Anim Agro Technology

Agriculture Technology Enthusiast? Visit this blog...

Support My Blog

Friday, August 31, 2018

ISU CILI TEMPATAN DAN CILI IMPORT

CILI MERAH (Capsicum annum) merupakan sejenis sayuran yang sangat penting didalam masakkan harian untuk menambahkan rasa pedas kepada makanan. Cili Merah Segar atau jug adipanggil cili besar berbeza dengan Cili Padi atau Cili Kering kerana ia dijual dalam keadaan segar dan menarik. Cili Merah biasanya berwarna merah berbanding dengan Cili Hijau yang masih muda (Sila lihat foto diatas). Kebanyakan makanan yang disukai oleh rakyat Malaysia mempunyai rasa pedas sama ada daripada mereka menggunakan cili kering (cili boh), cili padi atau pun cili merah. Bagaimana pun cili merah mempunyai kelebihan tersendiri kerana warnanya yang merah akan menarik semasa ianya dijadikan cili potong sebagai hiasan pada makanan seperti mee goreng, meehoon goreng, minun sup, pelbagai kuih tempatan dan sebagainya. Penanaman cili merah biasanya dilakukan secara komersil oleh petani tempatan sebagai satu bidang usaha yang dilakukan dan ada yang menanam cili merah secara kecil-kecilan disekeliling rumah. Terkini teknologi fertigasi tanaman cili telah dipromosikan oleh kerajaan melalui Jabatan Pertanian sebagai satu kaedah pengeluaran cili merah yang lebih efektif. Faktur pengeluaran dan harga sering menghantui penanam cili merah. Biasanya pada musim tengkujuh hasil cili berkurangan menyebabkan harga meningkat tinggi berbanding dengan pada keadaan panas berpanjangan dimana pengeluaran cili tinggi. Harga ladang dan harga runcit cili merah mempunyai julat perbezaan yang signifikan menyebabkan ada petaani yang mendapat keuntungan bergganda dan ada petani yang agak rugi akibat harga cili yang rendah. Terkini terdapat isu pengimportan cili merah dari negara luar seperti daripada Vietnam, Thailand dan sejauh negara China yang dipasarkan dengan harga lebih rendah daripada harga cili merah tempatan. Sebenarnya negara memang mengamalkan pengimportan cili merah untuk menampung kekurangan keperluan bekalan tempatan tetapi perkara ini kadang kala menyebabkan lambakkan cili merah dipasaran tempatan seterusnya mengugat petani tempatan dan pengguna. Artikel malam Jumaat ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai isu cili tempatan berbanding dengan cili import yang diviralkan dan juga dilaporkan oleh media tempatan.

Dalam akhbar Sinar harian bertajuk "Cili tempatan tak laku" yang diterbitkan pada 23 MEI 2018 menaarik penulis blog untuk mengupasnya. Foto sebelah menunjukkan dimana En Abdul Razak (kanan) mendengar keluhan petani cili fertigasi yang menghantar produk mereka ke Pusat Pengumpulan Hasil Ladang (PPHL) PPK Kuala Langat. Isu mengenai pengusaha tempatan tertekan dengan lambakan cili import yang memasuki pasaran negara ini dibangkitkan berulang-ulang kali oleh beberapa petani tempatan. Tinjauan Sinar Harian mendapati beberapa pengusaha sayur-sayuran termasuk pengusaha cili di Kuala Langat berdepan dengan kerugian akibat harga cili jatuh sejak beberapa minggu lalu.  Seorang pengusaha cili dari Jempol, Muhammad Termizi Setopa, 34, berkata, dia sanggup menghabiskan masa perjalanan dari Jempol, Negeri Sembilan ke Pusat Pengumpulan Hasil Ladang (PPHL) Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat semata-mata ingin untuk mengurangkan sedikit kerugian yang dialami petani kerana PPK Kuala Langat akan membeli hasil tanamannya dengan harga jauh lebih baik. Menurutnya, bagaimanapun sampai bila PPK boleh bertahan untuk “top up” belian cili petani meskipun ketika harga sayur jatuh. “Petani mengalami kerugian ketara sejak tiga tahun yang lalu hinggalah pada 2 Mei lalu harga cili mencecah RM 5.20 sekilogram berbanding RM 4.20 semalam. Bayangkan saya terpaksa datang ke sini sejauh 168 kilometer dari Jempol ke Kuala Langat sebab nak dapatkan harga lebih baik iaitu RM 4.20 (harga lantai) berbanding pasaran di Negeri Sembilan sekitar RM 3 ke RM 3.50 sahaja,”katanya kepada Sinar Harian. Beliau juga mengakui peniaga terpaksa bersaing dengan lambakan cili import dan pelbagai kos terpaksa dihadapi termasuk menggaji pekerja. Katanya, dia bersama Kumpulan Fertigasi Hijau Jempol terdiri daripada lapan pengusaha berharap sangat beberapa kementerian terlibat memantau penjualan cili import yang mengganggu mata pencarian pengusaha tanaman sayur terutama cili tempatan.

Dalam pada itu ujud juga kumpulan petani menyarankan agar kerajaan stabilkan harga cili. Bagi Ekmal Subhi,37, berkata, cili tempatan bukannya tidak laku kerana hampir setiap hari cili yang dihantar oleh pengusaha habis dipasarkan. “Cuma bila ada banyak cili import, pengusaha seperti kami tak dapat menambah bekalan cili tempatan. Dia percaya sekiranya pihak bertanggungjawab memberi tumpuan kepada cili tempatan termasuk dari segi asas dan  kepentingan dan kesegaran cili tempatan, ia dapat untuk menggandakan jualan kami. Lebih membimbangkan, tiada usaha membezakan kedua-dua jenis cili itu bagi memberi pilihan kepada pengguna. “Saya sedih bila dengar keluhan pengusaha lain apabila harga cili semakin jatuh merudum sedangkan, cili tempatan adalah premium yang bernilai tinggi dan diyakini dari segi kebersihannya, penggunaan baja dan bahan kimia yang tidak keterlaluan. “Kita juga hendak tanamkan semangat patriotisme kepada rakyat supaya memberi keutamaan kepada cili tempatan,” katanya. Ekmal yang pernah kerugian sebanyak RM 300,000 mengusahakan tanaman cili di Sijangkang mengakui petani bukan mahu harga yang tinggi sangat tetapi memadai harga itu stabil sepanjang masa.  Katanya, isu lambakan cili luar negara terutama dari Vietnam dan Thailand bukanlah baharu tetapi sudah lama tetapi tiada lagi mekanisme untuk menjadikan pasaran cili tempatan sebagai keutamaan. “Buat masa ini pun ramai pengusaha cili tempatan terdiri daripada golongan muda yang terpaksa bersaing dengan lambakan cili dari luar. Beliau faham agak susah untuk kita ambil tindakan kerana terdapat perjanjian-perjanjian tertentu tetapi apa yang perlu kita tekankan adalah melabelkan supaya rakyat mengetahui ia adalah cili yang mana dan kita mahu pembeli mengutamakan cili tempatan,”katanya. Dalam pada itu dilaporkan dimana kini permintaan cili tempatan susut 50 peratus. Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Kuala Langat, Abdul Razak Khasbullah berkata, permintaan cili tempatan semakin kurang dan PPK juga berdepan dengan kemerosotan sehingga 50 peratus pesanan daripada pasar raya, peruncit dan sebagainya (Sila lihat foto disebelah). Kini sudah menjadi tradisi PPK Kuala Langat membela nasib petani dengan memberi harga lantai rendah untuk menyara pendapatan petani di sini. Kesanggupan petani untuk mereka mengeluarkan produk namun apabila berdepan dengan harga produk makanan luar negara dijual lebih murah ia memberi kesan negatif . Apa yang penting, isu lambakan cili ini perlu dipantau supaya memberi pulangan yang masuk akal kepada petani,”katanya.

Dalam laporan media lain sebelum ini yang bertajuk "Kerajaan lihat faktor harga cili lebih murah" diterbitkan pada 22 JANUARI 2016 juga menarik perhatian penulis blog. Pada masa itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kiri) gembira melihat projek tanaman cili fertigasi (bertingkat) di Sijangkang sebelum merasmikan pusat pengumpulan hasil pertanian Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat di Telok Panglima Garang (Sila lihat foto disebelah). Beliau yang melawat projek penanaman cili merah di Kuala Langat ini nyatakan dimana kerajaan akan melihat faktor yang menyebabkan harga cili import lebih murah bagi membantu penanam cili tempatan bersaing dengan produk pertanian dari luar itu. Dakwanya adalah dimana harga cili import yang murah boleh menyebabkan berlaku lambakan cili di pasaran tempatan. "Rakyat nak yang murah jadi mereka mungkin cenderung memilih cili import...kita kena kaji kenapa cili import setelah ditolak semua kos logistik dan sebagainya, masih mampu dijual pada harga rendah supaya kita dapat saingi mereka. "Kita tak boleh sewenang-wenangnya menyekat pengimportan cili dari negara lain tetapi pihak terlibat perlu mempelbagai kempen barangan tempatan supaya orang ramai mengetahui bahawa cili tempatan lebih baik dan segar," katanya kepada pemberita hari ini. Beliau ditemui selepas melakukan tinjauan ke ladang cili fertigasi dan merasmikan Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat di sini. Katanya, 30 peratus pasaran cili di seluruh negara kebanyakannya diimport dari Vietnam, China dan Thailand. Menurut beliau, rakyat memerlukan 300,000 tan metrik cili setiap tahun dan ia merupakan pasaran besar serta peluang terbaik yang perlu diterokai penanam cili tempatan. Menyifatkan cili tempatan lebih premium, organik serta segar, Ahmad Shabery menyarankan pihak terlibat supaya lebih bijak mempelbagaikan resepi cili dalam makanan bagi meningkatkan permintaan terhadap bahan mentah itu. Kini permintaan terhadap cili semakin bertambah dan langkah tersebut kelak dapat membantu penanam cili tempatan untuk menghasilkan lebih banyak cili bagi dieksport ke negara lain. Sekiranya orang ramai memahami bahawa cili tempatan sebenarnya berkualiti tinggi, maka kadar permintaannya juga pasti meningkat dan dengan cara itu, kita boleh kurangkan pengimportan cili dari negara lain.  Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata pihaknya sedang memperkemas operasi 200 pusat pengumpulan hasil pertanian sedia ada di seluruh negara dan keperluan untuk menambahnya akan dilihat dari semasa ke semasa.

Terkini pada Ogos 2018 dilaporkan pula berita bertajuk "Petugas khas dihantar ke Vietnam, Thailand kaji pengeluaran cili" satu kenyataan oleh Kementerian Pertanian. KSU Dato Mohd Sallehhuddin membuat pemeriksaan ke atas cili import yang memasuki pasaran tempatan ketika sidang media di Pelabuhan Klang Utara dalam lawatan beliau semalam. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menghantar satu pasukan khas ke Vietnam dan Thailand bagi melihat bagaimana petani cili di negara berkenaan mampu mengeluarkan cili dengan jumlah banyak namun pada kos yang rendah. Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd Salehhuddin Hassan berkata pasukan berkenaan antara lain turut akan mengkaji bagaimana petani di dua negara itu mampu menanam cili di luar musim (Sila lihat foto disebelah). “Mengikut tahun-tahun sebelum ini, cili dari Vietnam dan Thailand akan banyak dibawa ke Malaysia sehingga bulan Julai sahaja, tetapi pada tahun ini ia berlarutan sehingga Ogos. “Kita prihatin dengan petani-petani cili terutamanya petani muda yang mengambil bahagian di bawah skim petani muda yang diperkenalkan kerajaan, kami mahu petani tempatan boleh berdaya maju dan mampu bersaing dengan petani cili luar negara,” katanya dalam sidang akhbar semalam. Beliau berkata demikian selepas melakukan pemeriksaan mengejut ke atas cili import yang disimpan di Tapak Penyimpanan Kontena 2 di Pelabuhan Klang Utara di sini, bersama-sama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS). Dalam pada itu, Mohd Salehhuddin berkata bagi tempoh Januari sehingga Julai lepas, sebanyak 31,000 tan cili telah dibawa masuk ke negara ini oleh 57 syarikat pengimport berdaftar bagi menampung permintaan pasaran tempatan dan beliau menafikan terdapat lambakan cili import di pasaran tempatan. “Tiada tekanan terhadap lambakan cili tetapi yang ada hanya adalah tekanan pada harga. Sebagai contoh, di Pasar Borong Kuala Lumpur, cili jenis kulai dijual pada RM8 sekilogram dan merah minyak pula RM6.50 sekilogram manakala cili dari Vietnam yang dibawa masuk dari bulan April hingga Ogos tahun ini dijual pada harga RM3.90 sekilogram,” katanya. Mengulas pemeriksaan berkenaan, Mohd Salehhuddin berkata ia bertujuan untuk mengenal pasti tahap kualiti cili yang diimport sama ada selamat untuk dimakan ataupun sebaliknya. Menurut beliau, pihaknya turut membawa bersama kit pemeriksaan untuk mendapatkan maklumat awal sama ada cili yang diimport memenuhi kadar Tahap Maksimum Residu (MRL) yang dibenarkan, dan berdasarkan beberapa sampel yang periksa, kadar MRL berada pada tahap selamat. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENANAM CILI... KEPERLUAN NEGARA....
70% MENCUKUPI...30% CILI ILPORT PULA...
PERSAINGAN BERLAKU... SIAPA MERANA...
DIPERLUKAN PERHATIAN.... OLEH MOA... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Perimpangan Bukut Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(23 Zulhijjah 1439H).

Posted by M Anem at 5:39 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: ISU CILI TEMPATAN DAN CILI IMPORT

Thursday, August 30, 2018

ILMU MENGENAI HERBA - WARISAN

PERUBATAN TRADISIONAL dengan mengamalkan dan mengambil herba memang menjadi pilihan alternatif untuk menjaga kesihatan. Ilmu pengetahuan mengenai perubatan herba tradisional kini semakin pupus apabila para ilmuan dan pakar herba tradisional semakin kurang dan peranan ini tidak diperdulikan banyak pihak. Mempertahankan ilmu warisan keluarga yang mahir dalam dunia herba dan perubatan tradisional juga kurang dilakukan. Bagaimana pun dalam akhbar KOSMO penulis telah rujuk satu artikel bertajuk 'Mempertahankan ilmu warisan keluarga' untuk dikupas dan dikongsi bersama semua pembaca. Laporan ini bermula dengan puitis iaitu "Tatkala hujan mula berhenti dan matahari menerjah sinarnya, seorang wanita warga emas sudah bersiap sedia mencapai bakul kosong bersama sebilah parang dan sebatang cangkul untuk menjalani rutin hariannya". Seterusnya dinyatakan tidak seperti warga desa lain, wanita ini membawa misi sendiri untuk membantu pelanggannya mendapatkan ubatan tradisional yang hidup di dalam hutan. Beliau merupakan salah seorang pencari akar kayu veteran di kampung, Lijah Osman, 80, tidak pernah mengenal erti lelah. Aktiviti mencari akar kayu sudah sebati dalam kehidupan beliau dimana ia menjadi aktiviti harian. Katanya walaupun agak sukar, ia tidak menjadi penghalang untuk saya meneruskan kemahiran yang diwarisi turun-temurun ini. Malah beliau merasa gembira setiap kali dapat membantu mereka yang memerlukan. Beliau yang tinggal di Kampung Rembang Panas, Juasseh, Negeri Sembilan. juga ada menyatakan sejak mempelajari kaedah untuk mencari akar kayu, wanita yang mesra disapa Wan Lijah itu telah pun mempunyai ramai pelanggan tetap. Artikel petang SABTU ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai penting berlaku perpindahan ilmu mengenai herba sebagai Warisan perubatan tradisional didalam masyarakat tempatan.

Perubatan herba merupakan warisan dan khazanah alam semula jadi dimana ia berasaskan kepada bahan seperti akar-akar kayu telah menjadi sebahagian daripada dunia perubatan tradisional sejak zaman berzaman dan dikatakan menjadi penawar kepada pelbagai jenis penyakit. Pada penulis berbeza dengan perubatan moden, akar kayu kebiasaannya disediakan dalam bentuk air rebusan dan ia boleh diminum pada bila-bila masa. Seikat akar kayu boleh direbus berulang kali sehingga air rebusan bertukar menjadi jernih menandakan ia perlu ditukar baharu. Lazimnya air akar kayu turut dijadikan sebagai minuman tambahan bagi tujuan kesihatan dan penggalak tenaga untuk melakukan pekerjaan atau aktiviti harian malahan untuk bersukan. Walau pun air rebusan akar kayu lazimnya akan mempunyai rasa sedikit pahit dengan aroma tersendiri sebenarnya  air akar kayu sesuai untuk diminum oleh setiap peringkat umur tidak kira lelaki, perempuan, tua atau muda. Ini kerana rebusan air akar kayu ia dikatakan sesuai dengan tubuh badan manusia. Penjualan akar-akar kayu tempatan kini semakin kurang dipasaran kerana kepercayaan masyarakat umum terhadap sistem perubatan moden sangat kukuh. Mereka akan mengunjungi klinik kerajaan atau swasta jika mempunyai masaalah kesihatan seperti demam, penyakit lain dan masaalah kesihatan. Keujudan Klinik 1M atau Klinik 1 Malaysia didapati berjaya membantu rakyat dalam meningkatkan kualiti hidup dari kebergantungan kepada perubatan tradisional seperti minum air rebusan akar-akar kayu. Berbanding dengan masyaraat Cina yang masih menghidupkan kedah SingSeh yang masih utuh.

Akar kayu tertentu sememangnya mempunyai khasiat perubatan dari beberapa sumber rujukkan. Akar kayu yang dikutip akan dipotong atau diracik sebelum dicampurkan untuk menjadi produk seperti 'Ubat Periok'. Foto disebelah menunjukkan rupa akar kayu yang telah siap diikat dan sedia untuk dihantar kepada pelanggan. Khasiat daripada akar kayu banyak diketahui melalui pengalaman orang lama. Berbalik kepada ilmu mengenai herba, disepanjang Lijah mencari akar kayu, dia sering mendapat tempahan daripada ramai pengguna yang menghidap penyakit batu karang, kencing berdarah, sakit-sakit badan, darah tinggi, masalah angin dalam badan, sakit puan (keputihan dan gangguan kitaran haid), minuman kesihatan selepas bersalin serta kesukaran untuk mengandung. Kini walaupun melewati usia emas, Lijah masih mampu untuk ke kawasan hutan sekitar tiga hingga lima kilometer dari kampungnya seorang diri untuk mencari akar kayu. Dahulu semasa berusia 20-an, Lijah sudah mula mengikut datuknya ke hutan untuk mencari akar kayu. Sejak itu sedikit demi sedikit wanita tersebut menimba ilmu untuk mengenal setiap jenis akar kayu yang terdapat di dalam hutan serta memahami fungsinya. Walau pun tiada sebarang sijil atau segulung ijazah dimiliki Lijah, namun dia mampu mengenali pelbagai jenis tumbuhan yang dikatakan mujarab untuk dijadikan ubat. Dalam mempelajari ilmu mencari akar kayu dia telah dididik bagi memahami bahawa akar kayu mempunyai 199 jenis untuk 199 penyakit di dalam dunia. Jenis akar kayu yang sering dicari oleh Lijah ialah tongkat ali, kacip fatimah, ubi jaga, tongkat haji samad, sekecut, akar serapat, akar teja lewang, akar mempelas, akar mengkunyit, akar mempelas, buah melada pahit, ubi gadung, kelentit kering, akar puteri, raja sarsi dan akar mata pelanduk. Beliau mengenali jenis akar kayu melalui kaedah pemerhatian.


Lijah mendapatkan sumber akar kayu di kawasan hutan berdekatan rumahnya iaitu kawasan hutan sekunder (Sila lihat foto disebelah). Dalam mempelajari ilmu akar kayu menurutnya tidaklah sukar tetapi ia memerlukan kita masuk ke hutan untuk hands-on. Ia merupakan cabaran utama khususnya bagi wanita untuk masuk kedalam hutan dan mencari herba yang dikehendakki. Ketabahan Lijah dalam mempertahankan warisan ilmu itu telah membawa akar-akar kayunya merentasi sempadan negeri. Walaupun kini tiada jenama khusus tetapi akar kayunya mendapat tempahan daripada pengguna sekitar Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak malah di Singapura serta Brunei. Wanita bernama Lijah hanya mengenakan caj sebanyak RM5 untuk seikat akar kayu bagi setiap penyakit. Walaupun pada pandangan umum tugas mencari akar kayu itu sukar tetapi dia tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk mengenakan harga yang tinggi kepada pelanggan mahupun pengedar. Baginya akar kayu merupakan ikhtiar untuk dijadikan penawar kepada penyakit dimana dia hanya membantu untuk mencari dan mengumpulkannya kerana kuasa menyembuhkan penyakit hanyalah Allah.


Dalam pada itu, seorang lagi pencari akar kayu juga dari Kampung Rembang Panas iaitu Encik Abdul Jalil Abdul Ghani berumur 61 tahun juga turut aktif dan mempelajari ilmu mencari akar kayu secara turun-temurun daripada keluarga mertuanya sejak berumur 30 tahun (Sila lihat foto disebelah). Pada mulanya, dia hanya membantu neneknya menarik akar kayu, namun setelah beberapa kali, Abdul Jalil mula tertarik untuk mempelajari ilmu mencari akar kayu. Menurutnya kerja mencari akar kayu memerlukan kesabaran yang tinggi kerana pencari perlu menempuh hutan rimba dan meneliti setiap tumbuhan yang diperlukan.  Waktu sesuai perlu diketahui sebelum memasukki hutan mencari akar kayu. Pencari akar kayu perlu berhati-hati melihat setiap pokok yang diperlukan dimana terdapat pokok yang kelihatan sama tetapi kegunaan berbeza. Masa yang sesuai untuk mencari akar kayu ialah selepas hujan kerana ketika itu tanah berkeadaan basah dan lembut dimana ini sekali gus akan memudahkan kerja menggali dan menarik tumbuhan tersebut. Beliau mengambil masa selama dua tahun untuk menguasai ilmu mencari akar kayu. Semasa musim panas selalunya kerja mengambil akar kayu akan menjadi sukar berikutan keadaan tanah yang kering dan keras. Adakalanya dia mencari akar kayu di hutan yang memakan masa selama tiga hari. Pada zaman dahulu memang akar kayu mudah dicari kerana kawasan hutan masih belum diteroka namun kini beliau perlu ke kawasan hutan lain seperti di Seri Menanti, Kuala Pilah, untuk mencari beberapa jenis akar kayu yang hanya terdapat di situ. Setiap akar kayu yang baru dikeluarkan dari hutan akan dibasuh terlebih dulu dan kemudian ia akan dijemur seketika bagi mengeringkan air basuhan tersebut. Akar kayu akan dipotong mengikut ukuran yang sama dimana bagi akar yang bersaiz besar ia perlu dibelah menjadi lebih kecil. Setiap akar kayu yang dipotong ukuran antara 10 -12 cm setiap satu. Setelah itu setiap akar kayu akan disusun menjadi seruas dan diikat. Seikat akar kayu mempunyai sekurang-kurangnya tiga hingga tujuh jenis akar.


Abdul Jalil memberitahu dimana ada sesetengah akar kayu digunakan dalam semua jenis penyakit manakala terdapat akar kayu yang sesuai mengikut jantina. Bagi akar kayu untuk wanita selalunya akan disertakan dengan akar pokok pengecut manakala untuk lelaki dengan menggunakan akar kayu tongkat ali. Akar kayu yang boleh disertakan setiap penyakit dikenali sebagai taji denak atau ibu penawar kepada segala penyakit. Kaedah mudah untuk mengenali akar kayu ini hanyalah dengan latihan praktikal yang berterusan (Sila lihat foto disebelah). Walaupun bersemangat mengekalkan warisan keluarganya itu, dia turut mengakui bahawa generasi muda hari ini sudah tidak berminat untuk berkecimpung dalam bidang tersebut. Dalam dunia yang serba canggih dengan kaedah perubatan moden, perubatan tradisional seperti akar kayu semakin dilupakan khususnya dalam kalangan golongan belia. Ada  diantara mereka yang tidak mengetahui akan kewujudan perubatan daripada akar kayu ini. Setakat ini beliau hanya berkongsi ilmu bersama ahli keluarga terdekat. Sekiranya ada anak muda yang ingin mempelajarinya dia bersedia mengajar ilmu kepada mereka. Walaupun akar kayu sudah kurang dikenali, ia masih mempunyai kelompok pengguna tersendiri iaitu golongan dewasa dan warga emas.


Dalam mendapatkan testimoni, seorang pengguna akar kayu Hasnah Mohmad Ali berumur 56 tahun ada memberitahu dimana dia telah mengamalkan minuman akar kayu sejak zaman anak dara sehingga hari ini. Hasnah mengamalkan pengambilan akar kayu sebagai minuman kesihatan untuk mencegah daripada pelbagai penyakit berkaitan perempuan seperti senggugut dan keputihan. Cara dan kaedah pengambilan air akar kayu merupakan tradisi keluarga beliau. Ibunya telah menyarankan dia meminum air akar kayu untuk mengekalkan kesihatan. Air akar kayu memberikan kesan yang positif kepada dirinya dan sehingga hari ini pun dia tetap mengamalkan meminum air akar kayu untuk melegakan sakit sendi. Ada juga beberapa pantang larang jika hendak mengamalkan pengambilan akar kayu. Dalam pada itu beliau mengingatkan, pengambilan air akar kayu turut mempunyai pantang larang seperti tidak boleh meminum Air Kelapa (Cocos nucifera). Ini kerana air kelapa boleh mematikan segala khasiat daripada akar kayu. Amalan ubatan tradisional merupakan salah satu ikhtiar perubatan dalam usaha untuk mencari penawar bagi sesuatu penyakit. Ubatan tradisional seperti herba dan akar kayu juga sering menjadi pilihan saintis untuk mengkaji khasiat serta apakah keberkesanan warisan alam ini dalam membantu untuk meningkatkan kesihatan dan menyembuhkan penyakit. Kini laporan kajian yang dibuat oleh Profesor Madya Dr. Hawa dari Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia berkata, ubatan tradisional merupakan perubatan prasaintifik yang diamalkan oleh sesuatu kaum pada masa dan tujuan tertentu. Ubatan seperti akar kayu telah diturunkan dari satu generasi kepada yang lain sehingga menjadi warisan buat masyarakat khususnya di sekitar Nusantara. Bahan-bahan yang terkandung dalam perubatan tradisional kebiasaannya berasaskan herba khusus dan melaui dunia perubatan moden, akar kayu merupakan pilihan alternatif yang disarankan mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan serta tidak memberi atau memudaratkan pengguna. Semuga artikel tulisan semula dari testimoni akhbar ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!...

ILMU BERNILAI... IMLU TENTANG HERBA...
DIDALAM HUTAN... PERLU DITEROKANYA...
PENCARI AKAR KAYU... ORANG TUA SAJA...
PERLU DITERUSKAN...GENERASI MUDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kampung Rembang Panas, Juaseh,
Negeri Sembilan, Malaysia.
(18 Muharam 1438H). 
Posted by M Anem at 6:25 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: ILMU MENGENAI HERBA - WARISAN

Wednesday, August 29, 2018

TANAM KUNYIT DALAM PASU

TANAM KUNYIT DALAM PASU merupakan satu aktiviti yang praktikal. Kunyit (Cucuma domestica val.) adalah sejenis tanaman umbisi dari keluarga Zingiberaceae yang mempunyai nilai komersil. Tumbuhan halia ini dipercayai telah lama ditanam di India sejak zaman silam lagi dengan nama kunyit ini wujud dalam bahasa Sanskrit. Negara India dan Indo-Malesia dianggap penting dalam penanaman kunyit yang menganjur dari Cochin-China dengan terdapat rekod dari ekspedisi Marco Polo. Pada lingkungan tahun 1280, terdapat laporan yang ada menyebut bahawa dikawasan Koncha (berjiranan Fokien, China) terdapat sejenis sayuran yang bercirikan betul-betul 'saffron' (iaitu sejenis bahan pewarna dari stigma kuning dikenali sebagai bahan Crocus sativus tetapi ia bukan 'saffron' yang benar. Apa yang dimaksudkan oleh pelayar ini mungkin serbuk kunyit yang warnanya kuning seperti 'saffron' itu. Walau bagaimana pun pada masa sekarang ini kunyit pada umumnya telah dijumpai dan dutanam di serata rantau tropika dan beberapa kawasan subtropika. Tanaman kunyit di Malaysia juga dilakukan tetapi kebanyakannya secara kecil-kecilan atau ditanam dikawasan keliling rumah untuk diambil daunnya. Daun kunyit adalah bahan penting digunakan dalam masakan tradisional Melayu iaitu Masak Singgang. Nama kunyit boleh didapati dalam berbagai bahasa di kawasan Asia. Dalam bahasa Sanskrit kunyit dipanggil Harida, Arab (Kukum), Tamil (Manjal), Inggeris (Tumeric), China (Kiang-hoang) dan dalam bahasa Jawa (Kunyir). Daripada perkataan Arablah maka kita dapat sebutan Latin iaitu nama 'Curcuma' dan diberi nama latin sebagai Cucuma domestica. Trend tanaman kunyit di Malaysia ditanam seluas 154 ha (2006) menurun kepada 79 hektar (2009) dan dianggarkan seluas 70 hektar pada tahun 2015 dengan anggaran hasil sebanyak 610 metrik tan. Nilai pengeluaran hasil dianggarkan sebanyak RM 1.64 juta pada tahun tersebut. Kajian penulis blog juga ada menunjukkan tanaman kunyit adalah dalam kategori TIDAK POPULAR memandangkan keluasannya yang amat sedikit berbanding dengan produk kunyit yang diperlukan. Malaysia adalah sebuah negara pengimport kunyit bagi menampong akan kekurangan bekalan tempatan. Kebanyakan produk dari makanan berasaskan kunyit adalah diimport dari luar negara terutama dalam industri serbuk kari dan lain-lain industri berkaitan. Kini kunyit hanya banyak di tanam dibeberapa negeri seperti di Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan ada di Sabah. Hampir 40% tanaman kunyit adalah berada di Negeri Selangor terutama dibebarapa kawasan tanah gambut untuk pasaran segar sahaja. Maklumat yang saya dapati mendapati penanaman kunyit secara monokrop dan komersil yang luas amat jarang dijumpai kerana kebanyakan petani menanam kunyit secara kecil-kecilan. Bagi mereka yang ada kompoun dikawasan rumah boleh menanam kunyit dalam pasu. Artikel kali ini saya menulis untuk 'Anim Agro Technology' yang terus akan membincangkan mengenai teknologi tanaman kunyit dalam pasu yang mudah dilakukan dan memberikan hasil.

Penanaman umbisi kunyit secara komersil dilakukan dalam kebun diatas tanah gambut yang gembur dan banyak organik. Tanaman kunyit merupakan tumbuhan jenis herba saka tetapi ditanam sebagai tanaman tahunan (Sila lihat foto disebelah). Tingginya boleh sampai 1 meter berbatang pendek dan daun-daunnya berjumbai. Pelepah-pelepah daunnya membentuk batang. Ubi utamanya dipanggil rizom, bulat panjang mempunyai tunas-tunas cabang berkembang membentuk anak-anak ubi sisi yang mempunyai gelang-gelang rapat. Bahagian rizom dan ubi sisi inilah yang digunakan sebagai rempah-rempahan. Ubi dari sisi ini bercabang-cabang lagi sehingga keseluruhannya akan membentuk suatu rumpun. Bekas-bekas akar nampak jelas pada ubi-ubi sisi ini yang berwarna jingga kecoklatan dari luar. Pada bahagian dalamnya berwarna jingga terang atau agak kuning. Rasa ubi ini agak pahit dan getir dengan bau yang khusus. Ia berbunga di hujung batang dan panjangnya 10 - 15 cm. Daun-daun pelindung bunganya berwarna putih atau putih bergaris-garis hijau atau merah jambu di bahagian hujungnya manakala yang terletak di bahagian bawah hijau muda. Bunganya putih atau kuning pucat dan mekar atau kembang bersama-sama. Kunyit biasanya sesuai ditanam di kebanyakan tempat di Malaysia yang mempunyai iklim panas dan lembab dengan suhu 15 darjah celsius - 35 darjah celsius. Ia boleh ditanam di dataran rendah dari paras laut hinggalah pada paras 1,220 meter atas paras laut. Curahan hujan yang berterusan terutamanya di kawasan tadahan hujan adalah baik untuk penanaman kunyit. Hujan tahunan yang optima untuk kunyit ialah di sekitar 100 sm hingga 200 sm. Hujan sederhana lebat diperlukan semasa menanam dan hujan lebat semasa peringkat awal vegetatif. Keadaan kering selama sebulan diperlukan sebelum penuaian dijalankan.

Cara menanam Kunyit Dalam Pasu dengan cara yang betul memerlukan ilmu yang sesuai dan praktikal. Ini kerana pokok kunyit ini kalau tidak ditanam dengan betul bukan sahaja akan kurang subur dan tidak berhasil tetapi akan mencacatkan permandangan dikawasan rumah. Memeng perlu membuat rujukkan dalam internet atau bertanya kepada jiran atau kawan  sebelah rumah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, mendapatkan benih tanaman dan cara amalan agronomi yang betul (Sila lihat foto disebelah). Umbisi kunyit adalah sejenis herba yang sentiasa dekat dengan jiwa masyarakat Melayu. Daun dan ubinya boleh di jadikan perencah dalam masakan. Ubinya juga ada khasiat tersendiri dalam perubatan tradisonal Melayu. Ia adalah antara satu ramuan penting dalam pembuatan jamu untuk kesihatan wanita. Kunyit segar ini mudah dibeli dipasar dan pasar malam dengan harga berbeza mengikut jenis dan kualiti. Oleh itu kalau ada kawasan yang luas dikawasan keliling rumah anda memang boleh sahaja tanam terus atas tanah yang telah di gemburkan. Tapi untuk mereka yang tinggal di bandar yang kekurangan tanah atau dimana dihalaman rumah dah habis di simen maka kaedah alternatif yang boleh di gunakan adalah menanam di dalam pasu. Kalau hendak menggunakan pasu boleh guna pasu biasa atau pasu plastik atau bekas plastik minyak masak dengan media tanaman yang dijual dipremis semaian. 

Dalam usaha menanam kunyit dalam pasu pokok kunyit ini, biasanya umbisinya tidak mahu membesar seperti menanam di kebun. Bagaimana pun jika kena cara amalan agronominya yang betul maka ia tidak lagi menjadi masalah. Kalau anda menanam kunyit dalam pasu dan tiada umbisinya pun tidak mengapa kerana boleh di petik daunnya untuk kegunaan masakan juga (Sila lihat foto disebelah). Apa yang penting dimana apabila hendak memasak rendang, anda boleh tinggal petik sahaja daun kunyit di hujung halaman yang masih segar dan selamat dimakan. Kalau hendak membeli kunyit atau daun kunyit pun di pasar memang mahal dengan kos minyak, masa digunakan dan kuantiti yang dibeli. Lagipun penggunaan daun kunyit dan umbisi kunyit biasanya hanya sedikit sahaja untuk memasak dan tidak selalu. Kalau membeli dengan kuantiti banyak pula dan hanya sedikit digunakan atau disimpan akan kering atau rosak dan akhirnya dibuang begitu sahaja membazir. Kalau hendak tanam kunyit dalam pasu pastikan ada 3 perkara iaitu Pasu, Media Tanaman dan Benih Kunyit. Pilih benih kunyit tua yang sihat, tidak berpenyakit dan saiz yang sesuai untuk dijadikan benih. Sebaiknya pilih benih ubi kunyit yang mempunyai tunas besar berwarna keputihan di hujung ibu kunyit atau ia adalah mata tunasnya. Warna putih-putih itu sebenarnya menunjukkan ubi kunyit itu bersedia untuk tujuan mengeluarkan daunnya.

Pastikan menyediakan saiz pasu sesuai dan media tanaman seperti jenis tanah campuran (3:2:1) yang sesuai. Tanah yang bagus untuk diisi dalam pasu adalah tanah yang mana ia mempunyai campuran tanah pasir, tanah bakar dan sabut kelapa @ cocopeat. Penulis bloh syorkan agar membeli sahaja tanah di nursery bunga atau di pasaraya bahagian barang-barang perkebunan. Masukkan tanah ke dalam pasu dan buat lubang dalam kedalaman 2 - 3 inci. Masukkan benih kunyit tadi dan pastikan mata tunas ibu kunyit tadi yang berwarna keputihan menghala kebahagian atas. Ia kemudian ditimbus dengan paras tanah dan pastikan sentiasa disiram tetapi jangan berlebihan air sehingga akan menebabkan benih busuk. Kebiasaaanya mata tunas kunyit tadi akan mengeluarkan tunas berdaun untuk tumbuh dalam masa 1-2 minggu. Pasu yang ada pokok kunyit boleh juga anda letakkan di bawah pencahayaan yang optimum. Tapi untuk rumah teres atau kondominium di bandar, anda boleh meletakkannya di bawah tempat separa berbumbung seperti di tepi balkoni atau bucu bumbung. Kalau letak di tempat yang terlalu teduh menyebabkan daun yang tumbuh tidak akan lebar dan lazimnya ia akan tumbuh kecil dan kurus sahaja. Pastikan air siraman tidak bertakung kerana pokok ini tidak suka tanah yang lembap. sebaiknya di siram 2 kali sehari di awal pertumbuhan. Bila pokok dah besar maka bolehlah di siram hanya sekali sehari samada di awal pagi atau petang. Bagaimana pun penulis blog gunakan 'plant gel' dalam media tanaman dan tidak perlu disiram selalu dan kalau ditinggalkan tanpa disiram berminggu pun pokok tidak akan mati kerana gel tersebut mampu menyimpan air. Kaedah pembajaan pula cukup sekadar baja organik di awal penanaman. Penulis blog berkongsi sedikit idea tentang penanaman pokok kunyit dalam pasu untuk rujukkan dan bacaan pembaca blog anim agro technology kali ini. Memang amat seronak melihat pokok kunyit dalam pasu tumbuh membesar depan mata dan mengeluarkan hasil serta dapat pula merasa nikmatnya. Wasallam!!!...
MENANAM KUNYIT... PASU DIGUNAKAN...
PASU PLASTIK... MEDIA TAANAH DIISIKAN...
BENIH DICUCUK... PERLU DISIRAMKAN...
HASIL DITUAI... MEMANG MENYERONOKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(19 Zulhijjah 1439H).
Posted by M Anem at 6:01 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: TANAM KUNYIT DALAM PASU

Tuesday, August 28, 2018

IKAN TERBOL - KENALI DIA

IKAN TERBOL (Osteochilus hasseltii) merupakan spesis ikan air tawar yang terdapat di Malaysia dan kini semakin kurang dikenali oleh generasi baru masa kini. Ikan terbol hanya terdapat disekitar sungai air tawar di Asia Tenggara, Sungai Mekong dan sekitar sungai-sungai Chao Phraya. Ikan ini hanya mendiami dikawasan sungai berarus, tasik, kolam, paya berarus dan sebagainya. Ikan Terbol mempunyai bentuk badan yang lebih lebar membulat dan leper tidak sama dengan ikan seluang dan ikan lampam sungai (Sila lihat foto diatas). Penulis bertuah kerana ada anaksungai didepan rumah di Gersik, Muar, Johor iaitu Sungai Parit Pelampong dan Sungai Parit Bengkok yang dahulu memang banyak ikan terbol. Dalam mengenali ikan terbol berkualiti terbaik lazimnya ia mendiami sungai dengan air jernih dikawasan berbukit yang belum tercemar dimana dasar sungai adalah berpasir. Banyak sungai dibeberapa negeri yang belum tercemar seperti di Pahang, Selangor, Johor, Kelantan dan Sabah serta Sarawak mungkin masih mempunyai beberapa spesis ikan terbol. Ikan Terbol sedikit berbeza dengan Ikan Lampam Sungai dari segi rupabentuk, saiz dan juga beberapa ciri lain. Ikan Lampam Sungai mungkin jenis ikan (Puntius schwanenfeldii) yang merupakan jenis ikan mempunyai habitat sama dengan ikan terbol. Ia mendiami kawasan sungai dengan air jernih dan mempunyai arus serta dasar berpasir. Ikan ini sebenarnya mempunyai penglihatan yang baik apa yang berada diatas permukaan air dan diatas tanah daratan. Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai ikan terbol sebagai satu cetusan idea kepada pembaca semua.


Dalam penulis membuat rujukkan didapati terdapat dua spesis Ikan Terbol yang sering dijumpai iaitu Jenis Ekor Bertanda (Osteochilus vitatus) dan Jenis Ekor Tidak Bertanda (Osteochilus hasseltii). Ikan terbol yang ada ekor bertanda paling biasa penulis jumpa dikawasan sungai dikampong dan amat mudah dikenali semsa berenang dengan ada tanda 'titik hitam' atau black dot dibahagian belakang atau hampir dengan ekor (Sila lihat foto disebelah). Ikan ini amat cepat berenang didalam air secara berkumpulan atau solo apabila ada manusia mendekatinya dan bersembunyi. Ikan terbol merupakan jenis ikan air tawar bersisik dengan warna sisik sama ada gelap atau terang bergantung kepada tahap kejernihan air dan dasar sungai. Jika air dan dasar sungai sangat jernih dan berpasir lazimnya ikan terbol berwarna kelabu keputihan dan sukar dilihat daripada atas permukaan air. Sebaliknya jika air sungai agak gelap sedikit dan dasar sungai juga gelap maka ikan terbol akan berwarna gelap sedikit.


Memancing ikan terbol mempunyai pelbagai teknik dan cara. Bagi saya yang pernah memancing ikan terbol di Muar dulu hanya mampu menggunakan benang untuk jahitan atau tali tangsi untuk memancing dengan mata kail diperbuat daripada dawai pagar mata punai. Dawai mata punai ini dipotong sepanjang 2-3 cm dan diasah satu hujungnya untuk dijadikan mata kail yang tajam. Ia diikat dengan benang dan joran dari batang buloh yang kering dan ringan. Umpan cacing diletakkan pada mata kail dan ia dilayang pada arus sungai. Lazimnya ikan terbol yang galak pada waktu siang atau tengahari akan menyambar umpan. Bagaimana pun kini cara memancing ikan terbul lebih baik dengan cara menggunakan joran siap dengan kekili dan mesin. Umpan yang digunakan sama ada biji kekabu atau buah kelapa sawit yang telah disiat untuk diikat pada mata kail. Di beberapa  Sungai Pahang teknik mengail ikan lampam sungai dan ikan terbol sama sahaja umpannya. Mereka akan menggunakan mata kail no 9 (matakail kecil) dan diikat dengan biji buah kekabu baru (berwarna hitam). Biji kekabu amat disukai oleh ikan lampan dan ikan terbol dilubuk yang agak sederhana kedalamannya. Biji kekabu mudah didapati mudah dikawasan kampong (Sila lihat foto disebelah). Teknik memancing ikan terbol secara tradisional ini bagaimana pun kini semakin dilupakan. Ada orang yang memasang jaring dan menjala untuk mendapatikan ikan terbol. Bagaimana pun kaedah ini kadang-kadang kurang berjaya sebab ikan dapat melihat pada air jernih.


Pemancing yang berpengalaman untuk memancing ikan terbol perlu teknik yang khusus dan unik. Ini kerana ikan terbol hidup dalam habitat air jernih yang bersih dan mampu melihat apa yang berada diatasnya. Oleh itu pemancing perlu 'bersembunyi' dibelakang semak samun atau membina dinding daripada pelepah kelapa sawit (Sila lihat foto disebelah). Mula-mulanya taburkan sedikit biji buah kekabu dan umpan seumpamanya di atas lubuk ikan terbol atau ikan lampam atau ikan seluang. Ikan-ikan ini akan datang dan berkumpul dan menyambar umpan ini. Kemudian disebalik semak dan celah pelepah kelapa sawit maka joran dengan umpan dilayangkan kepermukaan air. Ikan Terbol akan menyambar umpan dan menelannya. Pada masa inilah kita menarik joran dengan ikan terbol yang telah melekat!. Jika gunakan hirisan biji kelapa sawit juga menggunakan teknik yang sama. Penulis yang pernah memancing ikan terbol di Kg Orang Asli Punan, Mersing, Johor beberapa kali semasa bertugas disama seronok dengan tangkapan ikan terbol. Ikan terbol segar berukuran 10 - 15 cm panjang ini terus digoreng dengan sedikit kunyit dan enak dimakan dengan nasi putih. Memancing ikan terbol merupakan satu aktiviti yang masih segar dalam ingatan penulis. Wasallam!.
IKAN TERBOL... UNIK SIFATNYA...
AIR JERNIH... SUKAR JUMPANYA...
UMPAN BIJI KEKABU... DICUBA...
ENAK DIGORENG...DIMAKAN SAMA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Parit Bengkkok,
Gersik, Muar,
Johor, Malayaysia.
(20 JamadilAkhir 1437H)
Posted by M Anem at 6:35 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: IKAN TERBOL - KENALI DIA

Monday, August 27, 2018

LAMBAKKAN CILI IMPORT



LAMBAKKAN CILI IMPORT yang telah banyak dilaporkan oleh media tempatan menjadi satu lagi isu terbaru di Malaysia. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, YB Dato Salahuddin Ayub menyatakan demikian dalam sidang media di Putrajaya mengenai langkah-langkah kawalan cili import. Ini bermula dengan perkara isu lambakan cili yang mana ia telah dikeluarkan di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 23 Ogos 2018 bertajuk “Lubuk Lambakan Cili?” adalah dirujuk (Sila lihat foto diatas). Pada masa ini kadar penggunaan per kapita cili merah di Malaysia adalah sebanyak 2.3 kg/orang/tahun. Pada tahun 2017 sahaja dari laporan kementerian pertanian jumlah pengeluaran cili merah tempatan sebanyak 27,000 tan metrik dimana jumlah ini hanya mampu menampung 37% daripada permintaan negara. Sehubungan dengan itu biasanya kekurangan atau baki keperluan cili merah atau sebanyak 63% lagi perlu ditampung melalui pengimportan bagi memastikan bekalan cili merah segar dalam pasaran mencukupi. Pengimportan hasil pertanian dari negara luar adalah disyaratkan dengan kawalan melalui Permit Import iaitu instrumen kawalan yang mana ia digunakan oleh Kerajaan bagi mengawasi kualiti, keselamatan, penyakit dan perosak tanaman yang boleh membahayakan pengguna dan sektor pertanian negara.  Dalam hubungan ini terkini Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah diarahkan untuk terus aktif menguatkuasakan Permit Import cili merah mulai 1 Mac 2017 bagi mengawal Perosak Lalat Buah Cili (atau pun nama saintifiknya Bactrocera latifrons) dan kawalan penggunaan sisa racun makhluk perosak supaya mematuhi piawaian ASEAN Maximum Residue Levels (ASEAN MRLs). Daripada Januari sehingga Julai 2018, sebanyak 1,092 Permit Import telah dikeluarkan bagi mengimport 31,000 tan metrik cili merah melalui 16 pintu masuk negara yang telah pun ianya diwartakan. Terkini MOA telah menggerakkan satu task force bagi menangani isu berbangkit daripada pengimportan sayur-sayuran dan buah-buahan. Perhatian utama task force bagi isu cili merah adalah untuk memastikan kecekapan kos pengeluaran di sepanjang rantaian nilai supaya cili merah tempatan berdaya saing di dalam pasaran. Task force ini akan turut dianggotai oleh beberapa Kementerian berkaitan iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) untuk mengambil tindakan ke atas sebarang pelanggaran yang berlaku dalam pengimportan cili merah di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Akta Makanan 1983, serta di bawah Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 sekiranya berlaku kemudaratan kepada industri tempatan akibat dagangan cili merah yang diimport ke dalam Malaysia. Artikel subuh ini saya teruskan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenaii isu lambakkan cili merah di negara kita yang perlu dilihat semula kerana ia boleh menjejaskan petani tempatan dan kesihatan pengguna.


Pada 23 Ogos 2018 akhbar Utusan Malaysia ada laporkan tajuk 'Lubuk lambakan cili?' dimana Malaysia jadi lokasi pembuangan sayur import. Foto disebelah menunjukkan longgokkan sayur-sayuran dan cili dari negara luar yang dipasarkan di negara ini. Berita yang dipetik dari Kuala Lumpur ini menyatakan akibat kelonggaran sistem pemantauan dan penguatkuasaan terhadap hasil pertanian eksport negara luar membuatkan Malaysia menjadi lokasi sasaran lokasi pembua­ngan sayur-sayuran khususnya cili yang didakwa telah gagal melepasi piawaian negara lain. Keadaan yang sudah berlarutan sejak se­kian lama itu me­ngundang pelbagai masalah dan paling membimbangkan adalah tahap keselamatan hasil pertanian berkenaan terhadap kesihatan pengguna di negara ini.  Menurut Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat, Abdul Razak Khasbullah nyatakan dimana kebanyakan hasil pertanian tersebut melibatkan tiga negara iaitu Vietnam, Thailand dan China. “Mereka cuba untuk mengeks­port hasil pertanian ke pasaran negara lain seperti Singapura dan Jepun, namun disebabkan negara terbabit meletakkan standard dan tahap piawaian yang tinggi, hasil pertanian berkenaan gagal me­nembusi pasaran negara tersebut selain boleh dirampas. “Jadi persoalannya adalah mengapa hasil pertanian negara terbabit berjaya menembusi pasaran kita sehingga menyaksikan lambakan sedangkan pengeluaran hasil pertanian petani tempatan jauh lebih berkualiti berbanding negara ber­kenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini. Jelas Abdul Razak dimana apa yang  lebih menyedihkan adalah hasil maklumat diterima dimana negara berkenaan menjadikan Malaysia sebagai tempat ‘penghantaran’ hasil pertanian mereka bagi tujuan untuk mereka menstabilkan harga pasaran cili di negara masing-masing.


Tujuan mereka berbuat demikian bagi memastikan harga hasil pertanian di negara mereka tidak jatuh menjunam, sebab itu mereka hantar ke sini. “Ini bermakna petani mereka bernasib baik atau erti kata lain dilindungi sedangkan petani kita yang merana. Senario ini bukan dakwaan semata-mata kerana perkara ini turut tersebar dalam media sosial petani di Thailand dan Vietnam,” ujarnya. Beliau memberitahu diantara kesan buruknya adalah ia akan menjejaskan rantaian ekonomi petani tempatan dan harga yang tidak menentu dalam pasaran negara. Lambakan itu akan menjejaskan pendapatan petani tempatan dimana untuk jangka masa panjang boleh ianya memusnahkan hasil keluaran negara. Kalau keadaan ini berterusan dan ketika itu produktiviti tempatan berkurangan sekali gus kita akan terus bergantung dengan bahan import. Ini amat berbahaya kerana apabila keadaan itu terjadi maka pengeksport akan memonopoli harga komoditi berikutan kita terpaksa bergantung dengan hasil eksport, harga boleh melonjak lebih mahal dan kerajaan juga mungkin tidak mampu mengawalnya lagi. Sehubungan itu dakwaan Abdul Razak berharap agar kerajaan dapat mengambil tindakan drastik sekali gus mengawal lambakan hasil pertanian eksport luar negara daripada masuk secara bebas ke dalam negara ini.


CILI MERAH (Capsicum annuum) adalah sejenis cili dari keluarga Solanaceae yang merupakan sayur jenis berbuah popular dan luas penanamannya di Malaysia setiap tahun. Seluas 2,850 hektar cili merah ditanam setiap tahun dinegara kita dengan anggaran pengeluaran sebanyak 32,600 mt yang bernilai sekitar RM 206.6 juta. Cili Merah atau Cili Besar ini adalah jenis tanaman sayur tanah rendah yang ditanam secara komersil monokrop terutama di Johor, Perak, Selangor dan Pahang (Sila anda melihat foto disebelah). Terdapat beberapa varieti cili merah yang popular ditanam oleh petani dimana ia sesuai untuk pasaran segar. Bagi semua varieti yang baik perlu mempunyai kandungan pepejal yang tinggi dan tahan terhadap penyakit dan kes serangan-serangan serangga. Penanaman cili merupakan antara komoditi yang paling berisiko tetapi ia juga adalah komoditi sayuran buah yang paling menguntungkan jika penghasilan tinggi dan menerima harga pasaran yang baik. Harga cili diladang serendah RM 2.50 sekilogram boleh mencecah kepada RM 18.00 dipasaran runcit terutama semasa musim tengkujuh sekitar bulan November sehingga Januari setiap tahun. Apakah varieti cili merah yang anda tahu sangat popular di tanam di Malaysia?. Kebanyakan kita akan nyatakan Cili Kulai. Bagaimana pun varieti cili kulai sebenarnya terdiri daripada banyak sub-varieti kerana cili ini belum banyak yang didaftarkan dengan Senarai Pendaftaran Varieti (National Listing). Tinjauan penulis blog mendapati antara beberapa varieti cili merah komersil yang sesuai ditanam adalah seperti Varieti MC 11, MC 12, MC 4, MC 5 dan juga Varieti Kulai. Penulis blog dapati cili merah lain seperti varieti Cili Ipoh, varieti Minyak Beku, varieti Cili Bangi dan beberapa lagi ada ditanam dan dipasarkan. Kita perlu belajar sedikit pencirian varieti cili merah agar dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kita. Lazimnya harga cili merah dipasaran agak tinggi untuk dijadikan perbandingan sebelum berlaku isu lambakkan cili merah ini menjadi serius (Sila lihat foto dibawah). Pada tahun 2017 harga cili jenis Kulai dijual dengan harga RM12.32 sekilogram sementara varieti cili Minyak Beku dijual dengan harga RM11.75 sekilogram. Dibandingkan dimana cili Merah Import dari Vietnam dijual dengan harga RM6.00 sekilogram (kurang separuh daripada harga cili tempatan). Hari ini pada Ogos 2018 harga cili tempatan dijual pada harga RM6.00 - RM7.00 sekilogram sedangkan cili merah import dijual pada harga RM3.00 - RM3.50 sekilogram. Kesan harga rendah cili import ini menyebabkan ramai petani tempatan tidak dapat bersaing. Perlu ada langkah strategik bagi menangani isu ini dengan bijak. Diharap dengan adanya paskan petugas khas MoA mereka akan mengatasi masaalah yang berlaku. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.




CILI MERAH... IA DITANAM SENTIASA...
HAMPIR 3,000 HA... HASIL RM206 JUTA...
CILI IMPORT PULA...MENGACAU HARGA...
PETANI TEMPATAN.... MEREKA SENGSARA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Jalan Padi Ria, Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(17 Zulhijjah 1439H).
Posted by M Anem at 12:20 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: LAMBAKKAN CILI IMPORT
Newer Posts Older Posts Home
View mobile version
Subscribe to: Posts (Atom)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILA IKLANKAN

Mobile Ads

Search This Blog

INFO OF MY BLOG

Semua tulisan dalam blog ini berkaitan dengan Teknologi Pertanian, Industri Makanan dan yang berkaitan. Penulis berpengalaman dalam sektor pertanian lebih dari 38 tahun. Artikel adalah ditulis sendiri daripada pengalaman penulis serta info daripada tinjauan teknologi sendiri dan pembacaan dari buku rujukkan, akhbar dan lamaweb. Blog ini mempunyai lebih 6,300 artikel sejak ditulis 16 tahun dulu yang diposting setiap hari satu artikel. Artikel ke 8,000 dicapai pada 8 Mei 2024. Penulis tidak bertanggungjawab diatas fakta yang diberikan untuk kegunaan rasmi. Purata jumlah pembaca blog ini dulu lebih dari 150,000 orang sebulan dan kini hanya 75,000 sebulan.

Untuk mencari tajuk artikel dalam Blog Anim Agro Technology... Melalui search Engine sama ada Google, Yahoo, Bing dan sebagainya, Sila taip 'Anim Agro...dan tajuk dicari'. Contoh jika ingin tahu tajuk durian taip sahaja dalam google "anim agro durian"....

Dato' Mohd Anim Hosnan
Senior Agronomist Expert
Malaysia

Google Website Translator Gadget

PUTRAJAYA, MALAYSIA

 Time in Kuala Lumpur

Total Pageviews

Counter by Flag

free counters

My Blog List

  • Anim Agriculture Technology
    TURNING PAPAYA LEAVES TO CURE DENGUE FEVER
    1 week ago

Followers

Siapa Datang Lawat

Blog Archive

  • ►  2025 (134)
    • ►  May (13)
    • ►  April (31)
    • ►  March (31)
    • ►  February (28)
    • ►  January (31)
  • ►  2024 (371)
    • ►  December (31)
    • ►  November (30)
    • ►  October (32)
    • ►  September (30)
    • ►  August (31)
    • ►  July (31)
    • ►  June (30)
    • ►  May (34)
    • ►  April (31)
    • ►  March (31)
    • ►  February (29)
    • ►  January (31)
  • ►  2023 (369)
    • ►  December (32)
    • ►  November (31)
    • ►  October (31)
    • ►  September (31)
    • ►  August (32)
    • ►  July (31)
    • ►  June (30)
    • ►  May (31)
    • ►  April (30)
    • ►  March (31)
    • ►  February (28)
    • ►  January (31)
  • ►  2022 (369)
    • ►  December (31)
    • ►  November (30)
    • ►  October (31)
    • ►  September (31)
    • ►  August (32)
    • ►  July (31)
    • ►  June (30)
    • ►  May (31)
    • ►  April (30)
    • ►  March (31)
    • ►  February (30)
    • ►  January (31)
  • ►  2021 (370)
    • ►  December (33)
    • ►  November (29)
    • ►  October (31)
    • ►  September (31)
    • ►  August (31)
    • ►  July (31)
    • ►  June (30)
    • ►  May (33)
    • ►  April (30)
    • ►  March (31)
    • ►  February (28)
    • ►  January (32)
  • ►  2020 (371)
    • ►  December (31)
    • ►  November (30)
    • ►  October (31)
    • ►  September (31)
    • ►  August (32)
    • ►  July (33)
    • ►  June (30)
    • ►  May (31)
    • ►  April (30)
    • ►  March (31)
    • ►  February (29)
    • ►  January (32)
  • ►  2019 (371)
    • ►  December (32)
    • ►  November (31)
    • ►  October (32)
    • ►  September (29)
    • ►  August (32)
    • ►  July (31)
    • ►  June (30)
    • ►  May (31)
    • ►  April (30)
    • ►  March (32)
    • ►  February (30)
    • ►  January (31)
  • ▼  2018 (367)
    • ►  December (31)
    • ►  November (31)
    • ►  October (31)
    • ►  September (30)
    • ▼  August (31)
      • ISU CILI TEMPATAN DAN CILI IMPORT
      • ILMU MENGENAI HERBA - WARISAN
      • TANAM KUNYIT DALAM PASU
      • IKAN TERBOL - KENALI DIA
      • LAMBAKKAN CILI IMPORT
      • BABAT
      • GAHARU - TANAMAN POTENSI
      • SOMTAM - KERABU BETIK MANGGA
      • CAPATI - MAKANAN ISTIMEWA
      • SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2018
      • PUDINA - KENALI DIA
      • PRODUK RUMPAI LAUT - KENALI DIA
      • RAHSIA RESEPI SULUR KELADI?
      • MENGAWAL HAKISAN TANAH
      • TIP MENANAM SEKOI
      • AYAM PERCIK - ENAKNYA!!!
      • MANGGIS - PENGURUSAN DISYORKAN
      • BELACAN BAKAR - JANA PENDAPATAN
      • BENIH UDANG GALAH - CARA PROSES
      • KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM PERTANIAN
      • KEMANGI - KHASIAT KESIHATAN
      • CERITA PASAL JERING
      • LAKSA SARAWAK MEMANG ENAK
      • BUNGA COSMOS - SESUAI DITANAM
      • IKAN LOMA - SUNGAI PERAK
      • TEMUAN INOVASI PERTANIAN
      • RACUN RUMPAI - CARA TINDAKAN
      • AISKERIM NANAS - MEMANG ENAK!
      • PISANG AWAK - PENCIRIAN VARIETI
      • AISKRIM DI MALAYSIA - APA HEBATNYA!
      • KEMPEN ANTI MINYAK SAWIT - TIDAK LOGIK
    • ►  July (31)
    • ►  June (30)
    • ►  May (32)
    • ►  April (30)
    • ►  March (31)
    • ►  February (28)
    • ►  January (31)
  • ►  2017 (370)
    • ►  December (32)
    • ►  November (30)
    • ►  October (33)
    • ►  September (31)
    • ►  August (31)
    • ►  July (32)
    • ►  June (29)
    • ►  May (31)
    • ►  April (30)
    • ►  March (31)
    • ►  February (29)
    • ►  January (31)
  • ►  2016 (396)
    • ►  December (31)
    • ►  November (32)
    • ►  October (34)
    • ►  September (31)
    • ►  August (33)
    • ►  July (44)
    • ►  June (34)
    • ►  May (32)
    • ►  April (32)
    • ►  March (32)
    • ►  February (30)
    • ►  January (31)
  • ►  2015 (371)
    • ►  December (31)
    • ►  November (31)
    • ►  October (31)
    • ►  September (30)
    • ►  August (32)
    • ►  July (32)
    • ►  June (31)
    • ►  May (31)
    • ►  April (31)
    • ►  March (32)
    • ►  February (28)
    • ►  January (31)
  • ►  2014 (371)
    • ►  December (32)
    • ►  November (30)
    • ►  October (31)
    • ►  September (31)
    • ►  August (31)
    • ►  July (31)
    • ►  June (30)
    • ►  May (31)
    • ►  April (32)
    • ►  March (33)
    • ►  February (28)
    • ►  January (31)
  • ►  2013 (366)
    • ►  December (31)
    • ►  November (30)
    • ►  October (31)
    • ►  September (31)
    • ►  August (31)
    • ►  July (31)
    • ►  June (30)
    • ►  May (31)
    • ►  April (31)
    • ►  March (30)
    • ►  February (27)
    • ►  January (32)
  • ►  2012 (386)
    • ►  December (32)
    • ►  November (34)
    • ►  October (33)
    • ►  September (30)
    • ►  August (34)
    • ►  July (34)
    • ►  June (33)
    • ►  May (29)
    • ►  April (37)
    • ►  March (32)
    • ►  February (28)
    • ►  January (30)
  • ►  2011 (351)
    • ►  December (29)
    • ►  November (37)
    • ►  October (37)
    • ►  September (36)
    • ►  August (31)
    • ►  July (24)
    • ►  June (33)
    • ►  May (16)
    • ►  April (22)
    • ►  March (23)
    • ►  February (30)
    • ►  January (33)
  • ►  2010 (276)
    • ►  December (31)
    • ►  November (24)
    • ►  October (28)
    • ►  September (19)
    • ►  August (20)
    • ►  July (32)
    • ►  June (27)
    • ►  May (26)
    • ►  April (26)
    • ►  March (12)
    • ►  February (17)
    • ►  January (14)
  • ►  2009 (61)
    • ►  December (14)
    • ►  November (17)
    • ►  October (8)
    • ►  September (10)
    • ►  August (7)
    • ►  July (5)
Copyright of M Anem Blog. Do not publish any part of the blog without writer consent. Powered by Blogger.