Menarik dalam portal hmetro.com bertajuk 'Selasih Bekal Tenaga di bulan puasa' untuk dikongsikan kali ini. Apa pun dilaporkan sajian enak dan menyegarkan sememangnya menjadi pilihan utama ketika berbuka khususnya bagi kanak-kanak, apatah lagi dalam cuaca panas begini. Tidak kira di bazar Ramadan mana pun selalunya juadah yang dibariskan atas meja jualan memang menarik perhatian dan kadangkala membuatkan pembaca blog rambang mata. Apa pun pada bulan mulia inilah semua akan bertemu pelbagai juadah pencuci mulut dan kuih-muih yang tidak pernah diketahui kewujudannya sebelum ini. Ada juadah resipi baru dan memang tidak kurang juga yang mengambil usaha untuk mengetengahkan semula kuih-muih tradisional yang semakin dilupakan semuanya bergantung kepada kreativiti si penjual. Apa pun menyentuh soal kreativiti pembaca juga bolehlah menyediakan juadah enak yang mudah dengan mengubah suai sedikit resipi sedia ada. Bagaimanapun yang masih tiada ilham maka semua boleh mencuba dua resipi pertama mudah dengan menggunakan biji selasih bernama 'Puding kelapa biji selasih' untuk di ujirasa. Bahan disediakan adalah 200 ml santan, 2 sudu kecil madu (boleh juga gunakan gula Melaka atau pemanis pilihan), 2½ sudu besar biji selasih, Seikat daun pandan dan 2 buah mangga dipotong dadu. Cara penyediaan iaitu dengan menggaulkan santan, madu dan biji selasih di dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati dan masukkan daun pandan dan biarkan dalam peti sejuk buat semalaman. Langkah seterusnya adalah mengasingkan daun pandan dari puding dan boleh dihidangkan dingin bersama kiub mangga. Resepi ke dua adalah 'Teh bunga kekwa selasih' dimana bahan diperlukan adalah beberapa kuntum bunga kekwa kering, 1 sudu besar biji selasih, air panas mendidih secukupnya dan bahan pemanis pilihan secukup rasa. Cara penyediaan adalah dengan memasukkan bunga kekwa ke dalam secawan air yang sudah dididihkan dan perlu dibiarkan seketika. Kemudian ditambahkan biji selasih dan pemanis pilihan dan ia boleh diminum panas atau sejuk. Apa pun mungkin ramai yang tidak tahu biji selasih atau dipanggil biji chia ini sebenarnya kaya dengan omega-3, protein, serat, antioksidan, kalsium, magnesium dan vitamin B3. Didakwa dengan pengambilan 10 gram biji selasih (kira-kira dua sudu makan) ketika bersahur boleh membekalkan tenaga untuk anda menjalani ibadat puasa. Pembaca boleh manfaatkan kebaikan biji selasih yang bukan saja murah malah mudah untuk disediakan. Apa pun jika tiada ilham untuk menghasilkan resipi sendiri, anda boleh menyediakan puding kelapa biji selasih pada waktu malam supaya ia boleh dinikmati sejuk ketika berbuka keesokan harinya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
Support My Blog
Tuesday, May 21, 2024
SELASIH - APA FAKTANYA

Monday, May 20, 2024
KOSTING TANAMAN BETIK 2023
KOSTING TANAMAN BETIK (Carica papaya) kini boleh di jadikan garispanduan kepada pembaca dan petani untuk membuat anggaran kos pengeluaran dan aliran tunai pendapatan. Tanaman Betik di Malaysia boleh pada tahun 2023 dilaporkan seluas 2,536 hektar dengan hasil sebanyak 55,958 metrik tan. Tanaman betik paling luas di tanam di Johor (1,295 ha) diikuti dengan Pahang (267 ha) dan Sabah (258 ha) dimana kebanyakannya adalah untuk pasaran domestik dan sebahagian lagi pasaran eksport (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Buah Betik juga dikenali juga sebagai 'paw-paw', Gandul (Indonesia), Papaya (English) dan pelbagai lagi iaitu merupakan sejenis tumbuhan herba jenis saka yang hidup sederhana singkat. Tanaman ini dipercayai berasal dari West Indies atau Mexico. Betik mengandungi banyak vitamin, zat-zat galian dan dapat membentu dalam mencernakan serta mwngelakan kejadian sembelit. Dalam memulakan usaha baru penanaman betik perlu dibuat bajet dimana semuanya berbeza dari segi kos benih, kepadatan tanaman sehemtar dan juga aspek lain dalam amalan agronomi tanaman kelapa tersebut. Analisa kos pengeluaran di lihat banyak berubah sejak tahun 2020 apabila kos bahan input pertanian seperti benih, racun kimia, baja dan sebagainya mulai menigkat selepas berlakuna wabak covid-19, perang Rusia-Ukraine, Perang Israel-Palestin dan juga isu global warming serta bencana alam. Penulis blog merujuk kepada Buku Aliran Kewangan Tanaman Jabatan Pertanian yang mana ia diterbitkan sebagai panduan dan rujukan kepada petani, Syarikat Swasta dan semua pihak yang terlibat atau berkepentingan dalam industri pertanian. Maklumat analisis kewangan merupakan satu daripada komponen yang perlu dipertimbangkan selain daripada maklumat kesesuaian tanah dan kajian pasaran bagi menentukan daya maju sesuatu projek tanaman yang ingin dilaksanakan. Artikel ini penulis blog sesuaikan semula dimana ia mengandungi maklumat berkaitan aliran kewangan bagi tanaman makanan dan tanaman bukan makanan. Ia mengandungi maklumat penting ata rngkasan mengenai aliran wang masuk, aliran wang keluar dan analisis kewangan. Bagi tujuan pengiraan aliran wang masuk, pengeluaran hasil dan harga jualan ladang adalah faktor yang akan menentukan pendapatan kasar. Aliran wang keluar terdiri daripada kos pembangunan kawasan, kos bahan input, kos tenaga kerja dan kos pelbagai yang menentukan jumlah kos pengeluaran. Analisis kewangan menentukan pendapatan bersih serta lain-lain analisis berkaitan. Maklumat aliran kewangan ini telah dikemaskini bersesuaian dengan penggunaan sesuatu teknologi, jenis varieti, faktor turun naik harga input dan kos tenaga kerja di Malaysia. Jenama input yang dipaparkan adalah sekadar contoh dan bukan sebagai satu pengesyoran. Penyelarasan harga input dan kos tenaman kerja di dalam buku ini adalah berdasarkan kepada harga semasa pada tahun 2021 dan 2022. Pengiraan kos pengeluaran dan pendapatan setiap kategori tanaman adalah berdasarkan kepada andaian-andaian yang disertakan. Aliran kewangan yang telah disediakan adalah anggaran pengiraan untuk panduan dan rujukan sahaja. Nilai sebenar dilapangan mungkin berbeza bergantung kepada jenis tanah, pengurusan tanaman dan harga semasa. Bagi rujukan terperinci, adalah dinasihatkan supaya merujuk Buku Pakej Teknologi Tanaman, Manual Kerja Pengembangan serta pelbagai risalah atau panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Jabatan Pertanian Malaysia. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" ini saya kupas kosting tanaman Betik semoga ia dapat dijadikan panduan dalam membuat perancangan dan pelaksanaan dalam tanaman yang dipilih semua pembaca.
Di Malaysia terdapat beberapa jenis betik yang dibiakbaka secara tempatan dan juga beberapa jenis yang diimpot dari luar negeri. Betik tempatan diperolehi dari pemilihan beberapa varieti jenis tempatan seperti Batu Arang, Morib, Subang 6, Taiping 3, Serdang 1 dan Sitiawan mempunyai isi yang berwarna merah. Jenis-jenis yang dibiak di luar negeri mempunyai isi berwarna kuning dan diantaranya termasuk varieti Sunrise Solo, Callina dan Honey Dew. MARDI telah mengeluarkan Betik Eksotika 1 dan Eksotika 2 dan merupakan jenis kacukan yang mempunyai kualiti buah-buahan yang baik. Jenis betik Piola merupakan betik yang berasaskan dari betik Eksotika 3 yang di promosikan oleh MAFC untuk tujuan domestik dan ekspot yang banyak ditanam di kawasan Lanchang. Pahang. Betik adalah tanaman singkat masa sederhana yang hidup antara 1-4 tahun bergantung kepada pengurusan yang dijalankan. Pokok betik mempunyai batang menegak dan mampu hidup sehingga 5m dengan daun berwarna hijau. Buah betik berbentuk lonjong (Buah Hemaprodite) dan agak Bulat (Buah Betik Betina). Buah hemaprodite mempunyai rasa yang lebih baik dan harga lebih tinggi dari betik betina. Pokok betik ada yang di panggil sebagai ‘Pokok Jantan’ dimana hanya bunga sahaja dikeluarkan dan tidak ada buah. Betik mempunyai masaalah serangan penyakit dan perosak dalam pengendaliannya. Antara penyakit yang serious adalah Papaya Ringspot Virus (PSRV) dan Penyakit Papaya Dieback. Kedua-dua penyakit ini di gazetkan dibawah Akta Perlindungan Tanaman 1974 yang mana pokok betik yang dijangkiti perlu dimusnahkan segera. Industri betik Negara terjejas teruk dengan serangan kedua-dua penyakit ini sejak 10 tahun dahulu yang menyebabkan kerugian berjut ringgit setiap tahun. Penulis blog mempunyai pengalaman dalam operasi membenteras kedua-dua penyakit ini diseluruh negara dahulu.
KOSTING TANAMAN BETIK (1 HEKTAR)
1. Nama Tanaman : BETIK (Carica papaya)
2. Varieti Betik : Betik Sekaki,
3. Jarak Tanaman : 2.0 m x 3.0 m
4. Kepadatan : 1,650 pokok/hektar
5. Jangkahayat pokok : 3 Tahun
6. Kaedah Sistem Tanaman : Monocrop
ALIRAN WANG MASUK (3 tahun):
7. Potensi Hasil Betik : 185,6250 kg/ha
8. Purata berat sebiji : 1.5 kg
9. Pendapatan Kasar : RM 278,437.50
10. Angaran Pendapatan Bersih - RM 96,765.25
ALIRAN WANG KELUAR ( 3 Tahun):
11. Kos Awal Pembangunan : RM 26,500.00
12. Kos Bahan Input : RM 96,149.30
13. Kos Tenaga Kerja : RM 43,200.00
14. Kos Pelbagai : RM 5,060.00
15. Jumlah Kos Pengeluaran : RM 181,672.25
ANALISA KEWANGAN KELAPA MATAG:
16. iRR (Internal rate of Return) : 130%
17. NPV (Net Present Value) : RM 76,311.00
18. BC Ratio (Benefit Cost) : 1.53
(Bermakna setiap RM1 berikan RM1.53)
19. Titik Pulang Modal Betik : RM0.99
20. Tempoh Pulang Modal Betik : Tahun ke 2
Sunday, May 19, 2024
AGROVOLTAIC - KEHEBATAN DAN ISU
Saturday, May 18, 2024
KOSTING PISANG BERANGAN 2023
KOSTING TANAMAN PISANG BERANGAN (1 HEKTAR)
1. Nama Tanaman : Pisang Berangan (Musa spp)
2. Varieti Tanaman : Pisang Berangan Tempatan
3. Jarak Tanaman : 2.5 meter x 2.5 meter
4. Kepadatan : 1,600 pokok/hektar
5. Jangkahayat pokok : 2 Tahun
6. Kaedah Sistem Tanaman : Monocrop
ALIRAN WANG MASUK (2 tahun):
7. Potensi Dapat Hasil : 67,200 kg
8. Purata harga (RM/kg) : RM2.00
9. Pendapatan Kasar : RM 134,400.00
10. Pendapatan Bersih : RM 16,694.00
ALIRAN WANG KELUAR ( 2 Tahun):
11. Kos Awal Pembangunan : RM 33,170.00
12. Kos Bahan Input : RM 47,931.00
13. Kos Tenaga Kerja : RM 28,800.00
14. Kos Pelbagai : RM 2,200.00
15. Jumlah Kos Pengeluaran : RM 117,806.00
ANALISA KEWANGAN PISANG BERANGAN:
16. IRR (Internal rate of Return) : 26%
17. NPV (Net Present Value) : RM 8,846.00
18. BC Ratio (Benefit Cost) : 1.14
(Bermakna setiap RM1 berikan RM1.14)
19. Titik Pulang Modal Betik : RM 1.75
20. Tempoh Pulang Modal Betik : Tahun ke 2
Menarik dalam bharian,com melaporkan dimana 'FGV sasar hasilkan sejuta pisang klon tahun 2022' untuk dirujuk. Apa pun di;aporkan dimana Pusat Inovasi FGV di Bandar Enstek menghasilkan varieti pisang klon untuk memenuhi permintaan pasaran. Penerokaan FGV Holdings Bhd (FGV) dalam kajian pisang klon membuka peluang kepadanya untuk mereka menghasilkan pengeluaran besar-besaran varieti berkualiti tinggi dengan sasaran menghasilkan sejuta pisang klon menjelang 2022. Sasaran itu adalah peningkatan 100 peratus daripada pengeluaran semasa untuk memenuhi permintaan pasaran khususnya pisang segar dan industri makanan berasaskan pisang, yang sekali gus membolehkan FGV memenuhi sekitar 30 peratus permintaan penggunaan negara untuk pisang. Kualiti tinggi benih pisang klon yang dihasilkan terbukti dengan lebih dari enam juta ramet pisang berangan terjual antara 2007 hingga Julai 2020, menjadikan FGV salah satu pengeluar benih pisang klon terbesar di Malaysia. Pusat Inovasi FGV yang terletak di Bandar Enstek, Negeri Sembilan menghasilkan varieti pisang klon untuk memenuhi permintaan industri sawit di dalam tempoh tanam semula dan petani pisang di negara ini. Kini dengan beberapa penyelidik yang berpengalaman dan berdedikasi dalam pengeluaran kultur tisu, nasihat teknikal dan operasi tapak semaian, FGV mempunyai kepakaran untuk menyokong usahawan agro pisang dan pekebun kecil dengan benih pisang klon yang terbaik, kontrak pengklonan pisang dan pertanian kontrak. Ini selari dengan langkah strategik FGV untuk meluaskan inisiatif Pertanian Bersepadu dan pada masa sama meningkatkan pengeluaran pisang tempatan dengan sasaran penguasaan pasaran sebanyak 50 peratus atau bersamaan 1.7 juta anak benih yang akhirnya akan meningkatkan kehidupan petani pisang di Malaysia. Jenis Pisang dikenal pasti mempunyai permintaan yang paling tinggi dan tanaman kontan terlaris di Malaysia yang mampu menjana pendapatan tambahan untuk pekebun kelapa sawit semasa fasa belum matang dengan cara menggunakan sistem tanaman selingan. Varieti pisang yang mendapat permintaan paling tinggi dalam kalangan petani tempatan adalah Pisang Berangan dan FGV kini menghasilkan 850,000 ramet setiap tahun. Pokok pisang induk FGV iaitu klon berangan diperakui oleh Jabatan Pertanian di bawah Skim Pengesahan Bahan Tanaman. Anak benih pisang klon yang dihasilkan oleh FGV bebas dari penyakit, mempunyai pertumbuhan yang seragam dan mampu menghasilkan hasil lebih awal dibandingkan dengan bahan penanaman sulur. Anak pokok pisang klon FGV merangkumi beberapa jenis seperti tanduk, lang, nipah, nangka, rastali, mas dan lemak manis tersedia untuk pembelian pukal di lima tapak semaian yang terletak di Bandar Enstek (Negeri Sembilan), Trolak (Perak), Jerantut (Pahang), Bukit Tongkat (Johor) dan Lahad Datu (Sabah). Anak pokok pisang klon juga dijual secara dalam talian melalui platform Shopee di bawah FGV Agri Services Sdn Bhd. FGV kini mengembangkan bahan penanaman klon untuk tanaman bernilai tinggi seperti nanas, buluh, vanila dan tanaman air untuk memenuhi permintaan pasaran yang tinggi. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
Friday, May 17, 2024
KOSTING TANAMAN MELON FERTIGASI 2023
1. Nama Tanaman : MELON (Cucumis melo)
2. Varieti Tanaman : MELON (Banyak varieti)
3. Bilangan SPH (60'x100') : 4 unit (1 unit = 3 bay)
4. Kepadatan Pokok : 4,800 polibeg
5. Jarak Tanaman Fertigasi: 0.6 m x 0.6 m
6. Jangkahayat ekonomik : 0.25 tahun
7. Intensiti tanaman setahun : 3 musim
ALIRAN WANG MASUK (Semusim/ Setahun):
SEMUSIM SETAHUN
7. Hasil Melon (Kg/ha) 9,600 28,800
8. Harga Ladang (RM/kg) 4.00 4.00
9. Pendapatan Kasar (RM) 38,400 115,200
10. Pendapatan Bersih (RM) 26,071.65 86,908.65
ALIRAN WANG KELUAR (Semusim/Setahun):
SEMUSIM SETAHUN
11. Kos Awal SPH + infra (RM) 150,940 Tiada
12. Kos Bahan Input (RM) 22,103 29,721
13. Kos Tenaga Kerja (RM) 4,800 14,400
14. Kos Pelbagai (RM) 32,703 74,076
15. Kos Luar Jangka (10%) 1,625.15 2,942.15
16. Jumlah Kos Pengeluaran 34,338.15 48,091.35
ANALISA KEWANGAN (UNTUK 5 TAHUN):
17. IRR (Internal rate of Return) : 25%
18. NPV (Net Present Value) : RM 65,206.54
19. BC Ratio (Benefit Cost) : 1.31
20. Titik Pulang Modal : RM 3.05
21. Tempoh Pulang Modal : Tahun 3