Support My Blog

Monday, May 25, 2026

KAITAN SEMUT DAN TANAMAN (Part 1)

SEMUT DAN TANAMAN
adalah sangat berkait rapat didalam habitatnya dimana ada proses simbiosis diantara keduanya. Apa pun hubungan diantara semut dan tanaman adalah berbentuk interaksi kompleks yang boleh membawa Kesan Positif (ia membantu) atau Kesan Negatif (ia merosakkan). Dalam banyak kajian dilaporkn dimana kejadian interaksi ini kebanyakannya berkisar tentang keperluan makanan, ciri perlindungan dan pemindahan nutrien diantara keduanya. Dalam dunia semut dimana koloni semut ialah satu komuniti sosial yang sangat teratur sosialnya di mana ada ribuan hingga jutaan semut daripada pelbagai kasta selalu mereka bekerjasama untuk menjalani kelangsungan hidup. Setiap koloni mempunyai pembahagian tugas yang spesifik dengan ada beberapa kasta yang terdiri daripada Ratu Semut atu Queen yang fungsinya hanya bertelur, Semut jantan dan Semut pekerja atau Semut Askar yang terbanyak dalam populasinya dengan tugasnya adalah untuk mencari makan atau membina sarang dan mempertahankan koloninya. Beberapa bentuk kaitan utama antara semut dan tanaman memang penting di bincangkan dimana bagi Jenis Kesan Positif (Simbiosis Mutualisme) ia berkait dengan Proses Pendebungaan (Pollination) dimana semut boleh bertindak sebagai agen pendebunga apabila mereka merangkak dari satu bunga ke bunga lain untuk memakan nektar dimana aktiviti ini ia sekali gus membantu pembiakan tumbuhan. Kedua dimana semut akan juga membantu dalam Proses  Penggemburan Tanah dimana semut yang membina sarang di dalam tanah membantu pengudaraan dan pengaliran air dan cara ini mereka menjadikannya lebih subur untuk akar pokok. Peranan semut kepada tanaman yang signifikan juga termasuk sebagai Kawalan Serangga Perosak dimana ada sesetengah spesies semut bersifat karnivor dan akan mereka memakan telur atau larva serangga perosak lain yang boleh merosakkan tanaman para petani. Kaitn antara keduanya juga ada Kesan Negatif (Simbiosis Parasitisme) seperti berlaku akan Penyebaran Kutu Daun (Aphids) dimana serangga semut sering bersimbiosis dengan kutu daun. Semut selalu ia melindungi kutu daripada pemangsa dan memindahkan kutu ke pucuk tanaman yang masih sihat. Sebagai balasan iaitu apa yang berlaku adalah semut memakan cecair manis (honeydew) yang dirembeskan oleh kutu tersebut dan akan membawanya ketanaman sihat yang lain. Kedua ancaman dalam simbiosis ini adakah potensi berlaku kes Serangan Kulapuk Hitam iaitu jenis cecair manis yang ditinggalkan oleh kutu daun menggalakkan pertumbuhan kulapuk hitam pada daun, yang menyekat proses fotosintesis. Dalam keadaan lain akan berlaku kejadian Kerosakan Akar Tanaman yang sukar di lihat dimana sarang semut yang terlalu besar di dalam pasu boleh mengganggu struktur akar dan melemahkan kesihatan pokok menganggu pertumbuhan tanaman. Artikel pada tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai fakta penting kaitan antara semut dan tanaman untuk di jadikan bahan rujukkan semua.


Baik di kongsikan fakta dimana hukum memakan semut bagi umat Islam dengan secara sengaja adalah haram kerana ia termasuk dalam haiwan yang dilarang dibunuh dalam Islam. Bagaimana pun jika ia termasuk atau tidak sengaja termasuk ke dalam makanan atau minuman yang di ambil dimana  hukumnya dimaafkan. Sesiapa yang makan semus secara senghaja maka memang ia HARAM sama ada ia dimakan  semut itu masih hidup atau sudah mati. Dilaporkn dimana semut yang sering terdapat di atas pokok biasanya adalah dari Jenis Kerengga (semut merah) atau semut hitam. Kehadiran kerengga di pokok biasanya menunjukkan dua perkara asa iaitu ia mencari cecair manis (madu) yang dirembeskan oleh serangga perosak seperti aphid dan kutu putih atau mereka sedang melindungi pokok tersebut daripada serangga perosak lain. 
Kerengga (Oecophylla smaragdina) biasanya membina sarang dengan mencantumkan daun-daun dimana ia paling kerap ditemui di pokok buah-buahan seperti rambutan, mangga, jambu air dan limau. Kaotan dan manfaat kerengga berada dipokok dimana memang ada ramai pekebun akan mengekalkan kerengga di kawasan tanaman kerana ia membawa banyak kebaikan diantaranya adalah kerengga ini adalah Pemangsa Semula jadi dengan memakan serangga perosak lain seperti ulat dan belalang (Sila lihat foto disebelah). Kerengga di pokok juga akan melindungi buah di pokok dengan mengelakkan buah daripada diserang oleh lalat buah (Bactocers spp). Kehadiran kerengga di pokok memang akan seterusnya Mengurangkan penggunaan racun apabila ia akan bertindak sebagai kawalan biologi percuma untuk pokok sebab serangga perosak yang ada di pokok menjadi kurang menjadi makanan mereka. Walau bagaimanapun apa yang petani dan pencuri buah tidak suka adalah Kesan Gigitan kerengga boleh ianya mendatangkan kesakitan kepada mereka dimana kehadiran kerengga juga ia kadangkala menjadi petunjuk kepada masalah serangga lain seperti kutu daun (afid) dan hasilkan buah yang berkualiti juga.


Ada beberapa perkara asas mengenai persoalan punca Semut Suka Naik ke Pokok di kongsikan dalam artikel kali ini. Pertama semut naik atas pokok untuk dapat mencari maanannya seperti cecair nektar atau manisan yang di ada dalam koya dan white tips. Ia akan memakan 'honeydew' dari pokok dan ada jenis serangga perosak seperti kutu putih dan afid (kutu daun) menghisap nutrien pokok dan mengeluarkan cecair manis dipanggil honeydew yang sangat digemari semut. Berlaku kejadian hubungan Simbiosis dimana semut menjaga serangga perosak ini iaitu daripada pemangsa lain dan kemudian ia akan seterusnya memindahkannya ke daun baru pokok lain semata-mata untuk mendapatkan cecair manis tersebut. Masih keliru pembaca blog ini persoalan adakah semut akan membahayakan tanaman di kebun?. Secra amnya dimana semut juga boleh  Menjadi Perosak Secara Tidak Langsung sebab apabila ada populasi banyak semut penulis blog dapati ia adalah menjadi petunjuk bahawa pokok tersebut mungkin sedang mengalami serangan serangga perosak. Kumpulan serangga perosak tanaman ini lazimnya ia boleh melemahkan kesihatan pokok dan seterusnya ia akan menyebabkan daun kerinting (seperti daun kerinting pokok cili) dan juga ia akan akan merencatkan pertumbuhan tanaman yang banya semut. Kebaikan asas juga apabila kehadiran semut yang banyak pada pokok rambutan (Nephelium lappaceum) akan dapat Membantu Dalam Proses Pendebungaan dimana kehadiran semut hitam sebenarnya boleh membantu proses pendebungaan bunga buah-buah terpilih dengan signifikan. Semut berkait dengan Kaedah Dalam Kawalan Biologi seperti jenis kerengga (semut merah) yang membina sarang di celah daun juga boleh menjadi 'pengawal' semula jadi dengan memakan serangga perosak kecil yang hadir untuk ianya merosakkan buah-buahan. Penulis blog berdasarkan pengalaman dan tinjauan teknologi di seluruh negara mendapati dimana disenaraikan akan beberapa jenis semut yang sering ditemui pada kawasan tanaman. Jenis pertama adalah Jenis Semut Hitam (Black Ants) dimana jenis ini ia sangat gemar memakan cecair manis (honeydew) yang dirembeskan oleh kutu daun (aphid). Apa pun kemudian semut akan melindungi kutu daun daripada pemangsa semula jadi supaya bekalan cecair manis sentiasa akan berterusan dan hubungan ini menyebabkan kutu daun membiak dan merosakkan pokok. Kedua ada Jenis Semut Api (Fire Ants) dimana semut jenis ini ia akan membina sarang di dalam tanah atau di batas tanaman dan ia bersifat agresif dan boleh menggigit yang menyakitkan dan radang serta gatal. Ada pun jenis Semut Api ini selalunya di kebun ia akan jenis serangga perosak berukuran kecil dan juga sarang mereka boleh mengganggu sistem akar dan tumbesaran pokok. Ketiga adalah Jenis Semut Kerengga atau Jenis  Semut Penenun (Weaver Ants) dimana ia akan membina sarang dengan mencantumkan daun-daun di atas pokok menggunakan sutera larva mereka. Jenis ini ia merupakan agen kawalan perosak semula jadi yang sangat baik kerana mereka memakan serangga perosak lain. Namun, gigitan mereka amat pedih. Keempat ada Jenis Semut Gula (Ghost Ants atau Sugar Ants) dimana ia ada jenis semut kecil yang tertarik kepada sisa bahan organik dan rembesan manis pada tumbuhan. APa pun kehadirannya menandakan ada masalah hama atau serangga perosak penghisap daun di sekitar tanaman anda. Kelima ada Jenis Semut Pemotong Daun (Leafcutter Ants) diman jenis ia akan menggunting daun untuk dibawa pulang ke sarang dimana kesannya daun tersebut bukan untuk dimakan akan tetapi digunakan sebagai baja bagi menumbuhkan kulat yang menjadi makanan koloninya.


Penting juga fakta tentang kitaran hidup semut (ants lifecycle) melalui empat peringkat metamorfosis lengkap yang mengambil masa antara beberapa minggu hingga beberapa bulan bergantung pada spesies semut. RIngkasnya ia bermula dari Fasa Telur, Fasa Larva, Fasa Pupa dan Fasa Semut Dewasa (Sila lihat rajah disebelah). Fasa Telur selalu ia dihasilkan oleh semut ratu dimana saiz telur sangat kecil yang berbentuk bujur dan berwarna putih atau kekuningan. Fasa Larva dimana selepas telur menetas menjadi larva yang ia kelihatan seperti ulat kecil. Peringkat ini memang ia juga memerlukan pemakanan berterusan daripada semut pekerja untuk membesar. Ketiga adalah Fasa Pupa dimana larva semut ini akan membentuk kepompong iaitu ia berbentuk fizikal semut mula terbentuk perlahan-lahan (kaki dan antena). Akhir sekali yang selelu dapat di lihat adalah Fasa Semut Dewasa apabila pupa bertukar menjadi semut dewasa (Imago) dan bersedia keluar dari kepompong untuk menggalakkan tugas dalam koloni dan beraktiviti mengikut kastanya. Kaitan dan peranan semut kepada tanaman sebagai agen Kawalan Perosak Semula Jadi dimana semut adalah pemangsa yang aktif mencari makan di kebun. Semut membantu memburu dan memakan serangga perosak kecil seperti ulat, anai-anai, dan telur serangga. Hasil kajian menunjukkan kehadiran pelbagai spesies semut berkesan mengawal perosak setanding dengan penggunaan racun kimia. Semut juga bantu untuk sistem Pengudaraan Tanah apabila aktiviti semut membina sarang dan terowong di dalam tanah membantu melonggarkan tanah. Ini melancarkan pengaliran air dan membolehkan akar tanaman bernafas dengan lebih baik. Memang fungsi semut sebagai agen Penyuburan Tanah (Nutrient Cycling) dimana sisa makanan dan bahan organik yang dibawa masuk ke dalam sarang semut secara tidak langsung mengurai dan membekalkan nutrien tambahan kepada tanah di sekeliling pangkal pokok. Dilaporkan dimana semut bukanlah pemakan tumbuhan secara langsung akan tetapi kehadiran mereka adalah petanda ancaman besar kepada tanaman dimana petani perlu memahami asas akan kaitan diantara semut dan tanaman di kebun agar dapat diurus dengan kesesuaian kebaikan dan ancamannya. 
Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang disyorkan di baca keduanya sekali. Seuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology jua. Wasallam!!!!..
ADA SEMUT... SUKAKAN TANAMAN...
KESAN POSITIF..NEGATIF ANCAMAN...
PENTING...BANTU PENDEBUNGGAN...
BACA ARTIKEL...ADA KETERANGAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 Zulhijjah 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...