Kajian pakar menyataan masih ada beberpa risiko kehadiran semut terhadap pokok dimana ia akan menjalani simbiosis dengan perosak tertentu sebab semut bertindak sebagai 'pengawal' kepada serangga perosak penghisap cecair pokok seperti kutu daun (aphid), bena dan koya. Ada ancaman dari serangga perosak ini dengan cara ia akan mengeluarkan cecair manis (honeybee) yang mana manisan in sangat digemari semut. Ia menjadi makanan kegemaran semut dan mengurangkan jumlah populasi serangga perosak tersebut. Bagaimana pun di laporkan juga semut akan juga berfungsi sebagai Perosak Terlindung dimana sebagai cara balasan dimana semut akan melindungi perosak ini daripada pemangsa semula jadi seperti kumbang kura-kura dan ciri ini membolehkan perosak tanaman tersebut dapat membiak dan merosakkan pokok dengan lebih serius lagi. Ada jenis semut dimana ia menyebabkan kerosakan daun tanaman atau daun tumbuhan dimana peranan kutu daun dan bena akan mereka menyedut nutrien daripada daun serta batang muda dimana kes ini menyebabkan daun menguning, layu dan terbantut. Semut juga berkait dengan isu Jangkitan Kulat apabila ada cecair manis yang dirembeskan oleh perosak tadi dimana cecair ini akan menggalakkan pertumbuhan kulat (kulat hitam atau sooty mold) pada permukaan daun dan akibatnya ini sekaligus menyekat proses fotosintesis oleh tumbuhan. Kulat hitam (atau sooty mold) pada daun adalah kulapuk yang tumbuh di atas sisa cecair manis (embun madu) yang sudah ia direembeskan oleh serangga perosak seperti kutu daun, koya, atau teritip. Walaupun tidak berjangkit secara langsung kepada tisu tumbuhan akan tetapi ia akan menghalang proses fotosintesis dengan menutup permukaan daun. Cara sesuai untuk mengawalnya adalah dengan menyembur pokok dengan racun serangga organik seperti 'Neem Oi'l atau 'White Oil' untuk membunuh punca serangga. Petani boleh juga mencuci daun dengan membersihkan daun yang terjejas dengan semburan air yang kuat untuk membuang sisa kulat dan cecair manis atau boleh di pangkas dan dibuang daun atau ranting yang telah diserang teruk. Semut juga mengancam berlaku kes Kerosakan Akar diman ada sesetengah spesies semut invasif akan membina sarang di dalam tanah, menggemburkan tanah terlalu banyak dan merosakkan struktur akar tanaman.
Di laporkan dimana isu kehadiran semut bukanlah punca utama penyakit tanaman sebab kehadiran semut biasanya adalah petanda kepada masalah serangan serangga perosak lain. Serangga perosak tanaman yang ada mungkin Jenis Kutu Daun (Aphids) atau pun Jenis Koya (Mealybugs) dimana kedua-dua jenis perosak ini menghisap nutrien tumbuhan dan merembeskan cecair manis yang dipanggil honeydew (embun madu). Semut sangat menyukai cecair manis ini dan akan memakan atau menjaga serangga perosak tersebut daripada pemangsa. Hubungan antara aphid (kutu daun) dan semut adalah contoh simbiosis mutualisme di mana kedua-duanya saling mendapat manfaat iaitu bagi semut ia akan melindungi aphid daripada pemangsa dan sebagai balasan sebenarnya aphid merembeskan cecair manis yang dipanggil 'madu atau 'honeydew' untuk dimakan oleh semut sebagai makanan yang di gemarinya. Cara hubungan Ini ia berfungsi pada tumbuhan sebagai satu 'Perlindungan' apabila pihak semut bertindak seperti pengawal peribadi yang akan menjaga aphid daripada serangga pemangsa lain seperti kumbang kura-kura. Ia juga sebagai makanan dimana aphid menyerap nutrisi daripada tumbuhan dan menghasilkan bahan buangan cecair manis dan juga semut akan mengumpul cecair ini secara langsung daripada aphid. Semut akan membawa atau memindahkan aphid ke bahagian pokok yang lebih segar untuk memastikan bekalan makanannyaagar tidak terputus. Perlu penulis blog beritahu jika kesannya simbiosis ini kepada tanaman dan walaupun hubungan ini menguntungkan kepada serangga tersebut akan tetapi ia sangat memudaratkan pokok yang di tanam sebab aphid akan menyedut cecair tumbuhan yang menyebabkan daun menjadi kerinting, kuning dan akan terbantut. Sisa manis yang tertinggal pada daun juga boleh menggalakkan pertumbuhan kulat (kulapok hitam). Untuk dapat membasmi kedua-dua serangga perosak ini secara berkesan petani perlu memutuskan hubungan ini dengan meletakkan penghalang fizikal atau semburan organik di pangkal pokok untuk mengelakkan semut daripada naik. Cara lain dengan menyembur aphid iaitu menggunakan semburan cecair organik seperti Neem Oil pada daun yang diserang. Lakukan semburan beberapa kali bagi memastikan telur-telur aphid yang baru menetas turut dihapuskan. Simbiosis ini juga menyebabkan kes kejadian Kulapok Hitam (Sooty Mold) bila cecair manis (honeydew) yang tertinggal pada daun akan menjadi tempat pembiakan kulat hitam. Kulapok ini boleh menutupi permukaan daun dan mengganggu proses fotosintesis pokok. Cara mengatasi dengan sering memeriksa daun tanaman dibahagian bawah daun dan batang pokok untuk melihat jika terdapat koloni kutu daun atau koya. Cara kawal perosak ini dengan menyembur pokok dengan racun serangga organik seperti minyak neem untuk menghapuskan kutu daun dan koya. Apabila sumber cecair manis hilang maka semut akan beredar dengan sendiri. Petani juga boleh untuk menaburkan serbuk kulit kayu manis atau serbuk kopi di sekeliling pangkal pokok untuk menghalau semut tanpa membahayakan tanaman.
Di kongsikan fakta bagaimana cara untuk mengawal semut di kebun, anda boleh menggunakan kaedah semula jadi atau racun yang bersesuaian. Fokus kepada menghapuskan punca kehadiran semut terutama di tumpukan perosak serangga seperr jenis aphid yang menghasilkan manisan. Pertama boleh di Tabur Serbuk Penaik (Baking Soda) dengan jumlah sesuai atau campuran tepung di sekeliling pangkal pokok untuk membasmi semut secara semula jadi. Menabur serbuk penaik (soda penaik atau baking soda) di pangkal pokok berfungsi sebagai agen pengawal pH tanah, racun serangga semula jadi, dan pembunuh rumput liar. Ia akan membantu untuk membunuh kulat dimana serbuk ini akan bertindak sebagai racun kulat semula jadi untuk ianya mencegah penyakit seperti powdery mildew. Ia juga akan dapat memaniskan buah dengan cara menabur di pangkal pokok seperti tomato mengurangkan keasidan tanah dimana ini menjadikan buah lebih manis. Pertua agar jangan tabur terlalu banyak kerana ia boleh mengubah pH tanah secara drastik dan merosakkan pokok. Cara kedua halau semut adalah dengan Menggunakan Serbuk Kopi: iaitu menaburkan hampas kopi di sekeliling batas atau kawasan laluan semut. Kesan dari bau kopi ini yang kuat akan mengganggu deria semut dan menghalang mereka daripada mendekati tanaman. Boleh juga di semburan cuka iaitu mencampurkan satu bahagian cuka putih dengan satu bahagian air di dalam botol penyembur dan disembur pada laluan semut atau sarangnya. Apa pun semut biasanya datang untuk memakan sisa manis yang ditinggalkan oleh serangga perosak seperti aphid atau bena dimana dengan memggunakan semburan cecair neem oil untuk membasmi serangga perosak tersebut. Boleh juga meletakkan jenis racun semut sebagai umpan atau racun semut jenis tabur (sering dijual di tapak semaian atau kedai serbaneka) berhampiran sarang agar ia dibawa balik oleh semut pekerja untuk membunuh seluruh koloni.
Bagi penulis blog dimana secara logik ramai yang menganggap tumbuhan adalah membosankan dimana ia hanya melakukan proses fotosintesis sahaja. Mungkin ramai fikir sedemikian namun banyak spesis tumbuhan telah lama ia mengalami evolusi bagi membolehkan ia menarik perhatian semut misalannya seperti penghasilan nektar sebagai sumber makanan serangga dan semut dan duri berongga untuk mereka berlindung. Sebagai ganti ada jenis tumbuhan menjadikan semut sebagai benteng pertahanan dari serangan luar dan juga menyebarkan biji benih. Beberapa llaporan kajian saintis nyatakan sudah lama ujud hubungan Evolusi Tumbuhan Semut secara mendalam. Dilaporkan jika evolusi interaksi bermula dengan semut membangunkan tingkah laku untuk mendapatkan manfaat dari tumbuhan atau sebaliknya. Apa pun kajian dapati jika data DNA dan Ekologi yang banyak dalam usaha untuk menentukan sejarah awal evolusi interaksi semut-tumbuhan. Mereka cuba menghubungkan tingkah laku semut dan perubahan struktur fizikal tumbuhan untuk dapat menentukan bila semut mula mencari makanan dan tinggal di atas tumbuhan serta bila tumbuhan mula mengubah struktur fizikal dengan ciri mesra semut. Kajian dengan Proses Ancestral State Reconstruction telah digunakan untuk tujuan memetakan sejarah evolusi interaksi semut-tumbuhan. Data diperolehi menunjukkan semut yang memulakan interaksi dengan menjadikan tumbuhan sebagai sumber makanan dan habitat. Ini kerana pada agak mustahil tumbuhan mampu membangunkan struktur fizikal dengan ciri mesra organisma khusus (semut), melainkan organisma (semut) itu telah melakukan interaksi dengan tumbuhan, dalam konteks ini semut menjadikan tumbuhan sebagai habitat dan sumber makanan. Dilaporkan dimana berlakunya interaksi evolusi positif diantara semut-tumbuhan, dilaporkan memang masih tiada perbezaan ketara dari sifat fizikal atau kadar pertumbuhan semut diantara kumpulan semut yang menjalinkan interaksi dengan tumbuhan dan kumpulan semut yang tidak menjalinkan interaksi dengan tumbuhan. Maka kajian mereka ini penting kerana memberikan gambaran tentang bagaimana interaksi yang meluas dan kompleks ini berkembang. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang disyorkan di baca keduanya sekali. Seuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology jua. Wasallam!!!!..






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.