Bagi penulis blog dimana minyak neem adalah minyak organik serbaguna yang diekstrak daripada biji pokok neem. Kegunaan utamanya merangkumi kawalan serangga perosak untuk tanaman, rawatan masalah kulit dan rambut serta sebagai bahan penghalau nyamuk semula jadi. Kegunaan yang paling signifikan adalah dalam kawalan erosak tanaman di kebun iaitu sebagai bahan Racun Serangga Organik dengan ia bertindak membunuh dan menghalau serangga perosak seperti kutu daun (aphids), hamaputih (whiteflies), dan kutu babi secara semula jadi. Hasil kajian mendapati jenis serangga yang dapat dikawal gunakan bahan minyak neem termasuk Serangga Kutu Daun (Aphids) bila serangga kecil yang menghisap cecair daun serta jenis serangga Lalat Putih (Whiteflies) dimana serangga putih kecil yang sering berada di bawah daun. Ia juga berkesan untuk kawa Hama (Spider Mites), Koya (Mealybugs) iaitu serangga putih bertepung yang menghisap nutrien tumbuhan. Sesuai untuk kawa serangga Kutu Thrips iaitu jeni serangga nipis yang merosakkan daun dan bunga serta jenis perosak Ulat (Caterpillars) dan Teritip (Scale insects) yang menganggu tanaman di kebun. Ia juga dilaporkan akan kawalan kulat dengan cara mencegah dan merawat masalah kulat pada daun. Cara guna dengan mencampurkan sedikit minyak neem dengan sabun cecair (sebagai agen pengemulsi) dan air paip dan ia kemudian semburkan terus pada daun tanaman. Ada juga kegunaan minyak neem untuk tujuak kecantikkan dan penjagaan diri yang berkesan. Ia di laporkan mampu untuk Merawat Masalah Kulit sebab ada sifat antibakteria dan ciri antikulatnya membantu melegakan ekzema, jerawat dan kulit kering. Ia memang bahan sesuai mengatasi isu atau masaalah kelemumur serta mampu menyihatkan kulit kepala dan dapat mengurangkan kegatalan. Cara guna jangan sapu terus minyak neem yang pekat ke kulit dan sebaiknya perlu ianya dicampurkannya terlebih dahulu dengan minyak pembawa (carrier oil) seperti minyak kelapa atau minyak jojoba sebelum digunakan. Minyak Neem adalah bahan penghalau Serangga Semula Jadi dan minyak ini boleh disapu pada kulit (selepas dicampur dengan carrier oil) atau ditambah ke dalam losyen untuk menghalau nyamuk, kutu dan serangga. Bagi dapatkan stok produk ini bagi kegunaan rumah atau kebun di sekitar Malaysia semak di kedai pertanian atau pling mudah google sahaja portal jualan on-line seperti Shopee Malaysia atau Lazada. Perlu juga sentiasa buat ujian tampalan (patch test) pada kulit terlebih dahulu untuk mengelakkan jika ada alahan dan elakkan daripada menyembur minyak neem pada pokok tanaman ketika cuaca terik bagi mengelakkan daun terbakar.
Penulis blog konsgikan fakta walau pun minyak neem ini ia adalah racun perosak dan agen perubatan herba yang popular, namun ia membawa beberapa ancaman atau bahaya serius jika tidak digunakan dengan betul. Risiko utamanya termasuklah keracunan teruk jika tertelan (terutama kepada kanak-kanak), kejadian kerengsaan kulit dan juga kemungkinan kesan buruk terhadap kesuburan dalam kandungan. Penulis blog senaraikan kemungkinan ancaman dari minyak neem yang perlu di ketahui semua. Pertama adalah Ancaman Yang Sangat Beracun jika tertelan sebabnya walaupun ia bahan semula jadi, minyak neem sama sekali tidak selamat untuk dimakan atau diminum. Ada juga ancaman kepada golongan kanak-kanak dan bayi sebab jika ada pengambilan minyak ini boleh membawa maut kepada kanak-kanak. Kesan sampingan termasuk muntah, cirit-birit, sawah, kerosakan hati dan koma sementara ancaman bagi orang dewasa jika berlaku pengambilan dalam jumlah yang banyak boleh menyebabkan asidosis metabolik (tahap asid dalam badan terlalu tinggi) dan ensefalopati (gangguan fungsi otak). Ancaman lain termasuk kesan Kerengsaan Kulit sebab minyak neem tulen (pekat) sangat kuat diana ia memang boleh menyebabkan tindak balas alahan seperti dermatitis sentuh. Simptom yang berlaku dimana kulit bertukar menjadi kemerahan, gatal-gatal atau pedih (Sila lihat foto disebelah). Cara elakkan insiden ini dengan sentiasa cairkannya (dilute) dengan minyak pembawa (seperti minyak kelapa atau jojoba) sebelum menyapu pada kulit dan melakukan ujian tampalan (patch test) terlebih dahulu kepada kulit. Ancaman paling penting di ketahui adalah ada ancaman Tidak Selamat untuk Ibu Hamil dan Menyusu dimana penggunaan ekstrak atau minyak neem adalah sangat tidak digalakkan bagi wanita hamil dan ada risiko yang boleh menyebabkan keguguran. Juga di laporkan ancaman seperti kes Gangguan Terhadap Kesihatan Tertentu antaranya seerti kepada mereka ada Penyakit Autoimun: Neem mungkin merangsang sistem imun menjadi terlalu aktif, sekali gus memburukkan lagi penyakit seperti Lupus (SLE) atau Rheumatoid Arthritis. Bagi kes-kes seerti kes pembedahan minyak neem berpotensi didalam cara merendahkan paras gula dalam darah. Pesakit dinasihatkan berhenti menggunakannya sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sebarang pembedahan. Bagi kes pmindahan organ pula ia juga dikhuatiri boleh mengganggu ubat diberikan doktor yang menghalang penolakan organ. Ada juga ancaman yang minyak neem boleh Mengganggu Kesuburan dimana terdapat bukti awal yang menunjukkan bahawa neem didakwa ia boleh merosakkan sperma dan mengurangkan kesuburan. Mereka yang merancang untuk mendapatkan anak adalah dinasihatkan untuk mengelakkan penggunaannya. Seterusnya ada ancaman kepada Haiwan Peliharaan dan semua perlu berhati-hati jika anda menggunakan semburan minyak neem pada tumbuhan di kawasan yang mempunyai haiwan seperti haiwan peliharaan seperti kucing. Ia boleh menyebabkan haiwan tersebut berasa lesu, menggeletar, atau mengalami air liur berlebihan jika terjilat. Langkah keselamatan penggunaan minyak ibaca panduan daripada agensi kesihatan.
Menarik membuat analisa dan tinjauan akan harga Minyak Neem di Malaysia dimana asasnya ia biasanya bermula serendah RM4 hingga RM15 untuk botol kecil (100ml - 250ml) dan sekitar RM25 hingga RM30 untuk botol bersaiz 1 liter. Penulis blog merujuk jualan on-line minyak neem di Shopee berharga sekitar RM26 sebotol sehingga RM128 sebotol (Sila lihat foto sebelah). Harga berbeza bergantung pada jenama, isipadu, dan sama ada ia telah dicampur dengan sabun atau tidak sebab banyak variasi dan jenaanya di pasaran. Secara umumia juga di bahagikan mengikut isipadu jualan dimana bagi isipadu 100ml - 250ml harga dipasaran sekitar RM4.00 - RM15.00 sebotol, bagi isipadu 500ml ia berharga sekitar RM15.00 - RM20.00 sebotol dan bagi harga mintak neem dalam isipadi 1 llitar berharga RM25.00 - RM30.00 ke atas. Pengguna dan petani boleh mendapatkan minyak neem dengan mudah secara dalam talian atau di kedai fizikal termasuk kedai pertania yang menjual baja dan racun serta benih tanaman. Penulis blog dapati produk minyak neem ini banyak di jual di nurseri pokok yang atau ada di jual di farmasi tempatan untuk kegunaan kosmetik. Diingatkan lagi agar sentiasa lakukan ujian tampalan (patch test) pada kulit terlebih dahulu atau uji semburan pada sedikit dahulu bahagian daun tanaman untuk melihat kesan sebelum menggunakannya secara meluas di kebun. Penulis blog tinjau dimana diantara beberapa jenama popular di pasaran Malaysia termasuk Baba Mr. Ganick Dr. Neem, Serbajadi, Green Herbology dan jenama B'Green. Antara produk ini ia didakwa sangat berkesan untuk menghalau serangga seperti kutu daun, mealybug, dan hama tanpa merosakkan alam sekitar. Bagi produk jenama Baba Mr. Ganick Dr. Neem ia terkenal dalam kalangan pekebun rumah yang mana produk ini ia dijual dalam bentuk sedia digunakan (Ready to Use) atau pekat. Bagi jenama produk Serbajadi Neem Extract dimana ia adalah satu jenama pekebunan yang popular dengan menawarkan minyak neem tulen yang siap diekstrak daripada biji pokok semambu untuk perlindungan tumbuhan menyeluruh. Bagi produk jenama BIO.NEEM OIL didakwa yang ia ada formula diperkaya (booster) yang sering digunakan untuk pertanian komersial kecil-kecilan dan hobi. Dalam pada itu jenama produk Green Herbology pula mereka ada menawarkan minyak neem tulen 100% cold-pressed yang popular untuk kegunaan peribadi. Bagi jenama produk neem Moolihai Malaysia pula ia membekalkan minyak neem tulen untuk melembapkan kulit serta membantu merawat ekzema dan masalah kelemumur. Peringatan dimana perlu tahu akan kes Gred Minyai iaitu hanya mempastikan membeli gred yang betul. Minyak neem untuk tanaman biasanya diproses khas manakala gred kosmetik lebih ditapis untuk keselamatan kulit. Penting juga tahu dan periksa Jenis Bancuhan Minyak Neem sebab boleh membeli jenis pekat (perlu dicampur dengan sabun pencuci pinggan dan air) atau jenis Ready-To-Use (RTU) yang sedia disembur. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di rujuk dan di baca kedua-duanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MINYAK NEEM...POKOK SEMAMBU ASALNYA...
BANYAK DI JUAL...IA ADA BANYAK JENAMA...
DALAM PERTANIAN...KAWAL SERANGGA...
BAHAN KOMESTIK...DIGUNA BANYAK CARA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, jalan Istana, Air Keroh,
BANYAK DI JUAL...IA ADA BANYAK JENAMA...
DALAM PERTANIAN...KAWAL SERANGGA...
BAHAN KOMESTIK...DIGUNA BANYAK CARA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, jalan Istana, Air Keroh,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(25 Ramadan 1447H).
Malaysia.
(25 Ramadan 1447H).





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.