kecil malah hidupan akuatik yang telah mati juga dimakan oleh ikan kaloi. Apa pun lazimnya diet spesies ikan ini ia juga lebih cenderung kepada tumbuhan. Dalam sektor akuatik dilaporkan yang spesies ikan kaloi juga digunakan sebagai haiwan ikan yang boleh mengawal rumpai air kerana keupayaannya untuk memakan dan mengurangkan banyak tumbuhan vegetatif akuatik dan alga yang tidak dikehendaki. Ini kerana jenis ikan kaloi yang dewasa mampu untuk memakan tumbuhan akuatik yang bersifat fiber secara terus. Dalam penulis blog membua =t tinjauan akan harga ikan kaloi (mungkin ia di panggil sebagai spesis Ikan temakang, Kihing, Engkerembang) adalah ia sangat bervariasi iaitu ia bergantung pada saiz, jenis (liar atau baka), dan tujuan (hiasan atau makan). Dilaporkan dimana ikan kaloi ini boleh bermula harganya daripada sekitar RM10-RM15 sekilogram untuk saiz besar (sesuaiuntuk lauk makan) sehingga berharga RM15 - RM55 sekilogram atau lebih untuk anak ikan kaloi yang dijadikan sebagai ikan hiasan kecil. Apa pun selalunya harga ikan hiasan yang lebih eksklusif dan saiz besar boleh lebih mahal. Dalam pada itu dilaporkan dimana harga ikan kaloi sesuai di makan sekitar RM10/kg iaitu untuk saiz besar (1-4.5kg) bahi di makan akan tetapi akan menjadi lebih mahal jika dijual sebagai ikan hidup. Bagi ikan kaloi yang dijadikan ikan hiasan saiz jubenil atau kecil harganya sekitar RM12 - RM17 per ekor. Bagi jenis ikan Kaloi Sabah berukuran 5-6 inci untuk ikan hoasan dijual RM55 per ekor. Ikan kaloi dewasa yang besar ia boleh mencecah pada harga RM40 - RM80 kerana keunikannya dan ia lebih mahal daripada baka yang dibiakkan. Antara faktor penentu hrga ikan kaloi ini adalah saiznya (semakin besar, semakin mahal jika untuk makan atau hiasan 'premium') dan spesis ikan kaloi liar harganya lebih mahal lagi.


Sebenarnya 
Ikan Kaloi (Gurami) adalah sejenis ikan air tawar yang sedap dimasak pelbagai cara antaranya adalah resepi Ikan Kaloi Goreng Sambal dimana ia perlu digoreng rangup dengan sambal pedas atau ramai suka makan resepi Ikan Kaloi Masak Lemak Pekasam dengan bahan-bahan seperti santan, daun kaduk, terung asam atau terung telunjuk dan cili api, menunjukkan rasa lembut isi ikan dan menyerap perencah masakan dengan baik dimana ia menjadikannya hidangan lazat dan popular di Malaysia. Akan di kongsikan resepi Ikan Kaloi Goreng Rangup dengan Sambal dimana bahan-bahan disediakan adalah 3 ekor ikan kaloi (dibersihkan), garam, lada kisar, kunyit kisar (secukup rasa), minyak masak dan alatan menggoreng. Bahan-bahan untuk buat sambal adalah cili merah, cili api, bawang putih (kisar), garam, gula dan bahan perasa (secukup rasa). Cara membuat nya dengan melumurkan ikan dengan serbuk kunyit, garam, lada, perasa dan di perap selama 15 minit. Kemudian ikan digoreng ikan dalam minyak panas hingga jadi kuning keemasan dan garing. Dalam kuali di tumis bahan sambal kisar hingga naik bau, tambah garam, gula, perasa dan masukkan ikan kaloi goeng kedalamnya dan ia sedia untuk dihidangkan ikan goreng sambal dimakan dengan nasi putih. Penulis blog pernah ujirasa juga resepi Resepi Masak Lemak Ikan Kaloi Pekasam diman amemasaknya perlu disediakan bahan seperti ikan kaloi pekasam (perap dengan asam jawa dan garam), santan segar, daun kaduk, terung asam atau asam telunjuk, cili api, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup. Cara masaknya dengan menumbuk halus cili api, kunyit, bawang merah, bawang putih. Kemudian didihkan air, masukkan bahan tumbuk, santan, terung asam/telunjuk, reneh 10 minit (jangan pecah minyak). Masukkan ikan pekasam, reneh api kecil 10 minit dan dimasukkan daun kaduk, reneh 3 minit dan boleh dihidangkan. Ikan pekasam sudah masin maka ia tidak perlu tambah garam. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IKAN KALOI .. APAKAH DIA FAKTANYA...
IKAN POPULAR...PEMANCING SUKA...
HARGANYA MAHAL..SUDAH DAPATNYA..
DIGORENG SAMBAL...TERINGAT ENAKNYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(30 Jamadilakhir 1447H).

Saturday, December 20, 2025

POKOK SERUNTUN DAN KEHEBATANNYA

POKOK SERUNTUN
atau POKOK PATAWALI atau pun POKOK BAKAWALI (Tinospora crispa Linn atau Tinospora rumphii Boerl) atau Brotowali (Bahasa Jawa) atau Akar Aliawali dari keluarga Menispermaceae yang menpunyai ciri batang, akar dan daun yang sangat pahit. Bagaimana pun dikampong saya tumbuhan ini dipanggil bakawali sahaja. Tumbuhan ini yang di percayai berasal dari kawasan India, Sri Lanka atau Myanmar juga di panggil juga sebagai 'Guduchi' dikalangan penduduk negara tersebut. Tanaman jenis herba ini tumbuh menjalar atau merayap atau melilit diatas kayu atau pokok sokongan. Saya memang mengenali tumbuhan ini sejak kecil lagi kerana memang ada di tanam di keliling rumah dikampong di Muar, Johor dahulu. Tumbuhan ini mengandungi adaptogenik dan Asid Tinoporik serta kandungan Tinoporone yang sangat pahit. Terdapat kepercayaan penduduk tempatan dengan mengigit batang bratawali boleh menyebabkan nyamuk tidak suka gigit. Pokok seruntun merupakan tumbuhan herba yang mengandungi khasiat perubatan terutama dalam perubatan tradisional India dan China. Kandungan kompaun seperti cordifoliosides A-E, Syringen, Alkoloid Kuning, Berberine, Giloin, Giloininand Mentah didapati untuk tujuan perubatan. Kandungan Glokisol Pahit seperti Polisaccaride termasuk arabinogalactan polysachararide (TSP) , Picrotene dan Bergenis juga ada dalam bratawali. Komponen ini digunakan dalam perubatan AYURVERDA dan pembuatan JAMU TRADISIONAL. Kegunaan tumbuhan ini untuk mengatasi masaalah penyakit hati (Hepar) dari akibat Toksin. Belum ada anyak kajian yang dijalankan untuk tumbuhan herba ini yang sememangnya digunakan dalam perubatan tradisional sejak zaman dahulu. Artikel kali ini saya menulis dan berkongsi maklumat dalam blog teknologi "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan pokok seruntun dan kehebatannya dalam dunia perubatan tradisional untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan pembaca blog semua.


Kalangan pembaca blog ini mungkin kurang kenal akan pokok akar seruntun kayu iaitu ia adalah nama lain untuk Pokok Patawali (
Tinospora crispa) yang rasanya amat pahit dan di jadikan salah satu bahan perubatan tradisional. Ia adalah sejenis pokok menjalar dengan rasa pahit yang biasa tumbuh di pagar lama atau kawasan terbiar. Dalam perubatan tradisional, ia dipercayai dapat memahitkan darah untuk mengurangkan kejadian seperti gigitan nyamuk. Nama lain ada banyak bagi tumbuhan ini antaranya ada orang memanggilnya sebagai pokok patawali, brotowali, dan batang wali. Apa pun pokok ini adalah pokok menjalar dengan batang berkerutu dan daun yang mirip daun sirih. Habitat semulajadi bagi tumbuhan ini adala ia selalunya ditemui di kawasan kampung yang tumbuh di pagar-pagar lama atau rumah yang tidak didiami manusia atau kawasan tenah kampong terbiar. Ia digunakan dalam perubatan tradisional terutamanya kerana rasanya yang pahit dan ada dijual produknya di pasaran tempatan atau boleh membelinya secara on-line sahaja. Daun pokok seruntuk dilihat ia adalah jenis tunggal, bertangkai, berbentuk seperti jantung atau bundar seperti telur dengan hujung lancip sepanjang 7-12 cm, lebar 5-10 cm, bunga kecil, berwarna hijau muda. Apa yang penulis blog pasti dimana pokok seruntun ini amat mudah untuk dibiakkan iaitu menggunakan keratan batang. Pokok Seruntun ini boleh dikategorikan sebagai pokok herba kerana ianya banyak digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu serta India dan China dinegara mereka. Air rebusan keseluruhan tumbuhan ini terasa 'sangat pahit' dan dijadikan sebagai ubat reumatik yang dikatakan mampu didalam mengurangkan kandungan gula dalam darah. Ia jug didakwa mampu untuk menurunkan suhu panas badan dan membantu mengurangkan gejala kencing manis kepada mereka yang ada masaalah tersebut. Apa yang penulis blog faham dimana dikalangan masyarakat Melayu dahulu juga percaya dengan pengambilan air rebusan pokok seruntun ini dan ia dapat menghindar dari gigitan nyamuk. Rasanya yang pahit ini juga apabila disapu pada bahagian payudara ibu juga dilaporkan ia akan memudahkan bayi bercerai susu (apa tidaknya kerana rasa pahit itu yang menyebabkan anaknya tidak mahu menyusu lagi!). Tanaman ini kaya dengan bahan iaitu kandungan kimia antara lain termasuk Alkaloid (berberina dan kolumbina yang terkandung di akar dan batang, damar lunak, pati, glikosida pikroretosid, zat pahit pikroretin, hars, berberin, palmatin, kolumbin (akar), kokulin (pikrotoksin).


Tumbuhan ini biasa dijadikan bahan yang dicampur dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional. Bunganya berwarna hijau muda yang mempunyai enam mahkota yang berupa tunas. Bunganya kemudian akan berubah warna menjadi merah dan putih apabila matang. Buahnya pula berwarna merah muda, kulit batangnya mengandungi alkaloid dan damar manakala akarnya mengandungi berberin dan kolumbin. Selalunya apa yang penulis blog tahu dimana bagi tujuan perubatan perlu gunakan batangnya yang menggerutu adalah bahagian utama yang mengandungi khasiat. Batang seruntun ini digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinngi, kencing manis dan juga penyakit kelamin atau juga dikenali sebagai 'Gonorea'. Dilaporkan dimana tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka. Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil jattrorrhizine yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria. Selain daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera makan. Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat menurunkan suhu panas badan (mengubat demam). Air rebusan ini juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-sengal (boleh dicampur dalam minyak urut). Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang. Kajian saintifik menunjukkan hasil ekstrak rebusan tumbuhan herba akan mengandungi pelbagai bahan termasuk bahan aktif yang akan menghasilkan pelbagai kesan perubatan. Namun dari kajian yang dijalankan juga dipercayai terdapat bahan yang merbahaya atau toksik. Pengambilan air rebusan patawali dalam jangka masa yang panjang dan berlebihan boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang. Oleh itu dalam apa jua keadaan, pengambilan ekstrak dari sebarang tumbuhan, perlulah mendapatkan pandangan dari pakar perubatan atau pharmasuetikal terlebih dahulu terutama cara pengambilan, kaedah, had dan tempoh pengambilannya agar ianya benar-benar menjadi penyembuh dan bukan pembunuh.


Ada saintis membuat penelitian mengenai kehebatan pokok seruntun ini dimana kalangan masyarakat Melayu dahulu juga percaya dengan pengambilan air rebusan patawali dapat menghindari dari gigitan nyamuk. Rasanya yang pahit ini juga apabila disapu pada payudara ibu kesannya ia akan memudahkan bayi bercerai susu. Ad Asia tenggara dilaporkan dimana keseluruhan bahagian dari pokok seruntun atau patawali diguna sebagai ubat demam yang dapat menggantikan kinine. Manakala masyarakat di Filipina pula menganggap patawali sebagai ubat serba guna sehinggakan dapat digunapakai untuk merawat penyakit mental atau gila. Bagi tujuan perubatan, batangnya yang menggerutu adalah bahagian utama yang mengandungi khasiat. Batang patawali digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinngi, kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea. Apa pun kehebatan tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka. Selain daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera makan. Air rebusan ini juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-sengal (boleh dicampur dalam minyak urut). Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang. Beberapa cara menggunakan tumbuhan ini secara tradisional di pertik dari beberapa sumber di kongsikan kali ini. Bagi tujuan membuat Ramuan Minyak Urut dimana Cara 1 adalah dengan mengambil batang patawali dijadikan satu daripada ramuan yang dimasak bersama-sama sebotol minyak jarak, 10 biji kelapa dara, tiga botol minyak zaitun, 1 kg minyak lenga, ½ kg minyak kayu putih, satu tin besar minyak masak, lima ketul inggu, tiga paket rempah ratus, 1 kg habatus sauda, 1 kg ibu gamat yang telah dibakar di dalam ketuhar, seketul jadam, dan ½ k garam bukit. Kesemua bahan direbus sehingga tiga hari berturut turut. Minyak digunakan untuk mengurut (Kedah). Cara ke 2 adalah dengan ambil batang patawali dicampurkan bersama-sama halia bara, habatus sauda, kunyit, serai wangi dan lada hitam. Semua bahan dikeringkan dan direbus dengan minyak kelapa selama 1 jam. Sediaan digunakan untuk mengurut. Kehebatan kedua adalah gunakan seruntun ini untuk tujuan Merawat kudis di bahagian ada kudis. Ambil tiga hingga lima helai daun patawali, daun jambu batu, dan daun keladi dicampurkan dengan seketul garam jantan dan tiga keping asam keping. Kesemua bahan direbus dan air rebusan dijadikan mandian dua kali sehari pada waktu pagi dan petang selama tiga hari berturut turut.


Tumbuhan herba ini juga boleh di gunakan dalam Meredakan Demam Kuning iaitu caranya dengan mengambil batang patawali sepanjang satu jari manis dan empat helai daun nilam direbus sehingga mendidih. Air rebusan diminum secawan setiap hari. Keempat kehebatannya adalah untuk tujuan iaitu Mengecutkan Peranakan bagi ibu bersalin iaitu caranya dengan ambil batang dan daun patawali dicampurkan bersama-sama buah cengkeli, pokok campak jala, buah majakani, daun genggam Fatimah, pokok hempedu bumi daun dan batang pokok soksek, dan kulit bunga tanjong. Semua bahan diambil sebanyak 1 kg kecuali hempedu bumi sebanyak ½ kg. Sediaan dibersihkan, dikisar dan dimasukkan ke dalam kapsul dan dimakan dua biji sekali dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. Kehebata ke 5 adalah untuk Mengurangkan Sakit Otot dan Sakit Saraf dimana cara 1 dengan mengambil batang patawali dijadikan satu daripada bahan untuk dibuat ubat kapsul dan dimakan dua kali sehari. Cara yang ke 2 juga dengan mengambil batang patawali dicampurkan bersama-sama elek tembaga, cancit murai dan kancing baju. Semua bahan dikeringkan dan dikisar sehingga menjadi serbuk dan dimasukkan ke dalam kapsul. Selain itu ia sesuai di gunakan untuk Merawat Masaalah Gastrik drngan gunakan batang dan daun patawali dicampurkan bersama-sama buah cengkeli, pokok campak jala, buah majakani, daun genggam Fatimah, pokok hempedu bumi daun dan batang pokok soksek, dan kulit bunga tanjong. Semua bahan diambil sebanyak 1 kg kecuali hempedu bumi sebanyak ½ kg. Sediaan dibersihkan, dikisar dan dimasukkan ke dalam kapsul dan dimakan dua biji sekali dua kali sehari pada waktu pagi dan malam (Kelantan). Seterusnya kehebatannya adalah ia di laporkan boleh  Membuang Angin Dalam Badan dimana satu tin susu batang patawali dan nasi dikeringkan. Semua campuran dimasukkan ke dalam balang dan dicampurkan dengan air yang telah direbus dengan sedikit garam. Sediaan diminum setengah cawan dua kali sehari (Kedah). Paling sering penulis blog dengar dan pernah guna adalah ia mampu untuk Merawat Masaalah Cirit Birit dengan menggunakan sehelai atau dua helai daun jambu batu dikunyah kemudian daun yang telah dikunyah dibuang, dan patinya ditelan (Pahang). Bagi tujuan Mengawal Tekanan Darah Tinggi iaitu caranya dengan memakan daunnya begitu sahaja dengan ukuran seinci sekali makan atau ambil batang patawali dan dimakan dengan sebiji pisang atau ambil batang patawali dicampurkan bersama-sama akar cerita, lada pahit dan timun pahit. Semua bahan dibasuh dan direbus sehingga mendidih. Air rebusan diminum dua kali sehari. Cara lein adalah denga mengambil batang patawali dijemur sehingga kering dan ia kemudian boleh direndam dalam air panas, dibiarkan suam dan diminum kekerapan segelas sehari. Amalan lain bagi tujuan ini dengan mengambil batang patawali kemudian ia direbus bersama-sama limau kasturi dan hempedu bumi. Air rebusan diminum dua kali sehari. BAgi tujuan Mengawal Aras glukosa dalam darah maka boleh guna bahagian batang patawali diamalkan makan begitu sahaja atay ambil batang  patawali dijemur selama seminggu sehingga kering bersama-sama tebu gajah, ragi dan timun pahit. Kesemua bahan dikisar sehingga menjadi serbuk dan dimasukkan ke dalam kapsul. Ada laporan mengenai kesan sampingan dalam pengambilan air rebusan patawali dalam jangka masa yang panjang dan berlebihan boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK SERUNTUN...[ATAWALI ITU SAMA...
RASA AMAT PAHIT... SANGAT BERGUNA...
MUDAH DI TANAM...BATANG, DAUN ADA...
MEMBACA ARTIKEL...INFO DI TERIMA JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11,
Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Jamadilawal 1447H).

Friday, December 19, 2025

IKAN LAIS - APA DIA?

IKAN LAIS
 (Kryptopterus sp) adalah ia merujuk kepada beberapa spesies ikan keli (catfish) dalam genus Kryptopterus dimana ia terkenal 
di Asia Tenggara terutamanya Malaysia dan juga di Indonesia. Penulis blog kenal ikan lais ini sejak zaman remaja dulu sebab sering memancing dan dapat ikan lais di sungai depan rumah di Muar, Johor dan kemudian di goreng dengan kunyit dan dimakan dengan nasi putih rasanya enak sekali. Dilaporkan dimana ada beberapa jenis ikan lain yang di kenalpasti seperti Ikan Lais Kaca atau Ikan Lele kaca (Kryptopterus bicirrhis) dan Ikan Lais Riau (Kryptopterus vitreolus) atau ia sesekali di panggil sebagai Ikan ghost catfish) dimana keduanya akan dicari untuk dijadikan lauk makanan atau ada yang akan mengasapnya sehingga ia menjadi ikan salai dengan rasa khas ikan air tawar. Memang tidak banyak kajian dan artikel di tulis mengenai ikan lais sebab ia bukan sejenis ikan yang sangat popular seperti ikan air tawar lain seperti iakn patin, ikan haruan, ikan keli dan beberapa lagi. Ikan Lais Kaca dilaporkan ia adalah spesies yang lebih besar tetaoi ia jarang digunakan sebai ikan hiasan komersil dalam akuarium dimana nama saintifiknya sering disalah guna untuk spesies ikan lain. Berlainan dengan satu lagi ikan lais Riau yang saiznya lebih kecil yang popular dalam industri ikan hiasan di letakkan dalam akuarium dimana ia berkilat apabila terkena sinaran lampu. Dilaporkan di mana spesis ikan ais Riau ini semakin pupus keberadaannya sebab berlaku pencemaran kualiti air terutama di Sungai Kampar dan Sungai Indragiri di Indonesia. Bagaimana pun duu sebelum banjir besar pada Disember 2025 di Sumatra dimana nelayan sungai di sana akan menangkap ikan Lais Riau dan di jadikan Ikan Salai Lia yang popular. Di Kepulauan Borneo pula ada jenis ikan lain lain dinamakkan sebagai 'Ikan Lain Limpok' dengan nama saintifiknya Kryptopterus minor terutama di beberapa buah sungai di Borneo Barat. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas dengan membincangkan akan apakah dia ikan lais iaitu sejenis ikan air tawar untuk di jadikan bahan rujukkan semua.


Memang unik ciri dan sifat ikan lais ini dimana habitat semuajadinya adalah dalam su
ngai air tawar, muara dan beberapa kawasan perairan tropika atau subtropika. Kalangan penduduk tempatan selalu mengelarkannya sebagai ;Ikan Keli Kaca' sebab mempunyai ciri seakan 'lutsinar' atau dalam bahasa Inggeris sebaga 'Ikan Transparent; sebab ia merupakan sejenis ikan keli tanpa sisik yang unik (Sila lihat foto disebelah). Ikan ini kalau dapat di tangkap dengan kaedah betul akan dapat banyak kena pada musimnya tetapi kalau memancing tidak udah untuk dapat dengan jumoah yang banyak. Di kampong dimana ada banyak ikan lais selalunya ia di masak sama ada di goreng dengan kunyit, di masak lemak pedas, di salai atau ada yang menjadikannya sebagai ikan kering sahaja. Bagi penulis blog Ikan Lais yang di gulai dan dimakan dengan nasi utih selepas emmancing memang enak sekali. Apa pun memang spesis Ikan Lais adalah sejenis ikan air tawar yang popular di Malaysia dimana ia terkenal dengan badannya yang pipih, licin (tiada sisik ketara) dan memang jelas lutsinar terutama ikan kecil dengan warna keperakan. Apa pun ia juga sering ditemui di sungai-sungai besar seperti Sungai Pahang, Sungai Muar, Sungai Perak dan ikan ini sangat digemari untuk dimasak kerana rasanya yang sedap malah ikan ini memang ia boleh jadi ikan hiasan yang menarik juga. Tinjauan penulis blog dimana harga ikan lais ni berubah-ubah ikut musim, saiz, dan lokasi; selalunya dalam lingkungan RM25 hingga RM30 sekilogram atau lebih dan ia bergantung pada pembekal tempatan, musim dan juga jumlah tangkapan serta jumlah pembelian. Sebagai salah ikan air tawar walau pun agaj kurang popular bagi penulis blog ia sedap digoreng atau dibuat asam pedas juga dimana ada kalanya permintaan tinggi menyebabkan harganya kuga naik ikut pasaran semasa. Penulis blog yang pernah bertugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah Mersing puas juga makan ikan lain ini dari beberapa buah sungai dan pernah membeli ikan lain dengan harga RM25 - RM30/kg di sekitar Sungai Kahang (sempadan daerah Mersing dan Daerah Kluang). Dilaporkan faktor harga berganung kepada saiz ikan (lagi besar, lagi mahal), musim tangkapan (kurang stok maka harga naik) dan tempat beli ikan lais (di pasar, pasar malam atau terus kepada nelayan sungai).


Dalam mengenal ikan lais dimana lazimnya h
abitat ikan lais adalah perairan tawar, terutamanya di sungai-sungai besar (seperti Sungai Pahang, Perak, di Kalimantan) atau berada di, sungai kecil hingga sungai sederhana, paya dan tasik yang cetek dimana sebenarnya ia suka tempat yang berlumpur. Ikan lain juga suka dalam keadaan air yang agak tenang serta berdekatan akar pokok atau tumbuhan air dan juga berada dikawasan paya gambut seperti di negara Malaysia dan Indonesia. Habitat Ikan Lais adalah ikan air tawar sepenuhnya dimana ia tidak akan hidup dalam air masin. Agak unik juga sebab ikan lais ini boleh berada di sungai atau paya yang airnya bererlumpur atau di kawasan paya yang airnya berwarna kehitaman atau gelap. Ada juga beberapa spesies ikan lais yang suka kawasan berasid rendah terutama kawasan ada banyak pokok yang mana ikan ini suka berlindung di celah akar pokok atau di kawasan yang banyak tumbuhan air untum ia bersembunyi dari pemangsa. Ikan lain yang berbadan nipis, lutsinar (tembus pandang), warna keperakan dengan sedikit kebiruan, kulit licin, ekor bercabang memang ia menjadi buruan kepada beberapa spesis ikan pemangsa besar yang lain. Ikan lain agak bersosial dan sifatnya juga suka berkumpulan dimana selalu ia bersirip halus seperti rambut. Lazimya ikan lais ini adalah berukuran kecil sehingga sederhana sekitar ukuran 10 - 20 cm panjang dengan ukuran ini bergantung spesis. Kini kalangan peminat ikan air tawar sudah popular dijadikan Ikan Hoasan yang menarik terutama spesis ikan lais dari Sungai Pahang yang cantik dan sesuai di bela dalam akuarium (Sila lihat foto disebelah). Beberapa peminat ikan ini sanggup membayar dengan harga yang tinggi diletakkan dalam akuarium dengan pelbagai hiasan.


Menarik memahami akan Ikan Lais sebagai spesis ikan air tawar dimana ikan ini dilaporkan 
sebahagian besar waktu hidupnya dihabiskan di air hitam dalam habitat liar. Perairan air hitam dicirikan oleh warna perairan yang coklat tua sampai kehitaman yang disebabkan oleh adanya keasidan, pH relatif lebih rendah tapi tidak keruh. Apa pun selalunya kelompok Ikan keluarga Siluridae ini sering berada pada air yang tenang dan ia suka juga berpindah ke sungai atau ia kan tinggal di pinggir sungai atau lubuk di dasar sungai pada musim kemarau. Ikan lais hidup di perairan air tawar yang termasuk sungai, rawa dan limpahan banjir dan taburannya meliputi Thailand, Malaysia dan Indonesia. Ikan lais adalah ikan dari famili Siluridae yang terdiri dari beberapa genus. Di antara genus-genus tersebut yang mempunyai spesies paling banyak adalah termasuk spesis Cryptopterus (C. bicirrhis, C. schilbeides, C. cryptopterus, C. hexapterus, C. limpok, C. macrocephalus, C. apogon, C. micronema, C. lais dan C. mononema. Ada saintis laporkan yang ikan lais adalah spesies benthopelagic yang hidup di perairan tropika. Ia merupakan ikan bersaiz kecil yang hanya mampu membesar sehingga 24cm sahaja.
Ikan ini cirinya tidak memiliki sisik, pada hujung belakang lubang hidung di pinggir muka dan depan mata. Ia mempunyai dua pasang sesungut dimana ia juga mempunyai pola pertumbuhan yang isometrik iaitu pertumbuhan panjang seimbang dengan pertumbuhan berat. Bentuk tubuh ikan lais masih dalam batas bentuk tubuh ikan pada umumnya yaitu dengan nilai “B” berkisar antara 2,5- 3,5. Berdasarkan nilai faktor kondisi iaitu berkisar 0,24-0,44 ikan lais termasuk jenis ikan yang pipih. Mempunyai 10-11 tulang tambahan tutup insang. Ikan lain boleh di masak dengan pelbagai cara mengikut citarasa. Apa pun bagi penulis blog resepi masak Ikan Lais yang paling popular dan mudah ialah Menu Asam Rebus Ikan Lais yang mudah memasknya. Cara masaknya yang mudah dengan menumis cili api dan kunyit hidup yang perlu ditumbuk kemudian direbus dengan air. Bubuh asam keping, garam, serbuk perisa (jika suka) dan masukkan ikan lais sehingga masak dan matikan ai untuk di hidangkan dan dimakan dengan nasi putih. Rasanya sedap bila dimasak lama dan ulang panaskan, bahkan ada yang suka goreng garing pun sedap juga. Ada yang suka masak menjadi Resepi Asam Rebus Ikan Lais yang paling simpel memasaknya dimana bahan di gunakan pastinya ikan lain segar, Cili Api (perlu ditumbuk), Kunyit Hidup (tumbuk), Asam Keping, Garam, Air (sekitar 1/2 liter) dan Serbuk Perisa (optional). Cara masaknya dengan menumbuk halus cili api dan kunyit hidup dan dimasukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama air dan panaskan. Apabila air mendidih, masukkan ikan lais. Tambahkan asam keping, garam, dan sedikit serbuk perisa (jika guna) dan sebaiknya dikecilkan api dan reneh perlahan sehingga ikan masak sepenuhnya. Memasak ikan lain jika berlebih ia boleh dipanaskan semula keesokan hari dimana rasa ikan ini akan lebih mesra dengan kuah dan lebih sedap dimakan terutama untuk penggemar masakan ikan air tawar tempatan. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IKAN LAIS... MEMANG IKAN AIR TAWAR...
TIDAK BERSISIK... BADAN LUTSINAR...
DI MASAK ASAM PEDAS...ENAK BENAR...
MEMBACA ARTIKEL...SUDAH DISIAR...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(30 Jamadilakhir 1447H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...