BUNGA KEMBANG JAM 9 PAGI (Portulaca grandiflora) adalah sejenis bunga yang mekar sekitar jam 9 pagi atau ia juga sering juga disebut 'Bunga 10 pagi' sebenarnya ia adalah Jenis 'Bunga Ros Jepun'. Bunga Ros Jepun atau 'Bunga krokot' ini ada nama lain seperti sebagai 'Bunga Moss Rose', 'Bunga Sun Plant', 'Bunga Japanese Rose' dan 'Bunga Gelang'. Apa pun penulis blog dapat tahu jika bunga ini di laporkan ia berasal dari negara Argentina, Selatan Brazil dan Uruguay dengan banyak warna menarik yang kembang dari seawal jam 9 pagi sehingga sebelum petang. Dalam beberapa laporan jug dinyatakan jika bahagian daunnya didakwa boleh merawat luka-luka ringan. Apa pun paling menarik adalah fakta mengenai bunga ini yang mempunyai 'waktu mekar' unik pada jam 9 - 10 pagi bergantung kepada spesis sebab ia adaalah jenis bunga yang sangat peka pada cahaya matahari. Kudup bunga ini menguncup pada awal pagi dan akan mula kembang sepenuhnya sekitar jam 9 hingga 10 pagi sehingga ia kuncup semula sebelum petang. Mengenali akan ciri fizikal bunga ini dimana ia mempunyai kelopak bunga yang nipis dan berwarna-warni seperti wara Merah, Kuning, Merah Jambu (pink) dan Putih. Daunnya kecil dan berair (succulent) dimana ia selalu digunakan dalam perubatan tradisional. Tumbuhan ini memang penulis blog dapati yang tditanam di kawasan rumah sangat mudah dijaga, tahan panas dan selalunya ia menjalar. Pembiakan sangat mudah di lakukan sendiri iaitu dengan cara melalui kaedah keratan batang (potong dahan pokok sedia ada dan di tanam dalam pasu atau tanah baru dan disiram). Apa pun memang bunga ini sangat popular ditanam sebagai hiasan taman di Malaysia kerana ketahanannya terhadap cuaca panas dan mula mekar sabaik sahaja matahari kust bersinar. Memang di Malaysia, ia juga sangat popular dengan nama Ros Jepun (Japanese Rose) atau popular di gelar sebagai 'Bunga Pukul Sepuluh' bergantung kepada waktu ia mekar sepenuhnya di sesuatu kawasan. Memang suka tengok bunga ini yang mana ia sangat peka kepada cahaya matahari sebab melihat sendiri kelopaknya akan mula terbuka apabila terkena sinar pagi dan akan menguncup atau layu kembali apabila matahari semakin terik atau menjelang waktu petang. Pokok ini jenis renek, menjalar dan mempunyai daun yang kecil serta berair (succulent) dimana keluar dalam pelbagai warna terang seperti merah, merah jambu, kuning, oren dan putih juga dengan warna kuat. Selain selalu di tanam sebagai penyeri landskap dan taman rumah serta ta,man rekreasi dimana sifatnya yang tahan panas serta mudah dibiakkan melalui keratan batang menjadikan ia memang popular. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka menulis pasal beberapa fakta dan kisah menarik bunga kembang 9 pagi untuk bacaan dan rujukkan semua.
Bunga kembang 9 pagi merujuk kepada tanaman jenis Portulaca grandiflora atau popular dengan nama bunga pukul 10 pagi atau bunga krokot atau moss rose, yang mekar sekitar jam 8-10 pagi dan tutup menjelang petang. Jenis-jenisnya boleh ia dibezakan melalui warna dan bentuk mahkota bunga yang meriah seperti merah, kuning, putih, dan merah jambu, serta ada yang berbunga tunggal atau bertumpuk (double). Bunga ini akan mekar dengan sempurna apabila terkena cahaya matahari (biasanya sekitar jam 9 pagi) dan menutup apabila hari mulai petang atau mendung. Menganali akan varieti atau jenis dimana ia di bahagikan kepada Jenis Bunga Tunggal (Single) dan Jenis Bunga Bertompok (Double). jenis tunggal di lihat ia hanya mempunyai satu lapisan kelopak sementara yang double di lihat ia mempunyai kelopak yang berlapis-lapis dan kelihatan seperti mawar kecil. Dari ciri warna ianya sangat pelbagai termasuklah dari warna kuning cerah, merah hati, merah jambu, oren, putih dan juga warna campuran (dua tone warna yang indah). Aspek kelebihan pokok hiasan ini dimana ia sangat mudah ditanam, tahan panas dan amat sesuai untuk ia dijadikan tanaman hiasan gantung atau penutup bumi. Apa pun mengikut jenis dimana bunga kembang 9 pagi, yang juga mempunyai beberapa varian utama yang sering ditanam oleh peminat pokok bunga di Malaysia. Jenis popular termasuk Jenis Ros Jepun (Japanese Rose) iaitu ia yang paling biasa ditemui dimana ia mempunyai kelopak bunga yang berlapis-lapis seakan-akan bunga ros kecil. Jenis Portulaca Daun Runcing (Duna) pula ia mempunyai daun yang berbentuk runcing dan kecil dan bunganya biasanya mempunyai satu lapis kelopak sahaja (single petal) tetapi hadir dalam pelbagai warna terang. Jenis Portulaca Daun Bulat (Samba) pula ia Mempunyai daun yang lebih lebar dan berbentuk bulat/leper berbanding jenis runcing. Apa pun bunga ini mempunyai kepelbagaian warna yang sangat luas, termasuk merah jambu, merah, putih, kuning, oren, dan juga jenis 'bicolor' atau cirinya ia mempunyai dua warna dalam satu kelopak. Sifatnya yang mana ia akan mula menguntum sekitar jam 9 pagi dan terus berkembang penuh pada jam 10 pagi apabila menerima cahaya matahari yang cukup. Bunya ini sangat tahan panas dan mudah membiak melalui keratan batang sesuai di jadikan tanaman hiasan semua peminatnya.
Penulis blog akan kongsikan 20 fakta mengenai Bunga Pukul 9 untuk dapat pemahaman lebih baik. Ini kerana selain ia adalah tanaman hiasan yang cantik, lebih tahan panas, mudah dijaga dan sebenarnya ia juga melambangkan semangat hidup. Bunga dengan nama saintifik Portulaca grandiflora ni ia lebih dikenali sebagai bunga pukul 9 atau 'Moss rose' diamam ia akan mekar mengikut waktu atau biasanya mekar sekitar jam 8-10 pagi dan tutup menjelang petang. Dilaporkan ia adalah jenis tumbuhan semusim iaitu hanya hidup satu musim sahaja (one cycle crop) akan tetapi mudah tumbuh semula melalui biji. Fakta keempat dimana ia sangat tahan panas dimana ia juga sangat sesuai dengan iklim panas dan cahaya matahari penuh. Ia juga tahan kemarau sebab pada bahagian daunnya menyimpan air seperti sukulen. mempunya jenis batang yang lembut iitu batangnya berair, menjalar atau tegak setinggi 15 hingga 30 cm. Dianalisa di mana pada daun ia berdaging dan berbentuk seperti jarum kecil, tebal dan menyimpan air. Kelapan faktanya dimana ia mempunyai bunga berwarna cerah seperti warna Merah, kuning, putih, pink, oren dan kombinasi warna. Ia mudah ditanam dan boleh dibiakkan melalui biji atau keratan batang. ke 10 adalah tumbuhan ini memang ia sepat berbunga dan ia biasanya berbunga dalam masa singkat jika cukup matahari. Ia sesuai tanaman hiasan dimana di Malaysia ia pppular untuk landskap, pasu gantung dan taman-taman di sekeliling rumah atau di taman rekreasi. Ia juga mampu menarik serangga pendebunga seperti lebah, kelilit, semut dan rama-rama. Seyerusnya pada buahnya ia mengandungi banyak biji bersaiz kecil, bulat dan mudah tersebar. Memang ia satu keluarga sama dengan krokot atau pun ia berkait dengan Portulaca oleracea (pokok gelang pasir). Ke 15 dimana ia memang boleh dimakan (spesies tertentu) dimana ada spesies keluarga Portulaca digunakan sebagai sayuran yang berkhasiat. Ia juga ada digunakan dalam perubatan tradisional seperti untuk rawat masalah kulit, kes bengkak dan kes keradangan. Ia di laporkan memang mengandungi antioksidan dan zat lain termasuk Vitamin E yang baik untuk kesihatan kulit. Sering di gunakan secara luaran dan di buat jus daun digunakan untuk luka ringan dan gigitan serangga. Ia merupakan smbol ketahanan dan juga ia melambangkan kekuatan hidup walaupun dalam keadaan panas. Akhir sekali ke 20 adalah bunga ini memang cara untuk penjagaan mudah dimana ia tidak perlu siraman kerap dan sesuai untuk pemula serta kurang serang perosak dan penyakit seperti tanaman hiasan lain.
Menarik dalam portal bharian dimana kisah 'Taman tular bunga 10 pagi' yang cantik wajar di kongsikan fakta dan kisahnya apabila ditanam ribuan ‘bunga kembang 10 pagi’ atau ros Jepun melitupi laman di rumah pusaka di Kampung Parit Haji Said, Kuala Kurau, Perak. memang dari jauh kelihatan jelas ribuan kuntuman bunga kecil berwarna-warni menghiasi perkarangan di sebuah rumah kampung ini, umpama berada di dalam taman indah nan permai. Sesiapa sahaja melewati kediaman di Kampung Parit Haji Said, Kuala Kurau, Perak, ini pasti teruja melihat beribu-ribu bunga ros Jepun atau dipanggil 'pokok bunga kembang 10 pagi' ini mekar merimbun. Apa pun disebabkan kerana keindahannya, ramai penduduk kampung atau orang luar melihat laman ini pasti akan bertanya sama ada ia tman boleh dikunjungi awam. Ternyata kewujudan ribuan ros Jepun pelbagai spesies, iaitu carnation, duna, grande dan jambul menjadikan laman asal, kawasan kilang memproses sekam padi itu yang sudah dilupakan sejak dua dekad lalu, kini kembali mencuri perhatian. Penduduk di Kampung Parit Haji Said ini, pasti akan menoleh kagum melihat ros Jepun beraneka warna memenuhi laman seluas lebih 150 meter persegi, selain singgah untuk mengambil gambar dan video. Apa pun salah seorang anak pewaris rumah itu, Nurhaslinda dakwa dimana kelopak bunga ros Jepun atau nama saintifiknya Portulaca grandiflorani mula menguntum setiap jam 9 pagi dan kelopak berkembang sepenuhnya, jam 10 pagi, sudah menjadi tular di kampung itu dan laman sosial. Sekitar jam 3 atau 4 petang dimana ros Jepun kembali menguncup kelopaknya dan ketika itu hanya kelihatan seperti rumput permaidani. Tumbuhan hiasan berwarna merah, ungu, kuning, jingga, putih dan merah jambu ini, digemari ramai kerana tahan lasak, mudah dijaga serta subur, meskipun jarang dibaja dan disiram air ketika cuaca panas atau dua hari sekali dan apabila daunnya kelihatan lebih merimbun daripada bunga dan ketika itu kita tabur baja kopi. Dia yang sebagai pensyarah Kejuruteraan Mekatronik sebuah kolej, mengakui gemar bunga terutama selepas ibunya, yang juga pewaris rumah itu, Halimah Yusuf menanamnya ketika mereka menetap di Bayan Baru, Pulau Pinang. Ibunya hanya menanam di atas tanah sekangkang kera di kediaman keluarganya. Dakwanya ibarat 'membalas dendam', ibunya memenuhkan laman rumah pusaka dengan aneka spesies ros Jepun, selepas mereka sekeluarga kembali menetap di Kampung Parit Haji Said sebaik suaminya, Mohd Sanusi Basir, bersara, pada Disember 2018. Rumah pusaka tinggalan datuk dan neneknya memang ia mempunyai cerita yang tersendiri pada era 1950-an. Dulu dimana rumah itu menjadi tempat berkumpul penduduk Kampung Parit Haji Said kerana satu-satunya ada televisyen. Ketika itu seperti panggung wayang apabila ramai penduduk kampung datang menonton program kegemaran dengan bayaran 20 sen.
Dalam kesibukan mengurus laman rumah pusaka lebih 150 meter persegi ini memberikan terapi minda yang baik. Ia dibina di kawasan kilang padi milik Yusuf, kediaman itu turut menjadi gelanggang badminton dan ramai penduduk datang bermain dan beriadah. kemudian selepas datuknya meninggal dunia, ibu membawa nenek menetap bersama di Pulau Pinang. Sejak hampir dua dekad kediaman itu dibiarkan kosong hingga menjadi sarang kaki dadah. Dalam mengurus bunga itu dia menganggap tugas mudah dan kosnya murah kerana hanya perlu beli batangnya berharga RM60 dimana ketika mula ditanam, ibu beli 10 keratan batang ros Jepun berharga RM5 dan kemudian saya belanja RM50 untuk tambah spesies. Apa pun selepas sebulan, keratan batang baru akan naik dan dicantas. Kami tidak buang dan tanam di tempat lain sehingga akhirnya laman itu dipenuhi ribuan bunga. Istimewanya ros Jepun tidak berbunga mengikut musim dan mengambil masa singkat untuk berbunga, malah ada spesies tertentu berkembang mekar sepanjang petang. Ros Jepun juga boleh ditanam di dalam pasu tetapi jika tidak rajin menggemburkan tanah dan mencabut rumput sebab ia cepat mati. Dia juga memang kerap memuat naik gambar dan video mengenai tamannya dalam kumpulan penggemar bunga ros Jepun di Facebook turut mendapat maklum balas baik, termasuk berkongsi ilmu serta maklumat mengenai tanaman itu. Tanam ros Jepun di atas tanah mudah dapat cahaya matahari dan kena sentiasa dicantas dimana dari jauh, ros Jepun di atas tanah kelihatan cantik kerana tumbuh meninggi tetapi ramai yang berkongsi mengenai kebarangkalian terjumpa ular atau lipan. Saya pastikan ia dicantas supaya ketinggian tidak melebihi buku lali. Kelemahan menanam di atas tanah ialah bunga akan sama naik dengan rumput dan lalang jadi kalau tidak dicabut, jangka hayatnya tidak akan lama. Kerja awal menyemai benih bunga, mencantas batang, daun, membaja dan menyiram air mungkin dilihat sebagai komitmen yang membebankan, apatah lagi jika membabitkan kawasan yang luas. Bagi peminat bunga ros Jepun yang datang melihatnya akan dapat memberikan terapi minda yang baik dimana dia berhasrat cara menghias laman dengan bunga-bungaan sebagai sebahagian cara menggamit memori dengan ibunya. Apa pun anak bongsu daripada tiga beradik itu dakwa minat menanam bunga dan bercucuk tanam bermula sejak kecil apabila terbiasa membantu ibunya, mengerjakan laman rumah pusaka diberi panggilan, Pak Yop Kilang Padi, seawal selepas subuh setiap hari. Dulu tapak bersebelahan rumah pusaka itu dibina kilang padi dimiliki ayahnya, Yusuf Ali, jadi laman rumah sengaja dibiarkan luas bagi mengeringkan padi dimana rutin setiap pagi saya dan ibu setiap hari duduk di laman mencabut rumput dan mencantas pokok bunga yang meninggi, selain tanaman terjaga dan tiada rumput. Sebab itu juga apabila anak bertanya, apa lagi mahu dibuat selepas kerja pembaikan dan pengubahsuaian rumah pusaka selesai, saya terus maklumkan mahu penuhkan halaman rumah ini dengan ros Jepun. Dia kini gembira dan sibuk dengan aktiviti bercucuk tanam, meskipun bukan kerja mudah kerana mengerjakan laman luas dimana ia agak memenatkan, tetapi kekal sihat dan saya kurang jatuh sakit. Selain bunga dilohat di sekitar kawasan rumahnya juga pokok ditanam pokok pisang, delima, mempelam, jambu bola dan sayur-sayuran seperti cili, kacang panjang, kacang botol serta terung. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...





