Sembang penting bagaimana buah bidara merupakan salah satu sumber nutrisi yang bai untuk kesihatan sesuai bagi penulis blog bincangkan. Buah bidara yang sering disebut sebagai 'Kurma India' atau Jujube (Inggeris) kini mendapat perhatian disebabkan ada manfaat nutrisinya yang berguna da berikan kesan baik. Seperti yang dilaporkan oleh saintis dimana buah ini yang berbentuk bulat dengan ukuran seakan ia serupa buah pear dimana apabila buahnya natang (cukup masak) warnanya berubah dari hijau menjadi merah tua dan teksturnya menjadi keriput serta lembut namun masih boleh dimakan bersama kulit tipisnya dengan mudah (Sila lihat foto disebelah). Buah bidara dikenali ia sangat kaya akan nutrisi dan berpotensi menjadi sumber vitamin C yang baik dimana ia juga mengandung banyak air dimana ciri ini adalah ia sangat baik untuk mencegah dehidrasi. Selain zat vitamin C, buah bidara mengandungi berbagai mineral penting seperti Kalium (K), Sodium (Na), Mangan (Mn), Zinc (Zn) dan Tembaga (Cu). Buah ini juga mengandungi zat termasuk bahan bioaktif seperti Fenol, Flavonoid, Saponin, dan Asid triterpenat. Buah yang segar dilihat ia mempunyai tekstur agak kenyal dan rasa manis yang khas dimana penulis blog dapati ciri buah bidara ini juga selalu ia sering disamakan dengan buah kurma terutama apabila di tahap buah matang. Namun begitu semasa buah bidara masih mentah atau muda pula ia di lihat seakan 'Buah Epal' dri segi bentuknya, kuitnya dan juga warnanya selain itu citaranya. Lazimnya buah bidara dapat dinikmati dalam berbagai cara seperti sama dengan jenis buah-buahan tropika yang lainnya dimana ini juga boleh menjadikannya sebagai satu pilihan yang menarik untuk memenuhi keperluan nutrisi harian pembaca blog anim agro semua. Buah bidara kini sudah ramai petani di Malaysia yang mula mengkomersialkan.
Seterusnya sembang fakta jika buah bidara memberikan banyak manafaat atau khasiat kepada merek yang suka memakannya. Dilaporkan dimana buah bidara atau dikenal juga dengan nama Ziziphus mauritiana syn Zizipus jujube ini merupakan buah tropika yang cukup popular di Asia. Meskipun buah ini tidak sepopular buah-buahan seperti durian, betik, mangga atau limau kerana buah bidara dilihat ia ada banyak manfaat kesihatan yang jarang diketahui dikalangan masyarakat lokal. Buah ini dikenal dengan rasa manis, tekstur yang rangup serta mempunyai rahasia khasiatnya yang luar biasa bagi ramai orang yang memakannya. Dilaporkan dimana buah bidara berasal dari Tropika Asia khususnya di India, Pakistan dan beberapa wilayah Asia Tenggara termasuk Malaysia. Tanaman ini mudah tumbuh dengan baik dengan iklim panas dan kering serta sering ditanam dikawasan keliling rumah, kebun atau tumbuh secara meliar. Buah bidara dilihat ia berbentuk bulat kecil dan memiliki kulit yang berwarna hijau kekuningan semasa belum matang dan menjadi merah atau kecoklatan ketika sudah masak. Daging isi buahnya berwarna kuning atau merah dengan rasa manis yang khas, bertekstur yang rangup dan sedikit berair. Buah ini biasanya dimakan segar setelah dibersihkan namun ada juga yang mengolahnya menjadi produk manisan, sirap atau jus. Buah bidara tidak hanya lazat tetapi juga kaya akan kandungan gizi yang bermanfaat bagi tubuh. Pertama khasiatnya mampu Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh sebab ia kaya akan vitamin C yang dikenal memiliki peranan penting dalam meningkatkan daya tahan tubuh. Vitamin C membantu tubuh melawan infeksi dan bantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Selain itu bahan antioksidan yang terkandung dalam buah ini juga melawan radikal bebas, yang dapat merusak sel tubuh. Ia juga mampu untuk Menjaga Proses Pencernaan dengan serat yang terkandung dalam buah bidara dapat membantu melancarkan pencernaan. Memakan buah ini dapat mengatasi masalah pencernaan seperti sembelit. Buah bidara dikaitkan juga dengan memampuannya Menurunkan Kadar Kolesterol sebab bahan serat dan zat aktif dalam buah bidara dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) dalam tubuh. Buah ini turut berperanan untukmencegah risiko bagi penyakit jantung dan pembuluh darah tersumbat. Ke 4 dimana buah bidara akan Meningkatkan Kesehatan Kulit sebab bahan vitamin C dan antioksidan dalam buah bidara bermanfaat untuk kesehatan kulit. Vitamin C membantu pembentukan kolagen, yang penting untuk menjaga kulit tetap elastis dan awet muda. Selain itu, senyawa antiinflamasi dalam buah ini juga dapat membantu mengurangi peradangan pada kulit. Ia juga Menstabilkan Gula Dalam Darah yang sangat bermanfaat bagi penderita diabetes atau mereka yang berisiko terkena diabetes. Hebatnya buah bidara Menjaga Kesihatan Hati dimana kajian menunjukkan bahawa buah bidara dapat membantu melindungi hati dari kerosakan dan peradangan. Khasiat bahan aktif dalam buah ini dapat membantu proses detoksifikasi tubuh dan meningkatkan fungsi hati. Buah bidara merupakan buah tropis yang kaya akan manfaat kesehatan dan memiliki rasa yang lezat. Selain memberikan berbagai nutrisi penting bagi tubuh, buah ini juga dikenal memiliki kemampuan untuk meningkatkan daya tahan tubuh, menjaga kesehatan pencernaan, serta menurunkan kadar kolesterol. Bagi Anda yang ingin mencoba buah eksotis ini, tidak ada salahnya untuk menjadikannya sebagai bagian dari diet sehat Anda. Buah bidara adalah salah satu anugerah alam yang patut untuk dijelajahi lebih dalam.
Menarik dalam hmetro.com yang bertajuk 'Mutawif jadi tauke bidara' dimana Mat Samsudin turut menjual anak pokok bidara dan ia mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai. Kisah dari Kota Bharu, Kelantan dimana berpunca dari pandemik Covid-19 telah mengubah kehidupan seorang mutawif, Mat Samsudin Abdullah (60) dari Kampung Kubur Maras apabila dia tidak lagi dapat terbang ke tanah suci Makkah untuk membawa jemaah bagi mengerjakan ibadah umrah. Dia sama sekali tidak menyangka pandemik itu memberikan impak yang cukup besar buat seluruh isi dunia termasuklah dirinya sehingga terpaksa mengubah haluan dengan menceburi perniagaan dengan menjual buah bidara. Buah bidara yang saya jual ini bersaiz epal hijau dan rasanya lebih manis. Selain itu, buah bidara kaya dengan vitamin A, B dan C yang baik untuk kesihatan. Dia juga turut menjual anak pokok bidara yang dimport dari Thailand dengan harga antara RM25 hingga RM30 untuk satu pokok dan bergantung kepada saiz. Amat terkejut apabila percubaannya itu membuahkan hasil dan mendapat jumlah permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat. Semasa PKP memang ramai yang menjadikan berkebun sebagai aktiviti mengisi masa lapang mereka. Dia dakwa sambutan yang diterima cukup luar biasa dan boleh dikatakan tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan para pelanggan. Pokok bidara ini bukan sahaja mudah ditanam malah boleh berbuah sepanjang tahun dan sesuai dijadikan sebagai tanaman hiasan. Rasanya yang manis membuatkan penggemarnya kecur air liur dimana dia juga mahu mengubah stigma orang ramai yang beranggapan pokok ini hanya sesuai ditanam di kawasan tanah perkuburan semata-mata. Pokok bidara mempunyai manfaat besar dalam dunia perubatan Islam apabila daunnya dikatakan mampu menjadi penawar.
Dalam kes lain di Rantau Panjang, Kelantan dimana 'Gagal seludup anak pokok bidara, jambu dan longan dari Thailand' menarik disembangkan. Sebuah lori jenis Isuzu membawa anak pokok buah-buahan dan hiasan seludup yang ditahan di Kampung Parit Air, Rantau Panjang dan seorang pemandu lori tidak sempat menghantar sebanyak 1,296 batang anak pokok buah-buahan dan hiasan bernilai RM134,500 selepas kenderaan yang dia pandu ditahan pihak berkuasa. Kesemua tumbuh-tumbuhan itu dirampas kira-kira pukul 1.30 tengah hari semasa anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan tugasan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan. Dilaporkan Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros dimana anggota PGA mendapati sebuah lori jenis Isuzu dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak menahan kenderaan tersebut. Hasil pemeriksaan di bahagian muatan lori itu menjumpai sebanyak 700 anak pokok bidara, pokok jambu muda (200 batang), pokok longan (298 batang) dan pokok hiasan jenis bucida batik (98 batang). Kesemua anak pokok itu dipercayai diseludup dari Thailand apabila tiada sebarang dokumen yang sah dibawa bersama pemandu lori berusia 30 tahun. Siasatan awal mendapati, suspek disyaki berperanan sebagai penghantar yang membawa kesemua tumbuhan seludup yang bernilai RM134,500 itu untuk dijual di pasaran tempatan. Suspek dan kesemua barangan rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang di sini untuk tindakan lanjut. Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167). Semuga artikel ini memberi info menarik dan berguna kepada semua pembaca blog anim agroo technology kali ini. Wasallam!!!...
ADA DI TANAM.... DALAM MALAYSIA....
RASA MASAM...YANG MANIS PUN ADA...
BANYAK KHASIAT... KENALAH UJIRASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(28 JamadilAkhir 1446H).