Support My Blog

Friday, May 1, 2026

IKAN PATONG - APA DIA?

IKAN PATUNG 
(Pristolepis sp) dan Ikan Kepar (Belontia hasselti) ialah dua spesies ikan air tawar tempatan Malaysia yang berbeza akan tetapi dilaporkan yang kedua-duanya ia sering dikelirukan apabila jenis Ikan Patung ia dapat dan agak mudah dikenali dengan siripnya yang lebih pendek dan biasanya dipanggil 'Patung'. Dalam pada itu Ikan Kepar pula ia juga dikenali sebagai 'Malay Combtail' iaitu ikan ini mempunyai sirip pelvik lebih panjang seperti sesungut dan corak sarang lebah pada ekornya dimana kedua-duanya sangat popular untuk dimakan kerana isinya manis dan lembut. Apa pun jenis Ikan Pa
ung di kenali sebagai 'Malayan Leaf Fish' atau lebih tepa nama saintifiknya sebagai Pristolepis fasciatus dimana di Malaysia dilaporkan yang ikan patung ini memang banyak kalu disebelah utara seperti Kedah, Perak dan Perlis. Apa pun kalangan penduduk kampong di laporkan mereka memang sering memancing ikan ini dikawasan parit atau paya dimana ada kes iaitu saiz ikan ini dilaporkan beratnya ada yang hampir seberat 1 kg. Ikan Patomg sekali lihat ia seakan ikan puyu atau Ikan Betuk tetapi badannya lebih pipih dan bulat. Ada juga yang panggil sebagi jenis 'Ikan puyu kapak' akan tetapi di laporkan masih tidak di negeri mana yang panggil dengan nama tersebut. Meneliiti lanjut dilihat yang warna ikan patung hijau kekuningan tetapi berubah mengikut arus dan juga kejernihan air (Sila lihat foto diatas). Ikan patung dilaporkan ia merupakan jenis ikan yang banyak tulang dan perlu hati-hati semasa mencubit isi ikan ini semasa memakannya sebab durinya juga halus dan kecil. Ada pun di sesetengah tempat orang panggil ikan patung ini juga sebagai 'ikan kepar' atau 'ikan kepor' akan tetapi memang sebenarya ia adalah spesis ikan yang berlainan terutama dalan ciri bentuknya. Ini kerana jenis ikan kepar ini adalah sejenis ikan air tawar tempatan Malaysia dari keluarga ikan sepat (Osphronemidae) dimana ia juga terkenal dengan sirip pelvik panjang agak menyerupai  sesungut dan corak sarang lebah di ekornya yang mana ciri inilah yang sering disalah anggap penduduk kampong sebagai ikan Patung (Pristolepis sp.) juga walau pun sebenarnya ia adalah spesies berbeza. Apa pun kedua-dua jenis ikan air tawar ini masih lagi popular sebagai hidangan lazat kalangan penduduk kampong terutamanya di utara Semenanjung Malaysia. Artikel sempena Cuti Krismas Tahun 22025 Ihari Khamis) ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai spesis Ikan Patung sebagai bahan bacaan dan rujukkan pembaca semua.


Mengenai beberapa ciri perbezaan diantara Ikan Patung dengan Ikan Kepar perlu di perincikan lagi. 
Ciri-ciri Ikan Patung pula dimana ada dua spesies utama di Malaysia Jenis Pristolepis fasciata dan Jenis Pristolepis grooti. Ciri fizikalnya dimana ia mempunyai jenis sirip pelvik lebih pendek berbanding Ikan Kepar dan juga pada bahagian kepala memang sedikit berbeza dimana ia boleh membesar sehingga 8 inci. Ikan Patong ini mempunyai habitat dan diet seperti di kawasnan sungai, paya dan tasik dimana sebagai jenis ikan 'omnivor' makanannya adalah terdiri daripada serangga, cacing dan juga tumbuhan. Bagi jenis Ikan Kepar pula ciri-ciri ikan ada juga yang memenggilnya sebagai Ikan Puyu di sesetengah tempat (walaupun bukan ahli keluarga Puyu sebenar) memang perlu pakar yang pandai sahaja. Ikan kepar ini dari keluarga Osphronemidae iaitu sama dengan keluarga ikan sepat, ikan kaloi dan ikan pelaga. Melihat foto disebelah jelas menunjukkan ciri fizikal ikan ini dimana badannya memang mampat sedikit  dimana ia amat berbeza dengan puyu dengan ada sirip pelvik (bawah perut) sangat panjang dan halus seperti sesungut. Meneliti corak badannya dilihat seakan ia mempunyai corak seperti sarang lebah (honeycomb) di bahagian ekor dan belakang siripnya. Apa pun jenis ikan kepar memang habitatnya di perairan tawar terutama banya di utara Semenanjung Malaysia. Memang sehingga pembaca blog membaca artikel ini pun di percayai masih ramai kurang pasti akan perbezaan antara Ikan Patung dengan Ikan Kepar sebab keduanya adalah spesies berbeza. Kalau ikan Kepar ada sirip pelvik panjang dan bercorak sarang lebah sebaliknya Ikan Patung (Pristolepis sp.) hika di teliti ia memang tidak ada ciri-ciri ini. Apa pun biasanya dalam aspek kepentingan ekonomi dimana keduanya amat dihargai sebagai ikan makanan tempatan diman keduanya sering dimasak kari atau asam pedas.  Ciri lain ikan kepar dimana ia dikenali juga sebagai 'the real Kepar' atau Malay Combtail. Nama 'Kepar' kadang-kadang juga merujuk kepada spesies lain akan tetapi spesis Belontia hasselti adalah Ikan Kepar yang sebenar. Apa pun kalangan pembaca blog jika terjumpa ikan air tawar yang manis, lembut dan ada sirip halus seperti sesungut mungkin ia Jenis Ikan Kepar atau Ikan Patung dan buat pemeriksaan sirip agar dapat membezakannya.
 

Ikan Patung yang juga dikenali sebagai Malayan Leaf Fish atau dikenali nama saintifiknya Pristolepis fasciatus adalah sejenis ikan yang amat sukar ditemui pada masa kini. Saiz kebiasaanya adalah dari 2-3 jari sahaja namun ada juga yang pernah dapat lebih besar dari itu. Habitatnya yang sebenar tidak pernah diketahui atau dilaporkan secara lebih terperinci menjadikan ia sebagai salah satu spesis yang unik dan misteri. Warna pada badannya yang kilat kuning kehijauan membuatkan ia nampak sangat cantik dan seronok mata memandangnya. Kalangan pemancing tegar dakwa mengatakan ikan ini banyak terdapat dibelah utara Semenanjung Malaysia berbanding di Selatan atau di Sabah atau Sarawak. isu bagaimana dan mengapa ikan ini lebih mudah ada disebelah utara tidak dapat diketahui. Kebiasaannya ia dijumpai dikawasan seperti di parit dan di lombong yang mempunyai banyak arus dan air yang jernih. Bentuk badannya yang bulat dan hampir macam Ikan Tilapia Hybrid atau Ikan Puyu atau Ikan Betuk yang mana ciri ini membuatkan ia lebih misteri. Orang tempatan di utara ada yang mengelarkan ikan ini dengan nama lain seperti 'Ikan Kepor  atau Ikan Kepar atau Ikan Puyu Kapak dimana ia memang sejak dulu di kenali dan kisah ini tidak pasti samaada benar atau tidak. Bagi penulis blog perlu di buat kajian lanjut yang mesti di jalankan untuk mengenal lebih lanjut mengenai ikan patung ini, kehebatannya, cara kehidupannya dan nilai ekonominya juga. Dilaporkan jika dihabitatnya ikan ini jenis yang suka menghendap di sekitar yang menjadikan ia amat sukar untuk di pikat atau makan pancing. Ikut pemancing kampong dimana ikan patung ini akan lebih agresif pada belah senja dan yang pasti ikan ini memerlukan elemen kejutan yang halus umpama ulat jatuh di atas permukaan air. Jadi apabila membuat lontaran umpan pancing kearahnya pastikan umpan anda tidak jatuh terlalu kuat. Apa pun sebaiknya dibuat teknik 'jerk slow' semasa memancing dengan joran yang sesuai panjangnya dimana apa yang pasti ikan ini amat sukar untuk diperhatikan kewujudannya. Setelah ikan memakan pancing (strike) maka ditarik dengan cepat dimana teknik ini adalah ia paling sesuai untuk casting ikan patong ini.  


Dalam membuat tinjauan di mana tidak banyak maklumat mengenai harga ikan patong ini di pasaran sebab ia semain kurang di dapatkan dengan jumlah yang banyak dan kalau ada pemancing dapat pun di makan sendiri sahaja. Apa pun dimana harga ikan ini sangat bergantung pada jenis, saiz, kesegaran, dan lokasi, tetapi biasanya sekitar RM20 hingga RM40 lebih sekilogram dan purata di Pulau Pinang dan Perak Utara harganya adalah RM26 sekilogram. Ada kisah bagaimana 
kadang-kadang harganya ia lebih tinggi untuk ikan dibersihkan atau sudah di bersihkan perutnya.  Ikan Patong sama juga dengan Ikan Kepar ia dilaporkan popular untuk hidangan seperti digoreng, masak sambal dan beberapa resepi lagi. Apa pun Ikan Patong sama juga Ikan Kepar adalah ikan air tawar yang mempunyai isi yang manis namun sedikit bertulang iaitu ia serupa dengan ikan puyu. Beberapa cara popular untuk memasaknya yang pertama adalah Pekasam Ikan Patong dan Ikan Kepar diimana ikan ini adlah yang paling popular di masak pekasam terutama di Negeri Kedah. Resepi ini adalah cara tradisional yang paling digemari untuk mengawet dan menikmati ikan kepar. Bahan utama perlu ada adalah ikan patong atau ikan kepar segar, garam kasar dan beras yang disangrai (digoreng tanpa minyak) kemudian dikisar halus. Cara membuatmua dengan membersihkan ikan, lumur dengan garam dan biarkan semalaman. Kemudian di lumur dengan serbuk beras sangrai dan simpan dalam bekas kedap udara selama seminggu. Apa pun cara memakannya dengan menggoreng ikan pekasam ini dan dimakan dengan nasi putih bersama hirisan bawang besar, cili padi, dan sedikit asam gelugor sehingga garing. Resepi kedua adalah Resepi Ikan Patong atau Ikan Kepar Masak Asam Pedas dimana oleh kerana isinya yang manis, ikan kepar sangat sesuai dimasak asam pedas ala Melayu. Bahan perlu untuk menumis adalah cili kering kisar, bawang merah, bawang putih, belacan dan halia dan bagi bahan perasa disediakan air asam jawa, daun kesum, bunga kantan, dan serai. Cara memasak dengan menumis bahan kisar hingga pecah minyak dan di masukkan air asam jawa dan air secukupnya. Apabila mendidih boleh dimasukkan ikan patong atau ikan kepar, daun kesum dan bendi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula dan sedia untuk di hidangkan dan enak di makan dengan nasi putih. Popular juga Resepi Ikan Patong atau Ikan Kepar Goreng Sambal dan Goreng Taucu sebab cara memasaknya ringkas. Kalau buat sambal dengan menggoreng ika tersebut dan kemudian ia di gaulkan dengan sambal tumis pedas dan sedia di hidangkan. Bagi memasak taucu hanya menumis bawang, halia, dan cili bersama taucu sebalum ia kemudian masukkan sedikit air dan ikan yang telah digoreng dan sedia di hidangkan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IKAN PATONG... KEPAR TIDAK SAMA...
DALA PARIT..DI NEGERI ITARA ADA...
BANYAK TULANG...IA ENAK ISINYA...
DI BUAT PEKASAM...ADA HARGA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(5 Rejab 1447H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...