Support My Blog

Saturday, May 23, 2026

KELAWAR DAN PERTANIAN - KAITANNYA (Part 1)

KELAWAR
(Bat) adalah sejenis mamalia yang unik kerana ia merupakan satu-satunya haiwan di dunia yang boleh terbang. Haiwan k
elawar tergolong dalam golongan haiwan mamalia dan ia adalah satu-satunya mamalia yang boleh terbang dan mempunyai keupayaan seperti burung (terbang). Walaupun terdapat mamalia lain seperti tupai terbang yang mampu ia bergerak melalui udara akan tupai terbang hanya mampu meluncur dan bukannya benar-benar terbang. Penulis blog merujuk banyak sumber dan ada terdapat lebih kurang 1,000 spesies kelawar yang terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk diseluruh dunia. Mudah memahami iaitu kelawar terbahagi kepada dua iaitu Jenis Keluang (Megabats) dalam sub-susunan Megachiroptera dan juga Jenis Kelawar Biasa (Microbat) dimana ia juga didalam Microchiroptera. Apa pun lazimnya jenis Kelawar Mega ia memakan buah-buahan, madu atau debunga dimana ia biasanya bersaiz lebih besar dan banyak membantu dalam proses pendebungaan tanaman dan terbang malam hari. Bagi jenis Kelawar Mikro ia bersaiz lebih kecil dan memakan serangga dimana pergeraan kelawar ini unik sebab majoriti menggunakan sistem sonar (ekolokasi) untuk mengesan arah dan mangsa dalam gelap. Memang di laporkan yang haiwan kelawar ini ia sangat penting kepada ekosistem dan sektor pertanian kerana peranannya mengawal populasi serangga perosak dan menyebarkan benih pokok dengan cekap didalam hutan dan habitatnya. Haiwan Kelawar merupakan sahabat petani yang sangat penting dalam aktiviti dan ekosistem pertanian sebab ia membantu meningkatkan hasil tanaman secara semula jadi tanpa kos dan penggunaan racun kimia. Buah-buahan termasuk pokok durian (Durio zibethinus) adalah antara buah-buahan yang bunganya di bantu proses pendebungaannya di malam hari oleh haiwan kelawar jenis microbat. Penulis blog pernah di hidangkan dengan masakan Goreng Keluang Lada hitam di Limbang semasa bertugas di sana pada tahun 1999-2000 dimana ia kelihatan berisi dan enak tetapi tidak memakannya di restoren ekslusif masa itu. Hukum memakan kelawar adalah HARAM secara mutlak bagi umat Islam kerana haiwan kelawar ada tersebut dikategorikan sebagai kotor (jijik) dan ianya dilarang daripada dibunuh dalam Islam diman terbaru ia terbukti secara saintifik membawa pelbagai virus berbahaya (seperti virus SARS dan virus Nipah dan mungkin virus covid-19) yang mendatangkan kemudaratan dan kematian massal kepada kesihatan manusia. Artikel pada petang Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas tentang sejenis haiwan kelawar dan faktanya serta kepentingan dalam sektor pertanian untuk bahan rujukkan semua.


P
eranan utama kelawar dalam bidang pertanian yang paling asas adalah ia menjadi haiwan makan serangga dan agen kepasa cara Kawalan Serangga Perosak tanaman. Haiwan Kelawar pemakan serangga bertindak sebagai agen kawalan biologi semulajadi terutama jenis serangga perosak yang aktif pada waktu malam seperti spesis kupu-kupu dan sebagainya. Serangga kupu-kupu atau moth yang aktif pada malam hari dan serangga Rama-rama (butterfly) dewasa lazimnya ia tidak merosakkan tanaman. Walau bagaimanapun bila ia bertelur pada tanaman dan pada peringkat larva (ulat beluncas) bagi serangga ini adalah perosak utama pertanian yang memakan daun, batang dan buah sehingga boleh menjejaskan hasil tanaman dengan teruk dan merugikan petani. Kelawar akan ia memakan memakan serangga perosak utama seperti kupu-kupu, ulat dan kumbang yang merosakkan tanaman terutama tanaman makanan seperti padi dan sayuran. Peranan kelawar juga sebagai agen utama bagi proses Pendebungaan Bunga dan Buah sangat cekap dan efektif sebab selalunya kelawar yang juga ia datang sebagai pemakan buah dan nektar hinggap di pokok dan ini membantu mendebungakan pelbagai tanaman komersial. Contoh terbaik di Malaysia ialah kelawar yang menjadi pendebunga utama bagi pokok durian dan petai. Penulis blog dapati kelawar adalah agen pendebungaan utama bagi pokok durian. Bunga durian mekar pada waktu malam dan menghasilkan nektar dan ini menjadikannya sumber makanan kepada kelawar buah dan kelawar gua. Semasa kelawar makan dimana debunga ini akan melekat pada badan kelawar dan dipindahkan ke bunga pokok durian yang lain dimana proses ini memastikan pokok berbuah lebat (Sila lihat foto disebelah). Proses kelawar mendebungakan pokok durian dimana bunga durian memang ia hanya Mekar Malam dimana ia berkembang sepenuhnya pada waktu malam sehingga subuh dan mengeluarkan nektar yang kaya dan ini menarik perhatian kelawar yang aktif malam mencari makan pada waktu gelap. Ketika kelawar menghisap nektar maka debunga dari bunga durian akan melekat pada bahagian muka dan bulu badan mereka. Apabila kelawar terbang ke pokok lain untuk mencari nektar seterusnya maka debunga tersebut bersentuhan dengan stigma bunga durian yang lain dimana ini sekaligus membolehkan proses persenyawaan dan pembentukan putik buah durian berlaku. Spesies kelawar seperti Eonycteris spelaea (kelawar gua) dan Keluang atau Kelawar Buah (Pteropus spp) adalah antara spesis utama yang bertanggungjawab membantu didlam cara mengekalkan hasil pengeluaran dan kestabilan ekosistem durian di Malaysia. Kelawar juga ia membantu menyebarkan benih tanaman dan pokok hutan melalui najisnya dan proses ini ia sekaligus memulihkan kesuburan dan biodiversiti hutan dan kawasan sekitarnya.  
 

Memahami haiwan kelawar yang pada umumnya adalah haiwan nokturnal iaitu jenis haiwan yang hanya aktif pada waktu malam dan tidur pada waktu siang dimana 
sebab utama kelawar aktif pada waktu malam adalah ia melindungi dirinya dari ancaman pemangsa. Ia akan mengelakkan pemangsa yang mana ia akan menggunakan penglihatannya serta mengelakkan suhu panas terik siang hari dan dapat elakkan terdehidrasi. Apa pun biasanya kelawar ini memang ia tiada persaingan dengan haiwan lain seperti burung untuk mendapatkan sumber makanan mencukupi di waktu malam. Burung yang aktif waktu siang dengan jumlahnya yang banyak memakan buah-buahan dan serangga pada siang hari sebab ia mempunyai deria penglihatan dan bau yang hebat. Kehebatan kelawar dimana ia akan menggunakan pantuan bunyi bernada tinggi atau 'Echolocation' untuk mengesan arah serta mampu terbang laju dalam gelap dan mampu memburu mangsa dalam gelap. Penulis bloh dapati di Malaysia ada terdapat lebih 110 spesies kelawar yang dikategorikan kepada dua kumpulan utama mengikut diet pemakanan mereka. Pertama adalah Jenis  Kelawar Fitofagus iaitu jenis kelawar pemakan tumbuhan. Spesies ini memakan buah-buahan, nektar dan debunga dimana ia juga sangat penting untuk ekosistem kerana dapat membantu proses pendebungaan tanaman dan penyebaran biji benih di dalam hutan. Kedua ada Jenis Kelawar Insektivor iaitu jenis kelawar pemakan serangga dimana ia hanya akan menggunakan sistem gema (ekolokasi) untuk memburu serangga kecil dan ini sekaligus membantu mengawal populasi serangga perosak dalam sektor pertanian. Apa pun selain dua kategori utama ini ada dilaporkan terdapat spesies kelawar di dunia seperti 'Kelawar Vampire' tetapi tidak ada di Malaysia dan hanya ada di benua Amerika yang memakan darah sahaja.


Lazimnya kelawar mendiami pelbagai tempat perlindungan yang dipanggil 'roost' atau 'sarang tidur' dimana habitat utama kelawar selalunya adalah termasuk
Gua (cave) dan lombong (mining area) iaitu satu lokasi utama yang sunyi dan gelap dimana keadaan ini memang ia sesuai untuk kelawar tidur dan berhibernasi (rehat) pada musim sejuk. Kelawar juga tinggal dalam kawasan hutan dan lubang pada pokok atau pada celahan kulit kayu atau bergantungan di bawah daun. Di kawasan penempatan dimana kelawar juga mendiami struktur bangunan atau struktur buatan antaranya seperti ia akan menumpang di loteng rumah, celah bumbung, di bawah unit jambatan atau dalam kotak khas kelawar yang ada. Apa pun selalunya kelawar memilih lokasi ini kerana ia adalah selamat daripada pemangsa dan menawarkan suhu yang sesuai untuk berehat atau membiak. Kajian menunjukkan dimana haiwan kelawar ini jangkahayatnya adalah sangat panjang berbanding mamalia kecil lain. Secara purata dimana kebanyakannya jenis kelawar akan hidup antara 10 - 20 tahun didalam keadaan alam liar semulajadi. Lebih menarik ada sesetengah spesies kelawar yang ia boleh hidup lebih 20 - 30 tahun dimana ada rekod dunia bagi kelawar liar tertua pernah mencecah 41 tahun lamanya. Mengetahui akan kitaran hidup kelawar melalui empat peringkat utama iaitu Fasa Mengawan, Fasa Tempoh bunting, Fasa Kelahiran dan Fasa Penjagaan anak. Sebagai satu-satunya mamalia yang boleh terbang dimana kitaran ini berbeza sedikit bergantung kepada spesies kelawar dan lokaliti. Dalam fasa mengawan dimana kelawar biasanya mengawan pada musim tertentu (musim bunga atau panas di negara iklim sederhana). Ada juga spesies yang boleh membiak dua kali atau lebih setahun di kawasan tropika. Pada fasa Kelahiran (Peringkat Anak) iaitu tempoh diambil untuk pembesaran di dalam perut (gestation) mengambil masa antara 6 minggu hingga 6 bulan. Kelawar betina hampir selalu melahirkan hanya seekor anak (dipanggil pup) pada satu-satu masa. Fasa Penjagaan Ibu dimana anak kelawar yang baru lahir tidak berbulu dan sangat bergantung kepada susu ibunya. Ibu akan menyusukan anak mereka antara 5 minggu hingga 5 bulan. Kemudian ada Fasa Belajar Terbang apabila kebanyakan anak kelawar akan belajar terbang dan mencari makan sendiri seawal usia 3 hingga 4 minggu dan akhir sekali ada Fasa Kematangan dimana selepas melepasi peringkat anak yang penuh berisiko (seperti terjatuh atau kemalangan), kelawar yang matang mempunyai kadar kematian yang sangat rendah. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang isinya sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!..
NAMA KELAWAR... MALAM AKTIFNYA...
BANTU TANAMAN...BAWA DEBUNGA...
MAKAN BUAH...ADA JUGA SERANGGA...
DALAM PERTANIAN...IA INI BERGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(7 Zulhijjah 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...