Support My Blog

Wednesday, September 3, 2025

SEMBANG TENTANG TANAM BAWANG PUTIH

BAWANG PUTIH
(Allium sativum) merupakan sejenis bahan makanan yang mudah ditanam dimana ia adalah satu aktiviti yang agak mudah dilakukan sama ada ditanam dikebun biasa atau pun didalam bekas disekeliling rumah. Bawang putih merupakan sejenis tumbuhan dari genus bawang yang sama seperti bawang besar, bawang merah, bawang daun dan kucai. Bawang putih apa yang penulis blog lihat memang ada ditanam dan digunakan oleh manusia sejak beribu tahun dahulu sebagai ramuan masakan dan juga ada dijadikan untuk perubatan dan komestik. Bawang putih agak mudah dikenali umbisinya kerana ia berwarna putih kulitnya. Tumbuhan yang mempunyai daun yang panjang dan juga bebawang yang berada dalam tanah yang cetek mudah dihasilkan dengan teknik tanaman yang betul. Ia berbeza dengan bawang besar yang selalunya hanya mempunyai sebiji bebawang tetapi bawang putih dibentuk dari beberapa ulas bebawang yang membentuk sebiji bawang. Bawang putih dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikstan, Turkmenia, Uzbekistan, Utara Iran, Afghanistan dan Pakistan dimana sudah dibiakbaka menjadi pelbagai jenis daripada pokok liar. Penulis blog merujuk rekod di Jabatan Pertanian Malaysia dimana tiada maklumat mengenai wujud tanaman bawang putih dibuat di Malaysia kerana tanaman ini kurang sesuai di Malaysia yang mempunyai iklim lembab dan banyak hujan memudahkan serangan penyakit bawang putih. Negara pengeluar utama bawang putih didunia sejal lama dulu adalah seperti negara China dengan 10.5 juta metrik tan setahun (kira-kira 77% penghasilan dunia) dan ia diikuti oleh negara India (4%), Korea (2%), Rusia (1.6%) dan Amerika Syarikat (1.4%). Sejak dulu memang Malaysia merupakan negara pengimpot bersih utama bawang putih untuk kegunaan domestik. Asasnya bawang putih ialah tanaman semusim yang mempunyai ciri-ciri morfologi sama seperti sayuran Allium yang lain iaitu mempunyai bebawang, daun terubah, berakar cetek serta mempu mengeluarkan bau yang kurang enak semasa segar. Bawang putih ditanam sepanjang tahun sama ada musim bunga, musim panas, musim luruh dan juga musim sejuk. Bagi penanaman komersil dinegara pengeluar umumnya benih bawang putih yang telah dipilih dimasukkan sedalam 1 cm di dalam tanah atas batas dengan jarak tanaman 0.30 meter x 0.40 meter. Dilaporkan dimana memang tidak banyak serangan serangga perosak dan penyakit kepada tanaman bawang putih kecuali serangan oleh cacing nematod dan penyakit akar putih. Serangga perosa yang menganggu hanya seperti Kutu trip dan hamama. Kawalan menggunakan minyak putih lebih berkesan dimana sebaiknya penanaman bawang putih memerlukan baja organik yang banyak. Umumnya ada terdapat 2 jenis bawang putih yang popular di negara pengeluar utama iaitu varieti bawang putih tangkai keras dan tangkai lembut. Jenis tangkai keras sesuai ditanam pada musim sejuk manakala jenis tangkai lembut sesuai ditanam pada musim panas dan kawasan yang mana ia berhampiran dengan khatulistiwa. Bebawang bawang putih mengeluarkan bau yang kuat ketika dimasak dan memberikan rasa yang enak dalam masakan. Penuaian sering dijalankan apabila daun mulai kering dan dicabut menggunakan tangan. Tanah yang tertinggal pada akar dibuang dengan tangan dan kemudian setiap rumpun diikat untuk dijemur. Bawang putih komersial selalunya akan dibuat penggredan dengan 10 kg seikat mengikut saiz iaitu kecil, sederhana dan besar. Apa pun potensi dan anggaran hasil bawang putih ialah antara 6 - 8 metrik tan satu hektar bagi kebun komersil. Penyimpanan bawang putih sangat penting untuk memastikan bawang berada dalam keadaan rehat (dorman) untuk suatu tempoh tertentu dengan suhu lebih dari 18 °C dan di kawasan yang berkelembapan udara rendah. Dilihat dimana pada masa biasa (musim panas) bawang putih digantung di tepi atap atau rumah petani secara tradisional. Bawang putih dilaporkan memang ia tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk kerana kelembapan udara yang tinggi boleh mempercepatkan penguraian bawang putih oleh bakteria dan bawang menjadi rosak. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis fakta bawang putih untuk dijadikan bahan bacaan semua.


Sebenarnya untuk menanam bawang putih pada awalnya adalah menyediakan benih dan kawasan khusus untuk tempat penanaman. Kemudian perlu dipisahkan ulas bawang putih dari labunya dengan cara memilih ulas yang bersaiz besar dan sebaiknya cara menenam ulas bawang putih tersebut secara menegak di dalam tanah atau pasu yang mempunyai saliran yang baik. Perlu di pastikan tanah mempunyai kelembapan yang optimum dan mesti diberikan cahaya matahari penuh kepada pokok itu untuk pertumbuhan yang sihat dan umbisi yang baik sepanjang proses pertumbuhannya. Secara umumnya cara menanam bawang putih boleh di lakukan pertama dengan memilii benihnya. Cara memilih benih bawang putih adalah dengan memilih labu bawang putih yang sihat dan besar dan ia kemudian dipisahkan setiap ulas-ulas daripadanya dengan berhati-hati supaya kulit tidak tertanggal. Kalau ingin menanam di kawasan keliling rumah sebaiknya disediakan kawasan tanah atau pasu yang berukuran besar. Boleh menggunakan pasu yang dalam dan berdiameter besar dan disediakan tanah yang kaya dengan baja organik dan juga pastikan ada lubang dibawahnya atau ia mempunyai saliran yang baik. Cara menanam benih atau ulas bawang putih adalah dengan membuat lubang sedalam kira-kira 10 cm dan kemudian ditanam ulas bawang putih secara menegak dengan bahagian hujung yang tajam menghala ke atas. Seterusnya adalah proses penyiraman iaitu menyiram sebanyak dua kali sehari pada waktu pagi dan petang atau sekurang-kurangnya sekali sehari bergantung kepada keadaan cuaca sama ada panas atau hujan. Bagi tujuan pembajaan sebaiknya di gunakan jenis baja organik seperti kompos atau baja larutan air (Foliar fertilizer) dengan menaburkan satu sudu kecil baja ini di sekeliling pokok selepas menyiram tanaman iaitu seiring dengan jarak 1 cm dari pokok itu. Dengan penjagaan baik selalunya penuaian dijalankan di peringkat matang yang mana ia biasanya dicapai apabila daun bawang akan bertukar warna menjadi kuning atau kering. Selalunya ia akan mengambil masa kira-kira 6-8 bulan selepas penanaman dilakukan. Dalam kes lain ia boleh tanam terus atau simpan ulas bawang putih di dalam peti sejuk selama 3-5 minggu sebelum ditanam untuk pertumbuhan yang lebih baik. Petua ini sesuai di lakukan sendiri. Memasang sungkupan dibuat dengan cara menaburkan sungkupan seperti rumput kering, cocopeat, daun-daun reput atau kulit kayu di sekeliling pokok untuk mengekalkan kelembapan dan menyuburkan tanah. Bawang putih memerlukan cahaya matahari penuh untuk pertumbuhan yang optimum. Pemilihan Jenis atau varieti bawang putih sebaiknya di cari jenis bawang putih 'softneck' kerana ia lebih sesuai untuk ditanam di kawasan yang mempunyai iklim panas dan lembap seperti Malaysia.


Selalu pengguna di Malaysia hanya akan membeli bawang putih dimana dilihat kebanyakannya adalah diimport. Mari cuba menanam sendiri bawang putih di rumah. Kalangan surirumahtangga akan merasa tidak lengkap rasanya masakannya tidak ada guna bawang putih. Stok bawang putih mesti kena ada di rumah kerana hampir semua menu lokal akan menggunakan bawang putih. Ramai pembaca blog ini juga yang masih tidak tahu bawang putih sebenarnya boleh tanam sendiri di rumah. Hasil beberapa testimoni dimana memang mudah sahaja untuk menanam bawang putih dan hasilnya memang lumayan kerana tidak lagi perlu keluar wang untuk membelinya di kedai. Kalau ramai orang hendk tahu cara tanam bawang putih guna teknik menegak yang mudah ini tentunya akan gembira semasa menuainya. Dilaporkan memang ada dua (2) jenis bawang putih yang di import di pasaran dan pembaca blog sebaiknya mengenalinya iaitu Bawang Putih Softneck dan jenis Bawang Putih Hardneck. Kulit bawang softneck selalu ia berwarna putih cerah keseluruhan serta dilihat ia akan mempunyai daun yang lembut dimana jenis ini luas ditanam pada musim panas di China dan Korea. Jenis Hardneck pula dilihat ia memunyai kulit bawang berwarna putih dan ada kemerahan di bahagian atasnya. Jenis ini selalu ia mempunyai daun yang agak keras mencacak dimana jenis ini luas ditanam pada musim sejuk di negara pengekspot utana yang lain diseluruh dunia. Bagi menanam bawang putih di rumah boleh disediakan media tanaman terdiri dari 2 bahagian tanah pasir, 1 bahagian cocopeat dan juga 1 bahagian tanah organik. Masukkan media ini kedalam pasu atau di atas tanah yang di kepung dengan papan disekelilingnya. Kemudian boleh menanam benih atau ulas bawang secara menegak dengan bahagian untuk akarnya kebawah. Kemudian boleh di kambus butir bawang dengan tanah sedalam satu inci atau 2cm. Apa pun di syorkan agar jangan terlalu ke dalam benih bawang ini sebab ia mungkin lemas dalam proses pertumbuhan sebab banyak ait. Apa pun dilakukan proses siraman yang diperlukan pada setiap pagi dan petang kecuali ketika hari hujan (memadai sekali sehari sahaja). Selepas 5 hari penanaman biasanya daun bawang akan mula kelihatan di paras tanah. Apa pun di lakukan amalan pembajaan organik perlu dilakukan pada peringkat ini. Selepas 14 hari daun bawang dilihat ia akan meninggi dan daun bawang perlu dipotong sehingga tinggal seinci dimana tujuannya adalah untuk menggalakan perkembangan pembentukkan umbi bawang. Proses diulang setiap kali daun bawang menjadi panjang. Sehingga daun bawang tidak lagi tumbuh dan mula kekuningan dimana janagkamasa penanaman ini akan mengambil masa antara 100 - 120 hari atau 3-4 bulan selepas di tanam. Setelah daun bawang mula menguning bawang boleh dituai dengan cara mengorek tanah dan jangan terus di cabut kerana akan menjejaskan bawang. Boleh di bersihkan sisa tanah yang melekat pada hasil rumpun bawang putih ini dengan cara mengetuk perlahan. Jangan basuh gunakan air sebab ia boleh menyebabkan bawang putih buusuk dan disyorkan agar ia perlu dijemur di tempat redup selama 4-5 hari sehingga daun dan bawang betul-betul kering. Selepas 5 hari aktiviti atau proses pengeringan bawang putih maka ia sudah boleh diambil untuk kegunaan sendiri, dijual atau disimpan. sebagai petua perlu tahu jika pokok bawang memerlukan sinar cahaya matahari maksima untuk pertumbuhan bawang. Jika menanam cengan cara menggunakan polybag pastikan ia tidak diletakkan di tempat berbumbung. Mengenai aktiviti penyiraman perlu dibuat setiap hari dan pembajaan organik setiap minggu dimana kaedah ini akan mempercepatkan lagi proses kematangan bawang.


Bawang putih memang selalu di kaitkan dengan makanan yang menyebabkan mulut berbau tetapi ia kaya khasiat. Dilaporkan dimana b
awang putih menjadi antara bahan yang mesti ada dalam masakan tidak kira masakan Timur mahupun hidangan Barat. Kelebihan bawang putih banyak di bincangkan dan dikaji dimana dilaporkan ia mengandungi sebatian dengan sifat perubatan yang kuat. Sudah lama para saintis tahu bahawa kebanyakan manfaat kesihatannya disebabkan oleh sebatian sulfur yang terbentuk apabila ulas bawang ini dicincang, dihancurkan atau dikunyah. Mungkin yang paling terkenal daripada bawang ini dikenali sebagai allicin. Ia merupakan sejenis sebatian yang tidak stabil yang hanya hadir sebentar di dalam bawang putih segar setelah dipotong atau dihancurkan. Sebatian lain yang mungkin memainkan peranan dalam manfaat kesihatan bawang ini termasuklah diallyl disulfide dan s-allyl cysteineSebatian sulfur daripada bawang ini memasuki tubuh dari saluran penghadaman dan tersebar ke seluruh tubuh di mana ia memberikan kesan biologi yang kuat. Bawang putih adalah makanan yang bernutrisi dimana satu hidangan bawang ini sebanyak 28 gram mengandungi bahan Mangan 23%, Vitamin B6: 17%, Vitamin C, Selenium: 6%, Serat: 0.6 gram dan juga sejumlah zat lain seperti mengandungi kalsium, tembaga, kalium, fosforus, besi dan vitamin B1. Khasiat bawang putih dilaporkan ia juga mampu Melawan kesakitan termasuklah selesema. Memakan bawang bawang putih bertujuan untuk meningkatkan fungsi sistem imuniti tubuh. Walaupun kekurangan bukti yang kuat, mungkin anda perlu mencuba dengan menambah bawang jenis ini dalam hidangan anda jika anda sering mendapat selesema. Bawang putih juga mampu mengurangkan tekanan darah. Kes penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok adalah pembunuh terbesar di dunia dapat di kurangkan dengan bawang putih. Begitu juga dengan isu tekanan darah tinggi (hipertensi) dimana salah satu pemacu yang paling penting dalam penyakit ini di kurangkan. Dos suplemen mestilah cukup tinggi untuk mempunyai kesan yang diingini dimana jumlah yang diperlukan adalah bersamaan dengan kira-kira empat ulas bawang ini setiap hari. Apa pun diantara kelebihan bawang putih memperbaiki tahap kolesterol dimana ada kajian nyatakan bawang ini boleh mengurangkan jumlah dan kolesterol LDL. Bagi mereka yang mempunyai kolesterol tinggi maka mengambil suplemen bawang ini boleh mengurangkan jumlah bahan kolesterol LDL sekitar 10 hingga 15%. Bawang ini kelihatan merendahkan kolesterol LDL tetapi tidak mempunyai kesan pada kolesterol HDL. Tahap bahan trigliserida tinggi adalah satu lagi faktor risiko yang diketahui untuk penyakit jantung akan tetapi bawang ini kelihatan tidak mempunyai kesan yang signifikan terhadap tahap trigliserida.


Bebe
rapa 
kajian menyatakan jika bawang putih ia mengandungi antioksidan juga antara khasiat bawang putih. Kes seperti kerosakan oksidatif daripada radikal bebas menyumbang kepada proses penuaan. Bawang ini mengandungi antioksidan yang menyokong mekanisma perlindungan tubuh terhadap kerosakan oksidatif. Dilaporkan pengambilan dengan dos tinggi suplemen bawang ini telah menunjukkan fungsinya dalam meningkatkan enzim antioksidan pada manusia, serta mengurangkan tekanan oksidatif dengan ketara pada mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi. Apa pun kesan gabungan untuk mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, serta sifat antioksida, boleh mengurangkan risiko penyakit otak umum seperti:penyakit Alzheimer  demensia. Ada kajian mendapati dimana prestasi atlet boleh dipertingkatkan menerusi khasiat bawang putih. Bawang putih adalah salah satu daripada 'peningkat prestasi' yang terawal bagi kehidupan dunia sukan. Ia secara tradisinya digunakan dalam budaya kuno untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan lagi akan keupayaan buruh pekerja. Ia turut diberikan kepada atlet Olimpik di Greece purba.Antara kebaikan bawang putih terhadap kanser. Ada laporan kajian terhadap tikus telah menunjukkan bahawa bawang ini membantu dengan meningkatkan prestasi senaman, tetapi sangat sedikit kajian terhadap manusia yang telah dilakukan. Dilaporkan individu yang mengalami penyakit jantung yang mengambil minyak bawang ini selama 6 minggu mengalami penurunan denyutan jantung sebanyak 12% dan mempunyai keupayaan senaman yang lebih baik. Bawang putih juga mampu untuk mendetoksifikasikan logam berat dalam tubuh antara khasiat bawang putih. Didakwa dalam dos tinggi, sebatian sulfur dalam bawang ini telah terbukti melindungi tubuh daripada kerosakan organ akibat daripada ketoksikan logam berat. Bawang putih juga mam[u untuk meningkatkan kesihatan tulang juga antara kelebihan bawang putih diman masih tidak terdapat kajian ke atas manusia yang telah mengukur kesan bawang ini terhadap kerapuhan tulang. Apa pun hasil kajian ke atas tikus telah menunjukkan bahawa ia dapat mengurangkan kerapuhan tulang dengan meningkatkan estrogen dalam kalangan wanita. Satu kajian yang dijalankan terhadap wanita menopaus mendapati bahawa dos harian ekstrak bawang putih kering (bersamaan dengan 2 gram bawang putih mentah) mengurangkan penanda kekurangan estrogen secara signifikan. Ini menunjukkan bahawa suplemen ini mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap kesihatan tulang pada wanita mahupun lelaki. Makanan seperti bawang putih ini juga boleh memberi kesan yang baik terhadap masaalah seperti osteoarthritis. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro  technology kali ini. Wasallam!!!....
BAWANG PUTIH... GARLIC ITU SAMA...
MUDAH DI TANAM.... ADA DI MALAYSIA...
DIDALAM PASU...SEMAIKAN BENIHNYA...
DISIRAM DI BAJA...3 BULAN TUAINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Rabiulawal 1447H).

Tuesday, September 2, 2025

TANAM SEMULA SAWIT - BAGAIMANA?

TANAMAN KELAPA SAWIT
(Elaeis guineensis) di Malaysia merupakan satu industri berasaskan pertanian yang mampu menjana ekonomi kepada negara. Setiap tahun ribuan hektar tanaman kelapa sawit di tanam sama ada ia merupakan sebagai Tanaman Baru atau Tanaman Semula dengan ada pelbagai teknologi, skim bantuan dan sebagainya yang selalu di laksanakan. Apa pun ada teknologi tanam semula sawit melibatkan kaedah penyediaan tanah, pengurusan sisa biojisim dan penggunaan baka anak pokok yang berkualiti tinggi dilaksanakan untuk meningkatkan kesuburan tanah dan hasil pengeluaran. Di Malaysia dimana selain daripada faktur sokongan daripada program skim seperti Skim Tanam Semula Kelapa Sawit (TSPKS 2.0) khusus di tumpukan kepada sektor pekebun kecil sawit bertujuan bagi meringankan lagi akan kos penanaman semula. 
Pada April 2024 dilaporkan jumlah semua keluasan tanaman sawit Malaysia adalah 5.67 juta hektar (dimana seluas 4.94 juta hektar dilaporkan ia jatuh didalam kategori 'sustainable certification' atau pun sekitar 87.4% daripadanya). Data menunjukkan jika sehingga Ogos 2024 Negeri Sarawak dengan keluasan 1.62 juta hektar dan Sabah dengan keluasan 1.51 juta hektar menyumbang jumlah kawasan tanaman sawit terbesar di Malaysia pada 2024.  Tahun 2024 sahaja dimana sektor industri sawit menyumbang sebanyak RM115 bilion kepada ekonomi negara dan ia terbukti menjadi penyelamat ketika krisis ekonomi 1998 dan juga semasa era pandemik COVID-19 dahulu. Mmembuat satu perbandingan dimana Indonesia merupakan pengeluar kelapa sawit terbesar di dunia iaitu dengan kawasan tanaman seluas 16.83 juta hektar (3 kali ganda keluasan Malaysia) dan berjaya menghasilkan sebanyak 46.82 juta mt sawit pada tahun 2022. Kawasan tumpuan tanaman sawit di Indonesia terletak di Provinsi Riau, Kalimantan Tengah, Kalimantan Barat, Sumatera Utara, Kalimantan Timur, Sumatera Selatan, dan Jambi. Dilaporkan dengan kapasiti pengeluaran sawit ini telah menjadikan Indonesia sebegai pengeksport produk CPO terbesar di dunia dengan menguasai sekitar 55% dari jumlah minyak kelapa sawit yang dieksport di dunia. Eksport minyak kelapa sawit Indonesia terus bertumbuh setiap tahunnya iaitu hingga pada tahun 2023 sahaja dilaporkan sudah mencecah  26.13 juta tan. Penanaman kelapa sawit di Malaysia sudah mencapai tahap maju apabila kaedah penanaman secara konvensional kini sudah mengaplikasikan teknologi moden yang mesra alam sekitar, cekap, kos efektif, penggunaan alat jentera dan sistematik. Kini sudah tidak ada lagi pembakaran batang sawit dan sisa lain sebaliknya di lakukan 'zero burning' dengan signifikan. Artikel pada pagi sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 68 tahun 2025 ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai bagaimana aktiviti penanaman semula kelapa sawit untuk di jadikan bahan bacaan semua.


Pada masa ini sudah ada t
eknologi yang digunakan dalam aktiviti tanam semula sawit hasil penyelidikan banyak pihak dimana teknologi ini sudah meluas di amalkan sama ada untuk sektor perladangan yang lua atau sektor pekebun kecil. Secara asasnya dimana ada pelbagai pendekatan yang di lakukan pertama iaitu Penggunaan Sisa Biojisim dimana aspek teknologi 'Kitaran Nutrien' dilaksanakan dengan mana semua pokok sawit tua yang ditebang akan ia diracik dan dicincang untuk disusun di antara barisan pokok (Sila lihat foto disebelah). Kaedah ini merujuk kepada kaedah penting dimana batang tersebut akan mereput dan bekalan nutrien kepada tanah. Konsep dan cara pembajaan Organik ini berdasarkan apabila biojisim ini akan reput sepenuhnya dalam masa 12-18 bulan sebenarnya ia mengitar semula nutrien penting seperti Nitrogen (N), Fosforus (P), Kalium (K) dan Magnesium (Mg) kembali ke tanah di ladang sawit. Teknologi ini akan mengurangkan Kos Baja Kimia apabila cara ini dapat menjimatkan kos penaburan baja kimia oleh penanam sawit dan ini sekali gus menyumbang kepada kesuburan tanah. Kedua aspek dalam teknologi dalam aktiviti Penyediaan Tanah sebab proses penyediaan tanah adalah penting untuk mengelakkan serangan penyakit seperti Ganoderma dan kumbang badak. Kini teknik penyediaan tanah yang betul dapat memastikan tanah menjadi lebih subur dan sedia untuk tanaman sawit baru yang akan di tanam. Tanah subur akan membolehkan pertumbuhan benih sawit lebih cepat dan kelak akan memberikan hasil buah sawit lebih tinggi. Teknologi penting seterusnya adalah Pemilihan Baka atau Benih Anak Pokok Sawit berkualiti dan ada jaminan persijilan. Kini dengan mendapatkan dan memilih benih kelapa sawit yang berkualiti akan memastikan pertumbuhan yang baik dan hasil yang tinggi untuk tanaman baru. Pihak berwajib sudah menyediakan sistem pengeleluaran anak benih kelapa sawit mengikut SOP dan prosedur yang di kawal. Hanya benih yang di sahkan sahaja boleh di jual kepada pihak yang ingin menanam sawit. Di Malaysia aspek terbaik yang ada adalah adanya Bantuan Kewangan (Skim Tanam Semula Kelapa Sawit) dimana Kerajaan Malaysia menawarkan bantuan melalui skim seperti Skim Tanam Semula Kelapa Sawit (TSPKS 2.0) terutama untuk sektor pekebun kecil. Skim ini bertujuan meringankan beban kewangan pengusaha dan pekebun kecil yang menjalankan kerja-kerja penanaman semula sawit. Merujuk kepada strategi dan tujuan utama teknologi menanam semula sawit adalah ia untuk seterusnya memodenkan dan meningkatkan kecekapan pengeluaran sawit di Malaysia. Ia juga bertujuan untuk memastikan kaedah yang lestari melalui kitaran nutrien dan pengurusan sisa biojisim serta meningkatkan hasil dan mengurangkan kos operasi melalui penggunaan teknologi dan baka yang lebih baik.


Di Malaysia sudah ada teknologi terbaik bagaimana cara penyediaan tanah untuk menanam semula kelapa sawit bagi dapat mengelakkan potensi serangan perosak Kumbang Badak dan juga kes Penyakit Ganoderma. Biasanya satu kitaran tanaman sawit merangkumi satu jangkamasa ekonomik selama 25 tahun. Selepas itu pastinya semua pokok sawit tua boleh ditebang bertujuan untuk kawasan ini ditanam semula. Selalunya disebabkan oleh kerana ada isu tanah telah lama digunakan malah mungkin telah melalui kitaran penanaman kedua atau ketiga maka tidak dinafikan kualiti tanah mungkin telah lebih merosot serta berpenyakit perlu di pugarkan atau dipulihkan. Oleh yang demikian secara teknikalnya dimana sebelum tanam semula maka proses penyediaan tanah hendaklah iaya dilakukan dengan cara berhati-hati supaya langkah untuk membuangkan segala risiko musibah ancaman perosak atau penyakit atau hasil rendah kelak mesti dijalankan serentak pada peringkat awal penanaman semula. Aspek yang perlu di ketahui dimana di atas tanah pokok sawit tua ini ada bahan organik yang bermanfaat seperti biojisim pokok tua (dari batang, pelepah dan daun sawit) yang perlu terus dikekalkan selepas diracik dan dicincang menjadi serpihan kecil. Langkah ini bukankah kesannya lebih baik dilakukan daripada hendak menangani masalah yang wujud di atas kebun sawit selepas penanaman dijalankan. Beberapa langkah-langkah atau pun aktiviti penyediaan tanah yang baik mesti di jalankan. Pertama adalah diman ada Kitaran Nutrien Dalam Biojisim Sawit dimana akan dapat dilihat kandungan nutrien yang masih ada di dalam pokok sawit tua yang sudah ditebang. Semua sisa dari bahagian ini diracik dan dicincang kemudian disusun di perantaraan barisan sawit untuk direput. Nutrien terkandung di dalam akan dikitar semula ke dalam tanah untuk kemudian ia boleh dimanfaatkan kepada tanaman sawit yang ditanam. Apa pun jika kesemua nutrien di dalam biojisim itu ditukarkan kepada baja dari kajian dinyatakan ada unsur urea 737.9kg/ha (ianya adalah unsur Nitrojen - N), CIRP 204.8kg/ha (sumber bagi unsur Posforan - P), KCI 848.4kg/ha (sumber unsur Kalium - K) dan Kieserite 487.5kg/ha (penting sumber unsur Magnesium - Mg). Biojisim ini akan mereput sepenuhnya iaitu dalam masa 12-18 bulan dan langkah ini menjimat penaburan baja oleh penanam. Tetapi ada juga yang menyarankan agar penambahan unsur seperti sebanyak 0.25kg/pokok/tahun CIRP dan 1kg/pokok/tahun bahan Ammonium sulphate untuk tambahkan kesuburan tanaman.


Fakta dimana teknologi kini mampu untuk lakukan Kawalan Kumbang Badak Dan Penyakit Ganoderma dimana semasa penyediaan tanah, penanam juga hendak mengawasi risiko kemunculan serangga seperti kumbang badak dan penyakit Ganoderma di tanah tersebut. Oleh itu teknik seperti aktiviti penyemburan racun biopestisid ORY-X (produk keluaran FELDA) dan produk lain yang di syorkan dijangka akan memberi kesan kawalan yang baik terhadap kumbang badak. Apa pun bagi penyakit Ganoderma ada risiko kejangkitan telah merebak pada pokok sawit muda yang sebelumnya hanya berjangkit pada pokok matang. Di Sumatera Utara dilaporkan ada sebuah ladang membiarkan sahaja bijoisim sawit tua di sebelah anak sawit tanpa membersihkan lubang tanaman menyebabkan anak pokok sawit yang ditanami sudah dijangkiti penyakit ini pada tahun kedua penanaman. Kulat Ganoderma mampu merebak dengan kadar yang cepat dimana setakat beberapa bulan sahaja ia akan menjangkiti banyak anak pokok yang ditanam. Disyorkan agar penanam sawit dikehendaki membersihkan segala sisa biojisim sawit tua dan lubang tanaman yang boleh jadi perumah perosak secara sepenuhnya untuk mengelakkan jangkitan. Kawasan yang dibersihkan jika dapat dikosongkan seketika waktu atau ditanami dengan tanaman pendek atau tanaman makanan sesuai yang lain dijangka akan membantu meminimumkan risiko jangkitan dan jika berjaya ia boleh menambahkan pendapatan pekebun sawit. Kadar penyakit Ganoderma bukan wujud di semua kawasan penanaman semula, sebaliknya kadar jangkitan hanya sebanyak 0.25% sahaja. Namun begitu dimana langkah kawalan hendak juga dijalankan. Sekiranya pokok sawit tua didapati sudah dijangkiti, maka pembersihan tunggul pokok serta keluasan 1m lebar dan mendalam kawasan sekitaran tunggul hendaklah dijalankan sepenuhnya. Perhatian juga perlu diberikan supaya biojisim yang telah dinaikkan ke permukaan tanah tidak pula dikambus semula ke dalam tanah. Ada juga pokok sawit tua yang hanya menunjukkan kesan jangkitan selepas ianya ditumbangkan. Pokok seumpama ini juga hendak diracik dan dicincang sama sekali termasuk pembersihan lubang tanaman. Pokok tua tersebut boleh dimatikan dengan menyuntik paraquat atau racun setimpal ke dalam batang pokok sehingga pokok tua mati dan cara ini dijangka akan mendatangkan kesan kawalan. Biojisim sawit tua yang telah reput untuk seketika waktu didapati kurang mendatangkan kadar jangkitan penyakit Ganoderma setelah ia telah dilitupi oleh tumbuhan kekacang penutup bumi. Bagi biojisim sawit yang biasa, ia dilonggokkan di perantaraan barisan sawit untuk reput. Tumbuhan kekacang penutup bumi ditanam segera untuk menutupi longgokan tersebut. Langkah ini akan mengelakkan timbunan itu menjadi tapak pembiakan kumbang badak. Secara keseluruhan, kepingan biojisim sawit tua tidak harus dikambus di dalam tanah kerana khuatir ia akan menjadi tapak pembiakan penyakit Ganoderma untuk tanaman baru kelapa sawit.


Menarik merujuk kenyataan media harianmetro.com bertajuk 'Ada 
6 teknologi baharu pacu industri sawit negara' yang wajar di kongsikan. Sudah di umumkan oleh kerajaan dimana ada enam (6) teknologi baharu yang sudah diperkenalkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam Program Pemindahan Teknologi Sawit (TOT MPOB) terus memacu perkembangan teknologi inovatif industri kelapa sawit negara. Menterinya nyatakan program berkenaan dianjurkan setiap tahun untuk memperkenalkan teknologi dan inovasi dalam sektor sawit yang dibangunkan penyelidik MPOB. Enam jenis teknologi dan satu perkhidmatan baharu diperkenalkan bagi pengkomersialan itu merangkumi kluster bioteknologi, mekanisasi dan automasi dan oleokimia. Kerajaan Malaysia akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menggalakkan dan mempercepat proses pengkomersialan penemuan R&D dibangunkan institusi penyelidikan awam. Langkah ini untuk mendorong pengkomersialan hasil inovasi R&D institusi penyelidikan awam, insentif cukai disediakan kepada syarikat pelabur dan syarikat yang mengkomersialkan hasil penemuan atau inovasi. Enam teknologi berkenaan ialah baka tanaman baharu Clonal Palm Series 4 (CPS), Mesin Pemotong Rumput dengan Transmisi Hidrostatik Kawalan Radio serta empat inovasi menghasilkan produk oleokimia iaitu Gris Gred Makanan Terbiodegradasi Berasaskan Sawit dan Cecair Pencuci Gred-industri. Selain itu, Gam Berasaskan Sawit untuk Kawalan Serangga Perosak serta Minyak Transformer Berasaskan Sawit. Kini hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) MPOB banyak membantu peladang dan pekebun kecil untuk meningkatkan hasil melalui pengurusan ladang yang baik. Teknologi dan inovasi dibangunkan MPOB dilihat ia juga sejajar perkembangan ekosistem industri sawit serta aktiviti memperluaskan kegunaan produk berasaskan sawit di pasaran yang mana ia juga menawar peluang kepada usahawan bagi meneroka potensi perniagaan dalam sektor sawit. Kini melalui Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2030 (DAKN2030), kerajaan melalui MPOB memberi fokus kepada usaha memperkasakan pekebun kecil sawit dan pembabitan usahawan termasuk sektor Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) bagi meningkatkan daya saing usahawan bumiputera dalam industri sawit. Turut melancarkan dua produk iaitu Produk Racun Perosak Biologi Mesra Alam dan Formulasi Baja MPOB F2 dan F6. Pihak MPOB memeterai lima perjanjian persefahaman teknologi iaitu ia merangkumi pengkomersialan formulasi Baja MPOB, formulasi gris gred makanan berasaskan sawit, formulasi cecair bakteria endofitik kawalan Ganoderma, dan pemindahan teknologi kaedah penghasilan komposisi bod (papan) serat terarah. Dilancarkan juga kempen 'MPOB TECH' sebagai cap dagangan berdaftar untuk memperkasa teknologi MPOB yang dikomersialkan dan ia adalah sebagai agensi penyelidikan dalam industri sawit.  Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasllam!!!...
TANAM SEMULA SAWIT... IA BERTERUSAN...
TEKNOLOGI BARU...SUDAH DI LAKUKAN....
BATANG DI HANCURKAN...BAJA TAMBAHAN...
PEKEBUN KECIL... IA ADA SKIM BANTUAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Rabiulawal 1447H).

Monday, September 1, 2025

ULANGKAJI PEROSAK TANAMAN CENDAWAN

INDUSTRI CENDAWAN di Malaysia dilapor terus berkembang dimana sebelum ini cendawan pernah digambarkan seperti payung kecil kerana bentuknya yang bercuping dan dilihat ia mempunyai batang pendek. Banyak bentuk cendawan yang ada tetapi ia sebenarnya merupakan sejenis kulat atau fungus yang boleh dijadikan makanan ataupun herba. Namun bagi penulis blog dimana memang tidak semua spesis cendawan (terutama jenis cendawan liar) ia boleh dimakan kerana ada terdapat juga spesies cendawan yang mengandungi racun. Daripada sejumlah 2,000 spesies cendawan yang tumbuh di seluruh dunia apa yang penulis blog banyak tahu dimana hanya 25 spesies cendawan sahaja yang boleh dimakan. Di Malaysia apa yang di ketahui dimana hanya ada terdapat 7 spesies cendawan yang ditanam untuk dijadikan makanan seharian ataupun sebagai herba dan ubatan seperti jenis cendawan Tiram Kelabu, Jarum Mas, Shiitake, Kukur  dan Ling Zhi. Cendawan telah mendapat pengiktirafan sebagai sejenis herba. Beberapa kajian mendapati khasiat memakan makanan cendawan boleh mengurangkan kandungan gula serta ia akan menambah insulin di dalam darah. Selain itu produk cendawan juga bertindak sebagai agen pertahanan tubuh badan kerana didakwa ia juga mampu membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit. Di Malaysia tidak hairanlah permintaan terhadap cendawan semakin meningkat di pasaran dimana penulis blog pernah mengetuai industri pembangunan cendawan di Malaysia ketika bertugas di Jabatan Pertanian dulu. Industri cendawan dilihat ia sangat berpotensi untuk dijadikan sebagai salah satu aktiviti pertanian yang menguntungkan. Istilah 'Edible Mushroom' atau pun cendawan komersil ini merupakan salah satu makanan yang menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Jenis cendawan yang boleh dimakan bukan sahaja boleh dimasak atau boleh diproses untuk dijadikan makanan harian yang menyelerakan. Cendawan turut digunakan untuk pelbagai sejenis makanan yang manfaat seperti herba dan ubat-ubatan moden. Kajian oleh beberapa pusat penyelidikan dalam dan luar negara juga mendapati dimana cendawan mempunyai nilai perubatannya yang tersendiri. Khasiat cendawan adalah berbeza-beza iaitu ia mengikut spesiesnya masing-masing. Berikut adalah antara spesies cendawan yang boleh dimakan dan khasiatnya.  Bagi penulis blog yang sudah menulis hampir 100 artikel mengenai cendawan mendapati kalangan masyarakat ada yang keliru dalam membezakan di antara spesies cendawan yang mana ia beracun dengan cendawan yang selamat dimakan. Bagi mengelakkan keracunan akibat pemilihan cendawan yang salah dimana penggemar cendawan perlu mengetahui dan mempelajari perbezaan keduadua jenis-cendawan ini. Terdapat 2 jenis racun yang terkandung di dalam beberapa cendawan iaitu ‘Amatoxins’ dan ‘Neurotoxin’. Jenis bahan Amatoxins adalah sejenis zat berbahaya yang boleh dijumpai di dalam kulat atau fungus dan terbentuk daripada 8 asid amino (cyopeptida). Jenis bahan Amatoxins pula sebenarnya tidak boleh dimusnahkan dengan air panas. Walaupun telah dimasak dengan suhu yang tinggi tetapi racunnya masih lagi ia berfungsi dan aktif. Racun ini akan mengambil masa selama 24 jam untuk bercampur di dalam darah. Ia lazimnya akan memberi kerosakan terhadap hati dan organ dalaman yang lain. Antara simptom-simptom jika terkena racun ini adalah muntah-muntah, cirit birit, sakit perut, disusuli dengan tekanan darah yang rendah serta dehidrasi. Rawatan yang terbaik adalah membuat dialisis darah secara menyeluruh atau membuat pemindahan hati. Antara spesis cendawan yang mengandungi racun Amatoxins adalah Amanita bisporigera, Amanita phalloides, Amanita verna, Amanita virosa, Conocybe filaris, Conocybe rugosa, Galerina autumnalis, Galerina fasciculate, Galerina marginata, Galerina sulciceps, Galerina venenata, Hypholoma fasciculare, Lepiota brunneoin carnata, Lepiota castanea, Lepiota citrophylla, Lepiota helveola, Lepiota josserandii dan jenis Lepiota subincarnata. Jenis neurotoxin pula adalah sejenis racun yang menyerang sistem saraf. Racun jenis ini boleh melumpuhkan sistem pernafasan dan merosak otak sehingga menyebabkan kematian. Jenis racun ini tidak menimbulkan rasa sakit sehingga menyebabkan mangsa tidak mengetahui bahawa mereka telah keracunan. Antara spesis cendawan yang di kaji ia mengandungi racun jenis  ‘Neurotoxin’ ialah Boletus pulcherrimus, Clitocybe aurantiacum, Clitocybe candicans dan Clitocybe dealbata. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan ulangkaji mengenai beberapa penyakit utama tanaman cendawan untuk di jadikan bahan rujukkan semua.


Dalam industri tanaman cendawan ancaman dan risiko yang paling di takuti pengusaha adalah seranagn perosak dan penyakit pada cendawan. Ini kerana ia akan bersaing untuk nutrien dan ruang, mengancam pertumbuhan dan aspek pembangunan cendawan yang boleh ia menyebabkan penurunan hasil dan kualiti. Apa pun selalunya kitaran atau s
iklus pengeluaran cendawan yang pendek membuatkan ia tidak sesuai untuk penggunaan racun kimia dan penggunaan racun pertanian konvensional adalah ia tidak berkesan. Kaedah dan aktiviti kawalan perosak dan penyakit pada cendawan perlu diberi tumpuan kepada pencegahan dan pengamalan kaedah pengawalan yang ianya komprehensif. Perosak dan penyakit pada cendawan merujuk kepada mikroorganisma dan perosak yang merebut nutrisi dan ruang dengan cendawan, mengancam pertumbuhan dan pembangunan cendawan, dan menyebabkan penurunan hasil dan kualiti. Biasanya akan terdapat dua jenis penyakit, iaitu penyakit yang menyerang dan penyakit fisiologi; manakala perosak yang merosakkan cendawan biasanya melibatkan serangga, nematoda, tungau, dan lain-lain. Pengalaman penulis blog dimana antara yang menakutkan pengusaha cendawan terutama peserta baru adalah serangan oleh Kulat Hijau yang disebabkan oleh Trichoderma spp yang akan mengeluarkan spora berwarna hijau dibahagian atas bungkan pada media. Serangan ini lazimnya akan berlaku sekitar 10-15 hari selepas disuntik benih. Spora yang berwarna hijau keluar dengan kejadian lebih jelas pada 2-3 kali lepas memetik hasil dan terus rosak (Sila lihat foto disebelah). Penyakit ini dilapor ia memang perlu di kawal peringkat awal. Cara mengawal dengan mengambil bungkah yang didapati ada serangan dan dikeluarkan dan dimusnahkan dengan membakar dilokasi yang jauh daripada rumah cendawan. Kes ini dijumpai di Kg Baru Lenga, Kg Paya Jaras dan di Kg Tiong Baru terutama masa musim panas di Mukim Gersik dan beberapa projek tanaman cendawan dahulu dan Jabatan Pertanian selalu mengadakan banyak kursus mengenai bagaimana untuk dapat mengawal isu ini. Setelah beberapa aktiviti kawalan kemudian isu ini berjaya di atasi juga. Apa pun memang ada terdapat ada pelbagai kulat yang biasa ditemui dalam usaha menanam cendewan. Kulat yang tumbuh semasa tempoh penanaman cendawan mungkin termasuk jenis-jenis yang boleh menyerang sehingga menjadikan kerugian besar kepada pengusaha cendawan tempatan. Serangan perosak dan penyakit bergantung kepada banyak faktur termasuk faktur cuaca, sanitasi rumah cendawan, kualiti media yang di masak, kualiti benih, kehadiran haiwan dan pembawa patogen, kualiti benih cendawan kurang mana ia bermutu dan sebagainya. 


Jenis masaalah pertama untuk tanaman cendawan di Malaysia adalah serangan oleh jenis Kulat 
Neurospora yang mana ia akan mengeluarkan spora berwarna oren merah atau merah muda, adalah sejenis kulat aerobik yang tumbuh dengan cepat dalam keadaan suhu sederhana hingga tinggi. Ia sering berkembang biak dengan pesat di dalam bongkah cendawan yang mengandungi substrat seperti serbuk kayu. Apa pun selalunya kesan yang berlaku terutamanya adalah bersaing dengan cendawan untuk mendapatkan nutrien dan ruang. Ia biasanya tumbuh di sekitar mulut dan permukaan bekas pembungkusan dimana dengan hifa yang boleh tumbuh ke dalam bekas. Walau bagaimana pun selalunya serangan ini ia biasanya hilang dengan cara sendirinya setelah hifa mencapai seluruh bekas dan kesan kepada hasil cendawan tidak besar. Namun demikian, jika berlaku jangkitan silang dengan kulat lain seperti Trichoderma, impaknya boleh menjadi besar. Cara pengurusan yang tidak betul dengan keadaan kawasan persekitaran yang tidak lagi sesuai serta faktor lainnya adalah antara faktor-faktor yang menyebabkan pertumbuhan kulat dikawasan dalam rumah cendawan. Apa pun serangan oleh kulat seperti ini selalu tahap kerosakan bergantung kepada jenis kulat yang terlibat serta pengawasan yang di jalankan. Perosak cendawan kedua yang perlu di ketahui adalah jenis Aspergillus dimana ada terdapat tiga jenis utama, Aspergillus flavus, Aspergillus niger dan Aspergillus griseus. Simptom dapat dikenali apabila ada bentuk koloni adalah hijau kekuningan di tengah dan di kelilingnya putih. Ia tergolong dalam jenis suhu sederhana tinggi, dan sukakan kelembapan yang tinggi dan persekitaran sedikit asidik. Apabila hifa kulat ini berkembang dengan baik, ia boleh menutupinya, tetapi kesan terhadap hasil cendawan tidak besar. Kesan utamanya adalah bersaing dengan cendawan untuk mendapatkan nutrien dan ruang. Ancaman ketiga adalah oleh patogen iaitu di kenali sebagai Penicillium dan Paecilomyces dimana koloni kulat ini berwarna biru kehijauan, dengan sekelilingnya berwarna putih. Ia bersaing dengan cendawan untuk mendapatkan nutrien dan ruang, dan kesan buruknya lebih besar berbanding dengan Aspergillus. Ancaman perosak keempat adalah berpunca dari patogen Mucor dan Rhizopus dimana selalunya hifa yang menyerupai serat kapas, dan Trichoderma akan menghasilkan akar palsu, merupakan tanda kadar air yang tinggi dalam medium pertumbuhan. Bahaya utama adalah persaingan dengan cendawan untuk nutrien dan ruang. Perosak ke 5 adalah Trichoderma yang juga ia adalah dipanggil Trichoderma viride, menghasilkan spora berwarna hijau, koloni berwarna hijau, mampu mengeluarkan kapang, memberikan kesan merosakkan, dan menghasilkan toksin ekso, memberikan kesan merosakkan yang besar. Akhir sekali patogen perosak cendawan adalah jenis Bakteria dimana medium kultur mengeluarkan bau hanyir bahan organik yang membusuk dimana ia kebanyakannya disebabkan oleh aktiviti pencemaran bakteria.


Penanaman cendawan yang dijalankan untuk satu t
empoh pengeluaran singkat memang ia tidak sesuai untuk dapat ia menggunakan sebarang jenis racun. Itulah sebaiknya dalam menanam cendawan pengusaha perlu dalam cara mendapatkan akreditasi persijilan produk Organik atau persijilan MyOrganic. Apa pun selalunya punca jangkitan kuman adalah pada pengikat bongkah cendawan tidak ketat, pemusnahan tidak lengkap, substrat kurang segar atau kelembapan tinggi, operasi bersih tanpa kebersihan semasa penanaman, kebocoran bongkah cendawan semasa pengangkutan, penyahmikrobaan tidak menyeluruh di persekitaran pertanian, kepekatan spora kotoran tinggi dalam persekitaran, sumber invasi awal yang kaya, pengurusan penyiraman yang berlebihan, kelembapan udara tinggi, ventilasi yang tidak baik, dan suhu yang tinggi, semuanya merupakan faktor utama yang menyebabkan pertumbuhan kuman. Selalunya antara sebab-sebab untuk pertumbuhan bakteria adalah pemusnahan yang tidak dibuat dengan menyeluruh. Cendawan mengalami penyakit akibat serangan organisma yang merugikan disebut sebagai penyakit invasif atau penyakit yang disebabkan oleh serangan bakteria disebut sebagai penyakit bakteria manakala penyakit yang disebabkan oleh serangan kulat disebut sebagai penyakit kulat. Apa pun bagi tempoh pengeluaran cendawan yang agak pendek menjadikannya tidak sesuai untuk penggunaan racun. Selain itu perlu di pastikan jika kesan racun pada cendawan juga tidak besar dimana cara pengawalan perosak dan juga penyakit pada cendawan perlu menumpukan kepada cara pendekatan dengan konsep 'prevention is better than cure' dan pendekatan kawalan secara menyeluruh. Tindakan dalam cara pencegahan dan kawalan perosak dan penyakit utama akan melibatkan beberapa aspek seperti memilih lokasi penanaman yang mempunyai udara segar, bersih, ventilasi yang baik, sejuk dan kering, bekalan air yang bersih, dan jauh dari sumber pencemaran. Perlu juga di pastikan kebersihan alam sekitar dengan cara melakukan penyahkuman dengan menggunakan racun yang berkesan dan rendah toksik secara ketat sebelum menanam dan lakukan penggantian racun secara berkala. Penting penanam cendawan untuk selalu dia mengmalkan operasi steril yang ketat. Sebaiknya bongkah cendawan yang dijangkiti pelbagai bakteria harus di musnahakan denga betuk iaitu mengumpulkannya dan menanamnya di dalam tanah dalam atau boleh dibakar atau ia juga boleh di rawat dengan cara lain sehingga tidak menganggu penanaman cendawan. Contohnya jika berlaku isu atau kes seranga oleh Neurospora yang mana ia merupakan sejenis kulat aerobik yang memerlukan suhu tinggi dimana mudah untuk berkembang pesat apabila musim panas dan lembap dalam rumah cendawan dan selalu boleh terjadi terutama pada dalam bongkah cendawan yang mengandungi substrat seperti serbuk kayu.


Dalam bab ini akan di ulangkaji akan beberapa jenis p
erosak Utama Cendawan di Malaysia hasil pengalaman penulis blog sendiri yang pernah menghadapinya. Pertama adalah serangan oleh Perosak iaitu Bradysia minpleuroti Yang et Zhang yang sering berlaku kepada jenis cendawan iaitu Agaricus bisporus, cendawan phoenix, cendawan tiram, kulat hitam, kulat berbulu, kulat putih, cendawan enoki, cendawan shiitake, cendawan pokok teh dan lain-lain. Ancaman bahaya utama ialah larva memakan hifa, menyebabkan hifa mengecut dan tunas cendawan menjadi layu. Larva boleh berlubang dari pangkal badan berbuah, menyebabkan lubang dan disertai dengan bau hanyir yang tidak menyenangkan. Orang dewasa tidak langsung membahayakan tubuh buah. Apabila cendawan menghadapi perosak, kesan rawatan setelah itu akan kurang berkesan. Oleh itu, pencegahan adalah kunci untuk mencapai kesan yang baik. Ancaman perosak kedua di kenali sebagai serangan oleh Kulat Mycophila fungicola Felt dimana berlaku serangan perosak ini akan menyebabkan semua cendawan boleh terjejas oleh serangga ini, terutama sekali ia memakan hifa dan mengebor ke dalam badan buah, menyebabkan cendawan reput, dan dalam kes yang teruk, hasil tanpa diambil. Ketiga adalah serangan oleh Serangga Phorid fly dimana ia berbahaya kepada Agaricus bisporus, Lentinus sajor-caju, Pleurotus ostreatus, kulat Tremella, Auricularia auricula-judae, Clitocybe besar dan lain-lain. Keempat adalah serangan oleh Diomea cremata Butler iaitu terutama sekali, ulat memakan hifa dan badan buah, serta membuang banyak tinja, yang mempengaruhi pertumbuhan, mengakibatkan hifa yang terjalin, mencemari badan buah, dan mengurangkan kualiti. Kelima adalah serangan cendawan oleh perosak di namakan sebagai Springtails dimana kerosakan utama adalah makan hifa, kadang-kadang juga menimbulkan lubang pada badan buah, mengurangkan nilai komoditi. Seterunya perosak jenis Tungau berlaku dimana ia boleh merosakkan semua jenis cendawan makanan, terutama dengan menggigit hifa, mengunyah tunas cendawan kecil, juga boleh secara langsung merosakkan badan buah, dan boleh menyebabkan gatal-gatal pada seluruh badan dan reaksi alergi. Serangan oleh cacing Nemotod boleh terjadi terutama menggigit badan hifa, mencipta syarat untuk serangan serangga perosak lain, memicu serangan silang pelbagai jenis serangga perosak.


Pengalaman memantau iaitu di kawasan penanaman cendawan komersil dimana antara p
unca kawalan perosak serangga yang tidak effisien atau kurang berkesan banyak sebabnya. Apa pun dilaporkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penanaman cendawan terus meningkat akan tetapi disebabkan oleh kekurangan pemahaman pengusaha maka masih terdapat banyak masalah dalam kawalan serangga perosak. Penulis blog pernah berjumpa seorang pengushaha di Kg Ujong Tambak, Gersik dan di Kampong Selasih, Pagoh yang terpaska menjual rumahnya dan keretanya di sebabkan kerugian teruk apabila tanaman cendawannya dua kali tidak berhasil di serang penyakit. Hasil kajian di laporkan oleh Jabatan Pertanian dan pengalaman penulis blog mendpati puncanya adalah dimana Kurangnya Ilmu Pengetahuan tentang Perosak dan Penyakit dimana isu serangan serangga perosak oleh pengusaha. Sebenarnya isu penyakit pada cendawan adalah lebih banyak terutama di dalam persekitaran bersuhu panas dan lembap akan tetapi para kawalan oleh petani cendawan kurang memahami mengenai sejarah hidup dan ciri-ciri patogen yang merbahaya serangga dan penyakit yang biasa, yang mengakibatkan kesukaran dalam kawalan yang berkesan. Pengusaha juga selalu Tidak Memberi Tumpuan kepada Perosak dan Pencegahan disebabkan kerana masa pengecaman dan kawalan serangga lebih sukar berbanding penyakit kulat, kebanyakan petani cendawan cenderung "menitikberatkan penyakit dan mengabaikan serangga," walaupun mereka memberikan perhatian kepada serangga, tetapi lebih menitikberatkan rawatan daripada pencegahan. Tetapi, sekiranya serangga berlaku, kesannya terhadap rawatan akan menjadi kurang berkesan, dan banyak penyakit kulat juga disebabkan oleh serangga dan penekanan yang lebih besar perlu diberikan kepada pencegahan untuk mencapai hasil yang baik. Aspek tempun ketiga berpunca dari keadaan Keberkesanan Kawalan Kimia Rendah oleh para pengusaha cendawan. Kebanyakan kawalan kimia bagi perosak dan penyakit adalah kurang berkesan dan memerlukan lebih banyak tenaga kerja, bahan dan sumber kewangan. Oleh itu, pengambilan langkah-langkah pertanian, peningkatan pengurusan penanaman, dan mencipta syarat-syarat ekologi yang tidak kondusif kepada serangan serangga adalah penting untuk mengelakkan atau mengurangkan tahap kerosakan serangga. Tindakan yang boleh diambil termasuk pemilihan varieti yang tahan terhadap serangan serangga dan penyakit, memilih jangka waktu penanaman yang sesuai, membersihkan sisa-sisa dan sampah di dan sekitar tapak penanaman dimanaini memusnahkan atau menguburkan mereka secara terpusat. Akhir sekali yang keempat dimana masih lagi Kurang Pemahaman terhadap Kawalan Biologi oleh pengusaha. Kawalan biologi boleh menggantikan cara sebahagian daripada penggunaan jenis racun kimia pertanian iaitu ia tanpa mencemarkan cendawan dan alam sekitar. Walau bagaimanapun ramai pengusaha cendawan dimana pada umumnya kurang memahami ini dan jarang sekali merekan cuba menggunakan racun serangga dan racun kulat biologi. Semuga tulisn ini memberikan maklumat sekadari ulangkaji kepada pembaca blog anim agro technology kali ini . Wasallam!!!...
TANAM CENDAWAN...ADA PEROSAKNYA...
JENIS KULAT... ADA PELBAGAI SEBABNYA... 
HASIL CENDAWAN RENDAH... JADI KECEWA...
MEMBACA ARTIKEL.. ULANGKAJI SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 (Rabiulawal 1447H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...