AIR NIRA merupakan air manisan yang diambil daripada pokok famili Arecaceae atau Palmae terutama Pokok Kelapa (Cocos nucifera Linn) atau Pokok Nipah (Nyipa fruticans). Proses menghasilkan nira kelapa dan nira nipah adalah hampir serupa cuma kaedah yang digunakan berbeza kerana nira kelapa di ambil daripada mayang kelapa di bahagian atas pokok sementara nira nipah dari tangkai buah yang keluar dari perdu pokok nipah. Air nira dikutip untuk diminum segar atau pun boleh di proses untuk dibuat Air Tuak (memabukkan jika sampai tahap banyak diminum), di buat Gula Melaka dan produk proses lain yang sesuai. Kawasan penanaman kelapa memang digalakkan menjalankan aktiviti membuat air kelapa dan industri gula melaka atau gula kabong untuk tujuan bagi meningkatkan pendapatan penanaman kelapa selain daripada penghasilan kelapa segar. Di Malaysia dianggarkan seramai 150 - 250 orang usahawan terlibat dengan aktiviti pengeluaran air nira dengan anggaran pengeluaran sekitar 30,000 - 50,000 liter setahun. Proses memungut air nira kelapa bermula dengan memilih mayang kelapa yang sesuai dan memotong secara serong dengan pisau peyadap. Bekas seperti botol minuman atau kontena plastik diikat dihujong mayang dipotong untuk mengutip air manisan nira yang mengalir keluar. Lazimnya bagi pokok kelapa yang sihat di sekitar Muar, Batu Pahat dan Melaka akan menghasilkan air nira yang akan dikutip setiap pagi dan lewat petang. Air nira ini dikumpulkan dalam satu bekas tong selepas ditapis untuk membuang segala kekotoran yang ada seperti semut, lebah, saampah dan habuk lain beberapa kali. Air nira ini tidak boleh dibiarkan lama diatas pokok kerana akan melimpah keluar apabila penoh dan akan berlaku penapaian (fermentation) serta menjadi masam (Tuak). Bagi memproses air nira kelapa ini kepada produk gula melaka perlu dimasukan dalam kuali besar diatas sabak dimasak sehingga pekat dan dicetak menjadi gula melaka (Sila Klik disini bagi artikel Gula Melaka) dan baca (Sila klik disini untuk air nira). Artikel subuh ini pada Hari Raya Ke 2 tahun 2025 saya sembang dengan menulis tentang kisah air nira dalam blog "Anim Agro Technology" sebagai bahan rujukkan semua.
Beberapa kisah seperti 'Bermula minat, kini pengusaha air nira' selalu dilaporkan dan menjadi rujukkan umum. Bermula daripada minat terhadap minuman tradisional dimana pasangan suami isteri dari Kampung Baru Sri Pandan di Kuantan ini kini berjaya menjual sehingga 50 botol air nira sehari. Apa pun usaha gigih Jamaluddin (48) dan isterinya membuahkan hasil apabila mereka sudah mampu memperoleh pendapatan sampingan daripada penjualan air nira sejak enam tahun lalu. Bapa kepada empat anak berkata, semuanya bermula apabila dia menyedari permintaan tinggi terhadap air nira, tetapi bekalan di kawasan mereka sangat terhad. Kalau dulu dia selalu berulang-alik ke kawasan Kijal, Terengganu untuk membeli air nira seba bdikampungnya memang tiada siapa yang menjualnya. Dari situlan kemudian timbul idea untuk cuba menghasilkan sendiri. Pada awalnya banyak percubaan gagal, tapi kami sering bertanya kepada mereka berpengalaman dan akhirnya berjaya menghasilkan air nira yang berkualiti yang tinggal di rumahnya di Kampung Baru Sri Pandan, Kuantan. Dia yang menjalankan perniagaan kedai makan memberitahu, lebih 30 pokok kelapa ditanam di atas tanah seluas 0.4 hektar di kebun miliknya bagi mendapatkan air nira. Air nira tersebut akan dituai dua kali sehari, pada waktu pagi dan petang sebelum dipasarkan kepada pelanggan. Pada musim kemuncak, saya mampu menghasilkan sehingga lebih 20 liter air nira dan jumlah ini boleh mencecah 50 botol sehari apabila mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan. Air nira yang mereka hasilkan diminati pelanggan kerana rasa manis semula jadi tanpa bahan pengawet dimana produk mereka dipasarkan di Pasar Tani sekitar Kuantan dan dijual terus dari rumah. Sambutan minuman tersebut amat menggalakkan, terutama pada musim panas dan bulan Ramadan bila air nira ini bukan sahaja menyegarkan, tetapi juga mempunyai khasiat. Kualitinya hampir menyamai madu dan ramai pelanggan kami mencarinya untuk menikmati rasa asli. Mereka menghadapi cabaran dalam memperluaskan perniagaan kerana masaalah kekurangan modal. Setakat ini dia hanya fokus kepada pasaran kecil-kecilan dan bercadang menggunakan media sosial untuk memperkenalkan produk kepada lebih ramai pelanggan.
Kisah bagaimana 'Sasar 300 liter sehari' berlaku dan sudah menjadi kebiasaan setiap kali Ramadan, Mohd Asri Saffien, 60, akan berada hampir setiap masa di kebun kelapa miliknya di Kampung Kelong, Tumpat, Kelantan. Permintaan tinggi seluruh negara terhadap pelbagai produk kelapa termasuk air nira atau dipanggil air tuak dalam kalangan penduduk tempatan memerlukan bapa kepada 11 anak ini memastikan proses pengeluaran hasil berjalan lancar. Di kebun Mohd Asri ada empat varieti kelapa iaitu pandan, mantaq, Malayan Green Dwarf (MGD) dan Sungai Gulang-Gulang (SGG). Selain air nira, perniagaan yang diusahakan bersama keluarganya turut menghasilkan banyak produk hiliran lain termasuk santan, tempurung, sabut dan gula Melaka yang dijual di seluruh negara. Sempena Ramadan, Mohd Asri memberi tumpuan terhadap penghasilan air nira yang diperoleh daripada 350 pokok kelapa miliknya. Setiap hari, kebun kelapa seluas 2.02 hektar yang diusahakan sejak 15 tahun lalu perlu dapatkan menghasilkan sekurang-kurang 300 liter air nira untuk memenuhi permintaan pemborong dari seluruh negara pada Ramadan. Proses menyadat dan mengambil air nira dijalankan bermula awal pagi sehingga keesokan hari membabitkan beberapa pekerja yang akan bekerja secara bergilir-gilir mengikut masa ditetapkan. Biasanya permintaan terhadap air nira meningkat 100 kali ganda berbanding hari biasa kerana ramai mengidam untuk merasakan kemanisan dan kesegaran semula jadi ketika berbuka berpuasa selepas seharian menahan lapar dan dahaga. Proses pengambilan air nira dari mayang pokok kelapa perlu dilakukan mengikut masa ditetapkan supaya kita dapat penuhi permintaan pelanggan dari seluruh negara. Berkongsi berkenaan proses mengambil air nira, ianya dilakukan dengan mayang kepala ditarik ke bawah dalam masa selama dua minggu dan kemudian hujung mayang dipotong sedikit sebelum dimasukkan dalam botol yang bersih. Botol digunakan untuk mengutip air nira terlebih dahulu diisi dengan racikan kayu cengal untuk mengekalkan kemanisannya. Air nira terkumpul di dalam botol hanya boleh berada di luar selama tiga jam. Oleh itu, ia akan terus dimasukkan ke dalam peti sejuk di ruang sejuk beku untuk mengelakkannya rosak dan masam. Antara cabaran dalam mengusahakan pokok kelapa adalah serangan kumbang yang menyerang batang tanaman yang hanya diketahui selepas tumbuhan rosak. Selain itu, cuaca kemarau menjejaskan pengeluaran air kelapa yang terdapat pada batang pokok kelapa sebab bagi memastikan pokok kelapa dapat menghasilkan air nira mencukupi, dia perlu memastikan tanaman diusahakan sentiasa dalam keadaan baik. Proses pembajaan dilakukan mengikut masa ditetapkan iaitu empat kali setahun untuk memastikan pokok subur. Pada masa sama, proses meracun dijalankan untuk mencegah serangan haiwan perosak dan untuk memastikan pokok kelapa menerima air mencukupi, air akan disalur 12 jam setiap hari. Kadar maksimum ketinggian pokok kelapa diusahakan adalah enam meter untuk memudahkan pengambilan hasil dimana biarpun pokok melebihi enam meter masih mampu mengeluarkan hasil yang banyak, ia dilihat tidak ekonomi kerana terlalu tinggi dan mengambil masa untuk pengambilan hasil. Pokok akan ditebang dan ditanam semula dengan pokok baharu dimana dia ingin mengembangkan perniagaannya dengan menjadikan kebun kelapa miliknya sebagai tarikan pelancongan baharu di Kelantan.
Sesuai disembangkan rahsia 'Tuak campuran 3 tiga kelapa jadi pilihan' dengan pembaca blog ini semua. Air tuak atau nira gabungan kelapa pandan, matag dan wangi menjadi pilihan Ismail dan masyarakat tempatan sebagai minuman untuk berbuka puasa di Marang, Terenggbu. Tuak campuran tiga jenis kelapa itu sekali gus menjadikan pengusahanya, Ismail Sulaiman, 65, dari Kampung Batu Putih di sini, tidak menang tangan untuk memenuhi tempahan lebih 1,500 hingga 2,000 liter tuak kelapa campuran sepanjang Ramadan. Ismail kini sudah menerima tempahan tuak itu daripada peniaga minuman sejak pertengahan bulan lalu. DIa terpaksa menolak hampir semua tempahan, berikutan masalah kesihatan termasuk tidak larat untuk memanjat pokok kelapa bagi kerja memotong mayang kelapa. Dia hanya mampu memenuhi permintaan pelanggan antara 250 liter dan 700 liter sehari ketika ditemui di kebun kelapanya diman adia yang mana lebih mesra dengan panggilan Pok Sir yang sudah lama aktif dalam mengusahakan tuak kelapa sejak 2010 berkata, idea untuk mencampurkan tuak daripada tiga jenis kelapa itu tercetus selepas beberapa pelanggannya meminum baki dalam botol selepas proses pengambilan daripada mayang kelapa. Apa pun kebiasaannya kita mengasingkan air tuak yang diambil daripada pokok kelapa pandan, matag dan wangi. Beberapa pelanggan tetap yang datang ke kebun untuk membuat tempahan awal biasanya akan minum air tuak yang baru diturunkan daripada pokok kelapa. Bagi seorang pelanggan tetapnya yang terlewat mencampurkan baki tuak daripada tiga jenis kelapa pada satu gelas. Campuran tuak daripada kelapa pandan, matag dan wangi lebih kini mendapat tempahan berbanding hanya tuak kelapa pandan. Dia tidak pula akan mencampurkan bahan manisan lain termasuk ibu gula, sebaliknya hanya beberapa keping kayu cengal dimasukkan ke dalam botol sebelum proses pengambilan air tuak bagi mengelakkan cepat masam dan rosak. Ismail berkata, rutin harian sepanjang bulan puasa adalah memungut botol mengandungi air tuak sebanyak dua kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang. Kebiasaan, air tuak yang dipungut pada sebelah pagi dan petang akan diambil terus pelanggan tetap setiap hari. Proses pengambilan air tuak daripada pokok kelapa pandan, matag dan wangi setinggi antara dua dan lima meter dilakukan pada 7 pagi, manakala pada sebelah petang dilakukan pada 6 petang. Air tuak yang dipungut akan melalui proses tapisan mengasingkan habuk mayang kelapa sebelum dijual kepada pelanggan. Pendapatan diperolehi hasil jualan tuak campuran daripada tiga jenis kelapa antara RM350 dan RM800 sehari sepanjang Ramadan.
Beberapa media laporkan bagaimana 'Bekas Adun Nenggiri pasarkan air nira kelapa pandan' sesuai disembangkan. Kisah dari Gua Musang dimana hasil berbudi pada tanah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiga tahun lalu, kini Ab Aziz Yusoff menuai hasil lumayan apabila kebun kelapa pandan mampu menghasilkan 100 botol air nira sehari. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri itu menanam lebih 100 pokok kelapa pandan di kebunnya di Kampung Lepan Jaya, di sini, malah air niranya mendapat permintaan tinggi penduduk. Rasa air nira kelapa ini berbeza dengan kelapa biasa kerana ada rasa pandan dan tentunya lebih sedap berbanding air tuak daripada kelapa biasa. Bagi proses nak dapatkan tuak mayang, kelapa akan dipotong sedikit pada hujungnya menggunakan sadap (sabit) yang tajam bagi mengeluarkan tuak dan ditadah menggunakan plastik yang diikat pada hujung mayang. Akar kayu cengal atau laru yang dipotong kepada cebisan kecil sebelum dikeringkan akan dimasukkan ke dalam plastik, dan diikat pada mayang kelapa. Tuak yang dikutip akan ditapis beberapa kali supaya tiada habuk dan serangga kecil dimana sehingga kini dia bersama keluarga mengusahakan air nira kelapa pandan itu diatas tanah keluasan 0.8 hektar dan saling bergilir melakukan aktiviti termasuk menyadat air tuak kelapa pandan. Harapannya untuk mengeluarkan air nira kelapa pandan tidak hanya pada bulan Ramadan, malah setiap bulan sebagai sumber pendapatan keluarga. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Seuga tulisan kali ini memberi info menarik kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
RASA MANIS...PASTI RAMAI SUKA....
DARI POKOK NIPAH...ATAU KELAPA...
MASA RAMADAN...UNTUK BERBUKA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(2 Syawal 1446H).