Saturday, August 2, 2025

SEMBANG PASAL KERANG (PART 1)

KERANG
(Anadara granosa) merupakan sejenis hidupan dari kumpulan Kerang-kerangan atau Molluska dari keluarga CARDIIDAE yang popular di negara kita. Keluarga kerang mempunyai lebih dari 200 spesis dan sebahagian besarnya tidak sesuai untuk dikomersilkan atau dimakan. Ternakan kerang di Malaysia banyak dijalankan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dari pantai Kedah di utara sehingga ke Johor dibahagian Selatan Tanah Air. Hanya sedikit kawasan laut di Pantai Timur Semenanjung yang sesuai untuk ternakan kerang. Di Sabah dan Sarawak ternakan kerang kurang dimajukan kerana masaalah keujudan sejenis plankton 'Red Algae' yang beracun dan jika diserap oleh kerang dan merbahaya kepada manusia. Itu sebab harga kerang di Sabah dan Sarawak mahal kerana ianya dibawa masuk dari kawasan lain.  Penternakan kerangdan teknologi penternakan kerang masih aktif di beberapa lokasi ternakan kerang seperti yang penulis blog pernah membuat tinjauan di kawasan pantai sekitar Merlimau di Melaka, Pantai Muar di Johor, Pantai Bagan Datok di Perak dan Pantai Juru di Pulau Pinang untuk bacaan anda semua. Ternakan kerang di Malaysia mula dikenali dan dikomersilkan dalam tahun 1984 oleh seorang ketua kampung di Kg Bagan Pancor, Perak secara kebetulan. Percubaan ini telah berjaya dan sejak itu ternakan kerang berkembang luas di sepanjang kawasan paya bakau di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan juga dimana dianggarkan keluasan kawasan berpotensi untuk ternakan kerang di Malaysia ialah 28,540 hektar. Spesis kerang yang biasa diternak di Malaysia ialah jenis Anadora granosa. Ia mepunyai pasaran yang baik di negara kita dan juga negara jiran khususnya Thailand dan Singapura. Ternakan ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan ternakan yang lain di antaranya ialah kerana ada kaedah ternakan yang mudah dimana cara pengurusan dan penjagaan yang minima, mampu untuk memberi pulangan/keuntungan yang memuaskan dan juga ia mempunyai potensi pasaran dengan harga yang menggalakkan. Sehingga kini ternakan kerang ada dilakukan secara 'kultur separa' iaitu bergantung kepada bekalan benih semulajadi. Benih kerang boleh dihasilkan secara asuhan tetapi perbelanjaannya adalah tinggi dan kadar hidupnya terlalu rendah daripada kajian yang dijalankan. Artikel subuh Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis banyak kisah mengenai kerang untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Bagi penulis blog sebaiknya semua kenal akan beberapa jenis mollusk dan kerang-kerangan yang ada di negara kita. Seperti yang mungkin semua sedia maklum bahawa di Malaysia kita memang kaya dengan hasil laut dimana diantaranya ialah kerang dimana terdapat pelbagai jenis kerang yang kadang-kadang sampai ada yang kurang faham akan namanya sebab ia lebih kurang sama kelasnya akan tetapi ia adalah haiwan laut yang berbeza sebenarnya. Apa pun ppakar makanan dakwa dimana rasa dan khasiatnya setelah makan jenis kerang-kerangan atau siput ini perlu tahu akan khasiat dan kebaikannnya. Dilaporkan dimana jenis kerang-kerangan ini mampu untuk meningkatkan tahap imunisasi badan, ia juga dilaporkan akan memelihara kesihatan jantung, membantu bagi mengurangkan berat badan, pembentukan tulang yang kuat, membantu mencegah masaalah anemia dan juga ia akan memelihara perkembangan dan tumbesaran janin dengan baik. Jenis pertama adalah KERANG yang biasa dinikmati dan paling mudah didapati di Malaysia. Ada yang mengenali hidupan ini sebagai 'kerang darah' atau 'kerang dara'.  Ia memiliki cangkerang berwarna putih kecoklatan, berbentuk seperti hati dan bersimetri serta tetulang di kulit luar. Lazimnya dimasak dengan cara direbus, kukus atau goreng dan mempunyai daging berwarna kemerahan di dalamnya. Kedua adalah jenis KERANG BAMBU yang ia juga dikenali sebagai 'kerang buluh' kerana cangkerang berwarna putih kecoklatan dan berbentuk panjang seperti buluh. Isinya berwarna putih dan dimasak dengan cara menumis, Jenis ketiga adalah KUPANG dimana haiwan kupang atau kerang hijau memiliki cangkerang hijau kehitaman dan isi berwarna oren terang. Saiz dan bentuk kupang lebih besar berbanding kerang. Sering menjadi sajian yang dimasak secara tumisan, goreng atau bahan pelengkap sup. Keempat adalah jenis iatu di namakan TIRAM yang mana ia memiliki kulit cangkerang yang tidak sekata dan agak menggerutu. Dagingnya rendah kalori tetapi kaya dengan vitamin dan kalsium. Tiram juga mempunyai kulit cangkerang kelabu kehitaman dan isi tiram turut diproses menjadi sos. Jenis ke lima adalah KEKAPIS dimana haiwan ini mempunyai kulit cangkerang yang nipis, besar berbanding kerang dan rupa seakan kipas serta berwarna terang. Isinya berwarna putih atau oren terang selain dikenali dengan nama scallops. Apa pun bagi penulis blog sudah dapat ujirasa ke semua lima-lima jenis kerangkerangn ini walau pun yang paling kerap adalah memakan kerang dan kupang.


Dilaporkan dimana k
erang adalah nama sekumpulan moluska dwicangkerang yang berasal daripada pelbagai keluarga. Ia adalah sejenis makanan laut dimana ia bercengkerang yang boleh dimakan. Kulitnya berbentuk seakan bulat dan lonjong seperti organ hati dan mempunyai gegaris tetulang di luarnya. Apa pun dilihat dimana cengkerangnya mempunyai tiga bukaan iaitu inhalan, ekshalen, dan pedal yang berfungsi mengalirkan air serta membolehkan kakinya keluar. Haiwan laut ini akan menggunakan kakinya untuk mengorek lubang dan makan plankton yang ditemuinya pada proses pengaliran air masuk dan keluar dari cengkerangnya. Selain itu, ia juga mempunyai keupayaan untuk melompat dengan cara iaitu membengkokkan lalu meluruskan kakinya. Berbeza dengan kebanyakan haiwan laut dwicangkerang yang lain, kerang adalah hermafrodit (khunsa) dan ia boleh membiak secara sendiri dengan pantas dan banyak. Menarik tahu akan khasiat kerang darah dimana kalangan masyarakat Malaysia sangat menggemari kerang darah dimana setiap 100 gram hidangan RDA untuk lelaki RDA untuk perempuan terdapat Vitamin B12, Iodin, Zat besi, Selenium, Fosforus, Tembaga dan zat  Protein, Vitamin B12 sangat penting untuk fungsi normal otak dan sistem saraf, memainkan peranan penting dalam formasi sel darah merah. Iodin biasanya wujud dalam air laut, merupakan kunci utama untuk hormon tiroid, fungsi normal kadar metabolisma dan memastikan sel-sel dalam tubuh badan kekal sihat. Zat besi adalah kunci pembentukan sel darah merah yang membantu membawa oksigen ke segenap pelosok tubuh badan. Paling bahaya jika ada kes kekurangan pengambilannya boleh menyebabkan anemia. Selenium pula ia memainkan peranan penting dalam sistem pertahanan antioksidan tubuh badan, yang akan menghalang kerosakan sel dan tisu. Zat Fosforus membantu membina tulang dan gigi yang kuat, serta membantu mengeluarkan tenaga daripada makanan diambil. Kesemua jenis kerang pula adalah sumber fosforus yang bagus. Tembaga membantu menghasilkan sel darah merah dan sel darah putih yang berfungsi didalam  mengeluarkan zat besi untuk membentuk haemoglobin. Ia juga sangat penting untuk pertumbuhan bayi, perkembangan otak, sistem imun dan untuk tulang dan gigi yang kuat. Protein adalah komponen yang penting untuk otot, kulit, tulang dan tubuh badan secara keseluruhannya.


Ramai yang suka makan kerang disebabkan khasiatnya dan keenakannya. Kajian mendapati jika makanan k
erang sangat rendah kalori, dengan 79 kalori bagi setiap hidangan 100 gram. Ia adalah pilihan yang sangat baik jika anda sedang dalam proses menurunkan berat badan. Antara kehebatannya dimana kerang ada kandungan protein sangat tinggi dengan 13.5 gram bagi setiap hidangan 100 gram. Pengambilan protein adalah sangat penting untuk kesihatan anda kerana ia akan menyediakan struktur sel dan tisu tubuh badan. Walaupun protein dikenali sebagai nutrisi untuk penambahan otot, ia juga sebenarnya sangat membantu mengurangkan berat badan. Diet yang tinggi protein akan membantu mengurangkan berat badan di samoing membantu anda mengekalkan kekuatan tubuh badan semasa berdiet. Kandungan karbohidrat iaitu diantara khasiat kerang adalah sangat rendah sama seperti kebanyakan jenis makanan laut yang lain dengan 4.7 gram bagi setiap hidangan 100 gram dan ia tidak langsung mempunyai kandungan gula dan serat. Karbohidrat membekalkan tubuh badan anda dengan tenaga untuk melakukan senaman. Dalam pada itu kandungan lemak sangat rendah dimana dengan 0.7 gram bagi setiap hidangan 100 gram. Paling penting, tiada satu pun kandungan lemak di dalamnya adalah jenis lemak tepu yang akan meningkatkan risiko sakit jantung. Bagaimana pun selalu di paparkan akan beberapa risiko makan kerang darah iaitu terhadap kesihatan. Walaupun terdapat banyak khasiat kerang, namun mungkin ramai yang belum tahu bahawa ia merupakan salah satu daripada 17 makanan paling berbahaya di dunia. Kerang mengandungi banyak virus dan bakteria seperti hepatitis A, hepatitis E, tifoid dan disentri yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi terhadap kesihatan individu. Apa pun haiwan laut ini sebenarnya masih boleh dinikmati oleh setiap individu dimana apa yang penting adalah kebersihannya. Sebaiknya jika pembaca blog anim agro technology ini sudah memasang niat untuk memakannya adalah tidak salah asalkan perlu membersihkannya terlebih dahulu dan proses memasaknya juga perlu betul kerana ia berbahaya untuk dimakan mentah atau secara kurang masak. Penulis bog nasihatkan bagi mendapatkan khasiat kerang dengan cara selamat atau sekiranya anda memakannya dan mula muncul isu gejala kealahan seperti gatal-gatal, muntah-muntah, cirit-birit, sukar bernafas, timbul ruam atau bengkak, segera hentikan pengambilannya dan berjumpa dengan doktor untuk mengambil ubat alahan. Paling penting ia tidak sama sekali disarankan untuk dimakan mentah kerana risikonya yang sangat tinggi terhadap kesihatan kita. Sebaiknya, anda masak makanan laut itu dengan cara merebusnya dulu sekurang-kurang 5 minit atau merngukusnya sehingga 10 minit. Elakkan dan jangan sesekali makan haiwan laut ini yang cengkerangnya tidak boleh dibuka. Ini sebenarnya adalah ia menunjukkan bahawa ia telah mati sebelum dimasak lagi. Bukan sahaja rasanya tidak sedap dan baunnya juga busuk. Bahkan akan mengundang pelbagai virus dan bakteria yang akan mengancam kesihatan. Apa pun kerang sebagai haiwan laut ini masih boleh dimakan asalkan memasaknya terlebih dahulu. Jika berlaku sebarang komplikasi kesihatan, segera berjumpa dengan doktor.


Dalam kes lain uutusan bornoe laporkan '
Industri kerang boleh jana pendapatan tahunan RM34.4 juta' dimana di Tuaran, Sabah kerajaan negeri telah melancarkan Projek Pembangunan Sumber dan Industri Kerang Sabah yang berpotensi untuk menjana pendapatan tahunan sebanyak RM34.4 juta, berdasarkan anggaran pendaratan sebanyak 3,240 metrik tan setahun dan pulangan pelaburan sebanyak 7.6 kali ganda. Menurut Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, projek itu akan membuka peluang eksport baharu bagi hasil kerang Sabah melalui aktiviti hiliran seperti pengetinan, sambal kerang dan produk makanan berasaskan kerang darah. Bagi sektor swasta, inilah masa terbaik untuk melabur dalam pemprosesan hasil laut, pembungkusan lestari dan pembinaan rantaian eksport Sabah. Peluang ini bukan sahaja menguntungkan, malah membina masa depan yang mampan. Projek Pembangunan Industri dan Sumber Kerang Sabah adalah selaras dengan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan Ekonomi Biru menjadi landasan ekonomi yang kukuh untuk rakyat negeri Sabah. Kerajaan Sabah komited untuk mengorak langkah dalam penerokaan khazanah laut dan maritim sebagai sebahagian daripada usaha mengukuhkan kedudukan negeri ini dalam penerokaan Ekonomi Biru di peringkat antarabangsa. Ekonomi Biru bukan saja berupaya menseimbangkan kemakmuran dengan kelestarian, malah menjelang tahun 2030, nilai ekonomi biru global dijangka mencapai USD3 trilion. Projek Pembangunan Industri dan Sumber Kerang Sabah ini merupakan kerjasama antara Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA), Jabatan Perikanan Malaysia dan Jabatan Perikanan Sabah, dan dilaksanakan dalam dua fasa. Fasa pertama yang telah pun selesai melibatkan kajian pemetaan dan eksplorasi sumber kerang darah (Tegillarca granosa) dari Oktober 2024 hingga Mei 2025 di enam lokasi berpotensi, termasuk Tuaran dan Beluran yang menjadi tapak projek rintis. Fasa kedua dijadualkan bermula pada tahun 2026, melibatkan pemindahan teknologi dan pelaksanaan sebenar projek di lapangan. KM Sabah berkata ada sebanyak 77 lot penternakan telah dikenal pasti, merangkumi 12 lot di Tuaran dan 65 lot di Beluran, meliputi kawasan seluas 1,617 hektar. Setiap lot akan diusahakan oleh 10 Ketua Isi Rumah (KIR), menjadikan jumlah keseluruhan seramai 770 KIR sebagai penerima manfaat utama, terdiri daripada pengusaha perikanan, komuniti luar bandar dan golongan B40. Jika hanya 40 peratus daripada lot ini beroperasi secara optimum, peserta masih mampu menjana pendapatan bulanan sekitar RM4,800 hingga RM6,500. Sudah tentu komuniti yang terlibat akan memperoleh pendapatan mampan melalui ternakan kerang darah. Golongan belia juga akan dilatih dengan kemahiran akuakultur moden, melahirkan generasi baharu usahawan laut Sabah. Projek ini bukan sahaja membawa perubahan besar kepada rakyat, khususnya komuniti yang terlibat, tetapi juga kepada alam sekitar dan ekonomi negeri. Sabah akan dibangunkan sebagai Hab Makanan Laut Biru ASEAN, setanding dengan negeri-negeri pengeluar utama seperti Perak, Pulau Pinang dan Selangor, Kerajaan negeri komited sepenuhnya untuk menyokong industri itu dan mahu para peserta projek mendapat latihan berterusan serta teknologi moden. Komuniti di Tuaran dan Beluran, sebagai perintis atau peneraju projek ini, agar manfaatkan sepenuhnya teknologi moden yang diperolehi untuk meningkatkan keupayaan dan produktiviti sektor akuakultur.


Berlainan kes di Terengganu apabila hmetro.com laporkan iu '
Masak kerang dengan sempurna, bimbang bakteria dan E-coli' seperti di laporkan di Dungun, Terengganu. Jabatan Perikanan Negeri Terengganu menasihatkan orang ramai supaya memastikan kerang yang dikutip di 
Pantai Sura agar ia dimasak dengan sempurna sebelum dimakan. Pengarah Perikanan berkata, sampel air dan kerang di itu telah diambil pada Rabu, untuk memastikan keselamatan pengguna. Hasil analisis awal menunjukkan tiada kehadiran plankton yang menghasilkan biotoksin dikesan dalam sampel air. Analisis bakteria pada kerang sedang dijalankan oleh Makmal Biosekuriti Perikanan Kuantan, Pahang dan keputusan penuh akan diumumkan dalam masa tiga hari. Berdasarkan kajian beberapa tahun sebelum ini iaitu pada 2014, 2016, 2019, dan 2021, mendapati tahap bakteria Fecal coliform dan jenis Escherichia coli (E. coli) dalam sampel kerang melebihi piawaian yang ditetapkan. Kerang dalam kategori ini juga ia diklasifikasikan sebagai Kelas B, yang memerlukan proses pemasakan sempurna sebelum dimakan. Kehadiran bakteria Vibrio parahaemolyticus yang bersifat meluas (ubiquitous) dalam persekitaran air laut, turut dikesan dalam sampel terdahulu. Artikel ini di tulis dalam lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga maklumat ini berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANAYA KERANG... DI MALAYSIA ADA....
KULITNYA KERAS... ISI LEMBUT DALAMNYA....
ADA ANCAMAN.... KEKADANG ADA BAKTERIA...
DALAM ARTIKEL INI... ADABANYAK KISAHNYA...



By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Safar 1447H).

Friday, August 1, 2025

SEMBANG TENTANG 'BUAH BIDARA'

BUAH BIDARA
(
Ziziphus jujuba Lamk) atau Buah Jujube merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Rhamnaceae yang boleh ditanam di negara kita sebagai satu jenis pokok buah-buahan yang berpotensi untuk dimajukan. Buah bidara yang masak boleh dimakan mentah atau diproses untuk dibuat jus minuman, sirap dan juga manisan (halwa). Buah bidara yang belum masak atau buah muda dimakan dengan garam atau dibuat jeruk atau dibuat acar. Daun muda ada yang dimakan sebagai sayuran dan ulam. Sehingga kini tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tanaman buah bidara di Malaysia tetapi penulis mengganggarkan sekitar 150-160 hektar CHE pada tahun 2017. Negeri Perak dan Pahang serta Johor merupakan kawasan utama penanaman buah bidara di Malaysia. Pokok Bidara merupakan jenis tumbuhan kecil atau pokok yang sederhana besar yang mampu tumbuh sehingga ketinggian 15 meter. Pemerhatian saya mendapati pokoknya tumbuh menegak, agak rendang dan mempunyai dahan yang berjuntai. Terdapat ranting yang berduri dan agak berbulu pada spesis tertentu. Bahagian akar pula mempunyai akar tunjang dan akar serabut. Bunganya keluar dari ketiak daun dalam jambak yang berwarna kekuningan dan berbau wangi. Lazimnya saiz bunga sekitar 2-3 mm lebar dengan antara 8-20 kuntum bung satu jambak. Daun bidara berwarna hijau berkilat dengan ukuran 3-10 cm panjang dan 2-5 cm lebar serta panjang tangkai dalam 9 -15 cm. Bahagian atas daun didapati licin tetapi dibahagian bawah agak berbulu dan kasar. Penanaman pokok bidara mudah dilakukan dengan mana ia menggunakan bijibenih tetapi ramai juga petani yang di temui menggunakan bahan tanaman darikeratan batang, tut atau cantuman. Lazimnya biji yang matang yang diambil dari buah masak. Biji buah bidara bercambah selapas 4 minggu disemai. Pokok yang ditanam daripada biji benih akan berbuah selepas 3 tahun ditanam sedangkan pokok yang ditanam dari tut atau keratan berbuah selepas 1-2 tahun. Jenis tanah subur dengan mempunyai saliran baik diperlukan untuk tanaman bidara. Pemerhatian mendapati pokok bidara tahan pada cuaca kemarau dan suhu agak tinggi yang mana keadaan ini mampu merangsang pokok mengeluarkan bunga dan buah. Jarak penanaman disyorkan 3m x 4m atau lebih rapat bergantung kepada sistem penanaman. Berikan baja organik dalam lubang penanaman dan baja tumbesaran NPK 15:15:15 dari umur 1-3 tahun. Baja NPK 12:12:17:2 diberikan apabila pokok bersedia untuk berbunga pada tahun ke 3 dan seterusnya. Sebaiknya sediakan sistem pengairan titis untuk mendapatkan buah yang berkualiti. Artikel ini saya berkongsi maklumat dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya suka untukk terus sembang mengenai tsnsmsn pokok dan buah bidara untuk dibuat rujukkan pembaca blog semua.


Sembang penting bagaimana b
uah bidara merupakan salah satu sumber nutrisi yang bai untuk kesihatan sesuai bagi penulis blog bincangkan. Buah bidara yang sering disebut sebagai 'Kurma India' atau Jujube (Inggeris) kini mendapat perhatian disebabkan ada manfaat nutrisinya yang berguna da berikan kesan baik. Seperti yang dilaporkan oleh saintis dimana buah ini yang berbentuk bulat dengan ukuran seakan ia serupa buah pear dimana apabila buahnya natang (cukup masak) warnanya berubah dari hijau menjadi merah tua dan teksturnya menjadi keriput serta lembut namun masih boleh dimakan bersama kulit tipisnya dengan mudah (Sila lihat foto disebelah). Buah bidara dikenali ia sangat kaya akan nutrisi dan berpotensi menjadi sumber vitamin C yang baik dimana ia juga mengandung banyak air dimana ciri ini adalah ia sangat baik untuk mencegah dehidrasi. Selain zat vitamin C, buah bidara mengandungi berbagai mineral penting seperti Kalium (K), Sodium (Na), Mangan (Mn), Zinc (Zn) dan Tembaga (Cu). Buah ini juga mengandungi zat termasuk bahan bioaktif seperti Fenol, Flavonoid, Saponin, dan Asid triterpenat. Buah yang segar dilihat ia mempunyai tekstur agak kenyal dan rasa manis yang khas dimana penulis blog dapati ciri buah bidara ini juga selalu ia sering disamakan dengan buah kurma terutama apabila di tahap buah matang. Namun begitu semasa buah bidara masih mentah atau muda pula ia di lihat seakan 'Buah Epal' dri segi bentuknya, kuitnya dan juga warnanya selain itu citaranya. Lazimnya buah bidara dapat dinikmati dalam berbagai cara seperti sama dengan jenis buah-buahan tropika yang lainnya dimana ini juga boleh menjadikannya sebagai satu pilihan yang menarik untuk memenuhi keperluan nutrisi harian pembaca blog anim agro semua. Buah bidara kini sudah ramai petani di Malaysia yang mula mengkomersialkan.


Seterusnya sembang fakta jika buah bidara memberikan banyak manafaat atau khasiat kepada merek yang suka memakannya. Dilaporkan dimana buah bidara atau dikenal juga dengan nama Ziziphus mauritiana syn Zizipus jujube ini merupakan buah tropika yang cukup popular di  Asia. Meskipun buah ini tidak sepopular buah-buahan seperti durian, betik, mangga atau limau kerana buah bidara dilihat ia ada banyak manfaat kesihatan yang jarang diketahui dikalangan masyarakat lokal. Buah ini dikenal dengan rasa manis, tekstur yang rangup serta mempunyai rahasia khasiatnya yang luar biasa bagi ramai orang yang memakannya. Dilaporkan dimana buah bidara berasal dari Tropika Asia khususnya di India, Pakistan dan beberapa wilayah Asia Tenggara termasuk Malaysia. Tanaman ini mudah tumbuh dengan baik dengan iklim panas dan kering serta sering ditanam dikawasan keliling rumah, kebun atau tumbuh secara meliar. Buah bidara dilihat ia berbentuk bulat kecil dan memiliki kulit yang berwarna hijau kekuningan semasa belum matang dan menjadi merah atau kecoklatan ketika sudah masak. Daging isi buahnya berwarna kuning atau merah dengan rasa manis yang khas, bertekstur yang rangup dan sedikit berair. Buah ini biasanya dimakan segar setelah dibersihkan namun ada juga yang mengolahnya menjadi produk manisan, sirap atau jus. Buah bidara tidak hanya lazat tetapi juga kaya akan kandungan gizi yang bermanfaat bagi tubuh.  Pertama khasiatnya mampu Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh sebab ia kaya akan vitamin C yang dikenal memiliki peranan penting dalam meningkatkan daya tahan tubuh. Vitamin C membantu tubuh melawan infeksi dan bantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Selain itu bahan antioksidan yang terkandung dalam buah ini juga melawan radikal bebas, yang dapat merusak sel tubuh. Ia juga mampu untuk Menjaga Proses Pencernaan dengan serat yang terkandung dalam buah bidara dapat membantu melancarkan pencernaan. Memakan buah ini dapat mengatasi masalah pencernaan seperti sembelit. Buah bidara dikaitkan juga dengan memampuannya Menurunkan Kadar Kolesterol sebab bahan serat dan zat aktif dalam buah bidara dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) dalam tubuh. Buah ini turut berperanan untukmencegah risiko bagi penyakit jantung dan pembuluh darah tersumbat. Ke 4 dimana buah bidara akan Meningkatkan Kesehatan Kulit sebab bahan vitamin C dan antioksidan dalam buah bidara bermanfaat untuk kesehatan kulit. Vitamin C membantu pembentukan kolagen, yang penting untuk menjaga kulit tetap elastis dan awet muda. Selain itu, senyawa antiinflamasi dalam buah ini juga dapat membantu mengurangi peradangan pada kulit. Ia juga Menstabilkan Gula Dalam Darah yang sangat bermanfaat bagi penderita diabetes atau mereka yang berisiko terkena diabetes. Hebatnya buah bidara Menjaga Kesihatan Hati dimana kajian menunjukkan bahawa buah bidara dapat membantu melindungi hati dari kerosakan dan peradangan. Khasiat bahan aktif dalam buah ini dapat membantu proses detoksifikasi tubuh dan meningkatkan fungsi hati. Buah bidara merupakan buah tropis yang kaya akan manfaat kesehatan dan memiliki rasa yang lezat. Selain memberikan berbagai nutrisi penting bagi tubuh, buah ini juga dikenal memiliki kemampuan untuk meningkatkan daya tahan tubuh, menjaga kesehatan pencernaan, serta menurunkan kadar kolesterol. Bagi Anda yang ingin mencoba buah eksotis ini, tidak ada salahnya untuk menjadikannya sebagai bagian dari diet sehat Anda. Buah bidara adalah salah satu anugerah alam yang patut untuk dijelajahi lebih dalam.


Menarik dalam hmetro.com yang bertajuk 'Mutawif jadi tauke bidara' dimana Mat Samsudin turut menjual anak pokok bidara dan ia mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai. Kisah dari Kota Bharu, Kelantan dimana berpunca dari pandemik Covid-19 telah mengubah kehidupan seorang mutawif, Mat Samsudin Abdullah (60) dari Kampung Kubur Maras apabila dia tidak lagi dapat terbang ke tanah suci Makkah untuk membawa jemaah bagi mengerjakan ibadah umrah. Dia sama sekali tidak menyangka pandemik itu memberikan impak yang cukup besar buat seluruh isi dunia termasuklah dirinya sehingga terpaksa mengubah haluan dengan menceburi perniagaan dengan menjual buah bidara. Buah bidara yang saya jual ini bersaiz epal hijau dan rasanya lebih manis. Selain itu, buah bidara kaya dengan vitamin A, B dan C yang baik untuk kesihatan. Dia juga turut menjual anak pokok bidara yang dimport dari Thailand dengan harga antara RM25 hingga RM30 untuk satu pokok dan bergantung kepada saiz. Amat terkejut apabila percubaannya itu membuahkan hasil dan mendapat jumlah permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat. Semasa PKP memang ramai yang menjadikan berkebun sebagai aktiviti mengisi masa lapang mereka. Dia dakwa sambutan yang diterima cukup luar biasa dan boleh dikatakan tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan para pelanggan. Pokok bidara ini bukan sahaja mudah ditanam malah boleh berbuah sepanjang tahun dan sesuai dijadikan sebagai tanaman hiasan. Rasanya yang manis membuatkan penggemarnya kecur air liur dimana dia juga mahu mengubah stigma orang ramai yang beranggapan pokok ini hanya sesuai ditanam di kawasan tanah perkuburan semata-mata. Pokok bidara mempunyai manfaat besar dalam dunia perubatan Islam apabila daunnya dikatakan mampu menjadi penawar. 


Dalam kes lain di Rantau Panjang, Kelantan dimana 'Gagal seludup anak pokok bidara, jambu dan longan dari Thailand' menarik disembangkan. Sebuah lori jenis Isuzu membawa anak pokok buah-buahan dan hiasan seludup yang ditahan di Kampung Parit Air, Rantau Panjang dan seorang pemandu lori tidak sempat menghantar sebanyak 1,296 batang anak pokok buah-buahan dan hiasan bernilai RM134,500 selepas kenderaan yang dia pandu ditahan pihak berkuasa. Kesemua tumbuh-tumbuhan itu dirampas kira-kira pukul 1.30 tengah hari semasa anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan tugasan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan. Dilaporkan Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros dimana anggota PGA mendapati sebuah lori jenis Isuzu dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak menahan kenderaan tersebut. Hasil pemeriksaan di bahagian muatan lori itu menjumpai sebanyak 700 anak pokok bidara, pokok jambu muda (200 batang), pokok longan (298 batang) dan pokok hiasan jenis bucida batik (98 batang). Kesemua anak pokok itu dipercayai diseludup dari Thailand apabila tiada sebarang dokumen yang sah dibawa bersama pemandu lori berusia 30 tahun. Siasatan awal mendapati, suspek disyaki berperanan sebagai penghantar yang membawa kesemua tumbuhan seludup yang bernilai RM134,500 itu untuk dijual di pasaran tempatan. Suspek dan kesemua barangan rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang di sini untuk tindakan lanjut.  Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167).  Semuga artikel ini memberi info menarik dan berguna kepada semua pembaca blog anim agroo technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH BIDARA... JUJUBE SAMA JUGA...
ADA DI TANAM.... DALAM MALAYSIA....
RASA MASAM...YANG MANIS PUN ADA...
BANYAK KHASIAT... KENALAH UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(28 JamadilAkhir 1446H).